y

BACAAN KESELURUHAN

Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996

Pengenalan:
y Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah: 1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. 2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . 3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.

4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini. [ke atas] Laporan Razak
y Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. 2. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

4. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.

5. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

6. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

7. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

d. 10. e. 9. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. b. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR). y Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961. . Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma c. Murid naik darjah secara otomatik f. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.8. [ke atas] Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961 y Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: a.

Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu. tetapi secara praktikalnya. Inggeris. muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan. Menurut laporan ini: y "Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya. Sains Pertanian dan Perdagangan. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960. kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Cina dan Tamil. sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. . iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. [ke atas] Laporan Hussein Onn (1971) y Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu. juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ketika itu. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu. Sains Rumah tangga.g. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

y Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal.sosial.ehwal antarabangsa. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkatperingkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. 1971) Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara. dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu. Dr. kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. (Laporan Hussein Onn. namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Laporan ini bertujuan: y Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang. 1971) [ke atas] Laporan Mahathir (1985) y Pada bulan september 1974. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. (Laporan Hussein Onn. 1976) . Mahathir Mohamad. (Laporan Mahathir. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara. berdisiplin dan terlatih. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik.

konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi. b. Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guruguru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu: a. sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. iaitu sekolah kerajaan . Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. dan meliputi semua kategori sekolah. c. [ke atas] Akta Pendidikan 1996 y Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Ini . Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya. bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka. Dalam Akta Pendidikan. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa.Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn.

manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi. termasuk program pertukaran. pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. iaitu secara berkembar. perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan. akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. sama ada dalam negeri atau luar negeri. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah. maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. [ke atas] Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusiinstitusi pendidikan tinggi. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik. . Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan. yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Dalam pada itu. institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan. Ini dijelaskan seperti berikut: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu. [ke atas] Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta Pelajaran 1961 1. Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. kesan daripada perkembangan pesat sains. dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. . Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.Landasan dan wawasan Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. teknologi dan maklumat. Kelaskelas agama sepertibible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. 1. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan.

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. demokratik. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. rohani. dan kekuatan rohani." (Akta Pendidikan 1996) Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan tidak jelas. masyarakat dan negara. Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat . liberal dan dinamik. berketerampilan. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang berbilang kaum. ««««««.DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi. berkhlak mulia. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961: "Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu. keadilan sosial. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. moral dan etika." (Penyata Razak. Perenggan 12) [ke atas] 2.

yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat. secondary education. ( Education Act 1996.Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan. "The National Education System shall comprise ± pre-School education. government-aided educational isntitutions. primary education. 16) Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja. post-secondary education. sec. "For the purpose of this act. sec. and private educational institutions. but shall not include education in expatriate schools. (Educational Act 1996. the stages of statutory education system shall be as follws: primary education. namely ± government educational institutions.15) "There shall be three categories of educational institutions in the National Education System . and higher education. .

Kurikulum kebangsaan Dalam Akta Pendidikan 1996. seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. .lower secondary education.19) [ke atas] 3. Sec. Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961. (Education Act 1961. 17) Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja. " (1) The National language shall be the main medium of instruction in all educational institutions in the National Education System except an nationaltype school established under section 28 or any other educational intitution exempted by Minister from this section. education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25. Kedudukan Bahasa Kebangsaan Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Sec. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan. [ke atas] 4. upper secondary education. tiada langsung peruntukan. (Education Act 1996.

19) [ke atas] 6. (2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language . . subject to subsection (3). Sec." (Education Ac 1996. Peperiksaan Awam Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam. Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. (Education Act 1996. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib Seksyen 17(2). (Education Act 1996. "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act. Sec.17) Manakala dalam Akta Pelajaran 1961." (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which. melainkan yang dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi. the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution. Sec. shall be used by all schools in the National Education System. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.18) 5.

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan. ada permintaan dari 15 orang ibu bapa c. Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961. Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Kaum Asli y Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat: a.[ke atas] 7. jika didapati munasabah dan praktik Melalui peruntukan ini . jika didapati munasabah dan praktik. telah memberi pengiktirafan kepada bahasakaum Bumiputera untuk diperkembangakan. Dengan ini lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan dua syarat: a. 1. 2. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa c. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil y Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. b. b. y .

[ke atas] "The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain kindergartens" (Education Act 1996. y (Education Act 1996. Kategori Sekolah Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan. garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua tadika. 21) 3. .2) 1. Sec. Menubuh dan meyenggara tadika Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996. Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas. Bantuan kerajaan dan swasta. Sec.(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so request. memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta. Kurikulum untuk Tadika Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh semuua tadika.

kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam Akta Pelajaran 1961. Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama .2) 5. Akta Pendidikan 1996. Pendidikan Lepas Menengah Seksyen 33. tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah. [ke atas] "A national or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education designed for duration of six years but which may be completed within to seven years" (Education Act 1996. means a fully-assited primary school ± providing a six-year course of primary edducation appropriate for children between the ages of six and eleven years. Dengan adanya peruntukan ini. sederhana dan lembab. or Sekolah kebangsaan. memperuntukkan pendidikan lepas menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan . Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas kelas tingkatan 6. Sec. Dalam akta ini tempohnya agak ketat." (Education Act 1961. [ke atas] 6.29) "national primary school".4. Tempoh Pendidikan Rendah Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). dapat menampung keperluan murid cerdas. Sec. kolej atau mana-mana institusi pendidikan lain. Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.

membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah. Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961. Maktab Perguruan Melalui seksyen 47 (1) . Pendidikan Khas Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang. membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961. sains dan teknologi serta informasi. berteraskan matematik. Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia. Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains. perkara ini tidak jelas. . di sekolah-sekolah. yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. 7. peruntukan mengenai pendidikan guru adalah terlalu umum. 8. matematik dan IT yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia. Melalui seksyen ini. selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. perbadanan atau organisasi perindustrian. maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40. diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Dalam Akta Pelajaran 1961.Akta Pendidikan 1996 seksyen 37.

Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961. Pengajaran Agama Islam Dalam Seksyen 50. memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaa.[ke atas] 9. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka . . Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan Seksyen 69. Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. 10. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat. membolehkan Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Akta Pendidikan 1996 . Dalam Akta Pelajaran 1961. Lembaga Pengelola Peruntukan dalam seksyen 62. Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan. Akta Pendidikan 1996 . 11.

Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga sekyen tadi. Dalam ketiga-tiga seksyen ini. Dalam Akta Pelajaran 1996. Kuasa Untuk menyiasat y Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk menyiasat. [ke atas] 13. seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran. selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence". seksyen 138 memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan. Tujuan seklsyen ini ialah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan lingkage". Program "Twinning" dan "Lingkage" Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Ini adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta ini. Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan masyarakat pengguna. Dalam Akta Pelajaran 1961.12. tiada peruntukan tentang perkara ini. Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah Negara . tiada peruntukan-peruntukan seperti ini.

Sains. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini. budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Dalam aspek ini. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti . sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan. semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera. Menjelang tahun 1983. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Hasrat. Walaupun tidak sepenuhnya. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini y [ke atas] Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum.y Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini. Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic"yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama. adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kejuruteraan. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Perubatan . Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu.

Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolahsekolah: 1. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 7. Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 8. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan 3. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera 5.bahasa pengantar darjah Satu 2. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut . Bahasa pengantar tingkat 1 4. Bahasa pengantar semua kursus di universiti 9. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti 6. [ke atas] Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara.

Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-cita negara sekarang. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang memerlu kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Sejaran negara telah berkembang ke era Sains dan tekonolgi. [ke atas] Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996 y Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas. maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh . dikaji dan dibina semula. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan. yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas . Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik danvokasional. dunia teknologi. Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan mengikut kesesuaian. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita. hala tuju dan wawasan pendidikan kita . Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga. kedudukan maktab perguruan. tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu. universiti dan sebagainya. Melalui Akta Pendidikan 1996. dari dunia pertanian.peluang dan berjalan seiring dengan negara-negara lain. Lantaran itu wjudnya sekolahsekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga perpaduan kaum. tidak seperti Akta pelajaran 1961 yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Kini. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil. Oleh itu pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan.

perkara (iii). Japanese. maka hasrat dan cita ±cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Waupun ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Dengan adanya akta baru ini. Malah bahasa Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu yang kita tidak boleh anggap ringan. Sejarah perkembangan dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan . Kehadiran dan penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk kekasaran. Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini. Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: y [ke atas] Arabic. memasuki premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau tuan punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. German or French or any other foreign language may be made available if it reasonable and practicable so to do. dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif . Hanya tercatat dalam seksyen 2 . Dalam seksyen 136. turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu. tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa ibunda kaum di Malaysia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi. 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat.

yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah tadika. Wahid. (Datuk Zainal Abidin A. tidak terikat dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa menggunkan bahasa Arab. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan kebangsaan. iaitu terdapat 84. namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan agenda penting. aliran Inggeris dan aliran Cina. Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar. seperti yang terdapat dalam Seksyen 15. Perpaduan yang wujud sekarang memang telah jauh berubah. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas. boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Begitu juga dalam seksyen 23.290 buah sekolah Kebangsaan Cina dengan 580. Pada tahun 1997. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 .000 pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. tetapi ada juga kekecualian yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana pendidikan lain yang dikecuali oleh Menteri. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus. .000 pelajar terus menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil dengan 96. aliran kebangsaan.orientalis. Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Di sini menampakkan kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum mantap sepenuhnya dalam Akta ini. Manakala 250 buah institusi pendidikan tinggi swasta terus menggunakan Bahasa Inggeris. maka kita dapati 1. 1999). memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Wahid lagi. Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan pelajar . Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

tetapi seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita.Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini. Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Di antara kata-kata beliau ialah: y "«««. melalui perintah yang disiarkan dalam warta. Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat? Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan . sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apaapa syarat yang difikirkan patut dikenakan. apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang diberikan kepada Menteri. jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau awam. Begitu banyak kuasa yang diberikan. pada 18 Disember 1995 (yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam memantapkan perpaduan dan pendidikan negara.Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah perlu dikaji semula. Dalam Akta Pendidikan 1996. Kuasa Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar: y Menteri boleh.. Sehingga menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan pendaftaran. dan boleh pada bila- .

1984 2.bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu. tetapi ternyata ia adalah merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara. Akta Pendidikan 1961. Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan atau seksyen. Akta Pendidikan 1996. kedudukan institusi pendidikan dan kuasakuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak semula. .Nurin Enterprise. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. 3. International Law Book Service. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. 1998 1. International Law Book Service. Hamedi Mohd Adnab.Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satuu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Bahasa Melayu STPM . Kuala Lumpur. 1988 4. [ke atas] Rujukan: y 1. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta Pendidikan itu sendiri dan mancapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan.

Kuala Lumpur. Zainun Ishak. Utusan Publication. Shahril @ Charil Marzuki. Siraj. y 1993 . Pendidikan di Malaysia. Dr. Leo Pau Wing. 1994 5. 2.Saedah Hj.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful