Perbezaan Di antara Pengurus dan Pemimpin

www.scribd.com/.../Perbezaan-Antara-Pengurus-Dan-Pemimpin
Published by mie on Tuesday, June 3, 2008 at10:58 AM http:/ / muhamadazmi.blogspot.com/ 2008/ 06/ perbezaan-di-antara-pengurus-dan.html Adakah pemimpin dan pengurus it u sama? I niperlu diket ahuiker ana ada pendapatyang mengat akan terdapat nya per bezaan dan adapula yang mengatakan tidak. Soalan inimungkin terjawab bila kita meneliti tugasdan tanggungjawab kedua-duanya.Sebenarnya menjadi seorang pemimpin bukan sekada rmengendalikan sekumpulan manusia.Mann (1965) berpendapat,pemimpin memudahkan interaksi perorangan dan hubungan dalam pekerjaan. Mereka mempromosikan penstrukturan tugas dan kerjakerja yang perlu disiapkan. Merekajuga mengaturdan menilai kerja-kerja yang telah dan akan dilakukan.Sementara itu, tugaspengur uspula ialah merencana, menyiasat, menyelaras, menilai, menguruskan penstafan, berunding dan mewakili (Mahoney, Jerdee & Carroll, 1965, Achua; 2001). Sebenarnya kesemuafungsi-fungsi pengurusan mempunyai potensi kearah menyediakankepimpinan, begitu juga semua aktivitikepimpinan boleh menyumbangke arah pengurusan. Bennis dan Nanus pula percaya asas kepada perbezaan diantara keduanya adalah terletak kepadadef inisi mengurus danmemimpin. Mengikutahli-ahli teori situasi “mengur usbermaksud, bertanggungjawab terhadap sesuatu dan mengendali. Memimpin pula melibatkan mempengaruhi; memandu arah, kelakuan, tindakan atau pendapat ” (Bennis & Nanus, 1985, m.s. 21).Pe ngurusa nber gant ung kepada kuasa sah yang rasmi untuk mempengaruhi orang lain dan ia juga memberipenekanan kepada kecekapan. Sebaliknya,kepimpinan menggunakan proses pengaruh sosial untuk mempengaruhi pengikut dan memberifokus kepada keberkesanan. Gardner juga percaya bahawape mimpinberfikiruntuk jangka panjang, memahami hubungan kumpulannya dengan organisasiluar, mereka j uga cuba menj angkau dan mempengaruhi konstituensi diluarsempadan kuasanya, memberi penekanan kepada visi, nilai dan motivasi, mempunyai kemahiranberpolitik dan selalu berfikirtentang pembaharuan (Gardner, 1990).Pemimpin tidak berpuas hati dengan status quo, Sebaliknya, merekalebih gemarmembericabaran dan inspirasi kepada pengikut mereka semasa bekerja bersama dalam mencapaivisiorganisasi. Bennis danNanus mengatakan “dengan memberifokus kepada visi, pemimpintersebutberoperasi dengan menggunakan sumberemosi dan rohaniorganisasi, nilainilainya, iltizam dan aspirasi. Ini berbeza dengan pengur us yang beroperasidengan menggunakan sumber fizikal organisasi iaitu dananya, kemahiran manusia, bahan mentah dan teknologi” (Bennis & Nanus, 1985, m.s. 92). Satu lagiperbezaan diantara kepimpinan dan pengurusan ialah kepimpinanmelibatkan hubungan dengan pengikut. Ada orang yang berpendapat pemimpin dan pengikut adalah dua kategori yang sangat berbeza. Walaubagaimana pun kepimpinan dan kepengikutan adalah dua konsep yang berangkaidan keduanya mesti difahami. Tanpa pemahaman salah satunya, maka seseorang itu tidak akan dapat memahami gambaran sebenar mengenai kepimpinan (Heller& Til, 1982;Witherspoon, 1997). Sebaik-baiknya hubungan ini patut dilihat sebagai satu hubungan peranan yang ditemuidalam setiap organisasi.Witherspoon seterusnya mencadangkan pemimpin dan pengikut mempunyai peranan yang berkaitan dan saling bergantungan (Witherspoon, 1997). Hasil dari pergantungan ini, kepimpinan sebenarnya dianugerahkan oleh pengikut. Dengan itu pengikut yang baik akan menghasilkan pemimpin yang baik. Edgar Schein juga berpendapat, di dalam organisasi yang berkesan terdapat paduan diantara kepimpinan yang baik dan kepengikutan yang baik (Schein, 1965).

Walaupun terdapatperbezaan. persepsi pemimpin mengenai apakah tingkahlaku yang sesuai didalam berbagai peranan yang bakal dimainkannya dan apakah tingkahlaku yang akan melahirkan hasil yangdiinginkan” (Whiterspoon. UKM) Posted by mie Labels: Azmi Edited By: Fred Apat(mrfred85@gmail.com . Gaya kepimpinan yang digunakan oleh seseorang pemimpin boleh mempengaruhi pencapaian kumpulan atau matlamat perseorangan (Gardner.Seorangpe mimpin juga berperanan memutuskan apakah tingkahlaku-tingkahlaku yang paling sesuai dalam berinteraksi dengan pengikut untuk menjamin hasil yang diingini. 1997.Dalam hubungan pemimpin-pengikut. pemimpinlah yangmenetapkan piawai organisasi dengan cara berhati-hati memilihindividu-individu yang perlu beliau berinteraksi.s. Contohnya. Zaharah Hasan (PusatPengajian Umum. 80). Mungkin pada masa yang lain.seorang pemimpin boleh menimbangkan sama ada kumpulannya dapatberf ungsidengan berkesan sekiranya gaya membuatkeputusan secarademokratik dipilih. Organisasi padamasa inimemerlukan pengurus yang juga mempunyaikeupayaan danketerampilan untuk memimpin. pemimpin akan membentuk gayakepimpinan yang paling berkesan dalam usaha menggerakkan organisasi kearah pencapaian matlamat. sekiranya diteliti secaraterperinci. Gaya kepimpinan yang dipilih sesungguhnya “terkesan oleh jangkaan pengikut mengenai bagaimana pemimpin patut bertindak. pemimpin berkenaanboleh menimbangkan samada fokus patut diberikan kepada tugas atau kehendak ahli dalam organisasi. 1990). Dalam proses berinteraksi dengan pengikutpengikutnya. m. dengan mengkomunikasikan tujuan dan halatuju dan juga dengan menjadi rolemodel. seorang pemimpin yang berkesan akan juga menjalankanfungsiseorang pengurus dan begitu juga sebaliknya.

Didapati salah satu masalah yang menyebabkan kegagalan organisasi kecil mahupun besar ialah kelemahan pengurusan dan kepimpinan.com/2009/04/kepimpinan-dan-perbezaan-dengan. Kelemahan pengurusan ini boleh berlaku dalam berbagai bentuk.KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN http://msgsabah. alat-alat jentera dan sebagainya. kerendahan akhlak dan moral. termasuklah kelemahan mengurus dengan cekap. Yang perlu diubah ialah sikap manusia. Jika tiada sifat kesedaran tersebut maka perasingan konsep pengurusan dan kepimpinan pasti gagal menguruskan organisasi. dan dibawahnya terdapat banyak sumber ataupun harta yang perlu diurus dan ditadbir secara betul. Jika seorang pentadbir mampu mengurus tetapi lemah memimpin. apa yang pasti organisasi gagal dibawa kepada hala tuju yang telah ditetapkan kerana arahan yang dikeluarkan tiada siapa yang mengikutnya. kekurangan ilmu sains pengurusan. Begitu juga jika ia mempunyai kemahiran memimpin tetapi gagal dalam mengurus maka pastinya urusan organisasi akan menjadi satu hala dan tiada tersusun organisasi kerana tiadanya elemen mengurus dan mentadbir secara sistematik dapat diterapkan. Kegagalan Organisasi Kajian kajian pengurusan telah Berjaya melihat bahawa kejayaan sebuah organisasi adalah bertitik tolak daripada keupayaan kepimpinan dan kecekapan pengurusan pentadbir organisasi tersebut. Seseorang itu mungkin mengetuai sesebuah organisasi ataupun jabatan. kelemahan dan ketandusan pemimpin yang berkesan dan sebagainya. Seorang itu mungkin pula mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai seorang pentadbir.html Pengenalan Mengurus dan mentadbir seuatu itu adalah merupakan satu kerja yang amat penting. Sikap ini boleh diubah dengan menanam kefahaman yang jelas mengapa pentingnya elemen pengurusan dan kepimpinan yang akan mengurus serta memimpin organisasi. Oleh itu eleman mengurus. mentadbir dan mempunyai kuasa oleh seseorang pentadbir disini boleh dilihat daripada prespektif kepunyaan elemen memimpin dan menguruskan sumber sumber organisasi. sumber kewangan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang .blogspot. Adalah percayai bahawa yang paling penting diubah dalam memastikan kecekapan dan kejayaan diatas adalah manusia yang menjadi pengurus mahupun pemimpin serta juga manusia yang diurus serta dipimpin. Justeru itu perkara yang perlu diurus atau ditadbir itu boleh wujud dalam bentuk sumber manusia. kepimpinan? Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatupertubuhan.

usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan. mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan. Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan. Oleh itu.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak. Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa. seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir.Sebagai contoh.pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah. seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Dengan melihat masa hadapan.Oleh yang demikian.seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting. kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan . Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerjapekerja. konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya. mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Sebagai seorang pemimpin. Sebagai contoh.mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.Pendek kata.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu. Selain itu. seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka .pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya.kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi.

kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Sebagai contoh.masa dan suasana. Pada kesimpulannya.untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi. beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.Oleh yang demikian. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari peringkat fisiologi. Terdapat tiga (3) factor penting tentang definisi kepimpinan iaitu . gangguan. Dalam konteks ini. Definisi Kepimpinan Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka. supaya mereka rela bergiat dan berusaha kea rah pencapaian matlamat organisasi.apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan . panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Oleh demikian.beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan.Sesungguhnya.dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi. jaminan.untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Akhir kata.memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya. penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati. Selain itu.Justeru itu.

serta juga sumber alam semula jadi. Perkataan bahasa Perancis.w yang bermaksud “ jika tiga orang keluar bermusafir. Seterusnya dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin. Malah dalam islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s. Selain daripada berkuasa untuk member arahan tentang apa yang perlu dilakukan. Dengan adanya seeorang pemimpin. pemimpin boleh dan perlu mempunyai daya mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan bagi membolehkan pekerja atau anggota pengikut melakukan arahan tersebut. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. . management pada abad-abad ke-17 dan ke-18. telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris.1. Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan. seekor kuda). 2. hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua” Pengurusan – satu pemahaman dalam mentadbir organisasi Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. manus (tangan). kewangan. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia. Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali. Secara umumnya kepimpinan amat diperkukan dalam sesebuah organisasi dan kumpulan supaya ada pihak yang menyusun dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan atau misi yang telah ditetapkan. yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin. setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan secara bersama. Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja bawahan yang dipertanggungjawab atau para pengikut. maneggiare (menangani — khususnya. sesuatu keputusan yang dibuat akan dihormati dan ini menjamin kepentingan semua pihak supaya terpelihara.. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka yang menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para pemimpin dan ahli kumpulan. Arahan ini membuktikan kekuasaan yang dimiliki yang menjadikan statusnya sebagai pemimpin. dan teknologi.a. mesnagement (kemudiannya ménagement). 3.

Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancanganrancangan dilaksanakan dengan berjaya. Mary Parker Follett (1868 . menyeleraskan 5. iaitu sebagai: • tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan keputusannya.Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat. mengubah suai sebahagian rancangan asal. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan. mengatur 3. Mengawal. atau • tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang. sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. pada sepanjang lima tahun yang berikut. bulan depan. minggu depan. Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya. 4. menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi: 1. Dari sudut pandangan ini. seorang anak Perancis.1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang. tahun depan. mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan.Henri Fayol. mengawal Walaupun takrif ini berguna. manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini. 2. memimpin 4. berdasarkan maklum balas. serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu). dan mencipta rancangan-rancanganuntuk dilaksanakan. Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut: 1.. dan sebagainya). Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. 3. merancang 2. Frasa "pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar. dan membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan .

walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam. Seorang pengurus atau pemimpin memerlukan kemahiran mengurus dan memimpin. serta hubungan antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas pengurusan. ada tiga tingkatan takrif yang boleh difahami daripada pengurusan iaitu 1. mengawal.pengurusan. mengagih. Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan". Walau bagaimanapun. dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan nama ini. isu perbezaan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas iaitu kea rah menjurus pencapai wawasan dan misi yang ditetapkan organisasi. Pengurusan yang mantap mestilah mempunyai wawasan dan mampu melihat hambatan serta peluang untuk Berjaya dalam rangka dunia yang sentiasa berubah. Anderson juga menjelaskan fungsi pengurusan adalah : 1. Pengurus perlu mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang menggariskan halacara operasi. Kepimpinan & Pengurusan – satu perbezaan tetapi kearah matlamat yang sama. merangsang motivasi dan tugas kepada semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat dicapai. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan pekerja tersebut. Mereka ini bertanggungjawab untuk merancang dan mengatur segala falsafah dan polisi syarikat. Ahli Lembaga pengarah pula dianggotai oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif dan bukan eksekutif. menurut definisi Anderson yang lebih lengkap. Pengurusan sebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. 2. Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dijelaskan diatas. 2. maka ternyata wujud perbezaan ketara antara kepimpinan dan pengurusan. banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat pengajian perniagaan". Sungguhpun demikian. Seorang . Namun dalam usaha menjadikan organisasi yang diterajui cemerlang. menyusun pekerja untuk melakukan tugasan dengan cekap. dengan sifat takrif yang berubah-ubah. 3.

Begitu juga seorang pemimpin yang tiada memiliki kebolehan kepimpinan akan menjadikan ia sebagai seorang pemimpin yang gagal mengarahkan anggotai kea rah mencipta pencapaian matlamat yang ditetapkan.menyusun.Disinilah kita melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan kebolehan pengurusan menfokuskan kepada aspek objektif. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan yang dipimpin. aspirasi. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan pengurusan satu tindakan bersama akan terserlah kerana terdapatnya peluang bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan pendapat yang meluas. mengurus dan mengawal strategic bagi mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang dimiliki.pemimpin yang gagal memiliki kebolehan mengurus hanya akan mampu menjadi seorang pemimpin yang gagal menentukan matlamat. Kepimpinan yang baik juga akan selalu menghadiahkan dan member sokongan yang jitu kepada pengikut atau orang bawahanya untuk terus bersemangat melaksanakan yang terbaik kepada organisasi. Seorang pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan tenaga aspirasi kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala perancangan atau arahan kea rah mencapai visi yang ditetapkan. 2. Arahan kea rah mencapai wawasan dapat dilaksanakan menerusi kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang. semangat dan tenaga kepada pengikut atau pekerja bawahan untuk membantu pentadbir melaksanakan strategic yang telah dibentuk. kebolehan kedua-dua elemen ini amat penting dalam memastikan hala tuju wawasan dan objektif organisasi dapat dicapai. . Kesimpulan Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan dan pengurusan. Justeru itu saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara kebolehan kepimpinan dan kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut kedua-dua elemen ini amat diperlukan oleh seorang pentadbir atau pemimpin organisasi. Kepimpinan akan membicarakan wawasan dan pengurusan pula lebih menjurus kepada membincangkan strategic yang perlu dilakukan kea rah mencapai wawasan tersebut. Kepimpinan pula akan menjuruskan kepada hala tuju yang boleh mendorong kepada motivasi. Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana kepimpinan pengurusan akan dapat melahirkan 1. Namun dalam konteks seorang pentadbir organisasi. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan perancangan serta menyusunkan kea rah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin.

kepimpinan pengurusan akan mampu membantu kita mengenalpasti kebolehan pentadbir untuk menjana kejayaan organisasi dimasa hadapan. kita harus boleh melihat keperluan dan kemestian yang membezakan ini perlu disatukan sebagai kepimpinan pengurusan. pasti dan nyata ianya perkara yang berbeza.3. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi. Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih meluas dalam konteks pengurusan pencapaian organisasi. Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza . Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa yang diperintah. .

kepimpinan adalah proses yang melaksanakan fungsi-fungsi pengarahan.php?storyid=12 Dalam sistem pengurusan. kedua-dua unsur sama ada kepimpinan dan pengurusan adalah saling berkepentingan antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi. Menurut Tariq Suwaidan. tapi pemimpin perlu boleh menjadi pengurus. Bagi John Maxwell. kepimpinan ialah sifat yang lebih menjurus kepada hal-hal perancangan strategik dan masa hadapan. berbeza dengan pengurus yang perlu organisasi khas untuk berfungsi. pertamanya bentuk yang boleh dipelajari melalui latihan-latihan kepimpinan yang konsisten dan keduanya ialah ia merupakan bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah sebagai mana bakat-bakat lain seperti kesenian dan kemahiran-kemahiran fizikal. Perbincangan antara kepimpinan dan pengurusan ini menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan sarjana pengurusan. kepimpinan dilihat sebagai satu tanggungjawab yang wujud dalam diri . Selain itu. tidak semua pengurus itu adalah pemimpin. tapi untuk berkembang dengan pesat. Tariq Suwaidan membuat kesimpulan bahawa kepimpinan terbahagi kepada dua bentuk. Namun ada juga yang mengatakan bahawa kepimpinan boleh dipelajari sebagaimana ilmu pengurusan. Adakalanya. Organisasi boleh berjalan dengan baik dengan adanya pengurus yang cekap.my/v3/modules/AMS/article. perlukan seorang pemimpin. Ada yang mengatakan bahawa ilmu-ilmu pengurusan boleh dipelajari sedangkan kepimpinan pula adalah bakat semula jadi seseorang yang merupakan anugerah Tuhan. manakala pengurusan pula lebih bersifat penyelesaian terhadap agenda-agenda yang sedang berlaku. Justeru. Walau bagaimanapun menurut beliau. John Maxwel menjelaskan. pemimpin tidak perlukan organisasi untuk punyai pengikut. manakala pengurusan pula boleh dilakukan oleh semua peringkat dalam organisasi tertakluk kepada bidang kuasa dan tahap-tahapnya. Namun dalam sistem pengurusan Islam. apa beza seorang pemimpin dan pengurus? Kepimpinan berbeza daripada pengurusan. kepimpinan perlu wujud pada seorang ketua.oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah http://ideologi. seseorang yang dianggap mempunyai daya kepimpinan yang tinggi perlu juga mempunyai kemahiran pengurusan tetapi tidak semestinya seorang pengurus perlu memiliki sifat kepimpinan yang baik.

seseorang yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi mungkin boleh memimpina organisasi yang besar. dan akan dipertanggungjawabkan ke atas pimpinannya itu.setiap manusia. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur] © 2006 Penerbit Universiti Malaya . manakala yang tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi boleh memimpin organisasi yang kecil seperti keluarga dan seumpamanya. dalam Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan (Suntingan: Ab Mumin Ab Ghani. Ini bertepatan dengan tugas setiap manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah ini. Yang berbeza ialah tahap kemampuan seseorang itu memimpin sama ada dalam skop yang sempit untuk diri dan keluarga sahaja atau dalam skop yang lebih luas. Oleh sebab itu. dan bertempatan dengan hadis yang menyatakan bahawa setiap manusia adalah pemimpin. Perbezaan ini ialah selari dengan fitrah perbezaan manusia dan ia juga berkait rapat dengan proses kehidupan (upbringing) seseorang itu. Fadillah Mansor). [petikan daripada Ahmad Sufyan Che Abdullah (2006) "Kepimpinan Islam Dalam Tuntutan Era Globalisasi".

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful