Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 1 MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN

APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK Oleh : Hameelah Adnan SK Taman Permas Jaya 2, Johor Bahru, Johor. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika

Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Hasil daripada penandaan latihan karangan. 1. tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai pengerusi panitia. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai bagai. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepadakecemerlangan . Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini. Kelemahan ini juga berpunca Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 2 daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR.dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Melalui pengalaman saya.

sesebuah sekolah.Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam aya t. tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. 2. . akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN.1 Objektif am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan. Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan. saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul. . 3.murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal. Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah: .0 FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan apabila mereka berada di tahap 2 kelak.murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. akhiran dan apitan.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam . Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat. terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk: 3.2. 3.

2. Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang diberi.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.petikan yang diberi. akhiran dan apitan.1 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan. 5. 3.2 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.1.2.---------------------------Sekolah Rendah 3 5. Sebelum . 5. saya dapati murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi. 4.1. Selepas saya menyemak kertas ujian pra.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat 3. 3.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5. akhiran dan apitan. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ----------------------------.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan. 3.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13 Melayu dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India) dalam Tahun 3 Cerdik 2.2.2.1 Tinjauan masalah Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini.

Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.1 Analisis Ujian Pra Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra Pencapaian (Gred) Bilangan sampel Peratus (%) A (80 100) 3 10 B (60 . soalan 10 (90%). Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar Tingkah laku Peratus ( % ) .7 %).2 Analisis pemerhatian Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.2 Analisis tinjauan masalah 5.7 E (0 19) 2 6. Soalan soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan. 5.2.6 D (20 39) 5 16. Sebagaimana biasanya. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23. 76.79) 12 40 C (40 59) 8 26.3% (7 orang) murid telah gagal. 5. murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kura ng bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %).2.7 JUMLAH 30 100 Berdasarkan Jadual 1.

akhiran dan apitan) .Bercerita . (contoh : terbersih.Mengenalpasti perkataan berimbuhan Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan. saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah: . membersihkan) v vi Saya memperdengarkan semula petikan cerita Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan i.Kesungguhan 50 Kurang mengambil bahagian 30 Kurang tumpuan ( bermain. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.4.3 Tindakan yang dijalankan Dalam melaksanakan tindakan.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian 5.Ujian Pos 5. . iii. bersihkan. ii. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan . iv.Membina ayat . mengganggu kawan ) 20 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------.-----------Sekolah Rendah 4 5. berbual. Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan.

Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya. Mujib memegang coklat itu erat-erat. Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan Markah Peratus (%) ( A ) 80 .3 Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Mujib? Tanya Cikgu Nurul.6 .100 10 ( B ) 60 . Mujib menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Mujib terlena di dalam biliknya.79 43.39 6. Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Mengapa kamu tidak makan coklat itu.59 40 ( D ) 20 . saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu.-----------------Sekolah Rendah 5 ( C ) 40 . kata Mujib. Cikgu Nurul telah menghadiahinya sebungkus coklat. Sebaik sahaja loceng berbunyi. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan. Ibu.Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 -------------------------------------. Mujib terus pulang. Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan coklatnya itu.Pemerhatian : Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Coklat pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya.

Akhiran .100 25 ( B ) 60 . akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan) ii. Saya membacakan petikan cerita iii.imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan i.19 0 Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan tidak ada .79 55 ( C ) 40 .59 20 ( D ) 20 . iaitu.( E ) 0 .6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.imbuhan yang hadir selepas kata dasar 3. 1. Awalan imbuhan yang hadir sebelum kata dasar 2.19 Jadual 3 menunjukkan hanya 6. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu.imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar 4.39 0 ( E ) 0 . 5. Pemerhatian : Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut: Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan Markah Peratus (%) ( A ) 80 . Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaran yang diberikan. Apitan . Refleksi : Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Sisipan . (Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan.

TABUNG BULUH HANIM Hanim baru saja balik dari sekolah. ii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina. Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Dalam masa yang singkat.4. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 -------------------------------------------------------Sekolah Rendah 6 Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu. Murid menyatakan apa yang dilihat. wang di dalam tabungnya sudah banyak. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat. Refleksi : Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan. Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P . iv. Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank.3 Aktiviti 3 : Membina ayat i. Perbincangan mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat . 5.seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah. (Contoh :Monyet nampak buah pisang masak) iii.

4. 5.4 Aktiviti : Ujian Pos Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah. (Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok pisang) v. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu.6 Membaca 26 56. murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar.imbuhan apitan Bahagian D . Refleksi : Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan muridmurid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian. Kertas Ujian Pos disediakan. Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti perbincangan Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid Aktiviti Bilangan murid % pencapaian Perbincangan 22 43.4 Pemerhatian : Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.imbuhan akhiran Bahagian C . v. Bahagian A .dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.Imbuhan awalan Bahagian B .membina ayat .

Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.59 ) 5 16.5 Refleksi keseluruhan Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara.79 ) 15 50 C ( 40 . Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan.39 ) E ( 0 . . Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 7 Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos Berdasarkan Bilangan dan Peratus Pencapaian (Gred) Bilangan murid Peratus A ( 80 100) 10 33.Bahagian E . Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.3 B ( 60 .19 ) Refleksi Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil.7 D ( 20 . 5.

Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos Lulus 23 ( 76. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid.0 Cadangan kajian seterusnya. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. 6.4 % ) Jumlah 30 ( 100 % ) 30 ( 100 %) Berdasarkan Jadual 7 di atas.4% murid dalam ujian Pra.6 % ) 30 ( 100 % ) Gagal 7 ( 33. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan . Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut.6% murid lulus dan 33.---Sekolah Rendah . Manakala dalam Ujian Pos. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ----------------------------------------------------. Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan. Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. 76. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat.

BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). teknik dan Contoh. Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu . Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audio visual yang menarik dan berkesan. Koh Bon Boon ( 1989 ) . Menguji kemahiran bahasa. prinsip . Sabran ( 1992 ) .8 struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. . Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Zuriah Yusuf (1992 ). Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur. Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Raminah Hj.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful