KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
LANDSKAP DAN NURSERI
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2002
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmat i bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG- UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan pot ensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan har monis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
1
KANDUNGAN
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Organisasi Kandungan 2
Pendekatan Dan Penekanan 3
Pemetaan Kandungan 5
Format Huraian 7
Huraian Tingkatan Empat 7
Huraian Tingkatan Lima 16
1
Landskap dan Nurseri adalah satu daripada mata
pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah
akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali
yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan
tingkat an lima. Mat a pelajaran ini adalah lanjutan dan
peluasan kepada mat a pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan
Falsaf ah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk
mencapai mat lamat ke arah mempertingkat kan
produktivit i negara dengan membekalkan tenaga
mahir yang berpengetahuan dalam bidang landskap
dan nurseri.
Penawaran mata pelajaran ini merupakan
sebahagian usaha Kement erian Pendidikan untuk
memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di
sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk
memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja
mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang
industri yang semakin meningkat seperti pembinaan
bangunan, automotif , elektrik elektronik, perabot,
komputer dan multimedia, penghasilan makanan,
perkhidmat an hospit alit i, perikanan dan haiwan,
pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman,
dan perkhidmatan penjagaan.
Dalam kurikulum Landskap dan Nurseri tumpuan
diberi kepada kemahiran asas dan kreativiti dalam
merancang, menghasil, membina dan menyenggara
projek landskap dan nurseri. Kemahiran ini
membolehkan murid meneruskan kehidupan sebagai
pengusaha industri landskap secara produktif , yakin
diri serta berdikari.
Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut
peluang yang ada secara bijak, kreat if dan inovatif .
Penerapan nilai murni, sikap posit if dan budaya kerja
yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
Mat lamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah
untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreat if
dalam merancang, menghasilkan, membina dan
menyelenggara projek landskap dan nurseri dengan
mengamalkan budaya ker ja yang baik dan selamat
serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau
berupaya menjadi penyumbang t enaga kerja dalam
industri landskap.
Apakah
Mata
Pelajaran
Landskap
dan
Nurseri
Matlamat
Mata
Pelajaran
Landskap
dan
Nurseri
PENDAHULUAN
M ATLAM AT
2
Kurikulum Landskap dan Nurseri adalah untuk
membolehkan mur id :
1. Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalam
nurseri serta menubuhkan nurseri
2. Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasan
yang digunakan dalam industri landskap
3. Menghasilkan bahan tanaman t umbuhan hiasan
4. Memilih dan menyediakan bekas dan medium
tanaman
5. Mengurus dan menyenggara nurseri dan kawasan
landskap
6. Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap
7. Membina landskap lembut dan kejur
8. Menguruskan kerja dengan baik dan
berkomunikasi dengan berkesan
9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.
Mata pelajaran ini terbahagi kepada t iga bidang
pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti
berikut:
Rangka
Konsep
OBJEKTI F
ORGANI SASI KANDUNGAN
Objektif
Mata
Pelajaran
Landskap
dan
NURSERI
LANDSKAP
LANDSKAP
KEUSAHAWANAN
dal am Landskap dan Nurseri
PENGENALAN
TUMBUHAN LANDSKAP
PEMBIAKAN TANAMAN
PENANAMAN dan
PENYENGGARAAN
TANAMAN
BEKAS DAN MEDIUM
TANAMAN
PENUBUHAN NURSERI
JENIS
MEREKA BENTUK
LANDSKAP
PENYENGGARAAN
LANDSKAP
PEMI LIHAN TUMBUHAN
PELAKSANAAN
LANDSKAP
KOMUNIKASI
KEUSAHAWANAN
PENGURUSAN
DI TEMPAT KERJA
RANGKA KONSEP
NURSERI
3
Deskripsi t iga bidang pembelajaran bagi Landskap dan
Nurseri adalah berikut:
1. Nurseri
Perusahaan nurseri atau semaian tumbuhan hortikultur
hiasan member i tumpuan kepada pengeluaran bahan
tanaman untuk melaksanakan projek landskap.
Dalam bidang ini murid mengenal pasti jenis nurseri,
struktur dalam nurseri, pengelasan tumbuh-tumbuhan
hortikultur hiasan dan landskap, pembiakan tanaman,
bekas dan medium tanaman. Murid melakukan
penanaman dan penyenggaraan tanaman serta
mempelajari perkara yang perlu dalam penubuhan
sesebuah nurseri.
2. Landskap
Dalam bidang ini tumpuan diberi terhadap
pelandskapan sesuatu kawasan. Usaha ini melibat kan
pemilihan elemen landskap seperti tumbuhan, air dan
struktur. Elemen ini disususn atur dalam satu reka
bentuk yang sesuai dan menarik.
Murid mengenal pasti jenis landskap dan membuat
pemilihan tumbuhan. Murid juga mereka bentuk,
membina dan membuat kerja penyenggaraan
landskap.
3. Pengurusan dan Keusahawanan
Murid mengurus kerja dengan sempurna,
mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik,
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.
Murid merancang perniagaan yang mudah dan
mengenal pasti peluang kerjaya dalam industri
landskap.
Landskap dan Nurseri adalah mata pelajaran yang
memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran
melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali.
Bahagian teorinya digabung jalinkan semasa kerja
amali yang kebanyakannya dilakukan di tapak nurseri
dan kawasan pelandskapan. Pengetahuan dan
kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan,
sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi.
Pembelajaran bidang pengurusan dan
keusahawanan perlu digabungjalinkan untuk
membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan
menceburi industri landskap atau menjalankan
perniagaan sendir i.
Kemahi ran
melalui
Latihan
Amali
PENDEKATAN DAN PENEKANAN
4
Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring
dengan apa yang dikehendaki di dalam industri
pelandskapan dan relevan dengan bidang pekerjaan
yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan
lebih menarik apabila murid dapat mengait kan apa
yang dipelajari dengan bidang ker jaya masa depan.
Nilai murni dan sikap posit if serta budaya kerja yang
baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan.
Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha
mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan
produk yang berkualiti dan ingin memberikan
perkhidmat an pelanggan yang baik. Keutamaan juga
diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber
dalam pengendalian dan urusan kerja serta
pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berf ikiran
terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja,
berkeyakinan dalam membuat keputusan,
bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa
mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran.
Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan
dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan
kerja amali.
Daya kreat iviti murid per lu digalakkan dalam kerja
mereka bentuk landskap. Unsur penting kajian masa
depan juga boleh diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk merangsang daya intelek murid
dalam menghasilkan produk yang boleh memberi
sumbangan ke arah hala tuju bidang pelandskapan.
Sebagai contoh, dalam proses mereka bent uk projek
landskap, murid mengkaji jenis produk pelandskapan
yang popular, mencari alternat if , membuat pilihan dan
akhirnya menghasilkan produk yang bersaingan. Di
samping itu murid boleh menjangka dan meramalkan
kesan atau impak produk barunya dalam bidang
landskap dan nurseri.
Selain daripada membuat rujukan buku dan majalah
prof esional, murid digalakkan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mendapat
maklumat terkini mengenai industri landskap dan
nurseri. Rujukan seperti ini boleh membant u murid
menjana idea baru. Kemahiran ICT murid juga
diperkembangkan seperti melayari internet dan
berkomunikasi secara elektronik.
Peraturan dan langkah keselamat an hendaklah
sentiasa dipatuhi dan diamalkan sama ada di kawasan
nurseri atau tapak landskap. Sebarang penggunaan
jentera, mesin dan bahan kimia beracun perlu diselia
oleh guru untuk mengelakkan kemalangan.
Organisasi tempat kerja dan pengurusan kerja yang
mudah boleh dilakukan oleh murid secara bergilir bagi
menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama
dan bertanggungjawab serta mempertingkat kan lagi
tahap disiplin murid.
Nilai Murni
Keselamatan
dan
Pengendali an
Bengkel
Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi
Kemahi ran
yang
Relevan
Kreativiti dan
Kaedah
Kajian Masa
Depan
5
Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang
sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.
Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
disediakan untuk membantu murid menguasai tahap
kemahiran dalam setiap unit pembelajaran.
Pendekat an dalam modul ini lebih kepada kemahiran
praktis di samping maklumat rujukan sebagai
pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi
panduan ker ja, maklumat rujukan dan penilaian.
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Landskap
dan Nurseri untuk tingkatan 4 dan t ingkatan 5 adalah
seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan
Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan
merupakan cadangan untuk membantu guru dalam
penyediaan rancangan pengajaran.
Masa pengajaran Landskap dan Nurseri mata
pelajaran ialah dua belas waktu seminggu yang
mana setiap waktu ialah empat puluh minit.
Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran
Landskap dan Nurseri
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
TINGKATAN 4
(minggu)
TINGKATAN 5
(minggu)
1. Nurseri (35 )
1.1 Pengenalan 2
a. Jenis nurseri
9
b. Struktur dalam nurseri
9
c. Fakt or penting dalam
pembinaan rumah tumbuhan
9
1.2 Tumbuhan l andskap 2
a. Pokok naungan
9
b. Pokok renek
9
c. Tanaman penutup bumi dan
rumput t urf
9
d. Pokok pal ma
9
e. Tanaman hiasan dalaman
9
f. Tanaman semusi m
9
g. Orkid
9
h. Tumbuhan memanjat dan
menjalar
9
i. Pokok kaktus dan t umbuhan
lendair
9
j. Tumbuh-tumbuhan l ain
9
1.3 Pembiakan t umbuhan
a. Pembiakan seks 3
b. Pembiakan aseks 8
1.4
Bekas tanaman dan medium
penanaman
2
a. Bekas tanaman
9
b. Medium
9
1.5
Penanaman dan penyenggaraan
tanaman
8
a. Pr osedur menanam
9
b. Penyenggaraan t anaman
9
1.6 Penubuhan nurseri 10
Pemetaan
Kandungan
Tingkatan 4
dan
Tingkatan 5
Tunj uk Cara
Modul
Pembelajaran
Bilangan
Waktu
Seminggu
PEM ETAAN KANDUNGAN
6
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
TINGKATAN 4
(minggu)
TINGKATAN 5
(minggu)
a. Pembinaan nurseri
9
b. Penyenggaraan nurseri
9
2. Landskap ( 33 )
2.1 Jenis landskap 3
2.2 Pemilihan tumbuhan landskap 2
a. Faktor pemilihan tumbuhan
landskap
9
b. Fungsi tumbuhan dalam
landskap
9
2.3 Proses mereka bentuk landskap
a. I nventori t apak 1
b. Analisis t apak 2
c. Pel an reka bentuk l andskap 8
2.4 Pelaksanaan l andskap
a. Pembinaan landskap lembut 6
b. Pembinaan landskap kejur 6
2.5 Penyenggaraan kawasan
landskap
a. Penyenggaraan kawasan
landskap lembut
3
b. Penyenggaraan kawasan
landskap kejur
2
3. Pengurusan dan Keusahawanan ( 2 )
3.1 Pengurusan di tempat kerja
a. Pengurusan yang bai k
9
b. Etika dan budaya kerja
9
c. Per aturan dan undang-undang
kerja
9
d. Pemelihar aan alam sekitar
dalam industri landskap
9
3.2 Keusahawanan
a. Kemahiran ber komunikasi
9
b. Kemahiran membuat
keputusan
9
c. Rancangan perniagaan
9
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN
TINGKATAN 4
(minggu)
TINGKATAN 5
(minggu)
d. Agensi yang membantu
usahawan
9
e. Pemasar an
9
f. Peluang kerjaya dal am bidang
landskap dan nurseri
9
JUMLAH
( 35 minggu ) ( 35 minggu )
7
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur
iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil
Pembelajaran; dan Cadangan Akt iviti Pembelajaran.
Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit
pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.
Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa
pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan
dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran
dihuraikan dalam bentuk objekt if perlakuan yang boleh
diukur.
Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran
bertujuan membantu guru merancang dan
membekalkan pengalaman pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada
murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan
mereka bentuk akt iviti tambahan yang bersesuaian
dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling
mereka.
Huraian untuk t ingkatan empat dan tingkatan lima
diperincikan seperti berikut:
FORM AT HURAI AN
Tiga l ajur
Bidang, Unit
dan Tajuk
Pembel ajara
Hasil
Pembel ajara
Cadangan
Aktiviti
Pembel ajaran
1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
LANDSKAP DAN NURSERI
TING KA TA N EM PA T
2
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1. Nurseri
1.1 Pengenalan
( Cadangan peruntukan masa
ialah 2 minggu)
a. Jenis nurseri
b. Struktur dalam nurseri
c. Fakt or penting dalam
pembinaan rumah
tumbuhan
x Menyatakan jenis perusahaan
nurseri
x Menyenaraikan struktur dalam
nurseri
x Menyenaraikan f aktor pent ing
dalam pembinaan rumah
tumbuhan
Jenis perusahaan nurseri atau semaian
ialah:
nurseri runcit
nurseri borong
nurseri landskap.
Struktur dalam nurseri ialah:
rumah tumbuhan, pejabat
tempat jualan, stor, potting shed,
tempat pembiakan, tempat
pengerasan.
Fakt or penting dalam pembinaan nurseri
ialah or ientasi, peratus dan bahan
teduhan, bahan binaan, sistem
penyiraman dan susunan tumbuhan-
tumbuhan.
3
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.2 Tumbuhan landskap
( Cadangan peruntukan masa
ialah 2 minggu)
a. Pokok naungan
b. Pokok renek
c. Tanaman penutup bumi dan
rumput turf
d. Pokok palma
e. Tanaman hiasan dalaman
f . Tanaman semusim
g. Orkid
h. Tumbuhan memanjat dan
menjalar
i. Pokok kaktus dan
tumbuhan lendair
j. Tumbuh-tumbuhan lain
x Menyatakan pengelasan tumbuhan
hiasan dan landskap.
x Menyenarai beberapa contoh
tumbuhan landskap.
x Menyatakan ciri beberapa kumpulan
tumbuhan landskap
x Menyatakan f ungsi tumbuhan
landskap
Pengelasan tumbuhan hiasan dan
landskap mengikut kegunaan, bentuk dan
ciri pertumbuhan.
Tumbuhan hiasan dikenalpasti dengan
menggunakan Sistem Tatanama Binomial
yang dinyatakan dalam dua nama iaitu
nama genus dan nama spesies.
Di antara kriter ia pemilihan tumbuhan
landskap ialah:
- mudah ditanam dalam semua jenis
kawasan
- mudah dikenal pasti mengikut jenis
- mudah dipangkas
- banyak pilihan
- sesuai ditanam di batas dan di dalam
bekas
- mudah dijaga
- mudah mendapat bekalan
- mudah dibiakkan dengan banyak.
Membuat buku skrap mengenai tumbuh-
tumbuhan Hiasan dan Landskap.
Lawatan ke tapak nurseri yang
berhampiran.
4
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.3 Pembiakan tumbuhan
a. Pembiakan seks
( Cadangan peruntukan masa
ialah 3 minggu)
i. Pengenalan
ii. Rawatan dan penyimpanan
biji benih
iii. Menguji kebernasan biji
benih
x Menerangkan maksud pembiakan
seks
x Menyatakan kelebihan dan
kekurangan pembiakan seks
x Menyatakan f aktor pemilihan biji
benih
x Mengenal pasti bahan kimia yang
digunakan untuk rawatan dan
penyimpanan biji benih
x Menggunakan bahan kimia
berkenaan untuk tujuan rawatan dan
penyimpanan biji benih
x Melakukan penyimpanan biji benih
x Menyatakan teknik menguji
kebernasan biji benih
x Menguji peratus percambahan biji
benih
Mempamerkan beberapa sampel benih
tumbuhan hiasan dalam bekas yang
berlabel.
Mempamerkan beberapa contoh bahan
kimia untuk rawatan biji benih.
Memberi penekanan t erhadap ciri
keselamatan semasa penggunaan kimia
beracun dan tempat penyimpanan.
Murid melakukan rawatan dan
penyimpanan biji benih.
Tunjuk cara menguji kebernasan biji
benih.
Disyorkan menggunakan biji benih
tanaman semusim.
Tunjuk cara mengira peratus
percambahan.
5
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
iv. Menyemai dan
mencambahkan biji benih
v. Pemindahan anak benih
x Melakukan penyemaian dan
pencambahan biji benih halus dan
besar mengikut prosedur
x Menyediakan media dan bekas
semaian
x Menyatakan tujuan pemindahan
anak benih di lakukan
x Melakukan pemindahan anak benih
Murid melakukan penyemaian dan
mencambahkan biji benih halus secara
individu.
Murid melakukan penjagaan selepas
penyemaian.
Murid melakukan penyemaian dan
mencambahkan biji benih besar.
Murid melakukan pemindahan anak
benih dari bekas semaian ke bekas lain
seperti beg politena / pasu secara
individu.
b. Pembiakan aseks
( Cadangan peruntukan masa
ialah 8 minggu)
x Menerangkan maksud pembiakan
aseks
x Menyatakan kelebihan dan
kekurangan pembiakan aseks
x Menyenaraikan beberapa contoh
tanaman yang sesuai dibiak secara
pembiakan aseks
x Melakukan beberapa kaedah
pembiakan aseks
Lawatan dan pemerhatian ke nurseri.
Murid membuat pembiakan:
- keratan batang
- secara keratan daun
- tut
- cantuman baji dan sandingan
- cantuman mata tunas
- pembahagian organ.
6
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.4 Bekas tanaman dan medium
penanaman
( Cadangan peruntukan masa ialah 2
minggu)
a. Bekas tanaman
b. Medium
x Menyenaraikan f aktor yang perlu
dipertimbangkan semasa memilih
bekas tanaman
x Memilih bekas tanaman mengikut
kegunaan
x Menyenaraikan beberapa jenis
medium penanaman
x Menyatakan f ungsi setiap jenis
medium
x Menyediakan medium penanaman
x Membuat campuran medium
penanaman
Per kara penting yang perlu
dipertimbangkan dalam pemilihan bekas
tanaman ialah bekas:
mempunyai lubang
tahan dan tidak mudah pecah
ringan
mudah dibersihkan
kemas dan menarik
mudah didapati
harga berpatutan.
Mempamerkan beberapa jenis dan saiz
bekas tanaman seperti pasu tanah liat,
pasu plastik dan beg politena.
Fungsi medium penanaman bagi
tumbuhan ialah :
Memberi sokongan kepada akar pokok
Membekalkan unsur nutrien
Membekalkan air dan udara.
Campuran medium pemasuan yang
digunakan ialah John Innes (JIP) seperti
berikut :
7 bahagian isipadu t anah atas
3 bahagian isipadu bahan organik
2 bahagian isipadu pasir.
Bagi setiap 1 meter padu campuran
tambahkan 4.2 kg baja Malameal atau
Gromeal dan 2.7 kg batu kapur
magnesium.
7
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.5 Penanaman dan penyenggaraan
tanaman
( Cadangan peruntukan masa ialah
8 minggu)
a. Prosedur menanam
i. Menanam dalam beg politena
ii. Menanam dalam pasu
iii. Menanam dalam bekas lain
iv. Mengatur dan melabel
x Melakukan penanaman dalam beg
politena
x Melakukan penanaman dalam pasu
x Melakukan penanaman dalam bekas-
bekas lain
x Melakukan pemindahan tanaman
daripada bekas kecil ke dalam bekas
besar
x Menyusun atur tanaman di nurseri
x Melabel tanaman
b. Penyenggaraan tanaman
i. Penyiraman
x Menyatakan cara penyiraman di
nurseri
x Memasang, menguji dan
memastikan sistem pengairan di
nurseri berf ungsi
Beberapa teknik penyiraman di nurseri
seperti cara manual, sistem renjisan air,
melalui per mukaan dan melalui kapilari.
Keperluan air untuk tumbuhan
bergantung kepada suhu, kelembapan,
cahaya, saiz dan spesies tumbuhan
serta saiz bekas dan jenis medium.
Murid melakukan ker ja pengoperasian
sistem pengairan di nurseri.
8
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
ii. Pengawalan cahaya
x Menyatakan bahan dan peralatan
untuk mengawal cahaya di nurseri
Mempamerkan bahan yang digunakan
untuk membuat teduhan seperti pelbagai
jenis Tildenet.
Murid memasang bahan dan peralatan
teduhan di nurseri.
iii. Merumput
x Menyatakan tujuan merumput di
nurseri
x Menyatakan teknik merumput
Tunjuk cara merumput di nurseri.
iv. Pembajaan
x Menyatakan baja yang digunakan
untuk tanaman hiasan
x Menyatakan teknik dan kadar
pembajaan yang sesuai
x Membaja mengikut keperluan
tumbuhan
Jenis baja yang sesuai digunakan di
nurseri :
baja sebatian sepert i nitrophoska
baja larutan pelahan seperti
osmocote dan apex
v. Pemangkasan
x Menyatakan tujuan pemangkasan
tumbuhan dalam bekas
x Mengenalpasti alatan dan teknik
pemangkasan
x Memangkas tumbuhan di nurseri
Tunjuk cara teknik pemangkasan
pelbagai jenis tumbuhan di nurseri.
9
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
vi. Pengawalan perosak dan
penyakit
x Mengenal pasti tanda serangan
perosak dan simptom penyakit
tumbuhan
x Mengawal perosak dan penyakit di
nurseri
Memeriksa tumbuhan di nurseri.
Tunjuk cara membancuh racun dan
membuat semburan.
Mematuhi langkah keselamatan semasa
menggunakan racun kimia.
vii. Pemasuan semula
x Mengenal pasti tumbuhan yang perlu
dibuat pemasuan semula
x Memasu semula tumbuhan mengikut
prosedur
Tunjuk cara pemasuan semula di
nurseri.
viii. Penyimpanan rekod nurseri
x Menyimpan rekod nurseri secara
sistematik
Tunjuk cara menyimpan rekod nurseri.
1.6. Penubuhan nurseri
( Cadangan peruntukan masa ialah
10 minggu)
a. Pembinaan nurseri
i. Pemilihan t apak
x Menyenaraikan f aktor yang perlu
dipertimbangkan semasa pemilihan
tapak nurseri
Fakt or penting dalam pemilihan tapak
untuk nurseri ialah:
keadaan muka bumi
sumber air
lindungan daripada angin kencang
jauh dari pencemaran
kemudahan asas dan lokasi.
10
BIDANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
ii. Susun atur struktur
x Menyatakan struktur asas yang perlu
ada dalam sesebuah nurseri
x Menyatakan ciri dan f ungsi struktur
asas
Struktur atau keperluan asas yang perlu
ada di sesebuah nurseri :
a) Pejabat, setor dan tempat jualan
b) Tempat penyediaan medium dan
pemasuan
c) Rumah pembiakan dan rumah
tumbuhan.
b. Penyenggaraan nurseri
x Menyatakan aktivit i penyelenggaraan
di nurseri
x Menyenaraikan peralatan unt uk kerja
penyenggaraan
x Menyenggara kawasan nurseri
Di antara akt iviti penyenggaraan di
nurseri ialah
a) Merumput, menggembur dan
membaja
b) Pembersihan kawasan.
Murid melakukan ker ja penyenggaraan
di kawasan nurseri.
11
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
LANDSKAP DAN NURSERI
TING KA TA N LIM A
12
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2. Landskap
2.1 Jenis landskap
( Cadangan peruntukan masa
ialah 3 minggu )
x Menyatakan hubungan antara
landskap dan alam sekitar
x Menyatakan beberapa istilah pent ing
dalam landskap
x Menerangkan tujuan pelandskapan
x Menyenaraikan beberapa elemen atau
unsur dalam landskap lembut dan
kejur
x Mengenal pasti landskap lembut dan
landskap kejur
Membuat rujukan beberapa istilah
penting yang sering digunakan dalam
bidang landskap:
landskap
pelandskapan
reka bentuk landskap
pereka bentuk landskap
arkitek landskap
kontraktor landskap.
Lawatan dan pemerhatian ke kawasan
landskap.
Elemen atau unsur dalam reka bentuk
landskap ialah t umbuhan, air dan
struktur binaan.
13
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2.2 Pemilihan tumbuhan landskap
( Cadangan peruntukan masa
ialah 2 minggu )
a. Fakt or pemilihan t umbuhan
landskap
x Menyenaraikan f aktor pemilihan
tumbuhan hiasan landskap
x Memilih tumbuhan untuk
pelandskapan
Fakt or pemilihan t umbuhan dalam
landskap:
rupa bentuk
saiz tumbuhan dewasa
kepadatan daun dan dahan
kadar tumbesaran
warna dan tekstur daun
warna dan bauan bunga.
b. Fungsi t umbuhan dalam
landskap
x Menyatakan f ungsi f izikal tumbuhan
dalam landskap
x Menyatakan f ungsi estetika t umbuhan
dalam landskap
Fungsi f izikal tumbuhan dalam landskap:
mengawal pandangan
menghalang pergerakan
mengawal iklim .
Fungsi estetika tumbuhan dalam
landskap:
melembut kan bent uk
mencant ikkan kawasan
selesa dan harmoni.
14
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2.3 Proses mereka bentuk landskap
a. Inventori tapak
( Cadangan peruntukan masa
ialah 1 minggu )
b. Analisis tapak
( Cadangan peruntukan masa
ialah 2 minggu )
x Menyatakan maksud reka bent uk
landskap
x Mengenal pasti tapak atau kawasan
yang hendak dibina landskap
x Menyenaraikan ciri f izikal dan elemen
yang sedia ada di tapak
x Merekod hasil pemerhatian dan
inventori tapak atau kawasan
x Menilai keadaan persekitaran
kawasan
Proses reka bentuk landskap
merangkumi:
penerimaan projek/tugasan
lawatan tapak
analisis tapak
pelan reka bentuk
lukisan tender/binaan
pelaksanaan
pengawasan
penyenggaraan.
Murid merekod inventori dan elemen
yang sedia ada di tapak dan membuat
laporan hasil dapatan secara kumpulan.
15
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
c. Pelan reka bentuk landskap
( Cadangan peruntukan masa
ialah 8 minggu )
x Menyatakan prinsip yang digunakan
dalam menghasilkan reka bentuk
landskap
x Mengenal pasti alat an melukis pelan
x Melukis simbol graf ik landskap
mengikut saiz dan skala
x Melukis idea awal (konsep)
pelandskapan dalam bentuk
gambarajah bulat
x Melukis pelan induk landskap
x Membuat model berdasarkan pelan
Prinsip dalam mereka bentuk landskap:
ringkas dan mudah dif ahami
keanekaan
keseimbangan
penumpuan
turutan
skala.
Pelan reka bentuk merangkumi:
gambarajah bulat (bubble diagram)
pelan konsep (concept plan)
pelan induk (master plan).
Proses reka bentuk seterusnya seperti
penghasilan lukisan binaan oleh ahli
prof esional seperti arkitek landskap.
Lukisan landskap kejur merangkumi
struktur seperti:
pergola, wakaf , gazebo, arca,
kerusi/bangku taman, batu-batan,
jalan dan tempat letak kereta.
16
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2.4 Pelaksanaan landskap
a. Pembinaan landskap lembut
( Cadangan peruntukan masa
ialah 6 minggu )
x Menyatakan proses penyediaan tapak
penanaman
x Menyediakan lubang dan batas
penanaman
x Menyediakan tanah campuran
x Menanam tumbuhan di tapak
landskap
x Membuat sungkupan dan sokongan
kepada tanaman baru
Murid menyediakan tapak penanaman
seperti:
pembersihan kawasan, menanda
tempat penanaman dan persediaan
lubang penanaman.
Guru membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan.
b. Pembinaan landskap kejur
( Cadangan peruntukan masa
ialah 6 minggu )
x Mengenal pasti alatan dan bahan
pembinaan landskap kejur
x Menghasilkan beberapa lakaran
projek simen f erro
x Menghasilkan projek simen f erro
mengikut lakaran
Tunjuk cara teknik membuat simen f erro.
Murid membuat beberapa lakaran projek.
Murid membina struktur simen f erro
secara kumpulan seperti kerusi, meja,
cendawan, batu, tong sampah dan kolam
mini.
17
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2.5 Penyenggaraan kawasan
landskap
a. Penyenggaraan kawasan
landskap lembut
( Cadangan peruntukan masa
ialah 3 minggu )
i. Penyiraman
x Menyatakan kerja-kerja
penyenggaraan di kawasan landskap
x Mengenal pasti beberapa sistem
pengairan
x Memilih sistem pengairan yang
sesuai dengan tapak landskap
x Mengenal pasti komponen dalam
sistem pengairan
x Menyusun atur sistem pengairan di
tapak landskap
x Memasang dan menguji sistem
pengairan supaya berf ungsi
x Menyiram mengikut kadar dan masa
yang sesuai
Kerja-kerja penyenggaraan tumbuhan di
kawasan landskap merangkumi:
penyiraman, merumput, sungkupan,
pembajaan dan pemangkasan.
Mempamerkan peralatan dan komponen
sistem pengairan seperti sistem
pengairan titis dan sprinkler.
ii. Pembajaan
x Mengenal pasti teknik pembajaan di
kawasan landskap
x Membaja tanaman landskap
Tunjuk cara teknik membaja seperti
tabur terus, poket dan semburan.
18
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
iii. Pemangkasan
x Menerangkan tujuan pemangkasan
tumbuhan landskap
x Mengenal pasti peralatan unt uk
pemangkasan
x Menyatakan jenis pemangkasan
mengikut tujuan
x Memangkas dengan cara teratur
seperti yang dikehendaki dengan
tujuan yang tertentu
x Merawat luka dan dahan yang
tinggal disebabkan oleh
pemangkasan
Di antara jenis pemangkasan :
pemangkasan membentuk
pemangkasan rutin
pemangkasan merawat atau
memperbaiki.
Tunjuk cara beberapa jenis
pemangkasan mengikut tujuan.
Murid memangkas di kawasan landskap
seperti pokok pagaran dan topiari.
iv. Pengawalan perosak dan
penyakit
v. Kerja penyenggaraan lain
x Mengenal pasti tanda serangan
perosak dan simpton penyakit
tumbuhan di kawasan landskap
x Memilih dan menggunakan racun
perosak dan penyakit
x Membersih dan mengemas kawasan
landskap
x Menyulam apabila pokok yang
ditanam mati
Memeriksa tumbuhan yang ada di
kawasan landskap.
Membuat pengawalan penyakit dan
perosak.
Aspek keselamatan hendaklah diberi
penekanan semasa menggunakan kimia
beracun.
Murid membersihkan kawasan landskap
seperti memotong rumput, membuang
sampah dengan menggunakan peralatan
seperti pengaut dan kereta sorong.
19
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
b. Penyenggaraan kawasan landskap
kejur
( Cadangan peruntukan masa
ialah 2 minggu )
x Mengenal pasti kerosakkan pada
struktur landskap
x Membaik pulih kerosakan
Memeriksa kerosakan landskap kejur di
kawasan landskap atau persekitaran
sekolah.
Membaik pulih kerosakan struktur
landskap seperti mengecat semula,
mengganti kerosakan dan melepa.
Aktiviti penyenggaraan lain adalah
amalan berterusan.
3. Pengurusan dan Keusahawanan
( Cadangan peruntukan masa ialah
2 minggu )
3.1 Pengurusan di tempat
kerja
a. Pengurusan yang baik
x Merancang dan menyediakan jadual
kerja
Membuat jadual kerja dan menyiapkan
kerja mengikut jangka masa yang di
tetapkan untuk sesuatu projek.
Contoh : Jadual kerja menghasilkan
tumbuh-tumbuhan hiasan landskap.
x Mengurus perolehan stok
Berbincang dalam kumpulan mengenai
perolehan stok untuk projek yang akan
dilaksanakan seperti bahan dan kuant iti
yang perlu dibeli, pembekal dan
perbelanjaan.
Cara menyimpan stok bagi bahan tahan
lama, bahan mudah rosak dan racun.
20
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN

x Merekod stok
Memperkenalkan buku inventori atau
stok dan cara menyimpan rekod bahan
dan kuant iti yang dibeli.
Latihan merekod stok.
b. Et ika dan budaya kerja
x Menerangkan sebab perlunya
mengamalkan et ika kerja
x Mengamal etika dan budaya kerja
untuk menghasilkan kerja dan
produk yang berkualit i
Sumbangsaran sebab perlunya
mengamalkan et ika kerja.
Et ika kerja ber maksud disiplin dan sikap
terhadap kerja seperti menepat i waktu,
amanah, produktif , akauntabilit i, patuh
pada peraturan dan undang-undang
yang menjadi pegangan semasa
menjalankan kerja.
Budaya kerja ber maksud cara
peradaban yang menjadi amalan semua
pekerja dalam sesebuah organisasi.
Menilai amalan et ika dan budaya kerja
rakan semasa melaksanakan projek
seperti kuat bekerja, bertanggungjawab
dan setia kepada organisasi, komited
dan sedia berubah ke arah posit if .
Menganalisis ciri pekerja berdasarkan
cerita yang ditonton untuk mengenal
pasti ciri seorang pekerja yang ber jaya.
21
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN

c. Peraturan dan undang-undang
kerja
a. Menyenaraikan peraturan yang perlu
dipatuhi semasa melakasanakan
sesuatu kerja atau projek
Mengadakan perbincangan mengenai
peraturan yang perlu dipatuhi semasa
melaksanakan projek landskap dan
nurseri.
x Menyatakan akta dan undang-
undang yang berkaitan dengan
pekerja
Perbincangan mengenai akta dan
undang-undang dalam bidang
pengeluaran tanaman makanan.
Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta
Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan
Akta Keselamatan Sosial Peker ja 1969.
x Menyatakan kesan mengabaikan
peraturan dan undang-undang dalam
mengurus kerja
Mengumpul maklumat dari pelbagai
sumber mengenai kesan pengabaian
peraturan kerja.
Contoh peraturan keselamatan di t empat
kerja yang diabaikan boleh
mengakibatkan kemalangan dan
kerugian.
d. Pemeliharaan alam sekit ar
dalam industri landskap
x Menyatakan akta yang melindungi
alam sekitar
x Menyenaraikan peranan industri
landskap dalam melindungi alam
sekitar
Ceramah atau perbincangan mengenai
akta yang melindungi alam sekitar dan
peranan industri landskap dalam
melindungi alam sekitar.
22
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
x Menyatakan kesan mengabaikan
pemeliharaan alam sekitar
Mengumpulkan maklumat dari akhbar,
majalah atau internet mengenai kesan
mengabaikan pemeliharaan alam sekitar
dan peranan set iap pekerja menjaga alam
sekitar.
3.2 Keusahawanan
a. Kemahiran ber komunikasi
x Menyatakan maksud komunikasi
x Mengamalkan komunikasi yang
jelas, tepat dan bertatasusila semasa
berurusan dengan pelanggan
Komunikasi ialah perhubungan yang
berlaku ant ara dua pihak dalam
menyampaikan maklumat mengenai
sesuatu perkara.
Contoh akt iviti seperti simulasi, main
peranan dan menonton video mengenai
cara berkomunikasi yang berkesan
dalam konteks perniagaan landskap dan
nurseri.
Simulasi cara berkomunikasi yang
berkesan dalam perbincangan dengan
pelanggan mengenai cita rasa pelanggan
dari segi harga dan skim bayaran, kualit i,
estetika, saiz, reka bentuk, warna, trend
terkini, tempoh serahan dan
perkhidmat an selepas jualan.
23
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN

x Menerangkan kepent ingan menjalin
perhubungan dengan orang lain
Perbincangan kepent ingan membentuk
jaringan hubungan (networking) dalam
konteks perniagaan landskap dan
nurseri.
Menjalin perhubungan antara rakan
untuk melaksanakan stu projek
usahasama.
a. Kemahiran membuat
keputusan
x Mempraktikkan langkah membuat
keputusan dalam projek landskap
dan nurseri
Langkah membuat keputusan ialah
mengenal pasti masalah, mencari
alternatif , memilih penyelesaian yang
baik, bertindak dan menilai semula.
Aktiviti sumbangsaran, main peranan
dan perbincangan.
Sumbangsaran kesan daripada
keputusan yang telah dibuat dan
kepentingannya membuat keputusan
yang sesuai.
c. Rancangan perniagaan
x Mengenal pasti tujuan menyediakan
rancangan perniagaan
x Menyediakan rancangan perniagaan
yang mudah
Sumbang saran untuk mengenal pasti
tujuan menyediakan rancangan
perniagaan.
Membuat rancangan perniagaan mudah
berkaitan projek yang akan dilaksanakan.
24
BI DANG PEMBELAJARAN /
UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
d. Agensi yang membant u
usahawan
x Mengenal pasti agensi yang terlibat
dalam membantu usahawan
x Menyatakan f ungsi dan peranan
agensi yang berkait an
Membuat rujukan mengenai agensi yang
berkenaan seperti bank dan jabatan
kerajaan yang ber kaitan.
e. Pemasaran
x Memasarkan produk yang dihasilkan
Memasarkan produk yang dihasilkan
dalam projek. Tumpuan diberi kepada
menggred, membungkus, menetapkan
harga, promosi dan pengurusan jualan.
f. Peluang kerjaya di bidang
landskap dan nurseri
x Mengenal pasti peluang ker jaya di
bidang landskap dan nurseri
Ceramah kerjaya oleh kaunselor sekolah.
Merujuk daf tar kerjaya dalam ‘Piawaian
Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan
Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian
Sumber Manusia Malaysia, 1998.
Murid menyenaraikan ker jaya yang
terdapat di sekeliling t empat t inggal
mereka dalam skop landskap dan nurseri.