TAJUK KOMIK MEMBANTU MENGENALPASTI NAMA, FUNGSI DAN SIMBOL KOMPONEN ELEKTRONIK

TEMA PENYELIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PEMBENTANG PN SITI ASMA BINTI MORAD ALAMAT INSTITUSI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI, 06660 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. NOMBOR TELEFON : 0194517125 (HP) NO. TEL : 047644657(P) NO. FAX : 047647981
1

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai merupakan sebuah sekolah yang pencapaian akademiknya adalah pada tahap yang sederhana. Bilangan murid yang mengambil Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Ekonomi Rumah Tangga pada tahun ini ialah seramai 22 orang. Pelajar ini dikategorikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama di anggap pencapaian akademik yang baik manakala kumpulan kedua di tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun pelajar agak lemah untuk menguasai tajuk elektronik ini dengan cemerlang. Tajuk ini dianggap sukar oleh pelajar kerana melibatkan banyak komponen yang perlu diingat. Tambahan pula ada komponen yang mempunyai lebih dari satu simbol yang hampir serupa dan ada komponen mempunyai lebih dari satu fungsi. Ini mengelirukan murid untuk memahami tajuk ini. Tinjauan awal yang telah dibuat dengan melihat keputusan ujian April dan keputusan pertengahan tahun (15% soalan elektronik daripada 60 soalan KHB-ERT), saya dapati murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan elektronik. Hal ini menunjukkan mereka tidak menguasai sepenuhnya tajuk ini. Apabila diselidiki semasa sesi perbincangan soalan selepas peperiksaan dan juga melalui satu Ujian Pra didapati bahawa kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah murid tidak menghafal nama komponen dan fungsi komponen elektronik dan murid mudah keliru dengan simbol komponen yang diberi. Berdasarkan refleksi tersebut, kajian tindakan perlu dijalankan agar guru dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut dengan berkesan. Dengan aktiviti ini diharapkan murid dapat menjawab soalan ini dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti.

2.

FOKUS KAJIAN

2

Hasil daripada analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun, 15% soalan elektronik iaitu tajuk kedua paling banyak soalan yang dikeluarkan dalam peperiksaan. Setelah analisis, kesimpulannya hanya dua daripada 22 pelajar menjawab 7 soalan betul. Pelajar yang lain hanya betul antara 4 hingga 2 soalan sahaja. Apabila perbincangan dijalankan bersama pelajar, masalah ini wujud disebabkan murid tidak dapat mengenalpasti nama, simbol dan fungsinya, maka banyak soalan yang berkaitan tajuk elektronik tidak dapat dijawab. Kelemahan ini dikenalpasti berpunca daripada sikap pelajar yang mengambil mudah tajuk ini. Pelajar juga malas untuk menghafal semua fungsi dan simbol komponen. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, murid-murid ini akan terus mendapat markah yang rendah setiap kali soalan elektronik diajukan. Ini juga akan menyebabkan pelajar memperolehi markah yang rendah untuk peperiksaan Percubaan PMR dan seterusnya peperiksaan sebenar PMR nanti. 3. 3.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum

Meningkatkan tahap kefahaman dan minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran KHB-ERT dan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR ) 2008. 3.2 Objektif khusus 3.2.1 Murid dapat mengenalpasti semua nama, simbol dan fungsi setiap komponen.

3.3.2

Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 70% soalan ujian pasca dan soalan percubaan PMR yang berkaitan dengan elektronik.

3

4.

KUMPULAN SASARAN

20 orang murid Tingkatan 3 yang telah dipecahkan mengikut kelas iaitu 7 orang di kelas 3S, 7 orang di kelas 3M dan 6 orang dikelas 3T. 20 orang pelajar ini terdiri daripada pelajar perempuan yang mengambil pilihan ERT sahaja. 5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah Kelemahan murid menjawab soalan elektronik dapat dikesan dalam ujian bulan April dan juga peperiksaan pertengahan tahun. Saya mengambil keputusan untuk meninjau masalah ini dengan lebih teliti bagi membantu guru menentukan aktiviti yang sesuai dilaksanakan untuk membantu murid. Tinjauan dilakukan dengan menjalankan ujian Pra dan mengambil kira ujian bulanan (April) dan peperiksaan pertengahan tahun. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah A) Ujian bulan April Melalui keputusan ujian bulan April, didapati murid mendapat markah yang rendah. Soalan yang dikemukakan pada ujian April ialah 50 soalan tajuk elektrik dan elektronik tingkatan 3. Analisis pencapaian murid bagi Ujian April ditunjukkan dalam jadual 1.

4

Jadual 1: Analisa keputusan Ujian April BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 NAMA MURID Sample 1 Sample 2 Sample 3 Sample 4 Sample 5 Sample 6 Sample 7 Sample 8 Sample 9 Sample 10 Sample 11 Sample 12 Sample 13 Sample 14 Sample 15 Sample 16 Sample 17 Sample 18 Sample 19 Sample 20 APRIL (%) 52 42 32 38 38 50 50 42 38 46 48 42 36 36 38 32 38 38 32 42

B) Peperiksaan Pertengahan Tahun Berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun, hanya 5 murid menjawab 4 soalan dengan betul berdasarkan kepada 9 soalan elektronik. Analisis pencapaian murid bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun ditunjukkan dalam jadual 2.

5

Jadual 2 : Analisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun ( Berdasarkan kepada 9 soalan berkenaan tajuk Elektronik )

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

NAMA MURID Sample 1 Sample 2 Sample 3 Sample 4 Sample 5 Sample 6 Sample 7 Sample 8 Sample 9 Sample 10 Sample 11 Sample 12 Sample 13 Sample 14 Sample 15 Sample 16 Sample 17 Sample 18 Sample 19 Sample 20

PPT (BETUL) 4 3 4 3 0 4 2 4 1 2 3 4 2 2 2 0 2 1 0 2

C) Ujian Pra Untuk ujian pra ( Rujuk Lampiran 1 ), murid diuji dengan 50 soalan objektif berformatkan Peperiksaan PMR. Dalam ujian ini, hanya soalan elektronik tingkatan 2 dan 3 sahaja dikeluarkan. Ujian ini dijalankan pada waktu petang iaitu ketika menghadiri kelas tambahan KHB. Pelajar diberi masa selama satu jam lima belas minit. Analisis pencapaian Ujian Pra adalah seperti dalam jadual 2. Jadual 2 : Analisa Pencapaian Murid Bagi Ujian Pra

6

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Sample 1 Sample 2 Sample 3 Sample 4 Sample 5 Sample 6 Sample 7 Sample 8 Sample 9 Sample 10 Sample 11 Sample 12 Sample 13 Sample 14 Sample 15 Sample 16 Sample 17 Sample 18 Sample 19 Sample 20

NAMA MURID

UJIAN PRA (%) 30 48 34 52 62 40 22 30 36 52 38 52 22 30 34 56 22 52 20 52

Berdasarkan kepada ujian Pra, masih ramai pelajar mendapat markah kurang daripada 40. Ini menunjukkan pelajar masih lemah untuk menguasai tajuk ini. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasinya. Saya telah melakukan dua aktiviti untuk mengatasi masalah ini. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Aktiviti 1 : Kenali Daku Aktiviti ini diperkenalkan kepada murid untuk meningkatkan kefahaman tajuk Elektronik dan seterusnya pelajar dengan mudah untuk mengingati nama, fungsi dan simbol komponen elektronik yang telah dipelajari di tingkatan dua dan tiga. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya mengarahkan pelajar menyediakan buku teks dan saya telah mengedarkan satu nota ringkas untuk tajuk elektronik tingkatan dua. Dengan ini 7

memudahkan murid untuk menyiapkan aktiviti ini dengan lebih cepat. Secara ringkasnya perjalanan aktiviti ini adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Langkah 2 : Langkah 3 : Langkah 4 :

Setiap murid dikehendaki menyediakan satu buku yang diberi nama buku pintar Guru memberikan senarai komponen yang perlu ada dan murid dikehendaki menyalin semula di muka surat pertama buku pintar. Satu set komponen elektronik diberikan kepada murid. Murid dikehendaki menampal semua komponen yang diberikan mengikut susunan yang terdapat dalam buku pintar. Murid dikehendaki menampal satu komponen untuk satu muka surat. Untuk komponen yang tidak diberikan, murid dikehendaki melukis gambar komponen tersebut. Komponen yang tidak diberikan ialah perintang boleh laras, suis togel, suis tekan buka, suis tekan tutup, buzer piezo, buzer elektromagnet dan mikrofon. Murid boleh merujuk dalam kertas edaran yang telah diberikan untuk melukis komponen tersebut. Selepas komponen ditampal, murid dikehendaki mencari fungsi dan simbol komponen di dalam buku teks dan di dalam kertas edaran yang telah diberikan. Setelah menyiapkan elektronik.

Langkah 5 :

Langkah 6 :

Langkah 7 :

aktiviti 1 hingga 6, guru mengadakan

perbincangan berpandukan buku pintar dan sub tajuk dalam bab

Alat dan Bahan yang di gunakan 1. 2. 3. 4. Buku Pintar Edaran nota elektronik Tingkatan 2 Set komponen elektronik Buku teks KHB Tingkatan 3

8

Pemerhatian Pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Semua murid seronok menjalankan aktiviti ini kerana komponen yang diberi menjadi hak peribadi. Mereka juga bersungguhsungguh mencari fungsi dan simbol komponen. Masalah bising juga dapat dikurangkan kerana semua murid mengambil peluang mencari jawapan dengan cepat. Refleksi Pada peringkat awal pelajar mengeluh kerana mereka menjangkakan perlu membuat amali elektronik sekali lagi. Apabila diterangkan dengan jelas, barulah mereka faham apa yang perlu dibuat. Aktiviti ini dapat membantu pelajar mengingati fungsi dan simbol komponen dengan lebih mudah. Semasa penerangan diberikan, murid diam dan memberi tumpuan sepenuhnya. Semua murid mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Aktiviti 2 : Omega 3 Selepas melaksanakan aktiviti satu, murid diberi masa seminggu untuk membaca dan menghafal komponen yang telah diberikan. Murid dikehendaki membawa buku pintar ini setiap kali P & P Kemahiran Hidup. Murid diberikan masa lebih kurang tiga minit untuk melihat komponen di dalam buku pintar sebelum soalan dikemukan kepada murid. Guru akan mengambil masa dua minit untuk menyoal secara rawak setiap kali P & P di adakan. Secara ringkasnya perjalanan aktiviti ini adalah seperti berikut: Langkah 1 : Langkah 2 : Langkah 3 : Langkah 4 : Langkah 5 : Langkah 6 : Murid diberikan masa tiga minit untuk membuka buku pintar dan melihat sekali pintas hasil yang telah dibuat sebelum soalan diberikan Murid dikehendaki menutup buku pintar dan bersedia untuk disoal Guru menyebut satu nama komponen dan seorang murid dikehendaki memberikan fungsinya. Sekiranya jawapan betul, murid lain akan dipanggil untuk melukis simbol komponen yang telah disebutkan di papan hitam. Murid lain di kehendaki menyemak jawapan yang diberikan. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, murid lain akan dipanggil 9

Langkah 7 :

untuk memberikan jawapan yang betul. Sekiranya jawapan masih salah, murid dibenarkan merujuk buku pintar

Pemerhatian Kadang-kadang aktiviti ini mengambil masa lebih daripada 5 minit kerana ada murid yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah yang diberi mengambil masa yang agak lama. Kadang-kadang jawapan yang diberikan salah. Malahan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan jawapan yang betul. Namun aktiviti ini amat berkesan kerana semua murid bersedia untuk disoal. Ada murid yang berkeyakinan tinggi menjawab soalan walaupun jawapan yang diberikan kurang tepat. Ini menunjukkan aktiviti ini sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan murid. Refleksi Pada minggu pertama, saya menghadapi masalah apabila ada segelintar murid tidak membawa buku pintar. Selepas amaran diberikan, semua murid membawa buku tersebut. Setiap kali waktu P & P bermula, semua murid telah bersedia memegang buku pintar walaupun arahan belum diberikan. Ini menunjukkan murid bersedia dengan semua soalan elektronik. Saya berasa bangga kerana pelajar menghargai apa yang telah dilakukan. 5.3.1 Ujian Pasca

Ujian Pasca di berikan kepada pelajar selepas menjalankan aktiviti 1 dan aktiviti 2. Untuk menjalani Ujian Pasca, saya telah memilih waktu kelas tambahan kerana saya dapat mengumpul semua murid yang mengambil KHB pilihan ERT serentak seramai 20 orang. Set soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah sama. Ujian ini mengambil masa satu jam lima belas minit. Sebelum ujian ini dilaksanakan, saya memberi masa lima belas minit untuk murid membaca buku pintar masing-masing. Pemerhatian

10

Pada mulanya pelajar mengeluh kerana perlu membuat ujian pada set soalan yang sama. Setelah di terangkan dengan jelas kepada murid, mereka bersemangat untuk mengambil ujian Pasca. Saya juga menyediakan ganjaran kepada pelajar yang mendapat meningkatan markah lebih daripada 20 berbanding dengan Ujian Pra. Refleksi Saya menghadapi masalah kerana perlu menentukan satu masa yang boleh mengumpulkan semua pelajar yang mengambil KHB-ERT. Ini kerana sampel saya melibatkan tiga kelas yang berbeza. Setelah perbincangan dengan guru lain, satu waktu kelas tambahan telah digunakan. Murid memberi kerjasama yang baik semasa ujian di jalankan. Melihat daripada riak muka murid, mereka seperti mendapat jawapan yang pasti pada soalan-soalan tertentu. Masa yang diberikan lima belas untuk membaca buku pintar digunakan sepenuhnya oleh pelajar sebagai persediaan terakhir. 5.4 Penilaian Penilaian terhadap keberkesanan kajian tindakan ini ditentukan berdasarkan

perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pasca dijalankan selepas aktiviti 1 dan aktiviti 2 dilaksanakan. Perbandingan boleh dilihat pada Jadual 3. Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca UJIAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 NAMA MURID Sample 1 Sample 2 Sample 3 Sample 4 Sample 5 Sample 6 Sample 7 Sample 8 Sample 9 PRA % 30 48 34 52 62 40 22 30 36 UJIAN PASCA % 62 62 58 68 66 68 66 64 50

11

10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Sample 10 Sample 11 Sample 12 Sample 13 Sample 14 Sample 15 Sample 16 Sample 17 Sample 18 Sample 19 Sample 20

52 38 52 22 30 34 56 22 52 20 52

66 52 58 54 54 54 60 42 52 32 54

5.5 Refleksi Kajian Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan kebanyakan murid bukanlah tidak boleh mengingati nama, fungsi dan simbol komponen elektronik. Guru perlu mempelbagaikan kaedah untuk memudahkan pelajar mengingati nama, simbol dan fungsi komponen. Perubahan sikap dan semangat ingin mencapai kejayaan perlu ada dalam diri murid itu sendiri. Bak kata pepatah “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Kajian ini amat berkesan kepada murid yang agak lemah. Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pasca, hanya seorang pelajar mendapat markah yang sama dengan Ujian Pra. Seramai 19 murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Kajian ini juga banyak membantu pelajar mengingati fungsi dan simbol komponen elektronik. Sepanjang aktiviti dijalankan, murid kelihatan bersemangat untuk mengulangkaji topik ini. Jadual 5 menunjukkan perbezaan peratus pelajar mengikut gred yang di tentukan oleh sekolah. Jadual 5 : Perbezaan gred Ujian Pra dan Ujian Pasca GRED A B C D E MARKAH 75-100 74-60 59-50 49-36 0-35 UJIAN PRA 0 1 6 4 9 UJIAN PASCA 0 9 9 1 1

12

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan ketara dapat dilihat. Walaupun tiada pelajar yang mendapat A untuk Ujian ini, saya berpuas hati dengan tahap pencapaian murid. Saya mengharapkan kajian tindakan ini dapat membantu pelajar mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan percubaan PMR dan peperiksaan PMR 2008. 6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian tindakan ini banyak membantu saya dalam usaha meningkatkan minat murid untuk belajar KHB-ERT terutama tajuk komponen Elektronik. Kajian ini juga membantu saya memahami masalah murid dan mereka memerlukan pendekatan yang berbeza. Saya juga mendapati kreativiti guru dalam kelas banyak membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik yang agak sukar. Dapatan ini juga memberi contoh kepada guru-guru lain untuk melakukan kajian tindakan dan membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas masingmasing. Untuk kajian seterusnya saya mencadangkan tajuk seperti “Mesin Jahit” dirancang menggunakan kaedah pengajaran tertentu supaya murid lebih mudah memahaminya.

7. 1.

RUJUKAN Bashirah Begum Binti Zainul Abidin (2004) Meningkatkan Kemahiran 25 Orang Pelajar Tahun 1 Mengenal dan Menamakan Benda-benda (Vocabulary) Untuk Membina Ayat Mudah : Tuntas, Penerbitan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 2. Norhamazaini binti Mat Nali (2007) LEGOFORKim : Membantu Penulisan Formula Sebatian Kimia Dan Persamaan Kimia Yang Seimbang : Penerbitan Matra Edisi 4, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

13

3.

Hajah Zaleha binti Tomijan (2004) Meningkatkan Kemahiran Murid Mentafsir Gambar Rajah Yang Diberi Melalui Pandangan Sisi, Pandangan Hadapan, dan Pelan Bungkah Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan : Tuntas, Penerbitan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

14

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful