KAJIAN REKABENTUK ERGONOMIK DALAM PROSES PENYELENGGARAAN KENDERAAN

ADAM HALIM BIN RAMLI

Laporan ini diserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi)

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka

April 2007

iv

ABSTRAK

Ergonomik diaplikasikan untuk memastikan produk yang dihasilkan dan persekitaran yang direkabentuk selesa, selamat dan efisien (cekap) untuk kegunaan manusia. Satu kajian ergonomik telah dilakukan di dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Proses penyelenggaraan kenderaan telah ditafsirkan sebagai satu ruang kerja. Kesukaran ketika proses penyelengggaraan kenderaan memberi kesan kepada tahap keupayaan dan keselamatan seseorang. Kajian ergonomik ini memfokuskan bagi mengenalpasti masalah ergonomik yang berlaku ketika menjangkau enam komponen yang telah dipilih pada bahagian bonet dua model kereta dan bahagian enjin Van dengan menggunakan Perisian CATIA. Penggunaan Model Manusia Digital dan kaedah analisis RULA di dalam perisian ini memudahkan kajian ergonomik dilakukan tanpa melakukan ujian terhadap manusia sebenar. Kajian ini telah berjaya mengenalpasti masalah ergonomik dan membuat perbandingan tahap ergonomik dalam proses penyelenggaraan bagi tiga kenderaan yang berbeza iaitu kereta Proton Iswara Aeroback 1.3, Perodua Kancil ED-lO dan Van Nissan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa empat daripada enam kedudukan komponen yang telah dipilih bagi Van adalah paling sukar dijangkau dan ini sekaligus memberi maksud bahawa bahagian enjin Van mempunyai kedudukan komponen dan ruang kerja yang tidak ergonomik bagi tujuan penyelenggaraan. Bagi Kereta Iswara pula kedudukan enam komponen yang telah dipilih untuk diselenggara juga sukar dijangkau sekiranya pengendali berada dalam satu kedudukan tetap iaitu di bahagian tengah bonet kereta. Keadaan ini memaksa pengendali bergerak ke sebelah kiri dan kanan bonet kereta untuk menjangkau enam komponen tersebut. Perbandingan keseluruhan bagi analisis RULA yang dilakukan mendapati bahawa Kereta Kancil mempunyai ruang kerja dan kedudukan komponen yang lebih ergonomik berbanding Kereta Iswara dan Van.

v

ABSTRACT (English version)

Ergonomic principle has been applied onto the certain product in this paper study in order to ensure that the product and the working area that had been designed is safe, comfort and efficient to be used. An ergonomic study has been done on a vehicle maintenance process and in this case, process of maintenance has been interpreted as a work space. Difficulties that faced during maintenance process will somehow effecting the ability and safety of the individual who are operating it. Therefore, in this paper ergonomic study will focus on determining the ergonomic problem that will occur when a mechanics tries to reach six components that had been selected in car bonnet and Van engine using CATIA software. In this ergonomic study, Human Digital Modeling and RULA analysis method in CATIA software is used to perform the ergonomic study without the need of using real human. This research has successfully managed to determine the ergonomic problem and compare the ergonomic level in vehicle maintenance. The type of vehicles that used in this research is Proton Iswara Aeroback 1.3, Perodua Kancil ED-IO and Nissan Van. The result from this analysis shows that four from six chosen component for Van is difficult to be reached compared to the other two vehicles. From this result we can conclude that the component position and work space in Van is not ergonomic for maintenance purposes. As for the Proton Iswara, the six selected components are also difficult to be reached if the mechanic in one standing in the middle of the car bonnet. This condition will lead the mechanics to move right and left of the car bonnet to reach for the certain components. Overall comparison from RULA analysis shows that Perodua Kancil has more ergonomic work space and components positioning to be compared with the other two Proton Iswara and Van.

BABI

PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan istilah ergonomik secara umumnya. Ianya mengandungi definisi ergonomik, kepentingan ergonomik, aplikasi atau kaedahkaedah yang digunakan dalam menganalisa ergonomik. Setiap sub-judul akan dibincangkan secara terperinci. Selain itu juga bab ini akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan data antropometrik bagi manusia yang berbeza bagi setiap benua.

Di dalam dunia globalisasi pada hari ini, perkembangan teknologi pada ketika ini begitu pesat membangun, sehingga setiap rekabentuk samaada produk mahupun sistem sudah menjadi keperluan utama dalam kehidupan manusia. Ini beerti rekabentuk produk, sistem, dan ruang kerja merupakan faktor yang penting dalam meningkatkan produktiviti untuk melahirkan pelbagai produk baru dan menambahjenis pekerjaan.

Jika dilihat dari aspek lain, dalam negara mengejar arus kemajuan teknologi sebenamya boleh membawa kepada impak yang negatif sekiranya kita kurang berhati-hati dan berwaspada dalam menghadapi potensi bahaya yang mungkin timbul bagi setiap rekabentuk baik produk mahupun sistem. Hal ini akan berlaku jika kita tidak mengambil peduli risiko yang bakal dihadapi oleh manusia yang mengendalikan teknologi mahupun dalam melakukan penyelenggaraan teknologi.

2

Pelbagai risiko tersebut akan membawa kepada kemungkinan seseorang manusia itu menghadapi penyakit disebabkan oleh akibat kerja yang dilakukan, penyakit yang berhubungan dengan pekerjaan dan kecelakaan ketika bekerja. Masalah ini harus diberi penekanan yang serius dan rapi oleh individu profesional dengan cara menyesuaikan kombinasi di antara manusia, proses kerja dan lingkungan kerja. Pendekatan inilah sebenamya yang dikenali sebagai pendekatan ergonomik.

Rajah 1.1: Hubungan Ergonomik (Joseph 1994, p.4)

1.1 Ergonomik Secara Umum

Ergonomik telah ditafsirkan oleh ramai ahli falsafah terkenal. Definisi ergonomik telah membawa kepada satu perubahan baru yang perlu diberi penekanan di dalam setiap rekabentuk yang dilakukan. Bagi memahami maksud ergonomik dengan lebih terperinci lagi segalanya telah diterangkan di dalam sub judul bagi Bab 1.

3

1.1.1 Sejarab Ergonomik

Sejarah awal ergonomik memberitahu bahawa perkataan ergonomik yang pertama telah digunakan di dalam suratkhabar Polish pada tahun 1857. Perkataan ini berasal daripada dua perkataan Greek iaitu 'ergon' yang membawa maksud kerja dan 'nomos' yang memberi maksud peraturan semulajadi. Gabungan dua perkataan ini telah melengkapkan maksud ergonomik iaitu peraturan kerja semulajadi. Perkataan ergonomik adalah cetusan daripada seorang falsafah yang bemama Wojciech Jastrzebowski (Karwowski 1991, p.169).

Pada permulaan Perang Dunia Kedua, para saintis pada ketika itu hanya menumpukan kepada pembaikan sistem sepenuhnya tanpa mengambil kira kesannya terhadap manusia yang mengendalikan sistem tersebut. Walau bagaimanapun, secara perlahan-Iahan kesedaran mengenai ergonomik telah mula menyerap masuk dalam pemikiran para saintis pada ketika itu dengan menitikberatkan sifat-sifat ergonomik di dalam rekabentuk dan sistem yang dibangunkan. Mereka juga telah mula sedar bahawa setiap rekabentuk mahupun sistem yang dibangunkan perlulah menitikberatkan soal keselamatan dan keberkesanan terhadap faktor- faktor manusia yang mengendalikan sistem itu dan faktor persekitaran di mana sistem itu dijalankan. Oleh itu keperluan di dalam menjaga keselamatan manusia dalam mengendalikan sesuatu sistem telah ditetapkan di dalam peraturan ergonomik (History of Ergonomics, 2006).

1.1.2 Definisi Ergonomik

Rekabentuk terhadap produk, mesin, ataupun ruang kerja yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri psikologi manusia dengan mengambil kira konsep ergonomik. Ergonomik ini sangat popular dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di mana banyak produk-produk dalam industri dan pentadbiran yang telah dihasilkan dan direkabentuk dengan mengambilkira konsep ergonomik. Walau bagaimanapun, konsep ergonomik juga telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti lukisan kejuruteran, pembuatan mesin, rekabentuk produk, psikologi, keselamatan, kesihatan dan sains perubatan. Konsep ergonomik bukanlah sesuatu

4

yang baru malah sejak manusia tahu menggunakan peralatan-peralatan untuk memudahkan mereka melakukan tugas seharian, konsep ini telah diaplikasikan apabila pembaikan dan pembaharuan kepada peralatan itu dilakukan bagi menyesuaikan dan memudahkan manusia. Konsep ini menjadi tumpuan pada tahun 1857 apabila Wojciech Jastrzebowski menjelaskan mengenai ergonomik buat pertama kalinya:-

'This Science of Work, understood as Work in the comprehensive and integral sense, not merely its part that is physical labour or toil, but physical, aesthetic.rational, and moral work, that is Labour, Entertainment, Reasoning, and Dedication ... "(Jastrzebowski 1857).

Dalam kenyataan beliau di atas, frasa 'The science of work' digunakan bagi menggambarkan maksud sebenar ergonomik. Ergonomik juga boleh ditafsirkan sebagai bekerja di dalam keselesaan dan kerja itu mestilah mengikut tahap kebolehan pancaindera manusia dan 'work' itu sendiri tidak sepatutnya diterjemahkan untuk bidang kesihatan pekerjaan sahaja.

Bedasarkan pengertian ergonomik yang dibuat oleh Pertubuhan Ergonomik Antarabangsa (IEA) juga memberi maksud yang hamper sarna. IEA telah merumuskan bahawa ergonomik adalah satu panduan saintifik yang memfokuskan pemahaman mengenai hubungan manusia dengan perkara yang lain dalam sesuatu sistem dengan mengaplikasikan prinsip teori, pengumpulan data dan cara-cara yang digunakan dalam memenuhi keselesaan manusia sepenuhnya. Para ergonomik bertanggungjawab merekabentuk dan menilai sesuatu tugas, kerja, produk, persekitaran dan sistem yang sesuai dengan kehendak, kemampuan, dan had tertentu seseorang manusia (Persatuan Ergonomik Antarabangsa 2000).

Selain itu, menurut (David & Joe 2002), ergonomik juga bermaksud aplikasi maklumat saintifik dengan mengambil kira faktor-faktor manusia dalam rekabentuk objek, sistem dan persekitaran untuk digunakan oleh manusia. Sistem kerja, sukan dan rekreasi, kesihatan dan keselamatan mesti mengaplikasikan prinsip ergonomik dalam rekabentuk. Ergonomik merangkumi beberapa elemen iaitu anatomi (kajian struktur tubuh manusia), fisiologi (sifat-sifat manusia) dan psikologi (pemikiran). Ergonomik diaplikasikan untuk memastikan produk yang dihasilkan dan

5

persekitaran yang direkabentuk selesa, selamat dan efisien (cekap) untuk kegunaan manusia.

Menurut (Sanders & Ernest 1993) pula, Human Factors (faktor manusia) ialah istilah yang biasa digunakan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, manakala ergonomik biasa digunakan di Eropah. Ada sesetengah pihak yang cuba membezakan makna faktor manusia dan ergonomik tetapi hakikatnya maknanya tetap sama. Istilah lain yang digunakan ialah Human Engineering (kejuruteraan manusia). Walau bagaimanapun, istilah ini kurang digemari. Akhimya, istilah psikologi kejuruteraan pula digunakan oleh beberapa orang ahli psikologi di Amerika Syarikat. Mereka cuba membezakan psikologi kejuruteraan dan menyatakan ianya sebagai kemampuan dan had manusia. Manakala, faktor manusia lebih menumpukan kepada aplikasi maklumat dalam merekabentuk sesuatu.

Faktor manusia memfokuskan kepada interaksi antara manusia dengan barang yang dihasilkan, peralatan, kemudahan, prosedur dan persekitaran seharian. Tujuan faktor manusia dititikberatkan ialah untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dan meningkatkan nilai yang diinginkan manusia seperti keselamatan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kepuasan serta memperbaiki kualiti kehidupan. Penekanan aspek faktor manusia memerlukan kepada pemerhatian dan penyiasatan untuk memperolehi maklumat yang relevan tentang manusia dan tindakbalas mereka terhadap persekitaran. Maklumat itu kemudiannya akan menjadi asas untuk penambahbaikan rekabentuk. Faktor manusia juga melibatkan penilaian terhadap sesuatu yang direkabentuk bagi memastikan ia mencapai objektif dan memuaskan hati pengguna.

Mereka telah merumuskan, ciri-ciri lain faktor manusia yang perlu dilihat ialah:

1. Rekabentuk yang dibuat mestilah berasaskan pengguna.

2. Pengiktirafan terhadap kepelbagaian kemampuan dan had manusia.

3. Yakin bahawa setiap rekabentuk, prosedur dan sebagainya yang direkabentuk memberi kesan kepada tingkah laku manusia.

4. Penekanan terhadap data empirik dan penilaian dalam proses rekabentuk.

5. Kepercayaan kepada kaedah saintifik dan objektif untuk menguji hipotesis dan menjana data asas tentang tingkah laku manusia.

6

6. Persetujuan terhadap orientasi sistem dan mengiktiraf bahawa setiap rekabentuk tidak terpencil.

Charles A. Cacha pula menyatakan bahawa ergonomik membawa makna yang pelbagai daripada makna yang sangat luas iaitu dengan mengambilkira keseluruhan ciri-ciri manusia termasuk psikologi atau tingkah laku, pandangan manusia, pemikiran dan membuat keputusan, ditambah lagi dengan perkara yang berkaitan dengan tubuh badan iaitu anatomi, fisiologi, kinesiologi dan bio-mekanik sehingga kepada yang sempit (Charles 1999).

Charles juga turut cuba membezakan antara faktor manusia dan ergonomik.

Pendapatnya, faktor manusia adalah satu konsep yang berkaitan dengan psiokologi seperti tingkah laku, pandangan, menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dan membuat keputusan. Manakala, ergonomik pula ialah anatomi dan fisiologi manusia. Rujuk Rajah 1.2 berikut jelas untuk melihat perbezaan yang dinyatakan oleh Charles A. Cacha.

Human + Machine (work and play)

\

/

Comfod, Safety& EfflCiency

Human Fact0r5 Human ~em,g ErJgineem,g PsyclDlogy

Industrial ErgoD):mics OccupatDnalE~s

Mission: EfflCiency, Safety

Mission: Cordml Musculoskeleton Disease, CaMiovasc:ular Disease

Sensations Cognition Sensory Motor

PelCeption

Anatomy Physiology

Auditory Information Controls

Visual Display and Decisions

Anthropometry M tscle

Kinesiology

Bones

Biomechanics

Circulation

Rajah 1.2: Hubungkait antara kepelbagaian subdisiplin bagi "human factor " dan ergonomik (Charles 1999)

Hasil daripada lima sumber dalam mentakrifkan definisi sebenar ergonomik kita dapat mengetahui bahawa ergonomik adalah satu aspek penting yang perlu di beri penumpuan secara serius baik dalam merekabentuk produk, mahupun merekabentuk sistem. Secara keseluruhannya definisi ergonomik adalah

7

8

memfokuskan kepada sesuatu rekabentuk itu mestilah berdasarkan kepada kcselesaan manusia baik dari segi fizikal dan sikologi manusia. Ergonomik juga dikenali sebagai faktor manusia bagi sesetengah negara. Walau bagaimanapun scbenamya ergonomik dan faktor manusia membawa maksud yang hampir sarna. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa ergonomik meliputi dua aspek berikut:-

I. Kajian dan eksperimen untuk menentukan nilai-nilai dan sifat-sifat manusia yang perlu diketahui.

2. Aplikasi kejuruteraan untuk mencipta peralatan, me sin, sistem perlindungan, persekitaran, bidang tugas dan prosedur kerja untuk disesuaikan dengan sifat manusia.

Proses ini termasuk juga dengan pemerhatian yang akan dilakukan untuk mengenalpasti kesesuaian peralatan yang telah dicipta dan bagaimana manusia menyesuaikan diri dengannya.

1.1.3 Kepentingan Ergonomik

Ergonomik adalah satu faktor penting yang perlu diberi perhatian dalam merekabentuk produk, merekabentuk sistem, dan merekabentuk ruang kerja. Ergonomik sangat penting kepada manusia dalam memberi keselesaan yang sepenuhnya kepada manusia ketika mengguna, mengendalikan, menyelenggara dan merekabentuk sesuatu produk ataupun sistem. Dalam rekabentuk produk yang dilakukan ergonomik bukan hanya ditumpukan kepada penggunaan produk sepenuhnya tetapi juga mesti melibatkan ketika penyelenggaraan produk dilakukan. Dengan adanya ciri-ciri ergonomik dalam sesuatu rekabentuk juga dapat membantu sesebuah syarikat yang menghasilkan sesuatu produk meningkatkan ekonomi syarikat dan mengurangkan pembaziran bahan atau material. Faktor ergonomik memberi faedah bukan hanya kepada individu malahan juga telah diaplikasikan di dalam ruang kerja di setiap industri-industri. Secara keseluruhannya kepentingan ergonomik adalah untuk seperti berikut.-

9

1. Memastikan produk atau sistem yang direka memenuhi keselesaan manusia.

2. Mengurangkan kesakitan dan tekanan yang di hadapi ketika mengendalikan sesuatu produk ataupun sistem.

3. Memastikan ruang kerja atau stesen kerja memberi keselesaan kepada

manusia,

4. Meningkatkan daya produktiviti bagi sesebuah syarikat dalam menghasilkan produk.

5. Meningkatkan hubungan sesama manusia ketika di ruang kerja.

6. Mengurangkan kerja-kerja pembaikan semula produk di dalam

industri.

7. Mengurangkan kerosakan pada peralatan yang digunakan.

8. Meningkatkan kualiti kerja terutamanya di dalam industri.

9. Meningkatkan hasil penjualan produk ataupun sistem.

1.2 Kaedah-Kaedah Ergonomik

Kajian yang telah dilakukan oleh pakar ergonomik, telah menemui beberapa kaedah yang relevan dalam menganalisa ergonomik. Kaedah-kaedah ini membantu pakar ergonomik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam mengoptimasikan rekabentuk tempat kerja atau produk.

1.2.1 Kaedah OWAS

Kaedah OWAS telah dibangunkan di Finland (Martin 2006, p.182). Pada masa ini kaedah ini telah diterjemahkan ke dalam perisian komputer. Penggunaan kaedah OW AS ialah memberi kod kepada posisi tubuh ketika kerja dilakukan dengan menggunakan kod tiga digit, di mana tiga atau lebih nombor ditambah untuk menggambarkan jumlah bagi fasa daya dan kerja, Penganalisa melihat pekerja dan seterusnya membuat penilaian terhadap posisi tubuh pekerja dan keputusan di rekodkan di dalam kertas data yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Keputusan

10

daripada keseluruhan fasa kerja digabungkan, dan penilaian dibuat berdasarkan sarna ada ianya perlu diambil tindakan segera untuk dilakukan pengubahsuaian tcrhadap rekabentuk stesen kerja ataupun kerja. Sebagai contoh, orang yang bekerja dalam keadaan membengkok dan memusingkan badannya atau membengkokkan lututnya melebihi 70% pada sesuatu masa.

------- --/1

00 01 02

1 ..;.:. ' .... cighl 01- lurcc 03

needed is 1 n kg O-I.

Clr Ices I U~

:"! , v ~""ight or fnrce II ~~ ,\Vil)iT;-''''

nee' oed exceed!" .-

10kgGulis I

less lh-.ln :2.0 kg

--1 = ' v eigln or Icrrce , •. :. I 9~)

r.eeded exceeds ~

20 kg I ,--

.~ .... J

l.EGS

L(_")An;USF OF f-:ORCr:

1 '-'- sitting

'2 = standing 1.'I,-ith bt_Hh h:g:-; ::-l..n~ighl S = standing ,,-ith t b c ",'eight on nne

5t:-~ight leg

4 ;;:tanding or squatting , v ·ith both kn. ..... -cs b~nl

5 ~ .... landillg 01: sqL.altUl.g \yilh unc kn ..... -c bent.

6 '" kne(.~ling on one 0[- both k rre e s 7 ~ w e+ktrrg 01- rTl0vin~

..

Rajah 1.3: Bagi tiga digit pertama menentukan posisi dan digit berikutnya adalah bagi fasa daya dan kerja (Martin 2006, p.182)

1.2.2 REBA (Rapid Entire Body Assessment)

Kaedah ini menggunakan kaedah matrix bagi mengenalpasti masalah ergonomik yang berlaku. Kaedah ini telah menetapkan tahap pergerakan seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Posisi tubuh yang terlibat adalah bahagian tengkuk, bahagian kaki, bahagian tangan dan pergelangan tangan (Kroemer et al. 2001).

Action level REBA score Risk level Action
(Including further assessment)
0 1 Negligible Nona necessary
1 2-3 Low May be necessary
-
2 4-7 Medjum NQcessary
3 8-10 High Necessary soon
-~
4 11-15 Very high Necessary NOW
-- Jaduall.l: Tahap Pergerakan (Kroemer et al. 2001)

11

1.2.3 RULA (Rapid Upper Limb Assessment)

RULA adalah kaedah yang hampir sarna dengan kaedah OW AS (Martin 2006, p.183). Posisi dinilai dengan menggunakan nombor; lagi besar sesuatu nombor menandakan posisi tubuh berada dalam keadaan yang tidak baik. Kemudian nilai daya dianggarkan. Rajah 1.4 menunjukkan perkara-perkara yang dinilai dalam kaedah RULA. Kumpulan A mengukur kesan ke atas lengan dan tangan, manakala kumpulan B mengukur kesan ke atas tengkuk dan bahagian atas tubuh. Purata nilai bagi posisi kumpulan A dan kumpulan B dikira dan daya yang digunakan ditambah bagi menentukan skor keseluruhan.

I WR"I II II 1'1

Rajah 1.4: Perkara yang dinilai dalam kaedah RULA (Martin 2006, p.184)

1.2.4 Analisis RULA Dalam Perisian CATIA

RULA atau Rapid Upper Limb Assesment Analysis telah dibangunkan oleh Drs. Lynn McAtamney and E Nigel Corlett di Universiti Nottingham untuk pekerjaan yang berkaitan ergonomik (McAtamney & Corlet 1993, p.91). Teknik RULA digunakan untuk mengenalpasti masalah yang berhubung diantara kerja dengan bahagian atas tubuh badan. Analisis RULA adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang disebabkan: bilangan pergerakan, pekerjaan otot yang statik, daya, posisi tubuh ketika bekerja, dan had masa yang yang mampu dilakukan tanpa

12

hcrhenti. Segala faktor-faktor ini digabungkan untuk mendapatkan keputusan akhir dari julat 1 hingga 7. Kaedah RULA mempunyai tiga langkah yang perlu diikuti:-

I .angkah pertama I .angkah kedua l.angkah ketiga

: Memerhati dan memilih posisi untuk dinilai : Merekod dan menetap skor bagi posisi

: Tahap Tindakan

N OlnlJol· .Jldaf

Skol" 'Vanta

POSlSl beleh dltE-lllna Jlka lallya ndak terns atau mE-llgulallgt dalam jangk a masa yallg lama

(Knmng]

:r.rE-llUllJ.Jkkall penvrasaran (Jail perubahan mpE-lhlkall kemudiau

Mennnjnkkau penvrasatan dan perubahan diperlukan SE-gE-la

Jadual1.2: Skor RULA (CATIA V5RIO Manual)

-

.~. ("7-

. ,.

,1 ...__.-_-

.,\

' ""

+

I

"" +

.., +

-

+

-

+

14

Analisis RULA juga boleh dilakukan secara manual. Tetapi proses ini mengambil masa yang lama dan lebih banyak responden diperlukan. Analisis RULA yang ada di dalam perisian CATIA dicipta berdasarkan penilaian posisi tubuh secara manual. Borang penilaian RULA pekerja dalam Rajah 1.5 menunjukkan pembahagian segmen badan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Kumpulan A adalah analisis bagi lengan (arm) dan pergelangan tangan (wrist). Manakala Kumpulan B adalah analisis bagi leher (neck), bahagian atas badan (trunk) dan kaki (leg). Bagi memudahkan penerangan terhadap borang analisis RULA ini istilah asal di dalam borang dikekalkan. Analisis RULA ini telah menggariskan 15 langkah dalam membuat analisa RULA. Satu contoh posisi tubuh seorang pekerja ketika sedang melakukan pengimpalan di tempat yang tinggi digunakan untuk menjelaskan 15 langkah ini dalam membuat analisis RULA.

(a) Keadaan segmen tubuh

Rajah 1.6: Pekerja sedang melakukan pengimpalan di tempat yang tinggi

(b) Analisis segmen tubuh

Rajah 1.6 di atas menunjukkan bagaimana keadaan tubuh pekerja ketika sedang mengimpal. Garisan merah dalam Rajah 1.6 (b) menunjukkan paksi neutral bahagian tubuh. Bagi langkah pertama ialah dengan menentukan posisi upper arm. Berdasarkan Rajah 1.6 lengan atas diangkat lebih dari 90° dan ini dibandingkan dengan empat kategori yang telah ditetapkan iaitu +1, +2, +3, dan +4 sepertimana yang digambarkan pada Step 1 di dalam borang. Oleh itu bagi contoh kerja yang dilakukan ini berada pada kategori +4. Kemudiannya ia dinilai dengan tiga syarat tambahan iaitu nilai awal perlulah ditambah +1 sekiranya bahu diangkat atau lengan atas digerakkan. Nilai awal perlulah ditolak dengan 1 sekiranya lengan disokong oleh objek luar. Secara keseluruhannya bagi skor upper arm yang maksimum adalah 6. Ini adalah hasil tambah bagi [+4 (+1) + (+1)]. Makanya jika dilihat di dalam

15

Table A upper arm (kolum biru) dinilaikan sehingga angka 6. Bagi contoh Rajah 1.6 ini skor akhir upper arm ialah 6.

Langkah yang ke-2 ialah menentukan posisi lower arm. Caranya juga sarna seperti Iangkah yang pertarna. Bagi Iangkah kedua lower arm dikelaskan kepada dua nilai iaitu + 1 dan +2 dan satu syarat tarnbahan dimana periu ditambah + I sekiranya lower arm rnelintasi garisan tengah tubuh. Skor maksirnum bagi lower arm ialah [+2 + (+ 1)] bersarnaan dengan 3. Jika dilihat dalam kolum berwama merahjambu hanya dinilaikan sehingga angka 3. Bagi contoh Rajah 1.6 skor akhir lower arm ialah 2.

Langkah yang ke-3 ialah dengan menentukan posisi wrist. Posisi wrist dikelaskan kepada tiga nilai iaitu +1, +2 dan +3. Syarat tambahannya ialah ianya perlulah ditarnbah + 1 sekiranya wrist dibengkokkan melintasi garisan tengah. Skor rnaksimum bagi wrist ialah [+3 + (+1)] bersamaan dengan 4. Oleh itu kolum kuning hanya dibahagikan kepada empat kolum. Bagi contoh Rajah 1.6 skor akhir wrist ialah 2.

Langkah yang ke-4 ialah rnenentukan putaran wrist. Ianya hanya dikelaskan kepada dua nilai iaitu +1 dan +2. Skor rnaksirnum bagi putaran wrist ialah 2. Kolum berwama hijau hanya dinilai sehingga angka 2 sahaja. Bagi contoh Rajah 1.6 skor akhir putaran wrist ialah 1.

Langkah ke-5 ialah dengan menyepadankan skor akhir bagi langkah 1-4 di dalam Table A. Table A akan memberikan skor akhir bagi analisis RULA yang dilakukan bagi Kumpulan A. Bagi contoh Rajah 1.6 ini skor akhir bagi posisi tubuh Kumpulan A ialah 8.

Langkah ke-6 ialah menentukan penggunaan otot badan samaada dalarn keadaan statik atau berulang-ulang. Kedua-dua syarat ini masing-masing membawa nilai + 1. Bagi contoh Rajah 1.6 ini skor akhir ialah 1.

Langkah ke-7 pula menentukan samaada terdapat daya yang dikenakan ke atas pekerja ataupun tidak. Ianya telah dibahagi kepada empat keadaan sepertirnana

16

yang ditunjukkan di dalarn Step 7 Rajah 1.5. Bagi contoh Rajah 1.6 keadaan yang pertarna dipilih dengan rnenarnbahkan +0.

Langkah ke-S ialah dengan rnenarnbahkan keseluruhan skor akhir dari langkah 5 hingga ke langkah 7. Jurnlah akhir ini disepadankan dengan Table C bagi kolurn berwama ungu. Bagi contoh Rajah 1.6 skor akhir bagi keseluruhan kumpulan A ialah 9. lni bermakna bacaan yang akan diarnbil dalarn Table C adalah pada baris yang berangka S+.

Langkah 9-15 adalah langkah bagi rnenentukan skor akhir keseluruhan bagi kurnpulan B. lanya juga ditentukan sarna seperti langkah I-S. Setiap pengkelasannyan boleh dirujuk dalarn Rajah 1.5. Skor akhir bagi contoh Rajah 1.6 bagi kurnpulan B ialah 7. Ini bermakna bacaan akan diarnbil dalarn Table C adalah pada kolurn berwama rnerahjarnbu dengan angka 7+.

Langkah yang terakhir ialah dengan rnenyepadankan skor akhir bagi kurnpulan A dan kurnpulan B dengan rnerujuk Table C. Oleh itu analsis RULA rnendapati bagi posisi kerja seperti Rajah 1.6 rnernberi skor akhir keseluruhan bemilai 7. Skor analisis RULA ini di kategori kepada ernpat sepertimana yang dinyatakan dalarn Rajah 1.5. Skor akhir bagi contoh Rajah 1.6 ini perlu diubah dengan segera dan tidak boleh diterirna.

17

1.3 Antropometrik

Antropometrik adalah kajian dan pengukuran di dalam dimensi fizikal manusia (Joseph 1994, 3, p.7). Definisi yang lebih tepat lagi bagi antropometrik ialah satu lapangan faktor manusia yang berkaitan dengan pengukuran terhadap rupa bentuk manusia seperti ketinggian atau jangkauan (Kroemer et al. 200 I). Berdasarkan dua maksud ini definisi antropometrik adalah pengukuran terhadap saiz rupa bentuk manusia dengan dimensi yang sesuai. Kajian yang dilakukan di seluruh dunia telah disusun dan dikategorikan mengikut maklumat seperti umur, jantina, dan negara.

LEFT

R.-\CK VIFW

Rajah 1.7: Bahagian tubuh manusia (Kuorinka et al. 1987, 18, p.233)

Rajah 1.7 menunjukkan nama bahagian-bahagian tubuh manusia di dalam antropometrik. Rajah 1.7 di atas menunjukkan setiap bahagian tubuh perlu di ambil dimensi dan daripada dimensi tubuh ini kita boleh mengumpulkan data-data menganalisis ergonomik secara terperinci. Oleh itu antropometrik digunakan bagi menganalisa ergonomik dengan lebih terpeinci dan sistematik. Antropometrik diaplikasi di dalam perisian lukisan berbantu komputer (CAD) bagi memudahkan kaj ian ergonomik dilakukan.

1.4 Posisi Tubuh

18

Posisi tubuh boleh ditakfrifkan sebagai kedudukan bahagian tubuh yang berhubung dengan bahagian bersebelahannya. Pengukuran diambil berdasarkan sudut sambungan yang menyambungkan di antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Setiap sambungan pada tubuh manusia mempunyai julat pergerakan yang tertentu. Apabila sambungan itu berada pada atau berdekatan di tengah-tengah julat, kita boleh menganggap pada bahagian sambungan itu berada dalam keadaan rehat dan pada posisi yang neutral. Apabila bahagian tubuh digerakkan menjauhi posisi neutral ini akan meningkatkan ketegangan pada tendon, otot-otot dan juga kepada tisu penyambung pada sambungan (Joseph 1994,2, p.18).

Rajah 1.8 di bawah menunjukkan piawaian posisi tubuh yang digunakan untuk mengklasifikasikan posisi bahagian atas badan, bahu dan leher.

Trunk Posture

Flexion/Extension Bending

lI.lild I!" 2(r to' 45': Ber ... t i~ -::- 21P

Sc-VC'l't:" is, :> 45 c-

Tvvisting T"vis.t ISo > 2lr

Shoulder Posture

Neck Posture

Flexion/Extension Bending

l\.·fJld IS 31_Y' to 45'~ Bent l~ ::> 2(1":<

Flexion/Abduction "'-·LId is- 45':' tt.~ CJU-' Se-c-e-re- ~ .> o.:xY·

c:::JS

I 1Wlstlng_

~.'''t IS> 2')'

Rajah 1.8: Piawaian posisi tubuh (Keyserling & Chaffin 1986, 7, p.77)

19

Rajab 1.9: Contob bagi keadaan posisi tubub yang bermasalab ketika kerja (Webb 1982)

Rajah 1.9 memaparkan kepada kita terdapat posisi-posisi yang merbahaya ketika seseorang melakukan kerja. Ini disebabkan oleh kedudukan yang sukar dicapai tempat kerja yang tidak sesuai dan keadaan yang memaksa seseorang itu menggerakkan tubuh mereka melampaui had keupayaan pergerakan tubuh.

1.5 Perisian Lukisan Berbantu Komputer (CATIA)

Analisis ergonomik boleh dijalankan dengan pelbagai jenis perisian ergonomik di antaranya ialah ErgoMOST untuk menganalisa risiko fizikal disebabkan oleh pergerakan yang berulang, ErgoEASER digunakan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah ergonomik, JET (Job Evaluater ToolBox) mempunyai kelebihan di dalam mengenalpasti dan mengawal masalah ergonomik yang selalu diguna disektor industri. Selain itu juga perisian lain yang biasa digunakan oleh pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka ialah peri sian CA TIA. Perisian CA TIA adalah satu produk pengurusan jangka hayat ataupun lebih dikenali sebagai"Product Lifecycle Management". Dengan menggunakan perisian ini kita dapat melukis sesuatu rekabentuk di dalam lukisan 3 dimensi (3D). Penggunaan perisian ini adalah lebih mudah daripada perisian lukisan berbantu komputer yang lain. Pereka tidak perlu mengambil masa terlalu lama bagi menghasilkan sesuatu rekabentuk yang diinginkan dengan adanya perisian CA TIA. Perisian ini juga boleh melakukan simulasi terhadap lukisan rekabentuk yang dibuat. Perisian CA TIA adalah satu cara bagi membuat rekabentuk dan menganalisa ergonomik. Analisa dan simulasi ergonomik dapat dilakukan dengan mudah kerana terdapat fungsi-fungsi

20

tertentu bagi menentukan sesuatu rekabentuk mencapai tahap ergonomik mengikut piawaian yang ditetapkan.

Rajah 1.10: Perisian CATIA (CATIA V5RI0 Manual)

1.6 Kajian Ergonomik

Setelah kajian rujukan awal dilakukan didapati bahawa masalah ergonomik bukan hanya tertumpu pada rekabentuk produk sahaja malahan ergonomik juga dinilai dari segi keselesaan tempat kerja, ruang kerja ataupun stesen ketja. Berdasarkan segala kajian awal yang dilakukan terdapat pelbagai kaedah dan teknikteknik bagi mengenalpasti masalah ergonomik yang berlaku. Segala masalah ergonomik boleh dilakukan sama ada dengan cara analsis empirikal mahupun analisis menggunakan perisian-perisian lukisan berbantu komputer.

Oleh sebab itu, satu kajian ergonomik dalam proses penyelenggaraan kenderaan dijalankan. Kajian ini memfokuskan kepada masalah ergonomik yang berlaku ketika penyelenggaraan kenderaan dilakukan. Kesukaran untuk mencapai komponen-komponen yang ingin diselenggara memerlukan seseorang membongkok, memusingkan dan menggerakkan posisi tubuh melebihi had kemapuan pergerakan posisi tubuh. Ini bermakna kedudukan komponen-komponen kerap diselenggara terletakjauh darijangkauan seseorang.

Kajian yang dilakukan ini bukanlah bertujuan untuk membuat membuat pengubahsuaian terhadap kedudukan komponen-komponen yang ingin diselenggara

21

tctapi kajian ini ingin membandingkan masalah ergonomik yang berlaku dalam proses penyelenggaraan kenderaan bagi kenderaan yang berbeza-berbeza.

1.6.1 Penyataan Masalah

Setelah pemerhatian yang menyeluruh dibuat ke atas kenderaan pemilihan tiga jenis kenderaan untuk dibuat perbandingan ialah kereta Proton Iswara, kereta Perodua Kancil dan Van. Kenderaan ini dipilih berdasarkan perbezaan saiz kenderaan dan kedudukan komponen-komponen yang ingin diselenggara. Kereta Perodua Kancil dipilih berdasarkan saiz bahagian bonet yang agak kecil dan terhad. Manakala Van dipilih kerana kedudukan bonetnya berbeza dari kenderaan lain. Kedudukan bonet Van berada dibahagian bawah tempat duduk penumpang. Kereta Iswara dipilih disebabkan saiz keretanya yang agak sederhana. Bagi kesemua kenderaan ini mempunyai masalah ergonomik disebabkan kedudukan komponenkomponen yang ingin diselenggara sukar dijangkau dan mempunyai ruang kerja yang terhad.

Dalam membuat penyelengaraan bonet kereta terdapat beberapa masalah ergonomik yang telah dikenalpasti ialah:-

1. Kedudukan komponen-komponen dalam melakukan penyelenggaraan dalam bonet kereta sukar dijangkau.

11. Memerlukan seseorang itu membongkokkan badan semasa menyelenggara komponen-komponen di dalam bonet kereta.

111. Kedudukan penutup bonet kereta yang agak rendah membahayakan kepala seseorang ketika melakukan penyelenggaraan.

22

1.6.2 Objektif Kajian

Oleh yang demikian, objektifkajian ini ialah untuk:-

1. Membuat analisa kedudukan komponen-komponen di dalam bonet kereta yang perlu dise1enggara samaada mudah atau sukar dicapai dengan menggunakan teknik simulasi ergonomik (Peri sian CA TIA).

2. Membuat perbandingan masalah ergonomik yang berlaku ketika menyelenggara bahagian enjin kenderaan yang berbeza.

3. Mencadangkan pengubahsuaian luaran terhadap kedudukan komponenkomponen di dalam bonet Kereta Iswara dan Kereta Kancil serta bahagian enjin Van supaya lebih mudah dijangkau, sekaligus lebih mudah dise1enggara.

1.6.3 Skop Kajian

Kajian yang dilakukan hanya meliputi kepada masalah rekabentuk ergonomik pada bahagian bonet kereta dan bahagian enjin Van. Kajian ini meliputi analisis ergonomik yang dilakukan ke atas tiga jenis kenderaan yang berbeza iaitu kereta Proton Iswara Aeroback 1.3S, kereta Perodua Kancil ED-10 dan Van Nissan. Oleh itu, kajian rekabentuk ergonomik ini lebih memfokuskan kepada masalah ergonomik yang dihadapi ketika kerja-kerja penyelenggaraan kereta dilakukan.Di antaranya ialah:-

1) Kedudukan komponen-komponen yang ingin dise1enggara berada pada kedudukan yang sukar dicapai atau dijangkau sahaja.

2) Menganalisis ergonomik secara terperinci terhadap bonet kereta dan bahagian enjin Van dengan menggunakan Perisian Lukisan Terbantu Komputer (CA TIA).

23

BAB2

KAJIAN ILMIAH

Bab 2 akan membincangkan mengenai kajian ergonomik yang telah dilakukan terhadap ruang kerja atau stesen kerja. Pada pertengahan bab ini akan menumpukan masalah ergonomik yang berlaku khususnya di dalam kenderaan. Ianya juga mengandungi kaedah-kaedah yang telah digunakan dalam menilai ergonomik dan perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Penerangan terhadap peri sian lain yang boleh digunakan dalam menganalisa ergonomik turut diberi perhatian.

2.1 Aplikasi Ergonomik

Kajian mengenai ergonomik telah mula diketengahkan sejak dulu lagi, cuma istilah yang digunakan mungkin berbeza sehinggalah istilah ergonomik mula diperkenalkan. Sejak perang dunia ke-2 para saintis pada ketika itu telah sedar akan kepentingan ergonomik. Ciri-ciri ergonomik telah diserap masuk ke dalam setiap peralatan yang dicipta. Mereka sedar bahawa tanpa ciri -ciri ergonomik, peralatan yang dicipta boleh meninggalkan kesan bahaya kepada setiap manusia yang menggunakan peralatan mereka. Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan, sehingga ke hari ini, jurutera, pereka, dan para saintis masih menjalankan kajian ergonomik dari masa ke semasa terhadap produk, ruang kerja, dan ruang penyelenggaraan. Jika dilihat pada masa sekarang setiap pengeluar yang menghasilkan produk untuk kemudahan manusia seperti kereta, perabot, dan mesin

24

telah diserapkan ciri-ciri ergonomik ke dalam setiap produk mereka. Sebagai contoh, syarikat perabot yang terkemuka Jerman iaitu syarikat lKEA telah menghasilkan perabot dan peralatan rumah, bukan sahaja dipenuhi unsur-unsur astetik malah juga memberi keselesaan kepada pengguna ketika menggunakan produk tersebut. Dengan kata lain perabot yang dihasilkan penuh dengan ciri-ciri ergonomik.

Kesedaran para profesional tentang kepentingan ergonomik yang terlibat dalam pembangunan manusia juga telah membawa kepada perubahan dan pembaharuan terhadap suasana kerja, ruang kerja dan mesin yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu produk. Ini bermakna ergonomik bukan sahaja difokuskan kepada produk yang dihasilkan malah ruang kerja atau dikenali work space untuk menghasilkan produk itu sendiri juga diberi perhatian yang serius. Keselamatan dan keselesaan manusia ketika berada di ruang kerja perlu diutamakan.

Ergonomik telah banyak diaplikasikan di dalam sektor perindustrian, sektor pertanian, sektor perhutanan dan lain-lain lagi. Setiap sektor ini akan mengguna tenaga manusia dan mesin dalam menjalankan aktiviti mereka. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah bertanggungjawab dalam memastikan keselesaan dan keselamatan manusia ketika bekerja dalam keadaan yang maksima. Bukan itu sahaja NIOSH (National Institute of Occupational of Safety and Health) juga memainkan peranan dalam memastikan ciri-ciri ergonomik diaplikasikan di dalam setiap sektor.

Keperihatinan dan kesedaran manusia terhadap ergonomik telah membuka mata para saintis, jurutera, pereka dan profesional yang lain dalam membangunkan program-program bagi mengenalpasti masalah ergonomik secara saintifik dan terperinci. Pelbagai kaedah telah digunakan dalam mencari dan menyelesaikan masalah ergonomik dengan lebih jelas lagi. Selain itu juga perisian-perisian dalam menganalisa ergonomik telah banyak dibangunkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful