Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pengenalan
Satu perkara yang boleh dibanggakan tentang Malaysia ialah kepelbagaian rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama dan budaya. Citra penduduk Malaysia ini terbentuk kesan daripada penjajahan British suatu ketika dahulu. Setelah tamatnya penjajahan British di Tanah Melayu, Bangsa Melayu telah bertolak-ansur dengan membenarkan bangsa Cina dan India yang ketika itu dibawa masuk oleh pihak British atas urusan ekonomi dan kerahan tenaga kerja untuk terus tinggal di Tanah Melayu dan diiktiraf kerakyatannya. Inilah yang disebut-sebut sebagai kontrak sosial. Kontrak sosial merujuk kepada perjanjian antara kaum Melayu dan kaum Cina dan India untuk membentuk satu Negara yang berbilang kaum.

Terdapat empat elemen penting dalam kontrak sosial yang kemudiannya termaktub kemas di dalam perlembagaan Malaysia. Pertama, kedudukan Raja-raja Melayu. Kedua, agama Islam sebagai agama persekutuan,. Ketiga, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Keempat dan yang terakhir ialah hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Keempatempat elemen ini berfungsi untuk memelihara kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan ini telah diterima dan dipersetujui oleh bangsa-bangsa lain yang terlibat dalam kontrak sosial itu.

Empat elemen ini kemudiannya telah dijelmakan dalam bentuk dasar-dasar Negara iaitu Dasar Bahasa Kebangsaan (DBK), Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan Dasar Kebudayan Kebangsaan (DKK).Malangnya, kebelakangan ini, ketiga-tiga dasar ini telah dipersoal oleh kaum-kaum lain atas alasan ketidak-relevannya pada masa kini. Pertukaran bahasa Melayu
1

kepada bahasa Malaysia, cubaan penghapusan DEB, isu biasiswa dan pelbagai lagi telah mewarnai realiti semasa rakyat Malaysia. Tindakan-tindakan ini telah mencabar ketuanan Melayu Islam yang merupakan penduduk asal Negara ini. Bibit-bibit perpecahan kaum mula kelihatan. Demi menjamin perpaduan Negara ini terus utuh, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) harus diperkasakan perlaksanaannya. DKK telah diputuskan pada tahun 1971 dalam satu Kongres Kebudayaan Kebangsaan.

Latarbelakang
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus

dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini bangsa dan

harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan ketahanannegara.

2

Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah membangun dan yang mempunyai negara penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: (i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat merangkumi Kampuchea kawasan Asal Rantau ini Rantau ini yang dan Malaysia. pengenalan. Brunei. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan. sebagai satu proses yang berterusan. Indonesia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk. Thailand serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia. Dengan yang demikian. telah melahirkan proses interaksi. Filipina. Singapura. pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan 3 Bahasa Melayu sebagai bahasa . penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Rantau ini merupakan pusat pemancaran. mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

India Arab. (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. Dengan yang demikian.perhubungan antarabangsa (linguafranca). kekayaan alam. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam 4 . Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina. penyesuaian secara berterusan. Kebudayaan bahasa yang serantau ini digambarkan oleh bahasa Melayu - persamaan-persamaan di bidang berasaskan keluarga Austronesia. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup. pengalaman sejarah. kedudukan geografi. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik. Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan pembentukan Kebudayaan dalam Kebangsaan. sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. kesenian dan nilainilai keperibadiannya. lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.

5 . Dengan yang penting untuk mewujudkan sebuah negara yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan. Objektif Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah stabil dan bersatupadu. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (i) Pemulihan. kebangsaan. (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya. (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran dan nasionalisme Malaysia. Mereka termasuklah Kementerian- kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat. badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. pendidikan. dan (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Kerajaan-kerajaan Negeri. penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. pembangunan.Peranan Kementerian 6 . pengembangan dan perhubungan budaya. (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat. pemeliharaan dan pembangunankebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan. kenegaraan Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masingmasing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. pembangunan dan penggalakan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan. 7 . Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Peranan Kementerian/Jabatan. Majlis Kebudayaan Negeri. persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa. pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

Misalnya. Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas percuma selama 6 tahun yang melibatkan sekolah-sekolah. guru-guru dan buku-buku dalam bahasa Tionghua dan Tamil. melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain. meskipun masih lagi baru usianya (iaitu sejak penerimaan prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun dilaksanakan. Di peringkat menengah pula. Di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan telah lama menubuhkan jabatan-jabatan 8 . proses penyerapan dan penerimaannya menambil masa yang lama. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini.Pencapaian dan Masalah dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan kebelakangan ini. Walau bagaimanapun. Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan guru bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Perlu diingat bahawa di dalam pembentukan dan pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan. Sebenarnya persoalan ini tidak harus ditimbulkan. Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga sejak didapati di dalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi. ada kalangan yang mempersoalkan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses penwujudan Kebudayaan Kebangsaan itu.

langsung oleh semua adalah penting bagi kejayaan 9 . penamaan dan perancangan taman-taman perumahan. perbandaran. Deepavali. Kejayaan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini adalah bergantung kepada peruntukan kewangan. Sokongan secara langsung atau tidak program dan aktiviti-aktiviti dasar ini. Tidak ketinggalan juga Tahun Baru Cina. seni bina yang tidak sepenuhnya mencerminkan identiti Malaysia. Namun demikian ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan kekesanan pelaksanaan dasar ini adalah sukar dibuat memandangkan bahawa pembentukan sesuatu budaya negara bukanlah dapat diusahakan dalam satu atau pencapaian dan masalah yang wujud dua dekad. kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendali dan melaksanakan dasar ini. kemasukan unsur-unsur seni dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya asal rantau ini.pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia. hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am. Antara kelemahan-kelemahan berpunca daripada kebelakangan ini adalah perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. Perkara ini jelas kelihatan di dalam pencemaran bahasa yang tidak terkawal.

Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.) Sekalipun dalam tahun 1960 Perdana Menteri. konsep yang lebih jelas dan usaha yang lebih tersusun belum lagi kelihatan. Tetapi seperti yang diungkapkan oleh Drs. pada zaman itu. Ikhtisar Sejarah Pergerakan dan Kesusasteraan Melayu Moden.Permasalahan Dan Isu-Isu Kebudayaan Kebangsaan Perbincangan mengenai isu kebudayaan kebangsaan kini telah mencapai usia hampir setengah abad. pernah menyatakan di Dewan Rakyat tentang betapa tepatnya kebudayaan Melayu dijadikan teras kebudayaan kebangsaan. Ketika kongres diadakan pemuka dan peserta kongres adalah rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu. Negeri Sembilan. ³selepas kongres itu tidak pernah ada khabar ceritanya´. dan beberapa bulan sebelum kongres diadakan para pemimpin pertubuhan-pertubuhan Melayu dari negeri Melaka. Tanah Melayu waktu itu baru saja merdeka. Kedah dan Singapura telah pun bermuafakat untuk ³menyiasat´ soal kebudayaan Melayu dan ³mencari teras kebudayaan Kebangsaan´. hal. Kali pertama isu kebudayaan kebangsaan dibahaskan ialah pada Kongres Kebudayaan Melayu pertama. Dalam kongres itu telah dibuat beberapa rumusan yang pada dasarnya memutuskan bahawa teras kebudayaan kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu seharusnyalah kebudayaan Melayu. seingat saya. Hanyalah setelah meledaknya peristiwa 13 Mei 1969 baru persoalan kebudayaan kebangsaan dibahaskan semula dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 10 .Li Chuan Siu. Li Chuan Siu. (1967). 251-252. masyarakat bukan Melayu tidak berminat membicarakan isu-isu pembinaan nasional yang baru dilahirkan. pada 30 Disember 1957 hingga 2 Januari 1958. Tunku Abdul Rahman. (Lihat Drs. Selangor. hal ini dapat difahami jika kita mengingat bahawa pada ketika itu semangat kebangsaan Melayu berada pada zaman pasangnya. yang diadakan di Melaka. Lagi pula.

seterusnya. Menteri Kebudayaan Sukan dan Belia waktu itu. Datuk Mokhtar Hashim. Respons parti-parti politik Cina amatlah jelas. wacana demi wacana telah dijadikan forum untuk membahaskan persoalan kebudayaan kebangsaan. Yang paling lantang menyuarakan bangkangan terhadap usaha menjadikan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan ialah MCA. juga menyatakan: A policy as important as the µNational Culture¶ needs to be deliberately formulated only after due democratic consultations with all the ethnic communities that make up Malaysia« 11 . namun isu ini masih elusif dan setiap perbincangan mengenainya mendatangkan dampak politik yang negatif dari segi hubungan ras.yang diadakan di Universiti Malaya pada 16 ± 20 Ogos 1971. Parti itu menuntut agar sebarang garis panduan rasmi yang diambil kerajaan bagi pembangunan kebudayaan ³hendaklah berupa hasil rundingan dan perbincangan umum di kalangan pelbagai kaum. Kini tempoh sekitar tiga puluh lima tahun telah berlalu sejak dasar itu dihebahkan. selepas itu. khasnya hubungan Melayu-Cina. Sepuluh tahun selepas dasar itu diumumkan. Parti Gerakan Malaysia yang juga mendukung multiculturalism sebagai cirri kebudayaan Malaysia juga menyanggah upaya menjadikan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan kebangsaan. Selain itu. Seminar demi seminar. menyatakan bahawa usaha dan langkahlangkah pelaksanaannya akan ditinjau kembali bagi mendapatkan feedback dari semua pihak. Kua Kia Soong.´3 MCA juga menegaskan agar multiculturalism dan interculturalism diberi keutamaan. seorang aktivis yang mempunyai kaitan akrab dengan pergerakan Dong Jiao Zhong yang gigih memperjuangkan bentuk masyarakat Malaysia yang bersendikan multilingualism dan multiculturalism. terguballah Dasar Kebudayaan Negara.

tidak mungkin kemerdekaan dapat diserahkan.Pada umumnya orang Cina menganggap pelaksanaan tiga prinsip asas bagi pembentukan Kebudayaan Kebangsaan lebih mencerminkan ³Malay-centrism´ atau nasionalisme Melayu. yang membawa semangat berbilang kaum. Pendirian yang sama juga diambil oleh Tunku Abdul Rahman sebagai pengganti Dato¶ Onn untuk memimpin UMNO. Dan sememangnya menjadi syarat Inggeris kepada pemimpin politik orang Melayu bahawa tanpa wujudnya kerjasama antara kaum (yang bererti bahawa jika orang Melayu tidak mahu menerima hak-hak politik orang bukan Melayu). Memang sejak dasawarsa terakhir sebelum Jepun menduduki negara ini persaingan dan rasa cemburu antara orang Cina dan Melayu telah pun muncul dan ini berlanjutan sampai tempoh selepas tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pergaduhan Melayu-Cina di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Tahun-tahun lima puluhan pula telah menajamkan lagi persaingan ini. jika dilihat dari sudut sejarah. jelas merupakan pandangan dasar komuniti Cina amnya di negara ini yang secara konsisten menafikan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa peribumi yang hakiki di negara ini. Apabila gagal memujuk orang Melayu. Kelemahan dari segi penghayatan suatu sejarah yang dapat dikongsi bersama pada period itu walau bagaimanapun telah menimbulkan usaha sama yang pragmatis untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. pada tahun yang sama Dato¶ Onn. tetapi tetap hendak menjadikan ³orang Melayu sebagai teras kepada pohon kayu negara Malaya dan bukan kulitnya´. telah mendirikan Independence of Malaya Party. Pandangan ini. Faktor ini jugalah yang mendorong Dato¶ Onn bin Jaafar dalam tahun 1951 untuk mengajak orang Melayu supaya membenarkan penduduk bukan Melayu menganggotai UMNO. yang seolah-olah yakin dengan prinsip menjadikan Malaya negara yang mengamalkan politik berbilang kaum. iaitu menjalin kerjasama 12 .

Kendatipun demikian. yang kemudiannya menjadi pertandingan (contestation) antara Melayu dengan Cina dalam berbagai bidang. Tulisan-tulisan mengenai rusuhan kaum 13 Mei 1969 amat kurang memberikan perhatian kepada faktor bahasa dan budaya sebagai salah satu punca pencetusnya. Tetapi sayangnya dalam ketaksuban untuk mendaulatkan kedudukan bahasa kebangsaan itu orang Melayu lupa tentang peri pentingnya mengimbangi hasrat luhur mereka 13 . kedudukan raja-raja dan kerakyatan sebagai tabu untuk diungkit oleh manamana pihak. apabila kerajaan memutuskan untuk menjadikan isu bahasa kebangsaan. kelihatan sedikit perubahan dari segi pelaksanaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sebelum itu tidak didukung atau disokong oleh semua kaum di negara ini. dan menghapuskan rang undang-undang pendaftaran perniagaan yang mewajibkan sebarang perniagaan didaftarkan. melobi agar undang-undang imigresen (pelarangan) 1952 dikendurkan untuk membolehkan orang asing masuk ke Tanah Melayu dengan lebih mudah. terutamanya. sekalipun ia tidak sedikit menyumbang kepada rasa tidak puas hati masyarakat Melayu dewasa itu selain faktor-faktor ekonomi dan politik. Semua ini menunjukkan betapa sulitnya orang Melayu mempercayai orang Cina pada zaman itu. Tetapi setelah bergerak di dalam IMP ternyata Dato¶ Onn kecewa terhadap usaha-usaha orang Cina untuk memperalatkan kedudukannya sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri di dalam Majlis Perundangan Persekutuan bagi mendapatkan hak-hak kerakyatan yang lebih longgar.dengan MCA untuk menubuhkan gabungan UMNO-MCA bagi menghadapi pilihanraya majlis perbandaran Kuala Lumpur dalam bulan Februari 1952 sekalipun Tunku menekankan bahawa Persekutuan Tanah Melayu adalah negeri orang Melayu. bahasa dan kebudayaan dan ekonomi. politik. sejarah semasa Malaysia menampakkan persaingan. dari segi upaya pembinaan nasion. Sesungguhnya.

bahasa kebangsaan yang baru kira-kira dua dasawarsa sahaja diberi nyawa yang segar. menemui penggunaan bahasa Melayu yang jelek yang tidak mencerminkan kemampuan penggunanya 14 . Memang orang bukan Melayu secara umumnya menyokong penggunaan bahasa Melayu tetapi hanya sebagai bahasa pasar dan bukan bahasa intelektual atau bahasa utama yang dapat mengungkapkan idea yang bernas dan komunikasi yang berkesan. Mahathir bin Mohamad pada saat-saat penghujung Dasar Ekonomi Baru apabila secara melulu bahasa Inggeris diangkat martabatnya dan dibiarkan menggeser. Kononnya nak membolehkan anaknya terbiasa dengan bahasa Inggeris. Padahnya ialah penghormatan terhadap bahasa Melayu pun menurun. orang-orang politik (termasuk yang dari parti pemerintah). Kealpaan ini walau bagaimanapun telah dikejutkan oleh Tun Dr. sesiapa yang biasa membimbing pelajar dalam penulisan latihan ilmiah atau tesis ataupun seseorang pensyarah yang menjadi pemeriksa luar untuk sesebuah tesis atau menjadi pembaca luar untuk sebuah karya yang hendak diterbitkan akan. Golongan elit Melayu sendiri yang seperti burung bayan pun hilang pedoman. pada keseluruhannya. Di universiti.dengan aspek pragmatis dalam menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan jangka panjang. ada juga ibu bapa Melayu dari kalangan kelas menengah yang cuba bertutur sepatah-sepatah dalam bahasa Inggeris kepada anaknya yang masih berusia satu atau dua tahun. Pada masa sekarang inipun. golongan korporat dan juga orang akademik merasa janggal untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Penampilan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak begitu dihiraukan lagi bukan sahaja oleh sebilangan besar rakyat bukan Melayu tetapi juga oleh elit Melayu sendiri. bahkan meminggirkan. Mesyuarat-mesyuarat yang dikendalikan oleh golongan birokrat kerajaan.

Seperti yang dirumuskan oleh Lim Kit Siang. pendidikan bahasa ibunda. Di pihak orang Melayu pula mereka pun sedar bahawa tanpa bahasa Inggeris tidak mungkin mereka dapat memacu kemajuan. Bahkan. Ciri-ciri multilingualism ini pada akhirnya akan membentuk kebudayaan yang bersifat multiculturalism. Sebagai alternatifnya. Kini wajar ditanyakan: apakah kebudayaan kebangsaan itu relevan dalam sebuah masyarakat berbilang kaum? Berdasarkan pandangan-pandangan orang bukan-Melayu (khasnya Cina) di Malaysia yang dapat diikuti. Benar atau tidak. Dan penguasaan bahasa Mandarin juga dianggap dapat membantu seseorang di bidang pekerjaan. mereka jelas menolak tiga prinsip asas pembentukan kebudayaan kebangsaan. ada anggapan bahawa mutu pendidikan di sekolah Cina lebih baik daripada sekolah kebangsaan. Mengapakah kualiti bahasa Melayu dewasa ini penting dibicarakan? Tidak lain kerana bahasa Melayu itulah yang boleh menjadi bahasa pengungkapan kebudayaan kebangsaan seandainya rakyat Malaysia masih merasakan kebudayaan kebangsaan itu perlu. ekonomi dan pendidikan dan pengiktirafan dan penghormatan terhadap bahasa.menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. hak kewarganegaraan mereka dari segi politik. ³ politik orang Cina zaman pasca-merdeka Malaysia adalah terutamanya politik identiti kebangsaan dalam proses pembinaan nasion Malaysia. Hal-hal yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia kini terutama kedudukan bahasa kebangsaan yang tidak bermaya tentunya 15 . Istilah ini dianggap akan merangkul jaminan kedudukan kebudayaan dan bahasa serta pendidikan Cina yang integral di dalam µidentiti kebangsaan Malaysia¶. mereka secara halus menyokong pemakaian bahasa Inggeris dan menggalakkan pembelajaran bahasa Mandarin . keperluan mengatasi masalah tertentu juga mendorong setengah-setengah orang Melayu untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Cina. kebudayaan dan agama mereka´.

Dalam konteks globalisasi satu aspek kebudayaan yang menonjol ialah tersebarnya budaya popular yang sebenarnya merupakan ciptaan yang dihasilkan sebagai cultural objects yang ditujukan untuk pasaran. maka budaya popular kini menjadi ancaman kepada budaya yang menjadi warisan rakyat. Taiwan dan Filipina. saingan yang diberikan oleh budaya popular. Oleh yang demikian wajar dipertanyakan: sejauh manakah upaya melestarikan sebuah kebudayaan kebangsaan itu dapat bertahan? Apakah tidak 16 . sesuatu yang tidak diundang dan tidak difahami muslihat yang terkandung di dalamnya sudah menjadi kenyataan. Kini globalisasi. yang mudah menarik minat rakyat jelata tentunya sangat mencabar bagi kebudayaan warisan Malaysia dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. dalam bentuk filem-filem Hollywood atau filem-filem asing bersiri seperti soap opera dari Korea.membuat kita berfikir apakah tidak mungkin suatu masa yang terdekat nanti akan lahir sebuah kebudayaan Malaysia yang lebih bersifat multicultural? Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan lebih daripada tiga puluh tahun dahulu tidak pernah menyangka fenomena dunia yang bernama globalisasi akan mencirikan millennium ini. Bagi Malaysia amat jelas perbincangan mengenai kebudayaan kebangsaan menjadi sukar apabila kita menghadapi realiti yang wujud. menampilkan sifatnya sebagai sebuah industri dan industri bersifat teknologi yang memproduksi hiburan yang bersifat komersial untuk khalayak ramai. Dalam konteks kebudayaan kebangsaan tentulah globalisasi amat memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan kebudayaan kebangsaan yang menekankan identiti kebangsaan sesuatu nasion. Kebudayaan popular atau popular culture yang disebarkan melalui media elektronik khasnya televisyen. Jepun. Apabila misalnya sesebuah saluran tv cuba menyalurkan acara-acara kebudayaan yang dianggap warisan kepada masyarakat negara ini. Sesuai dengan ciri-ciri globalisasi itu sendiri sebagai manifestasi daripada kapitalisme dan imperialisme baru.

Laungan agar Nederland kembali kepada identity kebangsaan Belanda yang menghendaki agar kebudayaan kebangsaannya diteguhkan demi mewujudkan kohesi sosial semakin mendapat dukungan orang Belanda dari pelbagai lapisan sejak tahun-tahun 1990an. Kesenian dan Warisan pada masa ini untuk memulihara dan melestarikan warisan dan kesenian anak negeri adalah suatu cara menuju ke arah penciptaan identiti budaya negara. Tetapi kebudayaan kebangsaan harus 17 . Polarisasi kaum juga sangat jelas terungkap melalui internet. Tetapi yang nyata ialah setelah hampir lima puluh tahun negara ini merdeka dari penjajahan.mungkin nilai-nilai baru yang bersumber dari luar itu akan membentuk satu kebudayaan baru yang global sifatnya? Tetapi kita mungkin juga boleh bertanya: apakah akan jadi kepada masyarakat kita seandainya multiculturalism dijadikan wadah pembentukan idetiti kebangsaan kita? Dilemma yang dialami oleh banyak negara apabila berlaku pertembungan antara budaya menunjukkan sekarang ini di setengah-setengah negara Eropah multiculturalism bukan lagi dilihat sebagai pilihan yang bijak. sekalipun para pelajar digalakkan tinggal di asrama yang berbilang kaum tetapi dalam pergaulan mereka sehari-hari kecenderungan untuk bergaul dengan kaum masing-masing sangat ketara. Di kampus-kampus universiti. Kerajaan dan masyarakat Belanda misalnya tidak segan silu lagi menolak multiculturalism apabila mereka dihadapi dengan kenyataan bahawa mereka harus berkongsi Negara dan dengan masyarakat Turki dan Arab yang beragama Islam yang mempunyai sistem nilai yang berbeda. Sekarang ini pemimpin-pemimpin negara sering melaungkan Malaysia sebagai negara pelbagai budaya yang aman. kita masih mengamalkan sekolah-sekolah yang berasaskan pemisahan kaum. bangsa-bangsa yang berada di Malaysia yang kononnya membentuk satu nasion masih sukar untuk bersatu. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan. Sebagai sebuah nasion.

Berkaitan dengan isu ini juga ialah soal kemerosotan kualiti pendidikan di semua peringkat. iaitu berlandaskan kebudayaan Melayu tidak mungkin dapat direalisasaikan jika peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berwibawa tidak dapat diperkasakan. ekonomi dan prasangka antara ras tidak diambil kira dan diberikan perhatian. Permasalahan kebudayaan kebangsaan juga tidak akan terselesai jika faktor-faktor politik. Apa yang cuba diketengahkan dalam kertas ini ialah argumen bahawa kebudayaan kebangsaan seperti yang dihasratkan. 18 . khasnya dari kalangan elitnya. Sikap menanam tebu di bibir oleh golongan elit Melayu dan bukan Melayu terhadap dasar bahasa kebangsaan tidak akan memungkinkan sebuah identiti kebangsaan dilahirkan. Persoalan membentuk kebudayaan kebangsaan juga memerlukan penyertaan dan sumbangan dari masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Tetapi pemerkasaan kedudukan bahasa Melayu tidak bererti bahasa Inggeris tidak dipentingkan langsung.menjangkau lebih daripada mempamerkan budaya warisan dan seni material. Dalam upaya menyelesaikan masalah ini barangkali wajar difikirkan dengan serius sama ada perlu atau tidaknya sistem dan dasar pendidikan kebangsaan disemak semula.

Bahaya dari Pemikir Melayu Liberal Yang lebih membahayakan kita adalah keliberalan berfikir yang menerima demokrasi itu sebagai kebebasan tanpa sempadan. Musnahkan µkontrak sosial¶ ini. Bahasa Melayu adalah satu daripada tiga unsur yang dijadikan asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Nampaknya memang tiada apa salahnya kita berkata ³menerima sastera dalam bahasa lain sebagai sebahagian 19 . musnahlah Perlembagaan. a. bahasa. hatta mengingkari µkontrak sosial¶ yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan yang kita jadikan kerangka membina Malaysia. dan bangsa yang dicabar. Isu ini lebih besar daripada sekadar agama. b. Apalah ada pada bahasa? Banyak. Dan bahasa itu adalah paling menentukan keperibadian bangsa. sudah ada pula Melayu yang mula termakan dengan tunutan-tuntutan ini. isu Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini bukan hanya sekadar dapatkah bahasa Melayu. masyarakat Melayu mesti sepakat dan menerima hakikat yang kita perlu bergerak dan meneruskan kelangsungan Melayu dalam satu sistem yang adaptif supaya dapat berinteraksi dengan persekitarannya bagi mempastikan survival kita. mudah sangat percaya pada apa yang ada daya tarikan intelektual. Tuntutan Bukan Melayu Dengan tentangan dan tuntutan yang tidak putus-putus daripada kaum-kaum lain sebagai warga Malaysia. Apa yang jelas adalah. Atas asas berfikir secara intelektual sejagat. dan musnahlah Malaysia. dan kebudayaan Melayu Islam menjadi asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Isu-isu bahasa dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Oleh sebab fitrah manusia begitu.

maka pengambilan bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius. Kita tidak lagi akan menjadi orang Melayu Malaysia.daripada Sastera Malaysia. norma-norma. Berdasarkan hipotesis Malik Bennabi pula. gejala anak-anak yang ³menjawab´ ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. maka himpunan memori bangsa itu tidak dapat dikomunikasi kepada generasi kemudian. yang membentuk jati diri kita sebagai satu bangsa. nilai-nilai. Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain sebagai bahasa pengucapan kita. adalah wahana bagi membina µhimpunan memori¶ kita sebagai orang Melayu Malaysia. apa yang kita ungkapkan sebagai ³main-main´ pun akan menjadi sumber kebenaran dan kekuatan bagi yang mencari alasan lagi bagi membuat tuntutan bagi memusnahkan µkontrak sosial¶ bersama. Tidak dengan acuan Melayu lagi. Himpunan Memori Bangsa Bahasa Melayu yang kita gunakan sama ada sebagai bahasa harian mahupun sebagai bahasa pendidikan. Sebagai contoh. maka berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf.´ Apabila diwarwarkan pula melalui media awam. proses-proses. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan harian mereka di rumah. mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris. 20 . Oleh kerana bahasa Melayu sudah menyerap idea-idea induk Islam. namanama. anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung dalam bahasa Inggeris. c. Bahasa asing itu tidak dapat menyalurkan sepenuhnya memori bangsa itu. bukan idea-idea induk yang terkandung dalam bahasa Melayu lagi. Himpunan memori itu adalah seluruh konsep-konsep. pengalaman-pengalaman. dan oleh kerana bahasa Inggeris belum menyerap idea-idea induk Islam. dan akhirnya identiti kita juga akan berubah.

kita dituduh mendeskriminasi puak lain. Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagai asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan. kita dilabel sebagai Malay-centered. kita dicap sebagai Malay chauvinist. Tempatnya akan diganti oleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood. Pentingnya Membina Sistem Pemanglian dari Masa ke Masa Apabila membuat tuntutan hak asasi bagi orang Melayu. Membenarkan bahasa lain diterima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan akan memusnahkan himpunan memori kita. Siti Zubaidah juga tidak ada kesempatan memasuki benak mereka. sebagai yang sudah dipersetujui dalam kontrak sosial antara kaum. nilai-nilai yang terkandung dalam cerita kanak-kanak Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang. Sudah sampai masanya kita tidak emosi dengan label-label ini. Goldilock dan lain-lain. Snow White. Pinochio. Rapunzel. Cinderella. d. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur And The Knights Of The Round Table. Malim Kundang. di buminya sendiri. kita dipanggil kaum yang tidak peka pada kepentingan kaum lain. Malah kita dituduh menjadi samseng. Sudah sampai masanya kita tidak gentar 21 . Oleh kerana itu. Sebaliknya penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsepkonsep itu ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Batu Belah Batu Bertangkup.Konsep-konsep seperti ³derhaka´ dan ³syurga itu di bawah tapak kaki ibu´ hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk dalam Islam. memusnahkan jati diri kita yang dipertahankan dalam Perlembagaan. seperti Bahasa Melayu.

Bina selalu sistem penangkisan yang diperlukan. Agar cendekiawan Melayu tidak mudah termakan dengan alasan liberal yang digunakan oleh kaum lain bagi mengatakan hak asasi mereka tercabar. 22 . Sudah tiba masanya kita membuat strategi bagi melaksanakan apa yang kita selidik dan fikirkan.dengan taktik menakut-nakutkan ini. Oleh sebab itu kita perlu mengingatkan semula orang Melayu tentang siapa dirinya. Di samping itu kita mengajar generasi baru akan hak asasi mereka. dan apa haknya. dan perjuangan menegakkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. dan mendapatinya betul. Inilah yang dikatakan pemanglian semula.

Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. 23 . Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.Penutup Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.

S. http://www. A. Dewan Budaya. Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. NOORDEEN. Disember 2006. Noor Azam. A. Disember 2006. Budaya Melayu dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perspektif 1969-1979 Edisi Kedua. Dasar Kebudayaan Kebangsaan : Terabai dan Tersadai. Aziz Deraman. Mohamad Daud Mohamad. 4.scribd. Yusof Ismail. 2006 2.Rujukan 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dewan Budaya. 3.com/doc/Dasar-kebudayaan-kebangsaan 24 . 2009 5.

LAMPIRAN 25 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful