KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR

)

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan

berketrampilan, berkeupayaan

berakhlak mencapai

mulia,

bertanggungjawab, diri serta

kesejahteraan

memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

ii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

iii

7. 2. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Teliti maklumat yang diterima. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. 5. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. iv . Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. 6. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. 4. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 1. 3.

4 2.3 2.1 1.6 2.3 1.KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Objektif Agihan Tajuk i i iii viii ix x Tajuk Pembelajaran TAJUK 1 1.5 2.2 1.6 1.5 1.7 KESANTUNAN BERBAHASA 5 5 5 6 6 7 7 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan v .1 2.2 2.4 1.7 FUNGSI BAHASA Melayu 1 1 1 2 3 4 4 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 2 2.

6 LARAS BAHASA 13 13 13 14 16 16 17 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 5 5.1 3.2 3.6 3.2 4.TAJUK 3 3.4 3.1 4.6 5.5 4.1 5.5 5.4 5.4 4.2 5.3 4.3 5.5 3.7 KOMUNIKASI KHALAYAK 18 18 18 19 20 21 21 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan vi .3 3.7 WACANA 8 8 8 9 11 11 12 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 4 4.4 4.

5 6.1 7.2 7.1 6.2 6.4 6.5 7.6 6.TAJUK 6 6.3 6.4 7.7 TERJEMAHAN 26 26 26 27 28 28 29 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan Bibliografi Lampiran A Panel Penulis Modul 35 30 34 35 vii .3 7.6 7.6 KOMUNIKASI BERTULIS 22 22 22 23 24 24 25 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 7 7.

dan sesuai mengikut konteks. viii . Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Modul ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberikan penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang berkesan. Sekolah. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini. bersopan. Tajuk 4 – Laras Bahasa. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan pelajarpelajar menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Tajuk 6 – Komunikasi Bertulis dan Tajuk 7 – Terjemahan.PENGENALAN Bahasa Melayu Komunikasi merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Program Kursus Sekolah Rendah. Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengandungi tujuh tajuk iaitu Tajuk 1 – Fungsi Bahasa Melayu. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh pensyarah. pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari. Tajuk 2 – Kesantunan Berbahasa. Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui aktiviti dan latihan yang disediakan dalam modul ini. Tajuk 3 – Wacana. Tajuk 5 – Komunikasi Khalayak. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk.

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu secara lisan dan tulisan dengan berkesan. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu baku dalam pelbagai konteks.OBJEKTIF Modul Bahasa Melayu Komunikasi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) membolehkan pelajar dapat: i. iv. iii. v. berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai budaya masyarakat Malaysia. menjalin keakraban dalam kalangan mereka untuk meningkatkan semangat kekitaan. dan vi. mengaplikasikan semua aspek kemahiran lisan dan bertulis dengan cekap dan sesuai dalam pelbagai situasi. ii. ix .

4. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.1. Aturan sapaan 2.4. Bahasa tubuh 2.5.1.3. Mimik muka 2 2 2 x .4. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi 1 2 2 Kesantunan Berbahasa 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 1.2.1.2. Bil. Gerakan mata 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 1.2.3.2.6.2.2.2.1.Maklumat Agihan Topik-topik dalam Sukatan Pelajaran Nama Kursus: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Protokol panggilan hormat 2.3. Kata ganti diri dan sapaan masyarakat 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 1. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan 1.1. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu 1. Kata ganti diri dan sapaan keluarga 2.1.1. Bahasa sapaan 2. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Fungsi Bahasa Melayu 1. Gerakan tangan 2.2. Gerakan anggota tubuh 2.1.

1. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Wacana 3 3.2. Teknik Penyampaian 5. Sastera 4 1 1 Komunikasi Khalayak 5.1. Sains 4. Ucapan 5. Kemahiran hidup 4. Keutuhan wacana 1 1 Laras Bahasa 4.2. Pengacaraan majlis 5.6. Gaya penyampaian 5. Penutupan 5 5.1.3. Penanda wacana 3. Diskusi 4 4 xi .1. Matematik 4.2. Agama 4.6.5.4.4. Pendidikan jasmani 4.2.4.1. Pengumuman 5.8.2.1.2. Taklimat 5.2.4.2.2. Permulaan 5.3. Seni 4.Bil. Pelahiran dan penyusunan idea 5.5.3.2.2.1.1.1. Aktiviti Penyampaian 5. Ciri wacana 3. Konsep dan ciri laras 4.3. Konsep wacana 3. Ceramah 5.7.

2.1.5.2.2.Bil.2.2.3. Pendidikan Jasmani JUMLAH 15 15 1 xii .2. Aktiviti menterjemah bahan autentik 7.7.7.1. secara terus 7. Matematik 7.2. Pendidikan 7.4.2.1. Ucapan 6. Kesedaran khalayak 6 6. Format yang sesuai 6.3.2.2.1.4. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Komunikasi Bertulis 6.1.2. Alam Sekitar 7.6.2.2.1. Laporan 6. Pemilihan diksi yang sesuai 6.1. Bahasa 7.1.3.2.1. Penghasilan Teks 6. Sajak/cerpen 4 4 Terjemahan 7. Surat kiriman 6.2. secara global 1 7 7.2.3.2.5.2. Penggunaan bahasa yang gramatis 6.1. Teknik menterjemah 7.2.2.1. Ciri-ciri Penulisan Teks 6.8.1. Teks pengacaraan majlis 6.6. secara struktural 7. Stilistik 6.2. Sains 7.5. Agama 7. Minit mesyuarat 6.4. Taklimat 6. Komputer 7.1.1.

bahasa ilmu.  KERANGKA TAJUK Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi 1 . Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam urusan pentadbiran. sistem pendidikan negara. Keupayaan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk komunikasi. Selepas era penjajahan. urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi sejak tahun 1969.  HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. bahasa pengantar dan bahasa komunikasi. bahasa perpaduan. bahasa rasmi.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 1 Fungsi Bahasa Melayu  SINOPSIS Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa.

kehakiman dan sebagainya. merangkumi urusan pemerintahan dan pentadbiran. sistem pendidikan negara. menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.  Bahasa Perpaduan Masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan kepelbagaian bahasa dalam kalangan rakyat negara ini. urusan perdagangan dan perusahaan. 2 . Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan kumpulannya.  Bahasa rasmi Bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai bangsa di negara ini.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Fungsi Bahasa Melayu  Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan. bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di institusi pengajian tinggi. Sehingga kini. upacara rasmi.  Bahasa Pengantar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956.

Aktiviti Mengumpul Maklumat 1. forum dan sebagainya. perasaan dan fikiran.  Bahasa komunikasi Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana dalam proses penyampaian maklumat. Senaraikan fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai : a) bahasa pengantar b) bahasa ilmu c) bahasa komunikasi 3 .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  Bahasa Ilmu Bahasa Melayu memiliki kosa kata dan istilah yang semakin berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu. persidangan. Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu. Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal ataupun formal seperti ucapan. seminar.

Bahasa Melayu 1. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Oxford Fajar Sdn. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Kuala Lumpur. Bahasa Melayu Komunikasi 3. Ab.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Latihan 1. Longman Sdn. Ab. Bhd. 4 . Kuala Lumpur. 2. Rahman Ab. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Bahasa Melayu Komunikasi 2. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa ilmu di negara ini. Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Kuala Lumpur. Bahan Bacaan Abdullah Hassan & Ainon Muhammad (1994). Bhd. Longman Sdn.

Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga. selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama. gerakan mata. protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. tangan.  HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa berkomunikasi dalam pelbagai situasi. berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. masyarakat.  KERANGKA TAJUK Kesantunan Berbahasa Bahasa Sapaan Sapaan Keluarga Panggilan Hormat Sapaan Masyarakat Aturan Sapaan Anggota Tubuh Gerakan Tangan Bahasa Tubuh Gerakan Mata Mimik Muka 5 . Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 2 Kesantunan Berbahasa  SINOPSIS Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. dan mimik muka. bangsa dan negara.

Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran. gerakan mata. umur. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. panggilan hormat dan aturan sapaan. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. 6 . Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh. gerakan tangan dan mimik muka. Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga. Aktiviti Membuat Nota 1. dan keakraban hubungan. rujukan hormat dan ganti nama. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori berikut: a) b) c) Gelaran keturunan Gelaran anugerah Gelaran ikhtisas 2. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan. sapaan masyarakat. Dalam kesantunan berbahasa. Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan. pangkat. Kehalusan budi bahasa menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Rahman Ab. Kuala Lumpur. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu : Satu Analisis Sosiolinguistik. Oxford Fajar Sdn. 7 . Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Ab. Bhd. Longman Sdn. Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Latihan 1. Cadangkan juga ungkapan-ungkapan bertatasusila yang sesuai dengan ungkapan tersebut. 2. Bahan Bacaan Amat Johari Muin (1989). Bhd. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Jelaskan kepentingan kesantunan berbahasa dalam budaya bahasa Melayu. Senaraikan ungkapan-ungkapan tidak bertatasusila yang boleh menimbulkan kemarahan pendengar. Bahasa Melayu Komunikasi 1.

ciri wacana. Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 3 Wacana  SINOPSIS Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang Dalam hadir selepas tingkat ayat. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna. satu bab. penanda wacana dan keutuhan wacana.  KERANGKA TAJUK-TAJUK Wacana Konsep Ciri Wacana Penanda Wacana Keutuhan Wacana 8 . aspek yang perlu difahami ialah konsep wacana. tatabahasa. sebuah buku atau satu siri buku. Dalam tajuk ini. selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh.  HASIL PEMBELAJARAN o Menyampaikan idea secara tersusun dan jelas dengan menggunakan wacana yang betul mengikut tujuan. satu perenggan.

rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran. wacana terletak pada tingkat yang tertinggi. khutbah. ucapan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato. Contoh-contoh penanda wacana ialah:     Selain itu Tambahan pula Oleh sebab itu Namun begitu 9 . Penanda wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Konsep Wacana Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. iaitu hadir selepas tingkat ayat. Ciri-ciri Wacana Ciri-ciri wacana ialah seperti yang berikut:       Mempunyai tema Bermotif Gaya bahasa Kohesi dan koherens Elemen-elemen yang logikal dan realistik Terdiri daripada andaian dan inferensi Penanda Wacana Penanda wacana bermaksud kata. dan dialog. Dalam hierarki bahasa.

keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI    Sehubungan itu Sementara itu Kesimpulanya dan sebagainya. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu mengandungi wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. iaitu : a) Terdapatnya urutan atau koheren. (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain). dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Seterusnya. Keutuhan wacana Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh. 10 . b) Wujudnya tautan atau kohesi. leksikal. (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami).

Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu 11 . kesinambungan idea. perjalanan kita masih jauh. segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. b) Buat ulasan bertulis tentang keutuhan wacana dari aspek tujuan. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia. adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Walaupun begitu. Justeru. ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. kemudian analisis perenggan ini berdasarkan soalan di bawah. Baca petikan perenggan di bawah ini. gaya bahasa dan format penulisan teks.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti Mengumpul Maklumat 1. Cari satu petikan rencana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka : a) Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam penulisan tersebut. Sungguhpun demikian. Latihan 1. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. penggabungjalinan.

Bahasa Melayu 1. Rahman Ab. Sebaliknya. kerana terdapat penanda wacana yang mewujudkan pertautan atau keserasian hubungan antara satu unsur bahasa dengan unsur bahasa yang lain.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI mengurangkan kemiskinan tegar. Senaraikan jenis-jenis dan fungsi penanda wacana yang terdapat dalam petikan di atas. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Longman Sdn. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Bahasa Melayu Komunikasi 1. kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bhd. (diubahsuai daripada teks ucapan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri. tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. 2. pada Persidangan Invest Malaysia pada 30 Mac 2010 di Kuala Lumpur). 12 . Perenggan di atas merupakan suatu wacana yang utuh atau yang membentuk kesatuan. Oxford Fajar Sdn. Bahan Bacaan Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Datuk Seri Najib Razak. Jelaskan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh. Bhd.

istilah. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi. menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada bidang tertentu. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama. kemahiran hidup dan sastera. sains. perintah dan sebagainya. penyataan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 4 Laras Bahasa  SINOPSIS Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya. sama ada pujukan. pendidikan jasmani. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri.  HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan laras bahasa yang betul mengikut bidang semasa berkomunikasi. konteks. matematik.  KERANGKA TAJUK-TAJUK Laras Agama Laras Seni Laras Sains Konsep dan Ciri Laras Pendidikan Jasmani Laras Matematik Laras Sastera Kemahiran Hidup 13 . frasa dan ayat yang digunakan. seni. ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi.

Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai oleh pelajar dalam tajuk ini ialah: Laras Agama Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. saintifik. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Bersifat intelektual. Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.Omar (1984). Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Laras Sains Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. dan ibarat. laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Konsep dan Ciri Laras Bahasa Asmah Hj. Menurut beliau. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta. ragam 14 . dan objektif. formal. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. kias.

peta. preskriptif. dramatik dan puitis. gelanggang. 15 . istilah-istilah yang khusus yang berkaitan dengan sastera. jadual. Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak mementingkan struktur ayat. dan medan. Laras matematik mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. graf. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan). Laras Seni Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. dan definisi tepat untuk operasi-operasi menghasilkan struktur seperti kumpulan. Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan. Simbol yang digunakan lazimnya terdiri daripada satu huruf atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Laras Kemahiran Hidup Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu. Laras matematik banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu perkataan. Berbentuk ilmiah dan mengandungi istilah-istilah teknikal Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan pendaraban. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am. deskriptif.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Laras Matematik Bagi laras matematik. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif. bukLaras Sastera Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan. Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat dan mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah. dan sebagainya. mengandungi ilustrasi gambar rajah.

Sertakan beberapa contoh iklan yang menggunakan laras bahasa iklan yang menarik. Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut: a) laras bahasa matematik b) laras bahasa sains c) laras bahasa agama d) laras bahasa sastera e) laras bahasa seni 16 . Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. 2. Persembahkan ulasan selari tersebut dengan intonasi yang betul. Latihan 1. Andaikan anda seorang pengulas sukan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti Tutorial 1.

cambridge. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Oxford Fajar Sdn. Rahman Ab. Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Halliday. Bahasa Melayu 2.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahan Bacaan Ab. Bahasa Melayu 1. Longman Sdn. Kuala Lumpur. Bhd.org 17 . Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Bahasa Melayu Komunikasi 1. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press. Oxford Fajar Sdn. (1968). Bhd. http://journals. Bhd.

ucapan.  HASIL PEMBELAJARAN o Menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi lisan dengan yakin dan berkesan. Penyampaian pelbagai bentuk komunikasi khalayak adalah terancang dan berstruktur mesejnya. Mesej yang disampaikan untuk tujuan memberitahu dan mempengaruhi audiens. pidato. taklimat pengacaraan majlis. Penyampaian komunikasi yang berkesan apabila khalayak yang mendengar berperanan untuk menyebarluaskan maklumat yang diterima untuk mempengaruhi orang lain. ceramah dan diskusi. Antara bentuk-bentuk komunikasi khalayak yang perlu dikuasai ialah pengumuman.  KERANGKA TAJUK Komunikasi Khalayak Teknik Penyampaian Permulaan Gaya Penyampaian Penyusunan Idea Penutupan Aktiviti Penyampaian Pengumuman Pidato Pengacaraan Majlis Diskusi Ucapan Taklimat Ceramah 18 .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 5 Komunikasi Khalayak  SINOPSIS khalayak melibatkan bentuk komunikasi bersemuka tetapi Komunikasi melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku di tempat awam.

b) Aktiviti Penyampaian Menyatakan definisi. format dan aplikasi aktiviti penyampaian komunikasi khalayak seperti berikut:    Pengumuman Ucapan Pidato 19 .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI a) Teknik Penyampaian  Permulaan Memulakan pelbagai bentuk komunikasi khalayak dengan kata aluan mengikut protokol atau tata tingkat kedudukan audiens dan menyatakan tujuan ucapan. nada suara. padat.  Penutupan yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan Kata-kata merumuskan segala isi yang disampaikan. mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan haruslah mudah. ciri-cri. tegas dan berkesan.  Pelahiran dan penyusunan idea Susunan idea dalam penyampaian komunikasi khalayak hendaklah tidak tersasar daripada tujuannya. Idea hendaklah disusun mengikut kesinambungan yang tertib. intonasi. kata-kata penghadapan.  Gaya Gaya Penyampaian penyampaian merangkumi.

my 20 . Rakamkan atau dapatkan video ucapan dalam majlis-majlis formal. Bincangkan ucapan kelemahan-kelemahan dan cadangkan aktiviti penyampaian teks untuk tersebut penambahbaikan menjadikan ucapan tersebut lebih menarik.com/www. melalui carian internet youtube atau google.google. Tutorial 2. Persembahan diskusi atau wawancara mengikut format yang betul.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI     Taklimat Pengacaraan majlis Ceramah Diskusi Aktiviti Perbincangan 1.com. Layari internet – www.youtube.

2. Terj. Asiah Sarji dan Mohd. Kuala Lumpur. (2000). Satu Pengenalan. Terj. Bahan Bacaan Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Juriah Long. Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. W. INTAN. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 21 . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Rancangkan pembuka ucapan yang menarik. Pengucapan Umum. Pengucapan Awam yang Berkesan. Littlewood. Kuala Lumpur. (1990). Dewan Bahasa dan Pustaka. Nordin Sarji. (1992). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimunah Osman.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Latihan 1. Jelaskan kesilapan umum sebelum menyampaikan aktiviti komunikasi khalayak. Gary T Hunt.

 KERANGKA TAJUK Komunikasi Bertulis Ciri-Ciri Penulisan Bahasa Gramatis Stilistik Kesedaran Khalayak Diksi Sesuai Format Ucapan Surat kiriman Minit Mesyuarat Sajak Cerpen Penghasilan Teks Taklimat Laporan Teks Pengacaraan Rencana Berita 22 . berita dan penulisan kreatif. Antara bentuk-bentuk komunikasi bertulis yang perlu dikuasai ialah penulisan teks ucapan. surat kiriman.  HASIL PEMBELAJARAN o Menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi bertulis menggunakan bahasa yang tepat dan gramatis sesuai dengan bentuk komunikasi. buah fikiran. idea. perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. minit mesyuarat. rencana. laporan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 6 Komunikasi Bertulis  SINOPSIS Bentuk-bentuk komunikasi bertulis merupakan proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat. pengalaman. Komunikasi bertulis mempunyai format tertentu dan penggunaan bahasa mengikut laras yang sesuai. taklimat.

v. iaitu teknik penggunaan gaya bahasa yang berkesan dalam penulisan. iaitu: a) b) Ciri-ciri penulisan Penghasilan teks Ciri-ciri penulisan yang baik dan berkesan merangkumi beberapa aspek berikut : i. Surat kiriman rasmi 2. Ucapan 3. Teks Pengacaraan 7. Karya kreatif Jenis-jenis Ciri-ciri Struktur Laras bahasa yang digunakan Format Aspek yang dikaji 23 . ii. iii. Taklimat 4. Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan tulisan. Minit mesyuarat 6.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Dua aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penghasilan teks Jenis Teks 1. laporan minit mesyuarat dan penulisan kertas kerja. iv. Berita 9. Timbul kesedaran dan berupaya mempengaruhi pemikiran khalayak yang membaca hasil penulisan berkenaan. Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul. Laporan 5. Bersifat stilistik. Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat kiriman rasmi. Rencana 8.

b) Jelaskan ciri-ciri laporan yang berkualiti. tepat dan mudah difahami. 24 . Maklumat yang disampaikan haruslah sistematik dan objektif pula perlu menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya. Laporan ialah kertas yang mengandungi maklumat atau catatan peristiwa yang telah berlaku. a) Huraikan jenis-jenis laporan. Bincangkan ciri-ciri penulisan teks yang yang jelas. pemerengganan dan kesedaran 2. bincangkan perkara-perkara berikut . Secara berpasangan. c) Apakah yang perlu dicatatkan dalam butiran minit mesyuarat? Latihan 1.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti Mengumpul maklumat 1. kesinambungan. khalayak. Sebuah teks yang baik dihasilkan dengan teliti yang mengandungi kesepaduan. a) Format surat kiriman rasmi b) Ciri-ciri penulisan rencana yang berkesan.

(1993). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Bahasa. Shah Alam. Kuala Lumpur. Mohd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Format Penulisan dan Tatacara Penyampaian Ceramah. 25 . Khazaai. Ucapan dan Taklimat. Nuwairi Hj. (1992). Bhd. (1992). Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. (1993).BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahan Bacaan Maimunah Hj Omar. Pustaka Pertiwi Sdn. Institut Teknologi Mara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketrampilan Menulis. Penulisan Berformat. Nuraini Yusoff. Sidin Ahmad Ishak.

Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan ialah aspek ketepatan. Mat Taib bin Pa merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi. kesamaan dan kesepadanan isi kandungan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 7 Terjemahan  SINOPSIS Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.  KERANGKA TAJUK Terjemahan Teknik Terjemahan Secara Terus Secara global Secara Struktural Pendidikan Bahan Autentik Bahasa Agama Sains Matematik Alam sekitar 26 Komputer Pendidikan Jasmani . Terjemahan juga merupakan proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi kandungannya.  HASIL PEMBELAJARAN o Menterjemah teks dengan betul.

tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya. Betuk ayat. golongan kata. kelas kata. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran. 27 .  Secara global Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca. struktur ayat.  Secara struktural Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayatayat dan frasa. Teknik Terjemahan  Secara terus Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan lateral. Terjemahan dilakukan kepada pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti penterjemah bahan autentik         Pendidikan Bahasa Agama Sains Matematik Komputer Alam sekitar Pendidikan Jasmani Aktiviti Perbincangan dan Aplikasi 1. cari satu rencana pengarang daripada akhbar berbahasa Inggeris. Secara berpasangan. Terjemahkan teks petikan rencana tersebut secara terus (terjemahan harafiah). Huraikan kepentingan terjemahan dalam konteks perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Latihan 1. 28 . Jelaskan prinsip-prinsip umum terjemahan. 2.

Bhd. Muhammad Bukhari Lubis dll. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Tesis Doktor Falsafah. Ainon Mohd. Che Omar. Bhd. Hasuria Bt. 1998. Universiti Sains Malaysia. Hawkins. Kuala Lumpur. Penerjemahan Arab Melayu. Joyce M. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. 29 . 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. 2006. Teori dan Teknik Terjemahan. Latihan ilmiah. & Abdullah Hassan. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9. Penang. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Penterjemahan dalam Media Audiovisual – Televisyen : Satu Analisis Mesej. Peraturan Dan Dasar. 2004. A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. Universiti Malaya. Peter Newmark. 2008. 2003. Pendekatan Penterjemahan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahan Bacaan Abdullah Hassan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn.

Bahasa Melayu Komunikasi 2. 2003. Kuala Lumpur. (1984). Ainon Mohd. Longman Sdn. Pengucapan Awam. Rahman Ab. Karim (1992). Sungai Petani. Kuala Lumpur. Rahman Ab. Abdul Halim A. & Abdullah Hassan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bahasa Melayu Komunikasi 1. INTAN. Teori dan Teknik Terjemahan. Amat Johari Moain (1989) Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab. Bhd. 30 . Bahasa Iklan Perniagaan. Ab. Longman Sdn. Utusan Publication and Distributors. Bhd. Asmah Hj Omar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 2006. Kuala Lumpur.BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9. Longman Sdn. Rahman Ab. Tatabahasa Dinamika. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Abdullah Hassan (1994). Kuala Lumpur. Bhd. Satu Kajian Retorik. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Universiti Sains Malaysia.org Hasuria Bt. (1991). 2004. Asiah Sarji dan Mohd. (1992). Universiti Malaya. Pulau Pinang. Satu Pengenalan. (1990). C dan Garret.Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. Latihan ilmiah. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.cambridge. James. Che Omar. Pengucapan Umum. New York. Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. Kuala Lumpur. P. Halliday. Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Dewan Bahasa dan Pustaka. Gary T Hunt. Penterjemahan dalam Media Audiovisual – Televisyen : Satu Analisis Mesej. Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long. Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press. Longman. (2003). Tesis Doktor Falsafah. Nordin Sarji. Littlewood. http://journals. (1968). Terj. Language Awareness in the Classrom. Kuala Lumpur. Fakulti Bahasa dan Linguistik. W. 31 . Terj. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur. (1992). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Nuwairi Hj. 32 . Institut Teknologi Mara. New York. Muhammad Bukhari Lubis. Nik Safiah Karim. (2000). Shah Alam. Mohd. Kuala Lumpur. (1992). Bahasa. Rahman Shaari. Bhd. Nunan. Kuala Lumpur. (1993). Language Teaching Methodology. Khazaai. Penerbit Bakti Sdn. Kuala Lumpur. Ketrampilan Menulis. Petaling Jaya. (1998). Abdul Hamid Mahmood (1993)Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Hashim Musa. Prentice Hall. Fajar Bakti. Pustaka Pertiwi Sdn. Dewan Bahasa dan Pustaka. INTAN. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Farid M. Memahami Gaya Bahasa. Format Penulisan dan Tatacara Penyampaian Ceramah. Peraturan Dan Dasar. (1991). (1993). Onn. Nuraini Yusoff. (1993). Serdang: Universiti Putra Malaysia. (1988). Penerjemahan Arab Melayu. Maimunah Osman. Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulisan Berformat. Sidin Ahmad Ishak. Pengucapan Awam yang Berkesan. Ucapan dan Taklimat. D.Maimunah Hj Omar.

(1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Komunikasi Asas. (1994). Ure & Ellis. Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Pendekatan Penterjemahan. Peter Newmark. http://onlinelibrary. Siti Hajar Abdul Aziz. Bahasa Melayu 2. Vol 16 – 3. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. World Englishes. (2008).wiley. Registers and Sociolinguistic. Oxford Fajar Sdn.Shamsuddin A. Bhd. Kuala Lumpur. Genre. (1993). Oxford Fajar Sdn.com 33 . Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Rahim. Bhd.

LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 34 .

A.A (Pengajian Melayu). Kuala Lumpur.myusof@moe.A (Hons.rhm@gmail. hayati.gov. ABD RAHIM Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas. nora. UM B. mjoe7257 @yahoo.com Sarjana Pendidikan UM Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Penolong Penerbit TV Pegawai Perhubungan Awam Guru Bahasa Melayu 13 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 4 tahun PENYELARAS: HAYATI BINTI MAT YUSOF Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.UM Sijil Perguruan (Pengajian Melayu & Sejarah) Guru Bahasa Melayu 10 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 5 tahun Penolong Pengarah IPG 1 tahun 35 . MAMAT Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas. Kuala Lumpur. (Hons. Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas. mincrv@yahoo. Kuala Lumpur.com Sarjana Sains Sosial (Geografi) UKM B.) Geografi/Bahasa Melayu USM Guru Bahasa Melayu 8 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 2 tahun PANEL PENULIS: NORANI BT.com Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPM Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM Guru Bahasa Melayu 11 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 19 tahun KELAYAKAN PANEL PENULIS: MAT JOHAN B.PANEL PENULIS MODUL KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU KOMUNIKASI) NAMA PANEL PENULIS: NORMAH BT MOHAMAD Ketua Jabatan.) Pengajian Melayu.my M. Ed.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful