Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

HBML2203

1.0

PENGENALAN

Pengubahsuian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Disamping itu, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif untukmerealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yanglebih menyeronokkan. Justeru itu, profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pembelajaran yang sistematik selaras dengan pembangunan teknologi maklumat. Memandangkan kemampuan dan potensi tinggi yang ditunjukkan oleh teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan cuba memperkenalkan penggunaan teknologi tersebut dalam pendidikan setempat melalui reformasi pendidikan. Reformasi yang dimaksudkan tersebut ialah sebuah projek pendidikan yang merupakan salah satu daripada tujuh projek mega negara yang dinamakan Projek Sekolah Bestari. Menurut Azizah (2005), langkah drastik ini diambil dalam usaha untuk menarik minat pelajar kepada pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran terutamanya bagi menepati kurikulum baru Sekolah Bestari.

1

Pengwujudan Sekolah Bestari ini juga merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 Fasa permulaan Projek Rintis Sekolah Bestari adalah tertumpu kepada empat mata pelajaran iaitu Matematik. diseluruh negara ditransformasikan kepada sekolah bestari. penggunaan bahan teknologi secara bijak. 2 . pemusatan kepada pelajar. antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir. hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. proses instalasi untuk empat mata pelajaran tersebut telah siap dilakukan kepada 92 buah sekolah yang telah senaraikan sebagai projek rintis sekolah bestari. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. sosial serta budaya masa kini. Sains. Pada awal tahun 2003. Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. serta pengurusan sekolah yang efektif. Tahun 2010 adalah merupakan tahun sasaran dimana semua sekolah iaitu 10.000 buah sekolah rendah dan menengah. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berlandaskan ini.

strategi P & P serta jenis pembelajaran Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. menilai. Maklumat akan sentiasa berkembang dengan pesat ke hadapan. pentingnya menyediakan individu untuk belajar sepanjang hayat dalam zaman maklumat. ciri-ciri pelajar. guru akan memahami pelbagai cara pembelajaran murid-murid dan seterusnya 3 .Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 2.1 Sekolah Bestari Sekolah Bestari didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Kemahiran-kemahiran generik yang perlu dikembangkan ialah kemahiran belajar. mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat. kemahiran berfikir.2 Pedagogi Bestari Pedagogi Bestari ialah satu pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan elemen-elemen bestari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk pelajaran.0 DEFINISI 2. Ia adalah suatu intitusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman teknologi maklumat. Maka. Sekolah Bestari juga sebagai sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk menyediakan pelajar menghadapi era maklumat. Oleh itu. intitusi ini melengkapkan pelajaran supaya boleh belajar sepanjang hayat. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya. kemahiran mentaksir dan menilai. mentafsir. Komponen teras pedagogi bestari ialah teori pembelajaran. 2. menganalisis. Melalui teori-teori pembelajaran ini. Sekolah Bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh. kemahiran generik.

guru perlu mahir dan mempunyai maklumat terperinci mengenai bahan pengajaran yang ingin diajar. E-Pembelajaran ialah satu cara untuk proses peningkatan kendiri seorang guru. muzik. kemahiran belajar. Ia ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. intrapersonal. iaitu behavioris. 4 . interpersonal. logik matematik. Ada empat jenis pembelajaran iaitu: y y y y Pembelajaran Masteri Pembelajaran Kadar Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sekolah bestari telah direka bentuk hasil daripada kritikan yang menyatakan bahawa melalui sistem tradisi. sosial serta humanis. Selaras dengan zaman globalisasi. visual/ruang. Pedagogi bestari berusaha mengatasi kelemahan ini dengan hanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang lengkap dan melahirkan generasi tenaga manusia yang boleh berfikir secara celik teknologi. Jenis pembelajaran ialah penglibatan murid mengikut aktiviti pembelajaran secara berterusan mengikut keperluan. kemahiran mentaksir dan menilai.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. minat serta kebolehan murid. penyampaian pengajaran hanya melahirkan murid yang mampu mengingat fakta dan angka tanpa mengetahui cara mengaplikasikannya. Pada asasnya konsep pembelajaran yang berlandaskan teoriteori pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat. kognitif. Terdapat lima elemen bestari dalam kemahiran generik ialah kemahiran berfikir. naturalis serta kerohanian/spritual. Ciri-ciri pelajar dalam pedagogi bestari ialah kecerdasan pelbagai iaitu verbal linguistik. kinestetik. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran fasilitator.

Proses pemerolehan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Maksud konstruktivisme ialah membina.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 2. Mempelajari dan mempaktikkan amalan kaedah pembelajaran bestari yang menggunakan komputer sebagai satu alat pembelajaran. Murid-murid boleh mendapatkan jawapan daripada buku. Melalui kaedah bestari ini murid-murid akan diberikan Kontrak Tugasan dalam tempuh tertentu dengan mereka mencari sendiri fakta-fakta. isi pembelajaran dan penyelesaian permasalahan. 5 . Mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kebiasaannya Kontrak Tugasan mereka diberi masa seminggu hingga dua minggu untuk diselesaikan. Asas kepada konsep konstruktivisme adalah seperti yang berikut: y y y Pemerolehan ilmu pengetahuan oleh individu adalah melalui inisiatifnya sendiri. Dalam konteks pembelajaran. Idea konstruktivisme berasal daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Prokimal atau Termampu (Zone of Proximal Development. perbincangan dan daripada internet. Kaedah dan teknik tradisional seperti syarahan dan menghafal tidak sesuai lagi sebaliknya model pembelajaran koperatif dan kolaboratif amat dititikberatkan. Kaedah bestari ini sangat baik untuk mengembangkan lagi minda murid-murid dan mereka akan berusaha sendiri untuk mendapatkan ilmu. majalah. artikel. guru berperanan sebagai perancang dan pemudah cara manakala pelajar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P. tetapi dibina di dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Tujuan pemerolehan ilmu adalah untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik. Pengalaman dan kesediaan pelajar amat penting yang mempengaruhi pemerolehan ilmu.3 Pembelajaran Bestari Konsep pengajaran pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori konstrukvisme. Fail profil akan diberikan kepada setiap murid untuk menyimpan segala maklumat yang diperolehi. Keutamaan pembelajaran ditumpukan kepada hasil pemerolehan. Dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bawah teori konstruktivisme. teori konstruktivisme menekankan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda. Alat penilaian terhadap pemerolehan ilmu dibentuk oleh guru-guru dan murid-murid. ZPD) oleh Vygotsky.

5. setiap murid akan berusaha mendapatkan maklumat-maklumat sama ada secara individu atau kumpulan. Setiausaha. 3. 6 . 4. 6. Setiap individu akan berusaha mendapatkan maklumat yang diperlukan tanpa bantuan guru. Menambah kemahiran komputer khususnya di bidang internet. Bagi melengkapkan tugasan yang diberi dalam masa yang telah dijanjikan.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 Dalam setiap kumpulan mengandungi murid yang cerdas. Dengan ini semangat setia kawan dan tolong menolong dapat diterjemahkan dalam kumpulan tersebut. 2. Murid yang kurang cerdas dapat main peranan dengan bantuan rakan yang sederhana dan pandai. Semua maklumat akan digabungkan dan diambil yang terbaik untuk disimpan dalam fail profil masing-masing. Menjalin semangat setia kawan dan tolong-menolong. sederhana dan kurang cerdas. Dalam kumpulan tersebut ada jawatakankuasa seperti Pengerusi. Kebaikan daripada pembelajaran bestari ini ialah: 1. Berusaha memastikan setiap maklumat betul tepat dan ringkas. Menyemai rasa bangga memperolehi maklumat hasil usaha sendiri dan kumpulan. Bendahari dan ahli jawatankuasa dalam perkara yang tertentu.

Generatif menjurus kearah pemikiran yang menggunakan metafora dan anologi. Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan masalah. Hal ini termasuklah penggunaan sumbangsaran. Pendekatan ini kerap digunakan dalam kumpulan untuk membantu memperkembangkan respon kreatif bagi menyelesaikan masalah.0 3. Pemikiran pelajar diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta melahirkan individu yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi. penyelesaian masalah yang bukan rutin dan penemuan. guru membimbing murid menggunakan anologi atau metafora untuk melihat perhubungan antara bahan-bahan baru dengan bahan yang mereka ketahui.1 STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI Strategi Generatif Strategi generatif ialah proses pembelajaran yang menjana idea baru berasaskan pengalaman sedia ada. Ini adalah suatu pendekatan bagi pemikiran kreatif. Di sini.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 3. Pendekatan ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan menggunakan metafora atau keadaan yang luar biasa. Pengajaran generatif boleh digunakan dalam penulisan. Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti menentukan kepiawaian dengan murid. Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang sesuai mengikut situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai. Sinetik adalah sebagai alat sumbangsaran yang digunakan dalam pengajaran generatif. sinetik. pemikiran lateral dan kreativiti melalui sesuatu reka bentuk. untuk mengekalkan 7 . menyediakan kriteria secara eksplisit sambil memberi kuasa kepada murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka pendekatan dan strategi alternatif bagi pelbagai tugasan.

membandingkan konflik tertekan dengan subjek.2 Strategi Mediatif Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar untuk menilai isu. membina analisis baru dan menilai. Antara langkah yang wujud dalam sinetik model ialah memberi maklumat. 8 . Dalam proses pengajaran. guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Dalam pendekatan ini. memberi anologi. mereka dapat merumuskan serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam menyelesaikan masalah. Guru perlu membantu membimbing bagi mencuba dan menguji idea mereka. mengguna anologi peribadi untuk mewujudkan konflik yang tertekan. mengenalpasti perbezaan. 3. Seterusnya. memeriksa semua subjek asal. Murid perlu di galakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan deduktif. menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah Pelajar membina idea dan konsep mengikut kefahaman sendiri berlandaskan pengetahuan lepas. guru perlu mengelakkan diri daripada membuat pertimbangan terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Ia membantu pengguna menukar pemikiran sedia ada dan menghayati konsep abstrak. Pelajar diberi bimbingan untuk mempelajari bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. membantu menjana penulisan dan meneroka masalah sosial dan disiplin.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 maklumat baru.

Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 4. 9 . membuat keputusan. peneyelesaian masalah. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual. murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan mengawal proses pembelajaran. Strategi ini dapat membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. latihan inkuiri dan perbincangan terbuka. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan seorang pelajar. 4. pemerolehan konsep. keputusan dan hipotesis. murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda. pembentukan konsep. Untuk strategi yang seterusnya. Dalam pendekatan pemerhatian.0 PEMERHATIAN DAN REFLEKSI PEMBELAJARAN BESTARI 4. perancangan dan penilaian. mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian.2 Strategi Mediatif Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara.1 Strategi Generatif Dalam strategi generatif. pemikiran lateral dan kreatif. Hal ini melibatkan proses menolong murid secara terus bagi mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan konflik.

pembentukan konsep dan penemuan. Fasa ketiga. guru perlu membimbing murid melalui empat fasa. membentuk pelbagai jenis inferens daripada pemerhatian. Fasa terakhir adalah fasa membuat penilaian tentang aktiviti yang dijalankan. memproses data kumoulan berasaskan pengamatan yang sama. Penggunaan konsep (mengikut Bruner) adalah proses mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan dengan tepat makna konsep tersebut. dan hubungannya dengan pembinaan pengetahuan baru. Pendekatan ini menggabungkan aktivitiaktivti penaakulan.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Fasa pertama. Dalam proses ini. Murid akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masa akan datang. Ia akan berjaya sekiranya murid dapat mengenal pasti contoh-contoh yang lain yang berkaitan dengan konsep yang dibina. Model Taba dibina berasaskan konsep yang merupakan sebahagian daripada pengetahuan sedia ada murid. Dalam pengajaran penguasaan konsep. Selain perbincangan terbuka. bimbingan dan perbincangan terbuka. Mediator menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri secara aktif dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah. murid diminta membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina konsep. Setelah murid memberikan definisi dengan betul barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Mereka kemudian mengkategori dan melabelkan data dan seterusnya membentuk sistem konseptual. murid diminta memberikan contoh-contoh yang menggambarkan konsep tersebut dan cuba memperkembangkan. Disini murid diajar membuat pemerhatian. pendekatan utama yang lain dalam startegi mediatif adalah penguasaan konsep. 10 . murid telah memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti dan kaedah yang digunakan bagi menentukan konsep. Lama kelamaan ini akan mengurangkan pergantungan murid terhadap guru dan boleh berfungsi sendiri. Fasa kedua pula.

guru perlu mengajar cara mengkaji sesuatu masalah dan mengemukakan soalan berasaskan fakta dan pemerhatian. mengumpul data. memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat kesimpulan terhadap konsep yang baru dipelajari. memilih angkubah yang relevan dan meperbaiki proses daya ingatan dalam mengintergrasikan bahan ke dalam struktur kognitif mereka serta memudahkan proses ingat kembali. respon kepada penemuan murid. model inkuiri adalah berasaskankepada lima langkah iaitu. Membuat hipotesis. Umumnya. strategi mediatif yang menggunakan pendektan inkuiri akan membentu murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka pada masa akan datang dengan lebih yakin. Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 Pendekatan lain dalam pengajaran mediatif adalah inkuiri iaitu. mengenal pasti masalah. Oleh itu. Murid diharapkan dapat mengumpul maklumat. membantu murid memberi fokus pemenuan mereka dan memudahcara perbincangan penyelesaian masalah dikalangan murid. peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan inkuiri adalah membina situasi masalah. menganalisi data dan membuat generelisasi. menyediakan prosedur penemuan. 11 .

Murid-murid juga lebih banyak memberi idea baru berbanding dengan keadah analitikal biasa. 12 . dan dicatat di papan hitam. Tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Semua idea yang diberi oleh pelajar adalah dianggap betul.1 Penambahbaikan Strategi Generatif 5. Ini kerana dalam perbincangan dalam kumpulan mesti terdapat banyak saranan idea. serta sesuai dengan peringkat umur pelajar. Setelah guru memberikan tajuk perbincangan.0 PENAMBAHBAIKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI 5. Dalam perbincangan kumpulan. Dalam setiap kumpulan pula. Kaedah sumbangsaran ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk mendapatkan banyak idea dalam tempoh yang singkat. Murid-murid akan membincangkan tajuk yang diberi dalam kumpulan masingmasing sebelum membuat pendirian masing-masing. Secara keseluruhannya kaedah pembelajaran ini memberi alternative kepada guru-guru dalam melaksanakan aktiviti P&P yang pelbagai. seorang pengerusi mesti dilantik sama ada oleh guru atau ahli kumpulan. Topik perbincangan adalah ditentukan oleh guru. Dalam sesi sumbangsaran ini. ahli ahli kumpulan digalakkan untuk memberi idea dari pelbagai sudut pandangan.1.1 Sumbang saran Sumbangsaran adalah merupakan satu aktiviti perbincangan yang dijalankan secara berkumpulan. tetapi tajuk yang dipilh mestilah sesuai dengan minat dan kebolehan. Bilangan ahli kumpulan yang dicadangkan adalah diantara 8 hingga 12 bagi setiap kumpulan.Tugas pengerusi adalah untuk menyelaraskan idea-idea dalam kumpulan.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 5. oleh itu pengerusi akan memilih satu idea sahaja melalui pemuafakatan untuk diberitahu kepada kelas. Kebiasaannya masa yang ditentukan oleh guru adalah 20 minit. murid-murid akan dibahagikan dalam kumpulan. murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat mengenai tajuk perbincangan.

Secara tidak langsung kaedah bercerita juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis selain kemahiran bahasa melalui sesi perbincangan di akhir pembelajaran. gambar. Pada masa yang sama guru perlu menguasai teknik bercerita iaitu memek mukadan intonasi. guru perlu memanipulasikan mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.1. boneka. kertas dan sebagainya. 13 . Kemahiran-kemahiran yang perlu guru gunakan dalam teknik bercerita adalah kemahiran verbal dan nada suara. Guru boleh mempelbagaikan teknik bercerita ini dengan menggunakan bahan-bahan sampingan seperti tali. perbincanganhendaklah merangkumi: y y y Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yangdisampaikan. Nada suara yang dimaksudkan pula. sesi perbincangan pula perlu dijalankan untukmenguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan. Oleh itu guru-guru mestilah inovatif dalam mencari mempersembahkan cerita yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran.Guru juga bukan sahaja perlu memastikan cerita yang dipilih sesuai dengan umur murid-murid.2 Bercerita Kaedah bercerita adalah salah satu kemahiran generik yang boleh digunakan di dalam kelas. serta membuat memek muka supaya cerita yang disampaikan lebih menarik. Kaedah ini adalah lebih berpusat kepada guru. Selepas sesi bercerita.Guru perlu mempelbagaikan suara dan nada.Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 5. penekanan frasa dan penggunaan ayat-ayat mudah. Latihan tatabahasa Merumuskan isi-isi penting dalam cerita. malah guru perlu mempersembahkan cerita yang menarik. Kemahiran verbal adalah seperti projeksi suara. binatang permainan.

com/internet-and-technologies/1814748-pembelajaran-bestari/ http://www.menilai kebenaran andaian. keputusan dan hipotesis.scribd.1. Lazimnya guru menggalakkan murid-murid memberikan pendapat masingmasing melalui pendekatan berikut.3 Perbincangan 5.scribd.com/doc/8882525/WriteUp-Pedagogi-Bestari http://www.2 Penambahbaikan Strategi Mediatif Dalam strategi mediatif.shvoong.com/doc/22391668/teknik-pengajaran-danp-pembelajaran 14 .Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203 5. pelajar akan belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru yang menjurus kepada konsep menolong pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah. ‡ Perbincangan terbuka ‡ Pencapaian konsep ‡ Pembinaan konsep ‡ Inkui http://ms.membuat keputusan. mengenalpasti andaian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful