1.

0 KEMAHIRAN LISAN

1.1

Definisi dan konsep kemahiran lisan

Kemahiran lisan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kedua -dua kemahiran ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan kemahiran lisan. Elemen-elemen ini penting bagi membolehkan seseorang itu pelajar itu menyebut perkataan dengan betul dan fasih. Kemahiran lisan juga membantu melatih kanak-kanak bertutur dengan ayat yang tersusun dan teratur. Lisan bermaksud sesuatu ujaran atau perkara yang diucapkan. Mendengar adalah proses permulaan kemahiran lisan. Perkataan yang didengar akan cuba di dihuraikan atau dilaksanakan dalam kemahiran ini. Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan langkah yang kedua dalam kemahiran lisan.

1.2 Cara untuk menyampaikan kemahiran lisan dengan lebih efisyen ialah :

a) Bercakap dengan tenang dan menggunakan gaya yang betul. b) Bertutur dengan nada, intonasi dan tekanan yang betul. c) Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar dan menghormati percakapan orang lain. d) Berbicara atau berbincang dengan lanc ar dan fasih. e) Bercerita atau melapor dengan gaya bahasa yang menarik dan betul. f) Mengiklan atau membuat pengumuman dengan jelas dan tepat. g) Berkebolehan memberi arahan den tepat dan berkesan.

1 Definisi dan konsep Mendengar adalah menerima bunyi-bunyian yang bermakna melalui cuping telinga yang berfungsi sebagai antena.1. Definisi : Kemahiran mendengar adalah kemahiran yang paling asas dalam pembelajaran.1 KEMAHIRAN MENDENGAR 1. 1. Kemahiran ini bermula diperingkat kanak -kanak mula menerima maklumat atau bunyi-bunyi bersuara dan mengolahnya melalui otak. i) Menggunakan bahasa dengan baik dalam situasi -situasi yang tertentu mengikut keperluan menggunakannya. pendapat fikiran atau pandangan yang bernas. Konsep-konsep pendengaran : Konsep mendengar boleh dikategorikan kepada beberapa perkara berikut. Antaranya ialah: . Bunyi-bunyi bermakna yang diterima kemudian disalurkan ke otak untuk dianalisis dan ditafsir.h) Berupaya mengemukakan pendapat.

¶ . hujah dan bukti. difaham dan diingat. Pendapat tokoh: 1) Daskin (1980:31) ada mengatakan bahawa µ Listening is one half of the process of communication¶. g) Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama.a) Pendengaran merupakan gabungan segala yang di dengar. µ Listening is a neglected skill. 2) Hunt (1981:294) pula mengatakan. But while listening is important in all public speaking situations. d) Aspek fizikal. h) Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis krirtis terhadap bentuk dan isi. jelas menunjukan ba hawa kemahiran mendengar adalah satu proses berkomunikasi. e) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan dea yang logik dan berkesan. c) Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. f) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Hal ini. psikologi dan neutrologi mempengaruhi proses pendengaran. b) Pendengaran boleh berlaku melalui latihan -latihan khas yang dilakukan secara berperingkat -peringkat.

. berita dari radio atau televisyen. Antara tujuan manusia mendengar ialah : a) Mendengar dalam interaksi sosial.  Misalnya. menonton televisyen dan filem c) Mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan  Misalnya. mendengar radio. 1. Bentuk kemahiran ini biasanya disebabkan kurangnya minat dalam .1. mendengar guru mengajar dan pensyarah memberikan kuliah. perbincangan dan mesyuarat. µSo we must ask explicitly: which assessment methods relate to our objectives and construction? Which will produce indications of the student abilities or qualities we are interested in? 1. a) Mendengar secara pasif Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. mendengar adalah perkara yang paling a sas untuk menerima maklumat. b) Mendengar untuk mendpatkan hiburan.3) Rowntree (1979:163) berpendapat.2 Tujuan mendengar Dalam kehidupan seharian.1.  Misalnya dalam perbualan.3 Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar Lazimnya kemahiran mendengar terba hagi kepada mendengar secara pasif dan mendengar secara aktif.

Jenis mendengar secara pasif adalah : i. Kemahiran mendengar secara aktif ini akan dapat mengaplikasikan elemem kemahiran lisan yang kedua iaitu kemahiran bertutur. mendengar secara berhati iii. mendengar secara bertelau-telau. Kaedah mendengar ini biasanya kurang memberi pemahaman dalam kalangan pendengar serta bahan yang ingin disampaikan umpama µmencurahkan air ke daun keladi¶. Selain itu. mendengar secara menebuk b. penutur juga tudak memainkan peranan bagi menarik minat pendengar. Mendengar secara aktif Mendengar secara aktif adalah kemahiran mendengar yang lazimnya menjana minda dan meningkatkan daya pemikiran pendengar. Jenis mendengar secara aktif adalah : i.kalangan pendengar. iii. mendengar secara kritikal iv. mendengar tanpa tindak balas. ii. mendengar dengan pengamatan v. mendengar secara kreatif . `Mendengar dengan beremosi ii.

. Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ataupun artikulator manusia.¶ 2) Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) pula ada mengeluarkan pendapatnya.1..¶ Shrope (1979) mengutarakan beberapa pendapat berkenaan tujuan mengapa manusia perlu bertutur : . since it is possible to develop listening abil ity much beyond the range of speaking ability. µAlthough the authority skills in normal speech situations.2 KEMAHIRAN BERTUTUR 1..1 Definisi dan konsep Kemahiran bertutur adalah peringkat kedua dalam kemahiran berbahasa iaitu selepas kemahiran lisan.. Kemahiran bertutur kebiasaannya berlaku pada peringkat penglahiran.. Murid -murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Komunikasi dua hala sesama manusia yang berlaku memperlihat kewujudan dan kepentingan untuk seseorang itu bertutur. Pendapat tokoh: 1) Heaton (1972:57) ada mengatakan pendapatnya. it is frequently desirable to separate the two skills for teaching and testing... µ pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa..2. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis.

kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan para pelajar bahasa ked ua. rangkai kata dan kalimat.a. Panjang dan Pendek (mora) Mora sebutan adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Tekanan Tekanan ialah tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menururt suku kata dalam sesuatu perkataan./ menunjukkan setengah mora. Gangguan bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka. . 2. bercakap untuk tujuan memaklumkan c. Konsepnya adalah sama dengan harakat dalam bahasa arab iaitu men unjukkan panjang atau pendek sesuatu bunyi. Lambang /::/ menunjukkan dua mora dan lambang /.2. suku kata. frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya. Lambang tekanan ialah /?/. Pada peringkat awal pertuturan. Penutur diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf.2 Aspek-aspek pertuturan 1. bercakap untuk tujuan mempengaruhi d. perkataan. Tekanan juga adalah satu cara menyebut perkataan. 3. bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah 1. sebutan yang betul mengikut bunyi amat dititik beratkan. Sebutan Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. bercakap untuk keseronokan b.

7. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza -beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. . rangkai kata atau ayat. Dalam bahasa Melayu. dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. Jeda Jeda merupakan hentian di tengah baris -baris puisi atau hentian sementara ketika membacanya.4. 6. jeda digunakan sebagai hentian sebentar. nada tidak bersifat fonemik. Ia juga disebut nada suara. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan. Penutur tersebut boleh mengeluarkan idea dan pendapat tanpa ada sekatan semasa bertutur. Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan biasanya boleh digunakan seperti ini /+/. Dalam sesuatu ayat yang diucapkan. lambang jeda ditandai seperti ini /#/. penutur yang baik tidak akan mengalami masalah gangguan semasa percakapan berlangsung. Nada Berdasarkan kamus Dewan Edisi Ketiga. 5. Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan tersusun. Intonasi Intonasi ialah keadan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Dalam bahasa Melayu. lambang ini boleh membezakan makna. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat. nada membawa maksud bunyi yang tertentu tinggi rendahnya. Ayat penyata pula mem punyai intonasi yang menurun dan mendatar.

Manakala dari segi morfologi pula. Dari segi sintaksis pula. tetapi juga boleh mengeluarkan bunyi -bunyi bermakna secara tepat dan jelas. contohnya seperti pelajar yang menyertai perbahasan atau forum akan dinilai melalui kefasihannya mengeluarkan pendapat secara spontan ataupun tidak. mereka harus membina ayat menggunakan tatabahasa dengan tepat. 10. 9. Aspek ini perlu bagi kalangan penutur yang mengaplikasikan konsep bertutur pada peringkat maju. .8. kemas dan jelas. dan morfologi. Dari segi fonologi. pelajar harus boleh mebunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat. teratur dan licin. suasana dan situasi tertentu. Laras juga sebagai variasi bahasa yang dipilih dikait dengan pelbagai kegunaan. sintaksis. Laras bahasa Laras bahasa bererti kemampuan menggunakan sesuatu bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks. dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. membina. Tatabahasa boleh dikategorikan kepada tiga bahagian besar iaitu fonologi. Tatabahasa Nahu atau tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang -undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat. pelajar haru memilih. Kefasihan Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas.

bahasa melampau. Menurut Shrope (1979). bahasa terbalik. tujuan bertutur adalah unt uk keseronokan. bahasa menggiat. dan bahasa mengeluh. pera saan. 4) Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan ayat-ayat tersusun. pengalaman serta mengutarakan pendapat yang jitu. dan menyelesaikan masalah.3 Tujuan kemahiran bertutur. 1.1. mempengaruhi. Antara tujuan kemahiran bertutur adalah: 1) Membolehkan seseorang murid itu menyebut sesuatu perkataan atau ayat dengan betul. bahasa mengejek. . 5) Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri. 2) Melatih seseorang mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan baik. memaklumkan. bahasa herdik.4 Penjenisan Ragam Bahasa Lisan Za¶ba (1962). bahasa merajuk. bahasa tempelak.2.2. 3) Membolehkan seseorang berhubung dengan orang lain secara tepat untuk menyatakan kehendak. telah mengklasifikasikan bahasa lisan kepada beberapa kategori iaitu seperti bahasa sindiran.

Antaranya adalah: a) Aspek suara b) Aspek sebutan dan intonasi c) Aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata d) Aspek gaya penyampaian e) Aspek tatatertib bercakap .Terdapat beberapa aspek yang boleh dijalankan bagi meningkatkan mutu pertuturan.

melihat kesan dan akibat. Proses ini juga merangkumi proses metal yang kompleks seperti mengecam perkataan. Kefahaman merupakan suatu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan.KEFAHAMAN DEFINISI Menurut Marohaini Yusoff (1999). menyusun idea. Hal ini demikian kerana setiap individu itu mempunyai pegangan dan kepercayaan yang berbeza berdasarkan kepad a apa yang didengar atau dibaca. Kefahaman juga boleh ditafsirkan sebagai k ebolehan menterjemah idea dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. tulisan atau penggunaan lambang yang tertentu. Menurut pendapat Mohd Baharudin Othman dan Mohd khaire Ahmad (2003) pula. mentafsirkan dan menilai sesuatu berkaitan dengan perkara atau apa -apa yang dibaca. Kefahaman juga boleh ditafsirkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu ingin membuat perbandingan. mereka menyatakan bahawa sebarang proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna. menubuhkan generalisasi dan juga menilai. Perbezaan di kalangan manusia merupakan faktor terpenting yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu apa yang ingin ditafsirkan berdasarkan apa yang didengari atau dibaca. menghubungkaitk an idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. memilih makna yang sesuai. membuat interpretasi. kefahaman merupakan keupayaan menubuhkan. . penerangan dan membezakan.

tarikh. De ngan itu para guru perlu memahami dan menggunakan hierarki tahap kefahaman bagi membolehkan guru membuat perancangan kegiatan pengajaran harian yang berkesan. Umpamanya murid mungkin : a. Tahap -tahap kefahaman tersebut adalah seperti berikut : 1. Kegiatan yang dapat murid lakukan pada tahap ini adalah seperti mengingat semula atau mengecam a. Terjemahan Tahap yang memerlukan murid memahami dan berupaya untuk mencari serta menulis semula maklumat yang terdapat dalam petikan. Pengecaman dan pengingatan butiran Pada tahap ini murid memahami dan berupaya mencari maklumat atau mengingat semula maklumat yang telah didengari olehnya. Menulis maksud frasa. Pengelasan kefahaman Santoz dapat dibahagikan kepada enam. perbualan atau arahan dalam bentuk yang lain tanpa mengubah maksud asal. ayat atau perkataanyang tertentu dengan menggunakan perkataan sendiri.Dalam pengajaran kefahaman. . dan definisi b. c. Satu contoh hierarki kefahaman yang dapat digunakan ialah hierarki kefahamn yang ditubuhkan oleh taksonomi kefahaman soalan Santoz. Fakta. nama orang. guru perlu sentiasa menggalakkan murid mencapai tahap pemikiran yang tertinggi. Idea pokok berdasarkan apa yang didengari atau dibaca. Urutan peristiwa d. Arahan yang diberikan 2.

carta. b. Menggunakan pengetahuan lalu untuk menyelesaikan masalah. prinsip. Menggunakannya dengan berjaya. Menggunakan makluamt yang terdapat dalam petikan untuk diguankan dalam keadaan baharu. Menggunakan teori atau prinsip untuk meramalkan kesan tertentu. atau pengabstrakan seperti generalisasi. Menulis sebuah cerita berdasarkan sebuah drama atau lakonan pendek d. seperti : a. Pada tahap . c. c. Mengingat semula pengalaman. 3. kemahiran. Mengambil maklumat daripada petikan. teori. b. Kegiatan yang murid dapat lakukan pada tahap ini ialah. Tahap ini melibatkan tiga kebolehan.b. arahan dan mempersembahkannya dalam bentuk graf. Analisis Tahap yang memerlukan murid untuk memahami dan berupaya untuk mengenal atau menyemak bahagian tertentu sesuatu komponen. perbualan. Perkara yang penting pada peringkat ini ialah murid perlu dapat melakukan sesuatu berdasarkan maklumat yang didapati. peta. lukisan atau rangka atau sebaliknya. iaitu : a. peraturan dan teknik yang dipelajarai atau yang diketahui. Mengetahuai apa dan bila sesuatu prinsip itu dapat digunakan. 4. c. Mengikut arahan sebagaimana yang diberikan. Aplikasi Tahap yang memerlukan peringkat pemikiran yang agak tinggi.

Menentukan yang mana satu adalah andaian. Untuk menentukan sama ada idea yang diberikan itu mempunyai persamaan. . dan menyatupadukan idea-idea yang terdapat dalam bahan bacaan. fakta atau propaganda terhadap sesuat perkara yang didengar atau dibaca. 5. c. imaginasi dan intuisi mereka bagi membuat hipotesis. Untuk membolehkan murid membuat penilaian. Mengadakan satu standard atau kriteria bagi menilai sesu atu idea atau perkara lain. rumusan. rumusan. murid perlu dapat memahami dan berupaya melakukan dua langkah yang berikut : a. Penilaian Tahap penilaian merupakan tahap tertinggi dalam pengelasan kefahaman atau pemikiran. menytususn semula. Pada tahap ini murid perlu dapat mengeluarkan pendapat mereka dan juga menggunakan segala pengalaman. Memberi tajuk berlainan untuk sesuatu topik atau bacaan. b. Sintesis Tahap murid memahami dan berupaya untuk membuat integrasi. atau ramalan tentang perkara yang terjadi berdasarkan bukti yang ada. Menghubungkan pengalaman sendiri dengan bahan yang dibaca dan soalan yang dikemukakan. pengetahuan. generalisasi. perbezaan atau percanggahan. Antara kegiatan yang dapat dilakukan pada tahap ini termasuklah : a. Untuk membuat inferens.ini juga ditentukan hubungan antara bahagian atau idea yang terdapat dalam komponen. 6. Kegiatan yang dapat dilakukan pada tahap ini ialah a. b.

Individu terbabit perlu mendengar dengan emosi supaya setiap apa yang dituturkan dapat dihayati dan difahami. Selain itu mendengar dengan pengamatan juga amat penti ng untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam proses memahami terutama gangguan daripada bunyi alam dan persekitaran sekeliling. namun demikian individu terbabit tidak dapat menginterpretasi arahan itu dengan tepat maka proses maklum balas yang berlaku mungkin adalah tidak bermakna. Antara kemahiran asas dalam memastikan kefahaman dapat dicapai adalah kebolehan menghuraikan maklumat. Jika ketika proses mendengar tidak dapat dilaukan dnegan teliti maka akan menyebabkan gangguan ketika proses mendapatkan kefaham an yang lengkap. Jika tiada kefahaman yang tepat tentang perkara yang ingin dilakukan maka sesuatu perkara yang akan dilaksanakan itu mungkin adalah tidak bermakna dan sia-sia. Proses interaksi lisan yang berlaku akan menjadi tidak berkesan jika kefahaman yang tepat tidak dapat dibentuk. Kaedah mendengar yang dapat dipraktikkan dalam usaha ini ialah mendengar secara aktif.b. yang telah PERKAITAN ANTARA KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN LISAN Dalam setiap apa perkara yang dilakukan. fakta dan isi tertentu yang terdapat dalam perbualan atau arahan yang diberikan. Individu terbabit juga perlu mendengar dengan lebih berhati -hati supaya apa yang didengari tidak disalah erti dan tidak tercicir maklumat penting. . Membuat penilaian antara standard atau kriteria ditetapkan dengan perkara yang hendak dinilai. kefahaman adalah perkara utama yang perlu dtitikberatkan. Jika sesorang itu mendengar arahan yang diberikan. Oleh itu kefahaman adalah sesuatu perkara yang penting demi bagi mengelakkan sebarang kesalahan dalam mengikut arahan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful