Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 3 - 15

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua (The Use of Concept Maps in Improving Achievement in The Subject of History for Form Two Students)
ZAHARA AZIZ NURLIAH JAIR

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta konsep. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, dan sejauh mana kesan penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Cheras, Selangor. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 37 orang pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di Cheras. Kajian ini menggunakan teknik peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, persediaan mengajar, temu bual guru dan pelajar. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca antara jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep adalah pada tahap sederhana positif. Secara keseluruhan, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
ABSTRACT

The purpose of this research was to examine the usage of concept map in increasing students performance to increase students’ performance for history subject in Form 2. Besides that, this research also examined whether using concept map would increase students performance. Futhermore, this research

The research result showed that there was no significant difference in the means of achievement between genders in the pre and post-test. Mata pelajaran sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan satu pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah menengah dan dirangka selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara (Omar 1992). Overall. Mata pelajaran sejarah mengandungi banyak idea yang abstrak serta konsep yang kadangkala sukar difahami. merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis amalan pelajar. PENGENALAN Mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pelajaran Malaysia 1990). The research used sets of multiple choice tests as the pretest and post test questionnaires to view students’ acceptance towards concept map. maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai konsep dalam mata pelajaran sejarah adalah wajar dilakukan oleh para guru sejarah. Justeru. lesson plan and also interviews between teacher and students. Meanwhile. membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000). The analyzed data used was inferential and descriptive statistic. Mata pelajaran sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah secara berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Konsep ini amat penting untuk mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar. This research used concept map as a dependent variable and academic achievement as independent variable. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara kita dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah khususnya. Fakta mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk. concept map was efficient in increasing students’ performance in history subject.4 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) also studied students acceptance towards concept map. Pelaksanaan KBSM mengubah kedudukan mata pelajaran sejarah. The students’ acceptance towards concept map was positive-medium. Selangor. Memandangkan pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir. penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah satu teknik pengajaran yang sangat sesuai. Namun. Hal ini kerana penggunaan peta konsep akan dapat membantu pelajar lebih fokus. This research was done in a school in Cheras. boleh membuat intepretasi dan lebih mudah memahami topik . there was a significant difference in the mean achievement of the pre-test and post-test. teacher’s observation form. Action research design employing the qualitative and quantitative methods with the research sample used was 37 students and one teacher from a school in Cheras. pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep jika tidak mengetahui maksud atau makna perkataan tertentu.

Teori pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina kefahaman mereka sendiri dalam sesuatu topik yang dipelajari berbanding dengan mendapatkannya kefahaman yang .Penggunaan Peta Konsep 5 yang dipelajari. Dalam teori ini. maklumat itu hanya boleh disimpan untuk jangka masa pendek iaitu ingatan hanya boleh memegang 7 item sahaja. KAJIAN LITERATUR TEORI-TEORI BERKAITAN PETA KONSEP Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa teori. konsep dan generalisasi pernah dipelajari oleh para pelajar. Teori pembelajaran bermakna adalah satu idea pembelajaran bermakna dibina daripada teori yang diasaskan oleh Ausubel (1963) dalam Woolfolk (1994). Ausubel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan segala maklumat yang dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif sedia ada. dan hubungan antara idea-idea tersebut diambil bersama. Struktur kognitif ini merupakan pengetahuan sedia ada yang terdiri daripada fakta. maklumat dalam bentuk bahasa idea. (2) bagaimanakah tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata sejarah. Oleh hal yang demikian. Pembelajaran hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna sejak bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan dengan ‘expository’ untuk menunjukkan pembelajaran bermakna lebih baik daripada pembelajaran resepsi. Seseorang yang pintar hanya boleh mengingat 7 item sahaja daripada maklumat yang dipelajari. Hipotesis nol kajian telah dibina: Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. dan (3) sejauh manakah kesan penggunaan peta konsep dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Ausubel menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafalan Ini adalah selaras dengan pandangan Novak (1993) yang menyatakan bahawa apabila seseorang pelajar menghafal maklumat. Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000) tentang penggunaan peta konsep yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar. Terdapat tiga soalan yang dijawab oleh kajian ini iaitu. (1) adakah terdapat perbezaan dari segi min pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. penggunaan peta konsep sebagai satu teknik pengajaran sejarah secara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. membantu mengukuhkan daya ingatan.

Jika individu boleh menggunakan ingatan jangka panjang. Langkah 2: Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea utama dalam topik yang akan diajar. Teori pembelajaran berasaskan kognitif menekankan bagaimana individu boleh mengekalkan maklumat dalam ingatan mereka iaitu melalui kemahiran menggunakan ingatan jangka panjang. Guru mengemukakan sebarang pertanyaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesedaran pelajar. guru menjalankan proses pengajaran dan dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.6 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) dipindahkan kepada mereka melalui sumber lain (Eggen dan Kauchak 2004). pada peringkat pertama tumpuan pelajar akan fokus kepada bahan rangsangan. Langkah-langkah tersebut ialah: Langkah 1: Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajari dengan menggunakan peta konsep. Menurut teori ini. Langkah 3: Pelajar-pelajar diminta menyiapkan peta konsep dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru mengikut topik yang diberikan oleh guru. Guru membimbing dan memantau para pelajar semasa menghasilkan peta konsep. Menurut Lefrancois (2000) dalam Mat Jamudin (2002). PERLAKSANAAN PENGAJARAN SEJARAH MENGGUNAKAN PETA KONSEP Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan peta konsep dalam mata pelajaran sejarah. Langkah 4: Pembentangan peta konsep yang dihasilkan oleh para pelajar secara kumpulan dan penilaian guru. ia dapat membina satu rangkaian pengetahuan yang berhubung kait dan berstruktur yang mana jika pengetahuan itu diimbas atau diperlukan (Mat Jamudin 2002). Ingatan di peringkat ini dikenali sebagai ingatan sensori. . Konstruktivisme memberi penekanan kepada pelajar supaya aktif mengaitkan pengetahuan baru yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada di dalam minda mereka dan mengaplikasikan pengetahuan sedia dan apa yang difahami kepada pelbagai situasi (Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub 2004). Beberapa langkah perlu dilakukan untuk melaksanakannya. maklumat akan cepat hilang (Leahey & Harris 1997). Maklumat yang diterima oleh ingatan ini berada dalam bentuk objek-objek dan peristiwa yang berlaku di sekitarnya. ransangan perlu kepada deria untuk menentukan sama ada pelajar memberi tumpuan terhadap apa yang hendak dibincangkan. Pelajar disusun dalam kumpulan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru. Keupayaan ingatan ini tidak terhad kepada bilangan maklumat yang boleh disimpan tetapi sekiranya pemprosesan tidak berlaku dengan segera.

Guru pembantu pengkaji yang merupakan guru mata pelajaran . Menurut Zaenab Hanim (2004) penyelidikan tindakan tidak menggunakan perkataan populasi disebabkan penyelidikan tindakan tidak memerlukan sampel secara rawak yang digeneralisasikan daripada populasi. Menurut McNiff (1988). Model ini menggariskan empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku. persediaan mengajar. pelajar-pelajar akan diberikan ujian pencapaian dalam mata pelajaran sejarah iaitu ujian pra. Bagi sampel guru pula hanya seorang guru dipilih oleh pengkaji kerana guru tersebut berpengalaman mengajar sejarah melebihi 10 tahun dan banyak mengikuti kursus-kursus berkaitan teknik mengajar sejarah.Penggunaan Peta Konsep 7 METODOLOGI Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data kajian. TATACARA PERMEROLEHAN DATA Sebelum pengajaran menggunakan peta konsep dilaksanakan. Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar sebelum kajian dijalankan. pengkaji akan menggunakan pelbagai bentuk instrumen yang boleh menyokong kajian ini. Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). protokol temu bual dan borang pemerhatian. ujian pencapaian sejarah tingkatan dua (ujian pra dan ujian pasca). menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalanamalan. SAMPEL KAJIAN Sampel kajian terdiri daripada 37 orang pelajar daripada 500 orang pelajar Tingkatan 2 di salah sebuah sekolah di Cheras. Kelas 2H terpilih sebagai kumpulan rawatan berjumlah 37 orang pelajar iaitu 20 orang pelajar perempuan dan 17 orang pelajar lelaki. Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik. INSTRUMEN KAJIAN Memandangkan kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut. Fasa 3 mengumpul dan menganalisa data dan Fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan membuat refleksi. kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri. Sampel kajian dipilih adalah secara bertujuan.

DAPATAN KAJIAN Ujian statistik inferensi telah digunakan bagi menjawab persoalan pertama.7 di mana perbezaan min ialah 13.8 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) sejarah kelas 2H telah diberi penerangan dan dilatih untuk melaksanakan pengajaran seperti yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu pengajaran menggunakan peta konsep. teknik pemerhatian dan temu bual juga telah dijalankan untuk mengukuhkan dapatan kajian ini. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian-t. Temu bual secara separa berstruktur turut dijalankan ke atas dua orang pelajar yang dipilih secara rawak dan guru pembantu pengkaji pada minggu terakhir kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas tentang pengajaran peta konsep dalam mata pelajaran sejarah. (Rujuk Jadual 1) .7. Manakala. Analisis temu bual dan pemerhatian dilakukan dengan membuat rumusan secara deskriptif. bagi menguji hipotesis kajian yang dikemukakan. hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Min ujian pra ialah 39. Oleh itu terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Pada minggu ke lapan. pelajar-pelajar akan diberikan ujian pasca untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas pengajaran peta konsep dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca dilakukan secara peratusan. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca Hipotesis ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. TATACARA PENGANALISISIAN DATA Analisa data dilakukan dengan dua jenis statistik digunakan iaitu statistik inferensi dan statistik deskriptif.769 dan p = . Walau bagaimanapun. Pemerhatian turut serta terhadap pengajaran guru dijalankan oleh pengkaji sepanjang kajian ini dilaksanakan. Pengajaran menggunakan peta konsep dalam mata pelajaran sejarah telah dijalankan selama lapan minggu. Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian-t (36) = -10. manakala min ujian pasca pula ialah 52. Ujian-t digunakan bagi menguji perbezaan dari segi min ujian pra dan pasca bagi menentukan sama ada perbezaan itu berlaku secara sebenar atau kebetulan (Alias Baba 1999).05. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Justeru.000 < 0.

11 3. Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam sejarah dengan menggunakan peta konsep. 4.7027 Sp 11.84 Sisihan Piawai . didapati 6 daripada 10 item mempunyai skor min tinggi adalah item berkaitan dengan pengajaran menggunakan peta .78 . Pengajaran guru dengan menggunakan peta konsep lebih berkesan.9388 1. Saya suka membuat latihan menggunakan peta konsep.05 N 37 37 Min 39. .6757 52.000 . 3.023 11.4032 Berdasarkan kepada taburan skor min item tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep yang diperoleh. 7. Setiap pelajar harus tahu menggunakan peta konsep dalam pelajaran mereka. Penggunaan peta konsep kurang berguna dalam proses pembelajaran.70 3. -10.016 .769 -10.0891 .00 3. 6. Jadual 2 adalah seperti berikut: JADUAL 2. Kadang-kadang penggunaan peta konsep menyusahkan saya mempelajari sejarah.9468 3. mudah dan realistik. Ujian-t menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam ujian 9 pra dan ujian pasca Ujian Pra Pasca P < 0.9145 1. 9.000 Bagi menjawab persoalan kedua iaitu tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah ini.78 3.108 Dk. 36 36 t.0419 .0 3. Saya lebih mudah mengingati fakta dalam sejarah dengan penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. 2.8499 .9863 3.55 .Penggunaan Peta Konsep JADUAL 1. 8. analisa peratusan digunakan . 10. Pengajaran menggunakan peta konsep membuatkan saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran sejarah. Saya suka mengikuti mata pelajaran sejarah menggunakan peta konsep.769 Sig. Analisis soal selidik tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep Item 1. 5. Jumlah Min 3. Pembelajaran berbantukan peta konsep amat menyeronokkan.68 2.6986 1.62 4.8861 .43 4.

Keputusan ujian pra dan ujian pasca Gred/Markah A (80-100) B (65-79) C (50-64) D (40-49 E (0-39) Jumlah Ujian Pra (%) 0 2. Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam sejarah dengan menggunakan peta konsep (skor min = 3.10 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) konsep membuatkan saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran sejarah (skor min = 3.78) Hasil analisis ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran.50 43. Hasil analisis pencapaian sejarah adalah seperti Jadual 3. Berdasarkan interpretasi min yang diadaptasi daripada Jamil Ahmad (1993).5 100 Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca di atas dalam Jadual 3 dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah telah meningkat setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta konsep dilaksanakan.4 13.70). JADUAL 3. Pembelajaran berbantukan peta konsep amat menyeronokkan. Dapatan ini jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta konsep memberi sumbangan positif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah selepas pengajaran menggunakan peta .11). Pelajarpelajar juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran sejarah iaitu menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran sejarah.7 13.50 100 Ujian Pasca (%) 2. Peratus lulus mata pelajaran sejarah telah meningkat daripada 59 peratus dalam ujian pra meningkat kepada 86. Setiap pelajar harus tahu menggunakan peta konsep dalam pelajaran mereka (skor min = 4. didapati tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah berada pada tahap sederhana positif. Markah lulus untuk kedua-dua ujian ini ialah 40% ke atas.7 13.55.84). Pengajaran guru dengan menggunakan peta konsep lebih berkesan (skor min = 4. mudah dan realistik(skor min = 3.5 45.0). Secara keseluruhan skor min tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah 3. Bagi menjawab persoalan ketiga iaitu melihat sejauh mana kesan penggunaan peta konsep dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah diukur berdasarkan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca.5 peratus dalam ujian pasca. Saya lebih mudah mengingati fakta dalam sejarah dengan penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah (skor min = 3.78).3 40.90 24.

Kajian ini juga membincangkan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam kalangan pelajar yang dirawat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. dapatlah dirumuskan bahawa penerimaan pelajar terhadap peta konsep adalah positif. Hal ini menunjukkan penggunaan peta konsep berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah secara keseluruhannya pada tahap sederhana positif dengan min = 3. Sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar yang mengikuti pengajaran ini jelas dilihat dari segi kesungguhan dan minat mereka melakukan tugasan melibatkan peta konsep. perbincangan ini turut melihat kesan pengajaran ke atas pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Cliburn (1990). hasil pemerhatian turut serta pengkaji terhadap pengajaran guru sejarah yang dipilih dengan menggunakan borang pemerhatian berstruktur. Dapatan kajian ini iaitu berdasarkan keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Pelajar-pelajar juga didapati telah menunjukkan pemahaman yang baik terhadap topik-topik yang diajar menggunakan peta konsep. menarik dan tidak membosankan. dan Vilberg (1996) yang menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapatan temu bual pelajar turut menjelaskan bahawa penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah telah menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. Dapatan yang menunjukkan tahap penerimaan sederhana positif menunjukkan tidak semua pelajar yang terlibat menunjukkan minat dan . Min pencapaian ujian pasca lebih besar berbanding dengan min pencapaian ujian pra.Penggunaan Peta Konsep 11 konsep dilaksanakan. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Mat Jamudin (2002). Pelajar telah menunjukkan penerimaan positif terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah positif. Pelajar dapat menerima penggunaan peta konsep sebagai teknik pengajaran kerana mudah mengingat fakta. Penerimaan yang positif terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam usaha guru menarik minat pelajar mempelajari mata pelajaran sejarah menggunakan peta konsep.55. pelajar telah mengetahui banyak kebaikan penggunaan peta konsep dalam pengajaran sejarah. Malahan. Secara keseluruhan. PERBINCANGAN Perbincangan kajian ini merangkumi aspek penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Perbandingan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan perbezaan yang besar. Selain itu.

Hal ini menunjukkan pengajaran menggunakan peta konsep telah dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Jelaslah bahawa penggunaan peta konsep sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah memberi kesan positif dalam meningkatkan pencapaian pelajar. pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan peta konsep sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran sejarah. Dari segi kualiti pencapaian pelajar pula. B dan C dalam ujian pasca jika dibandingkan dengan ujian pra. Malahan. Heinze-Fry dan Novak (1990). Didapati peratus pelajar yang lulus dalam mata pelajaran ini telah meningkat daripada 59 peratus dalam ujian pra meningkat kepada 86. Malahan. Dapatan kajian ini menepati kajian terdahulu yang mendapati penggunaan peta konsep berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran seperti kajian Abedah Ismail dan Norhaini Hassan (2004) dan Ahmad Man (2005) dalam mata pelajaran sejarah dan dapatan kajiankajian lepas yang dilakukan ke atas mata pelajaran lain oleh Cliburn (1990). Kesan positif penggunaan peta konsep juga dapat dilihat hasil daripada temu bual dengan pelajar dan guru sejarah yang terlibat. terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang mendapat gred A. perubahan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah telah berlaku daripada kurang berminat kepada berminat dalam mata pelajaran ini. Secara keseluruhan.12 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) kesungguhan dalam melakukan tugasan dan sikap ini memberi sedikit impak terhadap keputusan kajian. dapatan kajian ini telah memberi implikasi kepada pelajar. Hasil analisis deskriptif temu bual guru dan pelajar menunjukkan penggunaan peta konsep telah banyak membantu para pelajar dalam meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran sejarah. Vilberg (1996) dan Wahidin et al. (2004). Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan Abedah Ismail dan Norhaini Hassan (2004) dan Ahman Man (2005). Analisa secara deskriptif bagi ujian pra dan pasca menunjukkan wujudnya peningkatan yang ketara dalam pencapaian ujian pasca berbanding ujian pra. IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar berpencapaian rendah dapat dipertingkat dengan penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.5 peratus dalam ujian pasca. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar berpencapaian rendah dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sejarah dengan penggunaan teknik peta konsep sebagai satu teknik pembelajaran sejarah di sekolah. Proses pembelajaran menggunakan peta konsep bagi pelajar yang berpencapaian rendah . Dapatan ini adalah sama dengan dapatan yang diperolehi oleh Azizah (2000) dan Mat Jamudin (2002) yang menunjukkan skor tahap penerimaan pelajar adalah sederhana positif.

Pusat Perkembangan Kurikulum perlu menekankan penggunaan teknik peta konsep bagi mata pelajaran sejarah. pihak panitia sejarah hendaklah mengambil inisiatif menggalakkan guru-guru sejarah menggunakan peta konsep. Sehubungan itu. namun kurangnya program latihan dan kursus dalam perkhidmatan berkaitan dengan penggunaan peta konsep sebagai kaedah pengajaran dalam mata pelajaran sejarah menyebabkan guru kurang mengaplikasikan teknik ini. Walaupun pembelajaran menggunakan peta konsep ada dicadangkan dalam rancangan pembelajaran guru. KESIMPULAN Secara keseluruhan. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah selepas didedahkan kepada pengajaran menggunakan peta konsep. para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran menggunakan peta konsep terhadap semua mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. Kursus-kursus dalam perkhidmatan hendaklah diberikan kepada guru-guru sejarah agar mereka mengetahui bagaimana menggunakan pendekatan ini dalam mata pelajaran sejarah dengan berkesan. Justeru. Selain itu.Penggunaan Peta Konsep 13 adalah salah satu cara pembelajaran yang boleh membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka selaras dengan dapatan kajian Rajagopal (2005). penggunaan peta konsep sebagai salah satu teknik pengajaran sejarah sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Seterusnya. Hasil dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah telah meningkat setelah didedahkan dengan pengajaran menggunakan peta konsep ke atas pelajar terlibat. . Dapatan kajian ini dapat membuka minda pihak panitia sejarah di sekolah untuk menjadikan teknik pengajaran peta konsep sebagai satu teknik pengajaran yang perlu digunakan oleh semua guru sejarah.dapatan kajian ini dapat membantu pihak panitia sejarah di sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah. Justeru. Kebanyakan pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran sejarah yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah tersebut. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan peta konsep. Para guru sejarah juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan era globalisasi. pihak Pusat Perkembangan Kurikulum hendaklah merangka modul pengajaran yang menggunakan peta konsep bagi memudahkan para guru mengaplikasikan teknik ini di sekolah.

Learning and cognition. 1990. Heinze-Fry. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat mengikut peta konsep bagi tajuk kerajaan awal dalam mata pelajaran sejarah tingkatan empat. J. New Jersey: Pearson Education. 1984. Learning how to learn. & Mc Taggart. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. J. Rashid. Fakulti Pendidikan. Journal of Research in Science Teaching. 2005. 27(10) : 937-949. Universiti Kebangsaan Malaysia. Aplikasi peta konsep untuk meningkatkan pemahaman pelajar sederhana tingkatan 3 dalam mata pelajaran Sejarah. 1990. Disertasi Sarjana Pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemmis. Kajian tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Perak 2005. 1993.D.D. D. 1988. D. Ahmad Man.my/jpn perak/ kajian 2005 (30. Eggen. Leahey. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. London: Routledge. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Keberkesanan penggunaan teknik pengajaran peta konsep dalam mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat. Kementerian Pendidikan Malaysia. R. Concept mapping brings long term movement towards meaningful learning. Ed.B. (atas talian) http://aapps. Disertasi Sarjana Pendidikan. Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. 2005. R. 1992. Jamil Ahmad.emoe. Action reseach: Principles and practice.2007) Alias Baba.217. 1997. New Jersey: Prentice Hall. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1990. & Novak.gov. Austin: TX: Pro. & Kauchak. D. 2004. Novak. E. Boston: Allyn & Bacon. 2004.D. Concept map to promote meaningful learning. Jurnal kajian tindakan pendidikan guru 2004.H. Patterns of thinking. Azizah Abdullah. The action research. 1997. McNiff. 212. Sukatan pelajaran sejarah menengah atas. 2002.A. Clarke. 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia. Tinjauan kekangan-kekangan dalam pelaksanaan Sains KBSM di Sekolah-sekolah menengah di negeri Kedah Darul Amal. Australia.14 RUJUKAN Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) Abdul Rahim Abd. P.01. J. J. . Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Shah Alam: Fajar Bakti. A useful tool for science education. Sukatan pelajaran sejarah sekolah menengah rendah. Educational psychology window on classrooms. Science education 74(4). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI): Ilmu pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas. Novak. Dekin University. Huraian sukatan pelajaran pelajaran sejarah Tingkatan Dua. Statistik penyelidikan dalam penyelidikan sains sosial. Victoria. 1990. Fakulti Pendidikan. Carnie. & Harris. Mat Jamudin Jamrin. J. Integrating learning skills in content teaching. 461-472. Journal of college science teaching 19. Tesis Sarjana Pendidikan. New York: Cambridge University Press. Cliburn. 1988. Abedah Ismail & Norhaini Hassan. & Gowin. T. Concept mapping. Ee Ah Meng. Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mata pelajaran Sains tingkatan 1. & Kameenui. 1990.W. Inc. S. J.J. Higher order thinking. 1990. J. Universiti Kebangsaan Malaysia.

2005. 1993. methodology. Kamisah Osman & T. Keberkesanan pengajaran strategi metakognisi dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar pencapaian akademik rendah dalam mata pelajaran sejarah. J. Mildly handicapped learners in vocational education: A statewide study. Wahidin. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn.Penggunaan Peta Konsep 15 Novak. A. Woolfolk. N. 125-144. Educational pschology.D. Meaningful learning: The essential factor for conceptual change in limited or inappropriate propositional hierarchies (LIPHs) leading to empowerment of learners.02.M. 2004. St. Misconceptions Trust. 2004. Psikologi pembelajaran & personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.L. Subahan Mohd. Concept maps: Theory. 2004. F. Bhd. Boston: Allyn and Bacon.. Falsafah pendidikan sejarah Dalam Persatuan Sejarah Malaysia. & Shilton. 1994. Penggunaan pembelajaran koperatif dalam Matematik. Indonesia. P. & Gonzales. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Zahara Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor Darul Ehsan . Vilberg. Omar Mohd. Tesis Phd. J. Jurnal Pendidikan 29. 2004. T.2007). Journal of Special Education 22: 220-230. A paper prensented at the National Institute for the Teaching of Psychology. Petersburg Beach. Zaenab Hanim.J. 1992. Novak. Okolo.M. Fakulti Pendidikan. Proceeding of the first international conference on concept mapping. technology.claroin. Sejarah dalam pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Phd.D. Meerah. Hisham. Penyelidikan tindakan di sekolah rendah di Kalimantan Timur. Using concept mapping in sensation & perception course. The proceedings of the third international seminar on misconception and educational strategies in sciendce and mathematics.html (09. Fakulti Pendidikan.E. Penggunaan peta konsep dan peta vee dalam meningkatkan sikap pelajar terhadap kimia. Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub.Y. Ithaca. Raja Gopal A/L Ponusamy. 1996. Universiti Kebangsaan Malaysia. A.edu/ TRVILBERG/conceptmap. 1989.FL (atas talian) http://river. 5th ed. Canas. C.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful