_____________________________________________________________________________ _

VISI
SMK KEPONG AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG BERTARAF DUNIA

MISI
Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan terbilang melalui pendidikan holistik dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
_____________________________________________________________________________ _

Tajuk Kajian :

Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah
Oleh : Anthony Ugor Nili _____________________________________________________________________________ _

Unit Penyelidikan Pra-U Sek. Men. Keb. Kepong Jalan FRI, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

SELANGOR DARUL EHSAN
1

ABSTRAK Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020. Para murid sekolah dan pelajar universiti dituntut untuk meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar menjelang persaingan abad ke-21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Maka oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Salah satu darinya ialah pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Setelah segala dasar dan perancangan dilaksanakan, pasti ia telah menampakkan output ketika ini. Maka dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau sikap murid tingkatan tiga terhadap penggunaan komputer, tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga, dan tahap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan, 36 orang murid tingkatan tiga yang dikaji menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer, dengan skor min antara 3.00 hingga 4.527. Responden juga memiliki tahap literasi komputer yang sederhana tinggi, dengan nilai skor min antara 2.611 hingga 4.694. Dapatan kajian ini menunjukkan murid tingkatan tiga mulai menggunakan komputer dalam proses pembelajaran masing-masing. 1. Pengenalan Aspek teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat mendominasi semua bidang dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Kemudahan capaian internet telah menjadikan semua maklumat, bahan dan hasil penyelidikan mampu dikongsi bersama secara dalam talian (on-line) di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan. Semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar university, pekerja syarikat, pengurusan tertinggi korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, dan sebagainya seharusnya mahir dalam mengapplikasikan kemudahan TMK. Kealpaan dan kelekaan dalam mengharungi kehidupan semasa tanpa kemahiran TMK, hanya akan menyebabkan sesiapa sahaja terpinggir dan tersingkir dalam global village, (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008). Lantaran perkembangan dan kepentingan TMK secara global, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah, dan berusaha menyesuaikan diri dengan arus perubahan persekitaran. Penggunaan TMK di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi telah diperluaskan. Dasar-dasar dan perancangan yang kondusif terhadap perkembangan TMK telah dilancarkan. Ini bermula dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan TMK seperti Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk murid sekolah menengah, dan juga rancangan penubuhan Sekolah Bestari. Kementerian Pendidikan sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum TMK dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). 2

prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi. pertama. (Baharuddin Aris et. Namun demikian. para murid perlu literasi komputer atau “celik komputer”.Memandangkan kemudahan TMK itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had. penciptaan idea kreatif dan mencari maklumat berkaitan bidang pembelajaran diri masing-masing. 2003). Murid-murid bukan sahaja dituntut untuk memiliki kepintaran dan pengetahuan dari segi penguasaan kandungan mata pelajaran. usaha murni kerajaan ini sukar untuk berjaya sekiranya pelaku masyarakat itu sendiri kurang membudayakan sepenuhnya penggunaan komputer dan kemahiran TMK. dan keempat. tetapi sepatutnya mahir dalam penggunaan teknologi berasaskan komputer. terdapat empat angkubah yang saling berhubung kait antara satu sama lain bagi memacu pembudayaan TMK dalam kalangan anggota masyarakat iaitu. Antara kemahiran TMK yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh murid ialah kemahiran asas menggunakan komputer. Teknologi TMK juga penting untuk keperluan sosial murid-murid seperti berinteraksi di alam maya. tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir. guru dan juga murid harus bersedia terhadap persaingan global TMK yang tiada batas dan sempadan. tetapi juga memberi impak yang amat mendalam terhadap kaedah pembelajaran bagi seseorang murid. maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini. membantu meningkatkan aktiviti luar darjah atau melaksanakan hobi. ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer. Arus pemodenan kemahiran TMK ini bukan sahaja menukar secara besar-besaran teknik pengajaran oleh seseorang guru. Robiah Sidin et al. memproses. sikap masyarakat dan murid mestilah positif dan bersedia untuk berubah. membuat persembahan. browser WWW. berkomunikasi dengan berperantaraan komputer. aplikasi grafik dan aplikasi yang menjurus kepada bidang pelajaran mereka. Dapat kita perhatikan bahawa kerajaan amat memberi tumpuan dan keutamaan terhadap pembentukkan masyarakat yang membudayakan ilmu dan maklumat menerusi penggunaan TMK secara luwes dan menyeluruh.1 Pernyataan Masalah Dalam era globalisasi sekarang. kemahiran aplikasi seperti pemprosesan perkataan. Antara faktor keperluan memiliki kemahiran komputer ini ialah untuk membantu murid-murid mencari dan memperoleh maklumat dari sumber terbuka tanpa terhad. al. iaitu bagaimana cara murid menimba. kedua. wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya itu. ketiga. salah satu aset yang amat penting dan perlu ada pada seseorang murid. mengaplikasi dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh. 2001) 3 . email. Dalam arus perdana ini. dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). 1. Dalam erti kata lain. hamparan elektronik. melaksanakan tugasan sekolah. “Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”. dan menganalisis data (Norizan & Mohamed Amin. (2004) mengatakan.

dan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan murid-murid mereka. dan meninjau sejauh mana murid-murid tingkatan tiga mengguna komputer dalam proses pembelajaran mereka. Penggunaan komputer memudahkan guru-guru melaksanakan tugasan pengajaran dalam kelas. Ini kerana. 2000). Dapatan kajian ini juga amat berguna kepada guru-guru mata pelajaran. Hasil kajian ini akan menyedarkan guru-guru tentang peluang dan faedah yang diperolehi apabila menggunakan kemudahan komputer dalam proses pengajaran masing-masing.Memandangkan literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era TMK. dan membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemerolehan pembelajaran (Mashitoh Y.2 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk. Berasaskan perbahasan tersebut. Oleh itu.. keperluan asas yang perlu dimiliki oleh para murid ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang memadai bagi membolehkan mereka menikmati dan mempelbagaikan sumber maklumat yang tidak terhad. meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid. Dengan itu. yang terdiri daripada pengetua. Adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer? 2. penolong kanan tingkatan enam. maka buta komputer perlulah dihapuskan dalam kalangan murid dan masyarakat amnya kerana ia merupakan komponen utama dalam bidang TMK.4 Signifikan Kajian Kajian ini penting kepada pihak pentadbir sekolah. Mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer 2. penolong kanan petang dan ketua-ketua bidang mata pelajaran. Meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga 3. & Maharan M. penolong kanan akademik.3 Soalan Kajian Soalan-soalan kajian ialah. Apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga? 3. kajian ini diperlukan untuk mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer. dapatan kajian ini membolehkan mereka mengenal pasti tahap literasi. 1. pihak pentadbir boleh merangka perancangan yang responsif terhadap budaya penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. 1. penolong kanan kokurikulum. Adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran? 1. 4 . 1. disamping berkomunikasi atau berteraksi dengan murid masing-masing. penolong kanan hal ehwal murid. Meninjau tahap penggunaan komputer dalam aktiviti pembelajaran murid 1.

Penglibatan secara serius pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkenalkan TMK dalam P&P dapat dilihat dengan jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 6/2003: Dasar Pengajaran Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jld. pihak ibu bapa dan penjaga juga memperolehi gambaran sebenar tentang budaya penggunaan komputer dalam kalangan anak masing-masing. Di antara perkakasan dan perisian yang dibekalkan ialah komputer dan peranti-perantinya. Pekeliling ini menyatakan KPM teleh membekalkan pelbagai jenis peralatan TMK ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Aktiviti pengajaran oleh guru tidak hanya berkisar terhadap bahan bantu maujud dalam bilik darjah. guru-guru pelatih. Baharuddin Aris. Murid juga tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks dan guru-guru sekolah sahaja. melalui pekeliling ini pihak KPM menjelaskan bahawa perisian kursus. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mentakrifkan Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai menggunakan TMK secara berfikrah. Selain itu. kedua. 1. et. tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah di sekolah (Rozinah Jamaludin. interaksi – berkemampuan untuk berinteraksi atau mengapplikasikan teknologi komputer. Maka.5 Definisi Operasional Kamus Dewan. Scott (2006). al (2001) mentakrifkan literasi komputer atau celik komputer melalui tiga konsep iaitu. sistem multimedia digital. dan ketiga. dan perisianperisian pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Penggunaan komputer menyediakan peluang yang unik dan cabaran menarik terhadap proses pengajaran oleh seseorang guru dan juga aktiviti pembelajaran bagi seseorang murid. Literatur Kajian Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang tahap literasi komputer dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan murid-murid sekolah. makmal komputer dan pelbagai peralatan TMK wajib digunakan dan dimasukkan dalam Buku Rancangan Mengajar Harian. XVIII. pertama. kesedaran – menyedari kepentingan dan kepelbagaian kegunaan komputer dalam masyarakat masa kini. pelajar universiti.Selain itu. 2007). dan juga guru-guru sekolah. berbanding corak pengajaran tradisional dalam bilik darjah. Edisi Keempat mendefinisikan literasi komputer sebagai “tahu menggunakan dan mengendalikan computer”. dan bukannya semata-mata untuk kegunaan berhibur dengan bermain komputer (computer games). Celik komputer akan membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak. terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan 5 . secara umumnya literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang sekadarnya perlu ada pada seseorang individu untuk menggunakan applikasi komputer dalam kehidupan seharian. rancangan TV pendidikan. 2. tetapi melangkaui sempadan pemikiran murid dengan berbantukan komputer. menjelaskan literasi komputer sebagai keupayaan untuk memahami bagaimana sesuatu komputer berfungsi. pengetahuan – mempunyai pengetahuan tentang konsep dan senibina sistem sesebuah komputer berfungi.

tahap literasi komputer para pelajar adalah agak tinggi bagi yang berasal dari ibu-bapa yang berpendapatan tinggi melebihi RM3.7% (N=43) responden tidak memiliki komputer di rumah. Terdapat beberapa kajian yang cuba melihat tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dalam kalangan murid dan juga guru-guru sekolah. dan yang terendah ialah sekali sahaja dalam tempoh masa tersebut. Dalam konteks pembelajaran. Kajian juga mendapati 90. aplikasi dan untuk komunikasi (PPK. Kajian Norinah juga mendapati sikap para pelajar adalah positif terhadap penggunaan komputer dalam bidang pengajian. tutorial.00 sebulan. Dan. Sarikei. Ini kerana komputer amat membantu dalam menyelesaikan tugasan projek atau latihan ilmiah pelajar.4 % responden tidak pernah menggunakan e-mel.000.56% guru-guru menggunakan makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan. Kajiannya mendapati. Bajing Angieng (2006). guru kurang menggunakan prasarana TMK adalah disebabkan kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran.keberkesanan P&P. Secara keseluruhan. Kesedaran tentang kepentingan komputer pula adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 3. Kaedah soal-selidik dan ujian kemahiran secara amali telah digunakan untuk mengumpul data ke atas 43 orang responden dan 8 orang guru yang mengajar tingkatan lima. Kadar kekerapan penggunaan yang tertinggi ialah 21 kali. dan sesuai dengan keperluan murid. Tan Lee Fong (2004). mereka masih bersedia untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar. 2001). Dapatan kajian beliau menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 78. Secara purata. Mohd Arif & Norsiati (2004). di sebuah sekolah bestari di Kuantan. Pendekatan dan syarat asas penggunaan TMK dalam P&P mestilah sesuai dengan kemahiran seseorang guru. Walaupun responden mempunyai tahap literasi komputer yang rendah. iaitu sebagai alat. penggunaan TMK dalam P&P dapat dikategorikan kepada empat bahagian atau pecahan. telah membuat kajian terhadap sikap 87 orang guru bahasa Cina terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran 6 .5% (N=43) responden masing-masing tidak pernah menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer yang dinyatakan. Hasil temubual pengkaji mendapati. Hasil kajian beliau menunjukkan. penggunaan makmal komputer untuk kegunaan perisian kursus bestari atau melayari internet agak kurang memuaskan. Hanya 16 daripada 22 buah kelas yang menggunakan makmal komputer dan menggunakan perisian kursus bestari dan melayari internet.27%. Hanya 24. 38. Pengendalian peralatan TMK sebagai media untuk kegunaan P&P memerlukan masa yang lama. Ianya boleh dilihat dari dua aspek iaitu. Kemahiran berinteraksi dengan komputer pula masih rendah di mana seramai 54. dan aspek pembelajaran murid.88. Norinah Mohd Ali (2002). telah membuat kajian tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar bandar. manakala sebanyak 88. penerokaan. keputusan kajian mendapati tahap literasi komputer yang dimiliki oleh responden adalah rendah. telah melakukan kajian terhadap aplikasi TMK dalam P&P dari aspek mata pelajaran Kimia SPM.5% (N=33) responden gagal atau tidak dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan kemahiran yang paling asas. aspek pengajaran guru.53% daripada masa P&P guru-guru menggunakan komputer dan teknologi internet. membuat kajian mengenai literasi komputer dalam kalangan 324 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya.7% dan 53. Sarawak. dapatan kajian juga menunjukkan hanya 40.

kebanyakkan guru positif terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif akan menggunakan statistik deskriptif seperti. Bahagian D mempunyai 9 item soal selidik untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran murid. Selain itu. kajian ini amat bersesuaian untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap celik komputer dalam kalangan murid tingkatan satu. 3. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berstruktur respon terhad. Oleh itu. min untuk mengukur kecenderungan memusat. Sebanyak 36 borang soal selidik telah diedarkan kepada murid-murid dari beberapa buah kelas tingkatan tiga secara rawak. Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan komputer dalam proses P&P bagi murid-murid dan guru-guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. dan Persampelan Kajian Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Selangor Darul Ehsan. iaitu. iaitu. Bahagian C dan Bahagian D. dan sejauh manakah mereka menggunakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran. Kemudian. dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakage for The Social Science) versi 13.1 Prosedur Penganalisaan Data Data yang diperoleh melalui borang soal selidik. Bahagian B mengandungi 8 item soal selidik digunakan untuk meninjau tentang sikap murid terhadap penggunaan komputer. Metodologi.Bahasa Cina. sisihan piawai untuk mengukur keserakan data. Kebanyakkan daripada kajian tersebut meninjau dari sudut penggunaan kemudahan komputer dari aspek pengajaran guru-guru. Responden kajian adalah murid-murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah menengah harian biasa dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. dan membekalkan peralatan TMK yang lebih banyak untuk keperluan sekolah. Pengkaji juga menggesa pihak kerajaan agar dapat menawarkan kursus kemahiran TMK kepada guru-guru sekolah. Rata-rata guru sudah bersedia menggunakan komputer dalam proses pengajaran masing-masing. dan menggunakan peratusan untuk mempiawaikan data. Instrumen. Bahagian C juga mengandungi 8 item soal selidik yang dibina untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan murid. Terdapat 37 item soalan yang dipecahkan kepada empat bahagian. 3.0. Kajian beliau mendapati. adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer. Statistik deskriptif berbentuk frekuensi. Bahagian B. peratusan. Bahagian A mengandungi 12 soalan yang bertujuan untuk mengetahui maklumat tentang latar belakang responden. Proses pengumpulan data telah diselesaikan dalam masa sehari kajian. Agak kurang kajian berkaitan yang meninjau tentang penggunan komputer dalam proses pembelajaran dari sudut perolehan kendiri murid-murid. Dan. Bahagian A. adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran. apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga. dan. skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dapatan bagi menjawab soalan. datadata tersebut telah dikumpul dan maklumat-maklumat tersebut dimasukkan ke dalam komputer 7 .

Memiliki Laman Web Peribadi 6. 4.1Ada 5.0 75.1Bebas Kekerapan (N=36) Peratus (100%) 16 20 09 27 33 03 27 09 35 01 04 32 12 24 34 02 25 11 44.2 02.7 94. Memiliki Internet Di Rumah 4. memiliki emel.4 55.9 33. kumpulan etnik dan pendapatan keluarga sebulan.2Tidak Pernah 3. memiliki facebook.6 69.2Tiada 4. maklumat pekerjaan bapa/penjaga.7 08.1Ada 3.0 97. Menghadiri Kursus Komputer 2.untuk dianalisis melalui program SPSS.6 25.1Lelaki 1. Jantina 1.2Tiada 6. pemilikan komputer.2Perempuan 2.1Ada 7. Responden terdiri daripada 36 orang murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah.4 30. Memiliki Facebook 8. mencatat keputusan dan membuat ulasan.0 91.2 Tiada 9. Memiliki Blog Peribadi 7.2Tiada 7. memiliki blog. Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Latar Belakang Responden 1. Memiliki Alamat Emel 5.1Ada 4. Bebas menggunakan komputer di rumah 9.3 66.1Ada 6.0 25. memiliki laman web. Dapatan Kajian Bahagian ini akan memerihalkan tentang dapatan penganalisisan data berkenaan responden melalui set soal selidik yang telah dijalankan. kursus komputer. Memiliki Komputer Di Rumah 3. dan pengkaji telah melakukan analisa.1 Ada 8.8 11. kemudahan internet di rumah. Melalui program SPSS dapatan kajian telah diperoleh.6 8 .2 Tiada 8.2 Tiada 5.3 75.1Pernah 2. kebebasan menggunakan komputer di rumah. Latar belakang responden memaparkan data-data berkaitan dengan taburan responden mengikut kategori jantina.4 05.1 88.

dan 20 orang (55.001.00 12 11 13 18 13 04 01 16 13 02 03 02 33.3 Bekerja sendiri 11.6 Merujuk kepada jadual 1.1 Kurang RM3.0 36.00 – RM12.1 Melayu 11.1 11. Terdapat 16 orang responden (44.3 05.00 – RM9. 13 orang (36. Daripada 36 orang responden.1 Kerajaan 10.3 India 11.8%) lain-lain.2 RM3.9.4 Lain-lain 12. Terdapat 12 orang (33. 16 orang (44.4%) mengaku datang dari keluarga berpendapatan kurang dari RM3000.0%) memiliki kemudahan talian internet di rumah.000. sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pembelajaran.2%) memiliki alamat emel sendiri.1 50.0%) tidak pernah. dan 27 orang (75.6 36.00 sebulan.00 12.00 12.1%) etnik India dan seorang (2.3 30. dan selebihnya tiada.2 Swasta 10.4%) responden mengaku mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa kekangan ibu-bapa.5 Lebih RM12.6%) adalah perempuan.3%) memiliki blog peribadi.1 02.4 36. 4 orang (11.4 RM9.001. dan selebihnya tiada.6 08.00 – RM6.000.00 12.1%) responden memiliki laman sesawang (website) sendiri.2 Cina 11. 18 orang (50. agak mengagumkan apabila terdapat 4 orang (11.0%) adalah etnik Melayu. Seramai 27 orang (75. Objektif kajian 1 : Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer Bahagian ini ingin mengenalpasti sikap murid terhadap penggunaan komputer.8 44.00 12. iaitu tiga puluh lima orang (97.6%) bekerja dengan pihak swasta dan 13 orang (36.6%) dalam kalangan keluarga berpendapatan melebihi RM12.4%) responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki.1 05.000.1%) bekerja sendiri.3%) responden yang ibu-bapa mereka bekerja dengan kerajaan.Pendapatan Keluarga Sebulan 12. Seramai 25 orang (69. 9 orang (25.7%) responden memiliki komputer di rumah.4%) memiliki akaun facebook.0%) pernah mengikuti kursus komputer secara formal.1%) etnik Cina. Hampir semua pelajar. dan 2 orang responden (5.00 sebulan. Jadual 2: Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer Butiran Sangat Tdk Setuju Kurang Setuju Sederha na Respon Setuju Sangat Setuju Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw 9 .Pekerjaan Bapa / Penjaga 10. 11 orang (30. Seramai 33 orang (91. 12 orang (33.000. Dan.001. Daripada 36 orang responden.001.2Tidak bebas 10.3 RM6. dan 34 orang (94.000.Kumpulan Etnik 11.

Seramai 8 (22. Jadual di sebelah memaparkan tahap-tahap literasi komputer dalam kalangan murid. 1 5.3 16. 9 16.6 02 03 06 02 36 36 36 36 Berdasarkan jadual 2. dan hanya seorang (2. Ini memberi kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer. 3 16.2 8 4.26491.39 39 1.11 13 1.09 94 1. nilai skor min yang terendah bagi memaparkan sikap murid apabila membuat kerjakerja rumah dengan menggunakan komputer ialah 3. 4 50 41. dan sisihan piawai 1.61 hingga 4.6 Bil 02 16 % 36.0000. 4 27.5278.ai % Sangat suka menggunakan komputer Ketagih menggunakan komputer balik sekolah Membuat kerja komputer amat menyeronokkan Bercerita mengenai kecanggihan komputer Suka mempelajari program baru Menggunakan komputer amat mudah / senang Teringin membeli jenama / model baru Sangat suka guru menggunakan komputer 00 2. 7 16. 7 8. Dapatan kajian menunjukkan responden kajian tidak sabar untuk menggunakan komputer selepas balik dari sekolah. 7 8. 9 5.3 6 3.6 7 4. 2 16.69. Manakala.3%) mengaku sangat setuju terhadap kenyataan bahawa mereka sangat suka menggunakan komputer.3611.3 5. 9 33.93 73 1.2%) sangat tidak sabar menggunakan komputer. 7 22. 7 8.26 49 1.3 3 0.0994. 7 27. 2 38. Dapatan kajian merumuskan bahawa kadar literasi komputer dalam kalangan murid adalah sangat tinggi dengan purata skor min antara 2.3 16. dengan skor min 3.5278. responden 10 . nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3.8%) responden tidak setuju dengan kenyataan tersebut.6 10 14 36 36 2.60 88 1.5 3 3. Seramai 21 (58. 2 Bi l 2 1 0 8 0 6 0 6 1 6 1 8 1 5 2 6 36 36 4. dengan sisihan piawai 1.6 8. 7 44.2 5 3. dan sisihan piawai 0.6088.8 Bi l 0 0 0 1 0 4 0 2 0 1 0 0 0 3 0 2 % 00 16. 7 72. 8 16.3 8.3 Bi l 0 0 0 6 1 0 0 6 0 3 0 3 0 6 0 3 % 5.1 4 4.0 0 3. 1 13. Kajian mendapati.8 00 8.6 44. 8 38.0000 hingga 4. 7 5.04 62 0. 3 22. Nilai skor min yang tertinggi bagi menunjukkan betapa sukanya murid menggunakan komputer ialah 4. Objektif kajian 2 : Tahap literasi komputer dalam kalangan murid.3 Bi l 1 3 0 5 0 6 0 8 1 4 1 2 0 6 0 3 % 58.24 21 11.

8 11. menulis surat dan sebagainya. 6 30. dan 7 orang (19.01 26 1.3 13.16 67 1. dan sisihan piawai 1. 4 Bi l 1 1 1 3 1 3 0 6 0 3 0 6 0 9 0 7 36 36 36 36 36 36 36 36 4.6 1 2. 6 36. Responden memiliki tahap yang sederhana dalam menggunakan perisian MS Excel dengan nilai min 3.8%) tidak boleh menggunakan MS Excel.06.kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher.0 6 3. 2 25.1 9 2. dan sisihan piawai 1. Seramai 15 orang (41.8 16.20 68 0. Seorang responden (2. 7 Bil 08 09 10 11 11 12 01 06 Respon Mahir Sangat Mahir % 41.3 Bi l 0 1 0 2 0 0 1 1 1 5 0 9 0 0 0 3 Sederha na Mahir % 22. responden mampu menamakan fungsi perkakasan yang ada pada komputer dengan skor min 3.07 64 1. 1 11. 8 30. tetapi sangat mahir dalam menggunakan perisian MS Word. 1 19.0126.2 2 Berdasarkan jadual 3 di atas. 7 25. 0 00 8.8 00 2.8062. Antara perisian yang paling dikuasai oleh responden ialah MS Word. 9 72.9 7 4. 1 16. 7 8. 6 36. dan sisihan piawai 1.0 8 3. dan hanya 2 orang (2. 7 30.01 85 0. 4 8. Semua responden mampu menggunakan perisian MS Word untuk menaip nota.3 16.6 00 30.01 73 % 30.52 48 1. dengan nilai min 4. 7 25. Jadual 3:Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Butiran Sangat Tdk Mahir % Mengoperasikan computer Menamakan fungsi perkakasan computer Menggunakan Perisian Microsoft Word Menggunakan Perisian Microsoft Excel Menggunakan Perisian Microsoft Publisher Menggunakan Perisian Microsoft PowerPoint Kebolehan melayari internet Kebolehan memuat naik / memuat turun bahan dari sumber internet 2. 0 19. 2 55. dengan nilai min 4.8 5.1667.8 6 4.80 62 1.8%) mengaku tidak mampu mengoperasikan computer tanpa bantuan pihak ketiga.4%) mengaku sangat mahir menggunakan perisian MS Excel. Rata-ratanya. 0 27. Responden agak kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher dengan 11 .6 9 4. 6 41.8 2. dan sisihan piawai 0. hampir semua responden mampu mengoperasikan komputer tanpa bantuan pihak lain.0185.7%) sangat mahir. 6 33. 1 00 00 Bi l 0 1 0 1 0 0 0 1 0 4 0 4 0 0 0 0 Tidak Mahir % 2. 1 36.08.19. 6 Bi l 1 5 1 1 1 3 0 7 0 3 0 5 2 6 2 0 Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw ai 1.86. 3 2.

22 dan sisihan piawai 1. Seramai 15 orang (41.3%) yang tidak mahir memuat tutun – memuat naik bahan dari sumber internet. 8 61.6%) sangat mahir.skor min 2. Namun demikian.3%) responden mengaku sederhana mahir menggunakan MS PowerPoint. 6 25. dan sisihan piawai 1. 3 52.69 dan sisihan piawai 0.12 41 0. responden kajian juga mahir dalam aktiviti memuat turun dan memuat naik bahan dari sumber internet. 9 33. Google dan sebagainya.8 Bi l 0 6 0 4 0 3 0 1 Sangat Kerap % 13. dan hanya 3 orang (8.25. dan hanya 3 orang (8. dan sisihan piawai 1.3 2. Responden sangat jarang menggunakan perisian MS PowerPoint dan MS Publisher dalam proses pembelajaran.7%) tidak mahir. Seramai 12 orang (33. Objektif kajian 3 : Tahap penggunakan komputer dalam proses pembelajaran murid. mendapatkan sumber berita. dengan nilai min 4.96 44 Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw ai 12 .3%) responden yang mahir menggunakan perisian MS Publisher. responden kajian sangat kerap melayari internet dengan enjin carian Yahoo.6 4 1. Selain itu.86 69 0. Dapatan kajian menunjukkan responden mahir dalam melayari internet untuk membaca surat khabar.6 1 1.611.9%) yang sangat mahir menggunakannya. Kajian mendapati penggunaan computer dalam aktiviti pembelajaran murid adalah pada skala sederhana dengan skor min antara 1.2 2 1.2%) mengaku sangat mahir dan hanya seorang (2. 9 25. Jadual 4:Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Pembelajaran Butiran Tidak Pernah % Menggunakan perisian Microsoft Word Menggunakan perisian Microsoft Excel Menggunakan perisian Microsoft PowerPoint Menggunakan perisian Microsoft 13.8 00 2. Responden juga kurang mahir menggunakan perisian MS PowerPoint dengan nilai min 2.2068.25 07 1. dan hanya 5 orang (13. 1 Bi l 0 5 1 2 1 9 2 2 Jarangjarang % 25. 0 00 8.61 hingga 4.97. 8 38.0173.3 Bil 11 09 00 03 % 16. 0 27.8%) yang sederhana mahir melakukannya. dengan skor min 4.8 Bi l 0 5 0 1 0 0 0 1 36 36 36 36 2.5248. 7 11. Seramai 26 orang (72. Seramai 20 orang (55. mengakses akaun facebook dan sebagainya. untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan pembelajaran mereka. 9 2. 0 Bi l 0 9 1 0 1 4 0 9 Respon Sederha Kerap na Kerap % 30.9 2 2.0764. 1 8.

22.8%) pula. Seramai 15 orang (41.97. Dapatan kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk membaca akhbar.Publisher Melayari website. ScoreA.6%) tidak pernah melakukannya. dan sisihan piawai 1. 7 0 6 0 8 0 8 0 6 0 6 55.25. 9 13. Selain itu. Seramai 17 orang (47. Merujuk kepada rajah di atas. direktori.1829.46 60 1.9%) sangat kerap menggunakan perisian MS Word dalam proses pembelajaran. 9 13. MySchoolNet.3%) sangat kerap. dan sisihan piawai 0. dan sisihan piawai 1. Yahoo dan Google untuk mencari bahan. dengan skor min 4.29 80 27. 2 16. dan sisihan piawai 0. dll 00 30. 8 06 36 Rajah 4 di atas memaparkan tahap penggunaan computer dalam proses pembelajaran murid. dan hanya seorang (2. Seramai 5 orang murid (13. dengan skor min 2. 9 41. Seramai 19 orang (52.8 5. dan 5 orang (13.8%) yang sangat kerap menggunakannya. dengan nilai min 2. dengan skor min 2.9373. mengaku tidak pernah. 2 22. membuat latihan. Walau bagaimanapun. Seramai 22 orang (61. dan maklumat pembelajaran. dan hanya 2 orang (5.47. dan buku elektronik untuk tujuan pembelajaran adalah pada skala sederhana. dengan nilai min 3. 7 22.2980.3%) mengaku agak kerap menggunakannya.6%) mengaku sangat kerap melayari laman sesawang (website). 7 8.8 16.2%) mengaku pernah melakukannya. direktori.com. Seramai 20 orang (55.7%) mengaku sangat kerap melayari Wikipedia dan yang seumpama. 6 13.93 73 1. kamus dll Melayari Portal.2 5 2. dan mengarang esei adalah pada skala sederhana dengan skor min 2.8%) mengaku kerap menggunakannnya.1%) tidak pernah menggunakan perisian ini. Yahoo dll Menghantar dan menerima emel Membaca akhbar / majalah secara online Melayari Wikipedia. Seramai 12 orang (33. Google. dan sisihan piawai 1. dan sisihan piawai 1. 7 13. 6 2. dan hanya 3 orang (8. memaparkan bahawa murid tingkatan tiga ini jarang menggunakan perisian MS Excel dalam aktiviti pembelajaran.8%) tidak pernah menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran. dan menjadi pelanggan tetap laman sesawang tersebut.61.3732.9 7 3. 2 30. Responden juga sangat kurang menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran. 0 16. tahap penggunaan perisian MS Word untuk kegunaan menaip nota. 9 16. rata-rata responden menyatakan kerap melayari internet.4 7 0. Seramai 3 orang (8. majalah dan maklumat-maklumat pembelajaran secara dalam talian (online) adalah pada kadar sederhana.1241. 7 47.9644.3%) tidak pernah menggunakan MS Excel.7 2 2.9%) pula mengaku tidak pernah.3 2 0 0 5 0 5 1 5 0 3 36 36 36 36 4.67.2507. dan hanya seorang (2. 7 16. kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk melayari laman MySchoolNet.37 32 1. 7 09 06 05 05 16. Portal Pendidikan Utusan Melayu. dan hanya seorang sahaja (2. 2 22.6 7 2. Dapatan kajian di atas. dan 10 orang (27. Kekerapan responden melayari Wikipedia. dan sisihan piawai 1. 6 0 1 0 6 1 7 0 8 1 1 25. 13 . Perisian MS Publisher adalah yang paling kurang digunakan oleh responden dalam proses pembelajaran.6 0 0 1 1 0 1 0 2 1 0 2. tetapi agak jarang. dengan nilai min 1.8%) yang jarang-jarang melakukannya. dan seumpamanya adalah pada tahap yang agak membanggakan. kamus.18 29 1.92.

611 hingga 4. membina jadual. Responden sangat mahir menggunakan perisian MS Word (skor min 4. Sekiranya berkenaan. para pelajar seharusnya sudah memperoleh ilmu dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan pelajar dari sekolah-sekolah lain. hanya 9 orang (25.64). penggunaan perisian-perisian tersebut adalah kurang digunakan. Dapatan kajian mengambarkan bahawa. Ini mengambarkan tahap kesedaran dan penerimaan keluarga responden terhadap penggunaan komputer adalah amat tinggi. terdapat ruang dan peluang kepada guru-guru menggunakan teknologi komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah.4%) responden menyatakan mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa ‘pengawasan’ daripada ibu-bapa. Kajian mendapati.61 hingga 4.5278. Selain itu.0000 hingga 4. dan memiliki kemahiran yang mencukupi untuk mengendalikan dan menggunakan komputer. dengan skor min antara 2. Walau bagaimanapun. berdasarkan jadual 3 majoriti responden adalah literasi komputer. dan setiap panitia mata pelajaran dibekalkan sekurang-kurangnya satu computer riba (notebook). Kemahiran responden menguasai asas teknologi komputer sepatutnya digunakan semaksimum mungkin oleh pihak keluarga. Situasi ini kondusif kepada penambahbaikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. responden sudah mula membudayakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran mereka. Antara perisian yang kurang digunakan oleh responden ialah MS Publisher (skor min 1. pihak sekolah juga perlu menambahkan prasarana kemudahan komputer di sekolah. Yahoo dan sebagainya.694. daripada data-data kajian yang diperolehi.694) dengan menggunakan enjin carian Google. dan ini amat memadai untuk mereka melakukan kerja-kerja sekolah seperti menaip karangan.3%) yang tiada komputer di rumah.0%) responden pernah menghadiri kursus kemahiran komputer secara formal.61) dan MS PowerPoint (skor min 1. Selain itu. dan hanya 3 orang (8. Ini adalah kerana. Perbincangan Dan Rumusan Berdasarkan dapatan kajian dari jadual 1.08). Ini memudahkan responden menerokai maklumat tentang pembelajaran. responden menggunakan kemudahan teknologi komputer dalam proses pembelajaran adalah pada tahap sederhana dengan nilai min antara 1. Ini memberi kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer.25.5.25). Ini memberi gambaran bahawa.7%) responden memiliki komputer. responden sangat kerap melayari internet untuk tujuan mencari bahan dan maklumat pembelajaran (skor min 4. hampir semua (97. Seramai 25 orang (69. Dan. responden juga sangat mahir dalam aktiviti melayari internet (skor min 4. Dalam era globalisasi tanpa sempadan. membuat laporan. Kemahiran ini amat berguna kepada seseorang pelajar untuk menerokai dunia pendidikan tanpa sempadan secara kendiri. 14 . peringkat persekolahan seperti mereka (tigkatan 3). dan juga pihak sekolah dalam memartabatkan budaya penerokaan ilmu pengetahuan. Kajian juga mendapati nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3. Walau bagaimanapun. dan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan persekitaran pembelajaran bagi seseorang pelajar.2%) responden memiliki alamat emel. dan sebagainya. Responden amat menyukai persekitaran pembelajaran yang menggunakan kemudahan teknologi perkomputeran. seramai 33 orang (91. setiap kelas seharusnya dibekalkan kemudahan LCD. bahkan juga para pelajar dari negaranegara lain.

Usaha Kementerian Pelajaran membudayakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga Dalam talian http://www. ekonomi dan ketenteraan. Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Kemahiran berkomunikasi dan menggunakan komputer. mesti berjaya menyematkan ilmu dan kemahiran berasaskan komputer dalam kalangan pelajarnya.bernama. Ahamad Sipon. Di mana-mana telah dibahas.my/bernama/v3/bm/news_lite.com. Negara Malaysia adalah merupakan kategori negara membangun yang mempunyai pengguna internet yang ramai dalam kalangan penduduknya. BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. Tanjong Malim. Dengan kemudahan komputer. Perak: Quantum Books.Peranan dan kepentingan teknologi komputer zaman millenium ini tidak dapat dinafikan. diperdebat dan diseminarkan peri kepentingan bidang perkomputeran. politik. (2007). pantas dan cepat.php?id=259276 Diaskes pada 10 September 2009 15 . (2008). Edisi Kedua. Mana-mana negara yang ingin menjadi negara perindustrian yang maju dan kuat dari segi sains. memungkinkan seseorang pelajar melaksanakan amanahnya dengan lebih cepat. pelajar boleh mengakses apa jua maklumat dari sumber seluruh pelosok dunia tanpa sempadan.

dbp. Kertas kerja Bengkel Piawai Kemahiran ICT UKM. Bangi. Sarikei. (2006). (2006). Rozainee K.aspx Diakses pada 1 September 2009 Mashitoh Yaacob. Kaedah dan Penyelidikan. Dissertation (M. Mohd Azul & Norizan A. (2006). Sistem Komputer & Aplikasiny.doc Chua Yan Piaw. 14-16 September 2003 Norizan Abdul Razak. Kajian Mengenai Literasi Komputer di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya. Sarawak. Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Norizan Abdul Razak. & Zaidatun T. Dissertation (M. Kuala Lumpur.. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains.. (2001).. 24 November 2000 Nik Hairi Omar. (2006). R.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp. (2002).geocities. Selangor. Tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar Bandar. Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. & Ravichndran V. (Sumber: Jurnal Pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. & Maharam M. Institut Perguruan Rajang.. & Mohamed Amin Embi (2003). Universiti Malaya Norizan Abdul Razak. Fakulti Pendidikan. Kaedah Penyelidikan (Buku 1).. Putrajaya. 9 – 11 November 2006). Kuala Lumpur: Venton Publishing Bajing Angieng. Universiti Malaya) Norinah Mohd Ali. Kementerian Pelajaran Malaysia. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum.gov. Piawaian kemahiran ICT untuk pelajar UKM. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Dalam talian http://sbmb.com/seminarrnd2006/KertasKerja_Word/14_Bajing_Angieng. (Sumber : Seminar Penyelidikan Pendidikan. Sarawak. Kamus Dewan. Bintangor. Kemahiran Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Pembudayaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Murid Tingkatan Enam. Bangi. (2010). Dalam Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning. Bhd. anjuran FTSM UKM.). (2006). www. (2000).Ec. (2001). Universiti Malaya Baharuddin Aris & Mohammad Bilal A.). Kuala 16 .Anthony Ugor Nili. Penilaian Kecekapan Teknologi Komunikasi Maklumat (TKM) Dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial. & Jamalludin H. Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.Ed. Sekolah bestari: Menangani pembinaan budaya ilmu berfikir secara kritis dan kreatif.

Dalam talian hhtp://www. Universiti Malaya Unit Penyelidikan Dan Kolokium Tingkatan Enam SMK Kepong. Sikap Guru Bahasa Cina Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina.Ed.gov. Rozinah Jamaludin. 52100 Kuala Lumpur SELANGOR DARUL EHSAN 17 .my Tan Lee Foong. Kepong. 3.info/sumber. SOURCE: Persidangan Kebangsaan Sains. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia Sajap Maswan. Pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang Pendidikan.Lumpur Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2004). Pembudayaan ICT IPTB. Fakulti Pendidikan. Jln FRI. paper 50 (19p). Diakses pada 13 September 2009 Dalam talian http://www.).(2009). Institut Perguruan Tuanku Bainun. Dissertation (M. Internet Dalam Pendidikan. Teknologi dan Masyarakat (10-11 Disember 2004: Kuala Lumpur): vol.htm Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.sajadstudio. Jabatan Teknologi Pendidikan. (2007). (2004).mcmc.

Sangat tidak setuju 2.00 [ ] RM9. 6. Sila tanda dan bulatkan manamana jawapan yang sesuai bagi setiap soalan yang berkaitan dengan jujur dan tepat.001. 7. Segala maklumat adalah rahsia dan kajian ini hanya bertujuan untuk kajian akademik semata-mata.BORANG SOAL SELIDIK Soal selidik ini adalah kajian ilmiah yang ingin mengkaji tentang Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah. Pekerjaan bapa/penjaga 11.00 – [ ] Lebih BAHAGIAN B : SIKAP MURID TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER 1. Setuju 5. Sila jawab semua soalan.000. Kumpulan Etnik 12.001.00 – 9. 9. Sangat setuju TAHAP Bulatkan 1 2 3 4 5 PERKARA Jawab soalan berikut mengikut pendapat anda sendiri 1. 8.000. Jantina Menghadiri kursus komputer Memiliki komputer di rumah Memiliki kemudahan internet di rumah Memiliki alamat e-mail sendiri Memiliki laman web sendiri (web-site) Memiliki blog peribadi Memiliki Akaun Facebook Bebas menggunakan komputer di rumah [ [ ] Kerajaan ] Melayu [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] Lelaki ] Pernah ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Bebas [ ] Swasta ] Cina [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] Perempuan ] Tidak pernah ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tidak bebas ] Bekerja Sendiri [ ] Lain-lain 10.000. Kurang setuju 3.00 RM12.001.00 [ ] RM3. 3. 4. Pendapatan Keluarga Sebulan ] India RM12. dan jangan biarkan soalan tiada jawapan. 2. Saya sangat suka menggunakan komputer 18 . BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN 1.00 – RM6.00 ] Kurang RM3.001.00 [ ] RM6. Kerjasama semua murid amatlah dihargai dan disertai dengan jutaan ucapan terima kasih. 5.000. Sederhana 4.

Tidak pernah PERKARA 19 2. dokumen. Saya sentiasa ingin membeli jenama komputer yang terkenal dan model yang terkini. membuat jadual dan sebagainya 4. pencetak (printer). contohnya skrin. Menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk menaip nota. memperoleh maklumat syarikat. 1. dan video dari sumber internet BAHAGIAN D : TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES PEMBELAJARAN 1. Melayari internet untuk membaca surat khabar. Saya sangat suka mempelajari dan menggunakan program-program komputer (applikasi) yang baru jika ada peluang 6. dan sebagainya 8.2. Mahir 5. Saya sangat suka sekiranya guru-guru sekolah menggunakan teknologi komputer dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 BAHAGIAN C : TAHAP LITERASI KOMPUTER DALAM KALANGAN MURID 1. Menggunakan kemudahan komputer untuk memuat naik (upload) dan memuat turun (download) maklumat. Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint untuk membuat ‘slide’ persembahan (presentation) 7. katalog. Tidak mahir 3. Sederhana kerap 4. Membuat kerja-kerja rumah dengan menggunakan komputer amat menyeronokkan bagi saya 4. dan pengimbas (scanner) 3. senang dan tidak mengelirukan 7. Sederhana mahir 4. anggaran perbelanjaan kewangan. Saya sangat seronok bercerita mengenai kemudahan dan keupayaan komputer dengan kawan-kawan di sekolah 5. contohnya memulakan dan menutup sistem komputer. Menggunakan komputer amat mudah. saya tidak sabar untuk membuka dan menggunakan komputer 3. tetikus. atau setelah selesai melakukan sesuatu. papan monitor. sekiranya keluarga berkemampuan 8. Sangat tidak mahir 2. Kerap 5. menggunakan facebook. dan sebagainya 5. Menggunakan perisian Microsoft Office Excel untuk membina jadual. Sangat mahir TAHAP Bulatkan 1 2 3 4 5 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 PERKARA Saya boleh / mengenal pasti / memulakan / menggunakan ……………. pamphlet. info laporan sukan. kepala surat dan sebagainya 6. Menggunakan perisian Microsoft Office Publisher untuk membuat kad jemputan. Menamakan dan menyatakan fungsi perkasasan komputer. Jarang-jarang 3. lagu. Sangat kerap TAHAP . hardisk. Mengoperasikan komputer. Balik dari sekolah. dan menyambungkan kabel ke setiap perkakasan komputer 2.

Melayari Portal Pendidikan Utusan Melayu. saya menggunakan komputer dengan tujuan berikut ……. majalah akademik dan buku-buku secara on-line (dalam talian) untuk tujuan pembelajaran 8. direktori. Menggunakan perisian hamparan elektronik (spread-sheet) seperti Microsoft Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah 3. kamus.Dalam bidang pembelajaran. Menggunakan perisian seperti Microsoft Word untuk menaip surat. Wikipedia. Menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk membuat majalah sekolah. Melayari laman web (www). katalog. MySchoolNet atau seumpamanya untuk tujuan tutorial / latih tubi dll Bulatkan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 TERIMA KASIH 20 . Mendapatkan maklumat melalui internet tentang pembelajaran dari sumber ensaiklopedia. latihan. projek sekolah dan dokumen-dokumen lain berkaitan pembelajaran 2. 1. Menghantar / menerima e-mel daripada rakan-rakan sekolah atau guru-guru berkaitan dengan pelajaran 7.…. pamphlet. kad dan sebagainya 5. nota. enjin carian Google atau Yahoo untuk mencari maklumat tambahan berkaitan isi / konsep mata pelajaran 6.. buletin. Membaca surat khabar. Menggunakan perisian persembahan multimedia seperti Microsoft PowerPoint untuk tugasan pembentangan dalam bilik darjah 4. buku elektronik dll 9.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful