EKONOMI MALAYSIA (SEED 1013

)
TAJUK : DASAR WAWASAN NEGARA DAN WAWASAN 2020 KUMPULAN B DISEDIAKAN OLEH : FARAH AFIQAH BT BORHANNUDIN (203972) SITI MASITA BT ABDULLAH (204629) ROIHAN BT MAT GHANI (204741) SITI SARAH BT RAMLI (205265) DISEMAK OLEH : EN. AZRAIE B. ZAINUL

ISI KANDUNGAN
NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 KANDUNGAN Isi kandungan Penghargaan Pengenalan 1.0 Dasar Wawasan Negara 1.1 Latar belakang 1.2 Objektif 1.3 Teras kritikal DWN 1.4 Strategi menangani cabaran DWN 2.0 Wawasan 2020 2.1 Latar belakang 2.2 Cabaran strategik Wawasan 2020 2.3 Perspektif Wawasan 2020 2.4 Strategi pelaksanaan 2.5 Dimensi wawasan 2020 3.0 Kenapa perlunya satu wawasan 4.0 Kenapa tahun 2020 5.0 Realistik 6.0 Analitikal MUKA SURAT 2 3 4 5 5-6 6-7 7-10 10-11 11-13 13-15 15-16 17-18 18 19-20 20 21

2

tunjuk ajar. Masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan ini ialah selama sebulan selepas pemberian tugas kepada kumpulan kami.PENGHARGAAN Bismillahirahmannirahim« Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kumpulan kami. Tugasan yang dipertanggungjawabkan itu ialah Dasar Wawasan Nasional dan Wawasan 2020. ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli kumpulan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En Azraei Bin Zainol selaku pensyarah dan pembimbing kepada kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan. Selain itu. rakanrakan sekuliah dan pihak-pihak yang terlibat. 3 . Segala sokongan kali dari segi pemberian maklumat. Segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan terhadap kumpulan kami amat dihargai. Kami bekerjasama antara ahli kumpulan dengan cara mengagih-agihkan tugas secara sama rata bagi menyempurnakan tugasan ini. pendapat dan sebagainya amat kami hargai.

Pada masa ini. Kemudian. British telah merangka satu lagi Rancangan Malaya Kedua pada tahun 1961 hingga 1965 bagi menyambung Rancangan Malaya Pertama. Rancangan Malaya ini memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi pada masa itu. British masih lagi menjajah Tanah Melayu. rancangan jangka pajang kedua dirangka iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah diperkenalkan bermula pada tahun 1991 hingga 2000 yang meliputi Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh. Menjelang 2011 hingga 2015 satu perancangan jangka panjang telah dirangka oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato¶ Sri Najib Bin Tun Abd Razak berasaskan DEB. 4 . Bermula tahun 2001 sehingga 2010 dasar jangka panjang telah digubal iaitu Dasar Wawasan Negara yang meliputi Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan. Dasar ini telah dirangka oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamed. Matlamat dasar ini diperkenalkan bagi meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan dan membina negara bangsa yang berdaya tahan. Objektif utama dalam DEB ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. telah dirangka satu rancangan jangka panjang yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meliputi Rancangan Malaysia Kedua hingga Kelima bermula dari tahun 1971 sehingga 1990. Dasar ini dikenali sebagai Model Baru Ekonomi (MBE) yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi serta mewujudkan perpaduan antara kaum dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah µNegara Bangsa¶. Seterusnya. Selepas kemerdekaan. British telah merangka satu rancangan jangka pendek di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1955 hingga 1960.PENGENALAN Perkembangan ekonomi di Malaysia mula berkembang sejak tahun 1955 iaitu sebelum era kemerdekaan lagi.

Ia meliputi dua rancangan jangka panjang Malaysia iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. RMK-8 menggabungkan strategi.2 OBJEKTIF Objektif utama DWN ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat serta pembangunan seimbang.1. DWN berteraskan kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju Malaysia bagi menjadi sebuah negara maju secara sepenuhnya menjelang 2020. Bagi menangani cabaran yang bakal dihadapi bagi menjadi sebuah negara maju mengikut haluan sendiri penekanan diberikan kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama bagi memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. progresif dan makmur agar dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. DWN akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang. 1. Objektif ini merupakan kesinambungan daripada objektif DEB dan 5 . Tema utama dasar ini adalah µMeningkatkan keutuhan dan daya saing negara¶. Objektif kedua-dua dasar tersebut adalah untuk mencapai perpaduan nasional.1 LATAR BELAKANG Dasar Wawasan Negara merupakan gabungan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas. Teras kritikal telah dirangka bagi merealisasikan DWN. program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN. Rancangan ini telah dirangka oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed. DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas bagi tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.0 DASAR WAWASAN NEGARA 1.

bandar dan luar bandar serta wilayah. meneruskan agenda penyusunan semula masyarakat dengan memberi peruntukan saham. 1. Aktiviti yang dapat menjana pendapatan diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah miskin dan kumpulan yang berpendapatan rendah. Kerajaan juga terus berusaha menangani isu ketidakseimbangan pendapatan antara kumpulan etnik. Selain itu. skim unit amanah dan penswastaan bagi meningkatkan dan mengekalkan pemilikan modal dan kawalan bumiputera ke atas syarikat. Program ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan mutlak kepada 0. Selain itu. Teras yang pertama ialah membina bangsa yang berdaya tahan melalui pemupukan 6 . Bagi merealisasikan objektif ini Dasar Wawasan Negara telah merangkumkan pelbagai teras kritikal. Bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri telah menekankan kepada pembinaan negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama bagi memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Setelah mengkaji semula dasar-dasar yang lepas kerajaan telah memperbaiki kelemahan perlaksanaan strategi dan program sedia ada melalui pengukuhan program pembasmian kemiskinan.DPN. Pertumbuhan ekonomi yang dijangka pesat dalam tempoh rancangan akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan miskin untuk meningkatkan pendapatan dan keluar daripada belenggu kemiskinan.3 TERAS KRITIKAL DASAR WAWASAN NEGARA Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan perkongsian yang saksama merupakan gabungan usaha pembangunan dasar-dasar yang lepas bagi menghasilkan objektif utama Dasar Wawasan Negara. objektif DWN juga adalah pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.5 % pada tahun jangkaan 2005.

menyemarakkan semangat patriotik. peningkatan kandungan pengetahuan dalam semua aktiviti ekonomi amat perlu bagi meningkatkan nilai ditambah dan guna tenaga. Selain itu. produktif dan berpengetahuan. 1. Strategi pertama ialah meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemah serta dapat meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Seterusnya teras keempat menjelaskan tentang usaha mempertingkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang dengan tersematnya nilainilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. Membangunkan nilai ekonomi berasaskan pengetahuan bagi meningkatkan nilai ditambah untuk semua sektor dan mengoptimumkan pemikiran rakyat merupakan teras yang kelima. institusi kewangan. membentuk kematangan politik. teras yang ketiga ialah mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan ekonomi. Teras yang terakhir iaitu teras yang ketujuh menjelaskan tentang penerusan pembangunan alam sekitar yang mampan bagi meneguhkan pertumbuhan dalam jangka masa yang panjang. Teras yang kedua ialah menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan etnik dan wilayah di negara ini. Ia merupakan strategi penting untuk meningkatkan produktiviti dari segi TFP dan tahap potensi keluaran 7 .perpaduan antara kaum.4 STRATEGI MENANGANI CABARAN DASAR WAWASAN NEGARA Strategi utama telah dilaksanakan melalui jentera penyelarasan pelaksanaan bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. Usaha ini adalah selaras dengan aliran global. Teras yang keenam ialah memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang cekap. korporat dan pengurusan ekonomi makro.

Seterusnya strategi yang keempat adalah meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi. pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat akan ditingkatkan sekurang-kurangnya 30% pada tahun 2010. Contohnya. Daya saing ini berlaku kesan daripada kemajuan pesat teknologi yang telah mempengaruhi pembangunan sesebuah industri. Pakatan strategik 8 . Hal ini kerana. skim unit amanah dan penswastaan. kemahiran dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan(R&D) dan sains dan teknologi(ICT). Ia berhubung dengan penyusunan semula pemilikan. kumpulan pendapatan dan wilayah.serta menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing negara di peringkat antarabangsa dalam jangka masa pendek dan sederhana. pelbagai program seperti peruntukan saham. Strategi yang kedua adalah memperkukuhkan dan menyelaras program serta strategi pengagihan bagi memastikan penyertaan yang seimbang dalam kalangan etnik. sumber dan keupayaan pengumpulan modal terhad dan persaingan sengit dalam menarik kemasukan pelabur asing. Ia perlu bagi meningkatkan persaingan sektor ekonomi yang utama di Malaysia dalam pasaran global seperti di peringkat antarabangsa. Program tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan dan mengekalkan pemilikan modal dan kawalan Bumiputera ke atas syarikat. Strategi seterusnya atau yang ketiga adalah meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan. Penekanan yang diberikan oleh TFP antaranya meningkatkan R&D dan ICT bagi mendorong produktiviti yang bergantung pada tenaga kerja yang berkualiti dan berkebolehan. peralihan strategi pembangunan ekonomi daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti melalui sumbangan TFP iaitu modal dan tenaga buruh. Ia adalah penting bagi mencapai pertumbuhan yang tinggi pada paras harga yang stabil.

Berikutnya adalah strategi yang ketujuh iaitu melaksanakan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan. Sektor ekonomi Malaysia juga perlu beralih daripada proses pengeluaran berintensif buruh kepada penggunaan proses pengeluaran yang berteknologi baru yang akan menggalakkan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi. Malaysia juga akan dibangunkan sebagai sebuah negara yang mempunyai hub ICT dan multimedia global. kos yang berkesan dan sesuai yang memberi manfaat bagi memastikan pembangunan mampan dan berdaya tahan. Langkah akan diambil bagi mengenal pasti pendekatan pengurusan yang berhemat. Contohnya. Ia meliputi proses R&D antaranya reka bentuk pembangunan produk. Ia untuk mempercepatkan pelaksanaan program dan projek berkaitan ICT seluruh negara dengan penyebaran dan penggunaan ICT secara meluas untuk semua sektor. berkemahiran tinggi dan mempunyai nilai positif. kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi. Memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan merupakan strategi yang kelima. Ia meliputi aspek 9 . Industri di Malaysia juga perlu beralih kepada aktiviti yang berasaskan rantaian nilai yang lebih tinggi dengan penumpuan kepada peningkatan inovasi dan penggunaan teknologi baru. Yang keenam ialah memperkukuhkan asa sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan. Ia dilaksanakan dengan membangunkan sistem pendidikan latihan yang cekap dan responsif bagi memenuhi permintaan tenaga buruh berpengetahuan.dengan syarikat asing dibentuk bagi meningkatkan daya saing dan menambah peluang di pasaran global. mempercepat pembangunan Koridor Raya Multimedia(MSC) dan membantu melaksanakan aplikasi perdana MSC. Bagi sektor PKS juga dibangunkan berasaskan ICT bagi menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan.

penglibatan dalam aktiviti seni dan kebudayaan seta memberi perlindungan dan pendidikan kepenggunaan. Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ³Malaysia Melangkah Ke Hadapan´ yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ia meliputi seluruh aspek kehidupan seperti politik. kerohanian. Ia menyediakan peluang yang lebih baik kepada rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.0 WAWASAN 2020 2. Wawasan ini sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus di ambil dalam memulakan langkah bagi menempuh cabaran pada masa akan datang. penyediaan perumahan. Matlamat terakhir Wawasan 2020 adalah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju menjelang 2020. 2. sosial. sumber semula jadi dan sumber-sumber asli. Peningkatan kualiti hidup yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat di Malaysia seperti penyediaan dan akses kepada perkhidmatan sosial. Strategi yang kelapan adalah meningkatkan kualiti hidup melalui pendekatan akses kepada perkhidmatan sosial serta membangunkan aspek estetik dalam kehidupan.1 LATAR BELAKANG Pada 28 Februari 1991 bekas perdana menteri Malaysia keempat Tun Dr. ekonomi. ekonomi dan sosial yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa. penyediaan dan membaiki kemudahan pendidikan status kesihatan penduduk.pengurusan alam sekitar. Strategi yang terakhir ialah mempergiatkan usaha memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni dalam kalangan rakyat menerusi sistem pendidikan pertubuhan sosial. agama dan peranan media. kebudayaan dan kejiwaan. Ia digelar ³WAWASAN 2020´ yang merupakan tindak balas kepada perkembangan politik. Menjelang tahun 10 .

2020. kerajaan telah mengumumkan objektif negara bagi menjadi negara maju atas usaha sendiri menjelang 2020. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik. mampu bersaing. Bagi merealisasikan objektif tersebut Malaysia perlu mengatasi 9 cabaran strategik. Cabaran yang pertama ialah mewujudkan negara Malaysia sebuah negara yang bersatu mempunyai matlamat yang serupa dan dapat dikongsi bersama. Cabaran kedua ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas.2 CABARAN STRATEGIK WAWASAN 2020 Pada tahun 1991. bermoral. progresif dan makmur. mampu berdikari. bekerjasama sepenuhnya secara adil dan di dokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan berdedikasi kepada negara. Malaysia haruslah menjadi sebuah negara yang aman dan berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum. bertoleransi. hidup dalam harmoni. Ia juga merupakan satu permulaan kepada perubahan kepada struktur ekonomi dan sektor pembuatan. dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. 2. Ia memberi wawasan kepada Malaysia bagi mencapai status negara perindustrian dan negara maju secara sepenuhnya dengan mengekalkan perkembangan pada kadar 7% setahun. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. adil. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. tenteram 11 . bersatu.

Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum 12 . Cabaran yang ketujuh iaitu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi antara satu sama lain. Cabaran yang keempat ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika secara sepenuhnya iaitu sebuah warganegara yang kukuh dan mantap dalam agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. Iaitu masyarakat yang dapat melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujudnya perkongsian secara sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. tidak mudah mengalah kepada sesiapa sahaja dan dihormati oleh rakyat negara lain. Pada masa yang sama ia dapat meletakkan kesetiaan mereka kepada sebuah negara. menyedari setiap kemampuan yang ada. kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur iaitu rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat. Ia merupakan satu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang. demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun yang lain. mempunyai daya perubahan yang tinggi serta memandang ke hadapan bukan sebagai penggunaan teknologi sahaja tetapi sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Cabaran yang ketiga mewujudkan dan membangunkan sebuah masyarakat demokratik yang matang. Cabaran yang kelapan ialah memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan. Cabaran keenam iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.dan maju dengan penuh keyakinan terhadap diri. bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi masalah.

3 PERSPEKTIF WAWASAN 2020 Cabaran±cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang 2020. keharmonian dab toleransi perlulah difahami dan diamalkan oleh seluruh penduduk di negara ini.berdasarkan fungsi ekonomi dan semua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. kesetiaan kepada negara. Cabaran kesembilan dan merupakan cabaran yang terakhir ialah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang berdaya saing. Isu yang kedua ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. dinamik. Wawasan 2020 bermatlamat agar rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi tersebut yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. 2. keturunan dan warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa menjadi prasyarat utama kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Hal ini kerana. Perspektif membawa kepada isu-isu utama seperti pembentukan satu negara bangsa Malaysia. sebarang kerjasama untuk maju tidak akan dapat dijalinkan. giat dan kental. Masyarakat negara maju merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi. Negara Malaysia yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian telah mempunyai negara maju. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan. ekonomi. proses tersebut melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian dan perubahan teknologi. sosial dan kebudayaan. Melalui hal ini. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang cukup mendalam kerana ia berdefinisikan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan mengikut kaum. Masyarakat tidak hanya 13 .

kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai kepatuhan moral dan etika tidak akan mewujudkan 14 . wilayah. Ia akan terlaksana dengan perwujudan sebuah masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial. Konsep ini berlainan dengan konsep negara maju yang wujud pada masa kini kerana lebih bercirikan kebendaan. Hal ini kerana. Bagi mencapai tahap keseimbangan ini ia telah di terjemah dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek RMK 6. Oleh itu. Peranan sektor swasta amat digalakkan kerana ia bertindak sebagai jentera pertumbuhan. Dalam konteks ini. Negara maju yang dicitacitakan oleh Malaysia mestilah berpegang kepada falsafah kepatuhan moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama masing-masing. daya saing. dalam negara maju tidak seharusnya wujud keadaan di mana dua golongan rakyat iaitu golongan yang mempunyai segala-galanya dan golongan yang tercicir.mencedok atau mengubah suai sesuatu teknologi tetapi mencipta. sebaliknya menganggap sebagai usaha memperbaiki ketidakadilan. menambah dan memperbaharuinya. Selain itu. Falsafah ini penting kerana. Pernyataan ini merupakan penegasan ke atas isu yang sentiasa mendapat perhatian utama dalam sesebuah penggubalan dasar negara iaitu pembasmian kemiskinan. keseimbangan ekonomi antara kaum. pelaburan. wawasan 2020 telah meminta agar semua rakyat Malaysia tidak menyalah tafsir terhadap bantuan yang diberikan terhadap sesuatu kaum sebagai tidak adil. untuk mencapai tahap negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang pesat amat penting kerana berkait rapat dengan sumbangan kepada sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal. isu yang dibangkitkan ialah mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial. negeri dan antara bandar dan luar bandar. kualiti tenaga kerja. kemampuan berdikari dan kekentalan dalam menghadapi cabaran. Seterusnya isu yang berkaitan dengan kepatuhan terhadap moral dan etika.

hasrat negara bersatu juga dapat dicapai dengan mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) bagi menanam semangat patriotik dalam kalangan golongan 15 . Hal ini amat jelas kerana keluarga dan masyarakat yang bercorakkan kualiti individu akan menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Melalui penubuhan sekolah ini adalah untuk seluruh kaum di Malaysia bagi memupuk perpaduan. Ini bererti kekuatan dan kemajuan sesebuah negara bermula dan terletak kepada keluarga dan masyarakat. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) adalah dicita-citakan dalam wawasan ini. Ia digerakkan sejak lagi awal lagi dan memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara serta mengambil langkah yang perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna. 2.kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan bahkan membawa kepada keburukan. Ia dilakukan dengan perkongsian kemudahan sama ada di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan dalam satu kawasan. Selanjutnya isu terakhir yang dibangkitkan ialah pembangunan masyarakat berasaskan sistem kekeluargaan. Selain itu. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti dalam dasar Penerapan Nilai-nilai Islam) telah menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalah gunakan kemahiran dan kekayaan yang dimiliki. Bagi mencapai hasrat cabaran yang pertama iaitu negara bersatu adalah dengan mewujudkan sekolah wawasan. Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara.4 STRATEGI PELAKSANAAN WAWASAN 2020 Strategi pelaksanaan Wawasan 2020 ini adalah berasaskan kepada 9 cabaran dalam objektif Wawasan 2020.

Masyarakat bermoral dan beretika dengan menekankan kepada subjek pengajian Islam dan moral sebagai cabaran untuk memenuhi hasrat cabaran Wawasan 2020. Ia dilaksanakan menerusi perwujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Ia dilaksanakan melalui Program Citrawarna yang menggambarkan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. menambah subjek teknologi maklumat di peringkat SPM serta menambah institut latihan yang berteraskan kemahiran. Selain itu. menubuhkan Yayasan Penyayang Malaysia(CARE) dan PERKIM untuk golongan yang memerlukan bantuan. Selanjutnya cabaran dalam melahirkan masyarakat penyayang melalui kewujudan Hotline untuk membantu mangsa penganiayaan. Cabaran yang harus dicapai juga bagi melahirkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Akhir sekali ialah melahirkan masyarakat yang makmur. Di samping itu cabaran yang perlu dicapai ialah melahirkan masyarakat liberal. Ia dapat dilaksanakan melalui penumpuan kepada Program Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. mengelilingi dunia secara solo dan berjaya merenangi Selat Inggeris. semasa kegawatan ekonomi semua lapisan masyarakat yang pelbagai kaum bersatu menanganinya secara bersama. kerajaan telah mewujudkan MAPEN iaitu suatu landasan untuk membincangkan pendapat rakyat mengenai dasar ekonomi yang diperkenalkan. dalam membentuk masyarakat berjiwa bebas kerajaan telah memperkenalkan cogan kata µMalaysia Boleh¶ dan terdapat juga rakyat negara yang telah membuktikan bahawa mereka dengan berjaya menawan gunung Everest.muda. melancarkan program sekolah bestari yang mempunyai aplikasi Rangkaian Kawasan Tempatan(LAN) dan Rangkaian Kawasan Meluas(WAN). bagi melahirkan masyarakat demokratik. Seterusnya masyarakat saintifik dan progresif. Contohnya. penggubalan Rang Undang-undang Rumah Tangga 1955. 16 . Seterusnya.

Dalam menangani isu kemelesetan ekonomi pelbagai inisiatif yang dilakukan seperti peminjaman wang yang dilakukan oleh negara Korea Selatan dengan IMF(Tabung Kewangan Antarabangsa). Salah satu ialah sistem pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Hal ini kesan daripada tindakan Al-Gore dan Jose Soros yang memperdagangkan nilai mata wang Asia dengan membeli pada harga yang murah dan melaburkan dalam dolar Amerika. Indonesia. Namun begitu. Kemelesetan ekonomi melanda kesan daripada serangan spekulatif terhadap mata wang Asia Timur termasuk ringgit. Wujud beberapa kesilapan dalam pelaburan tersebut menyebabkan keadaan ekonomi semakin tenat seterusnya membawa kepada kemelesetan ekonomi. wujud juga faktor-faktor lain yang membawa kepada terjadinya kemelesetan ekonomi. Pembangunan sumber manusia yang meliputi nilai moral dan etika adalah untuk mencapai objektif perkembangan dan pengagihan. Penekanan telah dilakukan ke atas komuniti perdagangan dan industri Bumiputera bagi meningkatkan kadar penyertaan bumiputera ke dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana. prestasi ekonomi amat menggalakkan namun wujud kemelesetan ekonomi telah melanda negara-negara Asia seperti Malaysia.2. IMF mengenakan kadar faedah yang tinggi dan akan menguasai 17 .5 DIMENSI WAWASAN 2020 Strategi dasar pembangunan yang lepas iaitu anti kemiskinan telah beralih kepada penghapusan kemiskinan tegar serta mengurangkan kadar kemiskinan relatif. Di pertengahan tahun 1990. Bagi merealisasikan penekanan tersebut harapan yang lebih besar diletakkan kepada penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan. Korea Selatan dan Thailand pada tahun 1997-1998. Namun begitu Malaysia tidak melaksanakan inisiatif yang dilakukan oleh Korea Selatan kerana peminjaman daripada IMF akan menjejaskan struktur ekonomi pada masa akan datang.

Agenda Pembangunan Sosial meliputi kepada garis panduan umum untuk membentuk pembangunan Nasional.ekonomi sesebuah negara penghutang. Mahathir Mohamed telah mengenakan kawalan pertukaran mata wang terpilih serta menambat nilai mata wang ringgit Malaysia. Polisi fiskal dan kewangan turut diperkenalkan bagi membantu merangsang penggunaan dan mengekang tekanan inflasi. Mahathir Mohamed. Penubuhan institusi kewangan seperti Danaharta dan Danamodal bagi mengemukakan isu-isu krisis kewangan yang menyebabkan ekonomi negara terpaksa diberi nafas baru setelah merekodkan pertumbuhan negatif pada kadar 7. Seterusnya Perjanjian Sosio Politik iaitu panduan utama di mana setiap rakyat bersetuju menerima secara dasar arah dan matlamat yang sama. National Focus menekankan kepada satu penumpuan yang bersepadu ke arah mencapai matlamat supaya ia dapat bergerak ke hadapan dengan tumpuan yang lebih jelas yakin dan serentak. 3.4% pada tahun 1998. 18 . Inisiatif ini telah dirangka oleh Tun Dr. Konsensus Nasional. Selain itu.0 MENGAPA PERLUNYA SATU WAWASAN Keperluan satu wawasan adalah untuk keamanan dan perpaduan dalam sesebuah negara ia meliputi National Focus. Pengenalan kepada inisiatif atau polisi tersebut membawa kepada kejayaan. Pelaksanaan bijak telah dilakukan melalui penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN) pada Januari 1998 dan diikuti dengan penubuhan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif enam bulan kemudian. Tun Dr. Perjanjian Sosio Politik dan Agenda Pembangunan Nasional. Manakala Konsensus Nasional bermaksud persetujuan penduduk yang berbilang kaum terhadap satu matlamat bagi mengelakkan perselisihan mengenai masa depan negara serta membolehkan negara bergerak dengan lebih cergas.

Tahun ini dipilih juga bagi memastikan negara tidak ketinggalan kerana masa menjadi penentu kepada kemajuan sesebuah negara. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7. dan 5. Contohnya. kadar dalam negara kasar(KDNK) pada tahun 2003 meningkat kepada 5.3 peratus setahun. dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020.7% pada tahun 2007. sosial. KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion.9 peratus setahun pada puratanya. Tahun 2020 dipilih kerana tahun tersebut merupakan suatu jangka masa yang munasabah dan praktikal untuk mencapai matlamat negara iaitu menjadi sebuah negara maju dari segi keseluruhan aspek seperti ekonomi. pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5. yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0. jangkaan terhadap ekonomi dapat diramal.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an.0 MENGAPA TAHUN 2020? Tahun 2020 dipilih kerana ia dapat memberi ruang dan masa kepada negara dalam pembentukan generasi baru dalam tempoh 30 tahun melalui rancangan dan persekitaran yang baik ke arah pembangunan negara. Selain itu. Oleh itu. kebudayaan dan sebagainya.9% setahun pada dekad 1980-an.1% setahun. politik. Di samping itu.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun 19 . tahun ini dipilih bagi menetapkan satu wawasan yang ambitious tetapi munasabah agar tidak ketinggalan dalam pembangunan arus dunia sejagat. akibat kemelesetan bertahuntahun.4. dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6. Pada dekad 1960-an. Ia juga membolehkan negara merancang pelbagai strategi untuk merealisasikan Wawasan 2020. sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin. Hal ini menunjukkan keadaan ekonomi dapat diramal akan meningkat sehingga menjelang tahun 2020.

Dengan itu. rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar). KDNK Malaysia pada tahun 1990-an adalah sebanyak $115 bilion dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai ringgit sebenar(ringgit pada 1990) menjelang 2020.9%. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.9% setahun. Peratus mula menurun pada tahun 1980-an kesan daripada kemelesetan ekonomi iaitu sebanyak 5. Malaysia perlu berusaha meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0. dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2. 5. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Jika ini dapat dicapai dan andaian kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2. Jika ini dapat dicapai.akan datang.5% menjelang 2020 rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar) berbanding dengan tahun 1990.8% semasa dekad pertama dasar ekonomi negara pada tahun 1970-an. Dengan itu. 20 .0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020.5%.1% untuk mencapai matlamat ekonomi Wawasan 2020 yang merupakan matlamat yang pasti.3% setahun dengan kadar pada 20 tahun yang lalu iaitu 6. Oleh itu. berbanding dengan tahun 1990.0 ADAKAH MATLAMAT UNTUK MENJADI NEGARA MAJU DARI SEGI EKONOMI ITU REALISTIK? Pada tahun 1960-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5. pertumbuhan purata ini meningkat menjadi 7. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6. KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. menjelang tahun 2020. KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.1% setahun. Namun begitu.

Melalui dasar ini juga hasrat untuk melahirkan rakyat berilmu pengetahuan. dasar ini merupakan salah satu penyelesaian bagi sesuatu masalah ekonomi. progresif. kebudayaan. Malaysia juga telah menerapkan nilai-nilai positif seperti etika. kemelesetan ekonomi yang berlaku pada 1997-1998 telah memantapkan lagi strategi dalam dasar tersebut. Selain itu. moral dan keagamaan serta tidak hanya menekankan kepada aspek kebendaan semata-mata seperti yang diamalkan oleh negara-negara Barat. usaha menyediakan peluang yang lebih baik kepada seluruh rakyat dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan sosial. sektor petroleum merupakan menyumbang terbesar dalam sektor perlombongan kepada KDNK dalam negara. Di samping itu. inovatif dan sebagainya akan dapat dicapai.0 ANALITIKAL Bagi pendapat kumpulan kami penggubalan Dasar Wawasan Negara dan Wawasan 2020 merupakan satu langkah yang amat bijak. tahap pengetahuan yang tinggi serta penerapan nilainilai moral yang positif. meningkatkan tahap kesihatan pendudukan serta memberi pelindungan dan pendidikan kepenggunaan dan pelbagai lagi. kreatif. sosial. Contohnya. Itulah yang dikatakan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. peningkatan kualiti hidup juga akan dapat dicapai jika usaha-usaha yang telah dirancang terlaksana dengan berkesan. 21 .6. Contohnya. Kami juga berpendapat bahawa cabaran-cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 amat jitu bagi mencapai matlamat negara maju mengikut acuan sendiri dan negara perindustrian. berkemahiran. teknologi. politik. Penggubalan dasar tersebut adalah sebagai cara untuk membangunkan sesebuah negara dan menyeimbangkan keseluruhan aspek iaitu ekonomi. daya berfikir yang tinggi. kepatuhan. Buktinya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful