OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 3403: HORTIKULTUR

SEMESTER SEPTEMBER 2010

NAMA PELAJAR NO. PELAJAR

: RIDUAN BIN AHMAD : 790218065245-002

PENSYARAH

: EN. MOHD. ZEID BIN ABU BAKAR

1

Untuk tujuan menghasilkan dan mengekalkan tumbuhan hiasan yang cantik dan sihat. Ciri-ciri menarik serta tabiat semula jadi tumbuhan hiasan akan menyerlah jika keperluan-keperluannya dipenuhi. tabiat dan keperluan pertumbuhan tertentu. Bagi setiap faktor yang dibincangkan nyatakan sekurangkurangnya 2 jenis tumbuhan hiasan dan landskap serta perjelaskan ciri-ciri yang ada pada tumbuhan tersebut. pemilihan jenis tumbuhan hiasan yang sesuai dengan keadaan persekitarannya perlu diberi perhatian. Huraikan penyataan tersebut dalam menentukan faktor yang mempengaruhi pemilihan tumbuhan hiasan dan landskap. Gambar contoh tumbuhan hiasan yang bersesuaian dengan faktor pemilihan yang dibincangkan perlu disertakan. Penulisan tugasan kita hendaklah dijelaskan secara terperinci dengan berbantukan gambar yang bersesuaian dengan kehendak tugasan 2 . Kebiasaannya tumbuhan hiasan akan hidup dengan menampilkan ciri-ciri menarik serta tabiat semula jadi jika ianya diletakkan di lokasi yang memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangannya. SOALAN TUGASAN Tumbuhan hiasan mempunyai ciri-ciri.1.

Ia lebih mudah diserang perosak dan penyakit. tabiat dan keperluan pertumbuhan yang tertentu. PENGENALAN Aktiviti menanam tumbuhan hiasan yang cantik dan menarik bukanlah suatu perkara yang amat sukar seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang. tumbuh-tumbuhan akan hidup dengan baik jika kita menempatkannya di lokasi yang memenuhi keperluan pertumbuhannya. Kebiasaannya. Jadi. Seeloknya kita hendaklah mengelakkan diri daripada memilih dan menanam sesuatu tumbuhan secara tergesagesa. kerja-kerja penjagaan juga bertambah.2. Bagi menghasilkan dan mengekalkan tumbuhan hiasan yang cantik dan sihat. bagaimanakah cara untuk memilih tumbuhan yang betul? Mari kita lihat aspek ini dengan lebih lanjut lagi. Ciri ciri menarik serta tabiat semula jadi sesuatu tumbuhan akan menyerlah jika keperluannya dipenuhi. kita perlu meluangkan sedikit masa untuk mengkaji beberapa aspek untuk memastikan pemilihan sesuatu tumbuhan hiasan itu dibuat dengan tepat. Sebahagian besar kejayaan untuk menghasilkan tumbuhan hiasan yang cantik terletak pada pemilihan yang betul sejak dari awal lagi. Oleh sebab itu. Berbekalkan keinginan dan sedikit pengetahuan kita akan mampu melakukannya. 3 . Tentunya kita tidak ingin keadaan sebegini berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan pertumbuhannya dan seterusnya gagal menunjukkan penampilan yang menarik. Buatlah sedikit rujukan melalui pembacaan dan juga perbualan dengan orang yang berkemahiran sebelum memulakannya. Kita juga perlu fahami bahawa sesuatu tumbuhan mempunyai ciri-ciri. Tumbuhan yang ditanam di lokasi yang tidak sesuai akan mengalami stres. kita mesti memilih tumbuhan sesuai dengan keadaan persekitarannya. Penjagaan tumbuhan yang ditanam di lokasi yang sesuai juga lebih mudah. Namun begitu.

unsurunsur nutrien. suhu. Setiap tumbuhan mempunyai keperluan asas yang berbeza untuk pertumbuhan yang baik. 4 . Terdapat EMPAT faktor penting dalam pemilihan tumbuhan hiasan dan landskap. iaitu: Rajah 3. kita hendaklah memberi perhatian kepada faktor-faktor yang sesuai. Setiap tumbuhan mempunyai keperluan-keperluan asas untuk hidup. air.1: Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tumbuhan hiasan 1. Ini termasuklah cahaya. Kuantiti dan kualiti keperluan-keperluan asas yang diterima oleh sesuatu tumbuhan amat mempengaruhi pertumbuhannya yang subur.3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN TUMBUHAN HIASAN Tumbuh-tumbuhan merupakan elemen hiasan yang dinamik. Ia adalah benda hidup dan sentiasa berubah akibat daripada proses pertumbuhannya. Faktor-faktor ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. udara dan ruang.1. Dalam memilih tumbuhan hiasan dan landskap yang sesuai. Kesesuaian keadaan persekitaran Faktor penting yang perlu diberi perhatian di peringkat awal pemilihan ialah kesesuaian tumbuhan yang dipilih dengan persekitaran di mana ianya akan ditempatkan.

Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari penuh sepanjang hari untuk hidup dengan baik. kita perlu mengkaji dengan lebih teliti keadaan persekitaran yang akan menempatkan tumbuhan pilihan kita. pilihlah tumbuhan yang bersesuaian dengan persekitaran sedia ada. Proses ini penting sebagai persediaan untuk pengeluaran bunga yang banyak apabila musim kering. Sebaliknya. daunnya akan gugur.) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 sebagai contoh. Jadi.2: Pokok Bougainvillea sp mengeluarkan bunga apabila mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Kemudian. Dalam keadaan yang lebih teruk. Rajah 3. 5 . Rajah 3.Realitinya ialah keadaan persekitaran sukar diubah untuk disesuaikan dengan tumbuhan yang dipilih. Mari kita lihat pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.3 pula menunjukkan pokok bunga kertas yang ditempatkan di kawasan terlindung dan tidak dapat mengeluarkan bunga dengan baik. pokok ini dapat melakukan proses fotosintesis dengan baik. Dalam keadaan cahaya matahari penuh serta bekalan air dan nutrien yang mencukupi.

Aktiviti manusia boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan dan begitulah sebaliknya.4).3: Pokok Bougainvillea sp gagal berbunga kerana tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Berkaitan dengan tiupan angin. 6 . Terdapat tumbuhan yang sesuai untuk menghadang tiupan angin. kita mempunyai pilihan sama ada untuk memanfaatkan atau menghindarkannya. bergetah atau beracun perlu dielakkan. Kadar penerimaan dan keamatan cahaya di sesuatu lokasi menentukan sama ada tumbuhan yang dipilih adalah dari jenis yang memerlukan cahaya matahari penuh atau teduhan. Ini bergantung pada cara menyusun atur tumbuhan itu semasa merancang penanamannya. Keadaan ini tentunya menyukarkan kita kerana banyak kerja berat terpaksa dilakukan. Sebaliknya.Rajah 3. Kita boleh memilih tumbuhan yang kurang sesuai dengan keadaan tanah sedia ada tetapi keadaan tanah perlu diubahsuai mengikut keperluan tumbuhan yang dipilih. Kehadiran dan pergerakan manusia di sesuatu lokasi juga mempengaruhi tumbuhan yang dipilih. Tumbuhan yang memberi mudarat seperti berduri (Rajah 3. Tumbuhan yang sama juga boleh digunakan untuk menghalakan tiupan angin ke arah yang dikehendaki. sesuatu tumbuhan yang dipilih mampu mempengaruhi aktiviti manusia di lokasi berkenaan. Sesuaikan jenis tumbuhan dengan ciri tanah yang ada. Oleh itu. pilihlah tumbuhan yang tahan lasak dan cepat pulih di lokasi yang ramai orang.

7 . Jika perlu. Pemandangan yang indah di sesuatu lokasi sewajarnya dimanfaatkan untuk memaksimumkan kesan estetika sedia ada serta memberi ketenangan kepada pengunjung. Sebaliknya. pemandangan yang tidak menyenangkan elok disekat dengan menggunakan tumbuhan yang padat dengan daun.4: Elakkan memilih pokok Agave sp.Rajah 3. Pilih tumbuhan yang tidak menyekat pemandangan yang menarik. yang boleh memudaratkan pengunjung ke suatu kawasan yang dilandskap. pilihlah tumbuhan yang dapat menjuruskan pemandangan kita ke arah persekitaran tersebut.

antik.2. Ciri dan tabiat tumbuhan Setiap jenis tumbuhan mempunyai ciri dan tabiatnya tersendiri. dan kepadatan daun sangat penting untuk diambil kira semasa membuat pilihan. tekstur. Ciri-ciri ini boleh digunakan dan dieksploitasikan untuk menghasilkan kesan yang mampu memberi manfaat kepada kita. Rajah 3. Kita tentu terpegun apabila melihat garisan-garisan atau kelompokkelompok warna yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan ini. atau Oriental. formal. bunga atau buah) digunakan untuk mewujudkan pemandangan yang menarik (Rajah 3. kasual. Contohnya.5: Penggunaan warna untuk membentuk garisan dalam gubahan landskap yang menarik. Pemilihan sesuatu tumbuhan berdasarkan ciri dan tabiatnya perlu dibuat dengan berhati-hati supaya hasilnya kelak akan memberi kepuasan kepada kita. percabangan dahan. bentuk. Bali. 8 . warna (sama ada pada batang. saiz. daun.5). moden. Beri perhatian kepada soalan-soalan seperti berikut: Adakah tempat yang hendak dihias mempunyai tema atau stail tertentu? Contohnya. Ciri-ciri tumbuhan seperti warna. tropikal.

. Pada umumnya.. Ruang akan kelihatan sempit jika terdapat tumbuhan seperti ini di sesuatu lokasi. Tumbuhan berdaun besar (seperti Dieffenbachia sp. Sesuatu tumbuhan juga mempunyai bentuk-bentuk tertentu secara keseluruhannya. bentuk sesuatu tumbuhan merujuk kepada bentuk silara daunnya.. Ruang yang sama akan kelihatan lebih luas jika tumbuhan bertekstur halus seperti Asparagus sp. tumbuhan bersaiz besar akan menjadikan sesuatu ruang menjadi sempit.6. Philodendron sp. Dalam Rajah 3. Ixora sp. dan Monstera sp. 9 . atau pelbagai spesies rumput hiasan ditanam di tempat itu.6: Pokok besar seperti angsana (Ptercarpus indica) memberi naungan yang baik tetapi memerlukan ruang yang luas. Bagi tumbuhan renek dan pokok teduhan. Rajah 3.) menghasilkan tekstur visual yang kasar.Saiz sesuatu tumbuhan memberi kesan fizikal kepada sesuatu ruang. saiz dari segi ketinggiannya adalah ciri penting yang perlu diambil kira semasa membuat pilihan.

Ini adalah satu sifat semula jadi yang sukar diubah. Payung seperti hujan-hujan (Enterolobium saman) e. Faktor yang sama juga mempengaruhi jarak tanaman dan seterusnya mempunyai implikasi kewangan secara langsung. Kegagalan dalam aspek ini akan mengundang masalah yang rumit pada masa hadapan terutamanya dari segi penjagaan dan penyenggaraan. Secara teorinya. Pemilihan sesuatu tumbuhan perlulah mengambil kira saiznya apabila matang.Antara bentuk-bentuk tumbuhan yang biasa adalah: a. Bertingkat seperti ketapang (Terminalia catappa) f. Bujur seperti tembusu (Fagrea fragrans) c. Tabiat pertumbuhan sesuatu tumbuhan hiasan juga merupakan faktor yang penting untuk diberi perhatian semasa membuat pilihan. Agung seperti palma diraja (Roystonea regia) Pemilihan tumbuhan berdasarkan bentuk tumbuhan bukan sahaja penting dari segi kesan visual yang menarik tetapi juga dari segi memenuhi keperluan praktikal seperti untuk mendapatkan naungan atau lindungan. Kepelbagaian ciri tumbuhan hiasan dalam sesuatu kawasan sudah tentu dapat menambah daya tarikan dan kefungsiannya di sesuatu kawasan. Bulat seperti pokok bunga tanjung (Mimusops elengi) b. Kon seperti mentega (Diospyrus discolor) d. 10 . pertumbuhan tumbuh-tumbuhan terus berlaku tanpa henti sehinggalah ia mencapai peringkat matang.

kita dapat menggabungkan kepelbagaian ciri-ciri secara lebih harmoni. Pilihlah tumbuhan dengan kepelbagaiannya tetapi hadkan kepada kelompok tumbuhan yang hampir seragam dari segi tabiat dan keperluan tumbesarannya. Rajah 3. Dengan cara ini.7: Penggunaan pelbagai spesies tumbuhan tetapi mempunyai bentuk yang hampir serupa mewujudkan keharmonian reka bentuk. Rajah 3.7 menunjukkan contoh penggunaan tumbuhan dari pelbagai spesies yang hampir serupa dari segi bentuknya. pemilihan dan penanaman tumbuhan yang terlalu pelbagai dari segi ciri-cirinya akan menimbulkan suasana bercelaru. 11 .Namun begitu.

Terdapat banyak jenis tumbuhan yang dapat memenuhi kehendak kehendak ini. rutin harian dan personaliti kita sendiri. Tumbuh-tumbuhan hidup akan berubah dari segi saiz. warna.3. 12 . kerja-kerja memangkas dan mencantas sering dilakukan terhadap tumbuhan hiasan untuk mendapatkan bentuk silara tertentu. pilihlah tumbuhan yang mempunyai bentuk menarik tetapi kadar pertumbuhannya perlahan seperti Juniperus chinensis. Kita mungkin mempunyai hasrat untuk mengubahsuai ciri-ciri tertentu yang ada pada sesuatu tumbuhan. Kita juga mungkin gemar dengan kehadiran haiwan-haiwan seperti unggas. Masa Kebanyakan tumbuhan mengambil masa yang panjang untuk menunjukkan ciri-cirinya yang sebenar. bentuk dan sebagainya. herba dengan khasiat kesihatan dan juga bunga yang harum. Kita mungkin inginkan hasil tumbuh-tumbuhan yang boleh dimanfaatkan secara langsung seperti buah yang boleh dimakan oleh manusia atau haiwan. Contohnya. Dalam hal ini kita perlu fikirkan secara jujur tentang kehidupan. 4. Berapa banyak masa dan tenaga yang sanggup kita curahkan untuk melakukan kerja-kerja sedemikian? Jika masa tidak menjadi halangan. Bagi kita yang mempunyai rutin kehidupan yang padat. kerja-kerja ini memerlukan masa. Tujuan dan kehendak peribadi dan faktor-faktor lain Setiap orang mempunyai tujuan atau kehendak tertentu terhadap sesuatu tumbuhan. serangga atau haiwan akuatik dalam kawasan yang dihias. kita bolehlah memilih tumbuhan berdahan dan berdaun padat tahan dicantas seperti Acalypha sinensis. Masa adalah satu dimensi yang memberikan perubahan dalam tempoh jangka panjang kepada keseluruhan kawasan yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan. Namun.

Walaupun begitu. Rajah 3. Rajah 3.8 menunjukkan penanaman pokok kelapa (Cocos nucifera) di kawasan yang dilandskap. permukaan jalan dan sebagainya. ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung. sumber tenaga dan kewangan untuk menyelenggara kawasan. 13 . Faktor ini diperkukuhkan lagi dengan faktor-faktor lain seperti kekurangan masa. Tumbuh-tumbuhan dengan dahan yang rapuh dan mudah patah pula tidak sesuai ditanam di kawasan letak kereta. Tumbuh-tumbuhan yang mudah menggugurkan banyak daun atau buah pula perlu dielakkan jika kita mengutamakan kebersihan kawasan.8: Pokok kelapa (Cocos nucifera) mengeluarkan buah yang boleh dimanfaatkan tetapi juga boleh mendatangkan bahaya Elakkan daripada memilih dan menanam tumbuh-tumbuhan berduri atau beracun seperti di kawasan permainan kanak-kanak. kita perlu elak daripada memilih tumbuhan yang boleh menimbulkan masalah. saluran paip. Walaupun pokok ini mengeluarkan buah yang boleh dimakan. adat dan kepercayaan juga mungkin menjadi faktor penentu. Pastikan juga pokok yang dipilih itu tidak mempunyai sistem akar yang boleh merosakkan kemudahan-kemudahan utiliti seperti kabel elektrik. sistem perparitan. Pantang larang. saluran pembetungan.

Kita perlu sedari tentang keadaan persekitaran sedia ada dan hakikat bahawa mengubah persekitaran supaya sesuai dengan tumbuhan yang dipilih adalah kerja yang sukar. Seterusnya. Oleh yang demikian. ciri dan tabiat tumbuhan. kejayaan menghasilkan tanaman hiasan yang menarik adalah bergantung pada kerjakerja penjagaan terhadap tumbuhan yang dipilih. 14 . Faktor persekitaran. seimbangkan antara nilai estetika dan aspek praktikal semasa memilih tumbuhan.Sebagai kesimpulan. terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan di peringkat awal pemilihan sesuatu jenis tanaman. Pilihlah tumbuh-tumbuhan yang kelihatan menarik dan mudah diuruskan setelah mengambil kira keadaan rumah dan gaya hidup kita. masa serta kehendak-kehendak peribadi adalah antara perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful