2.3.

2 Kepercayaan kepada Malaikat Beriman kepada malaikat adalah salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam. Beriman kepada malaikat ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah telah menciptakan malaikat daripada cahaya (Haji Said, 1996). Malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhaka kepada Allah dan tidak pernah membantah apa sahaja yang diperintah Allah kepada mereka. Malaikat-malaikat itu adalah sejenis makhluk Allah Azza Wajalla yang kita wajib beriman terhadap kewujudan malaikat-malaikat itu. Firman-firman Allah s.w.t yang bermaksud, Rasulullah S.A. W telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikatmalaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.Mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasul-Nya... (Al-Baqarah: 285) Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala kitab dan sekalian nabi... (Al-Baqarah: 177) Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA ketika malaikat Jibril datang kepada Nabi s.a.w menyerupai seorang Arab Badwi bertanya mengenai iman. Rasulullah s.a.w menjawab yang bermaksud, Bahawa beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitabkitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan takdir baik dan jahat (Riwayat Muslim) Nas-nas tersebut adalah menjadi dalil wajib beriman dengan malaikat-malaikat dan tidak diterima iman seseorang itu jika mereka tidak beriman kepada malaikat. Mereka yang ingkar kewujudan malaikat adalah termasuk dalam golongan orang-orang kafir dan telah sesat sejauh-jauhnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, .Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya (An-Nisa': 136) Allah s.w.t terlebih dahulu menciptakan malaikat sebelum mencipta manusia. Sebelum itu Allah s.w.t telah memberitahu kepada semua malaikat bahawa manusia akan diciptakan untuk dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dan ingatlah! Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang) hikmat ketetapan Allah itu dengan berkata : Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Mu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah: 30) Allah s.w.t menciptakan malaikat itu daripada nur (cahaya) sebagaimana Allah menjadikan Nabi Adam AS daripada tanah dan menciptakan jin daripada nyalaan api. Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Aisyah R. A bermaksud, Malaikat itu diciptakan daripada nur (cahaya) dan jin diciptakan daripada nyalaan api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diterangkan kepada kamu (Riwayat Muslim) Malaikat, suatu 'alam yang halus dan termasuk dalam alam yang ghaib yang tidak dapat dirasai oleh pancaindera insan dan malaikat itu tidak termasuk dalam golongan makhluk yang wujud jasmaniyahnya iaitu tidak dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa. Malaikat hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan manusia. Oleh itu malaikat tidak pernah dilihat oleh manusia. Perihal keadaan dan hakikat yang sebenarnya hanya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja. Malaikat itu bersih daripada syahwat haiwaniyah dan jauh dari keinginan hawa nafsu dan perbuatan perbuatan dosa dan maksiat. Mereka tidak makan, minum, tidur dan berkahwin. Malaikat-malaikat mempunyai alamnya yang tersendiri. Mereka bebas mengikut hal ehwal mereka sendiri dan tidak melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan oleh manusia.

Malaikat itu juga boleh menjelma menyerupai bentuk manusia atau lain-lain bentuk yang boleh dilihat. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab, malaikat Jibril itu datang menjelma menyerupai keadaan seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, sangat hitam rambutnya, tidak diketahui dari mana datangnya lelaki itu. Lelaki tadi terus duduk berhadapan dengan Nabi s.a.w lalu menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi dan meletakkan dua tapak tangannya ke atas dua paha Nabi. Kemudian lelaki tadi mulai mengemukakan pertanyaan pertanyaan tersebut. Selepas itu, ia pun hilang tidak diketahui ke mana perginya. Nabi pun bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Adakah kamu kenal siapakah yang datang tadi?" Sahabat sahabatnya menjawab : "Kami tidak kenal ya Rasulullah". Maka Nabi s.a.w bersabda :"Itulah malaikat Jibril". Hadith yang diriwayatkan daripada Umar al-Khattab ini juga menjadi dalil bahawa malaikat-malaikat itu boleh menyerupai bentuk manusia dan lain-lain bentuk yang dikehendaki Allah, dimana malaikat Jibril itu selalu datang menemui Rasulullah s.a.w membawa wahyu untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. 2.3.2.1 Kejadian dan hakikat Malaikat Malaikat-malaikat itu berbeza di antara satu malaikat dengan satu malaikat yang lain, sebagaimana ada perbezaan mereka dari aspek kedudukan, pangkat, tug dan sebagainya. Semua perkara itu as hanya diketahui oleh Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t bermaksud, Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap dua, tiga dan empat. Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan -Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Faatir: 1) Maksud firman Allah s.w.t ini memberi pengertian yang jelas bahawa Allah s.w.t menciptakan malaikat berupa makhluk yang bersayap. Di antaranya ada yang bersayap dua, tiga dan empat. Ada pula yang lebih dari itu. Semuanya ini adalah menunjukkan nilai dan kedudukan malaikat malaikat itu di sisi Allah s.w.t dan juga tentang kekuasaannya cepat atau lambatnya berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Imam Muslim dan Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas'ud R.Ayang bermaksud, Bahawa Rasulullah s.a.w melihat Jibril A.S mempunyai enam ratus sayap (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Malikat-malaikat itu masing-masing diberi oleh Allah darjat kedudukan yang tertentu dalam menunaikan perintah-perintah Allah serta menyampaikan risalah-risalah-Nya dan mereka sentiasa bertasbih. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Malaikat-malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata :Dan tidak ada sesiapa pun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukanyang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya) dan sesungguhnya Kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat) dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan) (As-Saafat: 164-166) Maksud ayat di atas menjelaskan bahawa malaikat-malaikat itu mempunyai darjah kedudukan yang tertentu dan masing-masing menjalankan tugas yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikatmalaikat itu juga taat melaksanakan perintah Allah dan beribadat kepada-Nya. Mereka juga sentiasa bertasbih dan mensucikan Allah dari segala sifat kekurangan. Sehubungan dengan ini, perlu dinyatakan bahawa sayap malaikat-malaikat itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib yang wajib setiap orang yang beriman mempercayainya tanpa mempersoalkan bagaimana keadaan, sifat bentuk, warna dan lain-lainnya kerana orang-orang yang beriman tidak di wajibkan untuk mengetahui perkara-perkara tersebut di mana Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak memberitahu mengenai perkara itu. 2.3.2.2 Peranan dan tanggungjawab Malaikat mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu. Di bawah ini dikemukakan tugas -

Di sebelah kanan setiap orang mukallaf (yang cukup umur dan kelayakan memikul tanggungjawab beragama) ada seorang malaikat yang mencatakan amal kebajikan. Ia di bawa turun Malaikat Jibril yang amanah.a. yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatubahaya) dengan perintah Allah. Malaikat penulis amalan manusia yang mulia dan jujur (al-Kiramul Katibun) Tugas mereka ialah menulis dan mencatatkan semua amal perbuatan umat manusia. 1. Firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran iti adalah benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam...tugas para malaikat itu secara agak terperinci berdasarkan keterangan yang didapati daripada al Qur'an dan hadith. 2. iaitu menjadi duta dan utusan di antaraNya dengan para Rasul-Nya.w.w di dalam Israk dan Mikraj.a. seperti firman Allah s...t mengenai agama si mati dan juga diri Nabi Muhammad s. (ar-Rad: 11) Ibnu Abbas R. Yang kuat gagah.w. Mikail Tugasnya ialah menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman dan tumbuh -tumbuhan. . yang disifatkan oleh Allah sebagai mempunyai sifat kuat dan amanah di dalam firman-Nya yang bermaksud: Sebenarnya al-Quran itu. 3. manakala di sebelah kiri pula ada seorang malaikat yang menuliskan amal jahatnya. 4. orang berkenaan akan ditimpa bencana. juga mengumpulkan data amalan mereka itu. Izrail Diberi tugas khas yang sangat penting iaitu mengambil nyawa (roh). di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy.w. yang ditaati di sana ( dalam kalangan malaikat) lagi dipercayai (At-Takwir: 19-21) Allah s.ke dalam hatimu. sedangkan mereka (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya) (AI-An'am: 61) 5. supaya engkau(wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi pemberi ajar an dan amaran (kepada umatmanusia) (Asy-Syu'araa': 192-194) Dan ada pula hadith sahih daripada Rasulullah s. sungguh-sungguh kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia. (Tafsir Ibnu Kathir).t yang bermaksud: Bagi tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya. lagi berkedudukan tinggi. Israfil Tugas yang telah diserahkan Allah kepadanya ialah meniupkan sangkakala pada hari kiamat kelak. Jibril Jibril dan juga dipanggil Ruhul Qudus.a. Tetapi bila tiba takdir Allah. Dia mempunyai ramai pembantu daripada para malaikat juga.w sendiri yang menyatakan bahawa malaikat Jibrillah yang telah menjadi teman kepada Rasulullah s. maka malaikat yang mengawalnya itu pun mengelakkan diri daripadanya. Dengan demikian maka Jibril membawa turun wahyu Allah kepada para rasul-Nya.Sehingga apabila sampailah ajal maut kepada seseorang di antara kamu.a. Munkar dan Nakir Tugas kedua-dua malaikat ini ialah menyoal orang yang mati di dalam kubur mereka mengenai Allah s.w (Al-Jazaairi. Firman Allah s. lalu diambil (nyawanya) oleh utusanutusan Kami (malaikat).t telah mengurniakan kepada Jibril dengan tugas yang mulia dan penting.w dalam Israk dari Mekah ke Masjid Aqsa dan perjalanan Mikraj dari Masjid Aqsa ke Sidratul Muntahaa yang mulia dan agung itu. 1986). 6. Di dalam perjalanan itu Jibrillah yang menjadi teman Rasulullah s.A mentafsirkan ayat ini sebagai : Malaikat-malaikat itu menjaganya dari sebelah hadapan dan belakangnya.w.t yang bermaksud: .

disebabkan dengan kesabaran kamu.w. (bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab. 7. itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud. Ia terus menerus membakar kulit manusia. Allah Taala berfirman:" Demi sesungguhnya. kerana (merekalah sekuat-kuat dan sebetul-betul makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) kami tidak menerangkan jumlah mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu (Al-Muddathir: 26-31) Ketua az-Zabaniah itu dinamakan Malik. iaitu yang ditugaskan menjaga perbendaharaan dan segenap isi syurga. Tetapi bila tiba hari kiamat mereka ditambah dengan seramai empat puluh orang pembantu lagi. mereka itu terdiri daripada para malaikat yang sangat ramai dan tidak terhitung jumlah mereka. Firman Allah yang bermaksud: Sedangkan malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu. serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa dan merayu) (Al-Mukmin: 7) .Mujahid pula mengatakan: malaikat mengawalnya ketika dia jaga dan juga pada ketika tidur dari gangguan jin. Dialah Pengurus Besar Syurga dan ketua segala pengawal syurga. Firman Allah s. dan beriman kepada-Nya. Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui rasul kami). tugas yang telah ditetapkan kepada mereka ialah menjaga kesemua neraka dan pengusaha yang mengazabkan para penghuni neraka. akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya. yang sentiasa berada bersama malaikat maut itu. Firman Allah s.t mengenai keadaan penghuni neraka yang bermaksud: Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)".. seperti firman Allah s. kerana kamu) tidak sukakan kebenaran itu (Az-Zukhruf: 77-78) 8. yang berada di sekelilingnya. Dan apajalannya engk au dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkan (binasa terus). Dan (ketahuilah bahawa hikmat) kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat. manusia dan binatang-binatang yang membahaya. Malaikat Ridwan. Az-Zabaaniah Mereka terdiri daripada sembilan belas malaikat. 9. Para penanggung/ pemikul/ pengusung 'Arasy (iaitu singgahsana Tuhan) atau dipanggil ('Arasyur Rahman).w. . Para pengawal (khadam) syurga. pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). 10. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu (al-Rad: 23-24) Dan ada hadith (riwayat at-Tarmizi) yang menyatakan bahawa setiap orang penghuni syurga itu ada pembantu dan orang-orang suruhan daripada para malaikat yang tidak kurang dari lapan puluh . sedangkan mereka tidak cuai. bertasbih memuji Tuhannya. (memberi hormat dengan berkata) : " Selamat sejahteralah kamu berpanjangan.Dan 'Arasy Tuhanmu pada hari itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu (Al-Haqqah: 17) 11. di dalam surah di atas. Mereka empat orang semuanya.w.t yang bermaksud: Malaikat yang memikul 'Arasy dan malaikat. Para pembantu malaikat maut Iaitu ada dua golongan iaitu malaikat rahmah dan malaikat azab.t yang bermaksud: Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. utusan-utusan Kami mengambil nyawanya.

Mereka itu berkumpul . Buktinya ialah hadith ini yang bermaksud: Allah ada mempunyai ramai malaikat di bumi. celaka atau bahagiakah? Bagaimana rezekinya? Bagaimanakah ajalnya? Maka kesemuanya itu akan dicatatkan di dalam perut ibunya (Riwayat Al-Bukhari) 13.t untuk menjaga bukit-bukau dan gunung-ganang berpandukan hadith Rasulullah s. gunung-ganang. 1.w. Ada sebahagian lagi malaikat yang mempunyai hubungan yang khusus dengan manusia.a. maka (Hammad) pun berkata: Maka seluruh penghuni langit pun bercakap-cakap mengenai suatu roh yang baik yang baru tiba dari dunia (bumi). "Malaikat pun berkata: " Wahai Tuhanku lelakikah atau perempuan. Para malaikat yang selalu berjalan berulang alik dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain (meronda) .w : Lalu saya telah dipanggil oleh malaikat yang menjaga gunung-ganang sambil memberi salam kepada saya dengan mengatakan: "Wahai Muhammad. lalu roh itu dibawa menghadap Tuhannya 'Azza wa Jalla. Malaikat bertugas bila sahaja seseorang hamba Allah itu mendoakan sesuatu untuk saudaranya yang beriman yang tiada bersamanya maka malaikat itu akan berkata: " Amin dan engkau pun akan beroleh seperti itu juga". juga kerana berpandu kepada hadith riwayat Imam Muslim yang bermaksud : Doa seseorang Islam kepada saudaranya seorang Islam yang lain yang ghaib (tidak berada di hadapannya) adalah diperkenankan kerana di hujungnya kepalanya ada seorang malaikat yang ditugaskan khas untuk menerima doanya itu pada setiap kali orang itu berdoa untuk saudaranya dengan doa yang baik maka malaikat yang ditugaskan itu berkata: "Amin.(malaikat). iaitu para malaikat yang selalu meronda. Ya Tuhanku Alaqah (sebuku darah beku). berdasarkan hadith riwayat Imam Muslim: Sebaik sahaja roh seorang beriman itu keluar dari jasadnya maka roh itu disambut oleh dua orang malaikat yang ditugaskan khas lalu dibawanya roh itu naik. apa sahaja perintah akan saya jalankan.w. kemudian Allah pun berfirman : " Bawalah roh itu bersemadi di tempat yang mulia hingga ke akhir masa. Malaikat yang ditugaskan untuk membawa naik roh hamba Allah yang mati. iaitu malaikat yang ditugaskan oleh Allah s. Ya Tuhanku (seketul daging). semoga Allah memberi selamat sejahtera kepadamu dan kepada badan yang mengandungimu. 12. Malaikat-malaikat bergilir-gilir mengawasi manusia dalam alam dunia ini. dan jika anda mahu saya boleh menindih mereka dengan Akhsaybain (dua gunung di Mekah) (dikeluarkan oleh An Nasai dan Ibnu Hibban) 14.t telah memberi tugas kepada seorang malaikat untuk menjaga rahim (kandungan) maka malaikat pun berkata: Ya Tuhanku Nutfah (air benih). Malaikat yang ditugaskan mengawal rahim (kandungan wanita) berpandukan hadith: Sesungguhnya Allah s.w kepadanya.di antaranya ialah. 16). Malaikat penjaga bukit-bukau. iaitu suatu golongan malaikat yang selalu berjalan-jalan meronda di seluruh muka bumi yang tugas mereka ialah menyampaikan salam dan selawat umat Nabi Muhammad s. apabila Allah hendak menjadikannya suatu makhluk hidup maka. Maka kata Hammad (yang meriwayatkan hadith) maka berbau semerbak bauan kasturi. dan anda sendiri pun akan mendapat kebajikan seperti yang anda mintakan untuk saudaramu itu .a. Tugas mereka ialah menjadi khadam (orang suruhan) kepada penghuni syurga yang berkenaan itu. untuk menyampaikan salam umatku kepadaku (dikeluarkan oleh An Nasai dan Ibnu Hibban) 15. Dan (Hammad) menyebutkan cerita roh orang kafir bertentangan dengan roh orang beriman tadi.

yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka) orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka.A yang bermaksud.hadith Hasan) Malaikat-malaikat juga merendahkan sayapnya kepada orang-orang yang belajar ilmu kerana kegembiraan mereka melihat orang-orang yang belajar. Maka sesiapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan amin malaikat. Hadith yang diriwayatkan daripada Abi AdDarda' R. wajib beriman kepada malaikat-malaikat yang menjadi salah satu dari rukun iman yang enam.w dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah R. Lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka itu dan Dia adalah lebih mengetahui (tentang keadaan perbuatan hamba hamba-Nya itu). Apabila Imam berkata :"ghairil maghdhu bia'laihim Wala dhaallin" maka hendaklah kamu mengucapkan "amin".w bersabda dengan maksudnya.3. kerana sesungguhnya malaikat-malaikat pun mengucapkan "amin".a. Dialah (Allah) yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang benderang (iman dan taat) dan adalah Dia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat) (Al-Ahzab: 43) Diriwayatkan daripada Abu Umamah R. Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenar-benarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar penghargaannya (Al-Mu'min:7-9) 3. Malaikat-malaikat yang bertugas malam bergilir-gilir dengan malaikat-malaikat yang bertugas siang (mengawasi apa yang dilakukan oleh manusia).A bahawa Rasulullah s. Sabda Rasulullah s. Firman Allah yang bermaksud. Malaikat-malaikat sentiasa mendoakan orang-orang yang beriman agar Allah menerima taubat mereka dan mengampunkan dosanya.(bertemu) di waktu solat Subuh dan solat Asar. Sesungguhnya para malaikat itu meletakkan sayapnya bagi orang-orang yang belajar ilmu pengetahuan kerana redha dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang belajar ilmu pengetahuan itu (Riwayat At-Tirmizi) Selain dari tugas-tugas tersebut. apabila mereka itu berkata : "Wala dhaalin". Firman Allah yang bermaksud. terutama para alim ulama.w bersabda dengan maksudnya. diampunkan baginya dosa yang lalu (Riwayat Al-Bukhari) 4. banyak lagi tugas malaikat dalam alam roh dan alam dunia yang tidak disenaraikan di sini. Dan malaikat-malaikat itu berkumpulan (bertemu) di waktu solat Subuh dan solat Asar. Sesungguhnya Engkaulah jua yang Maha Kuasa lagi Amat Bijaksana. kemudian naiklah malaikat-malaikat yang bermalam bersama-sama kamu itu. 2. Malaikat-malaikat memohon rahmat untuk orang-orang yang beriman. bagi setiap orang yang sudah mukallaf. Sungguhpun demikian. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya dan juga para penghuni langit dan burnt memberi selawat . Allah berfirman.A bahawa Rasulullah s. bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kamu tinggalkan mereka?.3 Kepercayaan kepada Kitab . Sabda Rasulullah s.A yang bermaksud.rahmat (mendoakan) ke atas orang-orang yang mengajar perkara-perkara kebaikan (Riwayat At-Tirmizi .a.a. Malaikat-malaikat bersama-sama dengan orang-orang yang solat yang mengucapkan amin. Malaikat-malaikat memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman dengan berdoa merayu : Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya.a. maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta mengikuti jalan-Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka. Malaikat-malaikat itu menjawab : Kami tinggalkan mereka itu di waktu mereka sedang solat dan ketika kami datang mereka juga sedang solat (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 2.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah R. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang kekal. seterusnya memasukkan mereka ke dalam syurga.

Saranan ini bertujuan agar mereka akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab beramal dan memelihara kitab Allah ini. terdapat beberapa ciri boleh dijadikan tanda dan ukurannya. maka ia bukan lagi merupakan naskah yang tulen. Seterusnya hendaklah kita berusaha mengamalkan segala isi kandungan al Quran. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud A. Dengan membaca al-Quran akan dapat menambah kebersihan jiwa. Membaca. Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Jiwa orang yang tidak mempedulikan ajaran al-Quran dalam al-Quran. Hendaknya kita hidup dengan al-Quran. ketenangan.w. Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Rukun Iman yang seterusnya yang wajib diimani oleh orang Islam ialah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Injil: diturunkan kepada' Nabi Isa A. keimanan dan ketakwaan kepada Allah. memahami. kita perlu meningkatkan kemahiran membaca dan memahami al-Quran. tetapi gagal atau tidak mahu beramal dengannya.3. kitab-kitab selain Al-Quran. Ia termasuklah." ii. Langkah positif yang perlu dilaksanakan untuk mendedahkan generasi muda kepada mendekati al Quran dengan memahami dan mengamalkan segala suruhan -Nya serta menjauhi segala laranganNya. makruh dan harus. jelas dan betul mengikut ilmu tajwid.1 4M .w. terutamanya kepada generasi muda. Memahami dan Menghayati Setiap peringkat kehidupan umat Islam perlu berpandukan kepada ajaran al Quran.a. Al-Quran hendaklah dibaca dengan tartil iaitu dengan bacaan yang terang. membaca. Hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya. i. mengamalkan dan menghafal. Ini penting supaya mereka tidak menjadi kaku ketika melihat huruf al-Quran. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu. Rasulullah s. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran akan menjadikan bacaan menyusuk ke dalam jiwa dan menyentuh perasaan pendengarnya.Quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh (Riwayat At-Tirmizi dari Ibnu Abbas) Untuk melihatkan bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan al-Quran. sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. Allah s. haram. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran. samalah seperti rumah kosong yang menunggu masa akan roboh.S. 2. Dengan membaca al-Quran. Kitab-kitab yang wajib diimankan ialah: Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa AS. Hendaklah sentiasa meneliti makna ayat.3.t berfirman bermaksud: Maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hqti mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran (Muhammad: 24) iy. Orang Islam percaya bahawa pada masa kini. Inilah manfaat dan faedah paling penting dan besar yang dapat dinikmati dan diperolehi daripada al-Quran selepas memahami isi kandungannya. memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-Quran.a. Janganlah biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa al-Quran. telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. ill. kita mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Hidup . Hendaklah al-Quran itu diajarkan kepada semua umat Islam iaitu disebarkan dengan seluasluasnya. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran. Amatlah uialang sekali jika umat Islam hanya mengetahui isi kandungan al-Quran dan memperkatakannya. Justeru.Memiliki. Sesuai dengan hukum yang terkandung di dalamnya iaitu wajib. sunat.w bersabda bermaksud: Sesungguhnya mereka tidak mempunyai sedikit al. Firman Allah bermaksud: Dan Rasul telah berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang tidak dipedulikan (Al-Furqan: 30) Kita sebagai umat Islam wajib bersyukur kepada Allah kerana dapat menikmati petunjuk al-Quran.S dan Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.

. kemudian dengan demikian orang-orang yang membaca Al Quran itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan merugi... Oleh kerana itu Allah s. mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.t berfirman maksudnya. Al-Dahlawi (t.3.. Allah s. takwa. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam -diam dan terang-terangan. dan berterima kasih atas pelaksanaan tugas. yang patut dilaksanakan oleh orang Mukmin.thn) dan Mahmud Syaltut (1972). dengan berdalilkan ayat-ayat al-Quran berpendapat bahawa wajib beriman dengan semua Rasul tanpa membeza-bezakan antara mereka kerana agama atau risalah Allah yang diutuskan melalui semua Rasul adalah satu dan ia bertujuan untuk membimbing dan mengarah manusia ke jalan kesempurnaan di dunia dan di akhirat. Allah s. Bila seorang membaca al-Quran bertemu dengan kalimat yang belum difahami. Ibn. hendaklah bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan. dan tidak beriman kepada yang lain) kerana beriman kepada semua Rasul adalah sesuatu yang jelas dikehendaki dan dituntut dalam Islam. thn) juga berdalilkan ayat-ayat al-Quran telah membuat kesimpulan dengan katanya:"Ketahuilah bahawa asal agama adalah satu. sifat-sifat keperibadian yang putih bersih. . Taymiyyah (1969) dan Syah Wali Allah al-Dahlawi juga menerima dan mengakui bahawa agama yang dibawa dan dianuti oleh semua Rasul adalah satu iaitu Islam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.w.. Taymiyyah menyatakan bahawa agama yang dibawa oleh semua Rasul adalah satu iaitu Islam dan Islam adalah agama Nabi Nabi/Rasul-Rasul sejak awal hingga akhir.t menganjurkan orang-orang yang membaca al-Quran agar disertai dengan perenungan.t iringi amalan membaca Al Quran dengan niendirikan solat.w. "Maksud iman kepada Rasul-rasul ialah pembenaran yang jazam bahawa Allah telah mengutuskan Rasul kepada setiap umat. Nabi-nabi adalah bersaudara. Bagi alHakami (t. Muhammad Rasyid Rida (t. Ibn. Oleh kerana itu kita harus selalu membaca al-Quran dengan perenungan dan kesedaran. Mereka mengetahui bahwa kurniaan Allah lebih baik dari apa yang mereka infakkan.w. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Berterima Kasih.t berfirman yang bermaksud.. Oleh karena itu mereka mengadakan perniagaan di mana Allah menambahkan kurniaan -Nya. Mereka bersatu pada prinsip Tauhid dan berbeza dalam cabang-cabang syariat. Semua Rasul adalah benar.w.".dan agama mereka adalah satu. Beliau menyatakan hal ini dalam kata-kata. keimanan kepada semua Rasul meliputi keimanan kepada tugas-tugas.dengan al-Quran adalah perbuatan terpuji. Para ulama ada menerangkan tentang aspek yang perlu diimani pada seseorang Rasul. (An-Nahl:43) 2. bukti-bukti dan ayat (tanda-tanda) yang menyokong dan menguatkan mereka. mulia. Abu Hurairah meriwayatkan Hadith tentang kesatuan agama para Rasul iaitu:".. cerdik. disepakati di atasnya semua Nabi AS. sesungguhya perbezaan hanya dalam syariah dan sistem". Jumhur ulama mengakui Hadith ini dan menerangkan bahawa prinsip aqidah semua Nabi adalah satu dan syariat mereka berbeza. menafkahkan sebahagian rezeki yang dikurniakan Allah secara diam-diam dan terang-terangan. sehingga menimbulkan pengetahuan yang akhirnya akan terce rna dalam amalan dalam kehidupan scharian.Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (Faathir:29-30) Dalam dua ayat tersebut. sehingga dapat memahami Al-Quran secara mendalam. .4 Kepercayaan kepada Rasul Setiap Mukmin wajib mempercayai semua Rasul tanpa membeza-bezakan mereka (beriman kepada seorang Rasul. yang menyeru mereka beribadat kepada Allah. mengampuni kelalaian.. Allah s. baik. thn). agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari ku rnia-Nya.

Ia berkata : "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Firman Allah yang bermaksud. tidak ada.. . Pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan pembawa berita yang menakutkan kepada orang-orang yang kafir. mengajak dan menunjukkan mereka ke jalan yang benar.Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang rasul pemberi ingatan dan amaran (Faatir: 24) Allah s. Firman Allah yang bermaksud. Mengajar kandungan kitab suci al-Quran dan ilmu-ilmu yang belum diketahui. tidak menyembunyikan.t mengutuskan seorang rasul kepada setiap umat untuk menyuruh inniyembah Allah dan mentauhidkan-Nya. (An-Nahl: 63) . tidak mengubahsuai dan tidak membatalkan risalah itu.3. Inilah yang menjadi asas dakwah kerasulan mereka sebagai utusan Allah untuk menegakkan agama-Nya (agama Islam). bukan menyembah selain daripada-Nya. berhala dan apa sahaja yang menyesatkan) (An-Nahl: 36) Maksud firman Allah s.amanah. Firman Allah Taala yang bermaksud. Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang mengerjakan maksiat) supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (AnNisa': 165) 2. Menyampaikan wahyu-wahyu Allah dan menerangkan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan dan juga memberi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tuhan bagi kamu selain daripadanya. 2. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya? (Al-Mu'minun: 23) Dan kepada kaum Thamud.t tersebut dengan tegas menyatakan bahawa setiap umat diutus kepada mereka itu seorang rasul dari kalangan mereka sendiri dan tidak ada suatu umat pun yang tidak mempunyai rasul untuk menyeru.w. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya.w. Firman Allah yang bermaksud.. menyembah Allah dan mentauhidkan-Nya. Semua Rasul berada di jalan yang jelas dan jalan petunjuk yang nyata".4. Firman Allah yang bermaksud. Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran (wahyu Allah) kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang -orang yang beriman (An-Nahl: 64) 3. Dialah yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya" (Hud: 61) Perutusan rasul-rasul ke alam dunia dengan tugas-tugasnya yang berat adalah mengandungi tujuantujuan berikut: 1. Mereka semua menyampaikan semua kandungan risalah Allah. Kami utuskan saudara mereka. Firman Allah yang bermaksud. lalu berkata ia : "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya).. Membersihkan amalan-amalan syirik dan maksiat. Secara langsung rasul-lasul menjadi pemimpin umatnya. disertakan bukti-bukti yang nyata. Salih. Demi Allah! Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad). Nikmat berkiblatkan ke Kaabah yang Kami berikan (kepada kamu itu).1 Peranan Rasul Falsafah perutusan rasul-rasul ke alam dunia ini bertujuan untuk menyeru dan mengajak umatnya beribadat. tanda-tanda yang jelas Allah sebagai sokongan. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkan dia menyeru mereka):" Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut" (syaitan. penunjuk yang diberi petunjuk. samalah seperti (nikmat Kami) mengutuskan kepada kamu (iaitu Muhammad) yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari .

Membawa kebenaran dari Allah (al-Quran) dan mengeluarkan manusia daripada kekufuran kepada keimanan. Sayidatina Aisyah R. tetapi mendidik manusia supaya berakhlak mulia dan terpuji. sabar.a. Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. pernah berkata yang maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi s. pandai dan cerdas. Baginda menunjuk ajar dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat teori atau cakap sahaja.3. Kedua : Amanah yang bermaksud jujur dan dipercayai. Keperibadian tinggi serta ahklak mulia Baginda Rasulullah s. mengadu domba dan sebagainya. baginda s.w.t.A. Amalan itulah yang menarik perhatian dan menjadi kepercayaan orang ramai.a.a.a. pemaaf. Sifat-sifat inilah yang menjadi kunci kejayaan Baginda Rasulullah s.w sehingga Baginda digelar "al-Amin" iaitu orang yang dipercayai.w.w. Ketiga : Tabligh iaitu menyebarkan dan menerangkan apa jua wahyu yang diterimanya daripada Allah s. Keempat : Fatanah iaitu cerdik. Di samping menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (agama Islam). sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 tafsirnya. n 1994). Sifat inilah yang sepatutnya menjadi pakaian umat Islam jika mahu berjaya disegani dan dihormati. menipu. melarang melakukan segala macam kemungkaran dan sebagainya. Baginda Rasulullah s. Walaupun di kalangan masyarakat sekeliling melakukan kejahatan kepadanya. Yang sebenarnya kunci utama ke arah pembentukan akhlak yang mulia itu adalah lahir daripada mempraktikkan sifat yang wajib bagi Rasul-rasul iaitu. Baginda tidak bersifat mungkir janji.4.2 Aplikasi sifat-sifat Rasul pada diri manusia Islam sangat mementingkan akhlak yang mulia kerana itulah para rasul-rasul diutus bukan sahaja untuk menyebarkan syariat agama Islam yang benar dan hetul. Dan firman Allah s.w. tidak sombong dan riya'. berbohong. Seorang yang tawaduk yakni merendah diri. memfitnah. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Firman Allah Taala yang bermaksud. baik dari segi pertuturan dan perbuatan. Kita lihat kejujuran dan sifat amanah Rasulullah s. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan perasaan orang lain. suka mengajak orang ke jalan kebaikan.amalan syirik dan maksiat) yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui (Al-Baqarah: 151) 4.w merupakan hasil didikan dan pengajaran dari al-Quran. sekaligus mencontohi akhlak Baginda s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia.t lagi dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.w merupakan contoh terbaik untuk diteladani kerana Baginda memiliki keperibadian dan akhlak yang sangat mulia. Pertama : Siddiq yang bermaksud benar dalam perkataan dan perbuatannya. amanah. tetapi Baginda sendiri melakukannya.a.w itu adalah al-Quran (Riwayat Imam Muslim) Al-Quran mendidik Baginda supaya berakhlak mulia. bahkan ia dibalas dengan kebaika (Abul Khairi. bijaksana. mencela. Akhlak mulia sangat dituntut dalam Islam kerana itu Baginda turut mendidik umatnya supaya berakhlak mulia.w tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan.a. bersifat belas kasihan dan suka memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Memang benar dan tepatlah bahawa . Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul lurus (agama Islam) (Al-Maidah : 15 -16) 2. Itulah cara pendidikan terbaik dan mendatangkan kesan yang mendalam. adil.

t membangkitkan semua manusia itu dari kubur mereka. Dan Sesungguhnya ia berkata: Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik akhlaknya di kalangan kamu". fikiran kacau. Apabila datang hari akhirat kelak. ng perbuatan yang memalukan dan menandakan moral yang rendah. ini supaya kamu mengambil peringatan mematuhl-Nya.5 Kepercayaan kepada Hari Akhirat Beriman kepada hari akhirat ialah mempercayai dengan kepercayaan yang jazam (pasti dan tetap) bahawa hidup manusia di dunia ini bukan hidup untuk selama-lamanya sebagai hayat khalidah (hidup yang berkekalan) malah hidup mereka akan berakhir dengan kedatangan "hari akhirat".w yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi yang maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.w diutus ke dunia ini untuk menyempurnakan akhlak yang mulia sebagaimana sabda Baginda s. Beriman kepada hari akhirat adalah salah satu dari rukun-rukun iman yang enam yang merupakan perkara utama dalam akidah.a.w. ia menceritakan kepada kami dan berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perkara-perkara buruk dan tidak juga perkara-perkara keji.wtelah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bahawa aku ini diutus hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak". Oleh itu. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan melarang-Nya.w.a. 2. jangan sampai kemaksiatan menguasai diri. malah sebagai unsur terpenting dalam keimanan di samping beriman kepada .w. Oleh itu elakkanlah diri kita bersifat keji yang dibenci Allah s. Mereka juga mempercayai dengan penuh keimanan bahawa manusia itu akan dihidupkan sem ula. Semua ini boleh dilakukan jika ada azam dan tekad untuk mengubahnya.Rasulullah s.w ialah mereka yang baik akhlaknya. ibadat-ibadatnya dan amal-amal salihnya. sabda Rasulullah s.a. jika kita seorang pendendam jadilah seorang yang pemaaf dan begitulah seterusnya.a. Apa yang penting kemahuan diri dan melazimkan diri dalam mentaati perintah Allah s. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Bukankah Allah s. Rawatlah sebelum terlambat dengan membuang sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita dan menggantikannya dengan sifat baik dan terpuji. semua manusia berpindah hidupnya dari Darul Amal kepada Darul Jaza'. ingatlah bahawa akhlak buruk dan budi pekerti yang jahat itu merupakan penyakit yang bersarang dalam hati dan racun yang membelenggu jiwa yang tidak boleh dibiarkan. baik zahir mahupun batin. bahkan sebagai penyebab jauhnya manusia dari sisi Allah s.t. bermasyarakat.w.t dan menjauhi larangan-Nya. jika kita seorang yang sombong jadilah seorang yang merendah diri.3.w bersabda yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari maksudnya: Daripada Masruq ia berkata: "Sesungguhnya kami duduk bersama Abdullah bin Amru.a.t dan memudahkannya terperangkap ke dalam hasutan syaitan yang kesudahannya menjadi penghuni neraka.A dia berkata.t telah berfirman dalam surah alAnkabut ayat 45 tafsirnya: Dan dirikanlah sembahyang dengan tekun. percakapan dan perbuatannya dalam apa jua hal dan keadaannya.w. Ingatlah bahawa akhlak buruk dan keji itu selalu mengganggu kehidupan. menimbulkan berbagai masalah dan penyakit sosial. Perlu disedari bahawa akhlak yang buruk itu merugikan dan menjadi racun ya membunuh. lalu Allah s. Firman Allah s. beragama dan bernegara. kali yang kedua di negeri akhirat sebagai Darul Jaza' (negeri balasan).w dengan sebaik-baiknya. Semoga dengan demikian kita akan terselamat di dunia dan akhirat.a. menghilangkan sifat perpaduan. Mereka dihimpunkan di Mahsyar untuk dihisab amalan mereka masing-masing bagi menerima pembalasan daripada Allah Taala. Ketahuilah bahawa umat Islam yang dipandang mulia dan baik disisi Allah s. kedamaian dan kasih sayang dalam berkeluarga. Mohonlah kepada-Nya supaya kita dapat menteladani Rasulullah s.t dalam surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan -perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. tiada ketenangan.w. Jika kita seorang yang bakhil gantikanlah dengan bermurah hati. Rasulullah s.

w. nescaya akan dilihat (dalam suratan amalnya) (Al-Zalzalah : 1 .1 Hakikat Hari Akhirat Hari akhirat ialah hari musnahnya alam dunia ini dan pada hari itu manusia yang inasih hidup kesemuanya akan mati. 1 Jannatul Ma'wa (syurga tempat kembali) 2 Jannatu Adnin (syurga tempat tinggal yang kekal) 3 Darul Khulud (rumah yang kekal abadi) 4 Jannatul Firdaus (syurga Firdaus) 5 Darussalam (rumah yang sejahtera) 6 Darul Maqamah (rumah yang tenteram) 7 Jannatun Nairn (rumah yang bernikmat) 8 Maqamun Amin (kedudukan yang sentosa) Syurga itu adalah tempat kediaman orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan yang salih sebagai balasan dari amalan kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini.t. tidak rosak binasa.t mencipta alam yang lain iaitu Alam Akhirat. Firman Allah yang bermaksud. Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah. Syurga adalah makhluk Allah azza Wajalla yang disediakan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. iaitu dihidupkan lagi setelah mereka mati. nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).w. maka amalan mereka masing-masing akan dihisab untuk diberi balasan. Setelah manus ia itu dibangkitkan dari kuburnya. Rohnya dikembalikan ke dalam tubuh dan mereka akan mengalami kehidupan kali kedua. maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita (AlBaqarah: 62) Demikianlah diberi ingat dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (Al-Baqarah: 232). Firman Allah yang bermaksud. Pada hari itu Allah s. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat dahsyatnya serta bumi itu mengeluarkan segala isinya dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun) : "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya : "Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)".Allah s.8) 2. 2.2 Pembalasan Syurga dan Neraka Syurga Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan syurga.5. Maksud-maksud firman Allah di atas jelas menunjukkan bahawa beriman kepada hari akhirat merupakan suatu perkara yang terpenting dan utama dalam akidah dan keimanan.w.t telah mencipta syurga itu sebelum Dia menciptakan makhluk-makhluk yang lain. Maka sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing)untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amalamal mereka. Syurga itu kini sudah wujud dan ia kekal selama-lamanya. syurga itu mempunyai beberapa nama.3.3. Allah s. Firman Allah yang bermaksud. aman dan sentosa menikmati .5. Bukanlah perkara kebajikan itu hanya menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat (Al-Baqarah: 177) Sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat serta beramal salih. Di alam akhirat inilah seluruh manusia dibangkitkan. "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang -orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang salih ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai" (Muhammad: 12) Ahli-ahli syurga yang tinggal di dalam syurga itu dalam keadaan baik. Di dalam al-Quran.

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu.6 Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar Hcriman kepada qada' Allah dan qadar-Nya adalah salah satu daripada rukun-rukun akidah dan ia menduduki rukun yang keenam daripada rukun-rukun Imun. baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan yung telah dibuat oleh Allah Taala dengan ilmu dan iradat-Nya sendiri sebelum ncsuatu perkara itu berlaku. dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan -pasangan/ isteri-isteri yang sentiasa suci bersih. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepadakamu. Ini telah diingatkan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud. selaku orang yang beriman kepada qada' dun qadar mereka tidak akan menyesal atau bersedih hati dan merasa kecewa kcrana semua perkara itu adalah qada' Allah dan qadarnya ke atas diri seseorang.t menjanjikan memberi balasan syurga kepada orang-orang yang beriman dan orang-orang yang taat. Di dalam al-Quran. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu bend dan boleh jadi kamu benci . Sebaliknya jika seseorang itu dilimpahkan oleh Allah kurnia dan nikmat-Nya yang bcrupa kebendaan dan sebagainya janganlah mereka terlalu sangat bergembira schingga lupa daratan.t. Allah menjanjikan pula memberi balasan neraka Jahim kepada orang yang kafir dan orangorang yang menderhaka Allah s. Neraka adalah makhluk Allah sebagaimana syurga. Sebaliknya perkara yang dianggap baik itu boleh jadi buruk bagi diri seseorang itu. sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yang dibencinya janganlah mereka menganggap bahawa perkara itu buruk ke atas diri mereka kerana boleh jadi perkara yang dianggap buruk itu adalah baik bagi diri mereka.t yang bermaksud .t mengikut qada' dan qadarnya. Neraka itu kini sudah pun wujud sebagaimana wujudnya syurga dan neraka itu kekal selama-lamanya.w. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri (Al-Hadid:2223) Sehubungan dengan ini.w.nikmat-nikmat yang telah tersedia ada di dalam syurga itu. sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka yang tidak percaya kepada qada' dan qadar (takdir Allah) adalah bcrmakna mereka itu telah keluar daripada agama Allah s. sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya " (AI-Baqarah : 25) Neraka Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan neraka sebagaimana wajib bagi mereka itu mempercayai kewujudan syurga. 2. andainya seseorang ditimpa kesusahan atau bala bencana atau tidak berhasil apa yang dicita-citanya. Beriman kepada qudu' dan qadar adalah kepercayaan atau akidah yang wajib ditanamk dalam hati an setiap Muslim dan Mu'min. Allah s. disediakan untuk orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai Allah. tidak rosak binasa sebagaimana kekal syurga. Neraka itu dijadikan oleh Allah sebelum menjadikan makhluk-makhluk yang lain sebagaimana Allah menjadikan syurga juga.w. Firman Allah Taala yang bermaksud.w.t.3. Justeru itu.w. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian daripada sejenis buah-buahan syurga dan mereka berkata :"Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu". Ini ialah kerana baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah di dalam ilmu dan iradat-Nya yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s. Firman Allah s.

1 Pengertian Qada' dan Qadar Qada' bererti ketetapan. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya (Al-Baqarah: 216) Firman Allah s. nasib atau untung. Misalnya seseorang yang kematian suami.w. peraturan dan undang-undang am yang menjadi dalil bahawa qada' dan qadar itu tertakluk di bawah kekuasaan Allah Taala. Tetapi pada mereka yang percaya kepada . Allah s. Di dalam al-Quran al-Karim telah disebutkan beberapa kali persoalan qadar atau takdir. Allah s. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan qadar yang tertentu (Al-Ra'd: 8) Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut qadar dan masa yang tertentu (al Hijr: 21) Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan) (AlQamar: 49). 2. malah hendaklah mereka itu bersyukur ketika dalam waktu senang dan bersabar waktu susah kerana semua perkara itu adalah qada' Allah dan qadar-Nya dan pasti mengandungi hikmah. Berhubung dengan maksud qadar atau takdir.6.t untuk semua yang ada dalam alam yang maujud ini.w. Allah mampu mengubah takdir kita.t di dalam azali tentang nasib atau untung seseorang manusia itu apakah mereka akan masuk dalam kumpulan orang yang beruntungatau orang yang bernasib tidak baik (sa'adah atau syaqawah).w. Peraturan-peraturan tersebut merupakan undang-undang Am (Al-Qawaaninu al'Ammah) atau kepastian yang inempunyai pertalian di antara sebab dengan musababnya dan di antara sebab dan ukibatnya.t telah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah ditetapkan -Nya. Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya. Dalam akidah Islam qada' dan qadar ialah ketetapan Allah s.t tersebut mengingatkan kepada setiap orang yang beriman bahawa Allah Taala "mentakdirkan" seseorang itu baik atau buruk adalah di atas kebijaksanaan dan belas kasihan Allah yang bersifat "al-Hakim dan al-Rahim" di mana seseorang itu jangan memandang mudah atau memperkecilkan nikmat Allah (tidak bersyukur kepada nikmat-Nya) kerana angkuh dan besar diri dan jangan pula gelisah di atas bala bencana yang menimpa mereka. beredar dan berjalan tepat dan juga sesuai dengan apa yang telah dipastikan dalam ketentuan. Imam Nawawi menta'rifkan dan berkata bahawa qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda yang maujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah s.w.w.t sebelum sesuatu itu berlaku. Ini bermakna berlaku sesuatu itu sudah pasti akan berbetulan mengikut sifat-sifat dan keadaannya yang khusus dan tepat sebagaimana yang digariskan oleh Allah. Kesemuanya itu pasti akan berlaku.t membuat beberapa ketentuan.w.6.3. isteri atau anak yang dikasihinya atau rugi dalam perniagaan dan sebagainya akan bersedih hati dan berdukacita menerima bala yang menimpa dirinya itu. Qadar bererti takdir. peraturan dan undang-undang yang diterapkan untuk semua yang maujud di alam ini.3.kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia jahat (buruk) bagi kamu. Kesimpulan daripada ayat-ayat tersebut bahawa maksud dan makna qadar atau takdir itu ialah suatu peraturan tertentu yang telah dibuat oleh Allah s. Firman Allah yang bermaksud. 2.2 Kepentingan meyakini Qada' dan Qadar Percaya kepada qada' dan qadar Allah merupakan suatu perkara yang ama penting dalam t kehidupan manusia. Mereka yang tidak percaya kepada qada' dan qadar Allah akan dan berdukacita apabila mereka menerima sesuatu bala bencana.

kemuliaan dan kekayaan. Seterusnya mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan seharian seperti ilmu berkaitan politik. mengarah dan mempertahankan tingkah laku mereka (Nik Azis. Hal ini telah diingatkan oleh Allah s. Apabila tiba masanya tidak sesiapa pun boleh menahan dan menghalang qada' dan (akdir Allah Taala itu. yang mana perlu didahulukan dan dikemudiankan. pemikir.qada' dan qadar Allah. iaitu beribadat kepada Allah dalam erti kata yang luas (Hasan Langgulung. Mereka pasti akan bersabar dan menyerahkan semua perkara itu kepada Allah Yang Maha Esa dan Berkuasa.t dalam firman-Nya yang bermaksud. ilmuan dan ulama membangunkan diri. mereka hanya berkata kesemuanya itu adalah ketentuan qada' dan qadar yang telah ditentukan dan ditetapkan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.w. Mereka akan bersyukur dengan nikmat Allah yang diterimanya itu. sosial dan sebagainya adalah penting. 1994). Oleh itu bagi orang-orang yang beriman. Sebaliknya jika kita menerima nikmat daripada Allah dan memperoleh kebahagiaan. malah hanya mengingatkan semua perkara itu adalah milik dan akan kembali kepada Allah dengan mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".Kekuatan akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan seseorang Muslim.1 llmu Ilmu adalah suatu alat yang terpenting untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Mereka menerima segalanya dengan penuh keinsafan dan ketakwaan kepada Allah s.t adalah bertujuan untuk membolehkan orang yang berilmu atau para sarjana. Ilmu yang dititik beratkan di dalam Islam ialah ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu mengenai Allah dan rasul-Nya atau ilmu fardu ain. cendekiawan.w. mal h a mereka berkata ini adalah nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya. lagi membanggakan diri (Al-Hadid : 22 . 1991).t yang telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kita dengan mengucapkan "Semua puji dan syukur untuk Allah. masyarakat dan alam sekitar sebagai usaha pengabdian mereka kepada Allah dan penyempurnaan amanah -Nya sebagai .w. ahli sains. Tuhan Sekelian Alam". melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum kami menjadikannya. 2.t. apabila mereka menerima sesuatu nikmat yang dikumiakan Allah kepadanya. dukacita dan keluh kesah. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana)yang ditimpakan di bumi dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah diberikan kepada kamu dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takbur. Apabila seseorang itu mengetahui ilmu fardu ain.w. Jelas bahawa tuntutan Allah s. Kekuatan ini memberi tenaga.4. Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. 2.t supaya ilmu dan pemikiran manusia diintegrasikan dengan iman terhadap Allah s.w. ekonomi.4 PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan peranan penting dalam mewarnai. Kemahiran terhadap kedua -dua ilmu ini akan membawa kepada kekukuhan dan keyakinan yang jitu terhadap agama Allah. hendaklah bersyukur kepada Allah s. mereka tidak sombong dan bangga diri. mencorakkan dan menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan manusia. seseorang hamba itu akan beribadah kepada Allah dengan sempurna. Begitu juga bagi mereka yang percaya kepada qada' dan qadar Allah. Kekuatan akidah menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggungjawab manusia sebagai insan ciptaan Allah.23) Maksud firman Allah Taala tersebut menegaskan setiap musibah (bala bencana) yang menimpa diri seseorang itu semuanya qada' dan takdir Allah. menerima qada' dan qadar Allah Taala dengan penuh kesabaran dan keredaan tanpa merasa sedih.

w.2 Mengelakkan Diri Dari Suasana Dosa Dan Jahiliah Kalau hanya sekadar percaya adanya Allah s. Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.t. kita boleh membezakan yang hak dan batil.w.w.t samalah juga dengan orang-orang jahiliah kerana di antara mereka itu memang mempercayai adanya Allah s.4.3 lltizam Meninggalkan Yang Haram Manusia telah dilengkapkan dengan nafsu dan keinginan yang tidak terbatas. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam dugaan dan cabaran. timbangan serta dosa pahala akan membentuk personaliti dan individu yang meyakini setiap detik dan setiap apa sahaja yang dilakukan olehnya baik berbentuk niat. bila-bila masa boleh dicabutnya.t dalam surah Al-An'am. sayugialah akal itu digunakan dengan sebaik-baiknya. syariah dan akhlak Islam. Memang tepat sebagaimana firman Allah s.Nafsu bergerak mengikut tabiat ia diciptakan dan seorang hamba dikehendaki mendidiknya supaya tunduk kepada peraturan dan adab.w. Berdasarkan kepada falsafah kesepaduan antara iman dan ilmu.t dengan tidak mempunyai tanggapan yang sebenar mengenai Allah s. sikap muslim terhadap ilmu dan usaha mempelajari serta mengembangkannya akan tunduk kepada tuntutan akidah. ayat 32 yang bermaksud. maka bersegeralah untuk bertaubat dan melakukan amal ibadat seandainya inginkan keselamatan di dunia dan di akhirat.w. Agama Islam telah menetapkan hukum bagi sesuatu perkara itu sama ada ia wajib dilaksanakan ataupun di haramkan. Hati yang diisi dengan keimanan dan selari dengan rukun iman iaitu mempercayai konsep hari Akhirat yang meliputi pembalasan.t. jasad dan roh. tetapi kita pula jangan lupa yang Allah s. manusia boleh dilalaikan oleh permainan dunia khususnya maksiat dan kemungkaran.w. dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu sebelum terlambat. Sememangnya diakui bahawa manusia tidak terlepas dari berbuat kesalahan dan bersifatlupa.w. akal dan wahyu. fikiran dan hati. Dengan akal. Sebagaiman firman Allah s. Jangan malu. takut atau sombong . 2. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?.t. dunia dan akhirat.t yang mana setiap orang yang melakukan amalan baik walaupun seberat zarah akan dibalas baik dan sebaliknya jika melakukan amalan jahat walaupun sebesa zarah r juga akan dibalas dengan kejahatan yang dilakukan itu. Mereka mengerti bahawa yang menjadikan alam semesta ini ialah Allah tetapi mereka dianggap jahiliah kerana mereka tidak menjalankan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah s. 2.w. Umur yang diberikan itu hanyalah pinjaman dari Allah s. cita-cita.t telah memberikan kita akal untuk berfikir.t sebelum terlambat. yang baik dan buruk. Dalam hal ini manusialah yang selalu alpa diri dan lupa tuhan. Hendaklah menyesali dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu sedarlah akan kesilapan yang dilakukan. seseorang itu akan sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak perlakuannya dengan memastikan dia sentiasa berada dalam konteks amar ma'ruf dan nahi munkar.t yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah(atom) nescaya akan dilihat -Nya (dalam surat amalnya) dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihat-Nya (dalam surat amalnya) (AI-Zalzalah:7-8) Bertitik-tolak dari kesedaran ini. keluruhan jiwa dan ketertiban kelakuan. Ini dapat dijelaskan melalui firman Allah s. Pohonlah keampunan kepada Allah s. Ini adalah penting untuk mengembalikan kestabilan diri. Desakan nafsu tidak mengenal adab dan kesopanan.w.w. Ingatlah bahawa hidup ini hanyalah sementara. dan tidak menunaikan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah s.Khalifah Allah di atas muka bumi.t. Mengawal nafsu adalah syarat untuk membentuk keperibadian yang luhur dan murni. perlaksanaan dan sebagainya akan menerima pembalasan daripada Allah.4.w.

2.w.w.t Maha Pengampun akan dosa hamba-hambanya yang mahu bertaubat dan janganlah ada sifat putus asa diilam memohon keampunan kepada Allah s. ayat 110 yang bermaksud.t.a.w. tidak mudah dikuasai oleh hawa nafsu dan tidak mudah mengikut ajakan syaitan kerana syaitan itu sentiasa mahu anak Adam terjerumus ke lembah kehinaan dan kebinasaan.t. taat perintah Allah s. Ibadat-ibadat tersebut iliperintahkan Allah s.w. Ingatlah bahawa Allah s. Mengikuti perbuatan yang telah mulai dilakukan agar ia merasa tenang bahawa dirinya berjalan .w. menyeru berbuat kebaikan dan kebajikan dan mencegah berbuat perk maksiat dan kejahatan.4. Jika engkau menghendaki sesuatu perkara maka renungkanlah akibatnya. Dalam memohon keampunan. Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah ilan jasmaniah. Ini adalah saranan yang disebut dalam ayat al Qur'an yang bermaksud.w.w. hendaklah dengan sepenuh hati dan niat yang ikhlas kerana Allah s. agar ibadah kita diterima oleh Allah. dan ada pula ibadat yang terpaksa dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s. nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun agi l Maha Mengasihani. Memahami Islam sedalam-dalamnya dengan mengetahui kaedah-kaedahnya.t dan meninggalkan segala larangannya.t.w. dan ada pula ibadat ara dengan menggunakan harta seperti mengeluarkan zakat. dengan saudara dan masyarakat. bersedekah dan sebagainya.4 lltizam Melakukan Ibadat Agama Islam telah mengaturkan bermacam-macam cara bagi manusia melakukan ihadah kepada Allah s.t. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri dengan melakukan maksiat. iii. hukum-hakam dan syarat-syaratnya yang harus dipegang teguh ketika menjalinkan hubungan de ngan Allah s. urusan dunia dan akhirat.w bersabda. Firman Allah s. seorang hamba hanya perlu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.w. Kita harus pertingkatkan kualiti ibadat kita agar setiap hari kita menjadi lebih dekat kepada Allah dan menjadi hamba yang dicintai oleh Allah.t.w. Justeru itu setiap Muslim sepatutnya. 2.t dalam surah An-Nisaa.t bukan sahaja semata-mata untuk taat kepada Allah s. kemudian ia memohon ampun kepada Allah.t kerana Dia Maha Pengampun (crhadap hamba-hambanya.t tetapi disebaliknya penuh dengan rahsia dan hikmah yang wajib diterokai hagi menjalani kehidupan yang sempurna. Dalam memenuhi tun tutan kehidupan seorang Muslim. yakinlah bahawa Allah s.w. Dalam ibadah kita diminta agar mempunyai sifat itqan. berzikir. ii. Seorang Muslim yang sebenar-benarnya inginkan rahmat dan pengampunan Allah s. Inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat dalam ajaranajaran lain.t di antaranya dengan cara perbuatan lisan saperti herdoa. Apabila akibatnya baik maka lakukanlah dan apabila sesat maka cegahlah (Riwayat Ubad bin ah Shamit) Renungan mendalam akan menghindarkan dirinya dari terjerumus dalam kesalahan dan dosa dan mendorong dirinya ke arah kebaikan. Kita mesti melakukan ibadah dengan sungguh-sungguh.t itu sentiasa bersama hambanya yang soleh dan beriltizamlah meninggalkan perkara -perkara yang haram. i. Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (al-Qiamah: 14) Rasulullah s. sentiasa berpegang teguh dengan agama.5 Mujahadah al-nafs dan muhasabah diri Seseorang Mukmin harus menjadikan dirinya sebagai pengawas terhadap nafsunya sendiri sehingga mampu menjadikan hatinya ikhlas di dalam setiap perlakuannya.w.w.untuk mengakui kesilapan sendiri dan bertaubatlah kepada Allah s. Merenung diri sendiri sebelum melakukan sesuatu agar semua perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang baik dan ikhlas kerana Allah.4.

nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Membetulkan diri sendiri.w. dia melakukan sendiri pelurusan arah itu. selagi itulah jiwanya sentiasa terpaksa menghadapi gangguan Dalam konteks ini.sesuai dengan pensyaratan-pensyaratan ini. Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya (Ibrahim: 51) Hati yang diisi dengan akidah dan iman akan sentiasa yakin Allah s. Dan apabila tingkah laku seseorang itu bertentangan dengan syariat Islam maka masyarakat akan menolaknya dan mereka akan hidup dalam kehidupan sempit. .t yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." Bacalah kitabmu.w.t tidak membiarkan orang-orang yang menyimpang itu tanpa balasan. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia dan -sia mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka yang menjaga kehormatannya" (al-Mukminun: 1-5) 2. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah. Seorang mukmin harus mempelajari sebab-sebab kesalahan dan penyimpangan dirinya sehingga dapat memahami dirinya. Jika mereka berada di jalan yang lurus maka dia akan diterima oleh masyarakat yang hidup bersama mereka dan mereka akan dapat kehidupan yang baik. Taubat dengan erti kembali dari jalan runtunan syahwat dan bertuhankan syaitan menuju ke jalan Allah. maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Jika dosa dan maksiat itu masih berterusan. Dan Kami keluarkannya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Kejayaan gangguan syaitan disebabkan jauhnya hubungan di antara seseorang hamba dengan Allah. dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan (al-Anbiya: 47) Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya.t sentiasa bersamanya sama ada ketika bersendirian atau dalam masyarakat ketika sembunyi atau terang-terangan.6 Taubat Jiwa yang gelisah dan tidak tenang adalah disebabkan oleh tipudaya dan gangguan syaitan. melihat serta mengetahui apa sahaja tindakan baik dari sudut hati atau perbuatan zahir. Seseorang Muslim juga percaya bahawa di akhirat kelak akan terdapat perhitungan. cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu " (al Isra: 13-14) Agar Allah memberi pembalasan kepda tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. tetapi telah mempersiapkan baginya sebuah laporan yang menjelaskan semua perbuatan yang dia lakukan selama hidup di dunia.w. Islam memandang taubat adalah jalan terpenting untuk mengatasinya. iy. Seseorang Mukmin perlu membetulkan nafsunya melalui renungan diri atau melalui amalan amar makruf dan nahi mungkar yang mampu menyedarkan dan meluruskan perbuatannya sesuai dengan syariat Allah. (az-Zalzalah: 7-8) Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat. Hal tersebut adalah kerana dia sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya. Untuk itu hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus pastinya akan menjuruskan individu dan personalitinya ke arah perawakan yang baik dan diredhai Allah. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Agama adalah nasihat. Dengan demikian setiap orang akan menemukan balasanya baik berupa pahala mahupun seksa. kesan daripada dosa dan maksiat yang dilakukan. Firman Allah s. Demikian juga dengan kebaikan dan kesalahan yang dilakukan. Allah s. Hal tersebut dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang berma ksud .4. Pada tahapan ini juga harus ada respon jawapan terhadap nasihat-nasihat dari saudara-saudaranya. nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun.

t kerana Dialah yang memberi petunjuk ke jalan yang benar dan dengan restu-Nya jua. Titisan jernih airmata orang-orang yang bertaubat bagaikan keampunan Allah yang menghilangkan karat -karat dosa dan menjadikan hatinya bersih.5. janji Allah. Firman Allah SW.w. Dan orang-orang. apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiayai diri mereka. Sebagai contohnya jika seseorang berkata. Memperolok-olokkan salah satu dari nama-nama Allah yang mulia. Tidak seharusnya putus harapan untuk Icrus bertaubat jika masih terlanjur.7 Doa Selain berzikir dengan lisan dan hati untuk mengingati Allah s. keadaan ilu membawa. Firman Allah s. Taubat yang memenuhi konsepnya dapat menghapuskan segala bentuk dosa kecuali syirik. Allah s. 2. perlulah ianya diperbaharui. syarat yang keempat ialah mengembalikan hak ilu kepada orang yang berhak. Dan tiadalah yang mengampuni dosa itu kecuali Allah.t. Aku akan memenuhi permintaan kamu (Al-Ghanr: 60).t yang bermaksud .w. Allah telah menentukan doa sebagai jalan yang luas terbentang untuk dilalui hamba bagi mendapatkan kurniaan-Nya. Jika maksiat yang dilakukan itu nda kaitan dengan hak orang lain. Jika taubat ini dilanggar. Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (AI-Nur: 31) Demikianlah betapa besarnya nilai keampunan Allah untuk hamba-hamba-Nyu yang bertaubat dan memohon keampunan-Nya. Dari segi istilah syara' ialah kembali dari keadaan yang dicela oleh syara' kepada keadaan yang terpuji oleh syara' (Mohd Nakhaie. Apabila lerfikir di dalam benak hati kejahatan yang dilakukan dan melihat keburukan perbuatan itu. menilai dan memilih jalan perlakuan sebenar.berupaya bertindak sebagai langkah pertama menuju kesempumaan akhlak setelah sekian lama hati dan jiwanya menderita dalam kegelapan maksiat. seorang hamba akan sampai ke matlamat yang dituju iaitu mendekati Allah dan mendapat keredhaan-Nya. aku tidak akan lakukan. hai orang-orang yang beriman.t dengan pendengaran hati.1 Percakapan Sesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan seseorang itu terbatalakidahnya. Antaranya ialah apabila seorang Muslim menuduh seorang Muslim lain kafir sedangkan orang yang dituduh adalah tidak layak kepada gelaran itu. Mereka tidak berkekalan di atas perbuatan itu dan mereka mengetahui (Ali-Imran: 135). d engan taufiq Allah. 1998). Unsur-unsur ilmu. Hakikat taubat dari segi bahasa ialah kembali. peringatan atau amaran dari Allah s.t menggalakkan hamba-hambaNya supaya berdoa. Seseorang yang bertaubat akan memohon ampun dan mengharapkan keredhaan dariNya.terpancarlah di dalam hati keinginan untuk bertaubat.5 FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH 2. 2. juga boleh membatalkan akidah seseorang.w. jernih.t. perbanyakkan doa kepada Allah s. Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku tidak akan . kesedaran dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan disertai dengan azam yang kuat untuk tidak akan mengulanginya lagi akan membimbing seseorang itu dalam mencari. suci dan tenang. kepada kepekaan terhadap apa yang terbayang dilikirannya tentang larangan Allah s.w.4.w.w. "kalau aku diperintahkan Allah melakukan sesuatu. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas (Al-A'raf: 55) Berdoalah kepadaKu. meninggalkan serta merta keterlanjuran itu dan berazam tidak akan kembali lagi melakukannya seperti yang pernah dilakukannya. Untuk menjadikan sesuatu taubat itu sah mestilah memenuhi tiga syarat iaitu menyesal di atas keterlanjuran yang telah dilakukan.T bermaksud. Proses taubat bermula dengan adanya kesedaran iaitu hati mula terjaga dari kclalaian dan mula terpandang keadaan buruk di dalam diri dan kelakuan. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. mereka ingat akan Allah lalu meminta ampun di atas dosanya itu.

1992. akal. Kekuatan akidah menjadi teras bagi model motiyasi Islam. syiar agamaNya. memperoleh pengetahuan. tamak dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram. iaitu agama. RasulNya.5. yang ditentukan sendiri oleh Allah.w. kewajiban berzakat. dijadikan oleh Allah s. Beriktikad tentang ketiadaan sifat sifat yang wajib bagi Allah s.t atau menafikan wajibnya perkara yang diijma'kan tentang wajibnya seperti sembahyang lima waktu. terhindar daripada segala macam nufsu syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan. Perkataan yang diucapkan secara memperkecilkan Allah s.sembahyang menghadap kepadaNya.w. MalaikatNya. Berlainan dengan rukuk. Pengabdian ini harus berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah selaku Pewaris (Khalifah) di bumi (al-An'am: 165) (al- . 2. jiwa. maka mereka merasa bebas daripada kongkongan orang lain dan tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah. memperkecilkan Allah s.t. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga aku tidak akan masuk". Had Akhirat atau syurga dan neraka.2 Perbuatan Perbuatan yang membatalkan akidah ialah seperti sujud kepada berhala atau makhluk lain atau sujud kepada yang lain daripada Allah.3 Keyakinan atau Iktiqad Perkara yang membatalkan akidah juga ialah melalui keyakinan termasuklah syak atau ragu tentang Allah s. Ternyata pemeliharaan akidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia. perbuatan atau perkataan yang menunjukkan penghinaan.t atau melahirkan keangkuhan akan menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya. Kekuatan akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir.Siddiqi. meringan-ringankan. meneroka. keturunan dan harta benda. berpuasa dan haji.6 PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH Apubila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati.w. janji dan amaranNya.6. memahami. Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan berpandukan dasar-dasar hidup yang kekal. rukun-rukun iman yang lain seperti Rasul-Nya. al-Quran. 2. 2. pahala dan dosa dan sebagainya. KitabNya. jika rukuk kepada makhluk dengan niat membesarkan makhluk seperti kita membesarkan Allah adalah kafir tetapi jika tujuannya sekadar untuk menghormati. menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Kekuatan akidah membantu manusia melepaskan diri daripada tarikan kebendaan.w. melainkan dalam keadaan terpaksa seperti seorang tawanan perang yang dipaksa sujud kepada orang kafir di negara yang diperangi. maksiat yang mesti dihindarkan akan membawa kepada terbatalnya dua kalimah syahadah dan terputuslah ikatan akidah seseorang . iii.5. ii. Model tersebut mengandungi beberapa kriteria keperluan manusia dalam kehidupan : i. Dharuriah : Perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan di akhirat. Hajiah: Pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menhilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum (muamalat). tidak menyebabkan kafir tetapi tetap hukumnya haram. Sebaliknya jiwa tersebut yakin bahawa kebahagiaan hidup terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah (AbdulHalim.w. ideologi yang mulia. menganalisis perhubungan dan mendapatkan kecantikan serta keindahan. loba. hukum Allah. Kesimpulannya ialah bahawa setiap simpulan dalam hati. 1979). mencapai taraf yang tinggi.t untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dalam satu rangka pengabdian (ubudiyyah) yang sangat unik. Tahsiniah : Kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitu mengembangkan potensi diri.1 Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan Rasul Manusia menurut akidah Tauhid. 2. Kekuatan ini tidak diperolehi dengan meniru golongan Timur dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme yang diambil daripada Barat moden. Perkara ini membabitkan pemeliharaan lima hak.t.

. Ini bererti bahawa ilmu pengetahuan) dan kepintaran akal serta kejayaan teknologi manusia harus membawa kepada takwa kepada Allah sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud. Tanpa akidah dan keimanan yang kukuh kepada setiap individu akan dijadikan senjata terpenting bagi musuh Islam untuk meruntuhkan umat Islam. perbuatan dan segala gerak lakunya dalam pergaulan dan ketika bersendirian. Kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya dari segala sesuatu yang ada dan ini perlu diperlihatkan dalam setiap ucapan.t. mengandungi tanda-tanda kewujudan. Akidah dan iman dapat membentuk suatu kesatuan umat Islam demi mcncapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah dan meninggikan syiar Islam. sekaligus melenyapkan Islam di atas muka bumi ini. ketetapan. Untuk itu setiap Muslim dan Mukmin itu adalah bersaudara dan mesti hidup bersatu padu sebagaimana hadith Rasulullah s. Jelas keimanan membuatkan mereka tidak rasa gentar untuk menghadapi segala cabaran demi untuk mempertahankan akidah dan Islam yang maha suci di samping tidak putus -putus mengharapkan pertolongan dari Allah. bererti keimanan dalam sanubarinya inusih belum terikat kukuh dan masih belum mantap.Baqarah: 30 .. para malaikatNya.w. rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang.39). Garis panduan. Jikalau dalam kalbunya itu dirasakan masih ada sesuatu yang lebih dicintai daripada Allah dan RasulNya.. Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar.t atau ayatullah yang harus menjadi bahan renungan.w. nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu 100 orang nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir.2 Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup .6. Alam. lagi Maha Pengampun (Fatir :28) Akidah yang benar dapat menjaga individu atau tuannya beserta agama yang di nutinya agar a sentiasa patuh kepada Allah dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. termasuk insan. Firman Allah yang bermaksud : Wahai Nabi.a. masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di akhirat.a. Keimanan yang kental dimiliki oleh para sahabat membuatkan mereka mampu menghadapi musuh walaupun jumlah serta kelengkapan dari sudut fizikal musuh itu jauh lebih lengkap berbanding dengan mereka. dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai Syariah. pemikiran dan pengajaran bagi orang yang berilmu (al-Baqarah : 164) (al-Imran :189 .25). Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Dalam konteks inilah juga dapat dikaitkan di mana persaudaraan di antara semua umat Islam sebenarnya bukan diasaskan atas dasar keturunan atau pertalian darah Ncmata-mata tetapi persaudaraan Islam itu dibina di atas dasar akidah yang satu. keluarga.. manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Di atas dasar iman kepada Allah s. kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.191) (al-Rum : 20 .w yang bermaksud : Orang Islam itu adalah bersaudara kepada orang Islam yang lain (Riwayat Muslim dan Bukhari) Antara lain Nabi juga menjelaskan bahawa umat Islam itu seumpama satu hinaan sebagaimana sabda Rasulullah s. kitab-kitabNya. (al-Anfal: 65) Ayat ini menjelaskan bahawa di peringkat pertama orang Islam mesti menghadapi musuh dan mereka tidak dapat meninggalkan medan peperangan apabila menghadapi musuh dalam nisbah 1 : 10.. Untuk itu walaupun seseorang itu sama keturunan dan pertalian darah tetapi herbeza dari sudut akidah dan keimanan menyebabkan ia adalah terpisah.w yang bermaksud : Orang mukmin itu diumpama seperti satu binaan saling kuat menguat di antara satu sama lain (Riwayat Muslim) 2. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa.

Begitulah peranan akidah dalam membentuk matlamat dan halatuju perjuangan insan..w. terutama sebagai hamba dan khalifah Allah s. Inilah misi manusia Muslim sebenamya yang mesti dilakukan dengan penuh penyerahan kepada Allah s. ii) Melahirkan ketulinan akidah yang akan mencetuskan sifat mulia..w. sifat. iii) Jiwa sentiasa diliputi ketenangan.Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.t. Seseorang yang berakidah perlu menggunakan apa juga yang terdapat dalam alam sekelilingnya di atas jalan Tauhid. akidah akan dapat menurunkan keegoaannya. Beberapa kesan jiwa yang beriman ialah.t.Iman dan akidah yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Setiap insan yang lahir ke dunia ini adalah sama kecuali yang bertakwa kepada Allah s. Jika sebelum beriman seseorang itu adalah seorang yang bongkak dan ego.t.ikan timbul disebabkan oleh keyakinannya bahawa yang memudoratkan dan mematikan adalah terletak di bawah kekuasaan Allah s.w. ikhlas dalam mengerjakan sesuatu. Akidah dan keimanan yang lurus itu dapat membentuk masyarakat yang saling bantu membantu untuk mencapai keredhaan Allah iaitu menyuruh kepada perkara yang baik serta bersatu padu membasmikan segala bentuk kemungkaran sebagaimana yang dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud : ". Kematian dianggap tidak berharga sama sekali kecuali syahid kerana mempertahankan kebenaran dan keadilan Islam. Keimanan menukar seseorang daripada bersikap keakuan kepada sikap peribadahan yang memperhambakan diri hanya kepada Allah s.t kerana Dia sahajalah yang paling berkuasa. lengkap dengan segala keperluan.t. diri individu itu sendiri dan persekitarannya..w. 1992). ucapan dan personaliti menjadi lambang serta syiar Islam sekaligus mampu menjadi model iitau tauladan kepada masyarakat Islam itu sendiri juga masyarakat bukan Islam supaya mengikuti ajaran Islam. Ini adalah kerana Allah s.6. Yang berhak ditakzimkan dan dibesarkan ialah Allah s. bebas dan merdeka serta dapat mengikis perasaan kehambaan dan kehinaan. Sesungguhnya pandangan ini akan memberansangkan manusia untuk menghala dunia sekelilingnya mengikut kehendak Allah s.w. vi) Tersematnya iman ke dalam sanubari seseorang yang menjadikannya bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepada mereka. iv) Iman dan akidah mampu mengangkat martabat manusia.3 Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus pastinya akan melahirkan individu dan personaliti ke arah perawakan yang baik dan diredai Allah.t telah memberikannya suatu fahaman dan pandangan (paradigma) tentang masyarakat yang penuh dengan sistem nilai. berani kerana benar.. Hanya melalui Tauhid manusia tidak akan membuat kejahatan atau fasad di muka bumi ini. sabar ketika mendapat ujian. di samping melahirkan sifat-sifat terpuji dan mampu menghindarkan diri dari sifat-sifat tercela..t (Syed Othman.w. kesejahteraan hidup melalui kerjasama dengan manusia lain. hanya bermatlamatkan keredhaan Allah s." (al-Maidah: 2) Berdasarkan dalil di atas menjelaskan kepada kita bahawa berteraskan akidah dan keimanan dapat membentuk masyarakat yang bermula dari individu yang sama-sama bersatu padu dan berganding bahu dalam apa jua bentuk sumbangan dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya untuk . v) Pemahaman tauhid mendalam akan memungkinkan memahami realiti Pencipta.w. 2.w. akidah akan dapat membebaskan jiwa dan perasaannya dengan merasakan bahawa manusia yang lain itu juga adalah hamba Allah.t.t semata -mata. Kemantapan akidah juga akan menimbulkan jiwa keberanian dan ingin terus inaju kerana membela kebenaran.w. i) Adanya peningkatan iman akan melahirkan segolongan ummah yang memiliki ketakwaan yang kental terhadap Pencipta dan saling menghormati di kalangan yang dicipta. Bagi merekayang merasakan dirinya terlalu hina di hadapan manusia lain. Keberanian .

Betapa banyak pula kerosakan dan kehancuran kita dapati akan menimpa sesuatu masyarakat yang tidak berpegang dengan asas akidah serta iman yang benar walaupun dari sudut material.A dalam bidang siasah dan kepakaran politiknya digunakan untuk menegakkan panji-panji Islam.a. syariah dan akhlak dalam segala aspek kehidupan (W. contohnya tamadun Saba* dan Firaun. Sebagai contoh di sini dipaparkan lakaran sikap beberapa orang sahabat Rasulullah s. spiritual. dunia dan akhirat. rakus dan loba. Ekorannya sikap mementingkan diri sendiri dan menumpukan kepada amalan fardu (amalan berbentuk individu) lebih rendah keutamaannya berbanding amalan yang berbentuk kemasyarakatan (Ab. dinamis dan progresif yang ditonjolkan oleh mereka inilah yang telah mempertingkatkan kecemerlangan Islam sehingga dipandang gerun oleh masyarakat seluruhnya. Saidina Ali bin Abu Talib R. Seseorang dianggap cemerlang kejadiannya jika mereka mengimplementasikan asas dari ajaran Islam iaitu akidah.w di Madinah seterusnya terbentuknya negara Islam pertama di dunia.4 Melahirkan ummah yang berfikiran kritis. individu. Cinta dan kasih kepada seseorang yang dikasihi Allah dan Rasul. Beliau telah menggunakan kelebihannya untuk membela agama. berani dan lantang berbicara. Hal tersebut jelas melalui bukti sejarah melalui masyarakat Islam yang dibina oleh Rasululah s. suka menolong dan memaafkan kesalahan orag lain ke atas dirinya. Menggunakan ketegasan dan kewibawaannya untuk memperteguhkan Islam. fizikal. Mereka mampu menjadi model untuk membina satu tamadun yang berkekalan. bukan hanya dari aspek kejadiannya malah meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.6.t.w. bertimbangrasa. Dalam hal ini. Abdullah. Aspirasi . Akan lahir insan berbudi. Dalam masa yang sama mereka sanggup berjuang mengikut kebolehan dan keistimewaan masing-masing dengan ikhlas dan rela hati tanpa mengharapkan upah. Melalui pertapakan dan kesatuan umat dalam masa yang singkat sahaja Rasulullah mampu menyebarkan Islam keseluruh pelusuk tanah Arab serta keharmonian masyarakat terjamin baik masyarakat Islam mahupun bukan Islam yang tinggal di Madinah pada masa itu (Ab. sejarah telah membuktikan bahawa hasil didikan dan asuhan Rasulullah s. Sikap positif ini perlulah dicontohi oleh umat kemudian yang mampu membawa umat Islam masakini ke arah kegemilangan. 2.6. masyarakat. Latif dan Rosmawati 1998). hanya untuk Islam semata -mata.A merupakan seorang tokoh korporat yang bertaraf jutawan. material. dermawan.w.t mempunyai keistimewaan berbanding dengan makhlukmakhluk yang lain. Panglima Khalid bin al Walid R. Saidina Usman bin Afan R.A adalah seorang pemuda yang amat cerdas. Beliau telah menggunakan harta kekayaannya untuk memantapkan ketenteraan dan ekonomi umat Islam. Mereka akhimya musnah untuk menjadi pengajaran kepada kita sekalian di dunia ini dan azab yang menimpa mereka di akhirat nanti lebih sengsara.5 Membangun ekonomi ummah secara komprehensif Abad ini umumnya dilihat sebagai abad persaingan ekonomi.A yang merupakan panglima perang yang menyerahkan segala pengorbanan demi meninggikan kalimah Allah s. Latif & Rosmawati 1998). bertoleransi. progresif dan dinamis Setiap insan yang diciptakan Allah s. mereka mencapai tamadun yang tinggi.A merupakan pemimpin yang tegas dan berwibawa.w dalam meninggikan syiar Islam seperti saidina Abu Dakar as-Siddiqy R. telah muncul individu-individu yang kritis.w melalui akidah. intelektual.a.a. Lahirnya sifat-sifat orang yang bersyukur apabila hilang daripada diri segala sifat kikir. Sikap-sikap kritis. Oleh itu akan lahirlah sifat ukhuwwah. 1997). 2. Saidina Umar al-Khattab R. Seseorang mukmin akan menaruh cinta kepada seseorang atas dasar ketakwaan dan kesolehannya bukan atas dasar kedudukan dan kekayaan. tamak. bertolong Bantu dan sebagainya. progresif dan dinamis dalam seluruh aspek kehidupan seperti.mencapai kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Berteraskan akidah dan iman dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bertamadun. dan hakikat ini sekaligus membawa erti bahawa keunggulan sesuatu bangsa atau negara tergantung pada kekuatan ekonominya.

Lantas mengukuhkan asas-asas ketamadunan Islam.a. Walau apa pun. Islam pula sering mengaturkan tatacara kehidupan miskin-kaya dengan bermaruah dan jaminan iaitu dengan prinsip harta orang kaya adalah sebahagiannya milikan orang miskin. tanpa diganggu-gugat oleh unsur ketidakadilan. mudharabah. Nilai ekonomi dalam konteks budaya Melayu harus mengakar pada ajaran Islam. Ini kerana nilai-nilai inilah yang bakal menjamin kesinambungan pembangunan yang berterusan. Ketua sebagai penyelaras. Rasulullah s. mewujudkan produk kewangan Islam.w pada permulaan pembentukan negara Islam.a.6 Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil Pada prinsipnya Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan pengurusan secara berorganisasi. malah mereka juga turut terikat dengan undang-undang yang telah ditetapkan Allah s. 2. agar dengan itu perjuangan mengangkat martabat ekonomi umat tidak akan berkonflik dengan akidah Islam. Melalui perbankan Islam. pendekatan ini semestinya. bukanlah bererti bahawa dia boleh bertindak sesuka hatinya tanpa batas. walau apa situasi dan kondisi sekali pun. Sifat amanah. tumpuanutama ialah keseimbangan pembangunan dan sifat komprehensif yang perlu diwujudkan dalam perencanaan pembangunan. Golongan berada tidak disekat dari meneruskan aktiviti pengumpulan harta kekayaan. Apa yang jelas.t bermaksud. Bersedekah (membantu mereka yang berada dalam kesempitan) adalah perbuatan yang mulia. di mana salah seorang daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin tertinggi. Kapitalisme ditentang kerana mengizinkan atau hanya mewujudkan peluang untuk mereka yang bermodal saja. yang setentunya bidang atau ilmu ekonomi turut terlibat. 1. Komunisme muncul akibat ketidakseimbangan penduduk antara kaya dan miskin. Walaubagaimanapun sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penguasa. perbankan Islam. Sungguhpun begitu. Memang ajaran Islam pada dasarnya bersikap positif terhadap harta (kekayaan) dan kekuatan ekonomi keseluruhannya (Siddiq Fadzil. wajib dipatuhi selagi perkara itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu. taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya dan ulil-amri (pemimpin) di antara kamu. Ia dapat direalisasikan apabila. Dalam konteks Malaysia. maka hendaklah merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. 5.w selalu menerima wahyu dari Allah s. Membayar upah sebelum peluh kering. Menjaga kualiti. Firman Allah s.w. 2005). 4.6.w. banyak istilah produk kewangan diketengahkan seperti bait mal ajil.t. Keseimbangan juga diperlukan dalam aspek kewujudan golongan kaya. dan banyak lagi.t yang dinamakan . Zakat dikenakan bagi mengagih-agihkan kekayaan dan menjanakan ekonomi serta silaturrahim antara kaya dan miskin 3. bon Islam dan seumpamanya. 2. diskriminasi dan sebagainya. 6. maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah) (An-Nisaa': 59) Madinah adalah satu-satunya negara model cara pelaksanaan sistem pentadbiran dan pengurusan berkualiti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s. Wahai orang-orang yang beriman.w. Jika terdapat sebarang keraguan tentang sesuatu perkara. pembangunan ekonomi ini boleh dikaitkan dengan penguasaan ilmu pengetahuan. tidak lari dari akidah Islam. Pada ketika itu baginda memegang dua bentuk kekuasaan iaitu ketua agama dan ketua pemerintah. nilai moral dan etika dalam kegiatan ekonomi perlu dipastikan tidak terhakis.pembinaan generasi unggul harus dijayakan menerusi kemantapan akidah yang meletakkan ekonomi sebagai salah satu nilai yang ingin dicapai. pengeksploitasian. Semua nilai-nilai Islam ini perlu ada dalam program keseimbangan dan ditentukan pula mekanisme yang sewajarnya. Tujuannya ialah untuk menyelaraskan kerja-kerja pegawai bawahan dengan saksama. Para anggota panel syariah ternyata mempunyai mekanisme yang sewajarnya untuk digunakan bagi mengasingkan ajaran Islam dengan amalan konyensional dalam perbankan. Sebagai ketua agama. sebaliknya menjadi bahagian daripada penghayatan agama itu sendiri. murabahah.

Apabila amanah disia-siakan. 4. maka tunggulah kehancurannya: berkata seseorang: Bagaimana caranya menyia-nyiakan amanah ya Rasulullah ? Nabi bersabda : Apabila diserahkan sesuatu pekerjaan kepada yang bukan ahlinya (kepakarannya). Sebagaimana sabda Rasulullah s.w bermaksud. Kekuatan jihad : memberi pengorbanan yang nyata demi membela hak.w. Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu adalah satu ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan individu dengan hakikat yan g sebenarnya. baginda mengimplimentasikan terhadap masyarakat dan negara sebagai ketua pemerintah. memakmurkan bumi. persamarataan. 6. . khususnya umat Islam itu sendiri. Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah dan tidak dinilai di sisi Allah.w adalah untuk kejayaan umat sejagat. mengikut asas-asas syariah Islam. Begitu juga. Berjaya atau tidaknya sesuatu pentadbiran dan pengurusan yang baik dan semp urna adalah bergantung kepada kepada sejauh mana sikap dan tanggungjawab mereka yang terlibat. pemimpin atau pemerintah hendaklah menjadikan ukidah sebagai teras ke arah menegakkan pemerintahan yang stabil. Kekuatan akidah : Keimanan yang mutlak kepada Allah akan melahiran kepuasan dalam hati dan fikiran. Jika tugas dan tanggungjawab itu tidak sesuai atau sejajar dengan keilmuan dan kepakarannya. Untuk itu orang-orang yang beriman dan mempraktikkan keimanannya akan mencapai kemanisan iman scrta merekalah sebaik-baik makhluk sebagaimana firman Allah s. memperkembangkan kekuatan alam dan kemudian mengambil kemanfaatan daripada sumber alam. keadilan.t di dalam al-Qur'an yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kekuatan budi pekerti : Kelemahan jiwa diatasi dengan mensucikannya sehingga dapat berkembang di atas jalan yang lurus yang menuju ke arah kemuliaan dan keluhuran rohani.a. menyingkap hakikat kewujudan sesuatu benda atau perkara dalam alam nyata dan alam yang tidak dapat dilihat dengan mata. berpegang teguh kepada kebenaran akan dapat mengusir kebatilan daripada hati dan fikiran. 3. maka mereka itulah sebaik-baik makhluk (al-Bayyinah: 7) Bertunjangkan akidah. Semua ini bertujuan untuk mencapai kebahagiaan bagi seluruh umat manusia. memperoleh kehidupan yang merdeka dan memperoleh kehidupan yang mulia. Harta kekayaan dan sumber alam itu perlu digunakan dengan adil dan bijaksana. Kedua-dua bentuk kepemimpinan seperti ini memang tidak boleh dipisahkan. Model yang ditonjolkan baginda s. 5.7 KESIMPULAN Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia yang menetukan setiap kelakuan dan perkataan yang keluar hasil bisikan perasaan seseorang.a. Apakah penglibatan mereka dalam sesuatu bidang atau tugas sesuai dengan ilmu pengetahuan dan kepakarannya atau tidak? Islam amat memandang berat terhadap kedua -dua perkara tersebut. maka tunggulah kehancurannya" (Riwayat Al Bukhari) Sebagai kesimpulannya. 2. bekerja kuat. Sayid Sabiq (1978) telah menjelaskan tujuh kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap muslim bagi membina semula peradaban Islam: 1.syariat. sudah tentu akan menimbulkan kesan buruk dalam sesuatu pentadbiran dan pengurusan di samping kemerosotan prestasi dan kualiti sesuatu organisasi yang dipegangnya. pergaulan baik dan undang-undang yang jujur. Kekuatan ilmu : Ilmu pengetahuan merupakan penegak peribadi manusia. bahkan saling kait mengait di antara satu safna lain. Kekuatan ekonomi : Memperolehi harta kekayaan. Berteraskan syariat itulah. 2. Kekuatan ikatan masyarakat : Menegakkan masyarakat dengan dasar kemerdekaan.

Mohd Sulaiman Yasin. Kuala Lumpur : Institut Muamalat Islam Malaysia. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bayrut: al-Salafiyyah. Petaling Jaya Budaya Ilmu Sdn. Manusia dan Islam. Al-Ta'rifat. Jami' al-Rasa'il. Islam dan Aqidah. 1988. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Al-Wahyu al-Muhammadi. 'Ali b. Misr : Syarikah Maktabah wa Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi. 1978. Aqidah dan Keimanan. Ab. 1998. 1998. 2 Jil. 1938. Syah Wall Allah ibn al-Rahim. Abu al-'Ula 'Afifi. Al-madani. 2 Jilid. Muhammad Ala b. Nik Azis Nik Pa. Jilid 1. Haron Din. Abdul Halim (ed. Sayid Sabiq. Kota Bharu : Pustaka Aman Press. Pengantar Ilmu Tauhid .thn. RUJUKAN Al-Quran Al-Karim. Kreativiti dan Pendidikan. Hujjah Allah al-Balighah. Di Bawah Naungan Islam. Mohd Nakhaie Ahmad. 80 AI-Dahlawi. 1993. Pengantar Aqidah. Latif b.). I lukami. Bayrut : al-Maktab al-Islami. Justeru itu jugalah dalam konteks Islam. Manna al-Fakhu dan Khalil. Muhammad Rasyid Rida. bangsa dan akhirnya negara ke arah mencapai kemajuan dari sudut material dan rohani. 1992. Haji Said Haji Ibrahim. 2. 1948.thn. Mohd Sulaiman Yasin. Sebagai rumusannya. Misr : Dar al-Ma'arif. Kekuatan susunan perdamaian : melaksanakan perdamaian umum yang berteraskan hormat menghormati antara sesama manusia dan menghorniati serta melindungi semua perjanjian. Tarikh Falsafah al-'Arabiyah. Mahmud Syaltut. Abul Khairi Al-Latifi. Singapura : Pustaka Nasional Pte. 1994. Al-Jazaairi. Abu Bakar Jaabir. "Al-Quran dan Sunnah Sebagai Sumber Hukum dan Ilmu" dim. menjaga keimanan dan akidah itu satu perkara wajib terhadap individu. 'Al-Thanawi. Ltd. berbekalkan akidah yang benar dan iman yang mantap akan membentuk masyarakat. Abdul Halim. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd. t. Muhammad b. t. Risalah Usrah. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. llasan Langgulung. Kuala Lumpur : Darul Ma'rifah. Al-Tasawwuf: al-Thawrah al-Ruhiyyah fi al-Islam. M. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerana dengan selamatnya iman dan akidah itu menyebabkan semua anggota lain juga terselamat dari seksaan dan azab di akhirat nanti. Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah. Ibn Taymiyyah. Ma'arij al-Qabul bi Syarh Sulam al-Wusul ila 'Ilm al-Usul fi al-Tauhid. Martabat Umat Islam. 1957. Abu Urwah 1986. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Bhd. 1985. 1972. t. Qahirah : Dar al-Kutub alHadithah. Bhd. Selangor: Al-Qamari Sdn. Aqidah wa Syari'ah. Kenalilah Islam. 1994. Berdasarkan penjelasan-penjelasan tersebut di sini dapat dirumuskan bahawa iman yang bertapak di dalam hati itu dapat mendorong individu ke arah segala bentuk kebaikan berupa niat. Muda dan Rosmawati All @Mat Zin. Abu Bazli Abdul Kadir Bin Che Kob. 1991. Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam. 1984. Aqidatul Mukmin. Aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Ibn Kathir. 1996. Bayrut : Dar al-Fikr. Dinamika Dakwah. Bhd. Bayrut: Dar al-Shuruq. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1986. 7 Jilid. Kashaf Istilahat al-Funun. . Qahirah : Mat. Kuala Lumpur : Darul Nu'man. Tehran: Maktabah Khayyar wa Shurakahu. 1970. Jilid 1. 1985. Abu al-Fida' Isma'il.Hafiz ibn Ahmad. 'Ali al-Sayyid al-Zayn Abi al-Hassan al-Husayni. Tafsir al-Quran al-'Azim. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara.thn.7.Salahuddin Abdullah. ucapan dan perbuatan demi untuk mencapai keredhaan Allah. 1969. Terjemahan H. 1963. Prof. Bayrut : Darul Ma'arif. Juz. Dr.

3-4 Julai 1992. Kuala Lumpur : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Idris Zakaria & Anisah Hj. Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu serta Sumbangannya kepada Dunia.) Isu-isu Dalam Usuluddin dan Falsafah. Mohammed Yusoff Hussain. Islamic Perspectiyes. Mahmood dan Dra. Abdullah bin Hj. Bangi Uniyersiti Kebangsaan Malaysia. Kongres "Menjelang Abad 21 : Islam Dan Wawasan 2020". Khurshid Ahmad & Zafar Ishaq (ed. 2005. Siddiq Fadzil.Siddiqi. Bhd. Abdul Shukor Hj. 1992. . Husin.).Dlm. Dim. Dim. W. "Konsep Tauhid. Pembangunan Watak Bangsa. Leicester : Islamic Foundation. 1997. Islam Dan Pembangunan Ekonomi Di Malaysia : Satu Perubahan Paradigma. Pendekatan dari Sudut Pandangan Sufi". Syed Othman AlHabshi. Zakaria Stapa. M.N. Dr. Selangor : Global Printers Sdn. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah. W. 1993. 1979. "Tawhid : The Concept and Process". Zainal Abidin (pnyt. Wista Ahmad.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful