You are on page 1of 3

Budaya lepak dan ponteng sekolah

dikalangan pelajar
By admin | Published: November 24, 2009

Budaya lepak dan ponteng sekolah bukanlah perkara baru, ianya sudah ada sejak lama dulu cuma
istilah lepak tu baru. Kalau nak ikut zaman aku sekolah dulu, tak pernah aku ponteng sekolah
semata-mata untuk lepak. Maklumla kelas pandai dulu

Zaman aku sekolah dulu mana ada CC lagi kat bandar. Jadi tak ada la istilah lepak-lepak kat CC.
Ponteng sekolah tak jadi perkara serius kat sekolah. Masih lagi terkawal.

Berbeza dengan sekarang, budak-budak sekrang bukan setakat ponteng sekolah malah sudah
berani melawan guru. Tapi tu cerita lain.

Aku nak ucapkan tahniah kepada sekumpulan guru di JB yang menjadi Paparazi mengintip
kegiatan murid-murid yang ponteng. Sekurang-kurangnya ianya mengurangkan gejala ponteng ni
kat sekolah. Ibu-bapa dan guru masing-masing sepatutnya bekerjasama untuk mendidik murid-
murid dan tidak hanya menyandarkan beban pada guru-guru.

JOHOR BAHRU: Misi sekumpulan guru yang


terpaksa menjadi ‘paparazi’ selama hampir dua bulan bagi menangani masalah
pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya ini berjaya merakamkan kira-kira 50 gambar
dan video pelajar terbabit melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan bermoral termasuk
menonton filem lucah beramai-ramai.

Semuanya akan dijadikan bahan bukti untuk didedahkan pada ibu bapa, sekali gus membuka
mata mereka berhubung sikap sebenar anak masing-masing di sekolah berbanding ketika di
rumah.
Pengurusan Sekolah Menengah Tun Syed Nasir di sini, terpaksa mengambil pendekatan berbeza
daripada kebiasaan itu bagi membendung gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah berkenaan
yang meruncing terutama pada beberapa hari terakhir sebelum tamat penggal persekolahan 2009,
Jumaat lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Abdullah Abdul
Rahman, berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan timbul keresahan di pihak sekolah
dan ibu bapa berikutan bilangan pelajar sekolah berkenaan ponteng pernah mencecah kira-kira
100 orang setiap hari.

Katanya, bilangan pelajar di sekolah berkenaan kira-kira 2,000 orang, namun gejala ponteng
sekolah tidak sepatutnya diberi pengecualian dengan mengambil kira jumlah keseluruhan
pelajarnya, kerana ia ibarat barah yang boleh merosakkan badan manusia jika tidak dirawat di
peringkat awal.

“Sekumpulan guru yang ditugaskan mengawasi pergerakan kumpulan pelajar yang


disyaki sebagai kaki ponteng dengan menjadikan lorong berhampiran kawasan sekolah sebagai
tempat melepak merakam pelbagai aksi mengejutkan kami.

“Mereka bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga
tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling
mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,†katanya selepas Seminar
Budaya Lepak, Maksiat dan Jenayah di sekolah berkenaan, kelmarin.

Majlis dirasmikan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten
Komisioner Mohd Nor Mansor yang turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama
bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari
perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

“Tindakan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa, tetapi lebih kepada menimbulkan
kesedaran kepada pihak terbabit dan menunjukkan pihak sekolah berusaha melakukan sesuatu
bagi membendung gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar,†katanya.

Menurutnya, PIBG merancang melakukan pemeriksaan mengejut di lokasi yang dikenal pasti
sebagai ‘port’ pelajar ponteng sekolah menghabiskan masa dengan membawa
bersama ibu bapa pelajar yang disyaki.

Menurutnya, ibu bapa harus sedar peranan mereka juga penting dalam memastikan anak-anak
yang keluar rumah pada hari persekolahan, benar-benar sampai di sekolah dan tidak melencong
ke tempat lain.

“Hasil rakaman dan gambar itu membantu kami mengurangkan kes pelajar ponteng
sekolah, di mana rekod terakhir menunjukkan bilangan pelajar ponteng sekolah ialah kira-kira 30
orang berbanding 100 sebelumnya,†katanya.
Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihak pentadbiran sekolah dan guru harus memainkan peranan
bagi membendung masalah pelajar ponteng sekolah.

Katanya, polis sentiasa membuka pintu kepada pihak sekolah untuk mendapatkan pandangan dan
nasihat berhubung tindakan ke arah membendung gejala tidak sihat membabitkan pelajar.

“Gejala ponteng sekolah tidak seharusnya berlaku di mana-mana dan pada bila-bila
masa. Apabila lebih 100 orang dikatakan ponteng sekolah setiap hari, ia sesuatu yang serius dan
perlu ditangani segera,†katanya.

Sumber Metro.

You might also like