1.0 Pengenalan Bahasa Melayu berkembang seiring dengan perkembangan negara dan masyarakatnya.

Perkembangan Bahasa Melayu terbahagi kepada dua peringkat, iaitu fasa pra merdeka ( sebelum merdeka) dan fasa pasca merdeka ( selepas merdeka ). Sebelum merdeka, kedudukan Bahasa Melayu seakan-akan terpinggir kerana bahasa Inggeris diutamakan bukan sahaja dalam pentadbiran tetapi juga sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa vernakular dan tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi. Akibatnya, Bahasa Melayu tidak berkembang dengan lancar dan segar. Perkembangan Bahasa Melayu terhad kepada perhubungan harian, penulisan buku-buku agama Islam, dan penghasilan karya-karya sastera. Perkembangan ini didorong oleh perkembangan bidang percetakan. Di samping itu, semangat kebangsaan di kalangan rakyat, terutamanya di kalangan orang Melayu memulakan usaha-usaha untuk memajukan bahasa Melayu sebagai wadah perjuangan menentang penjajahan Inggeris. Setelah kemerdekaan, kerajaan memainkan peranan utama dalam meletakkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Langkah yang utama ialah memberikan kedudukan yang sewajarnya kepada Bahasa Melayu. Hal ini tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Perkara 152 yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh Parlimen. Seterusnya, satu akta yang khusus berkenaan bahasa kebangsaan digubal, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan disemak pada tahun 1971. Antara lain akta ini memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Dengan perakuan ini, Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa kebangsaan bahkan juga bahasa rasmi negara sebagai bahasa dalam pentadbiran kerajaan, bahasa pengantar pendidikan dan bahasa dalam bidang perundangan. Seterusnya, untuk menyempurnakan kedudukan dan martabat bahasa Melayu, kerajaan telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk perancangan taraf dan korpus Bahasa Melayu. Perancangan taraf melibatkan usaha meningkatkan taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang juga bahasa rasmi serta sebagai pengantar utama dalam pendidikan serta mengadakan kempen bahasa kebangsaan

HBML 2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Pelbagai program terus dipertingkatkan bagi memperkasa bahasa Melayu. tatabahasa. khususnya dalam akhbar dan majalah yang merupakan bahan bacaan utama rakyat Malaysia sepatutnya menjadi media utama yang berperanan penting dalam pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu tinggi. pengekodan dilakukan dari segi huruf dan ejaan. Oleh itu. 2. secara tidak langsung hal tersebut akan mendidik masyarakat untuk “menggunakan” bahasa yang rendah dari segi kualitinya. gaya bahasa yang sering digunakan juga ialah gaya bahasa yang ringkas dan padat . masyarakat didedah dan dididik dengan gaya bahasa tersebut.Manakala perancangan korpus ialah pembinaan bahasa yang melibatkan aspek mengekodkan bahasa. sebutan. Selain itu. Perkembangan tersebut merupakan suatu perkembangan yang “menakutkan” kerana dapat menggugat kedudukan bahasa Melayu tinggi. dan kalimat. kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran Bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan. istilah. sebahagian besar akhbar dan majalah utama berbahasa Melayu menggunakan gaya bahasa mereka sendiri. Pengekodan bahasa ialah menyeragamkan bahasa untuk menghasilkan bahasa yang standard atau baku. iaitu gaya bahasa kewartawanan iaitu gaya bahasa yang lebih mengutamakan nilai “kepopularan” untuk menarik minat pembaca terfokus kepada berita yang dilaporkan. Seterusnya menarik minat mereka untuk membeli dan membaca media berkenaan. terutamanya dari aspek pembentukan kata. frasa. Usaha memartabatkan bahasa dapat dilakukan dengan pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu. Selain itu. bukannya gaya bahasa Melayu baku yang tepat. Namun begitu.0 Definisi HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . dari segi penggunaan bahasa Melayu pula. secara tidak langsung. dan perkamusan. Sekiranya yang dikembangkan dan disebarkan oleh media berkenaan ialah bahasa Melayu rendah. Untuk Bahasa Melayu.

bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu. 2007:117. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga . pemajmukan dan penggandaan. sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur. kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan.1 Definisi Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur. 2009 : 43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur .perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am. proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi. pemajmukan dan penggandaan. 1997:83. bentuk dan penggolongan kata. bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . atau bentuk dan fungsinya.2. bentuk dan penggolong kata. morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur.Perkataan. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut Kamarudin Hj Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1.

Morfologi meliputi konstruksi kata . Siti Hajar Hj. bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993).2 Definisi Sintaksis HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk .mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan . 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata.bentuk terikat antara konstituen -Konstituen .Husin Abdul Aziz . dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.kata dan bahagian kata.1985 :152. O`Grady & Guz man juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan -rakannya.Sehubungan itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat. Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Menurut Raminah Hj. dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ).kata. 2.Juga menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. golongan kata. 2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.Noor.

Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna. proses pembinaan ayat . Hafizah Salleh (2005) pula mendefinisikan sintaksis sebagai bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa berdasarkan kaedah penyusunan dan penggabungan perkataan untuk membentuk sesuatu ayat . tetapi maksud ayat lebih daripada himpunan makna perkataan-perkataan yang membentuk ayat berkenaan.2005:151. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata. Ab Rahman Ab. struktur. Manakala Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am. klausa . penggolongan kata . Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. dan binaan atau konstruksi ayat”. dan pembinaan ayat. dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara – cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat .hukum atau rumus tatabahasa.Rashid & Yap Khim Fatt (2002) menyatakan sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Dengan lain perkataan kita melihat bagaimana frasa dan ayat terbina. struktur . Berdasarkan beberapa definisi di atas dapat dirumuskan bahawa sintaksis dalam bahasa Melayu merupakan satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur .Selain itu kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. iaitu bagaimana ayat disusun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. menyatakan sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat. Bidang sintaksis juga difahami sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan yang membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.pembentukan kata .Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk . bentuk .Antara aspek sintaksis yang penting ialah konsep frasa . Sebahagian daripada makna ayat boleh didapati daripada makna perkataan-perkataan yang membentuk seuntai ayat. dan frasa dengan frasa. 2009:339 mentakrifkan sintaksis “ sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . kerja. Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau gabungan beberapa morfem.Sememangnya dalam bahasa Melayu .Dalam petikan yang dikaji .Di dalam petikan yang dikaji terdapat banyak kata tunggal dua suku kata .0 Analisis Aspek Morfologi dan Sintaksis Berdasarkan Petikan Minda Pengarang Berdasarkan petikan daripada Minda Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 14 Oktober 2010 yang bertajuk ” PIPLB bukti kerajaan tidak ketepi usaha majukan luar bandar ” . sempit.2.penulis hanya akan membuat analisis aspek morfologi dari bentuk kata dan penggolongan kata. penulis telah membuat satu kajian berkaitan aspek morfologi dan sintaksis yang terkandung di dalam petikan tersebut. Sebahagian besar daripada perkataan bahasa Melayu terdiri daripada kata tunggal yang mengandungi dua suku kata . penggandaan dan pemajmukan dinamakan sebagai kata tunggal. .terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu .Proses pembentukan kata akan menghasilkan bentuk – bentuk kata seperti kata tunggal . hasil. kata majmuk dan kata ganda . taraf.1 Bentuk kata Menurut buku Tatabahasa Dewan . dan.Contoh dua suku kata yang terdapat di dalam petikan tersebut adalah seperti pelan . induk . dan tegar. 2. bilangan kata tunggal satu suku kata sangat terbatas bilangannya. niat. kata terbitan . rakyat. niat.penulis mendapati bilangan kata tunggal satu suku kata yang digunakan adalah sangat terhad . kadar .1. Dapatan daripada analisis yang telah dibuat oleh penulis telah dapat dirumuskan seperti berikut: 2. Kata tunggal boleh terdiri daripada hanya satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. dasar.Antara kata tunggal satu suku kata yang terdapat dalam petikan yang dikaji ialah yang.1 Analisis Morfologi Walaupun morfologi satu bidang kajian bahasa yang luas skopnya . A) Kata Tunggal Perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan .

pem ... membasmi .. percaya dan tenaga. ter. dan se.Antara awalan kata nama ialah pe. meng. mentransformasi. mem . mengelak. tafsiran. positif. berjalan .prasarana.. dicapai. kerajaan . berharap. tuntutan HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . dan apitan . imbuhan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu awalan . menggembleng.. ke. dan BN. Di antara kata terbitan akhiran yang terdapat di dalam petikan tersebut adalah : (i) (ii) akhiran kata nama akhiran kata kerja : : pangkalan. (2) Kata Terbitan Akhiran Akhiran diimbuhkan pada akhir kata dapat menerbitkan kata terbitan berakhiran. dan banyak lagi. menge. memper.. pembangkang.. awalan kata kerja dan awalan kata adjektif.Awalan kata adjektif pula ialah ter. membela. tersusun.Dalam petikan yang dikaji oleh penulis . negara. penge. et .Menurut Nik Safiah Karim .. negatif. peng.. komitmen. kata tunggal yang terdiri daripada tiga suku kata seperti kelmarin .Awalan kata kerja pula ialah me.Contoh kata terbitan awalan tersebut adalah seperti berikut : (i) (ii) Awalan kata nama : Awalan kata kerja: penduduk. MBE. perdana .. dirancang . Begitu juga akronim yang merupakan kata tunggal juga terdapat di dalam petikan ini Contoh akronim yang terdapat di dalam petikan ini adalah singkatan seperti PIPLB. men.. membin. iaitu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar . komprehensif dan keadaan. Terlaksana. ber. B) Kata Terbitan Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan .. sisipan ....Proses pengimbuhan ini akan mewujudkan satu perkataan yang membawa konsep atau makna baru . bantuan. menyokong. al (1993) . te. mustahil. pelosok. penulis mendapati banyak kata terbitan awalan telah digunakan oleh pengarang artikel tersebut. di dan diper-. (1) Kata Terbitan Awalan Terdapat tiga jenis kata awalan iaitu awalan kata nama . GIS..Terdapat juga di dalam petikan . akhiran . Kata tunggal empat suku kata atau lebih pula boleh dilihat dalam contoh contoh seperti kata manifestasi . tersish. matlamat. limpahan. menteri.

Penulis juga mendapati tiada kata awalan pinjaman seperti dwi . kata adjektif. is. pembangunan . anti maupun akhiran pinjaman seperti at .(3) Kata Terbitan Apitan Apitan diimbuhkan pada awal dan akhir kata dasar menerbitkan kata terbitan apitan.1. maha . (iii) (4) apitan kata adjektif : keikhlasan.Contoh kata terbitan apitan yang terdapat di dalam petikan adalah seperti berikut : (i) (ii) apitan kata nama apitan kata kerja : kerajaan .al (1993) . (i) Kata Nama Di dalam petikan terdapat beberapa kata nama am . Di dalam petikan ini hanya terdapat sedikit kata majmuk sahaja daripada kelompok rangkai kata bebas . menikmati. dan kata tugas . kata nama khas serta kata ganti diri .Contoh kata majmuk tersebut ialah Perdana Menteri .penulis mendapati bahawa tiada kata terbitan sisipan . kemampuan. i . pelaksanaan. membuktikan. kata nama .penyaluran. C. man dan lain –lain kata terbitan pinjaman yang digunakan oleh pengarang Minda Pengarang ini. mengkategorikan tiga kelompok kata majmuk iaitu rangkai kata bebas . kepentingan. istilah khusus dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang membawa maksud kiasan atau simpulan bahasa.3 Golongan Kata Menurut Nik Safiah Karim .Contoh kata nama yang terdapat dalam petikan tersebut adalah seperti berikut : Kata Nama Nama khas HBML 2103 Contoh Malaysia .pertindihan. Di dalam petikan ini . kementerian : dilancarkan . Perdana Menteri. Pemajmukan Nik Safiah Karim . et . Pelan Induk MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU .ketinggalan. et . pedalaman. golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu .mencetuskan.Ini mungkin disebabkan pembentukan kata sisipan sudah tidak berkembang dan bilangan kata tersebut terlalu kecil dalam bahasa Melayu. kata kerja . Kata Terbitan Sisipan. pendapatan. luar bandar ’ 2. al (1993) . diunjurkan. Datuk Seri Najib Razak. kemiskinan.

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . kata adjektif ukuran (sempit ) dan kata adjektif waktu ( kelmarin. menurun. mereka. Kita . mendakwa. membawa. Contoh menyokong . ditadbir.Berdasarkan petikan terdapat beberapa contoh kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. tersisih. dijangka. Membasmi. terbantut. Penduduk. mengelak.kata adjektif cara dan kata adjektif perasaan. kerajaan. Daripada lapan jenis kata adjektif .jadual di bawah menunjukkan contoh kata kerja tersebut . kata adjektif waktu . kata adjektif pancaindera . bandar. Melaka. rakyat. Model Baru Ekonomi. dinikmati. dirancang. kata adjektif bentuk .Dua jenis kata kerja dalam bahasa Melayu ialah kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif . mengelak.Daripada kajian yang telah dijalankan penulis akan menyenaraikan beberapa kata adjektif yang terdapat dalam petikan tersebut dan jenisnya . menggembleng. klausa . diunjurkan Kata kerja tak transitif Tak berpelengkap berpelengkap Contoh Terbaik . itu . penulis mendapati hanya tiga jenis kata adjektif sahaja yang terdapat di dalam petikan iaitu kata adjektif sifat (baik) . Kata kerja transitif aktif pasif membasmi . negara. dicapai. Kata Kerja Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan . ini . membangun Dilaksanakan . kata adjektif warna . (iii) Kata Adjektif Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau nama.Pembangunan Selangor. Pulau Pinang. pedalaman. membina. Melaka. Malaysia. menyerlahkan. nya . membawa. Sistem Nama am Kata ganti nama (ii) Maklumat Geografi. ataupun ayat . Kata tugas ini berperanan sebagai penghubung . Kata adjektif boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu kata adjektif sifat . kata adjektif ukuran . awal) (iv) Kata tugas Kata tugas merujuk kepada golongan kata yang mempunyai tugas –tugas tertentu dalam binaan sesuatu frasa .

. 1993:410). kata kerja ataupun kata adjektif (berfungsi sebagai kata nama). Subjek sesuatu ayat tunggal ataupun majmuk terbentuk daripada frasa nama yang terdiri sama ada daripada kata nama . di . bagaimana . frasa dan hukum D-M serta pembentukan ayat. tidak iaitu . pemeri dan lain-lain. Di antara kata tugas yang terdapat dalam petikan adalah: Jenis Kata bantu Kata bilangan Kata hubung Kata nafi Kata pemeri Kata penegas Kata sendi nama Kata tanya Contoh mahu . 2.Predikat ayat tunggal pula dapat dibina daripada frasa nama . Dan . pembenar. pembantu .1 Binaan ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. mengandungi subjek dan predikat.sintaksis ialah bidang tatabahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. akan semua. kata ganti nama. Berdasarkan petikan . sehingga.2.Ayat dasar mahu pun ayat terbitan yang dibina. Analisis sintaksis yang akan dihuraikan oleh penulis hanya bertumpu kepada tiga aspek sahaja iaitu binaan ayat . serta mengandungi intonasi yang sempurna (Tatabahasa Dewan .2 Analisis Sintaksis Sebagaimana yang telah dijelaskan . penafi. boleh. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.demi Siapa .yang . ke. frasa kerja . malah. penulis telah membuat kajian bahasa daripada aspek sintaksis. bila 2. pendepan.penguat . Binaan subjek dan predikat. -tah. frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh – contoh ayat dalam petikan tersebut yang mengandungi subjek dan predikat adalah seperti di bawah di bawah: Bil 1 HBML 2103 Subjek Kita Predikat sedar usaha membasmi sepenuhnya kadar kemiskinan tegar di MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . daripada . penegas. atau serta .

lalu . aadalah antara bukti kemampuan sebuah negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentransformasi negeri itu menjadi negeri maju . Pinjaman berjumlah RM23 billion dikeluarkan sejak 1997. Contohnya: PTPTN gagal mengutip semula bayaran balik pinjaman.. A) Ayat Tunggal Ayat tunggal adalah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. lagi .Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: (i) Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat – ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan . namun ia bukanlah mustahil 2 Melaka untuk dicapai.negara ini bukannya kerja mudah. Tiap – tiap ayat dapat HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU .3 Bentuk Ayat .. sambil . Di dalam petikan . Dalam sesuatu bahasa terdapat pelbagai jenis dan ragam ayat serta berbeza pula panjang dan pendeknya sesuatu ayat tersebut. penulis mendapati bahawa banyak ayat-ayat tunggal telah dicantumkan dengan kata hubung untuk membentuk ayat majmuk. yang akan diisytiharkan pada 20 Oktober ini. B) Ayat Majmuk Ayat majmuk adalah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek dan predikat.2. serta dan sebagainya . atau . 1.Analisis ayat di dalam petikan yang dikaji oleh penulis adalah berkaitan ayat tunggal dan ayat majmuk sahaja. Ayat terbentuk daripada klausa yang terdiri daripada frasa dan perkataan. tetapi .Namun begitu fokus kajian akan lebih menjurus kepada ayat majmuk kerana pengarang petikan ini banyak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam hasil penulisannya.

Contohnya pada ayat : Bagaimana PTPTN dapat mengesan bila peminjam bekerja dan siapa majikan mereka. (ii) . Contohnya pada ayat : Menguatkuasakan peraturan yang tidak membebankan peminjam Menguatkuasakan peraturan adalah ayat utama. yang tidak membebankan peminjam adalah klausa yang dipancangkan di dalam ayat utama. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat utama dengan satu atau beberapa ayat kecil atau klausa lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu . HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . b) Ayat majmuk pancangan komplemen dalam ayat induk . a). Ayat majmuk pancangan relatif Ayat jenis ini dikenali dengan kata hubung relatif ’ yang ’ yang digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.Ayat atau klausa induk dapat berdiri sendiri . Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif . tetapi ayat atau klausa kecil tidak. pancangan komplemen dan pancangan keterangan.berdiri sendiri . Terdapat dua jenis ayat gabungan iaitu ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan dan ayat majmuk gabungan yang maksudnya memberi maksud pertentangan fakta dalam ayat yang digabungkan .Beberapa kata hubung digunakan untuk bahawa dan untuk seperti Ayat jenis ini adalah ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja mencantumkan klausa kecil dengan klausa induk .Beberapa kata hubung yang biasa digunakan untuk mencantumkan klausa kecil dengan klausa induk ialah digunakan dalam ayat contoh dibawah : Tabung PTPTN perlu sentiasa berisi untuk dimanfaatkan oleh pelajar lain. Penggunaan kata hubung dan pada ayat ini menunjukkan ayat ini adalah dari jenis ayat majmuk gabungan berurutan fakta .

Contohnya: Apabila PTPTN mahu mengkaji semula .lain ayat majmuk. Contohnya: PTPTN mahu mengkaji semula . Ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat .(iii) Ayat Majmuk Campuran.ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.Lazimnya ayat majmuk jenis campuran ini lebih panjang berbanding lain.ayat majmuk yang besar bilangannya berbanding dengan ayat – ayat tunggal.Ayat-ayat majmuk yang digunakan pula lebih kepada ayat –ayat majmuk jenis campuran.termasuk aspek –aspek teknikal dan membuat pindaan Akta PTPTN 1997 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Selewat-lewatnya awal tahun depan . perkara utama yang perlu diperketatkan ialah aspek perundangan dan cara mengutip semula pinjaman . penulis mendapati bahawa pengarang Minda Pengarang in telah menggunakan laras bahasa yang tinggi. Berdasarkan bentuk ayat yang telah dihuraikan .Ini dapat dikesan melalui penggunaan ayat .(ayat tunggal ) Apabila PTPTN mahu mengkaji semula. (ayat majmuk gabungan berurutan fakta) Perkara utama yang perlu diperketatkan ialah aspek perundangan (ayat majmuk pancangan relatif). HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . Ayat ini terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Dalam ayat majmuk campuran di atas terdapat banyak jenis ayat telah digunakan seperti ayat tunggal .termasuk aspek-aspek teknikal dan membuat pindaan Akta PTPTN 1997 .

Frasa kerja yang terdapat di dalam petikan ini terdiri daripada frasa kerja transitif dan tak transitif .Ini mungkin berlaku kerana kata terbitan sisipan tidak lagi berkembang dalam bahasa Melayu tulen.Kata kerja yang banyak digunakan di dalam petikan adalah dari jenis kata kerja transitif.kedua-dua jenis kata tunggal ini banyak bilangannya berbanding dengan yang lain terutamanya suku kata yang terbentuk dari kata pinjaman . kata terbitaan akhiran dan kata terbitan apitan terdapat di dlama petikan.Ketiga –tiga kata nama iaitu kata nama khas .Terdapat juga frasa nama yang mengandungi unsur penerang yang lebih daripada satu . pengarang telah menggunakan hanya tiga pola sahaja iaitu vk .Banyak kata tunggal dan kata terbitan telah digunakan tetapi bilangan kata majmuk dan kata ganda pula terlalu kecil.Kata terbitan merupakan bentuk kata yang paling banyak digunakan. frasa kerja dengan kata bantu dan frasa kerja dengan ayat komplemen. Dalam frasa nama yang digunakan terdapat unsur inti dan penerang di dalamnya.Bagi pola suku kata tertutup pula . Dalam aspek pembentukan kata . jenis – jenis frasa dan bentuk ayat. kata terbitan . kvk dan kkvk.Ini kerana dalam bahasa Melayu tulen . Kata tunggal dua suku kata dan tiga suku kata terbuka dan tertutup paling banyak digunakan dalam petikan ini .0 Refleksi Hasil Dapatan Analisis Dapatan daripada aspek morfologi bahasa Melayu tentang petikan ini .1. Lapan jenis kata tugas juga terdapat di dalam petikan yang telah dikaji oleh penulis. frasa kerja .Pelbagai jenis kata terbitan seperti seperti kata terbitan awalan . Dari sudut penggolongan kata pula terdapat 4 jenis golongan kata yang terdapat di dalam petikan iaitu kata nama . kata nama am dan kata ganti nama terdapat di dalam petikan. dan frasa sendi nama . HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . kata adjektif dan kata tugas.Dua jenis frasa kerja dengan kata bantu yang terdapat di dalam petikan ialah kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Namun begitu kata terbitan sisipan langsung tiada di dalam petikan. kata kerja . penulis mendapati pengarang Minda Pengarang hanya menggunakan tiga daripada empat pola suku kata terbuka bahasa Melayu iaitu v . penulis telah membuat analisis tentang tiga aspek sahaja iaitu binaaan ayat .Dapatan dari analisis mendapati binaan subjek dan predikat di dalam ayat yang digunakan adalah terdiri daripada frasa nama .Ini menunjukkan pola suku kata yang digunakan kebanyakannya adalah daripada pola suku kata bahasa Melayu tulen. Menyentuh aspek sintaksis pula . pengarang telah menggunakan kata tunggal . kata majmuk dan pengandaan.Bilangan kata adjektif juga sedikit.Sedikit sahaja kata kerja jenis tak transitif yang dijumpai di dalam petikan. kv dan kkv .

(2002) .iaitu majmuk gabungan . Penggunaan tatabahasa yag tepat iaitu penggunaan bentuk kata .Tiga jenis frasa sendi nama yang terdapat dalam petikan iaitu kata sendi nama + kata nama .Ayat majmuk campuran sangat banyak digunakan berbanding dua lagi ayat majmuk. Bahasa Kebangsaan . Bhd Kamus Dewan Edisi Keempat.Omar (1968) . RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Rashid dan Yatt Kim Fatt . et . ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran . HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu . struktur dan berbeza binaannya.(2005) . 2. Asmah Hj . penggolongan kata dan pola suku kata akan menghasilkan ayat – ayat yang bermakna dan gramatis. kebanyakan jenis ayat yang digunakan oleh pengarang petikan ini adalah dari jenis ayat majmuk. Morfologi . Johor Bahru :Penerbitan Pelangi Sdn .0 Kesimpulan Dapatan – dapatan daripada kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada pelbagai bentuk . Sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia – Satu Perbandingan Pola . Petaling Jaya : Longman. (2005) . Bahasa Melayu STPM kertas 1& 2 . Ali Mahmood . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Dari aspek bentuk ayat .Kuala Lumpur :Open University Malaysia . kata sendi nama + kata arah + frasa nama dan kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan .Di dalam ayat majmuk ini terdapat ayat – ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang lain. al (2010) .Frasa sendi nama di dalam petikan ini juga tidak banyak. Hafizah Salleh . HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Kajang : Masa Enterprise . (2010 . (2005) . et . al (2003) . Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka . et . Nik Safiah Karim . m/s 18 .Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob . Bahasa Melayu STPM kertas 1 & 2 . Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn . (1993) . PTPTN wajar perkemas operasi kutipan bayaran balik pinjaman. Norliza Jamaluddin . Nik Safiah karim .Bahasa Melayu Kertas Satu STPM . al (1995) .Bhd . 9 September ) Berita Harian . Tatabahasa Dewan Edisi Baharu . Minda Pengarang . Tatabahasa Dewan Edisi baharu . LAMPIRAN HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU . Nik Safiah K arim .

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful