1.

0 PENGENALAN
Pertama-tama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Mohd Mokhtar bin Sulaiman yang telah memberikan taklimat mengenai kerja kursus pendek ini. Kami diminta untuk menekankan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat mengenai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan bantuan mereka, saya berupaya untuk mengolah isi-isi tersebut. Kami juga sering bertukar-tukar idea dan pendapat bagi menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Selain itu, terima kasih juga kepada pihak pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh kerana telah bekerjasama dalam mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Dengan bantuan daripada semua pihak, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih. Sekian.

1

berakhlak mulia. berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. masyarakat dan Negara demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. berketerampilan. intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. rohani. 2 . emosi.

Berdasarkan tiga aspek yang berikut. rakyat malaysia yang berakhlak mulia.2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan seharusnya dapat diterapkan dan di guna pakai bukan hanya tertumpu dalam satu aspek atau bidang sahaja. rohani. melalui Pendidikan Jasmani dapat menjana perkembangan yang seimbang kepada individu. masalah wabak gejala sosial dapat dibendung secara holistik jika misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di manfaatkan sebagai panduan. emosi. individu yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran dan juga nilai-nilai murni serta sahsiah yang mantap.0 TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia. Selain itu. Daripada apa yang kita boleh lihat. Hal ini terjadi berdasarkan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang ingin melahirkan individu yang lengkap dari segi jasmani. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan merupakan antara intipati dan medium penting dalam kehidupan masyarakat. Dengan itu. pendidik berupaya melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan. rakyat malaysia yang bertanggungjawab dan rakyat malaysia yang berkeupayaan 3 . Malahan falsafah ini boleh di guna pakai oleh warga pendidik dalam menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) khususnya dan dalam Pendidikan Jasmani secara amnya. Keseimbangan ini meliputi aspek kognitif. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diselaraskan dalam bidang pendidikan. Motif kewujudan Falsafah Pendidikn Kebangsaan adalah untuk menyeragamkan dan menyelaraskan matlamat bidang pendidikan dalam mencapai misi dan visi yang sama. rakyat malaysia yang berketrampilan. efektif dan psikomotor. intelek dan sosial. secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi individu. Seiring dengan itu. Perkembangan potensi individu ini meliputi perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

kita dapat melihat bahawa berlakunya perkembangan dari segi kognitif di mana individu mendapat input dan berupaya mengeluarkan produk yang dapat di sumbangkan kepada masyarakat dan negara. Hal ini meliputi sumbangan rakyat malaysia yang dapat memberi input keharmonian dan kemakmuran keluarga. emosi. Tidak kurang dengan itu.mencapai kesejahteraan diri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu menekankan tentang pembentukan sahsiah dan rohani dalam diri individu seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Dato¶ Haji Abdullah Ahmad Badawi iaitu Pembangunan Modal Insan dalam diri individu. Di sini. 4 . rohani. masyarakat dan terhadap negara. Falsafah merangkumi perkembangan dari segi lima aspek iaitu jasmani. Kesimpulannya. intelek dan sosial seiring dengan matlamat pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Intelek dan sosial dapat dilihat daripada tiga aspek utama iaitu kognitif. aspek yang dapat dikembangkan ialah psikomotor di mana perkembangan secara fizikal dapat di lihat dengan jelas. Psikomotor ialah perkembangan secara fizikal yang berlaku ke atas seseorang individu tersebut. Dan akhir sekali ialah aspek psikomotor.3. Sejak lahir. Secara umumnya. Kecergasan fizikal perlu untuk kecergasan mental. Hal ini 5 .0 HUBUNG KAIT JERIS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Hubung kaitan jasmani. Seterusnya ialah aspek efektif yang merupakan aspek yang mengukur seseorang dari segi nilai-nilai murni yang diamalkan atau yang terdapat dalam diri individu. Fizikal pula penting untuk kemahiran teknikal. emosi. Dalam konteks jasmani. 3. manipulatif dan sosial. rohani.1 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN JASMANI DARI ASPEK PSIKOMOTOR Jasmani ialah sifat luaran atau fizikal diri manusia. Semuanya masih terpendam. individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi. Hal ini mempengaruhi produktiviti dan daya pengeluaran bagi seseorang individu tersebut. kita dapat lihat perkembangan tersebut berlaku dalam tempoh masa yang tidak tetap mengikut setiap individu. Jasmani berkaitan dengan anggota tubuh badan manusia. efektif dan psikomotor. Pendidikan Jasmani memainkan peranan utama memperkembangkan potensi individu ke tahap cemerlang Usaha itu perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Aspek kognitif ialah aspek yang menekankan tentang pengetahuan seseorang individu.

Individu seperti akan mempunyai daya tahan jasmani yang kuat dan juga jasmani yang sihat. Secara spesifikasinya. Oleh yang demikian. Mereka juga secara tidak langsung akan menjadi lebih aktif dan tidak mustahil akan bergiat dalam bidang sukan setelah mereka dapat diberi peluang untuk meneroka kebolehan yang mereka ada.berlaku mengikut proses pembelajaran dan juga penerimaan seseorang individu terhadap apa yang dipelajarinya. bagi mereka yang mengambil acara berlari dalam jarak yang jauh. perkembangan psikomotor yang berlaku pada individu. Di sini kita dapat lihat. proses pembelajaran Pendidikan Jasmani mengguna pakai proses ansur maju ataupun cuba jaya di mana individu tidak akan dipaksa untuk menerima proses pembelajaran tersebut secara drastik. Bermula dari seseorang yang tidak aktif kepada yang aktif. konsep ansur maju yang diterapkan mampu memberi peluang dan ruang kepada individu untuk menyesuaikan diri dengan setiap pembelajaran atau perkara yang baru seterusnya membuka peluang kepada individu untuk mengenalpasti bakat yang mereka ada. Mereka akan mengaplikasikan kaedah ansur maju yang dipelajari semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) Pendidikan Jasmani bagi meningkatkan kadar ketahanan kardiovaskular. Contohnya. Kita perlu sedar tentang keupayaan sesorang berbeza mengikut kemampuan masing-masing. kaedah ansur maju yang diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasi dalam perkembangan fizikal seseorang. Hal ini terjadi kerana peningkatan potensi seseorang individu tersebut mempengaruhi perkembangan fizikal mereka. 6 . Mereka juga akan cuba untuk mengawal cara pemakanan mereka bagi memastikan mereka mempunyai stamina yang tinggi. Jadi. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu medium bagi mengembangkan potensi seseorang individu.

intelek dan sahsiah. Oleh itu semua potensi perlu dikembang secara menyeluruh. Nilai kehidupan. Emosi boleh dikaitkan dengan aspek efektif ataupun nilai dalam kehidupan. Melalui Pendidikan Jasmani. manusia perlu memenuhi pelbagai keperluan kehidupan. Nilai berdikari dapat menguji kematangan seseorang dalam menguruskan emosi mereka. kemahiran dan nilai murni bagi memenuhi keperluan tersebut. Namun begitu. Selain itu. emosi. pengetahuan dan nilai murni tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan. Setiap potensi perlu dihubungkaitkan dengan potensi yang lain supaya semuanya berkembang secara tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain. Contohnya seperti perasaan marah. kepintaran EQ melahirkan kekuatan diri dan keteguhan peribadi serta membina hubungan yang sejahtera dengan orang lain. rohani. Pendidikan Jasmani yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi kesepaduan dalam mengimbangi perkembangan dari segi jasmani. emosi kita dapat dikawal dengan nilai yang ada dalam diri kita. Dengan itu. Pendidikan Jasmani turut member nilai-nilai positf yang boleh kita gunakan dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Individu perlu membentuk emosi yang stabil dan terkawal agar tidak cenderung melakukan sesuatu di luar tabii manusia. Pendidikan Jasmani memberi mereka laluan sepenuhnya dalam melahirkan perasaan mereka 7 . Semua potensi dikembang secara bersepadu di atas suatu paksi iaitu prinsip ketuhanan. sesorang individu itu dapat mengawal emosinya dengan baik. Emosi mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu. Di sini kita dapat lihat bagaimana Pendidikan Jasmani memberi kita laluan yang betul dalam menyalurkan perasaan. Selain itu. Manusia perlu mempunyai ilmu.3. 2 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN EMOSI DARI ASPEK EFEKTIF Emosi berkaitan dengan jiwa dan perasaan. kemahiran. Marah merupakan salah satu sifat yang sukar dikawal oleh kebanyakkan individu. Pendidikan Jasmani juga memberi impak yang besar ke atas emosi individu.

8 . Inidividu bpleh mengambil kesempatan ini untuk melontar kemarahan ataupun kesedihanya bersma-sama peluru tersebut. Jadi. Mereka seharusnya mampu untuk mengawal dan menguruskan emosi secara betul di jalan yang telah disediakan. Lakukan sehabis baik dan selepas itu.secara sihat. Contohnya ketika melakukan aktiviti di padang seperti melontar peluru. Dari satu aspek yang lain pula. dengan berpaksikan pada nilai-nilai yang ada dalam diri mereka. Jadi. Rasionalnya adalah kerana individu akan memberi sepenuh tumpuan dan fokus terhadap penglibatan mereka. Jadi. emosi kita akan mampu dikawal dengan nilai-nilai positif yang ada dalam diri kita. Pendidikan Jasmani mampu untuk menggerakkan seseorang individu untuk lebih fokus dengan matlamat yang ingin dicapai disamping mengawal emosi mereka seiring dengan usaha yang berterusan. emosi tidak sepatutnya dipendam secara berterusan kerana akan menyakitkan diri sendiri. mereka akan mengatakan apabila seseorang individu melibatkan diri dalam olahraga ataupun permainan. Seperti yang kita sedia tahu. maka emosi dapat disalurkan dengan baik. melalui Pendidikan Jasmani dan di bantu dengan nilai positif berupaya untuk mengawal emosi seseorang individu. hal ini sedikit sebanyak telah mengalihkan tumpuan mereka terhadap masalah dan juga ketegangan yang dihadapi. Jika dilihat dari sudut yang positif. Berdasarkan kebanyakan pendapat. emosi juga memainkan peranan dalam menggerakkan kekuatan seseorang.

Rasionalnya di sini adalah untuk memastikan individu tidak mengalami kecederaan di samping melatih individu itu untuk mematuhi arahan yang diberi. Bermulanya dari pergerakan yang asas sehinggalah ke pergerakan yang rumit. Rohani juga melibatkan nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan yang memberi pengaruh yang besar ke atas individu. Di sini.3. Disini kita dapat lihat bagaimana dalam Pendidikan Jasmani secara khususnya melatih individu untuk 9 . setiap pemain akan diperiksa untuk memastikan keselamatan pemain lain. Rohani boleh dilihat dari sudut efektif. Hal ini kerana. Menyedari hal itu. di dalam Pendidikan Jasmani terdapat pelbagai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum memulakan permainan.3 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN ROHANI DARI ASPEK EFEKTIF Berkaitan dengan jiwa dan kalbu. Hubungan yang erat dengan unsur ketuhanan dan Pencipta. maka Pendidikan Jasmani menjadi salah satu subjek yang dikekalkan dari sekolah rendah hingga sekolah menengah baik Sekolah Harian Biasa ataupun Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Malalui disiplin. Antara nilai yang mempengaruhi seseorang individu ialah disiplin. Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. dapat menerapkan nilai disiplin dalam diri individu. Pendidikan Jasmani melatih seseorang individu untuk menjadi lebih berdisiplin. Selain itu. Contohnya setiap kali sebelum bermulanya permainan. Keteguhan rohani melahirkan kemurnian akhlak dan keinsafan kepada Pencipta. seseorang individu dapat dibentuk danseterusnya melahirkan individu yang mempunyai sahsiah dan nilai diri yang tinggi. setiap permainan mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. disiplin amat diperlukan untuk mengelakkan berlakunya kecedaraan yang ringan mahupun kecederaan yang serius. Disiplin semasa Pendidikan Jasmani bermulanya dari semasa melakukan aktiviti memanaskan badan sehinggalah bermulanya permainan dan di akhiri dengan cooling down. Pemain tidak dibenarkan untuk membawa senjata tajam ataupun mengambil benda yang mengkhayalkan. Disiplin merupakan salah satu aspek penting yang harus dititikberatkan.

10 . Selain itu. hormat menghormati seharusnya menjadi amalan dalam pasukan mereka. nilai hormat juga wujud apabila mereka menyedari bahawa mereka memerlukan antara satu sama lain untuk berjaya. Melalui pemerhatian secara rawak. secara tidak langsung mereka juga memiliki nilai tanggungjawab iaitu bertanggungjawab atas pilihan sendiri seterusnya menghormati keputusan tersebut dan menghormati juga ketua pasukan mereka. Pendidikan Jasmani mengajar seseorang individu untuk lebih menghormati orang lain. matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai. Jadi. mereka tetap menghormati ketua pasukan mereka kerana mereka menyedari hakikat bahawa ketua pasukan merupakan tonggak bagi sesebuah pasukan disamping memikul tanggungjawab yang berat. Nilai tersebut secara tidak langsung akan menjadi sebahagian dari kehidupan mereka dan menjadi stu budaya bagi mereka. Ketua pasukan dipilih atas pilihan mereka sendiri. Walaupun mereka tidak berpuas hati dengan ketua pasukan mereka.mengenalpasti peraturan dan undang-undang yang ada seterusnya melatih individu teersebut untuk mematuhinya. Bagaimana yang dikatakan demikian? Nilai hormat wujud dalam diri apabila individu terlibat dalam permainan berpasukan. Jadi. Tanpa kita sedari. Selain itu. seseorang individu akan menghormati ketua pasukan mereka. Oleh yang demikian. inidividu secara tidak langsung akan mempunyai nilai hormat yang tinggi.

tentang nilai-nilai kehidupan dan banyak lagi. kemahiran mengendalikan kecederaan. bagaimana untuk mengendalikan program motivasi ataupun program-program lain berpaksikan terhadap pengetahuan tentang menguruskan kejohanan tadi. cara untuk mengelakkan kecederaan.4 PENDIDIKAN JASMANI DENGAN INTELEK DARI ASPEK KOGNITIF Intelek berkaitan dengan akal dan daya berfikir. apabila seseorang mempelajari jenis-jenis permainan. Intelek boleh dikaitkan dengan aspek kognitif iaitu pengetahuan seseorang individu. mereka juga akan turut mempelajari bagaimana untuk melakukan ansur maju. individu dapat memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan tambahan melalui Pendidikan Jasmani. individu bukan saja dapat menimba pengetahuan mengenai sukan dan permainan. Pendidikan Jasmani memberi peluang individu untuk menambahkan pengetahuan dari pelbagai sudut dan aspek. individu dapat juga menambahkan pengetahuan tentang bagaimana untuk mengendalikan serta menguruskan sesuatu pertandingan atau kejohanan olahraga. Jadi. Selain itu. Sebagai contoh. Manusia berintelek ialah manusia yang bijaksana. tetapi boleh menambahkan pengetahuan dalam bidang anatomi. menaakul. Intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan . Kita dapat lihat bagaimana perkara-perkara ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain. mencerakin.3. Pendidikan Jasmani tidak terhad kepada pengetahuan mengenai sukan dan permainan semata-mata. Oleh yang demikian. merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Contohnya. fisiologi. Melalui Pendidikan Jasmani. individu dapat menambah pengaetahuan dalam pelbagai aspek. berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menghurai. Antara persediaan awal yang perlu indivdu perlu lakukan sebelum menganjurkan kejohanan olahraga ialah mereka perlu membuat draf ataupun kertas kerja mengenai 11 . Jadi. mereka boleh mengaplikasinya dalam kehidupan. Setelah itu. anggota badan yang terlibat dan cara pemakanan yang betul.

Oleh yang demkian. Individu secara tidak langsung akan turut terlibat bagi memantapkan lagi pengetahuan yang sedia ada. 12 .kejohanan yang ingin dianjurkan. kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus dapat diterapkan. Perancangan ini diikuti dengan pengendalian mesyuarat perancangan. individu perlu memebentuk jawatankuasa dan membahagi-bahagikan tugas mengikut tanggungjawab masing-masing. Dalam perancangan kejohanan. kemahiran seperti ini di ajar secara langsung ataupun secara tidak langsung. Dalam Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani mampu mengembangkan lagi pengetahuan dalam kalangan individu. individu itu akan turut terlibat dalam pengurusan di padang. Individu dapat menambahkan pengetahuan mengenai pengurusan kejohanan. Individu secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai peraturan dan undang-undang di padang. Secara teknikalnya pula. intelek dari aspek kognitif dapat dilihat menerusi Pendidikan Jasmani. Di sini.

Oleh yang demikian. Menerusi Pendidikan Jasmani juga. Mereka tidak lagi digelarkan sebagai µkatak di bawah tempurung¶. Apa yang dikatakan sebagai nilai kesefahaman ialah apabila seseorang individu itu tidak memandang rendah terhadap ketidakupayaan individu yang lain malahan menerimanya dengan sikap yang terbuka.3. Hal ini berkaitan dengan nilai kesefahaman yang wujud dalam diri individu terhadap individu yang lain. menusia diciptakan tidak sempurna. jadi kita harus menimbanya dari orang lain. Sosial ialah cara pembawakan individu dalam masyarakat dan bagaimana seseorang individu bergaul dengan masyarakat yang pelbagai budaya dan kebolehan. Dengan itu. pembentukan keyakinan individu melalui Pendidikan Jasmani dan penglibatan mereka semasa aktiviti di laksanakan mampu memberi motivasi pada mereka untuk lebih yakin dan berani menyatakan pendirian mereka. Seperti yang kita tahu. Jika perasaan rendah diri menguasai diri. Di sini. 13 . individu berupaya untuk menyatakan pendapat mereka secara yakin dengan fakta yang mereka ada. Ilmu tidak semestinya diperolehi dari pembacaan dan pengalaman sendiri. Tetapi juga dari pengalaman orang lain. Pendidikan Jasmani membentuk seseorang individu itu untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Di mana cara pembawakan diri mereka menunjukkan nilai yang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka dan juga mencerminkan siapa mereka. Ada falsafah yang mengatakan bahawa kita tidak punyai cukup waktu untuk belajar dari pengalaman sendiri. sosial individu dapat dibentuk agar cara pembawakan individu dalam masyarakat disenangi dan memahami kehendak individu yang lain.5 PENDIDIKAN JASMANI DENGAN SOSIAL DARI ASPEK EFEKTIF Sosial merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. mana mungkin seseorang individu itu mampu menerima ilmu dengan hanya berpandukan apa yang di baca. mereka tidak akan berasa rendah diri dengan diri mereka sendiri seterusnya membataskan pergaulan mereka sedangkan pelbagai input luar yang mereka seharusnya ketahui. Sosial seseorang boleh dinilai dari aspek efektif atau nilai hidup.

Apa yang diterapkan dalam Pendidikan Jasmani ialah bagaimana seorang individu yang handal akan membantu individu yang lemah. amalan diskriminasi merupakan amalan yang hampir tidak wujud dalam Pendidikan Jasmani seterusnya dapat membentuk sosial individu yang seimbang. kebolehan dan potensi individu akan dikembangkan secara selari mengikut kemampuan masning-masing. proses ansur maju menjadi keutamaan dalam Pendidikan Jasmani. Sebagai buktinya. Jadi. Setiap individu akan melakukan perkara yang sama.Jadi. Oleh yang demikian. Maka. Begitu juga semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP). individu yang mahir dan handal akan bersama-sama untuk mencapai matlamat proses pembelajaran itu tadi. melalui Pendidikan Jasmani berupaya untuk membentuk seorang individu yang mampu bertolak ansur dengan individu yang lain di mana tidak hanya bergaul dengan individu yang hanya sama taraf. tiada amalan pilih kasih yang berlaku. 14 .

melalui Pendidikan Jasmani. maka lahirlah individu yang mempunyai modal insan seperti yang sering di uar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima. Dari setiap satu unsur. Dato¶ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.4. pelbagai budaya belajar dan juga nilai yang telah diterapkan dalam diri seseorang individu. Jelaslah di sini. Pendidikan Jasmani memberi ruang itu dan seterusnya telah memberi satu input dalam diri individu untuk berfikir secara rasional terhadap apa yang dilakukan. emosi. rohani. emosi. tetapi masih menggunakan pengetahuan dan juga teknik-teknik untuk bermain disertakan dengan cara untulk mengawal emosi ketika sdang bermain. terdapat beberapa aspek yang dapat dihuraikan dalam kelangsungan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) dalam subjek Pendidikan Jasmani.0 KESIMPULAN Kesimpulannya. rohani. Tanpa disedari. intelek dan sosial. Hal ini berlaku secara tidak langsung dan berupaya melatih individu untuk memantapkan lagi nilai yang ada dalam diri individu. Ini kerana Pendidikan Jasmani bukan hanya sekadar bermain dengan tulang empat kerat. Setiap satu unsur yang terdapat Falsafah Pendidikan Jasmani merupakan satu komponen yang lengkap bagi seseorang individu serta berpaksikan kepada Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan Jasmani mencapai objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani. Persekitaran yang terdapat di sekitar individu mempunyai pengaruh yang kuat. nilai yang terdapat dalam diri seseorang perlu dirangsang secara langsung ataupun tidak langsung agar potensi atau keupayaannya untuk menjadi lebih baik tidaj terbantut. Jika seseorang individu itu minat untuk bermain. intelek dan sosial. Hal ini kerana. Oleh yang demikian. Pendidikan Jasmani telah mencapai motif dan agenda utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 15 . bahawa Pendidikan Jasmnai membentuk seterusnya melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani.

y y y y y http://www. Penulis: Shaifol Bahary Sulaiman dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan Norazhan Che Lan & Hasnul Faizal Hushin Amri dari Universiti Teknologi Mara.univac. September 2006. Bhd.ca/learning http://www.ucc. Norazhan Che Lan.html http://www.ca/learn http://www.edu/walsh/linda7.uni. Perlis. y BUKU RUJUKAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM) -HBPE1130 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI.k12.vt.edu/stdysk/stdyhlp.us/resources 16 .mn. Meteor Doc Snd.BIBLIOGRAFI y Pengenalan Pendidikan Jasmani.sdc.isd77.coun.uwo.html http://www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful