Tajuk Perayaan

: Hari Raya Aidilfitri

Senarai Semak Bil Sumber i. Tajuk kajian ii. Senarai kandungan iii. Penghargaan iv. Objektif Kajian v. Kaedah Kajian vi. Hasil Kajian vii. Rumusan viii. Lampiran ix. Rujukan Markah Tandakan (/)

Tajuk Kajian

Berdasarkan tugasan Kerja Kursus Sejarah yang telah diberikan kepada saya, saya telah memilih Perayaan Tahun Baru Cina sebagai tajuk kajian yang akan dijalankan oleh saya pada kali ini.Antara faktor saya memilih Perayaan Tahun Baru Cina ini ialah kerana saya ingin meneroka tentang budaya dan perayaan kaum Cina .Untuk pengetahuan pihak tuan, negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama,maka saya boleh menyiapkan tugasan pada kali ini dengan lebih mudah lagi .Saya jug memilih perayaan ini kerana saya boleh membuat rujukan dengan kedua ibu-bapa saya iaitu Encik Badrulhishammudin Bin Din ( Bapa ) dan Che Rosnah Binti Talib ( Ibu ) saya. Selain itu, saya juga boleh mendapatkan maklumat yang lebih jelas melalui sumber rujukan perpustakaan awam yang terletak berdekatan dengan rumah saya iaitu lebih kurang lima kilometer dari rumah saya.Selain itu, saya juga memilih tajuk kajian ini kerana majoritinya penduduk yang tinggal di taman saya berbangsa Cina.Ini memudahkan saya untuk menemu-bual mereka berkenaan dengan hari perayaan berkenaan.Akhir sekali, saya juga dapat menfaatkan semua kemudahan-kemudahan ini bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini. Akhirulkallam, saya berharap agar tugasan Kerja Kursus Sejarah ini dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Sejarah.

.

Bilangan 1 Kandungan Tajuk Kajian 2 Senarai Kandungan 3 Penghargaan 4 Objektif Kajian 5 Kaedah Kajian 6 Hasil Kajian 7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan .

.

Akhir sekali.PENGHARGAAN Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada guru subjek Sejarah. Badrulhishammudin Bin Din (Bapa) dan Che Rosnah Binti Talib (Ibu) kerana telah banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tugasan ini dijalankan tidak kira sama ada dari segi kewangan atau pendapat. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa saya. penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua rakan-rakan saya atas sumbangan mereka untuk memberikan idea dan pendapat serta pertolongan yang telah banyak mereka sumbangkan kepada saya ketika dalam proses untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini. Encik Rozaidi bin Ishak yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. .

.

Akhir sekali. saya berharap dengan selesainya penghasilan Kerja Kursus Sejarah ini. . Kajian yang telah saya lakukan merangkumi perkara di bawah : Kajian ini dijalankan secara amnya ialah untuk mengenal pasti dan mendalamkan lagi pengetahuan tentang sejarah perayaan tradisional yang terdapat di negara kita yang tercinta ini dengan sahih. maka saya dapat memupuk sikap rasa sayang akan warisan tinggalan nenek-moyang di dalam diri saya ini iaitu Perayaan Tahun Baru Cina. saya telah dikehendaki menyiapkan satu tugasan berkenaan dengan perayaan tradisional yang terdapat di Negara Malaysia ini. Oleh itu saya telah memilih untuk melakukan satu kajian yang mendalam berkenaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Secara khususnya kajian ini adalah untuk menyiapkan satu folio Kerja Kursus Sejarah berkenaan dengan perayaan tradisional yang terdapat di negara ini dengan tepat serta dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak tuan..OBJEKTIF KAJIAN Untuk pengetahuan tuan. tuan bolehlah menilainya dengan penuh teliti.Saya juga berharap melalui penghasilan Kerja Kursus Sejarah ini.

.

Sayajuga telah menemu-ramah kedua ibu bapa saya iaitu Encik Badrulhishammudin Bin Din dan Che Rosnah Binti Talib dalam usaha memperolehi maklumat berkenaan dengan perayaan Tahun Baru Cina ini.Oleh itu. Selain itu.KAEDAH KAJIAN Untuk pengetahuan pihak tuan.Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah temu-ramah orang sumber.Ini bertujuan untuk memastikan agar segala maklumat yang telah saya perolehi benar semuanya. Ini bertujuan untuk mendapat maklumat yang lebih tepat bagi perayaan ini Akhir sekali. Saya telah melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan perayaan Thun Baru Cina. Lokasi kajian yang telah dipilih oleh saya adalah amat bersesuaian dengan tajuk kajian yang telah dihasilkan oleh saya kerana hampir 50% penduduk taman ini berbangsa Cina. saya juga telah membuat beberapa sumber rujukan internet. saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk tugasan yang diberikan. Kedah Darul Aman. Saya juga telah memerhatikan keadaan di sekeliling lokasi kajian saya iaitu Taman Teratai Indah. disebabkan saya masih belum berpuas hati dengan maklumat yang telah saya perolehi. Sungai Petani. dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini. maka saya telah memutuskan ingih melakukan kaedah pemerhatian dan juga lawatan di lokasi kawasan tersebut. saya telah memerhatikan bagaimana akan keadaan suasana semasa Perayaan Tahun Baru Cina disambut. Di sini. . Saya telah melakukan beberapa kaji selidik bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

.

Bagi bangsa Cina. masyarakat yang beragama Islam akan bersiap-siap untuk menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri.Pada hari ini.Ia dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri. Lebaran di Indonesia. Shemai Eid di Bangladesh.Mereka juga akan saling bermaaf-maafan antara sesama ahli keluarga. . Ramazan Bayram di Turki. Tarikh / tempoh Masa Yang Dijalankan Tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan ialah pada 1 Syawal setiap tahun. Idul Fitri.HASIL KAJIAN Nama Perayaan Lain / Nama Lain Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini disambut oleh semua umat Islam di dunia ini. Eid.Perayaan ini disambut selepas bermulanya tahun baru melalui kalendar Cina.Di Negara lain.permulaan tahun baru mereka ialah melalui kalendar mereka dan bukannya pada 1 Februari. 'Ayd al-Fi r dan Hari Raya Puasa di Negara Malaysia ini. ia dikenali sebagai Hari Raya Fitrah. Pihak / Etnik / Kaum Yang Terlibat Masyarakat yang menyambutnya ialah golongan yang berbangsa Cina di serata dunia ini.

Ini akan membuatkan suasana di sesebuah rumah menjadi lebih ceria dan gembira serta dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara sesame anggota keluarga.Tujuan Perayaan Hari Raya disambut kerana bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam yang telah berjuang dengan berpuasa pada bulan Ramadhan. LATAR BELAKANG .Tujuan Hari Raya Aidilfitri disambut adalah untuj memberikan ahli keluarga untuk saling bermaaf-maafan.Mereka juga akan melawat dan saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain.Mereka akan menyambutnya dengan suasana yang meriah tidak kiralah miskin atau kaya orang yang menyambutnya.Umat Islam juga akan menghiaskan rumah mereka agar suasana menjadi lebih ceria ketika kedatangan tetamu yang melawat.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama. malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. .Sejarah / Asal-Ususl Perayaan Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Hari Raya adalah hari untuk bergembira. Pada Hari Raya. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. iaitu hijau atau kuning. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan Upacara Khusus Dalam Perayaan Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan. dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Kalimat µfitri¶ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri). antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas . bermaaf-maafan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya. sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah.

Sudut agama pula. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s. tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami.Biasanya minggu pertama . bertasbih. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan. malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang.w. bertahmid dan bertakbir kepada Allah. dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. " Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.w." dan juga riwayat dari Umar ( ) menyebutkan bahawa: "Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. Malah diriwayatkan juga Ali k.polimer RM 5. Ini adalah kerana pada masa dahulu.

Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus Individu yang mengetuai upacara khusus bagi Perayaan Hari Raya Aidilfitri ialah biasanya diketuai oleh ketua bagi sesebuah institusi keluarga. dan rumah-rumah saudara-mara yang akan dikunjungi oleh para tetamu selepas berakhirnya Solat Hari Raya Aidilfitri.hari raya. Tempat Khusus Sambutan Dijalankan Antara tempat khusus Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan ialah seperti di tanah perkuburan Islam. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN .Ketua upacara ini akan memastikan upacara yang dijalankan berjalan dengan lancer serta tidak bertentangan dengan hukum syariat.jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak. Masjid.

Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. sekolah. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung. adik-beradik. sahabathandai. suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Persiapan Semasa Hari Raya Aidilfitri Antara persiapan yang dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri ialah masyarakat yang beragama Islam akan menunaikan Solat Hari Raya Aidifitri di masjd yang berdekatan pada waktu pagi bermula tepat pukul 8.Akhir sekali. mereka akan saling menziarahi antara satu sama lain dengan melawat dari sebuah rumah ke rumah yang lain.Seterusnya. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara. Bank. mereka akan pergi menziarahi kenalan-kenalan yang sudah pergi meninggalkan dunia / meninggal dunia seperti ibu-bapa. kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.30 pagi hari tersebut. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran.Persiapan Sebelum Perayaan Disambut Di Malaysia. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.Selepas itu. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. . dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. dan lain-lain lagi.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui . Hari Raya adalah hari untuk bergembira. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.masyarakat yang beragama Islam akan saling bermaafan atas kesalahan yang telah dilakukan serta golongan tua akan memberikan wang raya atau lebih dikenali sebagai µ duit raya¶ kepada golongan kanak-kanak. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri). Pada asasnya. masyarakat yang beragama Islam akan melakukan µ puasa enam¶ untuk melengkapkan amalan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Persiapan Selepas Hari Raya Aidilfitri Selepas berakhirnya. bermaaf-maafan. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada hari yang pertama. Amalan Sampingan Amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

Pada tahun 2005. Pada Hari Raya. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. pemakaian batik. antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood. Simbol Hari Raya Aidilfitri . Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". songket. iaitu hijau atau kuning. Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan. sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5. Kadangkala amalan pemberianDuit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah Pakaian Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya.

tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun. tumbuh-tumbuhan. dan kuih raya. Namun begitu. dodol. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. geometri. Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikhtarikh berikut. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan. Tarikh Perayaan Aidilfitri dalam Kalendar Masihi Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. lontong. bunga-bungaan.Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri. 2008: 1 Oktober y . Oleh itu.

bermula terbenamnya matahari KESAN PERAYAAN .y y y y y y y 2009: 21 September 2010: 10 September 2011: 31 Ogos 2012: 19 Ogos 2013: 8 Ogos 2014: 29 Julai 2015: 19 Julai Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut.

hubungan kekeluargaan semakin erat melalui ´makan besar´ yang melibatkan seluruh ahli keluarga. Setiap perayaan merupakan penantian bagi ahli keluarga setiap tahun untuk bertemu dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah. Setiap perayaan merupakan penantian bagi ahli keluarga setiap kekeluargaan. mengacau dodol dan merebus ketupat. Kesalahan dan perasaan negatif akan dapat dileraikan melalui konsep bermaaf-maafan di pagi Hari Raya dan . Begitu juga bagi masyarakat Melayu.Kepada Kekeluargaan Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan. Pada kebiasaannya seminggu sebelum Hari Raya setiap keluarga akan sibuk membuat persiapan di rumah di rumah termasuk membuat biskut raya. Persediaan untuk makan malam tersebut yang diadakan secara bersama-sama ahli keluarga. amalan bermaaf-maafan pada Hari Raya akan menimbulkan rasa keinsafan antara ahli keluarga. Situasi seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaanBagi masyarakat Cina. menjahit langsir. Selain itu. Mereka akan berkumpul dalam majlis makan tersebut yang diadakan sehari sebelum Tahun Baru Cina. aktiviti mengacau dodol akan melibatkan kerja secara bergotong-royong dan melibatkan ahli keluarga.

kestabilan politik.Saya yakin dan percaya usaha mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia seumpama ini akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang dasar dan program kerajaan termasuk tanggungjawab memelihara. mengukuh dan mengekalkan perpaduan nasional. Keadaan yang aman ini telah membolehkan kerajaan merancang pembangunan negara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata. Perpaduan Selain daripada institusi keluarga. Dengan adanya perpaduan. Justeru adalah menjadi tanggungjawab .sepanjang kunjungan para tetamu. Sesungguhnya perpaduan di kalangan masyarakat merupakan salah satu pra-syarat kepada kekuatan negara. kita mampu mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni. Hari ini. kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. kita membuktikan perpaduan adalah kunci keamanan. masyarakat juga memainkan peranan yang sama penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian.Dengan cara ini kita membendung perasaan perkauman dan kita pupuk sikap toleransi terhadap cara hidup masing-masing. Bukan mudah bagi sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dengan rukun damai serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Amalan seperti ini wajar diteruskan agar situasi harmoni dalam kalangan masyarakat di Malaysia dapat dikekalkan. kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan negara.

Golongan remaja juga dapat mempelajari akan budaya masyarakat yang telah disambut sejak zaman nenek-moyang mereka . perayaan ini juga dapat mempamerkan betapa indahnya budaya perayaan yang disambut di Negara Malaysia ini. Pelancongan Kesan Hari Raya Aidilfitri ini kepada sector pelancongan ialah dapat menarik minat para pelancong asing supaya lebih berminat untuk melawat Negara Malaysia ini. Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin merupakan faktor penting bagi menentukan masa depan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni. Inilah formula keamanan Malaysia. Kebudayaan Antara kesan-kesan Hari Raya Aidilfitri kepada bidang kebudayaan ialah dapat memastikan agar perayaan ini tidak dilupakan oleh golongan remaja pada masa kini seterusnya tenggelam di arus zaman.setiap daripada kita yang cintakan keamanan dan kemajuan untuk memastikan perpaduan di dalam masyarakat bukan sahaja dikekalkan.Di samping itu. malah dipupuk dan dipereratkan lagi.

lagi.Kita juga dapat memperturunkan budaya ini dari .Ini kerana para pembeli yang datang akan sentiasa membeli barang-barang yang diperlukan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilftri seperti daun palas yang digunakan untuk membalut ketupat. dan lain-lain lagi.Bagi umat Islam pula. mengeluarkan zakat.Mereka juga akan dapat memeliharanya agar tidak tenggalam di arus zaman serta dapat memeliharanya untuk generasi yang akan datang. mereka akan mematuhi segala adatistiadat yang telah diperturunkan kepada mereka dari sesebuah generasi ke generasi yang lain. Keagamaan / Kepercayaan Bagi sesebuah masyarakat yang beragama. buluh untuk membuat lemang minyak pelita. Pengekalan Tradisi Melalui sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. sampul wang raya. kita dapat mengekalkan perayaan tradisi ini dari lenyap di arus zaman. mereka akan berasa bersyukur keran dapat menunaikan segala perintah Allah melalui berpuasa ketika Bulan Ramadhan.Begitulah juga kepada mereka yang beragama Islam. dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan kemenangan di bulan puasa. Peluang Perniagaan Para peniaga yang meniagakan barangan yang digunakan sempena Hari Raya Aidilfitri akan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda.

Kita juga dapat menambahkan pengetahuan kita dengan cara menyambut hari perayaan ini.Kita juga dapat membendung segala gejal negatif melalui budaya ini. kita dapat lihat bagaimana dengan sikap anak-anak muda sekarang yang suka merempit dan melakukan gejal negatif yang lain. kita mestilah mengamalkan budaya ini kerana dapat membendung diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia. kita juga dapat memperolehi dan dapat menimba pengalaman ketika membuat persiapan menjelang hari perayaan ini.Selain itu.satu generasi ke generasi yang lain.Pada zaman ini. Pendidikan / Pengetahuan Melalui Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini. kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi akan sejarah hari perayaan ini. .Oleh itu.

.

Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah hari perayaan yang begitu tinggi nilainya.Sebagai seorang daripada rakyat Malaysia. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza amalan dan budaya. banyak pengetahuan. Perayaan Hari Raya Aidilfitri ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. agama.RUMUSAN Alhamdulillah. namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi di dalam kalangan rakyat tidak kiralah walaupun kita berlainan bangsa. Keunikan adat dan yang terdapat di dalam Perayaan Hari Raya Aidilfitri dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk menyaksikannya. . pengajaran dan nilai yang telah saya peroleh dan dapat dijadikan iktibar.Walaupun perayaan ini juga terdapat di negara lain tetapi keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malysia. bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. dan warna kulit. Ketika menjalankan kerja kursus ini.Apabila tiba musim perayaan. kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekali gus dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini. rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat.

ketabahan. kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurnanya.Saya juga dapat menerapkan nilai kesabaran.Nilai kerjasama telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu dan bertungkus-lumus untuk mencari maklumat mengenai hari perayaan ini. .

.

Foto 1 : Ketupat Bawang Foto 2 : Lemang .

Foto 3 : Baju Melayu Lelaki Foto 4 : Lampu pelita yang dipasang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri .

Foto 5 : Songkok yang dipakai oleh golongan lelaki bagi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di masjid Foto 6 : Kain sampin yang dipakai bersama Baju Melayu oleh golongan lelaki ke masjid .

Foto 7 : Ketupat palas yang dibuat oleh golongan ibu semasa Hari Raya Aidilfitri Foto 8 : Sampul yang berisi duit raya yang diberikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak mereka semasa Hari Raya Aidilfitri .

Foto 9 : Baju Kurung yang dipakai oleh kaum wanita semasa perayaan Hari Raya Aidifitri Foto 10 : Suasana ketika di sebuah Rumah Terbuka yang terletak berhampiran dengan rumah saya .

Foto 11 : Antara kuih raya yang dihidangkan ketika Perayaan Hari Raya Aidilfitri Foto 12 : Acara gotong-royong mengacau dodol yang dilakukan oleh penduduk kampung di Yan. Kedah Darul Aman .

.

.

org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri 2.Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. Bhd.1995.Penerbit Fajar Bakti Sdn.wikipedia.html Buku ilmiah A. 4 Jalan U1/15.sepaku.Rujukan Rujuk lampiran Internet 1. Bhd.net/sepaku-nur-addin/9754-sejarah-hari-raya. 40000 Shah Alam.Siri Pengetahuan Popular-Perayaan Orang Melayu.Penerbit Fajar Bakti Sdn. http://www. .Seksyen U1 Hicom-Glenmarie Industrial Park. http://ms. Selangor Darul Ehsan.

Akhbar Skuad Sinar Cakna Zon Utara Orang Sumber Encik Badrulhishammudin Bin Din ( Bapa ) dan Che Rosnah Binti Talib ( Ibu ) .

.

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu. Tahun Baru Cina. Iban. Kita mempunyai Hari Raya Aidilfitri.ELEMEN 3 Negara kita Malaysia. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita di luar tentang erti perayaan sebenar. Cina dan India. perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan. Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus berganding bahu membangunkan negara yang maju dan makmur. Krismas dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Deepavali. Di samping itu. Sememangnya.Malaysia telah diperintah oleh Perdana Menteri dengan persetujuan Yang Di ± Pertuan Agong. melalui perkongsian perayaan. Majlis Raja-raja Melayu bagi setiap negeri dan sokongan pihak rakyat. merupakan sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan corak pemerintahan sistem berdemokarasi. Penan dan sebagainya. malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan. Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Kesan yang paling . Tambahan pula. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini. masyarakat negara ini mengamalkan konsep perayaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Namu. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Lawatan ke rumah terbuka yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan akan menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Malahan. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Jadi. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Sudah pasti situasi ini mejana pertumbuhan ekonomi negara. kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya semangat bersatu padu dan berharmoni yang utuh di negara ini dan menjadi sanjungan masyarakat luar. Masyarakat di bandar dan luar bandar akan berusaha dengan rajin dan gigih bagi meningkatkan sumber pendapatan masingmasing.ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Selain itu. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. apabila mereka melihat suasana perayaan barulah merak memahami dan menyanjungi erti perpaduan. . Kekerapan masyarakat untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan.

. perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambangkan erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antarakaum. Kita harus bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana dapat menikmati kepelbagaian perayaan yang unik. Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.Kesimpulannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful