IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)

NAMA GURU PELATIH : N. K. PENGENALAN UNIT NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : : : :

LOGARAJA SINNASAMY 901103-10-6085 PPISMP (BT / PJ / KS) SEM 3 EN. ROZIKI EFFENDY BIN REPIN 12 SEPTEMBER 2009

Penghargaan
Selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada tuhan disebabkan tugasan projek yang telah diberikan kepada saya dapat disiapkan walaupun pelbagai masalah dan rintangan telah saya tempuhi dalam menyudahkan tugasan ini. Seterusnya terima kasih kepada pensyarah kami iaitu kerana atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah saya mencari jalan penyelesaian dan seterusnya memberikan pengajaran yang berguna untuk menyiapkan tugasan ini. kami amat menghargai penjelasan dan penerangan yang diberioleh penyarah kami. Selain itu beliau juga telah memberi dorongan untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti pusat sumber dan internet. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika saya berada dalam kesusahan untuk menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Jutaan terima kasih juga kepada keluarga saya yang banyak memberi dorongan serta semangat agar saya dapat menyudahkan tugasan ini dengan jayanya. Sebagai penutup saya sudahi dengan harapan agar dengan melaksanakan tugasan ini saya dapat mengambil segala yang positif dan jadikan pengajaran terhadap segala yang negatif. Sekian,terima kasih.

Isi Kandungan
BILANGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PERKARA Penghargaan Kertas soalan Pendahuluan Soalan pertama Soalan kedua Soalan ketiga Soalan keempat bibliografi Refleksi kendiri Lampiran

Pendahuluan

Kecerdasan emosi sebagai satu subilmu dalam disiplin psikologi masih baru. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal. Pendek kata , emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati. Konsep EQ atau kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana

perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ. Dalam portfolio ini terdapat perkataan emosi serta hurainya, refleksi introspektif perkembangan tahap kompetansi kecerdasan emosi diri sendiri dari beberapa jenis aspek. Juga terkandung contoh situasi yang mencabar dan

cadangan strategi untuk mengurus emosi berdasarkan situasi tersebut. Akhirnya, terdapat peranan guru yang membantu dalam perkembangan kecerdasan emosi

Senarai perkataan emosi

1. Kasih

Perkataan kasih membawa maksud perasaan atau berperasaan sayang terhadap seseorang. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai perasaan penghargaan atas pemberian seperti pertolongan yang telah diperolehi oleh seseorang. Boleh dirumus sebagai perasaan cinta akan seseorang.

2. Marah

Perkataan ini pula membawa maksud berasa panas hati, berang, gusar dan sebagainya. Perasaan ini berlahir kerana ditipu ataupun talah dihina oleh seseorang.

3. Hairan

Perkataan hairan merujuk kepada perasaan pelik ketika melihat sesuatu. Boleh juga dikatakan sebagai perasaan ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu berita .

4. Puas

Perkataan puas boleh ditakrif sebagai berasa senang, kenyang dan lega apabila sesuatu yang dikehendaki atau diingini sudah dapat secukupcukupnya.

5. Selamat

Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan selamat boleh mendefinisikan sebagai perasaan yang aman sentosa dan sejahtera daripada berlakunya apa-apa gangguan. Contohnya selamat atau terpelihara daripada bencana ataupun daripada bahaya.

6. Bimbang

Bimbang adalah salah satu emosi yang berasa gelisah atau tidak sedap hati. Ini kerana memikirkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Perasaan bimbang dilahir apabila seseorang itu berasa takut atau khuatir semasa berfikir yang bukan-bukan.

7. bangga

perkataan bangga menbawa maksud perasaan megah atau besar hati terdap seseorang apabila mencapai sesuatu kejayaan.

8. gelisah

perasaan gelisah ialah perasaan tidak tenteram atau tidak sabar kerana menantikan sesuatu. Ini juga boleh dikatakan sebagai perasaan risau akan sesuatu dengan hati yang tidak tenang.

9. Dihargai

Perkataan dihargai telah ditakrifkan sebagai perasaan yang menunjukan panghargaan dan panghormatan kepada seseorang. Boleh dirumus sebagai menerima serata menghargai seseorang penghargaan.

10. malu

perasaan malu bermakna berasas hina dan berperasaan rendah serta berasa tidak senang apabila membuat sesuatu yang salah atau perkara yang tidak sopan .

Refleksi introspektif

Optimis

Optimis ialah dibawah tajuk kompetensi personal iaitu dalam tajuk pengurusan kendiri. Optimis ialah tekal dalam usaha untuk mencapai sesuatu objektif apabila mengatasi apa jua halangan. Dalam perkataan lain, kita perlu terus berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan walaupun ada cabaran dan rintangan. Selain itu, kita perlu melihat masalah itu sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus. Sebagai contohnya, semasa saya belajar belajar karate selama lima. Apabila peperiksaan SPM berdekatan, saya menghadapi beberapa rintangan terutamanya dalam pelajaran aliran sains seperti matematik tambahan, kimia dan fizik. Saya tidak boleh mencapai pencapaian yang bagus dalam matapelajaran sains. Ini kerana saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah kami disebabkan adanya kelas karate pada masa tersebut. Ini amat membimbangkan masa depan saya dan criteria saya. Dalam keadaan ini, saya tidak berputus hati dan saya tetap berusaha dengan bersifat posotif untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Setelah beberapa cubaan saya telah membuat jadual pelajaran saya sendiri di rumah untuk mengagihkan masa saya untuk belajar. Saya juga telah meluangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan dan tidak terkecuali untuk kelas karate saya. Dengan memasuki kelas-kelas tambahan, saya dapat

meningkatkan prestasi saya dalam semua matapelajaran sains dan akhirnya

saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan SPM. Pada masa tersebut juga saya telah berjaya mendapat tali pinggang hitam dalam kelas karate. Dalam keadaan ini, saya tidak berputus hati dan saya tetap berusaha dengan bersifat posotif untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya bertindak daripada harapan kepada kejayaan. Akhirnya, saya mendapat keputusan yang cemarlang. Ini kerana saya bersikap secara optimis iaitu berfikir secara berpositif dan usaha yang berterusan walaupun ada rintangan dan halangan.

Penghormatan kendiri

Penghormatan kendiri juga dibawah tajuk kompetensi personal dalam kesedaran kendiri. Penghormatan kendiri dikata sebagai self-regard dalam bahasa Inggeris. Ini bermakna Keupayaan dan kesedaran untuk memahami, menerima dan menghormati diri sendiri. Kita sebagai seorang individu kita perlu menghormati diri sendiri kita daripada orang lain menghormati kita. Saya sentiasa menghormati diri saya. Semasa alam persekolahan, Selepas tamat peperiksaan PMR saya telah mendapat peluang untuk meneruskan pelajaran saya dalam aliran sains. Kelas saya merupakan kelas pertama yang telah diduduki oleh pelajar-pelajar cemerlang.

Saya merupakan satu-satunya pelajar india di kelas tersebut. Apabila kawan–kawan saya buli saya, saya tidak akan berkecewa dan berisau, tetapi saya menghormati diri saya. Saya tidak mempedulikan kata- kata mereka dan saya berfikir tenang dan berpositif. Selain itu, semasa guru kelas saya menyoal saya atau meminta pandangan, saya tidak berasa takut untuk menjawab. Saya berani meluahkan pandangan saya walaupun terdapat kesalahan. Ini kerana, penghormatan saya terhadap pandangan saya dan saya juga menerima pandangan orang lain serta teguran orang lain terhadap saya. Selepas itu pelajar-pelajar cemerlang tersebut mula bergaul dengan saya. Lama-kelamaan semua pelajar tersebut menjadi kawan karib saya sehingga mereka semua mengunjungi rumaha saya pada masa deepavali. Walaupun kami semua telah masuk dalam alam ipta, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk kami berjumpa semasa cuti perayaan dan untuk membuat pelbagai aktiviti lain.

Pemangkin perubahan

Pemangkin perubahan terdapat dibawah tajuk kompetensi sosial dalam sub topik kemahiran sosial. Pemangkin perubahan membawa maksud seseorang individu akan memulakan hala tuju baru atau mengurus perubahan dalam sesuatu kumpulanya. Inidividu tersebut perlu mengenal pasti perubahan yang perlu dilakukan supaya boleh mengurus perubahan itu secara baik. Sebagai contohnya, saya telah ditugaskan sebagai pemimpin kumpulan semasa mengadakan sebuah kem unit badan berunifom di sekolah saya. Sebagai ketua, saya beringin untuk memulakan hala tuju yang baru untuk mendapat kejayaan dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur. Saya sedar bahawa kumpulan saya memerlukan perubahan yang baru untuk menjadi kumpulan yang secara luar biasa serta kreatif. Oleh itu, sebagai seorang

pemimpin, saya berusaha untuk membuat perubahan terhadap kumpulan saya dengan mengatasi halangan-halangan kepada perubahan itu. Yang pentingnya ialah perubahan yang kita buat perlu ada sokongan daripada ahli kumpulanya serta daripada orang lain. Saya telah mengagihkan tugas-tugas kami mengikut keupayaan dan kemahiran ahli kumpulan kami. Sebelum mengagihkan tugas, kami telah membincangkan beberapa cadangan supaya menjadikan kumpulan kami kumpulan kreatif dan inovatif. Dengan ini kami dapat menyiapkan tugas kami dengan sempurana dan lagi cepat daripada kumpulan lain. perubahan yang kami membuat ini untuk kumpulan lain. Akhirnya

menjadi sebagai satu model perubahan

Pengurusan konflik

Pengurusan konflik juga dibawah tajuk kompetensi sosial. Pengurusan konflik ialah seseorang itu dapat membuat rundingan atau musyawarah dan berusaha untuk menyelasaikan perselisihan itu dalam kumpulan. Seseorang itu harus menyelesaikan masalah yang dibincangi. Umpamanya, ketika saya dan kawan-kawan saya menhadapi masalah dalam pelajaran, kami sekumpulannya akan berbincang dan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu. Terutamanya dalam pelajaran matematik tambahan kami selalu menghadapi masalah penyelesaian. Dalam keadaan tersebut kami mengesan konflik yang timbul dan kami bertindak secara bijak untuk menyelesaikan konflik tersebut. Kami mengalakan perbincangan serta perbahasan dan saya sentiasa memberikan pendapat agar mewujudkan penyeselesain yang wajar. Selain itu kami juga merujuk beberapa buku rujukan dan internet untuk mendapat penjelasan yang kukuh untuk menyelesaikan masalah matematik kami. Akhirnya kami dapat menyelesaikan konflik kami serta mengurangkan ketidakpastian kami dengan bukti yang kukuh yang boleh diterima oleh kawan dan guru kami.

Berorientasikan pencapaian

Berorientasikan pencapaian adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu dalam pengurusan kendiri. Ini bermaksud desakan untuk membaiki prestasi untuk menambah baik serta memenuhi piawaian kecemerlangan yang ditetepkan. Ini bermakna, seseorang itu perlu membaiki keadaan sekarang iaitu keadaan yang lemah ataupun prestasi seseorang supaya dapat pencapaian yang cemerlang dengan berorientasikan hasil. Saya juga pernah mengalami situasi ini. Kalau saya berasa lemah dalam sesuatu subjek, saya akan memperbaiki prestasi saya dengan memberi matlamat yang mencabar dan saya mengambil risiko yang tinggi untuk mencapai matlamat saya. Selain itu, saya juga mengejar maklumat yang benar supaya mengelakkan serta mengurangkan ketidakpastian. Saya akan merujuk buku-buku, cikgu dan juga internet untuk mendapatkan penjelasan yang baik dan tepat. Bagi mendapat pointer yang baik setiap semester saya mencuba cara yang baru untuk mengulang kaji supaya mendapat pencapain yang baik daripada semester lepas. Dengan itu saya telah mengambil beberapa tindakan iaitu mencatat nota, merujuk buku di

perpustakaan dan juga mencari maklumat di laman web untuk mendapat penjelasan yang baik untuk membuat karja kursus dan tidak terkecuali pembentangan power point yang dibagi oleh pensyarah saya.Untuk pencapain yang baik, kita perlu berorintasikan pencapaian.

Membangunkan individu

Membangunkan individu lain adalah dibawah tajuk kompetensi sosial. Ini boleh ditakrifkan sebagai kita perlu mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan kita harus mengalakkan kebolehan dan keupayaan mereka. Kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan mereka. Sebagai contohnya, saya sentiasa memuji dan memberi ganjaran kepada adik saya yang pandai berlukis sebagai tanda menghargai kekuatan , kejayaan dan dalam perkembangan adik saya. yang Saya melihat membina

kepelbagaian

memberikan

maklumbalas

boleh

perkembangan adik saya. saya juga telah membuat persediaan untuk menghadiri kelas melukis untuk adik saya. Tambahan pula, Saya juga telah membelikan peralatan-peralatan yang memerlukan untuk adik saya sebagai tanda memupuk. Selain itu saya juga menggalakan adik saya supaya mengambil bahagian dalam pertandingan melukis yang dianjurkan oleh bukan sahaja pihak sekolah malah pihak kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, kita sanggup membangunkan individu orang lain dengan sepenuhnya.

Keyakinan diri

Keyakinan diri adalah dibawah tajuk kompetensi personal. Dalam bahasa Inggerisnya self-confidence. Ini membawa maksud kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan diri. Kita sebagai individu perlu mempunyai keyakinan diri yang kukuh untuk merealisasikan kejayaan. Saya mempunyai keyakinan diri yang kukuh dalam mengendalikan apa jua situasinya. Saya akan sentiasa mempamerkan kesungguhan saya yang sepenuhnya untuk mencapai sesuatu kejayaan terutamanya apabila saya telah dipilih untuk menjadi ketua unit bagi ppismp sem 2 bt/pj/ks. Dengan menyedari tanggungjawab saya, saya telah berusaha keras untuk melaksanakan tangggungjawab saya. Tanpa keyakinan diri saya tidak dapat melaksanakan tugas saya dengan sempurna. Saya juga perlu ada keyakinan diri untuk meluangkan pandangan saya di depan kelas yang boleh diterima oleh semua ahli kelas saya. Selain itu saya juga harus memastikan bahawa pensyarah kami sudah mendapat kelas ganti mereka pada masa yang tepat supaya dapat menghabiskan jam kredit. Selain itu saya juga perlu membuat persediaan untuk mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur dan pertandingan badminton yang dianjurkan oleh senior kami. Setelah enam bulan berlalu saya menyedari bahawa keyakinan diri adalah amat penting untuk menjadi sebagai guru dan pemimpin. Bagi menyedari matlamat hidup kita, kita perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup kita.

Daya usaha

Daya usaha adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu dalam pengurusan kendiri. Dalam bahasa Inggerisnya initiative. Daya usaha

bermaksud berasa selesa, terbuka dan boleh menyesuiakan diri dengan idea, pendekatan serta maklumat yang baru. Secara ringkasnya daya usaha bermaksud berfikir secara kreatif dan kritis dengan menjana idea-idea yang baru. Saya juga mempunyai daya usaha yang tinggi dalam membuat sesuatu projek. Saya mencari pelbagai idea baru daripada pelbagai sumber dan mempunyai perspektif terkini serta mengambil risiko supaya projek saya kreatif. Terutamanya pada masa membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah kami. Saya sentiasa akan mencuba untuk mendapakan pelbagai maklumat daripada senior kami serta daripada pelbagai sumber kajian untuk menyiapkan tugasan saya. Selain itu saya juga berbincang dengan kawan saya dan pensyarah saya untuk memastikan sumber yang saya cari itu sam ada betul atau tidak dan tepat.

Situasi yang mencabar
‘Brindlet Training and Camp’ adalah sebuah syarikat pengendali kem dan perunding latihan beroperasi di Kompleks UNITI , Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan. Latar belakang Hutan Simpan Pasir Panjang dan mengahadap terus ke laut Selat Melaka menjadikan Brindley Training and Camp(BTC) sebuah kem latihan yang unik dan menarik, menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti dalam iaitu kemudahan latihan indoor dan outdoor di dalam satu premis latihan. Oleh sebab demikian, saya sebagai pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah telah merancang aktiviti perkhemahan da BTC. Selepas perbincang dengan penyelaras BTC dan dengan penyeleras persatuan PBSM, kami menetapkan tarikh perkhemahan selama 3 hari 2 malam pada cuti bulan 6. Mula-mula saya berpendapat bahawa perkhemahan ini merupakan perkhemahan biasa yang tidak begitu susah. Tetapi selepas taklimat yang diberikan oleh penyeleras Brindley Training and Camp saya mula rasa tertekan dengan aktiviti-aktiviti yang diperkenalkan oleh beliau. Antaranya ialah seperti abseiling, aktiviti berakit, berkayak dan rasai suasana malam di hutan dan sebagainya. Selepas dengar taklimat beliau saya mula merasai situasi-situasi yang bakal saya hadapi. Kami terpaksa bangun pada pukul 4 pagi untuk melaksanakan rutin pagi, senaman dan kawad. Seterusnya sebagai aktiviti pertama kami terpaksa berjalan 8 km ke tebing tinggi di tepi pantai untuk aktiviti abseiling. Masalahnya saya takut pada ketinggian dan ia juga menjadi situasi yang mencabar.

Seterusnya kami juga terpakasa melakukan aktiviti berakit di persisiran laut Selat Melaka. Saya tidak pernah melakukan aktiviti-aktiviti ini sebelum ini. Pada hari kedua kami berada di air dengan berkayak ke Pulau Perjudi. Di situ kami melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar. Pada malam tersebut kami juga Terokailah hutan lipur Pasir Panjang untuk menikmati flora dan faunanya dan rasailah suasana malam di hutan. Semasa saya melalui aktiviti-aktiviti sebigini saya cuba menenangkan fifkiran saya dan cuba memahami punca utama tekanan yang saya alami. Saya memahami bahawa saya takut pada ketinggian, kedalaman laut mahupun sungai dan terokai hutan Lipur Pasir Panjang yang memenuhi dengan flora dan fauna pada suasana malam di hutan yang sunyi dengan latar bunyi unggas dan cengkerik. Saya cuba mengatasi tekanan saya dengan bersama dengan kawan saya. Selain itu keselamatan yang tejamin untuk pelajar menjadikan saya lebih berpotensi untuk menghadapi cabaran tersebut. Tambahan pula saya juga mula menikmati cabaran –cabaran tersebut dengan kawan-kawan saya sambil ketawa dengan jenaka mereka. Dengan kaedah ini saya dapat menguruskan tekanan saya dengan baik. Selepas melalui cabaran-cabaran ini saya boleh rasa keyakinan dan keberanian saya. Bukan itu sahaja malah kerjasama dan semangat berpasukan dan ketahanan fizikal saya boleh dirasai dan meningkat. Selepas pandai menguruskan tekanan saya mendapat kenangan manis yang tidak boleh dilupai sehingga kini.

Peranan guru

Kecerdasan emosi mempunyai peranan yang besar dalam bidang pendidikan. Apabila diperhalusi dalam segala aspek pendidikan sama ada pendidikan secara umum, pendidikan kanak-kanak, pendidikan orang dewasa apatah lagi pendidikan tinggi menekankan aspek kecerdasan emosi sama ada dalam pembentukan dan perlaksanaan kurikulum ataupun dalam aspek pembangunan profesionalisme pendidiknya. Kepentingan kecerdasan emosi diletakkan berdiri sama pentingnya dengan aspek lain dalam kehidupan seperti kecerdasan intelek dan juga kecerdasan spiritual. Menyedari hakikat ini jugalah kurikulum pendidikan, sama ada kurikulum di peringkat sekolah rendah, menengah dan kurikulum pendidikan tinggi dirancang dan dilaksanakan dengan mengambil kira aspek kecerdasan emosi. Dalam keadaan ini, peranan guru sangat penting dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah satu gelaran yang mulia yang diberikan oleh sekumpulan masyarakat kepada seseorang. Guru adalah seorang pembimbing, penasihat, pemberi tunjuk ajar kepada anak muridnya. Guru diibaratkan pelita yang menerangi kegelapan. Maka guru adalah satu profesyen yang dipandang mulia oleh masyarakat. Tanpa guru siapalah kita yang sedang menuju kegerbang kejayaan dan kebahagiaan.

Dalam konteks pendidik, para guru seharusnya sentiasa memelihara kestabilan emosi pelajar melalui kesedian mereka dalam menerima dan mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Akan timbul ketidakstabilan apabila para guru hanya melayan para pelajar yang sering dan pandai mengemukakan soalan dan idea serta berkeupayaan berkomunikasi dengan berkasan berbanding dengan pelajar yang gugup,tidak pernah mengeluarkan idea serta pasif. Di samping itu, sekolah di seluruh Negara perlu mempunyai seorang guru kaunselor yang terlatih. Guru kaunselor itu perlu meningkatkan kesedaran kendiri dalam kalangan para pelajar. Jalinan hubungan inter-personal dengan guru dan pelajar juga salah satu kaedah yang dapat meningkatkan perkembangan kecerdasan emosi para pelajar.

Sehubungan dengan ini, para guru harus melayan semua pelajar dengan bijaksana dan tidak berpilih kasih. Guru sebagai penanggung jawab

pendisiplinan anak harus mengontrol setiap aktiviti anak-anak agar tingka laku anak tidak menyimpang dengan norma-norma yang ada. Guru hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-muridnya. Guru hendaklah pandai mengambil hati para pelajar dan pandai memikat mereka sebagai membantu dalam perkembangan kecerdasan emosi. Selain itu, sebagai seorang guru, harus menyedari dan memahami keadaan dan situasi apabila guru tersebut marah, sedih dan tertekan. Dengan cara ini, beliau dapat mengawal dan memantau emosinya dengan baik. Guru patut menyedari kepentingan kaedah dan teknik mengendalikan emosinya terutama apabila berurusan dengan pelajar.

Tambahan pula, guru harus memainkan peranan penting dalam usaha membina empati dalam kalangan pelajar. Di sini, empati bermaksud kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain. Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang mampu meningkatkan empati dalam kalangan pelajar melalui pelbagai kaedah seperti melatih pelajar kemahiran mendengar, mengaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan semasa dan seterusnya menyuntik elemen empati merentasi mata pelajaran yang diajar. Dalam pada itu. Para guru sedar akan pentingnya mereka menyuntik budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar. Penyuntikan nilai dan budaya dalam minda pelajar memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi dan ia boleh dilakukan dengan mengamalkan sikap mengambil endah terhadap emosi, masalah, dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar. Guru sebagai seorang yang profesional pada pandangan saya, harus memahami sedalam-dalamnya elemen kecerdasan emosi ini seterusnya, sentiasa menggunakanya bukan sahaja dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi yang penting sekali adalah sewaktu berinteraksi dengan pelajar. Banyak kajian mendapati kaedah dan corak interaksi antara pelajar dengan guru memainkan peranan dalam memastikan kecemerlangan dan

pembanggunan diri para pelajar. Akhirnya, guru harus bijaksana dalam memastikan elemen ini diaplikasikan bagi perkembangan kecerdasan emosi dan dalam masa yang sama mampu menggerakkan pelajar dalam

kecemerlangan akademik mereka.

KECERDASAN PENGAJARAN

PELBAGAI

DAN

KECERDASAN

EMOSI

DALAM

DAN PEMBELAJARAN Teori pelbagai kecerdasan adalah konsep yang agak baru. Ia adalah amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidkan Jasmani kerana fleksibilitinya dalam cara pengendalian. Aktivitiaktiviti yang dirancang dikendalikan di luar bilik darjah dengan cara berstesyen dan murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil semasa aktiviti perkembangan. Kandungan pengajaran atau situasi-situasi boleh diubah tahap kesukarannya mengikut tahun pelajaran murid. Antara kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah: · Petunjuk kepada potensi murid. · Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya. · Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan. · Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar. · Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar. · Mempelbagaikan cara penilaian. · Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan keperluan murid. · Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah · Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bibliografi

About Emotion Intelligence, http://www.emotionaliq.com/EI.htm, file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/My %20Documents/assignments%20sem %203/kke/perkataan-lebih-panjang-emosi-lebih.html http://www.eqatwork.com/whats_eq.htm,

• Kamus Dewan (Edisi Ketiga) . Dewan Bahasa dan Pustaka • EQ Panduan meningkatkan kecerdasan emosi Mohd. Azhar Abd. Hamid PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd.

Refleksi Kendiri
Selamat sejahtera kepada pensyarah saya. Saya Subashini Satasilan telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini secara individu. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus pendek dan dihantar pada 12 September. Saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna walaupun saya menimpa pelbagai masalah semasa mencari maklumat.

Kerja kursus ini berasakan Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dalam kerja kursus ini terdapat perkataan yang berkaitan dengan emosi-emosi manusia dan juga terdapat satu situasi contoh yang mencabar yang berkaitan dengan emosi. Situasi ini merupakan situasi yang dialami oleh saya. Saya juga telah bercadangkan beberapa strategi-strategi untuk mengurus emosinya. Akhirnya, juga terdapat peranan guru dalam perkembangan kecerdasan emosi.

Dengan menyempurnakan kerja kursus ini, saya mengetahui beberapa perkara tentang emosinya. Pertama sekali, saya mengetahui tentang apakah yang dimaksudkan dengan emosi. Selain itu, saya mengetahui konsep emosi dan kecerdasan emosi. Apa yang saya faham ialah kita perlu memiliki tahap kecerdasan intelek dan tahap kecerdasan emosi yang seimbang.

Dalam pada itu, saya juga lebih faham tentang peranan seorang guru dalam mewujudkan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran yang akan membantu dalam perkembangan kecerdasan emosi.

Pada pendapat saya, kerja kursus ini merupakan salah satu kerja yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang emosi manusia dalam pelbagai cabang ilmu. Selain itu, semasa menjalankan kerja kursus ini saya telah meluangkan masa untuk membuat rujukan di Pusat Sumber. Terdapat

beberapa buah buku yang mengenai tentang emosi manusia. Salah satunya EQ Panduan meningkatkan kecerdasan emosi yang dikarya oleh Mohd Azhar Abd, Hamid

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana dengan ada bimbingan dan sokongan yang sepenuhnya ,saya telah

menyiapkan tugasan ini dengan baik dan projek ini memang memberi banyak manfaat kepada saya. Tambahan pula, dengan melaksanakan projek ini, semangat kerjasama dan komitmen yang kukuh dapat dilihat antara saya dengan kawan sekelas saya iaitu semasa mencari bahan tentang emosi. Sekali lagi ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah saya dan rakan-rakan saya.

Rumusan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan individu yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani ,emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai sejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Hakikatnya , kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek dalam menjamin kualiti produk yang dihasilkan Pendidik bukan sahaja mengetahui elemen kecerdasan emosi malah mereka juga harus

menyedari,memahami dan mengimplementasikan elemen itu dalam semua mata pelajaran yang yang diajar. Kepemimpinan pendidikan yang berjaya membentuk sekolah berkesan adalah pemimpin yang berkemampuan menguasai EQ. Kemampuan tersebut antaranya ialah berwaspada terhadap perasaan diri sendiri dan orang lain, dan memahami bagaimana untuk berubah pada setiap masa. Selain itu mereka juga perlu dan mampu untuk menunjukkan perasaan diri sendiri terhadap guru-guru dan pelajar dan mempunyai pengetahuan bagaimana dan kenapa emosi berkait

rapat dengan bentuk budaya dan identiti sesebuah sekolah. Oleh itu kita harus peka terhadap emosi kita dan harus pandai mengawalnya untuk menjamin kesejahteraan hidup kita.

LAMPIRAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful