Pendahuluan: Setiap hari kita berdoa dikurniakan taufik dan hiclayah khususnya kesihatan dan kesejahteraan diri, keluarga

dan ummah. Kita harus ingat bahawa kesihatan itu adalah suatu nikmat yang diperlukan oleh setiap orang pada setiap masa. Tanpa kesihatan yang baik kita tidak dapat menguruskan tugas harian kita sama ada di pejabat ataupun di rumah. Kesihatan yang tidak memuaskan akan mengurangkan minat dan daya konsentrasi, menjejaskan produktiviti, dan lama kelamaan kerja akan diabaikan, suami dan anak-anak tidak terurus dan diberi perhatian, dan ini menimbulkan pelbagai masalah keluarga. Kesihatan badan dan kesejahteraan tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu diusahakan oleh setiap individu. Kita perlu memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip kesihatan asas unfuk diri sendiri dan keluarga dan menjauhi dari amalan-amalan yang tidak sihat atau yang merbahaya. Daiam konteks ini kita harus faham bahawa kesihatan tidak hanya bermakna bebas daripada penyakit. Lebih penting kesihatan merangkumi kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan spiritual. Lima dekad lalu Malaysia diancam hebat dengan pelbagai penyakit berjangkit. Walau bagaimanapun kini negara kita sudah beralih ke suasana baru di mana penyakit gaya hidup telah menunjukkan tren yang meningkat. Peralihan ini adalah hasil perubahan gaya hidup penduduk dan juga pembangunan pesat berikutan proses 'urbanisation'. Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan masyarakat desa dan pendalaman juga tidak terlepas daripada impak pembangunan yang berlaku di seluruh negara. Usaha-usaha kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pembasmian kemiskinan, telah meningkatkan kesejahteraan rakyat amnya. Angka-angka petunjuk menggambarkan kemajuan rakyat Malaysia semakin meningkat.

1

banyak gejala sosial dan penyakit masyarakat yang telah berlaku. Fenomena sebegini perlu ditangani dan dibendung secara bersama oleh semua pihak. penderaan ke atas ahli-ahli keluarga. maka musnahlah negara. Gejala-gejala ini boleh mengganggu gugat keamanan masyarakat. sumbang mahram. Sesungguhnya. menagih dadah. Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998. jumlah penagih dadah menjangkau sebanyak 240. menjejaskan perpaduan bangsa. Runtuh keluarga. rogol. Aliran yang berlaku kebelakangan ini benar-benar mengejutkan dan membimbangkan kita. Ada di antara yang terlibat dalam kumpulan ini memakai tudung dan berjubah tetapi memakai salib yang diterbalikkan. Sementara itu. Bukit Aman. remaja lari dari rumah. Ketika kita mengecapi pelbagai corak kemajuan. menonton video lucah serta pelbagai keganasan dan jenayah rumahtangga menjadi semakin berat. maka pincanglah masyarakat. kejadian amuk. Ianya jelas mereka sudah terjebak dalam kegiatan sesat dan bertentangan dengan agama. yang selama ini dipupuk dengan nilai-nilai tradisional yang kaya 2 . Lebih memeranjatkan ialah penglibatan sebilangan remaja dalam kumpulan penyembah syaitan black metal. manakala remaja perempuan meningkat sebanyak 25 peratus. Mengikut statistik Bahagian Hal Ehwal Awam. dalam tempoh 20 tahun sehingga 1999. pemujaan syaitan.Kandungan: 1) Gejala Sosial di Malaysia Sistem keluarga sebagai institusi asas masyarakat perlu terus diperkukuhkan. dan membantutkan perkembangan negara.000. ada terdapat 265 gadis bawah umur lari mengikut kekasih. bunuh. Kekuatan dan keutuhan sesebuah keluarga dapat mempengaruhi dan menjamin kestabilan masyarakat dan negara. Rosak keluarga. Kerajaan sedar bahawa keluarga ialah penerima dan penyumbang kepada pembangunan negara. sebelum ianya dapat bertapak di Malaysia dan seterusnya menggugat kejituan institusi keluarga. kadar jenayah yang membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus. ajaran sesat. salahlaku pelajar. Kes juvana pula semakin membimbangkan.

Oleh itu. Sebenarnya. Dengan adanya perasaan kasih sayang maka tercetuslah perasaan hormat menghormati. kasih sayang adalah pengikat keluarga. prihatin. Anak-anak tidak patut merasa terabai oleh ibubapa. ibubapa juga harus dididik supaya memberi perhatian kepada perkembangan pendidikan dan akhlak anak-anak mereka. pusat-pusat komuniti serta tempat-tempat kerja. Menerusi program 3 . janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar". dan lain-lain lagi. berwawasan serta berdisplin. Ianya dilahirkan melalui perasaan. Sebenarnya. agar pengawasan yang mencukupi dapat diberikan.masalah ini timbul akibat kelonggaran jalinan dan ikatan kasih sayang di dalam keluarga. dan ditunjukkan dengan perbuatan. Allah swt telah berfirman dalam surah Luqman. Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai `gam' yang menyatupadukan keluarga sejahtera. Bakal ibu dan bapa hendaklah dilatih supaya mempunyai kemahiran mendidik anak-anak. Kasih sayang ibubapa adalah ibarat `asas kehidupan' anak-anak. semasa ia memberi nasihat kepadanya: `wahai anak kesayanganku. Begitulah Alquran menjelaskan bagaimana ibubapa mesti mempastikan anak-anaknya sentiasa berada di jalan yang benar dan mencapai kejayaan. Keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang akan dapat melahirkan insan yang prihatin dan bersifat penyayang. Jangan fikirkan ilmu keibubapaan ("parenting skills") ini datang secara automatik. ayat 13.dengan sopan santun dan tali persaudaraan. Sekali imbas kita tentu mengagak bahawa masalah. mereka perlu mempunyai akhlak yang luhur dan tingkahlaku yang terpuji. mengambil berat. "dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya. bermaksud. Justeru. Ingatlah bahawa anak adalah amanah dari Allah. serta nilai-nilai keagamaan yang teguh. Ilmu ini perlu dipelajari dan didalami oleh setiap pasangan ibubapa. Kita perlu jaga amanah ini dengan betul dan cermat supaya ia tidak mendatangkan sebarang mudarat. Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah pewaris yang bakal menerajui negara. Ini amat penting bagi menghasilkan generasi muda yang bertanggungjawab. memberi sokongan serta perlindungan. program kemahiran keibubapaan harus diberi keutamaan dan diajar di institusiinstitusi pendidikan.

ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keamanan dan kestabilan negara. masyarakat kita hidup `bagai aur dengan tebing'. Apabila kita maju. Sesungguhnya. penyemaian nilainilai tersebut akan mempercepatkan lagi pembentukan sebuah Bangsa Malaysia yang bersatupadu dan berjaya. Kehidupan mereka amat pincang. kita akan dihormati dan kita tidak akan ditindas. Walaupun talian kekeluargaan masyarakat tidak setebal talian keluarga biasa. Kita mahu mewujudkan keseimbangan antara membawa kemajuan kepada negara dan mempertahankan sistem sosial kita dari terjejas.nilai positif pada setiap lapisan masyarakat. apabila ia menjadi semakin maju. keadilan sosial dan sikap toleransi akan terus dipertingkatkan. Dalam hal ini. Kerajaan telah melaksanakan agenda menyemai nilai. Sistem nilai yang baik akan terus dibentuk menerusi penekanan kepada aspek agama. iaitu masyarakat yang berbilang kaum yang juga merupakan keluarga kita. Di Malaysia kita hidup dalam masyarakat yang lebih besar. kita ada kekuatan. Namun. kewarganegaraan yang baik. Justeru itu. bebas melakukan apa sahaja dan menjadi masyarakat yang sukar dikawal. kita mesti ada kekuatan dari segi mental dan pegangan keagamaan. kita dapat melahirkan generasi ibu bapa yang lebih bertanggungjawab dan berdedikasi. Apabila kita maju.seperti ini. amatlah penting bagi kita menjalin hubungan yang rapat dalam keluarga masyarakat Malaysia. tumpuan kita terhadap institusi keluarga juga tidak terhad kepada talian kekeluargaan melalui proses beranak cucu sahaja. kita tidak boleh meniru sesetengah negara maju. khususnya melalui sistem pendidikan. Apabila kita maju. tradisi dan nilai sivik. Di Malaysia. Bak kata pepatah. maka institusi keluarganya pula turut runtuh. Kita mahu maju kerana kita ingin meningkatkan lagi taraf hidup kita. Memang benar kita mahu mengejar kemajuan sama seperti negara-negara maju di dunia. kita tidak mahu terperangkap dalam mengejar pembangunan sehingga mengorbankan keluarga sebagai satu institusi sosial yang terpenting. Nilainilai kemasyarakatan yang luhur seperti taat setia. 4 .

Adalah diharapkan usaha-usaha ini dapat membantu kita membendung gejala-gejala sosial dari terus membelenggu masyarakat. stabil dan makmur akan tercapai. insya-allah. adalah satu program yang baik dan patut diteruskan.Kerajaan Malaysia sentiasa memberi perhatian yang serius kepada usaha-usaha mengukuhkan institusi keluarga. yang meliputi persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga. pembangunan remaja dan kebapaan. LPPKN telah diberi mandat oleh kerajaan untuk bertindak sebagai agensi utama. LPPKN telahpun membangunkan pakej-pakej modul latihan keibubapaan dan kekeluargaan di bawah pakej kasih. Modul-modul ini. Pelbagai program pro-aktif dan menyeluruh telah dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai agensi. 5 . dan seterusnya mewujudkan keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Bahkan program-program sebegini harus dikembangkan lagi agar lebih ramai anggota masyarakat mendapat manfaat daripada program tersebut. Bagi menjayakan program-program pembangunan keluarga misalnya. kemahiran keibubapaan bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan remaja. Semoga matlamat kita ke arah satu masyarakat dan negara yang aman.

Sharliena.30 pagi. dan antaranya adalah mewajibkan pemilik bangunan memasang CCTV. pada kira-kira jam 11. Dalam senario sebegini ibubapa tetap akan dipersalahkan walaupun sedang dalam keadaan tertekan dan dihantui rasa bersalah disebabkan oleh kehilangan anak yang disayangi. Datang pada awal tahun 2008. Isu sebegini cukup membimbangkan para ibu bapa khususnya. Kali ini.2) Penculikan kanak-Kanak Belum pun reda kesedihan rakyat Malaysia terhadap keluarga Adik Nurin Jazlin. Taman Medan. Adakah jika tertangkapnya nanti penjenayah yang terbabit. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kes-kes sebegini berlaku. menawarkan kontrak kepada pegawai polis bersara atau akan bersara. tidak memerhati setiap perkara ataupun tidak menegur setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak. malah mungkin faktor kanak-kanak. isu penculikan adik Sharlinie yang sedang hangat diperkatakan. Berdasarkan maklumat kakaknya. Jangan membiarkan anak6 . selepas bermain di taman permainan berdekatan. Pihak akhbar melaporkan Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N. maka jenayah penculikan di negara kita akan berakhir? Pihak kerajaan juga telah menggariskan beberapa langkah bagi mengatasi jenayah ini. faktor penjenayah itu sendiri dan juga faktor kerajaan. menambah pusat latihan polis dan polis mengambil lebih ramai orang awam untuk tugas bukan jenayah. Salah ibubapa juga kerana tidak menekankan kepada mereka jangan mudah mengikut orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi menerima apa jua pemberian orang yang tidak dikenali hatta sebiji gula-gula. Namun ibu bapa perlulah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebenarnya amat besar iaitu memastikan keselamatan keluarga dan anak-anak mereka adalah terjamin. kini isu yang hampir sama datang lagi. seorang wanita berambut paras leher dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya. Wajarkan ibubapa dipersalahkan kerana tidak mengikuti setiap langkah. bukan sekadar kesalahan atau kecuaian ibu bapa sahaja.

Jangan sekali-kali membiarkan anak-anak berjalan seorang diri di malam hari tanpa ditemani oleh orang dewasa walaupun sekadar nak pergi tempat yang berhampiran dengan rumah. jangan membuka pintu sewenang-wenangnya apabila diketuk dan sebagainya.t memelihara keselamatan keluarga dan anak-anak serta menjauhi kita dan keluarga dari bala bencana. Ini semua adalah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kita sebagai Ibu Bapa. taman.anak kita berseorangan di tempat-tempat awam seperti pasaraya. ianya akan dapat memberikan sumbangan serta imak yang amat besar dalam membantu kea rah penemuan jalan penyelesaian terbaik kepada isu-isu yang telah dibincangkan. Ketahuilah Doa itu merupakan senjata bagi orang Mukmin. 7 . maklumlah kita sebagai manusia ini tidak mampu untuk melakukan apa-apa tanpa keizinan dari-Nya. Solat hajat untuk keselamatan sekurang-kurangnya sekali seminggu/sebulan pun tak mengapa agar Allah s. Anak-anak kita sebenarnya tidak mengetahui apa-apa bahaya disekeliling mereka.w. sakit demam dan sejahtera di dunia dan akhirat. amatlah besar faedahnya sekiranya pelajaran subjek ini dijadikan subjek wajib di semua peringkat pembelajaran. Saya percaya sekiranya penekanan serius diberikan terhadap kandungan subjek HBHE 2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga. Justeru itu.w. maklumlah fitrah kanak-kanak. pasar malam dan sebagainya tanpa diawasi oleh orang dewasa. musibah. Namun usaha yang terpenting sekali ialah sentiasa berdoa dengan khusyuk dan tawaddu’ agar Allah s. jangan menerima pemberian orang asing.t memelihara kita dari sebarang bahaya. yang mereka tahu ialah bermain dan berseronok. Kita (ibu bapa) perlu sentiasa berpesan kepada anak-anak agar tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali (Dont Talk To Stranger!).

Cabaran globalisasi dan perkembangan drastik teknologi maklumat masa kini telah menjadi satu cabaran besar kepada kerajaan dalam menyediakan warga yang berkemampuan dan berkebolehan mengharungi cabaran ini. Walaupun terdapat perbezaan dari segi isi kandungan serta kaedah perlaksanaannya. 8 . Kerajaan telah menggabungkan beberapa bidang ilmu dalam pendidikan kesihatan sebagai satu usaha dalam menyediakan pendidikan kesihatan yang baik dan lengkap kepada murid-murid. Segala perubahan yang berlaku di dunia masa kini telah turut sama mempengaruhi sektor pendidikan di negara ini. maka kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memulakan usaha di peringkat akar umbi iaitu bermula dari prasekolah dan berterusan hinggalah dewasa. namun usaha ini akan dapat memastikan keujudan satu generasi malaysia yang sihat dari segala segi sekaligus mampu menggalas cabaran negara di masa depan. Hanya rakyat yang sihat dan sempurna akan dapat memastikan kestabilan negara terjamin di masa kini dan akan datang. Adalah menjadi harapan negara agar menerusi matapelajaran ini akan dapat melahirkan individu yang sihat dan cemerlang dalam semua aspek sekaligus membantu negara mencapai Wawasan 2020 serta menepis semua cabaran yang datang. Menyedari hakikat ini.Penutup: Kepentingan pendidikan kesihatan memang tidak dapat dinafikan lagi.

Berita Harian. Seks Bebas. Masyarakat melayu dan gejala sosial.edu/mm/ 9 . 17 Oktober 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.pdf www.kpm.my/sp_hsp/pk/sp_kbsr_kbsm_p_kesihatan.2000 . http://myschoolnet.emc. 1996 . Jenayah Pelajar. 1 Julai 2000 . Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.Bibliografi: Mahadi Osman.cmich. 20 Sept. Utusan Malaysia. Utusan Malaysia.ppk.

Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1. 23. seks bebas. Bagi angka jangkitan HIV dan kes Aids sehingga Disember 2004. Mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun menjadi kelompok terbesar pembawa dan penghidap penyakit berbahaya itu. katanya. negara kita sebenarnya sedang menuju ke arah kehancuran. Menurut Syed Ali Tawfik.344 orang berbanding Cina iaitu 5. bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2005 ialah seramai 32.228 orang). kita boleh katakan bahawa jika beginilah bentuk belia yang ada pada hari ini. Syed Ali Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah.808 orang.'' jelasnya. kaum Melayu mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 22. rogol dan sebagaimana yang sering disiarkan di akhbar dan berita televisyen. Konvensyen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.439 adalah pembawa HIV dan 9.442 pesakit Aids dikesan di seluruh negara. kita khuatir ia akan merebak dan seterusnya menjadi satu kebiasaan walaupun sebelum ini. ‘‘Jika permasalahan ini tidak dibendung. ragut. berdasarkan data Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam). seramai 64. kes juvenil dan penghidap HIV di seluruh negara. golongan belia perlu disedarkan dan diberi bimbingan agar nilai baik yang ada pada diri dapat disubur serta disalur ke arah kebaikan ummah. samun. tidak ditangani segera.Lampiran 1: Negara hancur jika gejala sosial tidak ditangani 01/11/2006 | KUALA LUMPUR 31 Okt. Dr. Daripada jumlah itu katanya. ‘‘Dengan mengambil kira kes-kes sosial seperti gejala ‘mat rempit'.. Mohd.056 kes juvana dilaporkan pada 2004.131 orang dan India (3. Beliau memberitahu. . perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 6. katanya.699 orang atau 72.23 peratus adalah golongan belia yang berusia 16 hingga 39 tahun. Beliau berkata demikian dalam ucaptama Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan bertajuk Belia Pemacu Generasi Hadhari di sini hari ini.058 kes juvana berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2003.Negara kini sedang menuju kehancuran jika gejala sosial di kalangan belia yang semakin bertambah hari demi hari.'' katanya. kongsi gelap. Saleh. Yasin Mohd. Beliau berkata. Katanya. Kebimbangan itu diluahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sumber Utusan Malaysia 1/11/06 10 . ia merupakan sesuatu yang menyalahi nilai akhlak ketimuran yang kita amalkan.

badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut menyifatkan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara penyumbang gejala sosial di kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu. mendapati salah laku sosial di kalangan remaja membabitkan perbuatan keluar hingga larut malam. kerajaan juga perlu mencari pendekatan yang lebih sesuai untuk menarik minat mereka berpersatuan.” katanya. Selain dua faktor berkenaan. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM). keluar lewat malam.org. “Kita mahu belia dibentuk dengan daya kepemimpinan tinggi selain mampu berdaya saing. 13:27 11 .Lampiran 2: Dua faktor gejala sosial meningkat Friday. hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke empat (KPKM-4) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). usaha bersepadu perlu dirangka bagi menarik lebih 8. merokok. “Selain program belia yang lebih berkesan. kegiatan sukan mahupun program riadah. Kelmarin akhbar melaporkan. kaedah pendidikan awal yang dipraktikkan ibu bapa sehingga usia anak mencecah tujuh tahun adalah penentu dalam mencorak peribadi anak. Tajudin Ahmad (gambar). lumba haram dan kahwin lewat meningkat agak ketara dalam tempoh 10 tahun. di sini semalam.5 juta belia yang dilaporkan tidak mendaftarkan diri dalam sebarang pertubuhan. “Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai mana-mana pertubuhan. 14 July 2006 KUALA LUMPUR: Penganjuran program belia yang tidak bermaya dan kegagalan mengecapi didikan sempurna di rumah dikesan menjadi antara punca utama peningkatan ketara salah laku sosial remaja Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.” katanya ketika dihubungi Berita Harian. gangsterisme.my Menggunakan Joomla! Generated: 4 October. Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) . 2008. Sehubungan itu. dadah. berkata kebanyakan belia yang terbabit dengan gejala sosial termasuk lumba haram. berkata mengikut kajian. Dr Mastura Badzis. kerajaan perlu merangka mekanisme lebih berkesan dalam penganjuran sebarang program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja tempatan. hisap rokok dan gangsterisme adalah dikalangan mereka yang tidak berpersatuan. ©The New Straits Times Press (M) Berhad Majlis Belia Malaysia http://belia. Sehubungan itu beliau berkata.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful