TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE

SOH NO.MATRIK:JEA 080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Pengenalan Kelahiran dan salasilah tempat kelahiran Plato yang adalah tidak jelas menurut khabar khabar angin Plato telah dilahirkan di Athens,dan ada pula yang mengatakan beliau telah dilahirkan di pulau Aegina,bukan begitu sahaja ada yang mengatakan beliau lahir pada tahun 428SM,malahan ada juga yang mengatakan beliau telah lahir pada tahun 427SM. Namun yang menjadi kepastian ialah beliau telah dilahirkan dalam suatu keluarga aristokrat Athens yang dimana salah satu keluarga yang turun temurun memiliki peranan yang amat penting dalam kehidupan politik di Athens.Ayah beliau ialah Ariston yang merupakan seorang bangsawan keturunan raja kodrus,iaitu raja terakhir di Athens yang berkuasa sekitar tahun 1068SM yang sangat dikagumi oleh semua rakyatnya kerana beliau terkenal dangan seorang yang mempunyai kecekapan dan juga seorang yang bijaksana dalam pemerintahan di Athens.Ibu beliau berketurunan Solon yang bernama Periktione. Namun Plato telah awal dilahirkan berbanding dengan beliau iaitu seratus tahun lebih awal daripada Periktio.Nama Plato yang sebenarnya ialah Aristokles.Gelaran Plato diberikan disebabkan daya fizikal beliau kerana dahi dan bahunya yang amat lebar,beliau telah di berikan gelaran tersebut dari seorang jurulatih senaman beliau.Dalam bahasa yunani pula nama Plato berasal dari kata benda iaitu “platos”yang memberi makna kelebaran atau dari kata asalnya lebar.Gelaran tersebut yang telah diberikan oleh jurulatih senaman beliau telah menjadi popular dengan begitu cepat sekali hingga nama tersebut telah menjadi kebiasaan dan merupakan nama panggilan sehari hari,bahkan menjadi nama rasmi yang diabadikan melalui karya beliau juga. Sewaktu Plato masih kecil lagi beliau telah kehilangan seorang bapa.Kemudian ibu beliau telah memulakan hidup baharu dengan bernikah dengan bapa saudara Plato iaitu Pyrilampes.Ayah tiri Plato merupakan salah seorang tokoh yang amat di segani di Athens kerana beliau merupakan seorang ahli politik yang begitu rapat dengan Pericles yang merupakan pemimpin negarawan yang terulung di Athens,beliau pula telah meninggal pada 427SM.Plato telah dididik oleh Pyrilampes.Plato telah meninggal ketika berusia lapan puluh tahun dan sewaktu hayat beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga.

1

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD
Falsafah Plato Plato mempunyai pelbagai falsafah sepanjang hayat hidupnya .Antara falsafah beliau ialah berkaitan idealisme.Bagi fahaman saya berkaitan idealisme menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 476 bermaksud sifat iaitu sikap atau perbuatan untuk melihat dan mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal.Selain itu idealisme juga bermaksud hasrat atau cita-cita yang unggul tetapi tidak realistik iaitu sesuatu yang tidak berkemungkinan untuk tercapai atau menjadi kenyataan.Serta konsep idealisme adalah bertumpu kepada aliran yang bersifat kebanyakkan atau impian yang berlainan sama sekali daripada kenyataan. Ini dapat dilihat apabila aliran ini lebih memaparkan tentang kesungguhan , kesempurnaan , dan keindahan tentang falsafah yang dinyatakan oleh beliau.Keadaan ini dapat dilihat apabila tumpuan ajaran beliau adalah lebih tertumpu berkenaan konsep idea. Dapat saya tafsirkan idea merupakan buah fikiran atau gagasan pemikiran seseorang iaitu Plato.Ini dapat dilihat bahawa Plato percaya bahawa idea merupakan realiti yang sebenarnya daripada segala perkara yang lain dan ia dapat di kenal melalui pancaindera yang berfungsi untuk melihat, mendengar, merasa dan sebagainya . Keadaan ini dapat dilihat apabila Plato mengambil contoh tentang bunga,pohon, manusia dan haiwan yang pada pandangan beliau disifatkan akan mati dan berubah.Walaupun begitu idea Plato berkenaan bunga ,pohon ,manusia dan haiwan tidak akan pernah berubah.Dengan itu beliau turut mengatakan bahawa idea merupakan suatu realiti yang sebenarnya yang lebih bertumpu seperti perkara yang dinyatakan ,tetapi bukan sekadar gambaran tentang perkara itu yang hanya terkongkong di dalam pemikiran manusia. Jadi bagi beliau idea bukanlah sesuatu yang subjektif iaitu perkara yang terbit daripada pandangan atau perasaan orang lain yang melihat atau menilai dan tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat dan dinilai .Jadi pada fahaman saya Plato memaksudkan subjektif merupakan sesuatu yang tercipta oleh daya fikiran manusia dan kebenaran itu adalah sesuatu perkara yang bergantung kepada daya fikir manusia .Oleh itu falsafah idealisme yang dimaksudkan oleh Plato merupakan sesuatu idea yang tetap ,sempurna, kekal dan tidak berubah-ubah.Ini dapat dilihat walaupun masa sentiasa bergerak dan berubah tetapi perkara idea tetap sama daripada penciptaan yang mula-mula sekali dilakukan oleh seseorang itu mengenai sesuatu perkara yang telah ditimbulkan.

2

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD
Di samping itu Plato turut menyatakan tentang kenyataan alam indera.Saya dapat memahami bahawa alam bermaksud dunia dan bumi iaitu mewakili segala yang ada di langit dan di bumi seperti binatang, tumbuh-tumbuhan, tenaga dan lain-lain.Manakala indera mengikut kamus dimaksudkan betara iaitu dewa yang memerintah di angkasa.Maksud ini adalah menurut kepercayaan Hindu.Walaupun begitu melalui fahaman saya indera merupakan sesuatu yang mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu hal ataupun keadaan. Jadi menurut Plato beliau menyatakan bahawa konsep alam indera menunjukkan bahawa keadaan yang mengalami perubahan iaitu tidak tetap,tidak sempurna,tidak kekal,banyak dan beraneka ragam.Hal ini dapat difahami bahawa alam indera ini bukanlah alam yang realiti tetapi ianya hanyalah sebuah bayangan ,khayalan ,dan gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna daripada dunia asal iaitu dunia hakiki yang didiami oleh manusia dan kehidupan lain.Keadaan ini dapat ditafsirkan bahawa sesuatu yang berada dalam alam ini sentiasa dalam khayalan. Pada fahaman yang dapat saya wujudkan adalah dengan mengambil sebatang pen.Pen bagi yang berada dalam alam idea adalah berfungsi untuk menulis.Tetapi bagi alam indera pen dapat digambarkan mempunyai makna yang pelbagai yang digambarkan sesuatu yang tidak lengkap dan tidak sempurna .Jadi melalui pemahaman saya pen yang wujud dalam alam indera mempunyai bentuk yang pelbagai,mmpunyai banyak maksud atau makna dan dapat difahami apabila pen itu dapat digabungkan secara yang sempurna. Plato turut menyatakan bahawa alam indera berada dalam serba majmuk atau banyak dan beraneka ragam.Tetapi yang pasti alam indera merupakan sesuatu yang tiruan yang wujud daripada alam idea.Jadi menurut Plato alam idea dapat dikenali melalui pancaindera yang dimiliki oleh manusia iaitu untuk mendengar ,melihat ,merasa dan menghidu tetapi alam idea dapat dikenali melalui akal budi. Konsep alam budi ini merupakan sesuatu yang ditafsirkan tentang idea yang dapat dikenali melalui akal budi.Keadaan ini dapat saya tafsirkan apabila kita melihat idea tentang sebuah rumah.Jika dilihat daripada pandangan pancaindera,manusia dapat melihat rumah dapat dibentuk dengan keadaan yang pelbagai jenis seperti dalam bentuk bulat,panjang ,bersegi empat,bertingkat dan pelbagai rupa yang lain.

3

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

Tetapi jika dilihat melalui idea akal budi kita tetap dapat menilai bahawa rumah itu merupakan sesuatu yang mempunyai kesempurnaan ,tunggal dan kekal. Hal ini bermaksud bahawa fungsi rumah itu adalah lengkap sebagai tempat tinggal manusia untuk didiami iaitu dapat berlindung daripada hujan dan panas serta dapat mengembangkan lagi kehidupan

Hal ini dapat saya fahami bahawa idea tentang rumah adlah berfungsi sebagai tempat tinggal manusia.Walaupun saya dapat lihat dalam ala mini terdapat pelbagai jenis dan bentuk rumah yang dibina oleh manusia.Tetapi fungsi utama rumah merupakan tempat yang digunakan untuk perlindungan daripada keadaan cuaca dan binatang buas yang ada di sekeliling.

Selain itu,Plato turut menyatakan bahawa pada alam idea ia tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang banyak dan pelbagai dan tidak juga bertumpu hanya kpada sesuatu idea sahaja.Tetapi pada alam idea pada fahaman saya telah pelbagai idea tetapi kita perlu memfokuskan kepada satu-satu idea yang dibincangkan.Hal ini dapat dilihat dengan idea tentang rupa,bentuk,keadaan samada tinggi,rendah,bulat,besar dan sebagainya.Walaupun begitu setiap idea yang wujud ia akan bersatu bersama-sama dengan idea yang lain.

Ini dapat dilihat adanya perkaitan tentang sesuatu idea dengan idea yang lain.Sebagai contoh yang dapat saya lakukan tentang perkaitan idea seekor lembu dan idea tentang tumbuh-tumbuhan.Perkaitan kedua-duanya dapat dilihat apabila lembu akan memakan tumbuh-tumbuhan yang merujuk kepada rumput.Jadi idea yang dikemukakan ini merupakan sesuatu yang realiti tentang konsep kehidupan di bumi ini yang dapat dilihat sebagai simbiosis iaitu saling memerlukan di antara satu sama lain.

4

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD
Di samping idea juga menyatu dalam satu persekutuan idea.Ini merujuk kepada persekutuan melalui keadan ini dapat dilihat dapat dilihat bahawa idea juga memiliki susunan tingkat yang juga dikenali sebagai hierarki.Menurut Plato hierarki merupakan tingkap yang menggambarkan adanya perkara yang utama sehingga perkara yang ke bawah. Idea yang berada di puncak merupakan idea yang paling baik yang apa menggambarkan tentang kebaikan yang seluruhnya.Keadaan ini dapat difahami bahawa dalam hierarki social masyarakat ,pada tingkat yang paling atas merupakan raja yang jelas bai kita sebagai masyarakat bawahannya.Begitu juga dengan konep idea,jika idea itu berada di atas maka idea itu adalah merupakan perkara utama yang paling penting.

Kesimpulan Sebagai rumusannya dapat saya fahami falsafah idealisme Plato adala sesuatu yang lebih membangun.Keadaan ini dapat dinilai bahawa idealisme beliau adalah sangat berbeza dengan idealisme moden.Ini dapat dibuktikan bahawa idealisme beliau merupakan perkara objektif manakala idealisme moden lebih bersikap subjektif.

5

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

RUJUKAN Falsafah Politik Plato karya adaptasi daripada buku Filasafat Politik Plato oleh J.H.Rapar dan diterbitkan oleh C.V.Rajawali , Jalan Pelepah IV,TN1 No.14/15,Kelapa Gading Permai ,Jakarta 14240,Indonesia Diubah suai ke bahasa melayu oleh Zainal Abidin Bakar Kamus Dewan Edisi Ketiga

Plato:The Masters karangan R.M.Hare diterbit oleh Oxford University Press,Walton Street,Oxford ox2 6DP England

6

7