BIODATA/PROFIL DIRI

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Universiti-universiti, Maktab-maktab Perguruan dan Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu , PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti : 1. Menseimbangkan antara perkembangan intelktual , sosial , fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. 2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim dikalangan puteri-puteri. 3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri didalam pelbagai bidang gerak kerja ko-kurikulum sekolah , institut , maktab , kolej dan universiti. 4. Meningkatkan disiplin puteri-puterI. 5. Menggalakkkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan. 6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan duahala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut : 1. Melahirkan satu masyarakat muda yang i. ii. iii. iv. Taat kepada Allah , raja dan Negara Berilmu. Beraklak mulia Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan islam supaya kelak hidup meraka berasakan jalan yang diterima allah SWT dan dapat berbakti untuk agama , nusa dan bangsa. 3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan diterima masyarakat. 4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

LOGO

PENGERTIAN LOGO Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan ³PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :- ³PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri - ³PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin PENGERTIAN WARNA Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama - Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

BENDERA

BENDERA PPIM Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan o Setiap upacara rasmi o Tatacara Perjumpaan

MOTO/COGAN KATA

Berilmu BERIMAn beramal

LAGU PUTERI

Puteri lembaga islam riang gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk Agama dan Negara Dunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan Berbakti membuat kebajikan Belajar mencapai kemajuan

Bersemangat penuh keimanan

Puteri lembaga islam riang gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan Negara Dunia akhirat mendapat bahagia

IKRAR PUTERI ISLAM Bahawa kami ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia berikar akan : Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri menunai kewajipan sebagai Muslimah Mukminah, dan Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

SULUH KATA PPIM P ± Patuh kepada ibu bapa U ± Ugama/ agama berteraskan Al-quran dan Al-hadith T ± Taat kepada Allah dan Rasul E ± Erat ukhuwwah Islamiah R ± Rela berbakti kerana Allah I ± Iman dipupuk, Ilmu dituntut I ± Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali S ± Solat ditunai setiap waktu L ± Larangan Allah dijauhi A ± Akhlak mulia pengukuh keimanan M ± Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

UNIFORM PPIM

BAJU PEMIMPIN

BAJU KAWAD

BAJU PUTERI

BAJU RIADAH

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful