You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

1.0 Soalan

1.1 Kemahiran membaca 2

1.2 Rancangan pengajaran kemahiran membaca 4

1.2.1 Kekuatan 8

1.2.2 Kelemahan 8

1.3 Bacaan mekanis 9

1.3.1 Aktiviti bacaan mekanis 10

2.0 Soalan

2.1 Sinopsis Cerpen 13

2.2 Pengenalan tentang cerpen 13

2.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa 15

2.4 Rumusan 16

3.0 Lampiran 17

4.0 Bibliografi 20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

1.0 Soalan 1 (a)
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya
dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang
terakam dalam bahan tulis.

Rancangkan satu sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan teknik-
teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan teknik
pilihan anda.

1.1 Kemahiran Membaca

Menurut Kamus Dewan, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan
kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca
pula didefinisikan sebagai aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk,
memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan,
mendeklamasi, menuturkan, berkata, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik,
meneliti, melihat dan memerhati. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka
bolehlah didefinisikan bahawa kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan
murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-
lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh
penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua
aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan
bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan
pertuturan itu kepada pemikiran. Kemahiran membaca diajar pada semua peringkat
pembelajaran iaitu bermula dari tahun satu hingga ke tahun enam. Tahap pembacaan
tahun satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara
yang dibaca. Manakala bagi murid tahun enam ialah penekanan kepada proses membaca,
memahami dan mengenalpasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan yang diberi.
5
8

2

KWLH adalah singkatan bagi K (know) iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan- soalan yang telah disenaraikannya. Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing murid. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kelas. H (how) pula ialah bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan. SQ3R adalah singkatan bagi survey (tinjau) iaitu langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Murid akan mencatat isi penting. Teknik DR-TA pula telah diperkenalkan oleh Russel Stauffer pada tahun 1969/1975. Fasa yang pertama ialah fasa kitaran proses membaca-berfikir iaitu menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan 3 . W (want) iaitu apa yang hendak diketahui (sebelum membaca). Manakala terdapat dua fasa dalam perlaksanaan teknik membaca ini. Teknik SQ3R merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca. Pelajar boleh meramal dan mengesahkan isi maklumat yang dibaca. Manakala teknik KWLH pula ialah teknik yang digunakan apabila pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut. lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. menjawab soalan yg dibina berdasarkan teks yang dibaca. Beliau menyatakan bahawa teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan. SUTINA MUHAMMAD HANIP Antara teknik membaca yang boleh digunakan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah teknik SQ3R. Recite (imbas kembali) ialah pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca. teknik KWLH dan teknik DR-TA. Review (baca semula) ialah pelajar membaca bahagian- bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya. L (learned) iaitu apa yang telah diketahui selepas membaca.

Aras : 1 (ii)Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun. SUTINA MUHAMMAD HANIP tersebut.40 pagi-9. 4 . Murid : 34 orang Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat : i.2 Rancangan Pengajaran Kemahiran Membaca Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema : Kekeluargaan Tajuk : Keluarga harmoni hidup diberkati Tahun : 5 Ibnu Qaldun Tarikh : 10 Mac 2010 Masa : 8. Aras : 1 (i) Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan. Fasa yang kedua ialah hasilan atau produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid melalui bahan bacaan yang dibaca oleh mereka. Aras : 1 (i) Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan. istilah. Memberi maklumat tentang kepentingan hidup berkeluarga dengan jelas dan tersusun.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan. iii. Fokus Sampingan : 3.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Fokus Utama : 6. Mengkelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan dengan betul. struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang betul. frasa. ii. 1.40 pagi Bil.

Tatabahasa : Imbuhan akhiran Ilmu : Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam Nilai Murni : bertanggungjawab. intrapersonal. yakin dan bersyukur.buku teks. membuat inferen dan menjana idea. Pengetahuan Sedia Ada : murid pernah berkelah bersama-sama keluarga di pantai. SUTINA MUHAMMAD HANIP Teknik yang digunakan : Teknik SQ3R Kemahiran Bahasa : Mendengar. memproses. Bahan Bantu Belajar : komputer. mengumpul. verbal-linguistik. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : menghubung kait. Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan 5 . membaca dan menulis. mencatat dan melaporkan maklumat. slaid power point. kerjasama. Kemahiran Belajar : mendengar aktif. Kecerdasan Pelbagai : interpersonal. kertas dan alat tulis.

Guru dan murid membuat -Kesyukuran rumusan tentang petikan tersebut. SUTINA MUHAMMAD HANIP Masa Pembelajaran Set Soalan mengenai 1. Nilai : 6 . -Mendengar aktif 3. Murid diminta membaca KP : petikan dengan gaya dan intonasi -Verbal-linguistik yang betul secara kumpulan dan -Interpersonal individu. KB : 1 -Menjana idea 2. BBM : -Komputer -Slaid power point Teknik -Survey -Read Langkah Perbincangan dan 1. BBM : 3. Guru menunjukkan murid KB : Induksi gambar keluarga slaid Power Point yang -Menghubung berkelah di tepi pantai. memaparkan gambar keluarga kait (5minit) berkelah di tepi pantai. Murid di minta meneliti (10min) petikan yang tertera di skrin BCB : masing-masing. Guru memaparkan slaid. (lampiran 1) BCB : 2. Guru menyoal murid tentang -Verbal-linguistik imbuhan akhiran yang terdapat di dalam teks. Guru mengaitkan jawapan -Slaid power murid dengan tajuk pelajaran. Guru bersoal jawab dengan -Mendengar aktif murid tentang gambar tersebut. (15minit) KP : 2. Nilai : 5.Guru bersoal-jawab dengan KB : 2 soal-jawab murid tentang isi kandungan -Menjana idea petikan yang telah dibaca. point gambar keluarga berkelah ditepi pantai Langkah -Membaca petikan 1.

Guru berbincang bersama -Review murid tentang jawapan yang telah diberikan. Teknik : -Question Langkah Pengumpulan 1. Penutup Penutup kognitif 1. melantik seorang ketua dan mencatat seorang pencatat.Guru meminta wakil setiap KP : 4 maklumat kumpulan untuk berdiri -Verbal-linguistik dihadapan kelas. Murid diminta untuk membina ayat daripada perkata imbuhan BBM : akhiran. Nilai : masing.Beberapa orang murid diminta untuk membacakan ayat mereka. BCB : Bincang dan tulis -Mengumpul. Guru meminta murid klik KB : 3 maklumat pada pautan yang telah -Membuat inferen disediakan mengikut kumpulan (15minit) Aktiviti Kumpulan: masing-masing. SUTINA MUHAMMAD HANIP -Yakin 3. Murid diminta untuk KP : membincangkan soalan yang -Verbal-linguistik telah disediakan berdasarkan -Intrapersonal petikan yang telah dibaca bersama ahli kumpulan masing. maklumat 3. kepentingan hidup 2. -Intrapersonal (10minit) 2.Setiap kumpulan diminta untuk Nilai : membentangkan hasil kerja -Yakin mereka Teknik 3. Guru meminta murid untuk Teknik 7 . Setiap kumpulan diminta memproses dan berkeluarga. -Komputer -Slaid powerpoint 4. -kerjasama BBB : -Kertas -Alat tulis Teknik -Read -Recite Langkah Pembentangan 1.

2. teknik ini memang sesuai untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. dan motivasi 1. teknik yang digunakan sedikit kompleks dan sukar difahami oleh pelajar yang berada dalam tahap satu. Saya tidak akan menggunakan teknik ini kepada pelajar yang berada di dalam tahap satu. Guru memberi dorongan kepada murid supaya berusaha Penutup sosial membaiki teknik pembacaan mereka supaya menjadi lebih -Memberi pujian baik. Ini kerana. Bukan itu sahaja. SUTINA MUHAMMAD HANIP membuat rumusan tentang tajuk -Review (5minit) -Membuat pelajaran pada hari ini. rumusan isi pelajaran 2. Ini kerana teknik ini memerlukan pelajar untuk mendalami serta memahami teks yang dibaca supaya mereka dapat membuat ramalan terhadap teks yang dibaca. pelajar 8 . Teknik ini juga dapat membantu pelajar untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari supaya maklumat yang diterima dapat diingati. penggunaan teknik ini dapat menguji pemahaman pelajar berdasarkan teks yang dibaca seperti yang dilakukan di dalam langkah tiga. 1. Ia juga dapat membantu pelajar untuk menambah pemahaman mereka supaya dapat menjawab soalan yang diajukan dengan lebih baik. saya akan menggunakan lagi teknik SQ3R ini di dalam sesi pengajaran pada masa akan datang.2.2 Kelemahan Teknik SQ3R hanya boleh digunakan sekiranya pelajar yang diajar sememangnya pelajar yang pintar. Ia hanya sesuai digunakan untuk pelajar yang berada di tahap dua. Bukan itu sahaja. Teknik ini juga dapat membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir mereka dengan lebih efisyen bagi memahami teks yang dibaca.1 Kekuatan Secara keseluruhannya. Ini kerana.

1. menambah ilmu. Soalan 1 (b) Sediakan satu aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme untuk membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.1993 beliau menyatakan bahawa bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. 9 . pendapat. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak. fikiran dan perasaan seseorang pengarang. SUTINA MUHAMMAD HANIP juga perlu mempunyai ingatan yang baik supaya dapat melakukan aktiviti imbas kembali (recite). Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. khususnya kemahiran membaca. dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Jika teknik SQ3R ini diaplikasikan kepada pelajar yang lemah.3 Bacaan Mekanis Menurut Raminah Haji Sabran. pengetahuan. pengalaman. guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pelajar mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu. perasaan. buah fikiran. Membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi. Membaca bersuara atau juga dikenali sebagai membaca mekanis. mereka mungkin tidak akan dapat memahami apa yang diajar dan seterusnya boleh menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Disebabkan itu. membaca ulat dan membaca nyaring merupakan salah satu daripada empat jenis bacaan. memahami orang lain dan sebagainya. membaca oral. mendapatkan informasi.

ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Teori ini dipelopori oleh Bloomfeild. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah pelakuan guru. sekiranya pengajaran bahasa khasnya membaca dibuat. Aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme boleh diaplikasikan kepada pelajar yang lemah membaca bagi membina kebolehan membaca mereka. Teori ini juga mementingkan kepada persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. sesuatu perkara perlu dilakukan secara lazim untuk membentuk kebiasaan dan perubahan yang berkekalan. Pavlov. Guru akan membantu pelajar sewaktu proses ini dilakukan. Petikan yang diberi perlulah ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar yang lemah. SUTINA MUHAMMAD HANIP Lazimnya. Ahli psikologi bagi aliran Behaviourisme ini ialah Skinner. Ini bermakna. Boas dan Brooks. Ini bermakna. (lampiran 2) Kemudian. Edaward Sapir. Golongan ini juga berpendapat bahawa bahasa boleh dikuasai melalui proses pengulangan. Mereka menekankan kepada aspek pelaziman melalui Teori Pelaziman Klasik.1 Aktiviti Bacaan Mekanis Antara aktiviti bacaan mekanis yang boleh dilaksanakan kepada pelajar lemah berdasarkan Teori Behaviourisme ialah dengan memberikan pelajar satu petikan. rakan-rakan serta suasana di dalam bilik darjah. 1. 10 . ia seharusnya menekankan kepada pengulangan dan latihan yang banyak. Fries. Sewaktu proses ini berjalan. Hull dan Thorndike. pelajar akan diminta oleh guru untuk membacakan petikan tersebut secara perlahan atau disebut sebagai bacaan mental. guru perlulah sentiasa memberikan galakan dan kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus membaca petikan yang diberi.3.

SUTINA MUHAMMAD HANIP Seterusnya. Guru juga perlu menerangkan tentang perkataan yang agak sukar difahami oleh pelajar supaya mereka lebih memahami petikan yang diberi. pengulangan akan dapat membantu pelajar menguasai kemahiran membaca. guru perlu membaca teks tersebut sebagai contoh kepada pelajar tentang bagaimana cara yang betul untuk membaca petikan yang diberi. Guru boleh menyoal pelajar secara lisan atau bertulis untuk mengetahui sejauh mana mereka memahami teks yang diberi. Proses ini sesuai dilakukan kerana di dalam teori behaviourisme. Setelah itu. guru akan menyoal pelajar tentang petikan yang diberi. pelajar akan mengikut bacaan guru secara kelas. Guru boleh menyoal pelajar untuk mengetahui perkataan mana yang mereka tidak fahami. Aktiviti yang boleh dilakukan seterusnya ialah dengan memilih beberapa orang pelajar untuk membacakan perkataan-perkataan tersebut secara individu. Ini akan dapat membantu murid untuk lebih memahami dan seterusnya menguasai perkataan yang tidak mereka fahami dengan lebih baik. guru boleh memberikan respon yang positif kepada pelajar sekiranya mereka memberikan jawapan yang tepat. Perkataan-perkataan yang disebut oleh pelajar akan ditulis oleh guru di papan tulis. guru akan meminta pelajar untuk menyebut perkataan yang mereka tidak fahami. Langkah ini sesuai dilakukan kerana ia merupakan proses mengulang seperti yang terdapat di dalam teori behaviourisme. Seterusnya. Soalan yang diberikan oleh guru perlulah mudah dan senang difahami. Proses mengulang ini penting kerana ia akan membantu pelajar yang lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Kemudian. Apa yang perlu dilakukan oleh guru seterusnya ialah dengan mengadakan sesi soal jawab dengan pelajar. Pelajar juga perlu menyemak bacaan guru dengan tekun. Pelajar kemudiannya akan diminta untuk menyebut perkatan tersebut secara kuat berulang kali. Dalam proses ini. Guru harus 11 . kumpulan dan individu.

manakala pelajar yang gagal menyebut dengan betul akan diberikan hukuman. maka mereka akan dihukum. menurut Teori Behaviourisme. setiap pelajar akan diminta oleh guru untuk membacakan petikan tersebut secara bergilir-gilir dengan rakan sekelas. Ia dilakukan supaya pelajaran yang telah diajar akan mudah diingati oleh pelajar. pengukuhan amat penting dilaksanakan di dalam sesi pengajaran. pelajar diminta untuk membina ayat yang mudah sebagai pengukuhan. Sekali lagi Teori Pelaziman Klasik digunakan di dalam proses ini. SUTINA MUHAMMAD HANIP memberikan pujian kepada pelajar sekiranya mereka menyebut perkataan tersebut dengan betul. Guru akan meminta pelajar untuk membaca petikan tersebut ayat demi ayat. 2. Jika ada pelajar yang gagal membina ayat dengan betul. Setiap pelajar yang dapat menyebut ayat tersebut dengan betul akan diberikan pujian. dan teknik latih tubi.0 soalan 12 . Proses ini terdapat di dalam Teori Pelaziman Klasik Kemudian. Akhir sekali dengan menggunakan perkataan-perkataan sukar. Ini kerana. pengajaran bacaan dan tatabahasa adalah berdasarkan kepada kaedah induktif atau juga disebut sebagai kaedah terus. dengar dan tutur. guru perlulah segera membetulkan kesalahan tersebut. Tetapi sekiranya ada pelajar yang gagal menyebut perkataan tersebut dengan betul. Ini kerana berdasarkan Teori Behaviourisme.

ternyata Karim yang telah melakukan perbuatan mencuri itu. plot.1 Sinopsis Cerpen Tajuk: Berani kerana benar. takut kerana salah. Karim didapati bersalah kerana mencuri dan diminta untuk memulangkan wang yang dicurinya.2 Pengenalan tentang Cerpen Cerpen atau cerita pendek adalah cerita benar atau rekaan yang berbentuk pendek. Setelah Saiful membuat laporan kepada Cikgu Zamri. Cerpen ini mengisahkan tentang kejadian kecurian yang sering berlaku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat. takut kerana salah. gaya dan suasana cerita. Terdapat tujuh unsur utama di dalam cerpen iaitu tema. Dia juga merupakan seorang murid yang mempunyai masalah disiplin. watak. Di baca dalam masa yang singkat dan tidak mempunyai stuktur yang terlalu kompleks. huraikan bagaimana anda merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa secara terancang. Namun Saiful tidak takut kerana papatah ada mengatakan bahawa berani kerana benar. SUTINA MUHAMMAD HANIP Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak mengandungi unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan kemahiran bahasa. 13 . Dia juga diberikan amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi di masa akan datang. Setelah disiasat. Saiful selaku pengawas di sekolah itu cuba mencari pelajar yang melakukan kecurian tersebut. 2. sudut pandangan. Karim merupakan pelajar baru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat. Berdasarkan genre cerpen. Ramai pengawas yang takut untuk melaporkan perbuatan Karim kepada guru disiplin. (lampiran 3) 2. latar.

Teater pembaca ialah teknik yang melibatkan beberapa orang murid membacakan skrip cerita di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan. SUTINA MUHAMMAD HANIP Dari sudut bahasa. pelbagai teknik boleh digunakan. Bukan itu sahaja. nilai dan pengajaran sesebuah cerita itu. simulasi. padat dan mudah. Tema dan persoalan. teater bercerita. Sumber yang boleh digunakan iala seperti media elektronik atau pun media cetak. teater pembaca. Cerpen lebih memberi tumpuan kepada tema utama sesebuah cerita. Guru boleh memberi pendedahan kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Teknik teater pembaca ini juga mementingkan gerak badan yang sesuai dengan isi sesuatu cerita yang hendak dipersembahkan. 14 . Pembaca akan lebih memahami isi kandungan cerpen itu. mereka boleh didedahkan kepada genre ini melalui pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Antaranya ialah teknik lakonan. Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa berdasarkan genre cerpen. Untuk tugasan ini. saya telah memilih teknik teater pembaca sebagai teknik yang sesuai digunakan di dalam pengajaran genre cerpen di sekolah. Walaupun cerita sesebuah cerpen itu pendek. Dalam memperkenalkan cerpen kepada pelajar. Ia lebih menumpukan kepada gaya bahasa yang menarik. Melalui teater pembaca ini. cerpen mempunyai gaya bahasa yang ringkas. Plotnya juga lebih mudah dari segi penyusunannya. Melalui pendedahan ini. ia akan dapat memberikan gambaran kepada pelajar bagaimanakah bentuk genre cerpen yang sebenarnya. nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan cerita yang dipersembahkan. pembaca boleh menghabiskan membaca cerpen dalam waktu yang singkat kerana penggunaan bahasanya yang mudah. kerusi panas. guru boleh membantu murid untuk membayangkan bahawa cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka supaya penonton dapat memahami dan menghayati cerita mereka. pengarang akan tetap memberikan tumpuan kepada kesan. improvisasi dan main peranan. plot dan watak yang diutarakan dalam cerpen tidaklah sesukar genre novel.

Akhir sekali.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan genre cerpen ini. Setelah itu. guru mengedarkan latihan tambahan kepada pelajar. Guru dan murid sama-sama membuat kesimpulan tentang topik pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar boleh diminta untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang terdapat di dalam bahan tersebut. guru akan memberikan penerangan sebenar tentang gambar tersebut dan apa yang mereka akan lakukan seterusnya. Aktiviti kumpulan juga boleh dilaksanakan dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan. SUTINA MUHAMMAD HANIP 2. Guru akan memberikan komen. Pelajar yang dipilih diminta untuk menghayati watak mereka. Kemudian. Mereka mesti menggunakan mimik muka dan intonasi yang betul berdasarkan situasi untuk membuat penonton yang terdiri daripada rakan-rakan mereka memahami dan menghayati jalan cerita itu dengan baik. wakil setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan kelas untuk membacakan hasil perbincangan mereka.4 Rumusan 15 . guru juga boleh menyelitakan kemahiran tulisan berdasarkan bahan yang telah diberi. Pelajar diminta untuk menilai dan seterusnya memberikan pendapat mereka tentang gambar tersebut. pelajar akan ditunjukkan dengan slaid gambar. Ahli setiap kumpulan diminta untuk berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Guru memilih pelajar untuk memegang watak dalam cerita tersebut. Tugas pelajar-pelajar yang lain adalah untuk mencatat maklumat penting yang terdapat di dalam skrip tersebut. Guru menerangkan tentang latihan tersebut. Beberapa orang pelajar diminta untuk membaca membacakan ayat yang mereka bina. Guru mengedarkan skrip kepada pelajar. Guru meminta pelajar untuk menyiapkannya di rumah. Pelajar diminta untuk membaca skrip tersebut. Selain daripada teknik teater pembaca. 2.

penggunaan bahan sastera ini juga mampu mengasah bakat terpendam yang terdapat di dalam diri pelajar. Terdapat banyak teknik yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu menggunakan bahan sastera. Ini kerana bahan sastera ini banyak mengandungi unsur bahasa dan nilai murni yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh pelajar. terpulanglah kepada guru untuk memilih dan menggunakan teknik yang sesuai dalam pengajarannya bagi memupuk minat pelajar untuk mempelajari bahan sastera ini. Jadi. Bahan sastera ini juga mampu menimbulkan keseronokan dikalangan pelajar jika ia diajar dengan menggunakan kaedah yang betul. ia akan meningkatkan kemahiran bahasa pelajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bukan itu sahaja. Lampiran 16 . Guru juga harus bijak merancang aktiviti yang sesuai dengan tema cerpen yang hendak diajar. pemilihan teknik yang salah boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan. SUTINA MUHAMMAD HANIP Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan bahan sastera seperti cerpen dapat membantu menerapkan kemahiran bahasa kepada pelajar. Ini kerana. Secara tidak langsung.

Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. 17 . Badanku mula terasa panas. aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. telefon berdering. tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila melihat badanku berkedut. Ketika badanku diseterika. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Aku cuba menahan keperitan. Linda ingin memakaiku sekali lagi. Selang beberapa bula. aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Selepas dilahirkan. Setelah lima hari berada di situ. SUTINA MUHAMMAD HANIP Lampiran 1 Lampiran 2 Tajuk : Aku sehelai baju Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Linda tergesa -gesa mendapatkanku. “Tadi saya bertugas di blok kelas kita. Suaranya kedengaran penuh kesal. kenapa bawa yang banyak ke sekolah?” kata Saiful ketika menghampiri meja Munirah. “Habis tu. Kejadian kecurian pada waktu rehat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. 18 . takut kerana salah. Tapi apabila saya masuk ke kelas. wang RM50. meja dan beg saya berselerak. Kelihatan air mata bergenang dikelopak mata Munirah “Saya membawa wang untuk membayar yuran kepada guru kelas kita selepas rehat nanti. “Maksud kamu Karim. pelajar baru itu? Minggu lepas saya ada dengar pengawas lain bercakap bahawa Karim disyaki mencuri wang dikelas Tahun Lima Zamrud” kata Mei Ling. “Siapa pula hilang wang kali ini?” Tanya Saiful ketika menghampiri kelompok pelajar di bahagian belakang kelas. Saiful memanggil Ramesh dan Mei Ling ke mejanya untuk berbincang. Sebaik sahaja masuk ke kelas selepas waktu rehat. SUTINA MUHAMMAD HANIP Apabila terhidu bau benda terbakar. hanya mereka sahaja yang menjadi pengawas sekolah.00 saya sudah hilang. dah buat laporan kepada guru disiplin?”tanya Saiful.” Jawab Munirah sambil teresak-esak. Apabila saya periksa. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang. “Munirah pula yang kena hari ini. Mei Ling menepuk-nepuk bahu rakannya itu sambil menenangkannya. kelas tergesa-gesa dari kelas kita. Lampiran 3 Cerpen : Berani kerana benar. “Itulah. Saya ada nampak pelajar baru dari kelas sebelah. pelajar Tahun 5 Berlian Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat menjadi kecoh kerana beberapa orang pelajar kehilangan wang. Di dalam kelas itu.” Kata Ramesh. “Kamu berdua syak ada sesiapa yang mencuri?” soal Saiful.” kata Mei Ling.

kita perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah.” kata Saiful penuh semangat. Saiful pergi berjumpa dengan guru disiplin dan menceritakan kejadian yang berlaku.”jawab Ramesh. Bibliografi 19 . “Itu sikap yang salah. Karim terkenal sebagai samseng dan ramai pula pengikutnya. Sebagai pengawas sekolah. Dia diberi amaran keras supaya tidak mengulanginya lagi. berani kerana benar. Tidak lama selepas itu. SUTINA MUHAMMAD HANIP “Siapa berani buat laporan. Karim dipanggil oleh guru disiplin untuk disiasat beberapa kes kecurian pada waktu rehat. Akhirnya Karim mengaku dan telah memulangkan wang yang telah dicurinya. takut kerana salah. Bak kata pepatah. Kemudian. Cikgu Zamri memuji cara Saiful bertindak.

Fadzri bin Aris.com 5.net 20 . Kupasan dan Kajian 2010 Komsas. ( 2006 ). Bhd.tripod. 3. SUTINA MUHAMMAD HANIP 1. 4. Mohd. ( 2008). Sharif Sharry. Siti Salbiah Shafie. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamillah Mohamed. Zainal Ariffin bin Yusof. Khadijah binti Yusof. Norhayati Mohamad. Bayrei Asrin. Kemahiran Membaca dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Impaknya kepada Persediaan Guru di dalam Bilik Darjah: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jered Yutui. Nasah bin Sukor. 2. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5. http://www. http://mahirkb.slideshare. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Zakaria binYap ( 2010 ).