BAB 1 KEBERKESANAN KAEDAH BERMAIN SAMBIL BERLAJAR DI PERINGKAT PRA SEKOLAH

1.0

PENGENALAN Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan

seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan ‘bermain’ adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan,

maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain.

1

Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi ‘belajar melalui bermain’. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya sehala dan tidak begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang di kehendaki. Penglibatan aktif sama ada daripada guru atau murid lebih berkesan dalam menyampaikan sesuatu kemahiran. Murid-murid akan mudah memahami sesuatu konsep baru yang diperkenalkan, apabila mereka melakukannya sendiri. Sebenarnya permainan ini telah wujud sejak zaman purba. Kajian-kajian yang dibuat di negara barat telah menunjukkan bahawa bahan permainan dalam bilik darjah boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sambil meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran lain. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep pembelajaran dapat diserapkan tanpa mereka sedari dalam suasana yang gembira dan tanpa tekanan. Dengan ‘belajar melalui bermain’ murid-murid tidak akan cepat bosan mempelajari sesuatu malah dapat meningkatkan lagi minat belajar.

2

1.1

Masalah Kajian Pada hakikatnya, pusat-pusat prasekolah di Malaysia mempunyai

penekanan yang pelbagai dalam program pendidikan masing-masing seperti penekanan terhadap kemahiran sosial, perkembangan persediaan, perkembangan diri dan sahsiah, pendidikan kesihatan dan pemakanan yang sihat, penerapan nilai-nilai murni masyarakat dan pendidikan rohani, tetapi dari segi realitinya kurikulum pendidikan prasekolah pada hari ini terutamanya prasekolah swasta yang terdapat di kawasan bandar lebih banyak memberi tumpuan kepada pendidikan yang berbentuk formal yang menekankan kepada pencapaian akademik kanak-kanak prasekolah. Dalam keadaan-keadaan tertentu, tekanan daripada ibu bapa dan pengaruh sosial, yang mengukur kejayaan dengan pencapaian akademik seseorang dan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan adalah keterlaluan dan

meninggalkan kesan yang negatif. Keadaan seperti ini jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan mengakibatkan fenomena yang disebut oleh Elkind (1981,1986,1987), sebagai ‘miseducation’, di mana kanak-kanak dipaksa mempelajari ilmu pengetahuan yang bersifat terlalu akademik pada peringkat terlalu muda dan ini menurut beliau akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar meneroka, membina dan berfantasi melalui aktiviti-aktiviti permainan dan pada masa inilah mereka berpeluang berinteraksi dengan alam persekitarannya. Silberman (1970), menegaskan bahawa, “ A child’s greatest asset in the process of learning is his or her ability to play. It is through

3

maka kajian ini cuba meninjau jenis-jenis permainan dan pengurusan aktiviti-aktiviti permainan di pusat-pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah di negara ini. Elliason and Jenkins (1986) menegaskan bahawa guru merupakan orang yang boleh mengarahkan perhatian kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemudahcara kepada pembelajaran kanak-kanak semasa mereka bermain. 1.2 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengjkaji keberkesanan ‘belajar melalui bermain’ dalam pembelajaran dan pembentukan sahsiah kanak-kanak prasekolah. Sehubungan itu. Ini merupakan salah satu daripada tugas penting guru kerana gurulah yang berupaya mencipta persekitaran permainan yang menggalakkan. Guru juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberi galakkan dan perangsang serta dapat membantu mengembangkan pemikiran kanak-kanak. maka wajarlah mereka dibimbing dalam aktivitiaktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pemahaman alam persekitaran mereka. The child who does not play has no really effective means to develop”.play that heor she manages to come to terms with the world. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti permainan yang dijalankan di pusat-pusat prasekolah. Oleh yang demikian. 4 . Fokus kajian adalah untuk: i. Menyedari kepentingan aktiviti permainan dalam program pendidikan kanak-kanak. and make it something he or she can understand and control.

Memberi gambaran yang sebenar tentang kedudukan pengurusan aktiviti permainan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Dengan demikian ternyatalah aktiviti –aktiviti permainan ini mempunyai peranan yang amat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak keseluruhannya. Kanak-kanak belajar melalui bermain. aspek permainan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat dalam program pendidikan kanakkanak. 5 .ii. rohani dan perkembangan sosial. Sehubungan itu. Piaget 1969. dan Asiah Abu Samah 1976). Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam menguruskan pelaksanaan aktiviti permainan kanak-kanak prasekolah. Mengenalpasti kemudahan serta peralatan permainan kanak- kanak di pusat-pusat prasekolah.3 Kepentingan Kajian Pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam pembentukkan sahsiah seseorang individu (Dennis 1966. dan iii. jasmani. Aktiviti permainan merupakan cara kanak-kanak itu menyelesaikan masalah. 1. emosi. Mukerji 1968. sama ada dari aspek kognitif. “Permainan merupakan pekerjaan kanakkanak. Justeru itu. i. menentukan tugasan untuk disiapkan oleh dirinya sendiri dan berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas dengannya”. adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini dapat. Menurut Lawrence Frank (dalam Braus and Edwards 1972).

Istilah-istilah atau konsep-konsep yang di maksudkan itu ialah “permainan. “kanakkanak prasekolah”. “kemudahan peralatan atau bahan permainan”. Membantu pihak perancang kurikulum. “pengurusan aktiviti permainan”. “matlamat pendidikan”. iv. Membantu pihak-pihak mutu yang berwajib dalam menyelaras di dan mempertingkatkan pendidikan kanak-kanak pusat-pusat prasekolah di negara ini. “aktiviti permainan kanak-kanak prasekolah”. 6 .ii. Membantu memperkayakan khazanah kajian-kajian berhubung dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah di negara ini. dan v.4 Definisi Istilah Bahagian ini akan cuba menjelaskan beberapa konsep penting atau istilah penting berhubung dengan kajian yang akan dijalankan. dan “masalah”. pengelola dan pentadbir serta guru-guru di pusat-pusat prasekolah mengenalpasti aspek-aspek yang perlu di beri perhatian dan diperbaikki berhubung dengan pelaksanaan aktiviti permainan di pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah di negara ini. iii. “jenis permainan”. 1. Memastikan kanak-kanak menjalani perkembangan pembelajaran yang sewajarnya mengikut peringkat umur yang sesuai dalam ‘Belajar Melalui Bermain’.

kata beliau “is an end in itself”. Dalam konteks kajian ini. Ini bermakna beliau melihat permainan itu sebagai aktiviti yang menyeronokan yang dilakukan semata-mata bertujuan untuk tujuannya sendiri tanpa tujuan lain atau kepuasan di masa akan datang. dalam ‘Dictionary of Education’ memberi definisi istilah permainan sebagai “any pleasurable activity on for its own sake. dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood”.1 Permainan Good (1973). Mack (1975). Aktiviti-aktiviti yang di maksudkan itu merupakan aktiviti-aktiviti yang memberikan keseronokan dan kegembiraan 7 . without reference to ulterior purpose or future satisfactions”. Bagaimanapun ia berbeza daripada pekerjaan orang dewasa yang mempunyai tujuan tertentu.1. perkataan ‘permainan’ digunakan dengan membawa maksud segala aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak yang dirancangkan oleh guru di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. permainan merupakan aktiviti-aktiviti yang menimbulkan keseronokan dan kegembiraan yang berlaku dalam keadaan bersahaja. Aktiviti-aktiviti itu pula. Development and Education’ pula mendefinasikan permainan sebagai suatu “aktiviti di mana kanak-kanak membiasakan dirinya dengan persekitarannya” Menurut Mock lagi. permainan juga di ertikan sebagai pekerjaan kanak-kanak. Permainan.5. Seterusnya Good menambah bahawa permainan kanak-kanak merupakan aktiviti kanak-kanak bagi tujuan memberi keseronokan dan kegembiraan sama ada yang berlaku secara spontan atau dirancangkan. menurut beliau berkaitan dengan perkembangan budi pekertinya. Kanak-kanak bermain semata-mata untuk keseronokannya Kesimpulannya.

jenis permainan di pelbagai prasekolah itu di lihat dari beberapa segi iaitu dari segi. ii. 8 . yang belum memasuki sekolah rendah. Seterusnya dalam konteks kajian ini. mendefinasikan perkataan ‘jenis’ sebagai golongan benda-benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa.5. dalam kajian ini frasa ‘jenis berjenis’ digunakan sebagaikan maksud permainan-permainan dari golongan yang sama yang dimainkan oleh kanakkanak di pelbagai jenis prasekolah. Aktiviti-aktiviti hendaklah berlaku dalam situasi yang bersahaja.kepada kanak-kanak. 1. Aktiviti ini juga mungkin berstruktur atau tidak. tumpuan kajian adalah kepada kanak-kanak prasekolah di dalam lingkungan umur di antara 4 hingga 6 tahun (KPM 1986 b:2). Kepelbagaian jenis aktiviti permainan yang dijalankan iaitu berdasarkan kelompok-kelompok yang telah di tetapkan di atas. Penglibatan dan pemilihan aktiviti permainan mengikut pilihan murid.3 Kanak-kanak Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1986). 1.5. Dalam kajian ini. yang memasuki pusat-pusat pendidikan prasekolah atau taman didikan kanak-kanak (TADIKA) atau taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA). sama ada secara kumpulan.2 Jenis Permainan Kamus Dewan (1970). Dengan demikian. menyatakan kanak-kanak prasekolah merupakan kanak-kanak yang di bawah umur 7 tahun. i. berpasangan dan bersendirian.

Kesimpulannya dalam konteks kajian ini. dan selepas pelaksanaan aktiviti permainan dijalankan 1. Dengan itu.5. iii. semasa pelaksanaan aktiviti permainan.4 Pengurusan Pelaksanaan Aktiviti Permainan Istilah pengurusan mempunyai maksud yang amat luas. Walaubagaimanapun. frasa ‘masalah pelaksanaan aktiviti permainan’ merujuk kepada perkara-perkara yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan kepada guru- 9 . dalam kajian ini. iv.1. khususnya mengendalikan tugasan-tugasan atau usaha-usaha yang berhubung dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti permainan di dalam atau di luar bilik darjah. istilah tersebut merujuk kepada istilah pengurusan yang membawa maksud ‘mengendali’ atau ‘mengelola’ sesuatu tugasan. perancangan guru sebelum pelaksanaan aktiviti permainan. merujuk kepada perkara-perkara yang di lakukan oleh guru pada peringkat. mendefinisikan perkataan ‘masalah’ sebagai sesuatu yang menentukan penyelesaian perkataan atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. akhir pelaksanaan aktiviti permainan.5 Masalah Pelaksanaan Aktiviti Permainan Kamus Dewan (Dewan Bahasa Dan Pustaka 1989). ‘pengurusan pelaksanaan aktiviti permainan’. dalam konteks kajian ini. ii. i.5.

selain itu bahagian ini juga menghuraikan secara ringkas beberapa kajian yang telah dijalankan 10 . jenis-jenis permainan dan bentuk-bentuk permainan.guru prasekolah dalam usaha mereka melaksanakan aktiviti permainan kanakkanak semasa berada di luar atau di dalam bilik darjah.1 Pengenalan Bahagian ini akan membuat tinjauan literatur tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan permainan dan kaitannya dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2. Bahagian ini juga akan mengemukakan beberapa contoh-contoh aktiviti permainan yang dijalankan di pusat-pusat prasekolah. kategori permainan.

Permainan boleh jadi memuaskan serta menyeronokkan dan hal seperti yang seperti itu merupakan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak”. ramai penulis telah menerokai tajuk permainan. menurut Frost and Kissinger (1976). di mana Valentine menjelaskan bahawa aktiviti membina mahligai pasir menjadi lebih bermakna kerana terhasilnya ‘mahligai’.berhubung dengan kepentingan dan peranan aktiviti permainan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah 2. Mereka juga menjelaskan bahawa definisi Valentine itu tidak menafikan bahawa permainan boleh juga menuju kearah suatu matlamat atau akhiran yang mana ianya merupakan sebahagian daripada ciri yang menarik minat terhadap permainan itu. haiwan. Valentine telah mendefinisi permainan sebagai ‘mana-mana aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk tujuannya yang tersendiri’. bentuk-bentuk binaan dan manusia. telah mendefinisikan permainan sebagai “cara kanak-kanak belajar sesuatu yang tidak diajarkan kepadanya. 11 . perkara-perkara atau barang-barang. Definisi Permainan Frost dan Kissinger (1976). Frank (1952). mereka memetik definisi permainan yang telah di kemukakan oleh Valentine pada tahun 1942. Dalam buku mereka yang berjudul ‘The Young Child and the Educative Process’. Menurut mereka. Teori recaptulation (Gulick. Contoh yang diberi oleh Valentine. ruang dan masa.2. melaporkan bahawa sejak tahun 1930. Permainan merupakan cara kanak-kanak meneroka dan membiasakan dirinya dengan alam sebenar. ialah permainan pasir.1898) yang menyatakan bahawa permainan mewakili pengulangan biologi dalam persejarahan manusia.

Piaget dilaporkan pernah menyatakan bahawa melalui permainan. sedangkan kanak-kanak perempuan lebih berminat dalam bidang dramatik. perkembangan-perkembangan kemahiran fizikal dan 12 . Menurut Friedrich Froebal (1782-1852). Scarfe juga berpendapat bahawa “melalui permainan kanak-kanak belajar bagaimana belajar. Froebal menekankan pada kepentingan main. Di waktu kanak-kanak meneroka dan mengkaji. melihat permainan sebagai satu proses pendidikan. Dengan kata lain kanak-kanak itu belajar mendapatkan kepercayaan diri dan semasa bermain. Beliau mendapati kanak-kanak lelaki lebih suka bermain dengan bongkah. Dia juga menemui bagaimana dapat bermesra dengan alam dan menyesuaikan diri dengan tugas-tugas hidup untuk menguasai kecekapan motor”. Kesan jantina terhadap tingkah laku bermain juga dikaji oleh Son (1996). seorang kanak-kanak itu sentiasa mempelajari sesuatu yang baru. Daripada pemerhatiannya tentang kanak-kanak.Fetter (1997). Umur dan jantina mempengaruhi kebolehan social semasa permainan sosiodramatik. Scarfe (1966). iaitu ekspresi bebas terkandung dalam roh seorang kanak-kanak. main merupakan suatu ekspresi paling tinggi perkembangan manusia pada peringkat kanak-kanak. perhubungan alam dengan dirinya terbina. kanak-kanak mengeluarkan semula apa yang telah terlintas dalam fikirannya atau mengeluarkan semula apa yang telah menyeronokkannya atau sesuatu yang membolehkan kanak-kanak menjadikan dirinya lebih menyeluruh sebagai sebahagian daripada persekitarannya. pula mengkaji perbezaan umur dan jantina dalam kebolehan sosial semasa permainan sosiodramatik di prasekolah.

serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. berpendapat bahawa permainan adalah ulangan dari cara dan taraf penghidupan manusia dari zaman dahulu kala sehingga ke hari ini. 1999). menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak. Stanley Hall (1983). Susan Isacs (1978). 1992). Seorang pendidik. yang memperkenalkan Kaedah Montessori yang kini sangat popular di seluruh dunia. Permainan dan kelakuan yang betul boleh di sifatkan tanda kesihatan fikiran. pula berpendapat bahawa permainan adalah satu cara semulajadi kanak-kanak mendapat pendidikan dengan sendirinya.3 Pelaksanaan Permainan Dan Keberkesanannya Maria Montessori (Majalah Wanita. Beliau menekankan prinsip 13 . perasaan tertekan. Pelajaran mungkin tidak berkesan jika terlalu cepat diberikan sebelum kanak-kanak bersedia menerimanya”. 2. Pendapat ini bertepatan jika diberi kepada kanak-kanak prasekolah yang baru mula mengenali alam pembelajaran. Buhter (Jurnal Pendidikan. Katanya lagi permainan adalah satu kerja bagi kanak-kanak. juga seorang ahli psikologi barat menyatakan “permainan adalah latihan untuk melepaskan emosi.penguasaan bahasa. muzik dan ekspresi kendiri sebagai dasar pendidikan awal kanak-kanak. Melalui permainan seseorang kanak-kanak menjalani pertumbuhan dan pembesaran. seorang ahli psikologi Amerika. Maka eloklah pelajaran peringkat awal diberi dalam bentuk permainan.

Jean Piaget (1973). Mengikut Roberts dan Schumm (1971). melalui bermain. main akan memperkuatkan kebolehan berfikir dalam berbagai cara. bentuk-bentuk dan skema-skema yang memberi makna kepada pembelajaran yang dialami oleh mereka. merupakan sumber pengayaan yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran pelajar sederhana sambil mendalami pengalaman pelajar yang cerdas. Saling membantu dapat meningkatkan rangsangan dan keupayaan belajar dengan lebih cepat. Pengasasnya sedar bahawa kanak-kanak cepat berasa bosan apatah lagi jika dihadapkan dengan perkara-perkara yang serius seperti angka dan fakta. 30 minit adalah masa yang terbaik jika mereka dapat memberikan perhatian. Kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk menggunakan kuasa mentalnya. Oleh itu. berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah diajarkan melalui demonstrasi dan bukan disampaikan dengan cara penerangan lisan sahaja. untuk merealisasikan apa yang ada dalam dirinya. permainan bahasa boleh dilakukan secara kelas. Main juga mendorong kanak-kanak menyusun semula corak-corak. Jill Hadfield (1984). Menurut Maria Montessori “A child’s work to create the person she will become”. Menurut Andrew Wright (1979). berpasangan atau kumpulan. Bagi kanak-kanak yang hiperaktif pula.‘belajar melalui bermain’ kepada kanak-kanak asuhannya. Permainan dapat memberikan mereka pengalaman awal tentang keadilan peraturan dan kesamaan. kebanyakan 14 . individu. beliau sarankan aktiviti permainan dilaksanakan dengan langkah-langkah seperti yang telah dirancangkan. Bagaimanapun. Paling lama kanak-kanak hanya boleh memberi tumpuan tidak lebih daripada 45 minit.

Main membantu perkembangan fizikal.bersabar. sosioemosi dan mental. Aktiviti seperti 15 . bermain mendatangkan keseronokan dan hiburan yang juga merangsangkan individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam keadaan yang tidak formal. Nilai bermain juga boleh membantu kanak-kanak supaya berupaya untuk menguruskan sesuatu (Fower 1980.aktiviti permainan biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau pun secara berpasangan tanpa paksaan. Bermain juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar. Menurut Ee Ah Meng dalam bukunya. kebersihan dan sebagainya. Pengurusan untuk menyelenggarakan peraturan-peraturan inilah yang memperkuatkan dan menyenangkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah iaitu apabila kanak-kanak dapat melihat hubungkaitnya. Pellegrini 1984). bertimbang rasa. murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Kesan keseronokan daripada main akan membantu mempercepatkan lagi proses pembelajaran. Melalui main. Lagipun. bekerjasama. Sifat-sifat pengurusan ini sebenarnya ada dalam setiap permainan. Ketika bermain. akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep. maklum balas yang diberi secara serta merta tentang betul atau salah. individu yang lemah akan mendapat bantuan daripada rakanrakan dengan tidak berasa terdesak apabila mempelajari sesuatu. Mereka akan dapat mempelajari nilai-nilai sosial yang positif seperti bertolak ansur. Main membenarkan perkembangan individu mengikut kemajuan masing-masing. Main yang melibatkan kegiatankegiatan fizikal tentu akan meningkatkan kekuatan sertaa ketangkasan kanakkanak.

Mengikut Comenius lagi. John Amos Comenius (1592-1670). Aktiviti adalah sangat penting. kanak-kanak memperolehi kemahiran koodinasi mata dan tangan. meluahkan keperluan perasaan. menghasratkan sesuatu desakan secara spontan dan memainkan peranan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.menggunting kertas. sekolah merupakan bengkel kanak-kanak bekerja dengan penuh minat. berlari. mencadangkan pendidikan perlu bersifat universal dan wajib serta menitikberatkan keperluan agama. berguling dan sebagainya Hanleh. Comenius merasakan pendidikan perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan dan kegembiraan. memainkan sesuatu peranan dengan sebetul-betulnya secara intensif. berpeluang memainkan peranan yang biasanya tidak dapat dilakukan seperti jadi ‘guru’. juga memberi cadangan supaya kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan sekolah perlu menggalakkan kanakkanak supaya sentiasa berasa gembira dengan diri mereka. Frank and Goldenstone (1952). keagamaan dan moral. 16 . pendidikan dan persekolahan adalah bagi pengembangan sosialisasi. Baginya. dalam buku ‘Understanding Children’s Play’. Martin Luther (1483-1546). ‘bapa’ dan lain-lain. Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani perlu diintegrasikan dalam kurikulum. Froebel percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu dan Comenius menganggap kindergarten sebagai jambatan dari rumah ke sekolah. Perkembangan koodinasi motor kasar melalui aktiviti memanjat. menyatakan proses bermain dilakukan melalui beberapa kegiatan seperti: meniru kelakuan orang dewasa.

Sebelum kanak-kanak bertutur. kemahiran bahasa dan kemahiran berfikir di samping menggalakkan pertumbuhan jasmani. Ahli Falsafah Vygotsky (1896-1934). Dalam usaha mengajar kanak-kanak ini guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktivitiaktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid (kaku) kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain. Mereka berupaya merancang dan menguasai sekeliling mereka dengan pertuturan. Oleh sebab itu guru prasekolah haruslah memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Tetapi setelah mereka bertutur. 17 . pemikiran dan tindakan. mereka menggunakan alat bagi menyempurnakan tugas. sependapat dengan Piaget yang menyatakan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu factor sahaja seperti pengaruh semulajadi dan berpendapat proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal.Beliau yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi antara ‘kehidupan dan aktiviti sendiri. Pendidikan prasekolah adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. mereka menggunakan bahasa dalam aktiviti dan tingkahlaku mereka juga berubah. Semasa kanak-kanak bermain mereka dengan cara tidak langsung mempelajari berbagai kemahiran seperti kemahiran sosial. perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman’.

1 Latar Belakang Kajian Para pengkaji dan pendidik kanak-kanak prasekolah telah membuat beberapa pemerhatian tentang aktiviti permainan kanak-kanak. jenis dan bentuk aktiviti-aktiviti tersebut.BAB 3 METOLOGI KAJIAN 3. Hasil daripada pemerhatian tersebut. mereka telah cuba mengelompokkan atau mengklasifikasikan aktiviti-aktiviti permainan kanak-kanak berdasarkan kategori. 18 .

Bagaimanapun. di mana beliau membahagikan aktiviti-aktiviti tersebut kepada permainan spontan. permainan pemerhatian (onlooker play). Pengelasan serta peristilahan yang digunakan oleh Parten masih digunakan sampai hari ini. permainan khayalan (imaginative play) dan permainan percubaan atau penerokaan (adventure play). permainan bersekutu (associative play) dan permainan bersama (co-operative play). memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi sesama sendiri dan 19 . mendakwa bahawa huraian dan klasifikasi permainan kanak-kanak yang paling menyeluruh adalah yang digunakan oleh Mildred Parten (1932). permainan dramatik. permainan bersendirian (solitary play). permainan terap. pengkategorian tersebut merupakan sesuatu pembahagian yang agak ‘superficial’ kerana biasanya dalam sesuatu permainan kadang-kadang terdapat percampuran unsur-unsur serta bahan-bahan yang terkandung di dalam setiap kategori itu. Menurut Morrison. permainan perubatan dan permainan luar. permainan bebas. telah mengkategorikan permainan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada bahanbahan dan alat-alat permainan yang digunakan. permainan selari (parallel play). menyatakan bahan Matterson (1967). menurut Leeper dan rakan-rakan. aktiviti-aktiviti permainan yang terdapat dalam bentuk diatas itu.Leeper (1976). Kumpulan-kumpulan tersebut ialah permainan kreatif (creative play). Beliau mengklaskan permainan sebagai permainan ‘unoccupied’ (unoccupied play). Pengelompokan aktiviti permainan berdasarkan bentuk pula adalah seperti yang dihuraikan oleh Morrison (1984). Morrison (1984).

pengelasan tersebut bersifat ‘superficial’. Main sendiri bermaksud kanak-kanak bermain seorang diri sehinggakan dia tidak menyedari kehadiran kanak-kanak lain yang ada di sekelilingnya. Main koperatif pula ialah kanak-kanak bermain bersama dengan rakan-rakannya dalam satu-satu kumpulan. Main selari ialah kanak-kanak masih bermain secara bersendirian tetapi caranya adalah serupa dengan kanak-kanak lain atau alat permainan yang digunakan adalah serupa dengan kanak-kanak lain. 3.2 Jenis-jenis Permainan Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik permainan. Kesimpulannya walau dari sudut apapun perbincangan tentang pengelasan aktiviti-aktiviti permainan dilakukan. belajar tentang pandangan orang lain dan belajar mengawal diri. Permainan koperatif biasanya dikelolakan oleh guru untuk memastikan setiap kanak-kanak memainkan peranan masing-masing dalam permainan tersebut. pemilihan alat permainan amat penting bagi memotivasikan murid dan pencapaian objektifnya. Oleh itu pengelasan aktiviti permainan yang telah dibincangkan di atas adalah semata-mata dilakukan sebagai landasan untuk memudahkan perbincangan. berbual dengan kanakkanak lain.seterusnya mempelajari kemahiran hidup bermasyarakat. Kanak-kanak berinteraksi di antara satu sama lain melalui soalan-soalan yang dikemukakan atau ketika 20 .

Dalam main dramatis pula permainan ini melibatkan kanak-kanak yang bermain sebagai watak-watak tertentu. Main bebas bermaksud kanak-kanak bebas memilih aktiviti-aktiviti yang mereka suka. Guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti-aktiviti itu membawa faedah kepada murid-murid. Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral. jenis-jenis pendekatan ‘Belajar Melalui Bermain’ yang lain ialah.berkongsi bahan-bahan permainan dalam main asosiatif. Kanak-kanak hanya berdiri atau duduk tanpa membuat apa-apa. kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa pun serta tidak terlibat dalam sebarang permainan. mereka tidak bermain bersama-sama. Selain daripada yang diklasifikasikan oleh Mildred Parten. alat 21 . Selain daripada itu. Dalam main pemerhati. ibu atau bapa. permainan ini lebih menitik beratkan permainan yang berkaitan dengan motor kasar. Contohnya seperti melakonkan watak seorang guru. askar dan lain-lain watak yang mereka suka. Ia adalah sesuai untuk pelajaran Bahasa Melayu. Bagi kanak-kanak prasekolah. guru hendaklah memenuhi objektif-objektif pelajaran yang dirancangkan untuk hari itu. buaian. Alat permainan yang disediakan termasuklah titi pengimbang. Selain daripada itu. kanak-kanak banyak memberi perhatian terhadap permainan kanak-kanak lain tetapi mereka tidak terlibat dalam permainan yang dimainkan. Main luar lebih mudah diterangkan sebagai jenis permainan yang biasanya dikendalikan di luar bilik darjah. Begitu juga dengan main ‘ unoccupied’.

Sekiranya tidak mencukupi. kelicinan perjalanan permainan akan terjejas. penyelesaian masalah serta tunjukcara. perancangan juga perlu mengambil kira bahan-bahan permainan yang sedia ada. pengurusan dan pengelolaan permainan itu. Walaupun biasanya hanya terdapat satu set permainan bagi satu kumpulan. Bagi permainan yang melibatkan banyak pergerakan juga hendaklah dikendalikan di luar bilik darjah.3 Kaedah Dan Teknik Bermain Kaedah dan teknik bermain adalah dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti simulasi. guru haruslah menilai potensi pembelajaran bagi setiap jenis permainan untuk mencapai objektifnya. guru hendaklah berusaha bagaimana untuk melibatkan seberapa ramai murid dalam permainan supaya setiap murid dapat menikmati faedah-faedah main. Selain itu. Jadi guru mestilah membuat persediaan yang maksimum.permainan air dan sebagainya. 3. Ketika membuat perancangan. Guru juga mestilah memberi penerangan yang jelas dan membuat demonstrasi tentang cara satu-satu permainan dijalankan. termasuk main peranan dan sosiodrama. 22 . Semua kaedah ini memerlukan bimbingan dari guru pada peringkat awalnya. Sejauh manakah ia bermanfaat kepada kanakkanak adalah bergantung kepada perancangan. Setiap jenis permainan memang mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak.

Langkah-langkah penting dalam strategi ini ialah: Menentukan tema dari kandungan sukatan pelajaran iaitu sama ada permainan yang dipilih itu adalah berfaedah atau sebaliknya.4 Langkah-langkah Perlaksanaan Guru di pusat pendidikan prasekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam menjayakan kurikulum permainan yang bermutu. Mainan yang menepati aras dan tema pasti memudahkan guru dalam penyediaan permainan tersebut. Guru perlu memastikan permainan itu bertujuan memotivasikan murid. Morrison (1984). membentuk konsep atau memberi peneguhan yang sesuai bagi peringkat kemajuan murid.3. maka objektif permainan itu di harap akan tercapai. Menentukan aras kebolehan murid juga penting supaya permainan yang dipilih dapat menyediakan kemahiran yang sejajar dengan keupayaan dan kebolehan murid-murid. menggariskan beberapa tanggungjawab penting untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan teknik permainan ini. sekiranya diperlihatkan adanya perkaitan di antara permainan dengan isi pelajaran serta pengalaman murid-murid. Guru juga harus tahu menentukan jenis-jenis mainan yang akan dilaksanakan. Menentukan tujuan guru dengan jelas mengadakan permainan tersebut. dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood Education Today’. 23 .

Guru juga harus sentiasa mengawasi aktiviti muridmurid supaya dapat membuat penilaian yang terbaik. Mendapatkan maklum balas daripada murid selepas permainan dijalankan supaya guru dapat menilai perasaan murid dan menilai konsep permainan sama ada baik atau sebaliknya. Perkara-perkara seperti undang-undang.kumpulan kecil atau kumpulan besar. Menentukan proses dan masa tentang satu-satu permainan hendaklah diberi penerangan kepada murid-murid.Menentukan bentuk permainan sama ada dilakukan secara individu. perlu dijelaskan. 3.5 Prinsip-prinsip Bermain 24 . Menentukan cara menilai iaitu bagaimana hendak menilai hasil daripada permainan murid. kad-kad mainan atau bongkahbongkah disediakan lebih awal.Guru hendaklah menentukan bahawa semua bahan yang digunakan seperti buah dadu. Setiap permainan mempunyai syarat-syarat tertentu dalam kumpulannya. Guru mestilah telah menyediakan cara-cara yang munasabah dan sesuai untuk menilai. apa yang sepatutnya dibuat oleh pemain dan bilangan pemain yang terlibat. Mengumpul Bahan. Murid juga sudah disediakan dari segi fizikal dan mental. papan dam. Contohnya kumpulan kecil mempunyai bilangan pemain yang sedikit berbanding kumpulan besar jadi penilaiannya juga berbeza.

Pastikan permainan adalah berkaitan dengan objektif pembelajaran dan boleh merentas semua komponen. Permainan hendaklah menekankan kepada kerjasama. 25 . 3.1. 5. iaitu tidak terlalu pendek (untuk mengelakkan murid-murid terdesak-desak menjalankan aktiviti) atau terlalu lama sehingga membosankan murid. Murid-murid seharusnya bersedia dengan keadaan fizikal mereka untuk memudahkan interaksi antara murid dan dengan bahan permainan. penerapan nilai murni dan moral. pengadil. Murid-murid hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti permainan. Maklum balas tentang betul atau salah dalam satu-satu permainan hendaklah diberi serta merta agar murid-murid mendapat motivasi untuk meningkatkan prestasi permainan mereka. 2. 4. penjaga masa atau penilai. kognitif dan afektif. fasilitator. Peranan guru hendaklah ditentukan terlebih dulu. iaitu sama ada menjadi pencatat masa. tepat serta mudah difahami. pengalaman kebolehan serta kecenderungan murid-murid. 6. 7. Jika permainan itu terlalu kompleks atau bercanggah dengan budaya. murid-murid tentunya tidak bersedia dari segi mental dan emosi. Tempoh permainan hendaklah munasabah. Permainan hendaklah melibatkab aspek psikomotor. kemahiran social. 9. keseronokkan. Arahan tentang permainan hendaklah jelas. Permainan hendaklah sesuai dengan umur. 8. keadilan.

6. 26 . mereka memerlukan bahan manipulatif yang terbuka untuk membantu pembelajarannya 3. Bahan yang cangih belum tentu dapat menjana pengajaran yang berkesan. Oleh kerana kanakkanak di peringkat prasekolah perkembangannya masih lagi di peringkat praoperasi dan di peringkat puncak menjana kreativiti. Permainan hendaklah dalam bentuk yang boleh menarik minat muridmurid.6 3. Pemikiran kreatif tidak akan berjaya dihasilkan jika guru tidak berubah sikap terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran di kelas. mengenalpasti masalah yang di hadapi oleh guru dan mengenalpasti pengurusan perlaksanaan aktiviti permainan. Pastikan alatan yang digunakan oleh kanak-kanak adalah dari bahan yang selamat dan tidak berbahaya.10.1 ANALISIS KAJIAN Latar Belakang Sampel Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis aktiviti permainan yang dijalankan di prasekolah. Permainan hendaklah merupakan salah satu alat pengajaran untuk membantu kanak-kanak yang lemah. Memastikan keselamatan kanak-kanak ketika bermain. meninjau pandangan guru-guru prasekolah tentang peranan aktiviti permainan. mengenalpasti aktiviti yang menjadi pilihan murid. kemudahan peralatan permainan. 12. 11.

Waktu belajar bagi pusat prasekolah ini ialah dari pukul 8. Tenaga pengajarnya cuma seorang dan seorang pembantu. Cik Maisarah bt Tambi Chik. Berdasarkan kaedah-kaedah yang biasa digunakan dalam pengumpulan data. Prasekolah ini menitik beratkan aktiviti bermain didalam pembelajarannya. Majoriti kanak-kanak di sini ialah dari golongan bangsa Melayu dan cuma seorang sahaja berbangsa India. guru dan melihat 27 . Kaedah pemerhatian yang di maksudkan di sini meliputi berbagai-bagai teknik seperti perbualan. Kelas ini di lengkapi dengan berbagai alatan permainan yang bersesuaian dengan murid-murid prasekolah tersebut.30 pagi. Jalan Pantai Baru.Kajian ini telah dijalankan di Prasekolah Sayang. Data-data kajian di kumpul pada awal bulan April hingga Mei 2004 semasa murid-murid menjalani pembelajaran aktiviti kumpulan. Kuala Lumpur. Mereka di tempatkan di dalam satu kelas . Kanak-kanak yang belajar di prasekolah ini datang dari kawasan perumahan yang berhampiran dan dari keluarga yang berpendapatan sederhana.00 pagi hingga 11. Kebanyakan ibu bapa mereka terdiri daripada peniaga-peniaga dan kaki tangan swasta juga bekerja sendiri. Menurut gurunya. Prasekolah sayang menggunakan Buku Panduan Kurikulum yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan aktiviti di Prasekolah Sayanag. Prasekolah ini terletak di dalam kawasan Bandar. Jumlah kanak-kanak yang mendaftar adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. kaedah berbentuk senarai semak dan pemerhatian telah dipilih untuk kajian ini. berinteraksi dengan kanak-kanak. Sekolah Kebangsaan Bangsar.

28 .perlakuan mereka. maka senarai semak digunakan. Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci saya telah menggunakan contoh-contoh soalan seperti di lampiran yang di sertakan ini. Oleh kerana pemerhatian itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat.

adakah murid-murid nakal apabila melakukan aktiviti? Semasa dan selepas murid-murid menjalankan aktiviti bermain.LAMPIRAN Bahagian A Aktiviti Permainan Tarikh____________________ Masa___________________ Borang ini diisi oleh guru sebelum dan selepas murid-murid melakukan Aktiviti-aktiviti bermain. adakah murid-murid merasa puas? Adakah murid-murid merasa seronok semasa dan selepas melakukan aktiviti bermain? Semasa aktiviti bermain dijalankan. adakah murid-murid kreatif melakukan permainan tersebut? Adakah murid-murid bertanya dan memberi cadangan semasa menjalankan aktiviti bermain? Semasa menjalankan aktiviti permainan. adakah murid-murid bermotivasi untuk belajar? 29 Ya Tidak Tidak Pasti .adakah murid-murid mengamalkan nilai bekerjasama? Adakah murid-murid melakukan aktiviti permainan dengan perasaan sukarela? Selepas sesi pengajaran aktiviti bermain dijalankan.adakah mereka terlibat sepenuhnya? Adakah murid-murid menunjukkan minat semasa aktiviti bermain dijalankan? Dalam aktiviti bermain. Soalan Semasa melakukan aktiviti permainan adakah semua murid-murid aktif bermain? Semasa murid-murid melakukan aktiviti bermain. adakah murid-murid mendengar arahan guru? Adakah murid-murid mesra antara rakan-rakannya semasa melakukan aktiviti permainan? Adakah murid-murid menggunakan bahasa yang sesuai semasa berkomunikasi dengan rakannya dalam aktiviti permainan? Selepas tamat aktiviti bermain dijalankan.

Sebelum aktiviti bermain dijalankan. adakah murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam sesi pembelajaran? Selepas tamat bermain. murid-murid kelihatan bosan dan kecewa. adakah murid-murid faham tentang isi pelajaran yang disampaikan? Semasa murid-murid bermain dalam kumpulan.Adakah murid-murid masih lagi kecewa dan bosan selepas bermain? Selepas tamat bermain. adakah nilai positif dapat diterapkan? Adakah mereka merasa puas dan seronok apabila diberi peluang melakukan aktiviti bermain secara individu? Adakah kemahiran motor halus mereka bertambah mahir ketika bermain? Tandatangan guru penilai:________________________ Nama:________________________________________ Refleksi selepas penilaian: 30 .

Diperoleh pada Febuari 25. 2009 daripada http://www.blogspot.anakku. 2009 Ramlah jantan dan Mahani Razali(2004). 8) 9) 10) 11) Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.org/wiki/Prasekolah http://teoripiaget. 2009 daripada http://members.utm.pdf.txt http://eprints.my/spps/prasekolah/program. 2) 3) 4) 5) 6) 7) http://d. Psikologgi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari. 2009.com/ http://www.tripod.RUJUKAN 1) Kementerian Pendidikan Malaysia (1990).Bhd.com/~MUJAHID/Komunikasi. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. http://ms.com/docs/916uv4tbx9q9gad2dib. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003. Penerbit Universiti Malaya. Pendidikan Prasekolah.php?ar=24 12) Komunikasi Melalui Interaksi Sosial: Membina dan Memperkembangkan Pengetahuan Matematik. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.ums.html 31 .wikipedia. Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Diperoleh pada Mac 8.htm Rohaty Mohd Majzub dan Abu Bakar Nordin(1989).scribd. 2009 Azizah Lebai Nordin(2002). Diperoleh pada Febuari 25. Diperoleh pada Febuari 26. Universiti Kebangsaan Malaysia.my/6258/1/2.my/artikel. Diperoleh pada Febuari 28.edu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful