LAPORAN AUDIT

6:53 PM 0 comments Pengenalan Tugas menyediakan penyata kewangan merupakan tanggungjawab pihak pengurusan entiti. Tanggungjawab utama juruaudit bebas pula adalah untuk memberikan pendapat kepada pihak luar termasuk para pelabur dan pemiutang tentang penyata kewangan yang dipersembahkan sama ada ia memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan entiti dan hasil kendaliannya atau sebaliknya. Tanggungjawab ini dapat dipenuhi dengan menyertakan bersama-sama penyata kewangan sebuah laporan audit yang mengandungi pendapat tersebut. Laporan audit hanya akan dikeluarkan setelah juruaudit selesai dengan kerja pemeriksaan audit. ISA 700, The Auditor's Report on Financial Statements, menghendaki juruaudit menyemak dan menilai kesimpulan yang diambil daripada bukti audit yang diperoleh sebagai asas pemberian pendapat tentang penyata kewangan. Juruaudit dikehendaki melapor kepada pemegang saham atau ahli entiti sama ada menurut pendapat mereka, penyata kewangan pada hakikatnya memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan pelanggan tersebut dan hasil kendaliannya, atau tidak. Oleh sebab implikasi laporan audit adalah berat, juruaudit harus sentiasa berhati-hati pada sepanjang tempoh tugasnya, iaitu mulai dari peringkat tinjauan sistem pelanggan, semasa penyiasatan terperinci terhadap rekod pelanggan dan akhir sekali pada peringkat pemeriksaan akaun akhir.

APAKAH LAPORAN AUDIT? Laporan audit merupakan satu laporan yang disediakan oleh juruaudit yang mengandungi pendapat juruaudit tentang kunci kira-kira, akaun untung dan rugi, dan penyata sumber dan penggunaan dana. Penyata itu disediakan mengikut kehendak Akta Syarikat, 1965 dan prinsip perakaunan diterima umum supaya memberi gambaran benar dan saksama tentang hasil kendalian entiti bagi tahun yang berkenaan. Laporan audit juga membentangkan kedudukan kewangannya pada tarikh kunci kira-kira, serta pendapat sama ada rekod perakaunan dan rekodrekod lain disimpan dengan baik mengikut kehendak akta tersebut atau tidak.

Akta Syarikat, 1965, Seksyen 174 memperuntukkan bahawa juruaudit perlu memberikan pendapatnya tentang perkara yang berikut: (a) Sama ada pada pendapatjuruaudit penyata kewangan menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat dan hasil kendalian syarikat serta perubahan kedudukan kewangan syarikat atau tidak. (b) Sama ada penyata kewangan itu disediakan mengikut kehendak akta atau tidak. (c) Sama ada rekod perakaunan dan rekod lain termasuk daftar disediakan dan disimpan seperti yang dikehendaki oleh akta atau tidak.

Perenggan Pengenalan (a) Mengenal Pasti Penyata Kewangan." 4. Penyata kewangan ini merupakan tanggungjawab pengurusan syarikat.) "Kami telah mengaudit kunci kira-kira Syarikat ABC pada 31 Disember 19X1 dan penyata pendapatan serta penyata aliran tunai yang berkaitan untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut.Walaupun laporan juruaudit hanya menyentuh perkara yang tersebut di atas. ISA 700. Tanggungjawab kami adalah memberi pendapat terhadap penyata kewangan tersebut berasaskan audit kami. Ini termasuklah nama entiti. Skop laporan merujuk kepada kebolehan juruaudit melaksanakan tatacara audit . Laporan pengarah yang disertakan bersamasama dengan penyata kewangan memang dimestikan oleh Akta Syarikat 1965. Laporan ini biasa ditujukan kepada pemegang saham atau lembaga pengarah entiti yang penyata kewangannya sedang diaudit. Pihak Sasaran Laporan audit ditujukan kepada pihak yang tertentu sebagaimana yang diperlukan mengikut persekitaran ikatjanji dan peraturan tempatan. MAKLUMAT DALAM LAPORAN AUDIT Menurut ISA 700. Laporan audit perlu menyatakan dengan jelas bahawa penyata kewangan adalah tanggungjawab pengurusan entiti dan tanggungjawab juruaudit adalah untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan berdasarkan audit yang telah dijalankan. Tujuannya adalah untuk membantu para pembaca mengenal pasti laporan juruaudit dan dapat membezakannya dengan mudah daripada laporan lain yang dikeluarkan oleh pihak tertentu seperti laporan oleh pihak pengurusan. patut digunakan. Laporan juruaudit patut menyatakan piawaian atau amalan pengauditan yang diikuti dengan merujuk Piawaian Antarabangsa Pengauditan atau kepada piawaian atau amalan yang telah dimantapkan. Perenggan Skop Perenggan ini menerangkan sifat semula jadi audit. Laporan ini perlu mengenal pasti penyata kewangan yang diaudit. (a) Rujukan kepada Piawaian atau Amalan Pengauditan. Tajuk Tajuk yang sesuai. tarikh dan tempoh masa yang diliputi oleh penyata kewangan itu. juruauditjuga bertanggungjawab terhadap soal kebenaran dan kesaksamaan laporan pengarah kerana laporan pengarah merupakan sebahagian daripada penyata kewangan. 2. mengikut Seksyen 169. Contoh: (Terjemahan Perenggan 11. seperti "Laporan Juruaudit". laporan audit perlu mengandungi unsur maklumat asas yang berikut: 1. 3. (b) Kenyataan tentang Tanggungjawab Pengurusan Entiti Pelanggan dan Tanggungjawab Juruaudit.

Contoh: (Terjemahan Perenggan 16. (b) Keterangan tentang kerja yang dijalankan oleh juruaudit. penilaian prinsip perakaunan bagi penyediaan penyata kewangan.. dari semua aspek yang matan) kedudukan kewangan syarikat pada 31 Disember 19X1. Pendapat terhadap Penyata Kewangan Laporan audit menyatakan pendapatjuruaudit tentang persembahan penyata kewangan-entiti.. penyata kewangan memberi gambaran yang benar dan saksama tentang (atau membentangkan secara saksama.. Audit tersebutjuga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran penting yang dibuat oleh pengurusan serta penilaian pembentangan keseluruhan penyata kewangan. 5.". Laporan tersebut perlu menerangkan bahawa audit yang dijalankan merangkumi pemeriksaan bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan. ialah piawaian dan amalan yang diterima oleh negara berkenaan.. Kami percaya audit yang kami jalankan memberi asas yang munasabah terhadap pendapat yang kami keluarkan". kecuali jika dinyatakan secara jelas oleh juruaudit. Laporan audit perlu mengandungi kenyataan bahawa audit tersebut telah dirancang dan dilaksana untuk mendapat kepastian sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada salah nyata yang material atau tidak. iaitu kedudukan kewangan dan hasil kendalian entiti itu. Piawaian tersebut menghendaki kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan itu bebas daripada salah nyata yang material. berasaskan ujian. bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan. penilaian anggaran penting yang dibuat oleh pengurusan semasa menyediakan penyata kewangan secara keseluruhan.) "Pada pendapat kami. )." Kadangkala juruaudit dikehendaki memberikan pendapat tentang pematuhan pelanggan terhadap kehendak tertentu undang-undang.. dan tentang hasil kendalian dan aliran tunainya untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut mengikut piawaian perakaunan berkenaan . Contoh: (Terjemahan Perenggan 21. apabila penggunaan prinsip perakaunan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh peraturan tempatan tidak menghasilkan persembahan yang "memberi gambaran benar dan saksama tentarig . Walau bagaimanapun. Piawaian atau amalan pengauditan yang dirujuk dalam laporan audit. Rujukan seperti itu tidak bermakna mengurangkan tanggungjawab juruaudit untuk berpuas hati bahawa gambaran yang dipersembahkan oleh penyata kewangan adalah selaras dengan pengetahuan juruaudit tentang perniagaan entiti tersebut. (dan mematuhi undang-undang yang berkaitan . Selalunya pematuhan seperti itu juga memenuhi keperluan juruaudit untuk melahirkan pendapat seperti yang dibincangkan di atas.. selaras dengan (nyatakan Piawaian Antarabangsa Pengauditan atau piawaian lain yang diterima oleh negara berkenaan)".) "Kami telah menjalankan audit mengikut Piawaian Antarabangsa pengauditan. Juruaudit perlu menyatakan bahawa audit yang dijalankan memberikan asas yang munasabah bagi pendapat tersebut. Tujuan rujukan seperti itu adalah untuk menerangkan kepada para pembaca tentang prinsip yang mengawal pembentukan pendapat profesional oleh juruaudit.. Pendapat audit disampaikan dengan menyebut "memberikan gambaran benar dan saksama tentang . Audit tersebut merangkumi pemeriksaan. cara pernyataan yang sama tidak boleh .yang perlu dalam persekitaran tertentu.. ISA 700. ISA 700.

digunakan untuk melahirkan pendapatjuruaudit tentang "pematuhan pada undang-undang". seperti yang dilampirkan. 6. bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan. Susunan katakata yang melahirkan makna yang tepat dalam laporan audit adalah sangat penting. Tanggungjawab kami adalah memberi pendapat terhadap penyata kewangan ini berasaskan audit yang kami jalankan. Kami percaya bahawa audit yang dijalankan memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami. Contoh: (Terjemahan Perenggan 28. Tandatangan Laporan audit mesti ditandatangani dengan nama firma audit. Penyata kewangan ini adalah tanggungjawab pengurusan syarikat. Pada pendapat kami. Para pengguna perlu menyedari bahawa laporan audit hanya menyampaikan pendapat juruaudit tentang penyata kewangan. 7. ISA 700) LAPORAN JURUAUDIT "Kami telah mengaudit kunci kira-kira Syarikat ABC pada 31 Disember 19X1 dan penyata pendapatan dan aliran tunai yang berkaitan untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut. Audit merangkumi pemeriksaan. penyata kewangan memberi gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat pada 31 Disember 19X1 dan hasil kendalian dan aliran tunai untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan piawaian perakaunan (dan mematuhi undang-undang berkaitan)". biasanya nama bandar lokasi pejabatjuruaudit. Juruaudit tidak bertujuan untuk memberikan pengesahan. laporan audit perlu mengandungi penyampaian pendapat secara bertulis tentang maklumat kewangan. 8. Audit juga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran yang signifikan yang dibuat oleh pengurusan. Laporan audit mungkin mengandungi syarat tertentu yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan dan kegunaan penyata kewangan. Tujuannya adalah untuk memaklumkan kepada para pembaca bahawa juruaudit telah mengambil kira kesan peristiwa dan urus niaga yang terjadi hingga ke tarikh berkenaan terhadap penyata kewangan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam "Prinsip Asas yang Menguasai Audit". Kami menjalankan audit mengikut Piawaian Antarabangsa Pengauditan (atau merujuk piawaian atau amalan tempatan yang bersesuaian). jaminan atau sebarang bentuk pengakuan positif yang lain bahawa penyata kewangan itu adalah sempurna sepenuhnya. Berikut diturunkan satu contoh laporan audit tanpa syarat dalam format yang biasa digunakan: (ISA 700). . Piawaian tersebut menghendaki kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian sama ada penyata kewangan bebas daripada salah nyata yang matan. nama juruaudit yang bertanggungjawab atau kedua-duanya sekali. berasaskan ujian. Tarikh Laporan Laporan audit perlu diberi tarikh. AlamatJuruaudit Laporan auditjuga mesti menyatakan nama tempatjuruaudit.

Kesan daripada perubahan tersebut terhadap maklumat kewangan ditentukan dan dipersembahkan dalam penyata kewangan. Yang pertama. perkara ini dijelaskan dalam laporan audit. ‡ Pendapat bertentangan. juruaudit tidak keberatan menyatakan pendapat tentang kesaksamaan penyata kewangan. (b) Maklumat kewangan memenuhi kehendak undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Dalam keadaan ini pendapat audit boleh dibahagi kepada tiga jenis: (i) Pendapat bersyarat. dan (d) Pembentangan yang cukup untuk semua perkara matan bagi tujuan persembahan maklumat kewangan yang baik. . dan (iii) Pendapat bertentangan. Juruaudit mengeluarkan pendapat tanpa syarat apabila dia berpuas hati dengan semua aspek penyata kewangan yang matan bahawa: (a) Maklumat kewangan disediakan dengan berasaskan prinsip perakaunan yang diterima dan prinsip itu digunakan secara tekal. ‡ Penafian pendapat. Laporan Audit Tanpa Sprat Dalam laporan tanpa syarat atau juga dikenali sebagai laporan bersih.JENIS LAPORAN AUDIT Pendapat yang dilahirkan oleh juruaudit di dalam laporannya boleh dibahagikan kepada jenisjenis seperti yang berikut: (a) Pendapat tanpa syarat atau pendapat bersih. Laporan Audit Diubahsuai Laporan audit yang diubahsuai boleh dikelompokkan kepada dua. iaitu: (a) Keadaan yang tidak memberi kesan terhadap pendapatjuruaudit. Pendapat seperti ini bermakna syarikat yang diaudit itu telah menyediakan akaun mengikut keperluan undang-undang dan prinsip perakaunan yang diterima umum. (ii) Penafian pendapat. apabila terdapat suatu keadaan yang memerlukan tambahan maklumat pada laporan tersebut untuk dimaklumkan kepada pengguna penyata kewangan. (c) Persembahan maklumat kewangan secara keseluruhannya adalah selaras dengan pengetahuan juruaudit tentang perniagaan entiti. Sekiranya terdapat perubahan dalam prinsip perakaunan atau kaedah penggunaannya. (b) Keadaan yang memberi kesan terhadap pendapatjuruaudit. (ii) Memberi kesan terhadap pendapat juruaudit yang menghasilkan tiga jenis pendapat berikut: ‡ Pendapat bersyarat. Laporan audit diubahsuai ini berlaku dalam dua keadaan yang berbeza. (b) Laporan diubahsuai yang: (i) Tidak memberi kesan terhadap pendapat juruaudit.

kewujudan atau penilaian aset. kesan daripada keadaan atau urus niaga yang mengakibatkan pendapat juruaudit yang dikeluarkan bukan merupakan pendapat tanpa syarat. Keadaan tersebut termasuk batasan pada skop kerja juruaudit dan tiada persetujuan antara juruaudit dangan pengurusan tentang dasar perakaunan yang digunakan. pelanggan menghalang juruaudit daripada menjalankan suatu tatacara audit tertentu. walaupun juruaudit berpendapat bahawa tatacara itu adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan untuk audit tersebut. Batasan di atas mungkin timbul apabila pelanggan mengenakan batasan terhadap skop kerja juruaudit. Contoh: (Terjemahan Perenggan 33.) "Tanpa membataskan pendapat kami. walaupun pada hakikatnya bukti yang berkenaan memang wujud ataupun dijangka wujud. Keadaan yang Memberi Kesan terhadap Laporan Juruaudit Juruaudit boleh mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan pendapat tanpa syarat jika pada pertimbangannya ada keadaan tertentu yang memberi kesan yang matan terhadap penyata kewangan. Tanpa melaksanakan tatacara itu juruaudit tidak dapat memperoleh bukti untuk mencapai objektif audit yang berkenaan. Syarikat mengambil tindakan balas dan pembicaraan awal dan tindakan undang-undang terhadap kedua-dua dakwaan tersebut sedang berjalan. juruaudit tidak dapat menentukan perkara itu dengan pasti pada tarikh laporan juruaudit dibuat.Keadaan yang Tidak Memberi Kesan terhadap Laporan Juruaudit Apabila timbul suatu keadaan yang boleh mempengaruhi penyata kewangan. Keputusan akhir tentang perkara tersebut tidak dapat ditentukan buat masa ini dan tiada peruntukan dibuat dalam penyata kewangan untuk apa juga liabiliti yang mungkin timbul nanti". keadaan tersebut perlu dititikberatkan dengan mengubahsuai laporan audit. Walaupun begitu. Keadaan-keadaan yang boleh membawa kepada laporan bersyarat: Batasan Skop Kerja Juruaudit: Batasan pada skop kerja audit boleh wujud dalam keadaan yang berikut: (a) Batasan yang timbul disebabkan oleh ketidakpastian tentang pemilikan. Apabila timbul ketidakpastian seperti itu. tetapi hanya mengubahsuai laporan sekiranya terdapat masalah usaha berterusan atau perkara lain yang melibatkan ketidakpastian yang signifikan yang dalam hal ini penyelesaiannya bergantung pada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang atau mungkin menjejaskan penyata kewangan. Umpamanya. Sekiranya sekatan yang dikenakan pada ikatjanji audit itu menjejaskan tugas juruaudit. iaitu menambah perenggan penekanan. Perenggan ini tidak mengubah pendapatjuruaudit. keadaan penggunaan dasar tersebut dan kecukupan pendedahan penyata kewangan. Maklumat terperinci tentang perkara tersebut selalunya dinyatakan dalam nota kepada akaun. juruaudit tidak sepatutnya . Syarikat ini ialah defendan dalam suatu dakwaan mahkamah atas tuduhan menceroboh hak paten dan tuntutan ganti rugi royalti dan ganti rugi punitif. liabiliti atau keadaan luar jangka. ISA 700. (b) Batasan yang timbul kerana juruaudit tidak berjaya memperoleh bukti ataupun tidak berpuas hati dengan bukti yang dihasilkan daripada tatacara gantian yang digunakan. adalah kurang penting untuk menjadikannya pendapat bertentangan ataupun pendapat penafian. kami menarik perhatian kepada Nota X penyata kewangan.

Umpamanya. iaitu: (a) Kebolehterimaan prinsip perakaunan yang dipilih oleh pelanggan. pelanggan tidak menyimpan rekod perakaunan secukupnya. (c) Kepatuhan pada peraturan dan kehendak undang-undang yang berkaitan untuk pembentangan penyata kewangan. laporan juruaudit harus menyatakan batasan yang berkenaan. Dalam keadaan seperti itu. yang merangkumi pembentangan maklumat yang cukup dalam penyata kewangan. Tiada Persetujuan antara Juruaudit dengan Pihak Pengurusan Tiada persetujuan antara juruaudit dengan pihak pengurusan boleh timbul sekiranya berlaku perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak tentang sesuatu perkara tertentu. Cara susunan kata-kata untuk menyampaikan pendapat tersebut harus dapat menunjukkan bahawa pendapat itu adalah pendapat bersyarat yang tertakluk pada pelarasan yang mesti dikenakan terhadap penyata kewangan yang diaudit. sekiranya kesan daripada batasan itu dijangkakan sangat penting. Sekiranya terdapat batasan seperti yang dibincangkan di atas. juruaudit perlu cuba untuk menjalankan tatacara gantian yang munasabah untuk mendapatkan bukti audit yang cukup yang membolehkannya mengeluarkan pendapat tanpa syarat. Akta Syarikat. Hak juruaudit untuk memperoleh rekod perakaunan dan rekod-rekod lain syarikat yang sedang diaudit serta maklumat dan keterangan tentang syarikat tersebut disarankan dalam Seksyen 174. Beberapa perkara yang boleh menyebabkan wujud percanggahan pendapat antara pihak pengurusan dengan juruaudit. (b) Kesesuaian kaedah penggunaan prinsip perakaunan tersebut. 1965. Ada kalanya pula batasan skop timbul disebabkan oleh keadaan persekitaran. Sungguhpun keadaan seperti ini boleh melahirkan laporan bersyarat. 1965 memperincikan butiran yang memerlukan pembentangan yang berasingan daripada penyata kewangan). Sekiranya batasan itu tidak ada. Sekiranya batasan terhadap skop kerja audit itu menghalang juruaudit daripada mengeluarkan pendapat tanpa syarat. Ini bermakna juruaudit tidak dapat menjalankan kerja audit dengan berkesan. kemungkinannya pelarasan terhadap penyata kewangan itu dapat ditentukan dan dilakukan. Akta Syarikat. juruaudit harus mempertimbang kematanan kesan daripada batasan tersebut dan menentukan sama ada juruaudit perlu mengeluarkan laporan bersyarat atau tidak. . juruaudit percaya bahawa penyata kewangan perlu diselaraskan atau dikemas kini supaya dapat memberikan gambaran yang benar dan saksama. Subseksyen 4. (Jadual 9. Juruaudit juga mungkin gagal melaksanakan tatacara yang dianggap penting sebab pelanggan enggan memberikan kerjasama membekalkan maklumat dan keterangan yang diperlukan. Dalam keadaan ini. juruaudit boleh memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa pendapat audit terhadap penyata kewangan. manakala pihak penqarah dan pihak pengurusan pelanggan pula mempunyai pendapat sebaliknya.menerima pelantikan tersebut.

(b) Pendapat audit kesan ketiadaan persetujuan antara juruaudit dengan pihak pengurusan: (i) Pendapat bersyarat. Akta Syarikat. Walaupun begitu. juruaudit menggunakan susunan kata-kata yang dapat menjelaskan bentuk perbezaan pendapat itu. juruaudit boleh mengeluarkan pendapat bertentangan. (ii) Penafian pendapat. boleh menyebabkan juruaudit memberikan laporan bersyarat. (ii) Pendapat bertentangan. Dalam laporannya. dan ukuran kesan perbezaan pendapat tersebut terhadap penyata kewangan. iaitu: (a) Pendapat audit kesan batasan skop kerja juruaudit: (i) Pendapat bersyarat. jika matan. Kegagalan Pihak Pelanggan Menyimpan Rekod Perakaunan dan Rekod serta Daftar yang Lain seperti yang Dikehendaki oleh Undang-undang Tanggungjawab pengarah syarikat untuk menyimpan rekod bukan untuk memenuhi permintaan audit. Pendapat yang dikeluarkan oleh juruaudit berbentuk "kecuali dengan" kesan perkara yang dikaitkan dengan syarat berkenaan. Jenis laporan bersyarat itu pula bergantung pada sifat keadaan tersebut serta pentingnya perkara tersebut pada gambaran yang diberi oleh penyata kewangan. Hal ini timbul kerana wujudnya perbezaan pendapat antara juruaudit dengan pelanggan ataupun kerana terdapat batasan skop terhadap kerja audit tersebut. Pendapat Bersyarat Pendapat bersyarat dikeluarkan apabila juruaudit membuat kesimpulan bahawa pendapat tanpa syarat tidak boleh digunakan. Sekiranya berlaku satu daripada tiga keadaan di atas. yang memberikan kesan yang matan terhadap maklumat kewangan. JENIS SYARAT PENDAPAT AUDIT Jenis dan cara susun kata laporan juruaudit yang mengandungi syarat atau penekanan bergantung pada jenis keadaan yang dinyatakan pada pendapat juruaudit. tetapi merupakan tanggungjawab berkanun. . kesan ketiadaan persetujuan dan batasan skop yang menjadi bahan kepada syarat pendapat itu tidak terlalu matan atau menyeluruh sehingga menahan juruaudit memberi pendapat tentang penyata kewangan secara keseluruhannya. juruaudit masih boleh memberikan pendapat bahawa penyata kewangan memberikan gambaran yang benar dan saksama tetapi pendapat yang diberi itu memberi pengecualian pada perkara tertentu dalam penyata kewangan tersebut. juruaudit boleh mengeluarkan laporan bersyarat.Percanggahan pendapat sedemikian. Pada dasarnya terdapat empat jenis pendapat yang boleh dikeluarkan oleh juruaudit dalam laporannya hasil daripada kesan keadaan yang dibincangkan di atas. 1965 mengandungi peruntukan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pengarah syarikat. Jika percanggahan tersebut sangat penting. Seksyen 167. Dalam hal ini.

Kami telah mengaudit akaun pada halaman 20 hingga 25 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa. Pada pendapat kami. yang dikecualikan oleh juruaudit daripada pendapatnya. untung tahun semasa patut dikurangkan sebanyak RM500 000. yang pada pendapat kami. Seterusnya nilai buku bersih aset tetap patut dikurangkan dengan susut nilai terkumpul berjumlah RM2 350 017. Walau bagaimanapun. penyata kewangan memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan XYZ Bhd. susut nilai tidak diperuntukkan dalam penyata kewangan. (b) Menyampaikan keengganan juruaudit memberikan pendapat tentang kecukupan pembentangan maklumat pada penyata kewangan. terhadap aset dan liabiliti atau terhadap perkara-perkara yang berkaitan. Kunaran Nombor kelulusan: (6:44) 2/2/4-66) Kuala Lumpur. (c) Menyampaikan bahawa "kecuali dengan" perkara yang menjadi sebab pertentangan pendapat. Berikut merupakan contoh laporan audit yang mengandungi pendapat bersyarat "kecuali dengan" akibat ketiadaan persetujuan pendapat antara juruaudit dengan pihak pengurusan: XYZ Bhd. Malaysia 10 Oktober 19X1 Pendapat Bersyarat Kesan Batasan Kerja Audit Pendapat bersyarat "kecuali dengan" juga dikeluarkan apabila berlaku batasan terhadap kerja yang dijalankan oleh juruaudit. Objektif pendapat bersyarat ini termasuk: (a) Menyatakan bentuk dan kesan sesuatu perkara tertentu terhadap hasil prestasi pelanggan bagi suatu tempoh. tetapi tertakluk pada pelarasan yang sepatutnya dibuat pada butiran tertentu dalam penyata itu sekiranya ketidak . juruaudit tidak mempunyai perkara lain yang tidak dipersetujui. Perkara yang tidak dipersetujui yang mempunyai kesan pada maklumat kewangan ini merupakan kejadian yang telah berlaku dan mempunyai kesan terpencil pada suatu butiran tertentu dalam penyata kewangan. Pendapat bersyarat ini timbul disebabkan faktor ketidakpastian. 4 peratus untuk bangunan dan 20 peratus untuk kenderaan. amalan ini tidak mematuhi Piawaian MASB. pada 31 Disember 19X1 dan hasil kendalian serta perubahan kedudukan kewangannya untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut. 1965. kecuali dengan perkara yang diterangkan dalam perenggan yang berikut: Sebagaimana yang dibincangkan pada Nota 4. Peruntukan susut nilai bagi tahun berakhir pada 31 Disember 19X0 sepatutnya berjumlah RM500 000 jika dikira berdasarkan kaedah garis lurus pada kadar 10 peratus untuk loji.Pendapat Bersyarat Kesan Ketiadaan Persetujuan antara Juruaudit dan Pengurusan Pendapat bersyarat "kecuali dengan" dikeluarkan apabila berlaku percanggahan pendapat antara juruaudit dengan pihak pengurusan. kecuali dengan kesan daripada perkara yang disebut pada perenggan di atas. dan pendapat tertahan pula dikurangkan sebanyak RM2 350 017. juruaudit masih boleh memberi pendapat bahawa penyata kewangan memberi gambaran benar dan saksama. selaras dengan keperluan Piawaian Perakaunan Antarabangsa dan mematuhi peruntukan Akta Syarikat. BB & Co. LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI-AHLI XYZ BHD. Nombor firma: CC 0071 Akauntan Awam Bertauliah S. sama ada tentang penyata kewangan atau keperluan berkanun.

Nombor firma: CC 0071 Akauntan Awam Bertauliah S. anggaran akhir bagi kos pembetulan dan kos ganti rugi belum boleh ditentukan dengan pasti.pastian yang dimaksudkan itu tidak wujud ketika itu. Kunaran Nombor kelulusan: (6: 44) 2/2/4-66) Kuala Lumpur. Pendapat bertentangan perlu dikeluarkan dalam laporan juruaudit apabila kesan daripada rasa tidak bersetuju atau keengganan juruaudit memberikan pendapat adalah terlalu matan dan menyeluruh pada penyata kewangan. Pada ketika ini. Pengarah syarikat telah membuat peruntukan untuk kos pembetulan yang dianggarkan tetapi tiada peruntukan dibuat terhadap ganti rugi untuk pelanggan. Alasan juruaudit tidak bersetuju dengan pihak pengurusan telah pun dibincangkan terlebih awal dalam bab ini. LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI XYZ Bhd.' Dalam keadaan seperti ini pendapat bersyarat "kecuali dengan" adalah tidak mencukupi. Syarikat membantah tuntutan tersebut. Contoh pendapat bersyarat "kecuali dengan" ini ditunjukkan seperti yang berikut: XYZ Bhd. Apabila menyampaikan pendapat bertentangan ini juruaudit akan menyatakan . penyata kewangan memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan XYZ Bhd. Sebagaimana diterangkan pada Nota 6 penyata kewangan. kecuali dengan kesan pelarasan yang mungkin perlu dibuat jika ada. Juruaudit rnemutuskan bahawa suatu kenyataan tentang laporan tersebut tidak cukup untuk mendedahkan sifat penyata kewangan yang mengelirukan atau tidak lengkap. kerana bukan hanya satu dua perkara dalam penyata kewangan yang tidak dipersetujui oleh juruaudit tetapi juruaudit perlu menyatakan yang dia tidak bersetuju sama sekali yang penyata kewangan memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat pada tarikh tertentu dan hasil kendaliannya untuk jangka masa berakhir pada tarikh tersebut. Kami telah mengaudit akaun-akaun pada halaman 10 hingga 25 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa. pada 31 Disember 19X1 dan hasil kendalian serta perubahan kedudukan kewangannya untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan keperluan Piawaian Perakaunan Diterima Umum dan mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965.. BB & Co. apabila tuntutan tersebut di atas dapat ditentukan. Pada pendapat kami. syarikat ini sedang menghadapi tuntutan mahkamah untuk mengambil tindakan membetulkan dan membayar ganti rugi terhadap kerugian kerosakan yang ditanggung oleh pelanggan syarikat akibat daripada suatu kontrak antara syarikat dengan pelanggan tersebut. Malaysia 10 Oktober19X1 Pendapat Bertentangan Pendapat bertentangan ialah pendapat yang menyatakan bahawa penyata kewangan tidak memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan perniagaan atau tentang untung atau rugi pada jangka masa yang sedang dipertimbangkan itu ataupun tentang perkara lain yang perlu dilaporkan oleh juruaudit.

Pada pendapat kami. LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI XYZ BHD. (b) Menyampaikan rasa tidak setuju atau keengganan juruaudit menyatakan pendapat tentang kecukupan pembentangan penyata kewangan. Kami telah mengaudit akaun-akaun pada halaman 7 hingga 15 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa. dan hasil kendalian untuk jangka masa berakhir pada tarikh tersebut. penyata kewangan tidak memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan XYZ Bhd. Pendapat seperti ini dinamakan sebagai penafian pendapat. juruaudit perlu terlebih dahulu mencuba habis-habisan semua alternatif untuk memperoleh maklumat dan bukti yang diperlukan. Para pengarah yakin yang mereka akan berjaya dan tidak ada peruntukan dibuat untuk kerugian luarjangka tersebut. Malaysia 10 Oktober 19X1 Penafian Pendapat Juruaudit mempunyai tanggungjawab untuk memberikan pendapat audit. dan mengurangkan pendapatan tertahan yang berjumlah RM625 000 kepada kurangan sebanyak RM5 312 500. selaras dengan Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Objektif pendapat bertentangan adalah untuk: (a) Menyatakan bentuk dan kesan daripada rasa tidak setuju atau keengganan juruaudit menyatakan pendapat tentang penyata pendapatan bagi sesuatu jangka masa atau aset dan liabiliti pada tarikh kunci kira-kira yang dipersembahkan. Objektif penafian pendapat adalah untuk: (a) Memberitahu bentuk.sebab-sebab utama yang menyebabkan memilih pendapat sedemikian. Syarikat ini sedang menghadapi dakwaan tentang penggunaan haram hak paten yang boleh melibatkan denda yang dianggarkan berjumlah RM5 937 500. satu peruntukan kerugian berjumlah RM5 937 500 perlu dibuat dan dikenakan terhadap hasil kendalian jangka masa tersebut. Nombor Firma: CC 0071 S. . Sekiranya juruaudit gagal mengatasi batasan itu. disebabkan kesan daripada perkara yang diterangkan pada perenggan di atas. liputan dan kesan daripada batasan-batasan tertentu terhadap pemeriksaan audit yang disebabkan oleh faktor ketidakpastian. yang akan mengurangkan keuntungan daripada RM937 500 menjadi rugi sebanyak RM5 000 000. Walaupun ada kalanya juruaudit menghadapi batasan tertentu terhadap audit yang dijalankan. juruaudit tidak perlu memberikan pendapatnya tentang penyata kewangan tersebut. Berikut ialah contoh laporan audit yang mengandungi pendapat bertentangan: XYZ Bhd. pada 31 Disember 19X1. BB & Co. (c) Menyampaikan rasa tidak bersetuju atau keengganan juruaudit menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara yang khusus. Pada pendapat kami. dan didapati yang kemungkinan kesan daripada batasan itu pada penyata kewangan secara keseluruhannya adalah sangat matan. Kunaran Nombor Kelulusan: (6:44) 2/2/4-66) Kuala Lumpur..

Kami telah mengaudit akaun pada halaman 6 hingga 16 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa. setelah penyata tersebut diluluskan oleh pengurusan organisasi itu. (b) Rekod-rekod disimpan dengan baik. Contoh penafian pendapat adalah seperti yang berikut: XYZ Bhd. LAPORAN JURUAUDIT KEPADAAHLI XYZ BHD. kami tidak dapat memberikan pendapat sama ada: (a) Penyata kewangan memberikan suatu gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat pada 31 Disember 19X0 dan untung atau rugi serta sumber dan penggunaan dana untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut. satu kebakaran yang berlaku di pusat komputer syarikat telah memusnahkan banyak rekod perakaunan. adalah tidak memadai jika juruaudit mengeluarkan pendapat bersyarat "kecuali dengan". Sebagaimana yang dinyatakan pada Nota 6. juruaudit tidak boleh meletakkan tarikh laporan itu lebih awal dari tarikh kelulusan penyata kewangan tersebut. atau (c) Penyata kewangan adalah mematuhi kehendak Akta Syarikat. Turut terlibat ialah penyata kewangan yang menyertakan butiran penting berdasarkan amaun anggaran. Dalam suasana seperti ini kami gagal untuk menjalankan semua tatacara audit. Kelulusan tersebut diperoleh dalam bentuk resolusi pengarah. Nombor Firma: CC 0071 S. ataupun perkara-perkara lain dan. atau memperoleh maklumat dan penerangan yang kami fikirkan perlu. Perkara yang menyebabkan juruaudit tidak berjaya melahirkan pendapat patut diterangkan dengan jelas. atau pernyataan bertulis oleh pengarah. terhadap penyata pendapatan bagi jangka masa yang berkenaan. Malaysia 10 Oktober 19X1 Penemuan Fakta Matan Selepas Penyata Kewangan Dikeluarkan Penyata kewangan hanya dikeluarkan kepada pihak luar organisasi. termasuk pelaksanaan tatacara yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku selepas . Oleh sebab tanggungjawab juruaudit adalah untuk membuat laporan pada penyata kewangan yang telah disediakan dan dipersembahkan oleh pihak pengurusan. Kunaran Nombor Kelulusan: (6: 44) 212/4-66) Kuala Lumpur.(b) Menyatakan bahagian yang dianggap memberikan kesan menurut pendapat audit. Tarikh laporan audit merupakan suatu tarikh yang menunjukkan juruaudit telah menyiapkan kerja. 1965. Oleh sebab kesan daripada perkara tersebut sangat penting. Disebabkan pentingnya perkara-perkara yang disebutkan di atas. walaupun faktor yang boleh membawa kepada pendapat jenis itu mempunyai bentuk yang sama. BB & Co. (c) Menyatakan bahawa juruaudit tidak berupaya membentuk pendapat dalam suasana seperti itu. atau aset dan liabiliti dalam kunci kirakira pada tarikh itu. iaitu berkaitan dengan pertentangan pendapat. tandatangan pengarah pada penyata kewangan.

Dua kemungkinan masa juruaudit menyedari tentang perkara matan yang mempunyai kesan pada penyata kewangan. Ini bermakna tatacara yang dilakukan oleh juruaudit perlu dilanjutkan supaya meliputi tempoh sehingga tarikh laporan audit yang baharu. tarikh laporan audit juga mesti dipinda. juruaudit hendaklah mempertimbang sama ada penyata kewangan memerlukan pindaan ataupun tidak. pihak pengurusan bertanggungjawab memberitahu juruaudit apa juga peristiwa yang mungkin mempengaruhi penyata kewangan.tarikh kunci kira-kira. juruaudit patut menimbangkan tindakan selanjutnya yang harus diambil. dalam tempoh mulai dari tarikh laporan audit sehingga tarikh penyata kewangan dikeluarkan. iaitu sebelum penyata kewangan dikeluarkan. Namun begitu. dan tarikh selepas penyata kewangan diluluskan oleh lembaga pengarah. Jika pihak pengurusan membuat pindaan tertentu pada penyata kewangan berdasarkan maklumat daripada peristiwa itu. atau selepas penyata kewangan dikeluarkan. Tindakan juruaudit selanjut ditentukan sama ada laporan audit telah diberikan kepada pelanggannya ataupun belum. Selepas laporan juruaudit ditandatangani dan diberikan tarikh. Juruaudit hendaklah membincangkan perkara tersebut dengan pihak pengurusan berhubung dengan implikasi maklumat itu terhadap gambaran yang diberi oleh penyata kewangan. tetapi sebelum penyata kewangan diedarkan keluar oleh syarikat itu. bahawa juruaudit akan mengambil langkahlangkah tertentu untuk mengelak mana-mana pihak bersandar pada laporannya pada masa akan datang. Tetapi jika laporan audit telah diserahkan kepada pelanggannya. juruaudit harus memberitahu pegawai yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap organisasi tersebut. Jika pihak pengurusan enggan membuat pindaan pada penyata kewangan. juruaudit tidak mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tatacara seterusnya bagi mengenal pasti peristiwa yang berlaku selepas tarikh laporan juruaudit. Jika laporan audit belum diserahkan kepada pelanggannya. Sehubungan itu. Penemuan Fakta Selepas Penyata Kewangan Dikeluarkan . Bentuk langkah yang diambil oleh juruaudit adalah bergantung pada hak undang-undang yang ada pada juruaudit dan bergantung juga pada cadangan yang diberi oleh penasihat undangundang juruaudit itu. juruaudit boleh menukarkan laporan itu menjadi laporan bersyarat atau pendapat bercanggah sebagaimana yang juruaudit anggap sesuai. sesuai dengan maklumat peristiwa yang baharu disedari itu. walaupun juruaudit percaya bahawa pindaan tertentu perlu dibuat pada penyata kewangan itu. juruaudit perlu melaksanakan tatacara audit yang sewajarnya sesuai dengan peristiwa yang baharu diketahuinya dan juga membuat laporan audit pada penyata kewangan yang telah dipinda. iaitu kepada tarikh baharu yang tidak terdahulu dari tarikh penyata kewangan pindaan itu dikeluarkan. Penemuan Fakta Sebelum Penyata Kewangan Dikeluarkan Sekiranya juruaudit menyedari maklumat yang matan daripada peristiwa yang berlaku selepas tarikh laporan audit.

19X2. Seterusnya juruaudit akan mengeluarkan satu laporan audit baharu pada penyata kewangan yang telah disemak semula itu. dan memberi kepada mereka laporan audit lain yang dikeluarkan sebagai menggantikan laporan audit yang telah dikeluarkan.Apabila penyata kewangan telah diedarkan keluar oleh syarikat yang diaudit. Laporan juruaudit pada penyata kewangan yang disemak semula ini diberi tarikh baharu mengikut tarikh edaran keluar penyata tersebut. Dalam hal ini. tetapi tidak diketahui oleh juruaudit. pendapatan bersih. Berdasarkan sebab-sebab yang diterangkan pada Nota 14.19X1 dan untuk tahun berakhir pada tarikh itu mengandungi salah nyataan pada butiran inventori. juruaudit perlu membincangkan perkara itu dengan pihak pengurusan. Ada kemungkinan fakta tersebut telah pun wujud ketika laporan juruaudit ditandatangani. pendapatan Syarikat ABC yang dilaporkan pada 31. Laporan Juruaudit pada Penyata Kewangan yang Telah Disemak Semula Laporan juruaudit kepada ahli-ahli Syarikat ABC. belanja cukai. Antara langkah-langkah yang boleh diambil olehjuruaudit untuk melindungi dirinya adalah dengan membuat laporan kepada pendaftar syarikat tentang desakan pihak pengurusan untuk mengeluarkan penyata kewangan tanpa pindaan dan memberitahu pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan tentang kedudukan yang sebenarnya. Oleh itu. dan pemeriksaan audit selepas itu yang hanya terhad kepada peristiwa yang memerlukan penyemakan semula. Laporan juruaudit yang baharu juga perlu menyatakan laporan audit yang terdahulu yang dikeluarkan oleh juruaudit. cukai belum bayar dan ekuiti pemegang saham. Lihat contoh berikut yang menunjukkan laporan juruaudit pada penyata kewangan yang disemak semula. diberitahu bahawa penyata dan laporan yang diedarkan lebih awal itu telah digantikan dengan yang lain. Walau bagaimanapun. Sebagai tindakan selanjutnya. Walau bagaimanapun. . Perkara penting berhubung dengan laporan juruaudit itu ialah suatu rujukan perlu dimasukkan ke dalam perenggan penerangan laporan juruaudit tentang nota penyata kewangan yang membincangkan sebab penyemakan semula dibuat pada penyata kewangan yang telah dikeluarkan sebelumnya itu. tentang tindakannya untuk mengelak sesiapa juga bersandar pada laporan itu untuk tujuan tertentu. juruaudit hendaklah juga memberitahu pihak yang bertanggungjawab terhadap organisasi tersebut secara keseluruhan. kos barang dijual. juruaudit perlu menyernak semula langkahlangkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan untuk memastikan bahawa sesiapa juga yang telah menerima penyata kewangan bersama-sama laporan audit yang dikeluarkan oleh syarikat itu.12. juruaudit akan melaksanakan tatacara yang diperlukan sesuai dengan keadaan tersebut. Kami telah mengaudit penyata kewangan Syarikat ABC pada 31 Disember 19X1 dan untuk tahun berakhir pada tarikh itu selaras dengan Panduan Pengauditan Antarabangsa dan telah memberikan laporan tanpa syarat terhadap penyata itu pada 1 Mac. juruaudit tidak mempunyai tanggungjawab untuk membuat pertanyaan terusmenerus berhubung dengan penyata kewangan itu. jika pihak pengurusan tidak mengambil langkahlangkah penyemakan semula seperti yang dibincangkan di atas. jika juruaudit menyedari tentang suatu fakta yang mempunyai kesan yang matan kepada penyata kewangan yang dilaporkannya. pihak pengurusan mungkin memutuskan untuk menyemak semula penyata kewangan.

Beberapa laporan audit ditunjukkan sebagai contoh jenis syarat audit yang dibincangkan. yang hanya tertumpu pada perkara yang dibincangkan pada Nota 14 sahaja. Pada pendapat kami. BB & Co. bergantung pada keadaan yang mempengaruhi audit yang dijalankan. penyata kewangan yang telah disemak semula memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Syarikat ABC pada 31. Malaysia PENUTUP Laporan audit yang dikeluarkan oleh juruaudit sebagai memenuhi piawaian pelaporan mengikut piawaian pengauditan diterima umum. Bahagian akhir bab ini membincangkan tanggungjawab juruaudit apabila sesuatu fakta yang matan ditemui selepas penyata kewangan dan laporan juruaudit dikeluarkan .12.Kami telah melaksanakan pemeriksaan pada penyata kewangan yang dilampirkan. Beberapa jenis laporan audit yang berbeza-beza boleh dikeluarkan.19X1 dan hasil kendalian untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut. Nombor Firma: CC 0071 S. Kunaran Nombor Kelulusan: (6:44) 2/2/4-66 Kuala Lumpur. Perbincangan dimulakan dengan memberi makna laporan audit dan unsur-unsur yang terkandung dalam laporan ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful