PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos 1975 - Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979 - Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985 - Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13) bertarikh 29 Disember 1986 - Penyalahgunaan Inhalan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3 Februari 1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam sekolah Menengah (SLAD) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992 - Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolahsekolah. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995 - Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 - Ujian Urin Pelajar Sekolah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47) bertarikh 27 Ogos 1998 - Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat Batuk (Borang ADIUB 1A) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979 - Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2 Januari 1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1.

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. Tatatertib di Sekolah-sekolah. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975. Ruj.KP.8543/Vol.2(5) bertarikh 4 November 1975. - Disiplin Di Sekolah - Peraturan –peraturan Sekolah Untuk Murid-murid Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983. Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17) bertarikh 7hb November 1983. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Lampiran - Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah Surat pekeliling ikhtisas bil.4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

2.

3. 4.

5.

6.

7. 8.

9. 10. 11. 12.

13.

14.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997:

- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

15.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002 1. 2. 3. 4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 - Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001 - Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

1.

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968. - Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. - Tatatertib di Sekolah-sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. - Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975. - Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

2.

3.

4.

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat . 3. 2.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.

Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah . Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. II. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah dengan hanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Perubahan Kelakuan Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah. akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan. Walau bagaimanapun. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. Pendahuluan Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana dadah.Garis Panduan Untuk Mengenal/Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu. 2. I. tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. 3. Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah. 4.

fikiran bercelaru dan menjauhkan diri cemas. mengancam dan tarasing menyakiti hati. terharu dan berasa bersalah ragu-ragu. memandang cerah di masa hadapan/optimistic dan gerak geri menarik KEPADA pendiam. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkatperingkat awal). pasif dan tidak bermaya tidak ambil tahu. menumpukan perhatian penuh dan boleh diharap penuh kemahuan. baik hati dan percaya mempercayai riang gembira. rajin bercakap dan suka menyatakan perasaan cergas. cergas dan bersemangat tidak berselindung. ii) Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan. kerap lupa. kecekapan dan lainlain). iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum. vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui. Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu . sihat dan penuh bertenaga segak. IV. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betul-betul ketagih dadah. memandang gelap di masa hadapan/pesimistik dan muram III. pasif dan tidak bermaya curiga-mencurigai. ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja.DARIPADA i) ii) iii) iv) v) vi) vii) siuman. kaku dan gelisah tertekan. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada Pengguna Inhalan: i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja. yakin diri dan tabah hati suka menolong. vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah). v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian.

a) Dadah Penenang (Despresents: . Morfin (morphine). Hilang selera makan. tutup botol. Mungkin hidung berair. alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya. Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine) i) ii) iii) iv) v) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas. kuih-kuih dan minuman-minuman yang manis. mudah marah. logam. Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Kodin (codeine) i) ii) iii) iv) v) vi) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah. Berjalan terhoyong-hayang. mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’). Mata hitam membesar. Mata hitam yang membesar. jarum. . Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Tertidur ketika bekerja. Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang. Menunjukkan keadaan terlalu riang. tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak. mungkin ia membesar ketika berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal). c) Narkotik (Candu Opium). suka Bertengkar atau takut. Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap. Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi. kapas. tetapi nafasnya tanpa bau arak. Mata hitam mengecil dan tidak bergerak. Selalu makan gula-gula. Pertuturan yang tidak terang.Barbiturates) i) ii) iii) iv) v) vi) vii) b) Seperti orang mabuk minuman keras/arak. Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. Heroin. yuforia (euphoria) dan becok mulut. Sudu.

Wajahnya berubah. pernafasan tak seimbang. (Ada di antara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor). pendengaran. Mungkin mengalami rasa mual. pengguna dadah itu mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga. Ketika pengunduran berlaku. kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah meningkat. Tekanan darah. sejuk. ii) iii) e) i) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti).vii) viii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih. Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan kelakuan yang tak siuman seperti menganggap ia mempunyai kuasa boleh terbang dan lain-lain. Meskipun (mescaline) dan lain-lain) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apa-apa jentera. ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen) d) i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja. Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi hallucination). berpeluh dan tanganya mengeletar. pengguna dadahmungkin berasa mual dan muntah-muntah. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk. ii) iii) iv) v) f) Menghidu Gum (Gula Sniffing) . selalu menguap dan ototototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya. dan walaupun demikian. Dibeberapa kes mata hitamnya membesar. rasa. bau dan masa. Biasanya pengguna LSD memerlukan seorang sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan. Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti. Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan. wajahnya berubah.

Guru Besar dan Ibu Bapa. maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan. ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga. iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu.t (ABDULLAH BAKRI) Ketua Unit Kesihatan Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru. t. akan tetapi penerangan tentang tandatanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif.Perbuatan ini jarang berlaku. v. i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya. vi) Pertuturannya yang tidak terang. vii) Nafas yang berbau busuk. v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gum palastik yang kering. Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko . Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. Penutup Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri.

Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan murid-murid di sekolah. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap. (a) (b) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal keskes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan. Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama.Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld. Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana menpunyai dadah. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini. iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah. 2. 4. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiaptiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain). Berkenaan dengan borang yang dilampirkan. dukun/bomoh. Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas. (c) (d) (e) (f) Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan. Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya – Doktor Swasta. walaupun belum disahkan oleh Doktor Kerajaan. . ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai keskes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat. oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya. Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa. Sinseh dan lain-lain).III(34) bertarikh 27 hb. maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini. 3. 6. murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko. 5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama.

. Ketua Setiausaha. tt (SYED ABU BAKAR BARAKBAH) Bahagian Sekolah-Sekolah. b.p.Sekian untuk makluman tuan. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. Kementerian Pelajaran.

... Jantina Bil............................................................... September 14hb.............................) NAMA & ALAMAT SEKOLAH : ................SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19..... ................................................... Mei 10hb. (Tandatangan Guru Besar) . Nama Murid Tingkatan Umur L P Keturunan M C I Keadaan Risiko Tindakan Yang Telah Diambil Rujukan Yang Telah Dibuat Tindakan Selanjutnya Yang Diperlukan NOTA Lapuran Penggal I hendaklah dihantar sebelum Lapuran Penggal II hendaklah dihantar sebelum Lapuran Penggal III hendaklah dihantar sebelum @ Potong mana-mana yang tidak dikehendaki /II/zi................) III (1/9-31/12/19......... Januari ....... 14hb...................) II (1/5-31/8/19...........

Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan. 1 TAHUN 1985 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Kami : PPAD(S)133/883/1 Tarikh SURAT PEKELILING AM. Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut: (I) (II) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian. PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN PENDAHULUAN 1. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb.SALINAN JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR. 2. Oktober 1984. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian. Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian. Telefon : 201957 Kawat : PERDANA Ruj. Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka. BIL. : 29 Januari 1985 . Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan.

1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jawatankuasa. Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam agensi. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut: (a) (b) (c) (d) 6. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut: 6. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian. 6.2. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian. 4.Jabatan dan Badan Berkanun bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan. jika jawatan ini wujud. Pegawai Kebajikan. seboleh-bolehnya Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kekitangana di pejabat berkenaan.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangankakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah: 6. 5.1. Negeri dan Daerah.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah. Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakanprogram-program ini. risalah-risalah kecil. Kerani Besar. Kementerian Dalam Negeri. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat. Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan.2 . Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan.JAWATANKUASA ANTI DADAH 3. poster-poster.1. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut: 6. atau seorang pegawai lain yang dipilih. pameranpameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah. 6.2. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan Penerangan di peringkat negeri dan daerah.

2. 6.2.1. 6. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawaipegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6.1.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah.2.1. Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran ‘A’. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.2.2. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangankakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah. .6. 6. Kementerian Dalam Negeri. 10 Tahun 1984.1.2 dan 6.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).2.3.2. 6. Kementerian Dalam Negeri seperti di Lampiran’B’ untuk menjalani ujian-ujian.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah.

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini. JABATAN PERDANA MENTERI. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian. (TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Negara. KUALA LUMPUR. No. Tel. . : 942533 PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI 8. maka: (I) (II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. JALAN DUTA. Laporan-laporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan.1978 adalah dibatalkan. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Jabatan-jabatan dan Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-masing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktivitiaktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. BLOK K-1. t. Julai. PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH. Mei. 1977. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI 7. Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb.t.

mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. kurang berat badan. mutu kerja. hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab. . ix) x) xi) xii) Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih.LAMPIRAN ‘A’ PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG PENAGIH DADAH i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat. Hilang selera makan. Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor. Mengelakkan diri dari tanggungjawab. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki. Bilik kecil. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya. viii) Parut atau bekas suntikan di lengan. Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. disiplin. Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah). selalu mengucap dan tidak bermaya.

FILEM DAN SEBAGAINYA. Datuk/Tuan/Puan maklum. Majlis Keselamatan Negara. Kementerian Kesihatan dan Bahagian Sekolah-Sekolah. 2. Tingkat 12-14. PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR. Y. Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini.Bahagian Sekolah-Sekolah. keputusan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi: 3.B.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKUBUKU KECIL. 3. 3. HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE TANGAN PELAJAR. IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI . oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian perlu dijalankan. Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan. Kementerian Pelajaran amat memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar berkenaan.2 3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil “PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke sekolah. Kementerian Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. 8/1986 Penyalahgunaan Dadah Seperti Y. Telefon : 2922066 KP (BS) 8584/8/1/(29) 29 Disember 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia. RISALAH. satu gejala salahlaku baru yang terdapat di kalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini. POSTER. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Datuk/Tuan/Puan. Bangunan Bank Pertanian. Leboh Pasar Besar. VIDEO.B. Pasukan Petugas Anti Dadah.3 JIKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI KALANGAN PELAJAR.

PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah.B. Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian Sekolah-sekolah. tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah. nasihat/kaunseling individu/kelompok. Polis. Sila Y. Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua dan mengarahkan untuk : 5. 4.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (lihat borang terlampir). Perubatan. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yangmenurut perintah. Ketua Setiausaha. s. Rawatan dan Pemulihan.3 4.3 Sekian dimaklumkan. Didahului dengan ucapan terima kasih.PROSES MENOLONG DENGAN PENUH HATI-HATI TANPA DIHEBOH-HEBOHKAN. DI MANA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR TERSEBUT HENDAKLAH DIUTAMAKAN. . Unit Bimbingan dan Kaunseling). 4.2 4. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti: 4.k. Membincangkan buku kecil berkenaan dengan semua guru. 5. Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah. b.2 5. Kementerian Pelajaran. Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi. Kementerian Pelajaran (u.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya.p. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat. kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini. PIBG.p.4 5. Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG.

Kementerian Pelajaran Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Pegawai Khas kepada Y.B. 7. 3.B. Setiausaha Sulit kepada Y.1. 9. Kementerian Pelajaran Ketua-ketua Bahagian. 6. Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II Timbalan Ketua Setiausaha II. 5. 4. . 10. 2. 8. Kementerian Pelajaran BAHAGIAN SEKOLAH. Menteri Pelajaran Ketua Unit Hal Ehwal Awam.

Telefon : 2556900 Kawat : ‘PENDIDIKAN’ KP(BS)8591/Jld. St. Pergerakan Puteri Islam. PARAS 5. Untuk makluman.3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y. Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara. 3. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. peraduan melukis poster. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. 50604 KUALA LUMPUR. Y. mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut. bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya. 2. Kementerian Pendidikan. BLOK J (SELATAN). PUSAT BANDAR DAMANSARA. Datuk/Tuan/Puan.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri. Untuk tujuan tersebut. sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanam perasaan benci. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. . menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Buku Log yang akan dibekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan.B. Jabatan Perdana Menteri. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Pandu Puteri. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah.B.

Dr. Menteri Pendidikan Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu.k.B. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pendidikan Malaysia. Leo Michael Toyad. 3. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah b. 4.B. 2.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986.Datuk/Tuan/Puan. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. . Setiausaha Sulit Kepada Y. sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah.4. 1. Ketua Setiausaha. Setiausaha Sulit Kepada Y. Dengan ini jasa baik Y. Encik Woon See Chin. 5. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.B. s.B. penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7, PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan : Ruj.Kami : KP(BS)8591/Jld.VII/(13) Tarikh : 27 Julai 1992 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia. Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1992: Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringer) Di Sekolah-sekolah Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe) daripada diimport, diedar, dijual, dibeli atau dimiliki oleh orang ramai. 2. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan atau dimiliki oleh pelajar sekolah. Sekian. “BERKHIDMATA UNTUK NEGARA”

tt DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5) 27 April 1995 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri. Y.Bhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan. 2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh. 3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut. 4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) Timbalan Pengarah I Bahagian Sekolah b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

LIMA.DOC/(BA)...lis

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, 50604 KUALA LUMPUR.

Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389

KP(BS/HEP)8543/064(36) 24 Julai 1998

SULIT Semua Pengarah Jabatam Pendidikan Negeri Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan, UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan mengenai perkara di atas. 2. Pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan ujian urin pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas jalur) dan kaedah makmal. Keadaan ujian pantas urin merupakan ujian saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan ujian Pengesahan. 3. Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat mengambil dadah yang dikesan melaui kedua-dua kaedah ini. (Laporan dilampirkan). 4. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang dipengerusikan oleh YB. Dato Ong Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil dadah melalui kaedah ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar, (sila rujuk tatacara yang dilampirkan). Kajian Kes ini perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri. Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui ujian pengesahan masih terikat dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Di Sekolah. (Salinan Tatacara dilampirkan).

k.5. Sekian. Sila kemukakan ke Bahagian ini laporan terkini (sehingga 31 Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan) dan program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan. Terima kasih. Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah dan program susulan dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua. 1. Keprihatinan Y. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. s. Guru Penolong Kanan HEM). 6.Bhg. Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah. Guru Disiplin dan kaunselor sekolah. Datuk/Dato’/DatinTuan dalam memerangi masalah dadah di sekolah amat dihargai. ARE/ANLURIN DOC (HEP 121) .

SULIT TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI DENGAN KERJASAMA : BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA .

Kaedah pengesanan dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan pengunaan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR 1. PENDAHULUAN 1.2 Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.kaedah ‘ujian pantas urin’ ini adalah lebih praktikal. lebih murah dan mampu memenuhi permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal.1 1.3 2. seterusnya tindakan serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil. RASIONAL 2.3 2. Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah. 1. Dengan jumlah pelajar yang ramai. Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil tindakan undang-undang. Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini kerana telah terbukti bahawa mereka yang terlibat dengan penagihan dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya.4 .1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek penting dalam menangani masalah di sekolah. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam membanteras dadah melalui sistem persekolahan.2 2. 2. tetapi adalah untuk tujuan mengenalpasti secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar tindakan susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera.

Guru Penolong Kanan(HEM).1 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini hendaklah atas dasar untuk menolong/membantu pelajar yang terlibat.1.1 .1 ‘Kertas Jalur’ dan peralatan akan dibekalkan kepada Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi persekolahan tahun berkenaan. Guru Disiplin dan Kaunselor sahaja.2 4. seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus terjerumus dengan najis dadah. Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan mengenai kaedah penggunaan ‘kertas jalur’ kepada Pengetua/Guru Besar. TUJUAN 3. 5. Guru Disiplin. Untuk tujuan kesahihan.5 Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa bagi pelajar yang diuji positif dengan tujuan untuk menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat dilaksakan. Kaunselor 4. Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah hendaklah dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua/Guru Besar.1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteruskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. 3. ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan salah seorang daripada guru berikut : Guru Penolong Kanan (HEM). BUKAN untuk tujuan menghina atau melebelkan mereka secara negatif. keluarga serta sekolah yang terlibat.3 4.1 Penyelarasan Program 5. TATACARA KERJA 5. Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini juga hendaklah dilaksanakan secara bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajar.2 4.4 5.1. Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara berkesan. PRINSIP PELAKSANAAN 4.3. 4.

1 6. yang ditetapkan. maka ia adalah POSITIF.2 5. Celupkan ‘kertas jalur’ itu ke dalam bekas urin selama 10 saat. Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya tindakan selanjutnya mengikut Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.4 6.1. bersih dan kering. Pastikan ‘kertas jalur’ yang akan digunakan itu belum luput tarikh ‘sahguna.1. ‘kertas jalur’ itu hendaklah diangkat dan dikeluarkan daripada bekas urin tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai.1. Jika SATU garisan terhasil (control line). Jika DUA garisan terhasil (control dan test line).1.1. Pastikan celupan itu tidak melebihi had/paras garisan bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang tercetak pada ‘kertas jalur tersebut.5. Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6.1. 6.2 6. Apabila terdapat serapan urin naik ke atas.6 6. 6. Urin yang telah diambil. TATACARA TEKNIKAL 6.5.1. maka ia adalah NEGATIF.1 ‘Kertas Jalur’ Ujian Ganja 6.1.3 Sediakan botol yang sesuai.1. Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturutturut ujian pantas urin yang menunjukkan positif. 5. hendaklah terus dilakukan ujian dengan ‘kertas jalur’ ini bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi setiap kali ujian pantas urin dilaksanakan untuk membincangkan langkahlangkah yang perlu diambil bagi membantu pelajar berkenaan.7 .3 Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajarpelajar menjalani ujian ini.8 Contoh rajah ujian menggunakan ‘kertas jalur’ adalah seperti lampiran ‘B’.4 6.1.5 6.1.1.

PENUTUP 7. DENGAN KERJASAMA . BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 APRIL 1998 ARE/Gutk Test/HEP .7. DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI.1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini adalah penting sebagai alat untuk mengesan penglibatan pelajar di peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan dilaksanakan.

4. mata merah dan berair atau kuyu. 9. 7.LAMPIRAN ‘A’ TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa. sikap. . bilik kecil. 8. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual. 6. tingkah bawah bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah. 3. kurang berat badan. tabiat dan tingkahlaku. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan rekrasi/kokurikulum. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga. Kemerosotan kehadiran. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:1. 2. disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya. selalu menguap dan tidak bermaya. Hilang selera makan. 5.

Tel : 03-2586900 Fax : 03-256389 KP(BS/HEP)8543/0113/ (47) 27 Ogos 1998 Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Y. 3. ii) Laporan Suku Tahun Kedua – Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga 31 Ogos. ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/ INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkan pelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan. Keprihatinan Y. JABATAN SEKOLAH. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mengambil langkah pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini. Laporan Suku Tahun Ketiga – Kes yang berlaku di antara 1 September hingga 31 Disember. Sekian. terima kasih.Bhg.BAHAGIAN SEKOLAH. 2. Bahagian Sekolah. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah iii) . “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menurut Perintah.Dato’/Datuk/Datin/Tuan. Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pelajran Negeri dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri-negeri sedang melaksanakan aktiviti pengesanan secara aktif ke sekolahsekolah. PUSAT BANDAR DAMANSARA. 50604 KUALA LUMPUR. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Sila gunakan Borang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi laporan berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana berikut :i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes yang berlaku di antara 1 Januari hingga 30 April. 4. BLOK J (SELATAN). PARAS 5.Bhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan Pencegahan Dadah amat disanjungi tinggi.

Kementerian Pendidikan Malaysia .

INHALAN DAN UBAT BATUK BULAN …………………….2001 KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR 4 5 6 7 9 BANGSA TINGKATAN JENIS DADAH THP.NAMA SEKOLAH :……………………… 2 3 JANTINA BIL NAMA L P 1 ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH. HINGGA ………. PNGGUNAAN M C I LL 1 2 3 4 5 6 G H M C P LL MC T E M TINDAKAN M = MELAYU C = CINA I = INDIA LL = LAIN-LAIN 6 G = GANJA H = HEROIN M = MORFIN C = CANDU P = PIL-PIL LL = LAIN-LAIN 7 MC = MENCUBA T = MENAGIH E = MENGEDAR MI = MEMILIKI Jumlah Pelajar Diuji Bil. Pelajar yang Terlibat = = RUMUSAN PENGLIBATAN DADAH = INHALAN = UBAT BATUK = 9 KOD TINDAKAN 1 PELAJAR DIKAUNSELING 2 IBU BAPA DIBERITAHU 3 PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI) 4 PELAJAR DIBUANG SEKOLAH 5 PROGRAM KHAS 6 DLL NYATAKAN .

perhubungan antara murid dengan guru. (c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi. Kuala Lumpur 01-34. Semua Negeri. Pengarah Pelajaran.B5 KP(BS)8548/4/Jld. Semenanjung Malaysia. mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan. 1979. Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979 Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah. mengambil ujian minat pekerjaan. masalah-masalah dalam pelajaran dan lainlain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan. tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:(a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan.IX/(I) Kementerian Pelajaran. (b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya. Tuan. (ii) . Kutub Khanah dan sebagainya. lawatan ke tempat pekerjaan/latihan/alam pekerjaan. Rumah Persekutuan. (d) Rancangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk (i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulan risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan. Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dan pemulihan. Januari. 27.

. Malaysia.(iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan. Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari.t (SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN. Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna. diberi tindakan seliaan.PSM) Pengarah Sekolah-Sekolah. 1979. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna. Kementerian Pelajaran. Tuan adalah diminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah Menengah di Negeri tuan. Saya yang menurut perintah t. Bahagian Sekolah-Sekolah.

Bertanggungjawab. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan. menjaga dan mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran. jika dikehendaki. 9. 4. 2. Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi. penyesuaian pergaulan dan lain-lain). Kebudayaan. temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja. jika perlu dan membuat susulan. Kebajikan Masyarakat. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan . Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur. kesihatan. Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong muridmurid memilih mata-mata pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat.SENARAI TUGAS-TUGAS GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH 1. 7. kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapanganlapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak. (b) (c) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu. pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab. memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar. mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” muridmurid. 6. Badan Persendirian. menjelaskan nilai-nilai. Buruh dan Tenaga Rakyat. 11. secara keseluruhan mengenai mengisi. Mengelola dan mengadakan rundingcara. Mencatit. mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran. 3. Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah : (a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursuskursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah. 5. Belia dan Sukan. . 10.

cara memohon kerja. perbincangan pertunjukan filem. 16. . latihan. kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain). Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM.kebolehan. melawat tempat-tempat pekerjaan. Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. 21. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya. 17. pelajaran. mengelola. Mengesan sikap. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan berkenaan seseorang murid dan lain-lain.sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas (Standardised) bila ujian itu ada. pengalaman pekerjaan. 18. Ibubapa. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan. bakat. 20. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah. 22. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid. 14. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan. bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi muridmurid yang akan meninggalkan sekolah khasnya. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan. 15.12. 13. 19. menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan/pelajaran/pekerjaan.

setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik. Latarbelakang 1. bersatupadu.II(29) 2hb. . Telefon : 922066 KP(BS)8591/Jld. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar. Y. 1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. berdisiplin dan bahagia.LAMPB/BK 077A B7 Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan negara.B. Leboh Pasar Besar.I/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 1. iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara.3 Pada keseluruhannya. Malaysia.1 Sebagai sebuah institusi pendidikan. Tingkat 12-14. sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab.Dato’/Tuan. Januari 1985 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis. Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya. Justeru itu. 1.2 Di samping itu. Bangunan Bank Pertanian. sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik. Kuala Lumpur. bertoleransi.

Geografi dan Kesusasteraan misalnya. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilainilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang murni. Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. kerana terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri. kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. penyalahgunaan dadah.4 Sepertimana kurikulum. bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya. Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak faktor. Ada juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini.3 1.4. Apa yang jelas pada masa ini. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru. Sungguhpun demikian. pemulauan kelas. jika dibandingkan dengan kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan.2 Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan.1 1. belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak. 1. Oleh yang berkenaan.4 1.4. gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar.4. merosakkan harta benda awam. seperti mata pelajaran Sivik. 1. melalui bidang kurikulum sahaja.4. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian. Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja ko-kurikulum. Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum.5 . Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. Biasanya mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya. Ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjalankan gerakerja kokurikulum. ko-kurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:1.melalui kurikulum yang sedia ada.4. Sejarah. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional.

menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah.1. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar. membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat.4.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial. 1. khususnya pelajarpelajar yang lemah dalam bidang akademik. 3. penyalahgunaan dadah. rohani dan jasmani pelajar-pelajar. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan diri dalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah.3 3.boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai.5 Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut. Ini bererti ada setengah-setengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anakanak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS: 3.1. Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah. kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat.1. berdikari.1 Tujuan JPBS Tujuan penubuhan JPBS adalah :3.6 Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for education).4 .1. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah masing-masing. bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. tanpa memberi sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-anak mereka.1. serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh 3. memupuk semangat kesopanan. Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan pelajarpelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperti ponteng sekolah.2 3. 2.

3 Keanggotaan JBPS Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut : Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Setiausaha : Pilihan Guru Besar Ahli-ahli : Wakil masyarakat Wakil PIBG Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah Wakil Murid Tua (jika ada) Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam) Wakil Murid (ketua murid dan penolong) (Bagi sekolah menengah bercampur.2. pemulauan kelas.2.1.menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana yang diharapkan.2. Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap institusi sekolah.2 Fungsi JBPS Di antara fungsi JPBS adalah :3. 3. menyelaras dan melaksanakan gerakerjagerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru.2.2. Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan masyarakat setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah. penyalahgunaan dadah.5 Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat.4 3. 3.3 3. merosakkan harta benda awam.2.2 3. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. ibu bapa dan masyarakat.2.6 3. Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah.1 Merancang. yang 3. guru.5 3. Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan gerakerja ko-kurikulum.7 Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni. 3. membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar. seorang .

satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. adalah dikehendaki bagi pelaksanaan gerakerja ko- 5. Persatuan Geografi/Sejarah. Guru Besar dibolehkan menjemput anggota-anggota lain jika perlu).moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. wakil komuniti dan wakil persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan.4. Penyertaan semua guru mempastikan keberkesanan kurikulum sekolah.1 3. gerakerjagerakerja yang menekankan perpaduan kaum. Pasukan Pengakap. Pasukan Kadet Polis Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik.1 Matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. (Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG.3 4.3 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat. 5.lelaki dan seorang perempuan).4.2 5. Seberapa yang boleh. 3. Mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya tiga kali sepenggal (awal. pertengahan dan akhir penggal) di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih berkesan lagi.4 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu: 3. ketatanegaraan. peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.4. 3.2 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala. Penyertaan 5. Kelab Keselamatan Jalanraya. . bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah. Kelab Komputer Sukan (olahraga dan permaisuri) (sebagai contoh bersamasama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah). Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam.

2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alat-alat untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. Kementerian Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. . 7. 8. Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan. Untuk tujuan ini.2 Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alatalat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan. 7.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah. 7. lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian. Pengecualian Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualikan daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum. inisiatif.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan ko-kurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total di kalangan pelajar-pelajar sangat penting.3 Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang. 8. satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja kokurikulum hendaklah diadakan. pihak sekolah hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan.2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS. Oleh itu. bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahankemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan dengan berkesan. Tindakan Lanjut 8. Kemudahan 6. 7.6.2.1 Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung. 8. 6. Guru Besar hendaklah mempunyai kepekaan.

Sekian. 8.2.4 8.3 8. 10. t.2. Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah.2.8. Keselamatan Para Pelajar Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja ko-kurikulum. Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat.2.5 9. . Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan berkesan.2 Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui Teladan.t (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah.

Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Kementerian Pelajaran Malaysia . Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II. Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I.B. 1. Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran 4. Timbalan Ketua Setiausaha II. Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Pegawai Khas kepada Y. Ketua-ketua Bahagian. Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Ketua Setiausaha.s. Menteri Pelajaran 12. Ketua Unit Hal Ehwal Awam. Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Timbalan Ketua Setiausaha I. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia 2.k. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran 3.

6/68. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.KP.LAMPIRAN 2. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. selepas memberi amaran kedua. 10hb. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan. 3. Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran. September. Rumah Persekutuan. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran.1 KP. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. Ruj. murid itu akan dibuang terus. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Kuala Lumpur. Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. 2. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. ii) iii) iv) .8543/(10) bertarikh 10 september 1968. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik.p setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran .v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid). vi) vii) 4. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini. persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. tt (Yap Hong Kuan) b. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat.

4.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia.KP. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah. Oleh yang demikian. 18hb. September. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani.E Circular Professional 6/68. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. . Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.2 KP. Kuala Lumpur.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti.LAMPIRAN 2. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. memahami perhubungan antara manusia. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Rumah Persekutuan. 2. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. 3. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya. Ruj.8/1968.

Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukkan.5. 7. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi pekerti. Rambut juga hendaklah dipotong baik. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. 6. dengan tujuan jahat. Mengancam penuntut-penuntut yang lain. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. tt (Yap Hong Kuan) b. Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas. Mencuri Melawan pihak-pihak yang berkuasa. Sekian. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. yang berguna seumur hidup. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.p Setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran .

Ketua Pegawai Pelajaran.s. . Bahagian Kewangan. Bahagian peperiksaan. Semua Negeri. Bahagian Pentadbiran. Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Biasiswa dan Latihan. Bahagian Jemaah Nazir.k. Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Pelajaran Teknik. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.

Saya adalah diarah menyatakan juga bahawa mengikuti 10(2) dalam Peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan itu kepada Menteri Pelajaran.8543/(11) Kementerian Pelajaran Malaysia.6 KP. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Oktober.6/68 dan 8/68 Saya adalah diarah merujuk kepada ceraian 2(iii) Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil.LAMPIRAN 2. 2.8548/8(75) . Saya yang menurut perintah tt (Yap Hong Kuan) b. Semua Negeri.3 KP.p Setiausaha Tetap Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran s. Kuala Lumpur.k Bahagian Kewangan Bahagian Pentadbiran Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Bahagian Biasiswa dan Latihan Bahagian Sekolah Bahagian Latihan Guru LAMPIRAN 2.8/1968 dan memaklumkan bahawa penggantungan murid-murid tidak boleh melebihi dari 14 hari. 6/1968 dan ceraian 6. 1968 Ketua Pegawai Pelajaran. Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil. 12hb. Rumah Persekutuan. Tuan.

Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.KP. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. September.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. 01-34 5hb.Kementerian Pelajaran Malaysia.6A/1975 Ruj. ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Kuala Lumpur. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Rumah Persekutuan. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Tuan. Sabah/Sarawak. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. 2. .

B. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.7 KP. Ketua Pengarah Pelajaran. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. Perbezaan di antara Bil. tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. Timbalan Ketua Setiausaha.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). 4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Menteri. Menteri Pelajaran.(b) (c) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. b.B.8548/8/(67) . Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. 6/1975 adalah dibatalkan. 3. Saya yang menurut perintah.p.k. Ketua Setiausaha Kementerian. Setiausaha Sulit kepada Y. LAMPIRAN 2.

Tuan. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri. 19hb. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional. guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap. 2. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2.1. Pengarah Latihan Guru. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuhpenuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). Sabah/Sarawak.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Kuala Lumpur.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.7/1975 Ruj. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Pada umumnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan. .1. 2. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui. Surat Pekeliling Ikhtisas No. telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada ibu bapa/penjaga. Rumah Persekutuan.KP. Ogos 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Lazimnya dalam kes seperti ini.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah.1 Dalam kes-kes seumpama itu.1. dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orangorang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan. Jika murid itu tidak dapat dipujuk. . sifat sendiri dan lain-lain.2. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan. Guru Besar. pegawai masyarakat dan lain-lain. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. 2.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan.2 di bawah. 2. Dalam kes seperti ini. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah. 2.2. b) Kuasa ibu bapa/penjaga. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan yang akan diambil. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga. c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan). adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:a) Peraturan sekolah.Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain.

tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil. murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan.3. kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan. c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah. guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan. . a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah. h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah.1 Dalam kes seperti ini. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah. 2. ponteng sekolah. f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan. 3. b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan. k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah. j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.2. e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan.3. i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajikan Masyarakat. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :i) ii) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.

a) b) c) d) e) f) Ganja (Marijuana) Heroin (Heroin) Morfin (Morphine) Pil M dan Pil MX (M Pill. . MX Pill) Tranquilisers Hallucinogen (Hallucinogens) 5. Saya yang menurut perintah.B Timbalan Menteri. Kementerian Pelajaran Malaysia s. 6. Setiausaha Sulit kepada Y.k. tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah.4. b. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT.p Ketua Setiausaha.B. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. adalah mustahak bagi tiap-tiap Guru Besar dan Guru Penolong mengetahui dan memahami segala Ordinan/Surat Pekeliling/ Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. satu senarai perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat. Tuan. Oleh yang demikian semua Guru hendaklah jua memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Kuala Lumpur. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. bahkan tugas dan tanggungjawab semua Guru lain.KP. Ordinan-ordinan/ Surat-surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah.9/1975 Ref. satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat – Lampiran C Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru.8543/Vol. Maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam lampiran A.2(55) bertarikh 4 Novtember 1975. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan. 3. Untuk menolong sekolah mencapai tujuan ini. Rumah Persekutuan. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. 01-34 4hb.LAMPIRAN D Ref: KP. .8543/Vol 2(55) Kementerian Pelajaran Malaysia. Sabah/Sarawak. Ini bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja. iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh Pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah dijatuhkan adalah disertakan di Lampiran B. Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid Adalah seperti tuan termaklum. November.

Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahui. misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru Besar dan Pengetuapengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan surat pekeliling ini dengan segera. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah. 4. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Guru. Peraturan-peraturan khas untuk asrama.1. perpustakaan dan bilik-bilik mata pelajaran praktikal dan lain-lain. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkahlaku yang baik dan yang buruk. 5. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. 7. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat keputusan yang baik. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari Guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. . Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk Muridmurid Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing. Guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan Khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik-bilik seperti berikut:Bengkel Seni Perusahaan Bilik Sains Rumahtangga Bilik Makmal Sains Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain 6. di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah.4.

Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Ketua-ketua Bahagian. II & III kepada Y. b.B.M Pegawai Khas I. tt (Kum Boh) Bahagian Sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran s. Ketua Setiausaha.B.Saya yang menurut perintah.k. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran Setiausaha Politik kepada Y.p.B. Timbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri .

Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. Memukul guru-guru. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan pejabat Pelajaran. . Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan merbahaya.8543/Vol 2(55) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru-guru besar atau pengetua. 6/1975 dan 7/1975) Berjudi Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.LAMPIRAN B Ref: KP. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah. Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara guru besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. Mencuri. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.9/1975 Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) xvii) Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.

menampar.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. Bagi tiaptiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu. Bagi perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam Peraturan itu. 2. berkeliaran (lotering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Datuk/Tuan. YB. tidak memberi perhatian sewaktu guru mengajar. Malaysia. ____________________________________________ Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guruguru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. mencela. sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.ll/(17) 7HB November 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid. mencubit hingga lebam. mendera seperti berlari keliling padang. hukumannya juga ada dinyatakan. memulas telinga. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahankesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan itu. mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. .8/1983. Telefon : 922066 Kawat : ‘PELAJARAN’ KP(BS)8591/Jld. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. misalnya membuat bising dalam darjah. tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut. 3.

Setiausaha Sulit kepada Y. Menteri Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha l. Kementerian Pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran. 1.B. 6. Kementerian Pelajaran. Pegawai Perhubungan Awam. 4. Timbalan Ketua Setiausaha ll.Sekian. Ketua-ketua Bahagian. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran. 10. 5. . Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. Dato’ Khalil bin Yaakob. Dr. Kementerian Pelajaran.k. 3. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran. 11.B. Menteri Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Tang Tiong Hong. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. 9. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l.B. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran.B. Kementerian Pelajaran. 7. s. Pegawai Khas I kepada Y. Setiausaha Sulit kepada Y. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. 8. 13. 12.

saya adalah diarahkan meminta Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh di negeri tuan supaya menghantar laporan tiap-tiap penggal mengenai kes-kes dadah yang telah disahkan oleh doktor Kerajaan sahaja.Disember 4. Guru Besar hendaklah menentukan supaya setiap kes itu dilaporkan hanya satu kali sahaja sepanjang tempuh persekolahan seseorang murid itu. Sekian. terima kasih. Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Masalah penyalahgunaan dadah pada masa ini adalah merupakan masalah negara dan Kementerian Pelajaran memerlukan butir-butir dan kenyataan-kenyataan kemaskini berhubung dengan murid-murid sekolah yang terlibat dengan perbuatan ini. tt (DATO’ HAJI MURAD MOHD. 3. Guru Besar adalah diminta supaya berhati-hati apabila membuat Laporan Penggal ini supaya perkiraan dua kali (double counting) tidak berlaku. 2. April Penggal II.k. kes-kes yang berlaku diantara 1hb.LAMPIRAN 2. Januari – 30hb. Laporan ini hendaklah dihantar tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahuntahun akan datang. NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia s. Mei – 31hb. September – 31hb. Kuala Lumpur. SULIT KP(BS)8786-51 Jld.15 Kementerian Pelajaran Malaysia. kes-kes yang berlaku diantara 1hb.III (34) 27hb Jun 1978 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. Rumah Persekutuan. . Untuk membolehkan Kementerian ini menyimpan butir-butir dan maklumat itu. Untuk mengelakkannya. Ogos Penggal III. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. Penggal I. Kandungan surat ini sudah dipersampaikan kepada murid-murid yang terlibat.

U. 9. 4. 8.S kepada Y. 7.1. S.B Timbalan Menteri Pelajaran ll Ketua Setiausaha Kementerian Timbalan Ketua Setiausaha l & ll Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l & ll Pengarah Sekolah-sekolah Pengarah Latihan Guru Pengarah Pelajaran Teknik & Vokasional .B Timbalan Menteri Pelajaran l S. 2.U. 5.B Menteri Pelajaran S. 3.S kepada Y.U. 6.S kepada Y.

September 1975.8591/ (99) 25hb Februari 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. 1950 – School (General) Regulation’. Tingkat 12-14. Telefon : 922066 KP. Kuala Lumpur. Bangunan Bank Pertanian. 3. melindungi dan mencegah murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh merosakkan kesihatan mereka. 2. Guru-guru dan Kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuaratmesyuarat/ majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:4.Bahagian Sekolah-sekolah. Larangan menghisap rokok ke atas murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.1. Kementerian Pelajaran Malaysia. Maksud merokok di sini termasuklah menghisap rokok atau cerut atau menghisap paip. ‘The Registration of School Ordinance. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru. 6A/1975 bertarikh 5hb. .1.1. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok. 4. 4. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah _______________________________________________ Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. (apabila dibilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang). Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38. Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada murid-murid.

Hari Sukan dan lain-lain ) Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini. melalui PIBG. Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin.3. 4. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa .3.6. 6. Kerjasama Ibu Bapa Untuk menjayakan kempen ini. maka penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah dinyatakan kepada mereka. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang.2. Hari Penyampaian Hadiah. disertakan juga Garis Panduan Tata Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri. .1. 4. Poster-poster atau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halus seperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakan dan dipamerkan di tempat-tempat tertentu. dan 4.2. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar. sekolah sekolah juga adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan setempat. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini. 4. Guru Besar.4. Sekian. 5. 4. 4.5. boleh meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anakanak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan dan membazir wang. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah.4.1. Bersama-sama dengan surat siaran ini. Mereka juga dilarang merokok semasa bertugas.

Ketua Setiausaha. 10. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha l. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Ketua Jemaah Nazir.B. Pegawai Khas I kepada Y.B. 13. Kementerian Pelajaran.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. Menteri Pelajaran. 5. 1. 8. 9. tt (DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-sekolah b. Kementerian Pelajaran. 7. Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. 12. Menteri Pelajaran Malaysia. 3. 11.B. Timbalan Menteri Pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran. Tang Tiong Hong. Dr. Kementerian Pelajaran . Timbalan Ketua Setiausaha ll. Ketua-ketua Bahagian. Pegawai Perhubungan Awam. Setiausaha Sulit kepada Y. 6.B.k. Setiausaha Sulit kepada Y. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran s. 2. 4. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran. Dato’ Khalil bin Yaakob. Kementerian Pelajaran.

prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis hukuman yang boleh dikenakan. sepertimana tercatat dalam Lampiran l. Bermacam-macam jenis salah laku dilakukan oleh para pelajar. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. 3. surat-surat pekeliling ikhtisas dan surat-surat siaran. Surat pekeliling ini adalah siaran awal kepada satu gerakan yang sedang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi disiplin sekolah di seluruh negara. di samping ia bertujuan untuk memberitahu dan mengingatkan lagi mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki dan mengurangi masalah-masalah disiplin di sekolahsekolah. 2. terdapat ordinan-ordinan pelajaran dan pihak Kementerian juga telah memberi panduan-panduan mengenai disiplin sekolah. memeras ugut. merompak. menunjukkan bahawa ada di antara Pengetua dan Guru Besar serta Guruguru yang tidak tahu-menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada mereka. tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. Dalam hubungan ini. . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Masalah disiplin para pelajar kini menjadi isu hangat dan sering diperkatakan oleh pelbagai pihak.II/(56) 1 Ogos 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. mengancam Guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. seperti menyalahgunakan dadah. Malaysia Tuan. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR Telefon : 2922066 KP(BS)8591/Jil.32 BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. iaitu dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat. Oleh yang demikian. merosakkan harta benda sekolah(vandalism). Analisa daripada laporan-laporan yang diterima dan dari sumber-sumber lain.LAMPIRAN 2. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatanperbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran dan pelbagai lagi.

mengorientasi para guru dan kakitangan sekolah bahawa sekolah adalah bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi disiplin dan orientasi penyelesaian masalah disiplin berasaskan kepada maklumat-maklumat sebenar. Guru-guru baru yang ditempatkan ke sekolah-sekolah dari Maktab Perguruan dan Universiti hendaklah juga diambil tindakan yang sama. 5. 73. 5. perbengkelan dan seumpamanya serta memastikan semua Guru memahami kandungannya. Perlu ditegaskan di sini bahawa jawatankuasa disiplin sekolah (jika ada) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua atau Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin dan Pengetua atau Guru Besar tidak boleh menurunkan kuasa kepada jawantankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan perakuan 69.1. misalnya dengan mengadakan perbincangan.ll/(16) bertarikh 10. 78.4. tindakan berikut hendaklah diambil:5.5 Sekolah-sekolah hendaklah mewujudkan iklim disiplin sekolah yang berkesan iaitu dengan membentuk orientasi bahawa sekolah adalah juga sebagai punca masalah disiplin. didapati jawatankuasa ini kurang berfungsi. Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang sama dapat dipertingkatkan.79. 72.80. Memastikan pihak sekolah menjalankan tindakan menyalurkan maklumat mengenai ordinan-ordinan pelajaran. mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut para 6 ‘Education (School Discipline) Regulations’. 1995 kepada Guruguru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja. 75.10. Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada Guru-guru tanpa mengambil tahu dan mengawalnya sendiri. surat-surat pekeliling dan bukubuku panduan yang ada kesemua Guru. buku-buku panduan dan surat-surat pekeliling yang berkaitan dan jika perlu membuat salinannya dan diedarkan ke sekolahsekolah.3. Adalah didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian. 5. 71.4. 5. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin. 76(a) dan (b).82 dan 84 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) seperti yang tercatat dalam lampiran ll. 74. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memastikan bahawa sekolah-sekolah mempunyai ordinanordinan pelajaran. .2. hak-hak dan tanggungjawab mereka serta prosedur-prosedur mengambil tindakan disiplin yang betul. mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan munasabah. Menubuh dan menggerakkan Jawantankuasa hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran KP(BS)8591/Jld.1983 dan menentukan fungsifungsi jawantankuasa ini dilaksanakan. 5. Oleh hal yang demikian.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.B. Oleh yang demikian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. pengubahsuaian kepada panduan-panduan yang ada perlu dibuat mengenai langkah-langkah dan strategi. Laporan bertulis boleh disusuli kemudian. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkahlangkah bagi mengurangi masalah disiplin pelajar-pelajar di daerah masing-masing kerana dalam keadaan yang ada sekarang kebanyakan masalah disiplin adalah bercorak tempatan. Timbalan Ketua Setiausaha l. 6. Menteri Pelajaran. Jawatankuasa Hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Daerah hendaklah juga digerakkan dengan lebih berkesan lagi dan fungsi-fungsi jawatankuasa ini perlu dilaksanakan. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. mengikut kesesuaian keadaan setempat. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. Sekian. Di samping itu. 5. s. HASHIM) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Timbalan Menteri Pelajaran. 3.B. Kementerian Pelajaran.6. Encik Bujang Haji Ulis. 4. 6. Harap tuan dapat maklumkan surat pekeliling ini kepada semua sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah di negeri tuan. pihak tuan bolehkan secara terus membuat kenyataan pembetulan kepada akhbar memberitahu orang ramai mengenai gambaran sebenarnya jika perlu seberapa segera yang boleh. Timbalan Menteri Pelajaran. Oleh yang demikian. Setiausaha Sulit kepada Y.5. Ketua Setiausaha.k. 7. tt (OMAR BIN MOHD. . Imej buruk mengenai disiplin sekolah yang dipaparkan oleh media massa memberi kesan negatif di fikiran orang ramai oleh kerana kurangnya usaha yang gigih dari pihak kita untuk memberi penjelasan atau maklum balas mengenai kedudukan serta perspektif yang sebenarnya kepada mereka. Setiausaha Sulit kepada Y. 1. Encik Ng Cheng Kiat. Kementerian Pelajaran.B. Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.

6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok. Sekian. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini. terima kasih.Bhg. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia . 2. semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang di dapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut: Kesalahan Kali Pertama Kesalahan Kali Kedua Kesalahan Kali Ketiga Kesalahan Kali Keempat Kesalahan Kali Kelima 3.VIII/(75) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld. : : : : : Rotan 1 kali Rotan 2 kali Rotan 3 kali Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Buang Sekolah Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua negeri Y. Bhg. perkara 2(iv) (a).Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

Dato’/Datuk/Tuan/Puan. 5. datuk Dr. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Chan Fong Onn. Timbalan . 2.B. semua guru. Perkara 4.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Kementerian Pendidikan.1/1983: Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal.1 dalam Surat Pekeliling Bil. . Sekian. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan. 6. Dato’ Khalil bin Yaakob. 1993. Bhg. terima kasih. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.B. 3. 2. 3. 1. sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. 4. kakitangan. 7.KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld. Y. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Ketua Unit Perhububgan Awan.k. 8. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua –Ketua Bahagian Kementerian.5/1997: Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Y. Ketua Setiausaha. Setiausaha Sulit kepada Y.VIII/(76) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. Sekian. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. Kesalahankesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahankesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBUH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. 3. hukumannya juga ada dinyatakan. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan itu. memulas telinga. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid. tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam peraturan tersebut. Bagi tiaptiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturan-peraturan itu. . misalnya membuat bising dalam darjah. Malaysia Y. Sungguhpun peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah.II/(17) 7 November 1983 Semua Pengarah pelajaran Negeri. 2.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan Guruguru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. mencela. Telefon :922066 Kawat:’PELAJARAN’ KP(SB) 8591/Jil. menampar. Datuk/Tuan. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14.B. tidak memberi perhatian sewaktu Guru mengajar. mendera seperti berlari keliling padang. mencubit hingga lebam. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran. 13. Dato’ Khalil bin Yaakob. Timbalan Ketua Setiausaha l. 12. 6. Pegawai Khas I kepada Y.B. Kementerian Pelajaran. 1. Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran Malaysia. 11. Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua-ketua Bahagian. 2. . 8. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Ketua Pengarah Pelajaran. 3. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Pegawai Perhubungan Awam. 7. Timbalan Menteri Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Tang Tiong Hong.B. Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran. 10.k. 5. s. Kementerian Pelajaran. Dr. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Kementerian Pelajaran. 4. Ketua Setiausaha. 9. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran.B. Kementerian Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y.

BAHAGIAN SEKOLAH, JABATAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR.

Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150

Kawat : “PELAJARAN” KP(BS)8591/Jld.Vlll( 10) 11 Oktober 1995 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah ------------------------------------------------------------------Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajarpelajar sepertimana yang dilaporkan oleh media massa. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. 2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyikiran pelajarpelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru. 3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profession perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan. 4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingati pengetua, guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduanpanduan seperti yang terkandung dalam:

4.1 4.2

Panduan Am Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran Percetakan Adabi, Kuala Lumpur 1981. Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1988.

4.3

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam PeraturanPeraturan Pelajaran.

5.

Antara panduan yang dijelaskan ialah: 5.1 5.2 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.

6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900 PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. 2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. 2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.

hobi.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. Dalam masa yang sama. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. Guru-guru kelas terutamanya. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. 2. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kelasnya. prestasi akademik. . Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. 2. butiran peribadi dan keluarga. minat. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. rekod disiplin.

Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. Selain daripada itu. Pembimbing Rakan sebaya. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi.4 Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. 2.2. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. bahan kimia. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Bahaya penggunaan alatan elektrik. .

2. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. dan segala peralatan yang ada di sekolah. sistem pendawaian elektrik. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “School-Home-Community Partnership’. rakan sebaya serta orang lain. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y. Pengetua/Guru Besar dan guruguru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Y. Sehubungan dengan itu. harta benda. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat.Bhg.6 Permuafakatan Ibu Bapa. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. kakitangan dan murid-murid di sekolah. .2. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. atau apa jua sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah.7 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. 3. sistem bekalan gas.Bhg. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dalam hal yang sama.

Kementerian Pendidikan 10. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y. Kementerian Pendidikan 5. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Y.Sekian. Terima kasih. Kementerian Pendidikan .B. Y. Ketua Perhubungan Awan. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Y. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. 1.B.B. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.k.

. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. BLOK J.. Disamping itu. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan...Bhg. Bhg. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. KP(BS)8591/Jld.my 50604 KUALA LUMPUR.. 3....... Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbarakhbar... 2. Laman Web :http://www. Dato’/Tuan/Puan. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA... tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid. Maka. Skin Head.” . Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid..9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat muridmurid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal...moe.. Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya..PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Y.. Sehubungan dengan itu.gov... Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka.. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut...

Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B. 1.4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Y. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Kementerian Pendidikan 10. Kementerian Pendidikan . Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Ketua Perhubungan Awam. Sekian. Y.B. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.Bhg. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Kerjasama Y. Y. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Kementerian Pendidikan 5. Terima kasih. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Y.B.k.

” Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bhg. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja..10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guruguru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh.. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar. Sepatutnya. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain.. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: “.gov.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.my 50604 KUALA LUMPUR. . KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. i. 2. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. Dato’/Tuan/Puan... Telefon: 03-2586900 PARAS 7.” ii. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.. kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan. BLOK J.tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. Laman Web :http://www. KP(BS)8591/Jld.moe.

Ketua Perhubungan Awam. 8. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y. Sehubungan dengan itu. Y. 10. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Sementara itu. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. 1. Kementerian Pendidikan Penasihat Undang-Undang. 9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6.B. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi.k. Kementerian Pendidikan 5. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. penyayang. Oleh hal yang demikian. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive). Y.B. Y. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin. 4. didikan(educative). Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. 7. Terima kasih.B. Kementerian Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pendidikan 11. Kementerian Pendidikan . kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis. Y.3.bhg. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Sekian.B.

3. semua Jabatan Pendidikan Negeri. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.my 50604 KUALA LUMPUR. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Laman Web :http://www.1 Jabatan Pendidikan Bahagian/Daerah: 3. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sehubungan dengan ini. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak.3 . BLOK J. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.2 3. Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. 2.1.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah.moe. Bhg.gov. Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah. 3.1. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari manamana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. KP(BS/HEP)8591/Jld.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara.1 Negeri dan Pejabat Pendidikan Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3.1.XVll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.

3.3. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat. 3.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3.2 3.2. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.5 3.5 4. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia .2. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y. Terima kasih.3 3.2. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri.Bhg. Sekian.2.4 3.2.1. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakilwakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.6 3. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah.1. menasihat. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.1. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.

Ketua Perhubungan Awam. Kementerian Pendidikan . 1. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4.B. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6.k. Y. Y. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B. Kementerian Pendidikan 10.s. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Kementerian Pendidikan 5. Y. Kementerian Pendidikan 7.B. Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Kementerian Pendidikan 8.B.

Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. 10hb. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan.KP. viii) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.1 KP. 3. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. Rumah Persekutuan. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. selepas memberi amaran kedua. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu.6/68. 2.PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS LAMPIRAN 2. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. September. Ruj. Kuala Lumpur.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia. murid itu akan dibuang terus. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. ix) x) xi) .

p setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran tt . Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid).xii) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. xiii) xiv) 4. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini. persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. tt (Yap Hong Kuan) b. Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.

Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik.E Circular Professional 6/68. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani. September. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Oleh yang demikian.KP. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. 3. memahami perhubungan antara manusia. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah. Ruj. 2. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Kuala Lumpur. 4. 18hb. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat.2 KP. Rumah Persekutuan.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.LAMPIRAN 2. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. . Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya.8/1968.

5. yang berguna seumur hidup. dengan tujuan jahat. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. tt (Yap Hong Kuan) b. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Rambut juga hendaklah dipotong baik. Mencuri Melawan pihak-pihak yang berkuasa. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntutpenuntut mempunyai budi pekerti. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. 6. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. 7. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. Mengancam penuntut-penuntut yang lain.p Setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran .

Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. Semua Negeri. Bahagian Peperiksaan.k. Ketua Pegawai Pelajaran. Bahagian Latihan Guru-guru.s. Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian Pentadbiran. . Bahagian Pelajaran Teknik. Bahagian Kewangan. Bahagian Biasiswa dan Latihan.

ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Kuala Lumpur. Tuan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok.LAMPIRAN 2.6 KP. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.KP. Rumah Persekutuan. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. 2.Tambahan pula adalah didapati penghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Sabah/Sarawak. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(d) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.6A/1975 Ruj. September.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia. . Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. 01-34 5hb.

Ketua Setiausaha Kementerian. Menteri Pelajaran.B. Setiausaha Sulit kepada Y. Perbezaan di antara Bil. (f) 3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). . Menteri. b. 4. Saya yang menurut perintah.p.k. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. 6/1975 adalah dibatalkan.(e) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok.B. tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah. Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. Timbalan Ketua Setiausaha. Ketua Pengarah Pelajaran.

murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada .1. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Sabah/Sarawak. 19hb. Surat Pekeliling Ikhtisas No.1. Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional. Ogos 1975 Pengarah Pelajaran Negeri.KP. Pengarah Latihan Guru. Kuala Lumpur. 5.8548/8/(67) Kementerian Pelajaran Malaysia.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2.LAMPIRAN 2.3 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Rumah Persekutuan. Pada umumnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan.7/1975 Ruj.7 KP. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Lazimnya dalam kes seperti ini. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri. Tuan. 2.

pegawai masyarakat dan lain-lain. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. Dalam kes seperti ini. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah. 5.ibu bapa/penjaga. guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. 2. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan.2. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuhpenuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang- .2 di bawah. (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Jika murid itu tidak dapat dipujuk. b) Kuasa ibu bapa/penjaga. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah.1. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain. Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. sifat sendiri dan lain-lain. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan yang akan diambil. 2.2 Dalam kes-kes seumpama itu. Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga. maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati.4 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Guru Besar. adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:a) Peraturan sekolah. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah.2. c) Perbekalan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan).

penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan. u) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajukan Masyarakat.3. v) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.2 Dalam kes seperti ini. 2. q) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil. maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :iii) iv) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga. murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. n) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan. r) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan. 3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan. 5. o) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah. m) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.orang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. s) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. ponteng sekolah. w) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh.3. t) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah. kelakuan tidak senonoh misainya mencuri. p) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah. . x) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.

tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah.p Ketua Setiausaha. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y. b.4. Setiausaha Sulit kepada Y. d) e) f) g) h) i) Ganja (Marijuana) Heroin (Heroin) Morfin (Morphine) Pil M dan Pil MX (M Pill.B Timbalan Menteri. 6. Saya yang menurut perintah. Kementerian Pelajaran Malaysia s. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. MX Pill) Tranquilisers Hallucinogen (Hallucinogens) 5.k.B. .

Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah. dan sekolah.langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Ringkasnya. Bhg.gov. KP(BS)8591/Jld. Laman Web :http://www. .3 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Walaupun secara umun diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah. iaitu di JPN. kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD). 2.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. emosi. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Sehubungan dengan itu. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan. murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah. sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.my 50604 KUALA LUMPUR. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah. ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah ____________________________________ Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik. semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah. 2.moe. dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat. Dato’/Tuan/Puan. PPB/PPD. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. BLOK J. Dalam menanganinya. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah.

prestasi akademik. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. . Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru-guru kelas terutamanya. hobi. pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. 2. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. rekod disiplin. Dalam masa yang sama. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan muridmurid di kelasnya. 2. butiran peribadi dan keluarga. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. minat.5 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan.Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid.

iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas.2.7 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. Bahaya penggunaan alatan elektrik. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa.6 Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. . Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. Pembimbing Rakan sebaya. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. bahan kimia. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. 2. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. Selain daripada itu.

Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah.Bhg. 3. 2. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. sistem pendawaian elektrik.Bhg. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “school-Home-Community Partnership’. . Y. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. dan segala peralatan yang ada di sekolah.8 Permuafakatan Ibu Bapa. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. kakitangan dan murid-murid di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sehubungan dengan itu.9 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah.2. Dalam hal yang sama. harta benda. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). sistem bekalan gas. atau apa jua sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah.

B. Kementerian Pendidikan 10. Y. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. 1.B. Y. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Terima kasih. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2.B. Ketua Perhubungan Awan. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Y.Sekian. Kementerian Pendidikan . Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7.B. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Y. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Kementerian Pendidikan 5.k. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8.

3. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid..my 50604 KUALA LUMPUR... Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya....9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif _________________________________________ Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat muridmurid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal.... Bhg..PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.” . Y.gov.Bhg.. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.. 2. BLOK J...XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y... Telefon: 03-2586900 PARAS 7.. pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Skin Head. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA.moe. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini...... Dato’/Tuan/Puan.. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. KP(BS)8591/Jld.. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Sehubungan dengan itu. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Laman Web :http://www. Di samping itu. Maka.. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbarakhbar. Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran..

Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Terima kasih. Kementerian Pendidikan . Y. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9.4. Y. Kerjasama Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Kementerian Pendidikan 5. Sekian. Ketua Perhubungan Awan. Y.Bhg. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. 1.B.B. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Kementerian Pendidikan 10.k.B.B. Y. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.

” . Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.” 2. BLOK J. Sepatutnya.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. KP(BS)8591/Jld. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja. 2.moe. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain.my 50604 KUALA LUMPUR.. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah.gov. Dato’/Tuan/Puan. 2. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum. Laman Web :http://www. kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: “.. Telefon: 03-2586900 PARAS 7. Bhg.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin ____________________________________ Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guruguru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja..1 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.

B. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut. didikan(educative). Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Kementerian Pendidikan 11. Ketua Perhubungan Awam.k.B. Penasihat Undang-Undang. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. penyayang. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.B.bhg. Kementerian Pendidikan . Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Y.3. 1. Y. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. 4. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin. Y. adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Kementerian Pendidikan 8. Terima kasih. Y. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Sementara itu. Sehubungan dengan itu. Y. Kementerian Pendidikan 10. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Kementerian Pendidikan 5. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive). kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.B. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Oleh hal yang demikian. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Sekian.

2. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Fax : 03-2535150 PUSAT BANDAR DAMANSARA. KP(BS/HEP)8591/Jld.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. Sehubungan dengan ini. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak.moe. semua Jabatan Pendidikan Negeri.XV ll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Telefon: 03-2586900 PARAS 7.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah: 3. Bhg. Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.gov. 3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.my 50604 KUALA LUMPUR. Laman Web :http://www. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.4/2002 Pelaksanaan Program sekolah Selamat ____________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. BLOK J. 3. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari manamana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.2 3.3.3. Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.3 .3. Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah.

Terima kasih.Bhg.4. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia . Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah. Sekian.3.4.5 4.6 3.3 3. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.3.4 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: 3. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri. 3.5 3. menasihat.4 3. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.4.3.1 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.2 3.4. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat. 3. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.4.3.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakilwakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.

Y. Kementerian Pendidikan .B. 1. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah.s. Y.B. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha.B. Y. Kementerian Pendidikan 8. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6.k. Kementerian Pendidikan 7.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y. Kementerian Pendidikan 5. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful