Pembinaan Negara Bangsa

Nama Kursus: Foundation (Biological/Health Science)

Kod Kursus: FMS

Soalan: 1) Pada pandangan anda, bolehkah sebuah negara bangsa wujud di Malaysia?

Nama Pensyarah: Cik Rosnah binti Rahman

Nama Pelajar: Faiz Nur Hafizh bin Mustafa

ID Pelajar: 012010050178

Tarikh Hantar: 6 OGOS 2010

1

Pembinaan Negara Bangsa

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

3

Pembinaan Negara Bangsa Aspek Sosial Aspek Pendidikan Aspek Politik Aspek Ekonomi Aspek Agama Dan Kepercayaan Aspek Perlembagaan 4 8 9 11 12 12

Kesimpulan Rujukan

14 16

2

Pembinaan Negara Bangsa

PENGENALAN

Persoalan negara bangsa dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada tahun 1991. Dalam ucapannya terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, kita perlu bekerjasama membentuk sebuah masyarakat liberal yang bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, pegangan agama dan budaya masing-masing.

Ini membuktikan bahawa negara bangsa merupakan salah satu cabang usaha yang mendukung cita-cita Wawasan 2020. Oleh itu negara bangsa bukanlah satu propaganda politik. Ia diwujudkan atas dasar membantu pencapaian Malaysia dalam Wawasan 2020. Walaupun begitu, kesan pembinaan negara bangsa masih tidak dapat dirasai, negara kita masih terkontang-kanting dalam memastikan perpaduan bangsa yang merupakan kunci utama nagara bangsa berjalan lancar.

Realitinya rakyat Malaysia masih tidak bersatu bahkan kita dibezakan dengan panggilan bangsa, institusi pendidikan dan gaya hidup. Malah melalui media cetak, ada juga secara terang-terangan menolak konsep pembinaan negara bangsa. Ini merupakan masalah serius kerana kerajaan hanya mampu menyediakan garis panduan, tetapi rakyat merupakan penggerak utama yang menentukan status negara bangsa di Malaysia. Sekiranya kerajaan masih ingin meneruskan usahanya, setelah 19 tahun berlalu dan hanya 9 tahun menjelang tahun 2020 mampukah sebuah negara bangsa wujud di Malaysia?

3

Pembinaan Negara Bangsa

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Apakah negara bangsa? Dalam istilah sains politik, ia merujuk kepada sebuah negara yang mempunyai budaya sivik. Budaya sivik bermaksud satu set pengetahuan dan peraturan mengenai segala tingkah laku dalam politik. Konklusinya, budaya sivik ialah sebuah negara yang rakyatnya sudah menerima satu pandangan politik yang sama didalam sebuah negara. Terdapat beberapa aspek yang boleh dijadikan garis panduan asas antara negara dan bangsa didalam penubuhan satu negara bangsa.

ASPEK SOSIAL Pertama, masyarakat ini hidup aman damai tanpa dipisahkan oleh elemen-elemen sempit, khasnya seperti rasa perbezaan dengan kepelbagaian kelompok bangsa, kebudayaan dan fahaman keagamaan tidak wujud. Dalam kata lain masyarakat tersebut hanya mempunyai 1 bangsa, budaya dan agama. Justeru itu, seluruh kelompok akan dapat bersama kerana tiada perkara yang membuatkan mereka hidup dalam taraf yang berbeza. Bagi mewujudkan konsep perpaduan dan hubungan masyarakat yang kukuh biasanya melalui lima tahap perubahan utama.

1. Hidup secara Co-Existence. Ini bermakna wujudnya beberapa kelompok bangsa yang berbeza hidup di dalam kawasan yang sama, namun jarang berhubung dan bekerjasama kecuali pada urusan ekonomi. 2. Kekerapan hubungan luaran. Hubungan sosial antara kaum kerap berlaku kerana saling bergantung dalam urusan ekonomi demi kepentingan hidup. Namun selain daripada itu, tiada persefahaman dan kerjasama antara kaum wujud.

4

Pembinaan Negara Bangsa

3. Kompromi. Proses ini berlaku apabila masyarakat bertolak-ansur demi kepentingan bersama. Mereka boleh menghormati dan memberi ruang kepada kaum lain. Proses ini banyak berlaku dalam bidang ekonomi dan politik. 4. Perpaduan. Hasil apabila wujud banyak hubungan kerjasama antara kaum sehingga masyarakat mengenali antara satu sama lain dan lebih cenderung untuk bersatu-padu dalam aspek ekonomi, politik dan budaya. 5. Integrasi. Merupakan hubungan yang semakin utuh dikalangan masyarakat sehingga wujud perasaan bertanggungjawab, kekitaan dan berkongsi nilai yang sama demi negara. Pada peringkat ini masyarakat mempunyai nilai patriotisme yang tinggi

Pada tanggal 13 Mei 1969 tercetus rusuhan kaum yang memaksa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat secara rasmi pada 16 Mei 1969 atas nasihat Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dibawah Ordinan No.2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969- P.U (A) 149. Ia merupakan kemuncak kepada masalah hubungan kaum yang selama ini terpendam.

Bangsa merupakan komposisi utama sebuah negara kerana negara adalah milik sesebuah bangsa dan mereka yang mencorakkan perlembagaan, ekonomi dan sosial sesebuah negara. Maka pembinaan negara bangsa di Malaysia menjadi lebih mencabar kerana Malaysia mempunyai tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Sentimen perkauman ini telah wujud sejak zaman penjajahan British apabila mereka membawa masuk imigran Cina terdiri daripada Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Teowchew sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Manakala kaum India yang terdiri daripada Tamil, Telegu, Malayam, Punjabi dan Ceylon dibawa masuk selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Kemasukan ini menyebabkan kaum Cina dan India menganggap mereka sebagai pendatang asing. Tambahan pula mereka bukanlah dari gugusan Tanah Melayu, maka jurang perbezaan bahasa, budaya dan agama yang tinggi membuatkan mereka disisihkan.
5

Pembinaan Negara Bangsa

Walaupun hubungan antara masyarakat berbilang kaum kini bertambah baik dan dapat dilihat kerjasama antara mereka bertambah erat, namun masih wujud sentimen perkauman dan rasa curiga sesama kaum yang mampu memberi kesan pada pembinaan negara bangsa.

INTEGRASI Jika perpaduan bererti penyatuan antara beberapa jenis masyarakat sehingga mampu bekerjasama, bertolak-ansur dan berakomodasi. Integrasi pula mempunyai konsep yang sama seperti perpaduan bahkan ia melibatkan penyatuan yang lebih serius apabila masyarakat bersedia untuk melalui proses penyatuan biologikal.

Proses ini melibatkan kesediaan berkahwin dan mencari pasangan di luar kelompok sendiri yang berlandaskan konsep sosiologi, juga dikenali sebagai µexogamy¶. Kesediaan berkahwin merupakan alternatif utama kerana melalui perkahwinan secara besar-besaran mencerminkan integrasi dan perpaduan boleh dicapai.

BENTUK INTEGRASI Asimilasi Asimilasi adalah proses integrasi satu hala yang ideal. Ini adalah kerana pada akhir proses terhasil satu kelompok masyarakat yang mempunyai budaya, bahasa, dan agama seragam. Dalam bentuk formula algebra, ia digambarkan seperti berikut: A+B+C=A A mewakili kolompok majoriti, B dan C mewakili kelompok minoriti. Pada akhir proses B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing -masing dan
6

Pembinaan Negara Bangsa

mengamalkan budaya, bahasa dan agama A. Kajian membuktikan bahawa kelompok minoriti paling kecil hanya sekitar 10% bagi memastikan proses asimilasi lebih mudah dicapai.

Asimilasi Kecil Pertama, asimilasi budaya atau akulturasi yang melibatkan kelompok minoriti mempelajari budaya, bahasa dan agama kelompok majoriti. Maka ciri-ciri identiti bangsa tidak hilang, bahkan gaya hidup mereka diperkaya dengan budaya, bahasa dan agama masyarakat bumiputra. Contohnya orang Cina dari Tanah Besar Cina menjadi Cina Malaysia dan orang India menjadi orang India Malaysia.

Kedua, asimilasi struktur yang merupakan anggota kelompok minoriti menyertai institusi-institusi utama kelompok majoriti. Dalam bentuk formula algebra, Ai + B + C = Ai + Bi +Ci A mewakili kelompok majoriti, B dan C mewakili kelompok minoriti dan i mewakili institusi. Contohnya institusi-institusi pendidikan, institusi-institusi pekerjaan yang

menggabungkan masyarakat berlainan bangsa dalam satu lapangan.

Malaysia kini lebih mengamalkan asimilasi kecil bagi mengintegrasikan antara kaum. Tambahan pula konsep 1 Malaysia yang diwarwarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak merancakkan proses perpaduan dengan memberi lebih ruang dan peluang bagi setiap kaum untuk bekerjasama dan menghormati sesama sendiri.

Dalam membentuk perpaduan itu sendiri tidak semestinya membawa implikasi negatif kepada sesuatu kelompok bangsa atau ras sehingga menghilangkan ciri-ciri dalaman etnik tersebut. Tetapi bangsa yang berbeza hanya perlu bertolak-ansur agar boleh saling mengenal dan menghormati ciri-ciri dalaman bangsa tersebut.

7

Pembinaan Negara Bangsa

Bahkan kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Nasional bagi mengekalkan keaslian budaya penduduk rantau ini. Maka dalam proses membentuk kebudayaan kebangsaan, adalah satu pengorbanan yang perlu dihayati dan dihargai oleh warganegara Malaysia terhadap adaptasi atau ubahsuaian yang mungkin berlaku ke arah pembinaan negara bangsa.

ASPEK PENDIDIKAN Sejak zaman penjajahan British lagi Malaysia sudah mengamalkan pengasingan sistem pendidikan. Wujud pelbagai sekolah mengikut kaum, tempat tinggal dan sukatan sendiri. Bagi pelajar Melayu hanya terdapat dua jenis sistem pendidikan iaitu sekolah vernakular Melayu atau beraliran Inggeris.

Ketika pemerintahan British pengasingan ini sahaja sudah membentuk perbezaan kerana hanya pelajar lepasan aliran Inggeris diambil bekerja sebagai kerani kerajaan. Bagi pelajar India pula mereka bersekolah di sekolah Tamil dan mereka membawa masuk guru guru dari India. Manakala pelajar Cina mempunyai sistem pendidikan sendiri, dimana mereka membawa masuk guru-guru dan buku-buku dari Cina.

Maka mereka lebih mengkaji mengenai negara asal mereka yang membuatkan mereka tidak menghiraukan pendidikan di Malaysia, terutamanya Bahasa Melayu. Sehingga kini kaum Cina dan India mengambil kesempatan bersekolah di sekolah Tamil atau sekolah Cina untuk menjadikan Bahasa Melayu bahasa kedua yang digunakan.

8

Pembinaan Negara Bangsa

Perbezaan diantara bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda merupakan titik tolak dimana wujud unsur perkauman di Malaysia. Ini disebabkan generasi muda yang telah di ajar dengan dengan bahasa ibunda terus menggunakannya tambahan pula sesama kaum dan unsur perbezaan antara kaum dan akan berterusan hingga ke anak cucu.

ASPEK POLITIK Majoriti ahli masyarakat berpegang kepada ideologi politik yang sama, iaitu demokrasi liberal. Demokrasi liberal merupakan sebuah kerajaan demokrasi yang melalui perwakilan, dimana perwakilan mempunyai hak untuk membuat keputusan berlandaskan undang-undang seperti yang tertakluk kepada perlembagaan liberal yang sedia ada. Didalam demokrasi liberal, perdana menteri dan menteri kabinet dipilih oleh parlimen.

Oleh kerana itu, tidak banyak percanggahan pendapat yang berlaku terhadap dasardasar yang diperjuangkan sebagai matlamat nasional. Perselisihan pendapat hanya wujud dalam menentukan kaedah mencapai matlamat negara yang secara umumnya telah dipersetujui semua pihak.

Namun ini merupakan antara cabaran utama yang perlu dihadapi kerana Malaysia tidak mengamalkan demokrasi liberal. Sebaliknya Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Di dalam demokrasi berparlimen keputusan dibuat hasil daripada proses pilihanraya. Pilihanraya memerlukan rakyat mengundi calon yang akan menjadi wakil rakyat di parlimen.

9

Pembinaan Negara Bangsa

Di Malaysia parti-parti yang bertanding didalam pilihanraya mewakili bangsa-bangsa utama yang wujud. Contohnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili bangsa Melayu, Kongres India Malaya (MIC) bagi bangsa India dan Persatuan Cina Malaya (MCA) untuk kaum Cina.

Parti-parti tersebut merupakan platform kepada bangsa masing-masing menyuarakan tuntutan dan rasa tidak puas hati mereka melalui saluran yang sah. Ahli politik juga mengamalkan sentimen perkauman secara tidak langsung. Contohnya isu seperti pendidikan,

ekonomi dan kemudahan asas yang melibatkan kaum masing-masing lebih diutamakn berbanding kesamarataan antara kaum.

Walaupun parti-parti tersebut telah bersatu dibawah satu perikatan Barisan Nasional sebagai pimpinan kerajaan utama, masih wujud tidak seimbangan kerjasama politik dalam pemerintahan yang memberi kesan kepada rakyat kerana kebajikan rakyat mengikut pemerhatian parti masing-masing.

Di Malaysia, tuntutan oleh orang Cina amat lantang dan apabila orang Melayu bertindak balas, ketegangan berkaitan isu ketuanan akan berlaku. Ini menambahkan jurang antara kaum di Malaysia. Ironinya, semua parti mahukan perpaduan nasional sebagai aspirasi warganegara yang cintakan keamanan, kesederhanan dan toleransi. Namun mereka kerap melupakan keutamaan untuk menjadikan politik di Malaysia lebih stabil agar status negara bangsa lebih mudah dicapai

10

Pembinaan Negara Bangsa

ASPEK EKONOMI Selepas itu kesan dasar µpecah dan perintah¶ yang dilaksanakan oleh British telah menetapkan setiap kaum membuat penempatan di kawasan-kawasan menjadi tumpuan ekonomi masing-masing. Dimana orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang cina di sektor perdagangan dan perlombongn sementara orang india kekal di estet-estet.

Pada ketika ini jelas orang Melayu menguasai bidang yang mundur iaitu kerja yang memerlukan banyak tanaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gaji rendah. Sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden. Ketidakseimbangan ini menyebabkan perasaan cemburu antara kaum. Orang Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India cemburukan hak-hak istimewa orang Melayu.

Melalui Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 atas dua tujuan. Pertama, untuk membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan kedua, untuk menyusun semula masyarakat diantara kaumkaum dan wilayah supaya pengenalan sosio-ekonomi dapat dihapuskan.

Matlamat menyusun semula masyarakat adalah dasar menyeluruh yang bertujuan untuk menambahkan penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan dengan sasaran 30% ekuiti orang Melayu menjelang 1990. Selain itu, bagi meningkatkan taraf profesional Melayu , pelbagai program latihan pendidikan diwujudkan, termasuk menubuhkan beberapa buah universiti tempatan seperti Institusi Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Dan Universiti Putra Malaysia.

11

Pembinaan Negara Bangsa

ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India majoriti beragama Hindu dan Cina beragama Taoisme dan Buddhisme. Manakala, ada pula yang berkecuali, contohnya orang Cina yang beragama Kristian atau Islam dan orang India yang beragama Islam atau Kristian. Sementara itu, ramai daripada bumiputera di Sabah dan Sarawak yang memeluk agama Kristian.

Kepelbagaian ini telah membentuk budaya yang dipengaruhi dengan unsur keagamaan. Selain itu ideologi dan pegangan setiap kaum yang berbeza telah menghalang perhubungan antara kaum lebih ekstrem. Realitinya adalah sukar menyatupadukan unsur keagamaan dalam usaha membentuk satu bangsa. Kerana soal agama adalah isu sensitif untuk dipersoalkan.

ASPEK PERLEMBAGAAN Kepercayaan kepada sistem pemerintahan dan undang-undang negara yang masih tinggi. Ini bermaksud rakyat meletakkan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi bahawa mereka masih dapat memperoleh tuntutan-tuntutan keadilan dari sistem kehakiman negara yang dilihat bebas dan berkecuali. Selain itu, kedaulatan dan hak-hak rakyat juga masih terpelihara melalui amalan demokrasi itu sendiri iaitu pilihan raya.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan sistem perundangan tertinggi di Malaysia. Bahkan Parlimen Malaysia memperoleh kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan Parlimen Malaysia memperuntukkan kuasa perundangan kepada Persekutuan Malaysia bagi satu pihak dan tiap-tip negeri bagi satu pihak lagi.

12

Pembinaan Negara Bangsa

Antara ciri-ciri asas bagi Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut: 1. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. Ini bermaksud Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB), Negeri-Negeri Selat (NNS), Sabah dan Sarawak telah bergabung dibawah satu kuasa pemerintahan. 2. Sebagai negara raja berperlembagaan, bermaksud raja tidak mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya boleh bertindak berlandaskankan Perlembagaan Malaysia. 3. Sebagai negara demokrasi berparlimen. Dimana pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dan dibentuk melalui proses pilihanraya. 4. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama lain bebas dijalankan tanpa menjadikan Malaysia negara teokrasi. 5. Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undangundang. Perlembagaan menggariskan undang-undang tertinggi dan prinsip

pemerintahan sebuah negara.

6. Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Ini bermakna Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman mempunyai status sama danfungsi berbeza. 7. Perlembagaan memperuntukkan Badan Kehakiman berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif serta mempunyai kuasa eksklusif dalam menentukan pertikaian, hak-hak dan liabiliti dalam Perlembagaan.

Selain itu, hak istimewa orang Melayu juga jelas ditafsirkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Antara kandungan Perlembagaan yang berkaitan adalah Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata serta pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya; Perkara 10(4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpanya; dan Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam.

13

Pembinaan Negara Bangsa

KESIMPULAN Pembinaan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Konsep negara bangsa telah diaplikasikan sejak British memperkenalkan Malayan Union pada 1946, atas prinsip kerakyatan secara jus soli dan British menggabungkan wilayah seperti Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

Ianya diteruskan dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, Pembentukan Malaysia sehinggalah kini, apabila Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato¶ Seri Najib Tun Abd Razak memperkenalkan 1 Malaysia. Semuanya atas tujuan sama menyatupadukan

rakyat dibawah satu pemerintahan yang sama.

Namun sehingga kini, walaupun negara Malaysia dapat ditubuhkan dengan stabil. Berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia di peringkat global, Bangsa Malaysia masih gagal dibentuk. Dalam kata lain Malaysia masih tidak mempunyai satu jati diri yang kukuh. Hanya disebabkan setiap kaum mempunyai agenda sendiri dalam memastikan kepentingan kaum terbela. Walaupun begitu negara terus berusaha atas konsep perpaduan dalam kepelbagian dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Perjuangan terhadap status bangsa Malaysia dan penggunaan Bahasa Malaysia perlu digiatkan agar dapat mewujudkan satu medium neutral antara semua pihak. Mungkin suatu perubahan gaya hidup terhadap penggunaan juga berlaku apabila peluang mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil lebih terbuka dan memudahkan komunikasi antara kaum. Realitinya integrasi nasional pada tahap agama dan budaya masih terlalu ekstrem pada ketika ini. Ia merupakan salah satu cabaran yang sukar dihadapi oleh negara. Selain itu, segala bentuk institusi pendidikan atau pekerjaan mahupun politik perlu digabungkan. Ini bermakna tiada lagi status bangsa Melayu, Cina dan India dalam sesuatu lapangan.

14

Pembinaan Negara Bangsa

Setiap warganegara Malaysia perlulah bertanggungjawab dalam memupuk semangat negara bangsa didalam diri kerana negara bangsa hanyalah konsep kerajaan jika tidak disokong dan digerakkan oleh rakyat. YAB Dato¶ Seri Dr. Mahathir Mohammad sendiri telah menegaskan bahawa bangsa Malaysia adalah mereka yang mampu mengaitkan jati dirinya dengan Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia dan patuh kepada Perlembagaan Malaysi a .

Pada pandangan saya, Malaysia masih jauh dari sasaran pembinaan negara bangsa. Berdasarkan garis panduan asas ini sahaja Malaysia hanya mampu mencapai aspek yang ketiga. Sedangkan aspek integrasi nasional masih ketinggalan yang merupakan tunjang utama kepada pembinaan negara bangsa. Bagaimana mampu kita mencapai taraf negara bangsa apabila rakyat masih berpecah dan dibelenggu sejarah silam.

15

Pembinaan Negara Bangsa

RUJUKAN

1. 2. 3. 4.

Pengajian malaysia, 2007, oxford fajar sdn. Bhd. Kenegaraan malaysia, Jun 1997, Universiti Putra Malaysia. Pengajian Malaysia, 2009, Pearson Publications. Agenda Pembinaan Negara-Negara Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia, 1997, Institut Kajian Pembangunan (Sabah). 5. Pembangunan Kebudayaan Untuk Negara Dan Bangsa, 1998, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur.

16