Tonggak 12

1

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIAN Oleh Hjh. Rubiah Abdul Rahman Apakah Tonggak Dua Belas? Tonggak Dua Belas adalah dua belas peringatan yang sekiranya diamalkan akan dapat membentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia. Tonggak Dua Belas mengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia merupakan salah satu daripada usaha -usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalam perkhi dmatan awam. Pengertian Istilah Tonggak, Nilai dan Etika Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna Tonggak ialah asas, dasar, panduan, pokok pegangan dan kepercayaan. Contohnya: Agama Islam sebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita. Dalam konteks perbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggota perkhidmatan awam yang unggul. Nilai pula pada asasnya digunakan dalam tiga konteks: (i) Sebagai sifat (attribute) sesuatu objek, contoh: y Karya Pendeta Za'ba tidak ternilai dalam persuratan Melayu; y Budi baik tuan tidak ternilai. (ii) Sebagai kadar harga atau markah (quantitatif) sesuatu objek, contoh y Nilai barang-barang yang dicuri ialah RM 12,000; y Markah penilaian prestasi En. Ahmad pada tahun 1993 ialah 87% dan ini bererti beliau boleh dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji secara menegak. (iii) Sebagai ukuran kepada sesuatu yang diingini dan dihargai kerana ia diterima sebagai sesuatu yang baik, contoh: ‡ Kita harus menghayati nilai tekun, kerana ketekunan boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti; ‡ Dari kecil lagi, kanak-kanak mesti dididik supaya bersopan santun. Pembicaraan mengenai nilai dan etika merujuk kepada pengertian nilai yang ketiga. Siapakah Yang Menentukan Sesuatu Nilai Itu Baik atau Buruk? Mengikut pandangan sekular, nilai ditentukan oleh manusia yang diasaskan kepada pengalaman dan akal sematamata. Pada umumnya, manusia menganggap sesuatu itu baik sekiranya ia berguna. Sesuatu itu dikatakan berguna oleh kerana ia membawa keseronokan, kebahagiaan dan kelazatan.

kalangan pelacur menganggap kerjaya mereka baik kerana ia menghasilkan pendapatan yang lumayan. Oleh itu.Tonggak 12 2 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Maka wujud apa yang dikatakan sebagai budaya hedonisme dan kegunaan (utilitarianism). suatu ketika dulu wanita Melayu yang belum berumahtangga tidak dibenarkan berjalan seorang diri. Allah telah menetapkan cara-caranya agar manusia dapat melaksanakan tugasnya seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Bagi melaksanakan kedua -dua fungsi tersebut. Begitu juga perompak. perkara tersebut tidak lagi wujud kerana nilai-nilai masyarakat Melayu telah berubah. Hedonisme adalah satu gaya hidup yang menjadikan keseronokan. Contohnya. dan sesuai untuk semua masyarakat di mana-mana Etika adalah satu peraturan yang menjadi panduan tata kelakuan setiap anggota sesuatu organisasi (mengandungi the Do's and the Don'ts). manusia yang taat sebagai hambanya perlulah patuh kepada setiap perintahnya. nilai yang hanya ditentukan oleh manusia bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut masa. Tetapi pada masa ini. iaitu sebagai hambanya dan kedua sebagai khalifah di bumi yang dipertanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini bagi kebaikan dan kesejahteraan manusia. Umpamanya. Begitu juga dengan hiburan dan filem-filem yang berunsurkan keganasan atau lucah dianggap baik kerana ia menimbulkan rasa keseronokan. Pada pandangan Islam. menganggap merompak itu baik kerana hasil rompakan boleh digunakan untuk mencari keseronokan dan kesenangan hidup. nilai -nilai yang bersumberkan wahyu Allah yang disebarkan melalui al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s. Oleh itu. zaman serta generasi.a. tetapi perkara ini dianggap tidak bermoral di kalangan masyarakat Timur. golongan homoseksual dahulunya dipandang hina. ia mesti ditemani oleh muhrimnya. Di Barat. . tidak berubah dari masa manusia pertama diwujudkan hinggalah ke hari kiamat. Nilai juga berubah mengikut peredaran zaman. Oleh kerana takrif baik itu ditentukan oleh manusia. Manusia dicipta Allah hanya untuk dua tujuan. tetapi pada hari ini mereka telah diberi pengiktirafan sebagai golongan yang perlu diberi kebebasan untuk menjalani gaya hidup sedemikian atas alasan menghormati hak asasi manusia. termasuklah ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan. nilai-nilai yang baik dan buruk adalah ditentukan oleh Allah sebagai Khalik. kelazatan. Ini bererti. maka istilah baik menjadi begitu subjektif dan relatif. Sebagai contoh. adalah mutlak sifatnya. Masyarakat Barat menganggap bercumbu-cumbu di khalayak ramai sebagai satu kebiasaan.w. Etika Perubatan (Medical Ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur dan memberi panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perhubungan antara mereka dan juga para pesakit. kebahagiaan sebagai matlamat terakhir kehidupan manusia.

Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu dan Tonggak Dua Belas boleh dijadikan panduan untuk merubah tingkah laku seseorang individu. Kebijaksanaan Berhemat 10. Nikmat Mencipta. Dua belas tonggak tersebut adalah seperti yang berikut: 1. kaedah yang disarankan ialah melalui latihan diri atau habituation (mentabiatkan) sesuatu perbuatan yang baik sehingga ia menjadi mudah dilakukan. . Pengaruh Teladan 8. ia hendaklah menggantikannya dengan sifat pemurah dengan membiasakan diri memberi derma clan sedekah. contoh-contoh nilai. pekerja dan rakan seperniagaan mereka. Peringkat pertama ialah seseorang itu perlu merenung kembali akan dirinya sendiri dan mengakui bahawa ia memiliki beberapa sifat negatif vang perlu dikikis dan digantikan dengan sifat-sifat berlawanan. Kemuliaan Kesederhanaan 5. etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Umpamanya. dan seterusnva menimbulkan kenikmatan apabila melakukannya. yakni sifat-sifat yang baik. Keseronokan Bekerja 4. Contoh seterusnya ialah peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Disiplin Pegawai-pegawai Awam (yang menggantikan Bab D. Di peringkat ini. Ketinggian Peribadi 6. Kekuatan Sifat Baik Hati 7. perlakuan tersebut telah menjadi satu tabiat. Peraturan Am). Peningkatan Bakat 12. Tonggak Dua Belas mengemukakan panduan-panduan. Untuk golongan dewasa. Imam Al-Ghazali telah mengemukakan beberapa cara untuk mengubah tingkah laku seseorang. Kaedah ini dilaksanakan melalui beberapa peringkat. Ketekunan Membawa Kejayaan 3. kemudian menjadi spontan.Tonggak 12 3 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Etika Perniagaan adalah merupakan satu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan. Kewajipan Menjalankan Tugas 9. Menghargai Masa 2. jika seseorang memiliki sifat kedekut. Keutamaan Kesabaran 11. Tonggak Dua Belas dan Perubahan Tingkah Laku Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi.

Tonggak 12 4 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dengan melakukan perbuatan seperti menderma apabila didatangi oleh seorang peminta derma atau sedekah secara berulangulang. Kalau ia seorang yang pendendam. Seseorang yang telah menghayati sifat bersih sehingga menjadi satu tabiat. Tetapi apabila sahaja. Begitu juga dengan sifat bersih. Menghargai Masa Perbuatan tidak menghargai masa masih banyak berlaku di kalangan anggota perkhidmatan awam. dia akan membuang sampah di merata tempat. akan menunjukkan kebersihannya walau di mana ia berada. menggunakan waktu pejabat untuk tujuan peribadi seperti berniaga. malah ditentukan oleh situasi atau keadaan. kerana takut dikenakan denda. kerana perbuatan bersih tidak spontan. ia harus menggantikannya dengan sifat pemaaf kepada orang yang telah membuat kesalahan terhadapnya. tetapi apabila di tempat lain. Di sinilah letaknya peranan Tonggak Dua Belas sebagai satu panduan bagi setiap anggota perkhidmatan awam untuk mengikis sifat sifat yang negatif dan menggantikannya dengan sifat-sifat positif. Tetapi apabila dilakukan berulang. ia akan menjadi spontan. Perbuatan ini pada permulaan didapati begitu sukar untuk dilakukan kerana sikap kedekut masih wujud dalam dirinya. iaitu setiap kali melihat orang susah atau peminta sedekah di mana sahaja ia akan menderma walaupun ketika itu ia mempunyai sedikit wang. seorang rakyat Malaysia apabila berada di Singapura begitu berhati-hati untuk tidak membuang sampah. Orang begini belum dikatakan mempunyai tabiat bersih.ulang. Seseorang pekerja dianggap benar-benar ikhlas sekiranya ia tetap menjalankan tugas walaupun tidak diberi pengiktirafan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang. berbual-bual di telefon mengenai hal-hal peribadi. di tempat kerja atau di tempat awam. lama kelamaan sifat pemurah ini menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi satu tabiat. maka pekerja demikian hanya seorang yang hipokrit dan bukan seorang yang memiliki peribadi sebagai seorang yang ikhlas. ia melepasi tambak Johor dengan sendirinya ia bertukar menjadi orang yang tidak menghiraukan kebersihan. akan hanya menunjukkan sikap bersih di rumahnya sahaja. menjalankan tugas-tugas tidak rasmi atau meninggalkan pejabat untuk urusan persendirian dan . Sekiranya seseorang pekerja hanya menunjukkan kerajinan apabila boss ada atau untuk mendapatkan sesuatu. melayani tetamu yang tidak ada kaitan dengan urusan rasmi. sama ada di rumah. Tetapi seseorang yang belum sampai ke peringkat mentabiatkannya. Contoh seterusnya ialah. Matlamat usaha penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam adalah untuk membentuk tabiat ataucharacter yang mulia. Ini dapat dilihat dari perbuatan-perbuatan yang suka membazirkan masa dan penyalahgunaan masa rasmi seperti gemar berbual-bual kosong. 1.

Anggota perkhidmatan awam digesa melatih diri melakukan kerja dengan sistematik. Keseronokan Bekerja Dalam mewujudkan keseronokan bekerja. pinggan mangkuk dan sebagainya. tidak melengahkan kerja. Amalan-amalan tersebut akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti. Bekerja sangat-sangat dituntut oleh agama kerana setiap orang harus berusaha bagi menyara hidup diri sendiri serta keluarga mereka. disuruh buat baru buat harus digantikan dengan sifat-sifat yang baik seperti rajin. Di samping itu. dedikasi. Ketekunan Membawa Kejayaan Dalam usaha untuk menjadikan anggota perkhidmatan awam tekun menjalankan tugas. Contoh-contoh perbuatan yang menggambarkan sikap tidak menghargai masa banyak dikemukakan di dalam Tonggak Dua Belas. umpamanya mewujudkan suasana yang bersih. amalan-amalan negatif seperti malas.pokok bunga di samping gaya kepimpinan yang terbuka serta kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi . suka bertangguh. Anugerah Khidmat Cemerlang dan lainlain. Selain daripada itu. elakkan diri dari berniaga barangbarang jualan seperti kain batik. umpamanya menetapkan prioriti. mesyuarat atau majlismajlis rasmi dan sebagainya. Untuk menghapuskan perbuatanperbuatan negatif. 2. sambil lewa. kalau suka berniaga di waktu pejabat.sifat mulia yang harus menggantikan sifat-sifat negatif tersebut. Pekerja yang menghayati konsep Keseronokan Bekerja tidak akan merasa kecewa jika tidak diberi pengiktirafan seperti kenaikan pangkat. amalan-amalan negatif seperti menganggap kerja sebagai satu beban harus digantikan dengan sikap menganggap kerja sebagai satu ibadat yang mana pulangannya adalah pahala. sesuatu kerja hendaklah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan. umpamanya menggantikan tabiat tidak menghargai masa dengan mengelak diri daripada berbual-bual kosong. pihak pengurusan juga perlu mewujudkan suasana yang boleh menimbulkan keseronokan bekerja di kalangan para pekerja. menetapkan target date untuk menyiapkan sesuatu tugas. masyarakat dan negara pasti akan memberikan kepuasan kepada pekerja . bersungguh-sungguh dan sempurna. Sifat ketekunan juga menjadikan seseorang itu berdisiplin 3. nyaman. Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun dan mahir menjalankan tugas dan selanjutnya pasti membuahkan kejayaan. Namun untuk memperolehi ganjaran pahala.Tonggak 12 5 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- sebagainya. Tonggak Dua Belas mengemukakan sifat. kita bekerja untuk kemajuan organisasi. Dia bekerja dengan baik kerana pekerjaannya memberikan satu kepuasan hati serta kejayaan bagi dirinya. penuh dengan tanaman pokokpokok hijau serta pokok. alat-alat kosmetik. Seseorang yang tekun akan bersedia menghadapi kesulitan serta cabaran dan tidak mudah putus asa atau patah semangat. menepati masa temujanji. tekun dan bersemangat.

berbudi bahasa.Tonggak 12 6 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 4.tetapi setelah diangkat menjadi khalifah. Kemuliaan Kesederhanaan Tonggak Dua Belas turut menyenaraikan sifat kesederhanaan yang perlu ditanam bagi menggantikan sifat-sifat negatif seperti suka membazir. sederhana dari sudut perwatakan. Ketinggian Peribadi Tonggak Dua Belas turut menyentuh tentang sifat-sifat orang yang berperibadi tinggi seperti bijaksana. adil dan sebagainya. perhias an diri atau pakaian dengan sifat kesederhanaan seperti merendahkan suara apabila bercakap. menunjuk-nunjuk dari aspek percakapan. malah dia disegani kerana sifatnya yang jujur. 5. Sikapnya yang merendah diri tidak pula bermakna dia seorang yang sambil lewa. lebih mementingkan kecantikan zahir. penyayang. berkata benar. sedia menerima teguran. Pekerja yang sedemikian akan senang didampingi oleh rakan sekerja serta pihak-pihak lain.a. Khalifah Umar Abdul Aziz. hormat sesama manusia tanpa mengira kedudukan atau pangkat. sedia memberi maaf dan tidak berdendam. ikhlas. pintar. Kekuatan Sifat Baik Hati Pekerja yang memiliki sifat baik hati akan menjadi seorang pekerja yang berhemah tinggi. menonjol. boros. Rasulullah s. mudah mesra dan boleh berkerjasama. beliau telah menjalani kehidupan yang sederhana. sebelum menjadi khalifah adalah gabenor Mesir. cekal menghadapi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakn tugas serta ciri-ciri lain yang unggul.w. ikhlas. Sifat meninggi diri atau ria' amat dibenci oleh Allah SWT dan sifat ini harus dikikis dan digantikan dengan sifat merendah diri dan tawadduk. malah oleh orang bawah . merupakan model individu yang memiliki ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi merupakan matlamat usaha penerapan nilai-nilai murni serta kepatuhan kepada etika kerja kerana pekerja yang memiliki ketinggian peribadi adalah lambang kecemerlangan. 6. iaitu seorang yang jujur. Pekerja yang menghayati gaya hidup yang sederhana tidak suka membanggakan diri. Pengaruh Teladan Selain dari kaedahh a b i t u a t ion. sederhana. Pemimpin yang memiliki sifat ini pasti mengambil berat tentang kebajikan para pekerja dan akan bersikap adil dalam tindak tanduknya.nonjolkan diri atau memperagakan kemewahan serta tidakbersikap egoistik. cara yang lain untuk memperbaiki perangai yang buruk ialah melaluidemonstration effect atau memberikan contoh teladan yang ditunjukkan bukan sahaja oleh orang atas kepada orang bawah. bersopan santun. berbudi bahasa dan sedia memberi atau menerima nasihat serta menghasilkan kerja yang berkualiti. berani. 7. sedia memberi pertolongan dan bantuan.

kakitangan bawahannya juga akan turut melakukannya. begitu juga sebaliknya. Umpamanya. sanggup bekerja lebih masa atau datang pada hari cuti umum untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak. cergas. bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Demonstration effect pihak bawahan memerlukan kebijaksanaan serta teknik yang diplomasi. amanah serta kuat bekerja akan mendorong anak-anak buahnya menjadi seperti beliau.Tonggak 12 7 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- kepada orang atas. cuai. Harus diakui bahawa demonstration effect oleh peringkat atasan adalah lebih mudah dan berkesan. Oleh itu. Pada asasnya. Kekuatan Pengaruh teladan ataudemonstration effect dalam pembentukan peribadi yang baik juga ditegaskan dalam Tonggak Dua Belas. cekap. maka akan lahir anggota yang rajin dan tekun menjalankan apa sa. 8.ia tugas tanpa perlu diarahkan dari masa ke semasa serta penyeliaan yang terlalu ketat. . Setiap pekerja tahu tanggungjawab masingmasing dan mereka bekerja dengan tekun. sedangkan rumahnya sendiri terbengkalai". rajin dan tidak mudah menyeleweng atau mencari helah untuk mengelak dari melakukan sesuatu tugas. tidak komited. suka mengelak dari diberi tugas serta suka "curi tulang" apabila Pemimpin tiada. Sekiranya semua pekerja merasa bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menjalankan sesuatu tugas yang telah ditetapkan. Seperti yang telah ditegaskan. Kewajipan Menjalankan Tugas Masih ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak tekun menjalankan tugas dan ini dapat dilihat dari tingkah laku mereka yang menggambarkan sikap sambil lewa. mementingkan kualiti serta sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan berbuat demikian. peranan Pemimpin sebagai role model bagi perlakuan yang beretika adalah sangat diperlukan dalam usaha mewujudkan anggotaanggota yang beretika dalam organisasi yang diketuainya. suka bertangguh kerja. Pekerja begini sentiasa sanggup memikul apa juga tugas dalam apa keadaan. Komitmen di peringkat atasan adalah sangat penting kerana kita tidak mahu wujud keadaan seperti "Ketam menyuruh anaknya berjalan betul" atau menjadi seperti "Tukang rumah yang sibuk menyiapkan rumahnya. Tonggak Dua Belas menggariskan amalanamalan yang ' harus menggantikan amalan-amalan yang negatif iaitu bersikap lebih komited. Pemimpin yang memberikan teladan sama ada yang baik atau yang buruk akan mempengaruhi pekerja. sekiranya seseorang Pemimpin suka meninggalkan pejabat kerana urusan tidak rasmi. cermat. Pemimpin yang rajin.pekerja di bawahnya. manusia suka meniru dan mudah terpengaruh dengan perangai orang-orang yang mereka gauli setiap hari. tidak teliti. Umpamanya.

Pekerja yang sabar akan tahan menerima teguran dan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi kerana ditegur atau dimarah oleh ketua. 10. kurang sabar. air. umpamanya dalam menyampaikan ceramah. organisasi. Malah sabar dikaitkan dengan keimanan seseorang. bermewah-mewah dalam membeli kelengkapan pejabat atau dalam mengadakan majlis-majlis rasmi dan tidak begitu peka terhadap pembaziran yang dilakukan seperti penggunaan kertaskertas. taklimat. keluh-kesah. takut menghadapi cabaran. penggunaan letrik. pemaaf dan mempunyai wawasan jangka panjang. Hari Keluarga dan lain-lain. dia akan cermat memandu kereta dan menjaganya dengan baik seolah-olah kereta itu kepunyaannya sendiri. Pemimpin yang menghargai bakat yang ada pada kakitangannya harus mewujudkan saluran-saluran bagi menggalakkan kakitangan memperkembangkan bakat-bakat yang masih terpendam serta daya kreativiti masingmasing. pendingin udara dan sebagainya. . Bakat dan potensi yang ada perlu diperkembangkan untuk kemajuan diri. 11. setiap pekerja akan begitu peka terhadap perbelanjaan supaya tidak berlaku sebarang pembaziran atau boros berbelanja. gopoh-gapah. bangsa dan negara. Ketua-pemimpin juga harus memberi pengiktirafan terhadap kegiatan-kegiatan seumpama ini. Umpamanya sekiranya dia seorang pemandu. Usaha-usaha ke arah peningkatan bakat serta kreativiti dalam melaksanakan tugas. Setiap angpta perkhidmatan awam harus menghayati kebijaksanaan berhemat kerana dengan adanya sifat ini. cepat marah dan panas baran harus digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila menghadapi masalah atau kesulitan. Keutamaan Kesabaran Kesabaran terutamanya di kalangan orang Islam adalah sangat-sangat dituntut. Sikap ini juga akan menjadikan kakitangan menganggap harta kerajaan seperti miliknya sendiri yang perlu dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab. atau menganjurkan majlis-majlis rasmi dan separa-rasmi seperti Hari Q. Orang yang sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan khayal dengan pujian. Kebijaksanaan Berhemat Pembaziran merupakan satu gejala negatif yang masih wujud dalam perkhidmatan awam. Sifat -sifat negatif seperti cepat putus asa. Ini didorong oleh sikap yang suka berbelanja secara boros. Peningkatan Bakat Manusia dicipta Allah dengan berbagai bakat dan potensi. tidak mudah mengalah atau putus asa.Tonggak 12 8 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 9.

Tonggak 12 9 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 12. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satu mekanisma untuk memupuk bakat mencipta di kalangan anggota perkhidmatan awam. dihayati dan dipraktikkan. Kakitangan awam digalak untuk meneroka idea-idea baru. Rahman ialah Penyelaras Projek di Program UTAMA. Penubuhan Kumpulan Meningkat kan Mutu Kerja (KMK) merupakan satu saluran bagi menggalak kakitangan memikirkan cara-cara baru untuk menjalankan sesuatu tugas atau mengatasi sesuatu masalah. menanamkan semangat cintakan kerja dan organisasinya. Peluang-peluang untuk mengenegahkan ciptaan-ciptaan baru dan penambahbaikan cara bekerja misalnya oleh kakitangan awam akan melahirkan pekerja yang inovatif. Rubiah bt. inovasi serta berfikiran kreatif. usaha secara berterusan di samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Namun segala usaha untuk memperbaiki akhlak seseorang memerlukan ilmu. keazaman. Tonggak Dua Belas berupaya membentuk peribadi yang beretika tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam di setiap peringkat. kita dianjurkan untuk berdoa semoga Allah menyempurnakan akhlak kita sebagaimana Dia menyempurnakan paras rupa kita. bertafakur serta mencari idea-idea baru bagi kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Insya Allah. Manusia digalak menggunakan akal untuk berfikir. Oleh itu. Kesimpulan Sekiranya diamati. Nikmat Mencipta Salah satu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah ialah akal. A. Dipetik dari: Buletin Nilai Dan Etika INTAN ± Jilid 3 Bilangan 1. Hj. Nota: Hjh. INTAN. 1994 .

Tekun. Menghargai Masa Amalan Positif y y y y y y y Menepati Masa Menyelenggarakan Tugas Mempunyai Perancangan Waktu Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif Menetapkan Target Date Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan Amalan Negatif y y y y y y y y y y y Berbual-bual Kosong Tidak Menyelenggarakan Tugas Tidak Merancangkan Pekerjaan Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi Berniaga di Waktu Pejabat Ke Kantin Waktu Bertugas Tiada Sence Of Urgency Tidak Merancang Pekerjaan Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa 02. Bercita-cita tinggi Sanggup berkorban Amalan Negatif y y y y Mudah tersinggung Mudah putus asa Tidak bercita-cita tinggi Disuruh buat baru buat . Sabar. Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan. Ketekunan Membawa Kejayaan Amalan Positif y y y Gigih.Tonggak 12 10 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIAN 01. Rajin. Berdisiplin.

Kemulian Kesederhanaan Amalan Positif y y y y y y Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat Merendah diri Mesra dalam pergaulan Tidak memperagakan kemewahan Sedia menerima cadangan dan nasihat Amalan Negatif y y y y y y Menonjol-nonjolkan diri Berlakuan mengada-ngada Berlebih-lebihan mengampu ketua Memperagakan kemewahan dan kedudukan Sombong dan meninggi diri Membesarkan perkara kecil .Tonggak 12 Kurang berdisiplin Tidak bersemangat Tiada inisiatif Suka bertangguh 11 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------y y y y 03. Keseronokan Bekerja Amalan Positif y y y y Menggap kerja sebagai ibadat Mempunyai Inisiatif sendiri Menghasilkan sesuatu yang berfaedah Sedia memberi kerjasama Amalan Negatif y y y y y Menganggap kerja sebagai beban Tidak diberi masa yang cukup Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Tidak dipercayai dan selalu dicurigai Hanya menunggu arahan sahaja. 04.

Ketinggian Peribadi Amalan Positif y y y y y y y Tertib dan baik budi bicara Berilmu dan berpengetahuan luas Berlumba-lumba membuat kebajikan Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan Bekerjasama dan saling hormat-menghormati Bertanggungjawab Bersih dari sifat dengki Amalan Negatif y y y y y y y y Sombong dan suka menunjuk-nunjuk Sukar untuk membuat kebajikan Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat Tamak mengejar pangkat dan kedudukan Menghina dan merendahkan usaha orang lain Hasad dengki Berpura-pura dalam tindakan Pemarah dan tidak sabar 06.Tonggak 12 12 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 05.berbudi mulia Dan berkerjasama Boleh menerime teguran Amalan Negatif y y y y Kasar dan kurang sopan Berdendam Bermuka-muka Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan . Kekuatan Sifat Baik Hati Amalan positif y y y y y y y Pemaaf dan berhemah tinggi Ikhlas dan bertimbang rasa Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain Pemurah dalam usaha kebajikan Ramah.

cermat dan berdisiplin Inisiatif Amalan Negatif y y y y y Tidak boleh diharapkan Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas Tidak bersungguh-sungguh Tidak peka kepada kualiti Tidak taat kepada arahan . Kewajipan Menjalankan Tugas Amalan positif y y y y y y y Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi Tekun dan sabar menjalankan tugas Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas Mementingkan kualiti Bersikap profesional dan cekap Cepat.Tonggak 12 Suka hina dan caci orang Sombong & penting diri sendiri Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan 13 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------y y y 07. Pengaruh Teladan Amalan Positif y y y y y y Bermoral dan berakhlak tinggi Tertib dan beradap sepanjang masa Rajin dan kuat kerja Amanah dan bertanggungjawab Berbudi mulia serta merendahkan diri Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat Amalan Negatif y y y y y y y Buruk perangai Jahil dan tidak suka membaca Dengki dan buruk sangka Mempersendakan agama Kedekut Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab Sensitif dan pemarah 08.

Tonggak 12 Selalu buat silap Tidak ikut peraturan Suka bertangguh 14 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------y y y 09. Kebijaksanaan Berhemat Amalan Positif y y y y y Berhati-hati apabila berbelanja Mengadakan sistem kewangan yang berkesan Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan Amalan Negatif y y y y y y Boros dan suka menbazir Tidak cermat dengan harta kerajaan Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya Bermewah dengan harta kerajaan Memperaga kehebatan dan kemewahan 10. Keutamaan Kesabaran Amalan Positif y y y y y y Tenang menghadapi masalah rumit Mempunyai perhitungan jauh Tahan menerima cabaran Tidak putus asa Pemaaf dan berhemah tinggi Cermat dalam tutur kata Amalan Negatif y y y y y y Cepat mengalah Berpandangan sempit Tidak tahan menghadapi kesusahan Tidak sanggup berkorban Takutkan cabaran Selalu mengubah pendirian dan keputusan .

Tonggak 12 15 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 11. Nikmat Mencipta Amalan Positif y y y y y Berani mencuba Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran Sentiasa dalam cabaran intelektual Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan Amalan Negatif y y y y y y Takut menemui kegagalan Memandang remeh usaha orang lain Berpuashati dengan kedudukan yang sediada Pemikiran tidak dinamik Tidak suka pembaharuan Tidak sabar dalam penciptaan baru . Peningkatan Bakat Amalan Positif y y y y y y y Memberi dorongan terhadap kreativiti Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal Mengalakkan pencambahan fikiran Memberi galakan kepada pemikiran baru Berani mencuba idea-idea baru Mengenal dan memupuk bakat yang ada Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru Amalan Negatif y y y y Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru Tidak menghargai bakat yang ada Memperkecilkan usaha orginal Berpuashati dengan tahap bakat yang ada 12.

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988). Pertama. fizikal. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko. iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin orang bawahan keseluruhannya. Pemimpin secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Mentaliti y y y y Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi. terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Dalam proses perhubungan pemimpin dan kakitangan. Seorang pemimpin mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya. kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. . Ini termasuklah: 1. ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. bagaimanakah seorang pemimpin mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Apabila seseorang itu berjaya memimpin. pemimpin dan kakitangan berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mempunyai kreativiti sendiri. Misalnya. rohani dan jasmani. dalam bukunya µAsas Pentadbiran Pendidikan¶.Tonggak 12 16 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya. kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua.

moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. berkesan atau tidak. Sikap positif dan terbuka. Iman yang teguh. Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya. Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Kemasyarakatan y y y y Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Selain itu. amanah. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional. boleh bertahan lama atau tidak. ketenangan. 3. terutama orang yang beragama Islam. iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan. dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai: y y y Empati. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. Moraliti y y y Mempunyai disiplin diri yang unggul. sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik. dilihat dan diterima sebagai baik: y y y Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.Tonggak 12 17 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2. Kesedaran. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui. Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja. . kesabaran. Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan.

Dia sentiasa bersikap positif. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja. dia menggunakan cara lain. ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka. merasa. Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara. pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. maka kepimpinannya kurang berkesan. Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada. bertindak dengan cara-cara tertentu. Pada kebiasaannya. beberapa kesimpulan dapat dibuat. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah.Tonggak 12 18 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------y y y y y y y Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. . Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Kalau seorang pemimpin sentiasa ³bersembunyi´ dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada. Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa formal melalui jawatan dan penerimaan orang-orang bawahan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan. Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia. Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas. Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful