Pendahuluan Ahli-ahli fiqh mendahulukan perbincangan mengenai taharah sebelum dari perbincangan mengenai sembahyang.

Alasannya, taharah ialah anak kunci dan syarat sah sembahyang. Syarat mestilah didahulukan dari mashrut (perkara yang perlu kepada syarat). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya: Anak kunci sembahyang ialah suci (tuhur), yang mengharamkan pelakuan yang dihalalkan sebelum sembahyang ialah takbiratul-ihram dan yang menghalalkan perkara yang diharamkan di dalam sembahyang ialah salam . Sabda Baginda juga bermaksud: Suci adalah sebahagian daripada iman. Antara topik perbincangan dalam bab toharah ialah tayammum yang akan dibincangkan dalam beberapa kriteria untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan. Definisi Tayammum Bahasa Tayammum dari segi bahasa ialah ‫( القصد‬sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267) maksudnya: " Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. " Dengan pengertian ini juga, penyair berkata maksudnya: " Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah." Istilah Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk

atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383) Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561) Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200) maksudnya: " Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."

" Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan. bahawa Nabi S.W bersabda: (Riwayat Ahmad.  Sujud Tilawah dan sujud Syukur.A.W.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersamasama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci. harus baginya mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga. Melihat itu. 1984 : 562) Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut:  Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.  Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.A. tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat daripada martabat yang kedua. maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.Sejarah Pensyariatan Tayammum Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Mendengar perkara itu. sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau. harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat . Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama. menyentuh musyhaf dan membaca al-Quran bagi orang berjunub." Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr." Dari 'Imran Ibn Hussain r. (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci.a berkata: (Riwayat al-Bukhari.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri. Wahbah al-Zuhaili.A. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat. Firman Allah S.W. Rasulullah S. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum). kemudian kamu tidak mendapat air. (b) 348: 161-162) maksudnya: " Sesungguhnya Rasulullah S. Rasulullah S.A.

T: (Al-Maidah: 6) maksudnya: " Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan. kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air.W sepertimana berikut:  Bertayammum Daripada Hadas Kecil Firman Allah S. Fattah Hussin. sedangkan waktu belum habis. (b) 338: 241) maksudnya: " Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir.a berkata: (Riwayat Abu Daud. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. lalu menerangkan keadaan yang demikian. haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu menggunakan air dengan apa jua sebab sekalipun." . Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S." Abu Sa'id al-Khudri r. Dr.A.martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. 1411H/1991: 229) Hadas yang dibolehkan bertayammum Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil.W. (Al-Syeikh. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga. lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. kemudian kamu tiada memperoleh air. maka bertayammumlah dengan tanah yang suci. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'.W. mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah. harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. Kemudian kedua-duanya mendapati air. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'.A. maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S. Abd.

' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah. sedang kamu tidak memperoleh air. kecuali melalui jalan (tempat sembahyang). dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari. Bertayammum Daripada Hadas Besar Firman Allah S. maka hendaklah kamu bertayammum…" Kemudian. janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk.W. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan. melihat seorang lelaki yang menyendiri. " . (b) 344: 210) maksudnya: " Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S. sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. saya sedang junub dan tidak ada air. sehingga kamu mandi lebih dahulu.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43) maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman.A. kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu).W.

Niat: Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. (b) 1: 1) maksudnya: " Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat". dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas. Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau.A. (b) 334: 238 ) maksudnya: " Wahai 'Amru. kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub. sekalipun dengan sepuluh tahun.W. .W. ianya merupakan syarat. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum. padahal engkau sedang berjunub?" Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud. 1994: 134) Ini bermakna. sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. Sabda Rasulullah S.Rukun-Rukun Tayammum 1. bertanya: (Riwayat Abu Daud. lalu Nabi S. Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga.A. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".A. manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah. (b) 314: 206-207) maksudnya: "Wahai Abu Zarr. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat. sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat al-Bukhari. 'Abdul Qadir. seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat. iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Ini berdasarkan hadis Nabi S. (Ar-Rahbawi. (Dr. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit. Wahbah al-Zuhaili.

samada solat lima waktu atau solat nazar.th: 187) . kerana mereka berniat dengan niat fardhu.W tersebut memberi fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat. maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. Dalam masalah ini. Contohnya. Berniat untuk membolehkan solat sahaja. kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.A. pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu.(Abu Muhammad. atau orang junub berniat untuk i'tikaf. Muhammad. Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya. jika seseorang tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan): i. iii. tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu. Maka dalam masalah ini. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya. tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. bukan untuk melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini.Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S. ii. kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Berniat untuk membolehkan solat fardhu. jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf. 1414H/1993: 123) iv. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut. t. tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. (Al-Husaini. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat.

maka demikian juga halnya pada tayammum. Rahman Ringota. (Dr.th: 188) 3. berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci). Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. hukumnya sunat. golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum. sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu". t. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. 1999: 87) . dalam hal ini muka dan kedua tangan. Namun. A. Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas. Dr. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Zainuddin Tanjung. iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. Bilamana pada wudu' ditertibkan. (Abu Muhammad. Tertib (berurutan): Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah.2. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun.

Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 maksudnya: " Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43) Maksudnya:" …lalu tidak kamu peroleh air. Abu Hurairah r. adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan. Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran.A. dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Wahbah al-Zuhaili.Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Tayammum Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut:  Ketiadaan air Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi.a berkata. maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi". Termasuk juga. Selain itu. kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. jauhilah ia. maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)". dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan. Di samping itu bila seseorang dalam . bersabda Rasulullah S. (Dr. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau mandi.

dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'. 'Abdul Qadir. (Al-Husaini. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. Zainuddin Tanjung. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. A. . 1999: 81)  Keuzuran untuk menggunakan air Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha'. A. meskipun air ada disekitarnya. (Ar-Rahbawi. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah. kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum. kerana dia telah memperoleh air.perjalanan lupa bahawa dia membawa air. lantas dia bertayammum. Rahman Ritonga. Muhammad. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air. maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. Rahman Ritonga. lalu mengingat bahawa air ada. Dr. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha'. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat. 1999: 80-81) Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada. sunat atau wajib. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat. Zainuddin Tanjung. (Dr. Dr. kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. (Dr. maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah. kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat.

Kes Kedua Khawatir sakitnya akan bertambah. lalu berjunub. meskipun sakitnya tidak bertambah. hendaklah ia bertayammum". . iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. membolehkan tayammum. Ibnu 'Abbas r. Dalam keadaan sakit atau luka Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. Boleh disamakan dengan hal tersebut. bersabda Rasulullah S.A. seperti kulit badan menjadi hitam. meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. (b) 666 : 413) Maksudnya: " Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul. iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup. seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain. khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. maka ia takut mati jika mandi.W: (Riwayat al-Daruqutni. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk.Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Atau khawatir lambat sembuhnya. Qaul yang rajih. Atau khawatir sakitnya semakin parah. berkata. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan iaitu: Kes Pertama Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu.a.

Kes Ketiga Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. meskipun dia memiliki air. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. 1414H/1993: 113-114) Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi. Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang . Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air). Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air. maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum. demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Dr. seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Zainuddin Tanjung. tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan. seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. (Al-Husaini. A. walaupun ketika itu ia merasa kesakitan. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja). Rahman Ringota. bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan. (Dr. 1999: 82)  Memerlukan air Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi.

(Dr. kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau. Muhammad. Zainuddin Tanjung.A. alasanku yang membuat aku tidak mandi.a berkata: (Riwayat Abu Daud. 1414H/1993: 118) Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk memasak. (b) 334: 238) maksudnya: " Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil. dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri. dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan.diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. dan solat tersebut tidak perlu diulangi. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. (Al-Husaini. tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan. pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr. tertawa tidak bersabda sesuatu pun." . sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Dr. Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.  Khawatir kehilangan harta jika mencari air Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika dicari. Rahman Ritonga. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh.A. A. hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain.W. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian. Maka Rasulullah S.  Keadaan sangat dingin Dari 'Amru bin 'Ash r. harta. dibolehkan tayammum. tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya. jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati). untuk dimasak. sebab itu aku bertayammum. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri. keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim.W.

seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam. 'Abdul Qadir. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. 1414H/1993: 113) Menurut pandangan golongan Hanabilah.Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi. dibolehkan tayammum. Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Orang yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat. 1994: 139) Maka. bila seseorang tidak memiliki alat. (Ar-Rahbawi. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan. . Muhammad. sementara alat itu tidak ada padanya. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'. golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu. jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan. Sebagaimana golongan Hanafiyyah. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.  Tiada alat untuk mengambil air Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib. dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. jika terus diusahakan waktu akan habis. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. (Al-Husaini.

Rahman Ringota. Khawatir Kehabisan Waktu Solat Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu'. solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. (Dr. mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat. dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum. kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. Berbeza pula dengan golongan di atas. kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak diulang. kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. (Ar-Rahbawi. 'Abdul Qadir. Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat. Dr. kerana takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Pertama. A. Zainuddin Tanjung. Seperti golongan Syafi'iyyah. golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu. baik untuk solat jenazah. Lain halnya bagi orang yang musafir. solat wajib lima waktu dan solat witir. 1994: 139) Kedua. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat Juma'at. Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air. 1999: 80-84) .

guru hendaklah menerangkan kembali langkah tersebut  Kaedah teknik menyoal juga di gunakan untuk menarik perhatian murid  Guru perlu memastikan semua pelajar melihat demonstrasi yang dilakukan  Guru meminta salah seorang pelajar melakukan demonstrasi itu Selepas demonstrasi  Guru meminta pelajar menyebut cara bertayammum. guru hendaklah memberitahu pelajar mengenai tujuan serta aktiviti yang hendak dijalankan Semasa demonstrasi  Guru perlu memandang ke arah murid ketika memberi penerangan mengenai aktiviti demonstrasi yang di jalankan  Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan. Ini bertujuan memastikan bahawa mereka telah memerhatikan langkahlangkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul  Membuat perbincangan keseluruhan berkaitan tayammum Kesan demonstrasi  Pelajar akan lebih memahami pembelajaran apabila berpeluang melakukan aktiviti yang di jalankan .Langkah-langkah Pengajaran Tayammum KAEDAH DEMONSTRASI Sebelum demonstrasi  Guru hendaklah menyediakan topik. objektif & kandungan demonstrasi terlebih dahulu  Guru membawa pelajar ke tempat demonstrasi yang disediakan untuk aktiviti tayammum  Sebelum memulakan demonstrasi.

 Guru dapat menilai kefahaman pelajar melalui aktiviti yang telah dilakukan .

meneka. kuiz. Model Persepsi Menggunakan audio. Cth Permainan dalam pengajaran Tayammum (kuiz)  Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan  Setiap kumpulan perlu menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh guru  Soalan kuiz ini berkaitan dengan tajuk tayammum  Kumpulan yang berjaya akan diberi imbuhan yang bersesuaian  Guru dan pelajar dapat menguasai permainan tersebut  Aktiviti permainan berdasarkan kepada tajuk tayammum  Guru dapat mengawal disiplin dan membimbing pelajar memahami kaedah tayammum  Memberi keseronokan dan mengurangkan ketegangan kepada pelajar  Wujud hubungan di antara pelajar dengan guru . penyelesaian masalah dan demontrasi contoh : permainan bahasa. pengayaan dan pemulihan. silangkata.Model Demonstrasi Terbahagi kepada tiga bahagian : Model hidup Di laksanakan oleh guru dan pelajar yang telah menguasai kemahiran tayammum. video contohnya KAEDAH BERMAIN  Mengadakan aktiviti yang terkawal seperti simulasi. penyelesaian masalah dan memadan. bahan visual atau bahan-bahan bertulis. tekateki.  Sebagai aktiviti pengukuhan. main peranan. Model simbolik Demonstrasi yang dilakukan berdasarkan arahan guru.  Dilakukan dalam bentuk kumpulan atau individu .

 Melatih pelajar menggunakan pemikiran kritis dan analisis Dalam bab Tayammum ini. guru boleh melakukan penilaian formal (ujian kertas-pensil dalam masa singkat) secara individu pada akhir pengajaran. Cara pelaksanaannya:  Guru memberikan 2 soaalan ringkas kepada para pelajar  Para pelajar dikehendaki menjawabnya di dalam buku latihan masing-masing dalam tempoh waktu yang singkat  Kemudian guru meminta murid membacakan jawapan mereka didalam kelas  Akhir sekali guru memberikan jawapan yang tepat kepada para pelajar .

Zawawi Hj. Kuala Lumpur : Percetakan Eskoh Sdn. ( 2008 ).th. Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Al-'Asqalani. Ahmad. Mujieb. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran.Bhd. al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. Mok Soon Sang. Mok Soon Sang. 1997. Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar.Bhd. Fiqh Ibadah. . Sahih al-Bukhari: Darul Salam. Wahbah al-Zuhaili.BIBLIOGRAFI Abu Muhammad.tp: Litera AntarNusa dan Pustaka Islamiyah.tp: Jasmin Enterprise. A. Ar-Rahbawi. Dr. Mabruri Tholhah. M. 1984. Kaedah dan Teknik Pengajaran. 1417H/1996. Zainuddin Tanjung. Dr. Jil. Abd. 1416H/1996. Bhd. Salat Empat Mazhab. ( 2008 ). Al-Daruqutni. Rahman Ritonga. Sunan al-Daruqutni. Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu : Darul Fikr. ( 1984 ). 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Jil. Al-Imam Abi 'Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. Bhd. 1999. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. 2: Dar Abi Hayan. 1419H/1999. Selangor : Multimedia-ES Resources Sdn. t. Dr. t. Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Syafi'iyah Am (pnys). Selangor: Advance Publication. 1994. 'Abdul Qadir. Kuala Lumpur: Penerbit Edaran Kalam. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. ( 2007 ). Kamus Istilah Fiqh. t. Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah. Ahmad Mohd Salleh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful