PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengurus sumber manusia didalam perkhidmatan awam menyumbang idea-idea dan

strategi-strategi baru dengan matlamat bersama untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam kepada suatu tahap yang lebih tinggi dalam memenuhi cabaran bersaing menerusi amalan pengurus sumber manusia yang berkesan. Negara kita memerlukan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta menyediakan persekitaran yang kondusif bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara. ke arah mencapai wawasan negara. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kepada pengurusan sumber manusia di setiap agensi perkhidmatan yang ditubuhkan untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam menyelaras, melaksana, memantapkan dan memantau semua aspek pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia di peringkat jabatan khususnya dan perkhidmatan awam amnya.

salah satu faktor pengurusan sumber manusia yang strategik ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam ialah keupayaan sumber tenaga manusia yang berdaya saing dan menjadi pengerak utama menyokong dan melaksanakan pembaharuan, pengubahsuaian, penciptaan semula, dan perekayasaan semula kepada sistem dan proses pengurusan. Dalam hal ini, pembudayaan nilai-nilai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam amat diperlukan dan berada pada tahap amalan yang tinggi seperti penghayatan nilai-nilai kualiti, produktiviti, inovatif, integriti, akauntabiliti, disiplin, profesionalisme, tadbir urus yang baik, dan berfokuskan kepada komuniti. Atas pertimbangan sedemikian, menjadi

1

tanggungjawab setiap peringkat organisasi perkhidmatan awam untuk terus responsif kepada persekitaran dan mengambil tindakan yang proaktif melalui pelaburan modal insan dalam aspek pemeliharaan kebajikan, pembangunan kerjaya, penguasaan pengetahuan dan kemahiran, dan amalan nilai-nilai peribadi mulia dalam memastikan anggota perkhidmatan awam dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Ini bermakna walaupun dipisahkan daripada kepimpinan organisasi yang berbagai-bagai, setiap pegawai awam dan organisasi perkhidmatan awam perlu berpegang kepada prinsip dan matlamat yang sama dengan wawasan semasa negara menerusi sumbangan pada tahap prestasi yang tinggi daripada perkhidmatan awam. Cabaran utama yang dihadapi oleh pengurus-pengurus sumber manusia dalam perkhidmatan awam ialah bagaimana pengurusan perubahan terhadap pengurusan sumber manuia itu bermakna dan berkesan serta menjamin pencapaian prestasi yang tinggi kepada organisasi masing-masing. Antara ciri sesebuah organisasi yang mencapai tahap prestasi tinggi ialah keupayaan pengurus sumber manusia membuat penyesuaian terhadap amalan pengurusan sumber manusia dengan keperluan perubahan semasa. Oleh yang demikian, perubahan-perubahan dari pelaksanaan pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam memerlukan pengurus-pengurus sumber manusia yang berkeupayaan membentuk satu sistem pengurusan perubahan yang komprehensif dan berkesan dalam organisasi masingmasing. Bagi menjadikan perkhidmatan awam yang baik dan berdaya saing, amalan pengurus sumber manusia yang meliputi aspek-aspek struktur, sistem dan keanggotaan perlu terus ditingkatkan secara strategik. Ini memerlukan pendekatan dan strategi yang berteraskan nilai-nilai keadilan, keharmonian dan kesempurnaan yang mencerminkan amalan budaya berprestasi tinggi. Antara aspek yang perlu dipertimbangkan ialah sistem

2

Keupayaan seperti ini akan membawa hasil dan mewujudkan kemakmuran kepada negara sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan. maka segala perkhidmatan dapat disampaikan dengan sempurna kepada masyarakat. dan responsif kepada pelanggan. peringkat keanggotaan dan kemahiran yang perlu diadakan serta nilainilai dan budaya kerja yang harus diwujudkan. strategi dan gaya kepimpinan yang hendak digunakan. Dengan adanya pengurusan yang cekap dan keupayaan pengurusan organisasi yang berkesan. Sehubungan itu. 3 .dan struktur pentadbiran organisasi yang diperlukan. semua peringkat organisasi perkhidmatan awam bertanggungjawab memastikan segala dasar. bertanggungjawab. program dan perkhidmatan yang dibentuk perlu berkonsepkan budaya berprestasi tinggi yang dapat menunjukkan tahap kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan dari segi keberkesanan. kecekapan.

peranan pengurus sumber manusia dari konteks Bahagian Sumber Manusia. Dalam penyediaan kertas ini. Dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia ini. modal insan dapat dirancang secara strategik dan teratur . Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai contoh bagi menerangkan dengan lebih jelas akan peranan penguru sumber manusia. Ini kerana Bahagian Sumber Manusia. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah seperti berikut 4 .PERANAN PENGURUS SUMBER MANUSIA Peranan pengurus sumber manusia didalam sesebuah organisasi itu amat penting untuk memastikan pengurusan dari segi pembangunan diri dan kerjaya. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan jabatan atau bahagian yang mengendalikan urusan pengurusan sumber manusia untuk penjawat awam Negeri Kedah yang berjumlah 6. penguru sumber manusia perllah lebih kreatif dan sentiasa mengmbil inisiatif untuk memikirkan dan merancang kaedah dan prosedur terbaik dengan mengambil kira scenario. keperlun dan objektif agensi masing-masing berdasarkan dasar dan peraturan pengurusan sumber manusia yang telah ditetapkan. dari kontek pengurus sumber manusia. setiappengurus sumber manusia didalam sector awam hendaklah memahami dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia di jabatan dan agensi negeri dilaksanakan sepenuhnya berdasarkan kepada dasar dan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Untuk itu.000 orang. Dalam hal ini. saya telah menggunakan Bahagian Sumber Manusia.

Dari aspek latihan. struktur pentadbiran kerajaan serta bahagian-bhgian dan jabatan-jabatan dibawah pentadbiran kerajaan negeri. banyak aspek yang diberi penekanan seperti berikut: Program orientasi dan pembangunan diri dan kerjaya yang berterusan Program orientasi ini dirangka dan dilaksanakan oleh pengurus sumber manusia yang dofokuskan kepada penjawat awam yang baru dilantik kedalam perkhidmatan awam Negeri Kedah. Pembangunan Sumber Manusia 2. Pada peringkat ini pendedahan lebih tertumpu kepada pengenalan dan pendedahan kepada budaya kerja/persekitaran kerja. peringkat kedua 5 . penerapan nilai-nilai positif serta pengetahuan asas berkaitan dasar-dasar kerajaan negeri dan persekutuan. Selepas itu. Pembangunan Organisasi/Kualiti 3. pembangunan modal insan dimana ianya adalah proses yang melibatkan aspek latihan dan juga kompetensi. Program orientasi ini dianggap sangat penting sebagai langkah awal bagi mendedahkan penjawat awam lantikan baru tentang perkhidmatan. Peringkat Pendedahan Kompetensi merupakan peringkat awalan kepada laluan perjalanan latihan yang melibat anggota yang baru dilantik bagi tempoh 12 bulan ke bawah. Prestasi dan Tatatertib Pembangunan Sumber Manusia adalah proses yang melibatkan pembangunan diri dan kerjaya.1. Perkhidmatan 4.

merancang dan menganalisis tugasan. Pada peringkat ini. Peringkat seterusnya adalah merangkumi latihan yang dirangka yang ditumpukan kepada kebolehan dan keupayaan anggota melakukan sesuatu tugas dengan cepat dan mencapai satu standard umum yang ditentukan. orientasi kepada persekitaran kerja.pembangunan keupayaan untuk memahami. Bagi memastikan kesinambungan dari aspek pembangunan diri dan kerjaya secara berterusan. peringkat latihan yang seterusnya yang dirangka adalah ditumpukan kepada usaha bagi memantapkan dan mengukuhkan keupayaan anggota secara berterusan dan selaras dengan keperluan dan cabaran-cabaran semasa. Antara penekanan latihan yang diberikan adalah tertumpu kepada perkara-perkara seperti pembangunan keupayaan berkomunikasi. memantapkan tahap kepakaran. Antara penekanan latihan yang diberikan adalah tertumpu kepada perkaraperkara seperti pemantapan mutu kerja ke tahap yang lebih tinggi. Antara penekanan latihan yang diberikan adalah tertumpu kepada perkara-perkara seperti 6 .Antara perkara-perkara yang diberi perhatian pada peringkat ini adalah seperti Pemahaman matlamat dan fungsi jabatan. pemantapan tahap profesioanlisme dan memantapkan keupayaan dan kemahiran kepimpinan. Peringkat seterusnya adalah program latihan yang dirangka adalah ditumpukan kepada meningkatkan kemahiran sedia ada dan mendedahkan kemahiran baru bagi meningkatkan kompetensi anggota. mengurus dan mentadbir dan pembangunan kemahiran-kemahiran teknikal. membangunkan kebolehan menyelia. pengkhususan kepada pengenalan asas-asas pentadbiran dan pengurusan jabatan.pendedahan adalah Peringkat Penerapan Kompetensi merupakan peringkat kedua dalam laluan latihan yang melibatkan anggota perkhidmatan awam negeri yang berkhidmat di antara 1 hingga 3 tahun. penyesuaian diri dengan etika dan budaya kerja jabatan dan perkaraperkara asas dalam pekerjaan.

Pada peringkat terakhir sebelum persaraan. Kursuskursus ini sangat berguna untuk mendedahkan penjawat awam kepada budaya kerja 7 . Aspek latihan ini juga merangkumi pengantarabangsaan penjawat awam menerusi kursus jangka pendek yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti JICA dan COTI yang dijalankan selama sebulan di Jepun dan Korea. Institut Tanah Negara (INSTUN) dan kursus-kursus yang dijalankan oleh Institut Pengurusan dan Intergriti Negeri Kedah (INSPIN). Disinilah pentingnya peranan pengurus sumber manusia dalam mengenalpasti kesesuain kursus yang perlu dan patut dihadiri. Program-program latihan ini merangkumi program latihan yang dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). menyediakan ketahanan mental dan psikologi dan menyediakan kebolehan menangani tekanan dan cabaran. mengukuhkan kepimpinan. Seterusnya adalah program latihan berterusan yang dijalankan kepada semua peringkat penjaat awam di Negeri Kedah. Latihan ini ama penting selain daripada arahan perkhidmatan yang mensyaratkan supaya setiap penjawat awam perlu menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun. memantapkan integriti. Antara penekanan latihan yang diberikan adalah tertumpu kepada perkara-perkara seperti penyediaan kebolehan mengadakan jaringan. menyediakan pengetahuan mengenai peluang dan cabaran baru. Anggota akan didedahkan kepada peluang-peluang membangunkan kerjaya selepas bersara dalam pelbagai bidang. latihan yang dirangka adalah ditumpukan kepada persiapan menghadapi tempoh persaraan secara mental dan fizikal dan kewangan.mengembangkan kebolehan dan keupayaan. memantapkan keupayaan membuat keputusan dan menyediakan kebolehan mengadakan perhubungan.

Bahagian Sumber Manusia. Motivasi dan sebagainya.my 8 .negara luar.gov. Dari masa ke semasa. kerjasama yang baik dengan JPA membolehkan lebih banyak penjawat awam dari Negeri Kedah berpeluang untuk mengikuti kursus-kursus ini. Latihan yang merupakan instrumen penting seperti yang dinyatakan seperti diatas perlulah ada satu sistem untuk merekod bagi tujuan pemantaun tahap-tahap serta kursuskursus yang telah dihadiri dan perlu dihadiri. satu sistem yang dinamakan E Log Latihan telah diwujudkan bagi tujuan membuat penyimpanan rekod latihan secara atas talian dan akan diperluaskan keseluruh negeri pada 2010. melatih dan menyelia untuk satu tempoh masa. Selain itu. Bahagian Sumber Manusia. Blue Ocean Strategy. Program mentoring juga dilaksanakan sebagai satu cara untuk mewujudkan perhubungan dan penyeliaan serta meningkatkan tahap produktiviti yang tinggi. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia dapat mengenalpasti dan membuat perancangan keperluan keperluan kursus. Untuk itu. Prgram mentoring ini akan mewujudkan prses mengajar. KPI. Balance Scoecard. ESQ. Berikut adalah screenshot E Log Latihan yang boleh diakses di http://eloglatihan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia untuk kakitangan awam negeri Kedah juga mencalonkan pegawai-pegawai tadbir negeri untuk mengikuti kursus-kursus kepimpinan seperti Leadership in Public Sector.kedah. Kaunseling.

9 .

aspek pembelajaran secara berterusan juga merupakan peranan pengurus sumber manusia dimana setiap penjawat awam berpeluang untuk meningkatkan kualiti kerjaya dan diri dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu.Apabila sistem e log latihan ini diguna pakai secara menyeluruh. ketua jabatan juga dapat memantau program-program latihan yang telah dihadiri oleh kakitangan dibawah jabatan masing-masing dan seterusnya membuat perancangan keperluan latihan. 10 . Program sarjana dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia untuk Pegawai Tadbir Negeri adalah antara program pembelajaran secara berterusan.

program pembangunan kompetensi (CDP) dijalankan setiap tahun merangkumi aspek aspek gaji. pertukaraan. cuti. Peranan kedua Bahagian Sumber Manusia. Untuk memastikan kesinambungan terhadap program kompetensi ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku pengurus sumber manusia untuk kakitangan awam Negeri Kedah ialah dari aspek perkhidmatan yang merangkumi gaji. Penempatan juga dilaksanakan untuk memastikan setiap penjawat awam berpeluang bertukar dan melalui pengalaman dan ruang kerja ditempat yang berbaza supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kualiti perkhidmatan. Ini adalah berdasarkan kepada surat pekeliling perkhidmatan yang mewajibkan semua penjawat awam melalui proses kompetensi bagi menguji kebolehan dan kecekapan penjawat awam sebagai salah satu syarat untuk dipertimbangkan untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat dan seterusnya menggalakan penggunaan pengetahuan. daerah dan kewangan dan lebih ditumpukan kepada kakitangan sokongan. kemudahan perkhidmatan. Selain itu. elaun. perkhidmatan tanah. elaun. tuntutan rawatan. kreativiti dan inovasi dalam perlaksanaan tugas. Perlaksanaan urusan pengambilan untuk jawatan kontrak dan sementara serta mendapatkan calon calon daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. menguruskan aspek pertukaran dan sebagainya. kematian dan juga 11 .Dibawah pembangunan sumber manusia sebagai salah satu peranan pengurus sumber manusia adalah kompetensi. kemahiran. Penempatan dilaksanakan berdasarkan beberapa aspek seperti kekosongan jawatan akibat persaraan. pengubahsuaian terhadap modul Penilaian Tahap Kecekapan telah dilakukan berdasarkan surat pekelling perkhidmatan bil 19/2008 dan dikenali sebagai Pusat Penilaian Kompetensi(PPK). cuti.

setiap pekelling tidak diterima terus dan perlu dimasukkan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk kelulusan. peraturan yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada pekeliling perkhidmatan.apabila diluluskan jawatan baru. Ini adalah antara langkah-langkah penambah baikan yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia menjadi penyelaras kepada proses kenaikan pangkat ini. segala dasar. apabila kerajaan mengumumkan kenaikan pangkat secara KUP (Khas Untuk Penyandang) bagi yang berhidmat lebih dari 15 tahun. ini merupakan salah satu daripada ganjaran kepada kakitangan. Elaun untuk memangku dan mananggung kerja telah melalui satu proses transformasi apabila setiap permohonan bagi tujuan tersebut perlu disertakan dengan pnyata perubahan (Kew 8) bagi mempercepatkan proses tersebut. gaji dan elaun yang merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan sumber manusia juga dilaksanakan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia untuk menambah baik sistem perkhidmatan dan penyampaian pengurusan sumber manusia. Penggunaan teknologi maklumat juga merupakan satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam peranan pengurus sumber manusia. Didalam konteks perkhidmatan awam. Bahagian Sumber Manusia. untuk menyesuaikan dengan struktur dan sistem pentadbiran kerajaan negeri. Selain itu. Selain itu. Secara tidak langsung. Untuk tujuan itu. Penggabungan ini akan menjimatkan masa dan memendekkan tempoh untuk memproses permohonan tersebut dari 10 hari kepada 5 hari sahaja. Walau bagaimanapun. surat pekeliling dan surat arahan kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. MAMPU telah memperkenalkan HRMIS ataupun Human Resources Management Information System yang akan memudahkan semua urusan didalam 12 .

pemprosesan gaji. dan merangkumi semua aspek pembangunan sumber manusia bermula dari tarikh seseorang pegawai itu dilantik hinggalah ke hari persaraannya. sistem ini akan memudahkan setiap urusan dan boleh diakses dari mana sahaja dan merealisasikan konsep e government dalam perkhidmatan kerajaan. sistem ini akan dapat menentukan pengagihan sumber manusia yang lebih berkesan di antara agensi-agensi Kerajaan.fungsi pengurusan sumber manusia yang akan diliputi oleh HRMIS termasuklah perancangan sumber manusia. Di antara fungsi. kenaikan pangkat. Ini akan membolehkan perancangan yang lebih berkesan di mana sumber tenaga yang berlebihan dapat digembling untuk faedah agensi yang berkurangan. pengurusan gaji. disiplin. pengambilan. Pembangunan projek ini meliputi fungsi operational. pinjaman. teknikteknik seperti data mining. managerial dan knowledge base. Apabila terlaksana sepenuhnya. forecasting dan simulation boleh digunakan bagi menjana dan menilai beberapa senario atau alternatif sebelum membuat sesuatu keputusan. Prestasi Perkhidmatan Awam akan meningkat jika kebolehan dan kemahiran pegawai dan staf dipadankan dengan keperluan jawatan. Ini kerana dengan adanya data yang lengkap serta mudah diperolehi. dan bimbingan pekerja. Dengan wujudnya HRMIS. pengesahan lantikan. Projek HRMIS ini bertujuan menyediakan satu antaramuka atau single interface untuk semua pegawai dan kakitangan Kerajaan melaksanakan tugas-tugas pengurusan sumber manusia dengan lebih cekap dan berkesan dalam sebuah persekitaran yang bersepadu. latihan. pengistiharaan harta. persaraan. cuti. penempatan. perancangan Perkhidmatan Awam dapat dibuat dengan lebih sempurna.pengurusan sumber manusia. HRMIS akan membolehkan personel yang sesuai untuk sesuatu tugas 13 . Apabila dilaksanakan kelak.

semua penjawat awam berpeluang untuk dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih baik. Dialog perhidmatan ini berfungsi sebagai medium untuk setiap kakitangan membawa sebarang masalah dengan lebih dekat. setiap bulan. cepat serta mengemukakan sebarang kemusykilan. Ini adalah proses untuk meningkatkan struktur organisasi pentadbiran kerajaan negeri. banyak input-input dan maklumat untuk tujuan penambahbaikan diterima oleh Bahagian Sumber Manusia. pengukuhan perjawatan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia ialah pembangunan oragnisasi yang menyentuh perkara perkara berkaitan penyusunan semula struktr organisasi. akan ada pembukaan lebih banyak jawatan baru dan secara tidak langsung. untuk membolehkan pengurus sumber manusia mengetahui tentang masalah masalah penjawat awam. penambahan jawatan dan naik taraf jawatan. diadakan dialog perkhidmatan awam yang merangkumi setiap pentadbiran daerah dan juga jabatan-jabatan negeri yang lain. Sepanjang dialog perkhidmatan berjalan selama hampir setahun. Terbaru adalah penubuhan Lembaga Urus Air Negeri (LUAN) yang telah dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia. Peranan seterusnya Bahagian Sumber Manusia.dikenalpasti melalui semakan profil peribadi dengan profil jawatan supaya setiap personel awam dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk negara. Selain itu. 14 . Apabila dluluskan kelak.

perlu diadakan Majlis Bersama Jabatan bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk menyuarakan pendapat. selaku pengurus sumber manusia. pada tahun 2007 telah dilaksanakan pengukuran petunjuk prestasi utama ataupun Key Perfomance Indicator (KPI) bagi memantau keckapan proses kerja. selaras dengan pekelling perkhidmatan bil 2/1992. mesyuarat penyelarasan akan diadakan bagi menilai dan meneliti semula setiap laporan supaya segala kelemahan dapat diatasi. Kmpulan Meningkat Mutu Kerja juga adalah satu lagi proses untuk inovasi bagi penjawat awam. Dengan adanya KPI ini. KMK berperanan sebagai medium untuk mengetengahkan sebarang idea dan 15 . perlu diwujudkan satu platform untuk menyatakan sebarang masalah atau cadangan. Ntuk proses penambahbaikan. setiap hujung tahun. Untuk memahami kehendak dan permasalahan kakitangan. setiap 6 bulan untuk pejabat tanah.Aspek kualiti juga merupakan satu aspek dalam pengurusan sumber manusia yang bertujuan untuk memantau proses dan prosedur kerja penjawat awam. daerah dan pihak berkuasa tempatan. pemantauan prestasi kerja setiap jabatan dapat dilakukan dan seterusnya dapat menegnal pasti kelemahan setiappentadbiran itu. Untuk itu. Laporan KPI adalah seperti dilampiran yang disertakan. Laporan pengukuran ini akan diselaraskan oleh urusetia bahagian sumber manusia setiap 3 bulan untuk bahagian sumber manusia sendiri. Untuk tujuan itu. KPI ini dilaksanakan di bahagian sumber manusia sendiri dan seterusnya diluaskan kepada pentadbiran tanah. setiap 4 bulan untuk pihak berkuasa tempatan dan setiap 4 bulan untuk pentadbiran pejabat daerah.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pengurus sumber manusia berperanan sebagai penyelaras diperingkat negeri Kedah. namun kedua dua aktiviti ini saling berkai kerana penialian prestasi boleh mmpengaruhi pembangunan kerjaya kakitangan ataupun penjawat awam. Penilain prestasi merupakan satu keperluan kepada kakitangan. displin. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada prestasi secara objektif dan bukan seara andaian semata mata ataupun budi bicara ketua jabatan. Bahagian Sumber Manusia. Penilaian prestas digunakan sebagai langkah untuk menilai tahap keberkesanan dan kualiti. kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang boleh dipertingkatkan akan dapat diketahui.inovasi baru berkaitan perkhidmatan awam. Penilaian prestasi juga merupakan alat pengukur yang boleh digunakan untuk melindungi sebarang bentuk penganiyaan yang mungkin dilakukan oleh ketua jabatan. Walaupun kedua duanya mempunya maksud dan pengertian yang jauh sekali berbeza. Dengan adanya penilaian prestasi. Prestasi dan tatatertib adalah satu lagi peranan pengurus sumber manusia. Hubungan antara pengurusan sumber manusia dengan perancangan kerjaya dan pengurusan kerjaya diunjukan seperti rajah dibawah 16 . mutu kerja dan latihan. Penilaian prestasi dan pembangunan kerjaya adalah dua aktivii yang merupakan cabang darpada pengurusan sumber manusia. ketua jabatan dan organisasi. Ia akan menjadi penentu kepada pengurus sumber manusia bagi menentukan gaji dan ganjaran kepada kakitangan yang adil dan saksama.

Perghargaan ini biasanya akan berasakan kepada prstasi penilaian tahunan dan akan dimasukkan dalam mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia.Pengurusan Sumber Manusia Perancangan Sumber Manusia Pembangunan Kerjaya Perancangan Kerjaya Pengurusan Kerjaya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah kaedah yang diguna untuk menghargai prestasi dan pencapaian penjawat awam yang menunjukan prestasi cemerlang. Anjakan Gaji juga merupakan satu lgi aspek penghargaan kepada penjawat awam yang digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk memberi faedah dari segi kenaikan gaji. 17 . Proses ini berasakan daripada keputusan penilaian kompetensi yang dijalankan dan ini juga akan dibawa kepada pertimbangan Panel Pembangunan Sumber Manusia. Sebanyak 8% kouta diperuntukan untuk tujuan APC ini yang merangkumi semua perjawatan daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan pengurusan dan profesional.

18 .Kawalan tatatertib adalah merupakan suatu alat pengurusan yang penting bagi memastikan perlaksanaan segala fungsi organisasi dengan berkesan ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keberkesanan sesuatu kawalan tatatertib itu pula banyak bergantung kepada pengurusan tatatertib yang cekap.

Naziran Naziran juga boleh dilaksanakan untuk memantau tahap displin penjawat awam supaya proses kawalan tatatertib dan pencegahan dapat dilaksanakan. 19 . eKPI Proses petunjuk prestasi utama atau KPI boleh dilakanakan secara online atau eKPI supaya semua pihak dapat melihat sendiri pencapaian setiap jabatan dan agensi dan dapat diakses dari mana sahaja atau pun web based sistem.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mempertingkatkan peranan pengurus sumber manusia ialah Pemantauan kakitangan berprestasi rendah Bagi kakitangan yang berprestasi rendah dimana penilaian prestasi dibawah 70% yang diklasifikasikan sebagai berprestasi rendah dan 50% bagi kakitangan yang bermasalah. perlu diadakan satu proses bagi mengatasi masaah ini. Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah seperti bengkel atau kem bina semangat bagi memberi motivasi dan semangat kepada kakitangan didalam kumpulan berprestasi rendah dan bermasalah ini.

Klinik Tatatertib Klinik tatatertib ini adalah sebagai salah satu cara untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran di dalam menguruskan tindakan tatatertib. Klinik tatatertib ini boleh dikendalikan oleh Unit Prestasi dan Tatatertib. 20 . Bahagian Sumber Manusia selaku sebahagian daripada pengurus sumber manusia jentera perkhidmatan awam kerajaan Negeri Kedah. Ini adalah sebagai satu saluran pilihan kepada pengurus sumber manusia bagi mendapatkan pandangan dan bertukar maklumat berhubung aspek pengurusan tatatertib.

Ianya juga selaras dengan penubuhan Bahagian Sumber Manusia selaku pengurus sumber manusia. latihan dan sebagainya harus diberi penekanan dalam persekitaran sekarang. motivasi bekerja. Ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dan peningkatan kehendak pelanggan dan stakeholders.KESIMPULAN Pengurusan Sumber Manusia dalam perkhidmatan awam perlu berubah. serta menguruskan hal-hal pemangkuan dan kenaikan pangkat sahaja. Pengurusan Sumber Manusia pada masa kini tidak boleh tertumpu kepada hal-hal pengurusan personel kakitangan seperti urusan pertukaran dan penempatan. 21 . Ini kerana kerjaya seseorang anggota perkhidmatan awam bukan sahaja apabila ia berjaya dinaikkan pangkat. tetapi aspek-aspek lain seperti kaunseling. tetapi ianya harus merangkumi aspek career path tiap-tiap anggota perkhidmatan awam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful