ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) Tugasan: Pembentangan Tarikh : 17 Ogos 2009

Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanakkanak. Nama: 1. Lino Leoncio 2. Stephenie anak Mukit 3. Nurul Ain Binti Bahir 4. Salizah Bt. Lusly 5. Marie Christerine ak Matthew Jabatan Fakulti: Seni Dan Muzik Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris Semakan: En. Kamarul Azman Bin Salam

1.0

PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau ³kanakkanak luar biasa´ sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti berikut: i. Terencat akal. ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.

iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku iv. Pintar cerdas dan berbakat v. Masalah bahasa dan pertuturan vi. Masalah pendengaran vii. Masalah penglihatan viii. Kecelaruan spektrum autism ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).

2.0

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-

kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan

Tidak dapat melihat langsung.1. ii. Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). iii. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami . 2. 2. Berikut adalah kategorikategori kanak-kanak berkeperluan khas: 1. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.1 Masalah Penglihatan Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: 1.1 Tahap Kecacatan Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.

Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat. vii. x. 3. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. iv. v. 2. walaupun dengan bantuan khas.kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti. ii. viii. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain. Kerap bercakap. Kerap menangis . ix.2 Tingkah laku masalah penglihatan i. vi. Keliru dengan huruf.1. Kerap menggosok mata. iii. Memegang kepala dengan cara luar biasa. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja. misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek.

Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. caca pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. 1.xi. Meniru kerja kawan. xii.2 Masalah Pendengaran Mohd. Sering mencari-cari ayat yang dibaca. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi. Disebabkan kekurangan yang mereka ada. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan. xv. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness) Kecacatan disebabkan telinga tersumbat. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. ii. timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005). Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Salleh (1999). xiv. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) . xiii.

percakapannya tidak jelas. ia bergantung kepada pengalaman mereka.Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. 1. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB Memahami perbualan Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh . iii. Bagi perkembangan sosial pula. Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas.2. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. terkejut apabila dihampiri daripada belakang. 2.1 Jenis Masalah Pendengaran Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang pendengaran dan pekak. cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. kelihatan selalu berkhayal. tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa. ii. Kurang pendengaran a) Ringan (mild) i.

iv. latihan pendengaran Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat v. Pekak a) Teruk (severe) i. iv. iii. ii. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB . Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB Memerlukan alat bantu dengar.5 meter daripadanya Memahami perbualan Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas Memerlukan alat bantu dengar Memerlukan terapi pertuturan c) Sederhana teruk (moderate severe) i. ii. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad 2. v. Memerlukan terapi pertuturan b) Sederhana (moderate) i. vi. iii. iv.

5 sentimeter daripadanya iii. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan 1. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja Menghadapi masalah dalam pertuturan Memerlukan pendidikan khas. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30. hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanakkanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi.ii. iv.3 Masalah Emosi-Hiperaktif Menurut Jamilah (2005). ii. v. . alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi b) Sangat teruk (profund) i. iii. ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Bagi Sheila & Samsilah (2006). Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif.

Walau bagaimanapun. iv. Sukar mendengar dan mematuhi arahan. Kemahiran belajar yang lemah. Sukar untuk berdikari.Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut: i. kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah . iv. vi. v. vii. v. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan. Tahap aktiviti tinggi Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri. Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut: i. Mudah terganggu oleh rangsangan luaran . iii. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap. viii. ii. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan. Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang. Tidak terurus. ii. vi. Sukar memberi tumpuan dan perhatian. iii. Tidak matang dari segi sosial. Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza.

kerap pelupa dan kerja tidak teratur y ADHD Hiperaktif-impulsif i. Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas. sukar mengatur tugasan. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan. kerap membuat kesalahan akibat kecuaian.laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanakkanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir y ADHD Gabungan i. . Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan. y ADHD Kurang Tumpuan i. Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu. ii.tidak suka dan enggan melakukan tugasan. gagal menyiapkan kerja sekolah. tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya. hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial (Jamila 2005). mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan.Palsi Selebral Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik. Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. tidak berkodinasi dan juga meliuk. 1. imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.4 Masalah Fizikal Dan Kesihatan . Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula. Ciri-ciri fizikal pada kanakkanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. mereka . Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang. Bagi palsio selebral athetiod pula. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. palsi selebral athetiod. pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki.

5 i) Masalah Mental Terencat akal Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus mereka. sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian.berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Mereka juga sering menunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan. . Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanakkanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri. Oleh itu. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. 1. Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor persekitaran.

teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik. belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata. kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang . Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran. ii) Sindrom down Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas. mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri.kepala rata. tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. bentuk muka leper. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut.Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan. mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi. telinganya kecil dan berkedudukan rendah. tapak kaki lebar dan jari kaki pendek. menggigit kuku. kaki dan tangan pendek. guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila 2005). mulut kelihatan kecil dan bibir nipis. bentuk leher lebih pendek. kurang matang dan mempunyai masalah dalam menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain. Daripada segi emosi. kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan. sederhana. .

6 Autism Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain. Emosi kanakkanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. 2.1 Tingkah Laku i. 1. Sering marah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) : i. ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu. iv. berputar-putar. ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu. mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan. berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal.6. mendekatkan mata ke televisyen. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang. ii. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. iii. . v. berlari atau berjalan mundarmandir. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.

berfikir. iii. penggunaan bahasa. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) dan Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi. pertuturan. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman. iv.7. membaca. 2.7 Masalah Pembelajaran Menurut Mohd. mengeja dan bermatematik. Suka bersendirian. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal . Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan. iv.iii.2 Interaksi sosial Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem : i. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut. menulis. 1. penulisan. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. 2. ii.6.1 Lembam (Slow Learner) Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan.

kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan.7. sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri. sukar memproses maklumat. mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005). sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Di samping itu.dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. . Di dalam mata pelajaran matematik. mudah membuat kesalahan akibat kecuaian.2 Disleksia Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia. Disebabkan masalah kurang tumpuan. mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. 2. keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005). Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

disleksia bermaksud. menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.´ Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf. Perkembangan fizikal. ³kesukaran dalam berbahasa´ (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006).Secara literalnya. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Mereka juga mempunyai daya pengamatan. gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca. meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional. . Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan. dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Definisi operasional disleksia yang pertama (1968) dalam Sheila & Samsilah dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (2006) adalah seperti berikut: ³Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006). bunyi huruf dan gabungan perkataan.

. membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi. iv. ii. mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta mengingatinya. Keliru dengan konsep arah Keliru dalam konsep masa Kerap terasa tertekan Keliru memakai kasut pada kaki yang betul Konsep kendiri yang rendah 2.7. Disleksia auditori Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria pendengaran. v. iii.2.1 Jenis-jenis disleksia Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: 1.Pengamatan dan tingkah laku: i. 2. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi. Disleksia visual Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan.

pemikiran abstrak. kemahiran lisan. penulisan dan drama. kepimpinan perhubungan manusia.8 Pintar Cerdas dan Berbakat Menurut Jamila (2005). matematik. Disleksia visual-auditori Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar (Jamila 2005). pemikiran logik dan ingatan baik. Kegiatan intelek seperti kreativiti. Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia.3. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. definisi kanakkanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah. muzik. ii. seni lukis. 1. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman: i. sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka .

Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang. . Dari segi emosi. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin.0 INTERVENSI AWAL Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif. berstruktur.juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain. seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. dan berperingkat. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun. mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain. Safani & Soon 2004). Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. 3.

Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa. Selain itu. dalam sesetengah kes. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. bermain. Di samping itu. Oleh itu. atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan. Selain itu. Selain itu. latar belakang dan persekitaran. intervensi dijalankan semasa murid sedang makan. guru.Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik. . komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagaibagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Selain itu. intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa. merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. atau ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul.

4. mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah . Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. kemahiran urus diri. kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu. program kebudayaan dan kesenian. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Agama dan Moral. Di samping itu. guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di Amerika syarikat. program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial. Di Malaysia. komunikasi dan pengurusan tingkah laku.0 ISU DAN CABARAN Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalah kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur. program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi. kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. dan Matematik. Selain itu. latihan dan kaunseling ibu bapa. tidak merasa malu. perkhidmatan jururawat sekolah. Di sini.perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. perkhidmatan pemakanan nutrisi.

Menurut Li. Menurut Mohd. . Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh masyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Sharani 2004). Sharani 2004). tidak percaya. stigma sosial dan diskriminasi yang dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadan yang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Sharani (2004) faktor-faktor seperti terkejut. Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd. Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas berhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991 dalam Mohd. Tidak kurang disebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian (Prado 1991). kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksi penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave 1991. hiba. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa demi kesejahteraan anak itu. marah.ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanak normal. Heinmann & Shontz 1992. Moore & Dennis (1998). Manakala Nancy (1999) dalam Mohd. Olshansky (1992) dalam Mohd.

Menurut Mohd.Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia pada tahun 1999 adalah seramai 11. iv. Menurut Mohd. ii. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak istimewa dapat didaftarkan. Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guruguru biasa. diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi: . diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan. 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304 orang di sekolah menengah. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah dengan lebih berkesan dan bermakna. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah. iii. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang dihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut: i. Sharani (2004) berdasarkan falsafah itu.

iii. Sharani 2004).0 PENUTUP Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. 5. ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. sosial dan kerjaya. fizikal. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar biasa yang lain. Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan . mental dan emosi. terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar. mental. Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi individu yang mempunyai keyakinan diri. iv. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang lain.i. emosi dan sosial. ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. pertuturan. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal. Justeru.

pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna. Oleh itu. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup.bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat. .

Kuala Lumpur. Acceptance of Disability and Its Correlates.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Bhd. Wadsworth Thomson Learning. PTS Publiction & Distributions Sdn.2006. Dewan Bahasa dan Pustaka. MeteorDoc. Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Hajah Hasnah Udin.2003. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. 1998. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia. Messe . Quantum Books. 1992. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Journal of Social Psychology. Kuala Lumpur. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Jamila K. Jaafar . United State.1992. 1988. Bhd. Rahim Talib . Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Li.2001. Sdn. Garciulo R.A Mohamad .M .BIBLIOGRAFI Abd. 13-26. Dewan Bahasa dan Pustaka. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman . Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 138(1). Moore & Dennis. Pendidikan Khas Dan Pemulihan.2003. Kuala Lumpur.2005. Kuala Lumpur. Universiti Terbuka Malaysia. . Kuala Lumpur.

Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Bhd. Kuala Lumpur. D. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak- Kanak ( Tingkatan 4). 2004. Sandra F. Universiti Terbuka Malaysia. 2006. Universiti Putera Malaysia. Mohd.org/wiki/Pendidikan_khas Zamri Mahamod . Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohamad Aman & Kasim Abd.2003.1993. Charles C Thompson. . Majid . Prado. Bhd.F . Illinois. Rief. 2008.wikipedia. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.2009. Salleh Lebar.2009.1991. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9 Oktober daripada http://ms. Bangi. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Wikipedia Ensiklopedia Bebas . Apa itu Disleksia. PTS Profesional Publishing Sdn. Kuala Lumpur. 1999. PTS Publications & Distributors Sdn. Ross . Serdang. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Sharani Ahmad. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Mohd. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Selangor. Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://zulprasekolah.com/doc/14853835/Bab-9-Program-UntukPelajar-Berkeperluan-Khas Rosalwani Che Soh.Zarin Ismail. 2009.my/html/Utusan%20Malaysia% 20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm .blogspot. Integrasi Sosial Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif .2004. Diperolehi pada Oktober 2009 daripada http://www. Jangan malu ada anak Sindrom Down. 2006. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://www. Safani Bari & Soo Boon Seng .kdsf.2009.scribd. Dewan Bahasa dan Pustaka Zulkiply Yaakob.org.com Zuly .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful