Nama Subjek Kod Subjek Nama

: Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu (SMP) : HBML2103SMP : Ting Leh Ing

Nombor Matriks : 761210135728002 Nombor Telefon : 019-8883167 Nama Tutor : Encik Subandi Kasidan

Pusat Pembelajaran : PPT Sibu

1

Isi kandungan 1.1.2 Ayat majmuk 4.1 Ayat tunggal 3.0 Definisi morfologi dan sintaksis 2.0 Rujukan m/s 3 m/s 3 m/s 4 m/s 4 m/s 5 m/s 7 m/s 7 m/s 9 m/s 12 m/s 12 m/s 12 m/s 16 m/s 18 m/s 19 1.0 Refleksi 5.2 Sintaksis 3.1 Analisis morfologi 3.2 Analisis sintaksis 3.0 Pendahuluan 2.2 Golongan kata 3.0 Kesimpulan 6.0 Pendahuluan 2 .2.2.1 Morfologi 2.1.1 Bentuk perkataan 3.0 Analisis morfologi dan sintaksis berdasarkan Minda Pengarang 3.

Perkataan-perkataan boleh terbina secara semulajadi sebagai perkataan. empirikal. 2. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang telah diperaku oleh pakar bahasa dengan menolak sebarang keraguan dan prasangka. ilmu linguistik mempunyai prinsip-prinsipnya yang tertentu. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudiannya disusun dalam ayat juga mempunyai makna iaitu tatabahasa. Dalam linguistik. klausa dan frasa dinamakan sebagai bidang sintaksis. Menurut Raminah Hj. bidang yang menghuraikan struktur binaan ayat.Linguistik adalah suatu bidang seni yang mengkaji bahasa secara saintifik.1 Morfologi Apabila membincangkan morfologi. John Lyons (1968) juga turut mengatakan bahawa linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya tersendiri. Dengan itu. Sabran dan Rahim Syam(1985) serta 3 .0 Definisi morfologi dan sintaksis Manusia berkomunikasi dengan menggunakan perkataan-perkataan. Oleh itu. Perkataanperkataan ini kemudiannya disusun menjadi ayat-ayat. atau dibina dengan mencantumkan imbuhan kepada perkataan lain. bidang yang menghuraikan aspek kata dinamakan bidang morfologi. 2. Kamus Dewan (1981) pula menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Hal ini sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics (1986:181) yang mengatakan bahawa lingusitik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa. Manakala. dan objektif. Istilah lamanya nahu. atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Tiap-tiap perkataan mempunyai makna. kita mulai memasuki bidang bentuk iaitu suatu bidang yang penting dalam bahasa.

Kesimpulannya. sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk. Ia termasuklan perubahan perkataan sama ada pada ertinya mahupun pada bentuk dan jenisnya disebabkan oleh tambahan-tambahan imbuhan dan lain-lain. struktur dan binaan atau konstruksi ayat. dan penggolongan 2. morfologi merupakan sebahagian daripada tatabahasa. bentuk. Bakar Hamid (April 1964: 153-157). terbitan. bidang sintaksis merupakan kajian tentang hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam proses pembentukan ayat. morfologi membicarakan tentang perkataan dan pembentukannya. Secara ringkasnya. Kesimpulannya. Dengan itu. bentuk. Bakar Hamid dalam makalahnya ‘Beberapa Cara Pengkajian Sintaksis’.2 Sintaksis Sintaksis mencakupi bidang yang lebih luas daripada morfologi iaitu klausa dan ayat.Drs. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). morfologi ialah satu aspek kajian tatabahasa tentang struktur. Kajian ini melibatkan kajian tentang bentuk. dan pemajmukan. sintaksis membincangkan pembentukan frasa. Manakala Nik Safiah Karim (1996) pula menyatakan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur. klausa dan ayat. Manakala mengikut Modul HBML 2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. dan penggolongan kata. dan binaan ayat serta hukum tatabahasa yang mendasari cara-cara 4 . Bagaimana klausa-klausa dibentuk dan bagaimana klausa-klausa ini membentuk ayat merupakan pokok-pokok pembicaraan dalam sintaksis. Menurut Drs. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) pula mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata. morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk pengimbuhan. proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. A. A. struktur. kata.

Timbalan Perdana Menteri. merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan. kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah 5 . Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Ayat 8 : Bagi PMR pula. Ayat 7 : Perubahan itu mengurangkan penilaian pretasi pelajar yang selama ini hanya berasaskan akademik dan peperiksaan. Ayat 4 : Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan memperbaiki sistem persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang diguna pakai sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan. Ayat 2 : Kelmarin. Ayat 3 : Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baharu berasaskan sekolah.penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat. 3. mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek. Ayat 6 : Antara perubahan dicadang itu termasuk mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.0 Analisis morfologi dan sintaksis berdasarkan Minda Pengarang Tajuk : Sistem baru ganti PMR mampu kurangkan tekanan peperiksaan Ayat 1 : Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ayat 5 : Berikutan keputusan itu.

sebaliknya memadai dengan satu peperiksaan saja. apatah lagi jika ia membabitkan masa depan anak kita. masalah perbezaan soalan dan sistem pemarkahan dapat ditangani. guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam 6 . malah kemajuan negara juga boleh terancam. Ayat 10 : Keputusan kerajaan ini tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak kerana sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan. ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat. Ayat 14 : Rakyat mesti yakin dengan tindakan kerajaan kerana apa yang diputuskan tentu sekali demi kebaikan semua pihak. Ayat 13 : Selain itu. Ayat 9 : Kita yakin. ahli akademik serta tokoh pendidikan. Ayat 17 : Pelajar. Ayat 16 : Sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah. Ayat 15 : Pendidikan adalah proses membangunkan insan. Ayat 11 : Malah ada yang menyarankan supaya kerajaan memansuhkan langsung kedua-dua peperiksaan.mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah. Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu. termasuk daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri. Ayat 12 : Kita yakin keputusan Kementerian Pelajaran itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak dan mengkaji secara mendalam dari pelbagai sudut. iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). jika soalan disediakan atau dipantau LPM. sektor swasta. sekali gus mengelak dakwaan pihak sekolah mengamalkan pilih kasih terhadap calonnya.

perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Dengan itu. Perkataan yang diimbuhkan.1 Analisis morfologi 3.1. akhiran. Kita juga boleh membentuk perkataan baharu dengan menggabungkan perkataan kepada suatu perkataan lain iaitu kata majmuk. Ayat 19 : Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur kecemerlangan pelajar. Ayat 18 : Kita tentunya tidak mahu sesuatu perubahan dilaksanakan separuh jalan. kemudian menemui kegagalan seperti apa yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terpaksa dimansuhkan selepas mendapat bantahan banyak pihak. Contohnya. 7 .memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perubahan baru yang dicadangkan itu.1 Bentuk perkataan Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996). Malah. dapatlah kita simpulkan bahawa kita dapat membentuk perkataan baharu melalui tiga cara. digabungkan. apitan atau sisipan. kita dapat membentuk perkataan baharu dengan menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain iaitu kata terbitan. namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini. 3. kita juga boleh membentuk perkataan baharu dengan menggandakan sesuatu perkataan iaitu kata ganda. dan digandakan ini dipanggil kata dasar. Berikut merupakan contoh-contoh bentuk perkataan yang boleh didapati dari petikan Minda Pengarang : a) Kata terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan sama ada awalan.

peperiksaan berikutan . perubahan memperbaiki . pelaksanaan kemajuan . dilontarkan perbezaan . berjaya separuh . dikekalkan melakukan . mengelak sebelum . termasuk mengambil . memastikan pentaksiran . kedudukan mengumumkan . iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. memerlukan membangunkan . terpilih selama . penggredan berteraskan . menyarankan pendidikan . dimansuhkan berasaskan . menjejaskan perancangan . mengamalkan pemberian . keputusan menggunakan . mengurangkan melalui . terhadap dipantau . mendalam tersilap . Rangkaian kata bebas Istilah khusus 8 Mendukung maksud kiasan . menjamin bersaing . dilaksanakan membabitkan . melihat Akhiran desakan mulai dakwaan pandangan cadangan tindakan bantahan Sisipan Pelajar Apitan mengenai . terlalu dicadang . kebaikan diputuskan . menjadi mengkaji . sejajar diguna . berbeza dibuat . terancam terbabit . merangkap diganti . pemarkahan Imbuhan Yunani-LatinInggeris mekanisme b) Kata majmuk Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan. persekolahan berorientasikan . disediakan menemui .Awalan terjawab . kegagalan dicadangkan . terpaksa mengukur .

kata adjektif dan kata tugas.2 Golongan kata Nik Safiah Karim et. Antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi.1. Penggandaan penuh mana-mana Penggandaan separa kedua-dua Penggandaan berentak teka-teki 3. perkataan tergolong kepada empat jenis yang utama iaitu kata nama. kriteria sintaksis. kata kerja.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria. Terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh. kriteria struktur morfem. dan kriteria semantik. Dalam Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008).ujian pencapaian sekolah rendah menengah rendah Timbalan Perdana Menteri Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Lembaga Peperiksaan masa depan pilih kasih c) Kata ganda Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Berikut merupakan contoh-contoh golongan kata dari Minda Pengarang : a) Kata nama 9 . separa dan berentak.

Dalam bahasa Melayu. nama orang. kata nama khas dan kata ganti nama. nama tempat dan nama perkara. Terdapat tiga jenis kata nama iaitu kata nama am.Kata nama menunjukkan nama benda. kebanyakan kata kerja digunakan dengan cara memberi imbuhan pada kata dasarnya. Ada sebilangan sahaja kata kerja yang boleh digunakan tanpa imbuhan. Kata nama am kerajaan negara subjek peperiksaan kementerian sekolah calon ujian rakyat anak pelajar guru Kata nama khas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Penilaian Menengah Rendah (PMR) Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Kata ganti nama mereka kita b) kata kerja Za’ba (1965) menamakan kata kerja sebagai perbuatan. Berikut merupakan antara contoh-contoh kata kerja dari Minda Pengarang ialah : Kata kerja transitif aktif mengumumkan melakukan memperbaiki mengamalkan Kata kerja transitif pasif dipantau diganti dicadang disediakan 10 .

atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat. untuk. jika. kata praklausa. kemudian kerana. atau. prafrasa. serta. dari. Berikut merupakan antara contoh-contoh kata tugas dari Minda Pengarang ialah : Jenis kata tugas Kata bantu aspek Kata bantu ragam Kata sendi nama sudah . dengan.2 Analisis sintaksis 3. mengukur dilaksanakan diputuskan dibuat c) Kata tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Subjek 11 Contoh-contoh dan. bagi. Ayat 15 dalam petikan Minda Pengarang adalah contoh ayat tunggal. terhadap. daripada. klausa. ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. di. sementara Predikat . selepas. pada Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan keterangan 3. dalam.2.1 Ayat tunggal Menurut Abdullah Hassan (1993).bersaing menyarankan memansuhkan mengkaji melihat membangunkan . atau sebagai kata pascakata. malah. namun. supaya. akan dapat dan.

dan lain-lain. sambil. atau. lalu. tetapi.) sahaja. Analisis : Klausa 1 : Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kata hubung : dan Klausa 2 : Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Contohnya: Ayat 1 : Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.2 Ayat majmuk Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.2. Analisis : 12 . Klausa-klausa atau ayat-ayat yang digabungkan adalah sama taraf dan sama sifatnya. 3. mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek. Ayat 5 : Berikutan keputusan itu. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. iaitu ayat dalam ayat. ayat majmuk pancangan. Berikut merupakan contoh-contoh ayat majmuk dari petikan Minda Pengarang : a) Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk gabungan terbentuk dengan menggabungkan dua atau lebih klausa. maka.Pendidikan adalah proses membangunkan insan. Ada empat jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan. Klausa-klausa ini dihubungkan dengan kata hubung seperti dan. Klausa-klausa itu juga boleh dihubungkan dengan tanda koma (. ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pasif.

Klausa 2 : mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk Kata hubung : dan Klausa 3 : komposisi subjek b) Ayat majmuk pancangan relatif Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti contoh berikut : Ayat 7 : Perubahan itu mengurangkan penilaian pretasi pelajar yang selama ini hanya berasaskan akademik dan peperiksaan. ayat majmuk terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Analisis : 13 . Analisis : Klausa utama : Perubahan itu mengurangkan penilaian pretasi pelajar Klausa relatif : yang selama ini hanya berasaskan akademik dan peperiksaan. Contohnya. c) Ayat majmuk pancangan keterangan Menurut Nik Safiah dan rakan-rakan (2002:492).Klausa 1 : Berikutan keputusan itu Kata hubung : . Ayat 3 : Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baharu berasaskan sekolah.

Contohnya. termasuk daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri. pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai kata komplemen bahawa dan untuk. Kata komplemen : bahawa e) Ayat majmuk campuran Menurut Nik Safiah Karim et. al (2002:496). merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan. Analisis : Klausa utama : Kelmarin. ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan (sesuatu) Klausa komplemen : bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan. Ayat 2 : Kelmarin. sektor 14 .al (2002:488).Kata hubung (keterangan waktu) : Sementara Klausa 1 : PMR akan dimansuhkan Kata hubung (keterangan cara): dan Klausa 2 : diganti dengan sistem penilaian baharu berasaskan sekolah. yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contohnya. Timbalan Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ayat 10 : Keputusan kerajaan ini tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak kerana sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan. Timbalan Perdana Menteri. d) Ayat majmuk pancangan komplemen Menurut Nik Safiah et.

menggabungkan perkataan kepada suatu perkataan lain iaitu kata majmuk dan juga menggandakan sesuatu perkataan iaitu kata ganda. 15 . ahli akademik serta tokoh pendidikan. 4. digabungkan.. namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini. Analisis : Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada : i) ayat majmuk pancangan keterangan sebab yang disambung dengan kata hubung kerana dan dipancangkan dengan ayat relatif iaitu yang ii) ayat majmuk gabungan yang disambung dengan kata hubung ‘atau’ dan ‘serta’. Analisis : Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada : i) ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan yang disambung dengan kata hubung keterangan pertentangan iaitu walaupun…… namun…. dan digandakan ini dipanggil kata dasar. Perkataan yang diimbuhkan.0 Refleksi Berdasarkan analisis saya dalam Minda Pengarang.swasta. saya mendapati dari segi morfologi. Penulis membentuk perkataan baharu melalui tiga cara iaitu dengan menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain iaitu kata terbitan. ii) ayat majmuk pancangan komplemen yang disambung dengan kata hubung keterangan tujuan untuk. Ayat 19 : Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur kecemerlangan pelajar. penulis amat mengambil berat terhadap kata-kata yang dipilih supaya bersesuaian dengan konteks ayat dan juga mudah difahami oleh pembaca.

Sarawak (dan lain-lain nama tempat).keputusan (kata benda) Ayat 19 : periksa (kata kerja) -------. kata kerja. penulis hanya satu ayat tunggal sahaja dalam penulisannya iaitu dalam ayat 15 kemahiran yang tinggi dalam pembinaan ayat. Perubahan ini berlaku kerana imbuhan yang diberikan kepada perkataan-perkataan tersebut. Dalam Minda Pengarang. Contohnya. saya. cuma perkataan dan. Ayat terdiri daripada dua bahagian terpenting iaitu subjek dan predikat.peperiksaan (kata nama) Dalam bidang sintaksis pula. manakala yang lain kesemuanya adalah ayat majmuk. Bahkan. Dari segi golongan kata pula.mengenai (kata tugas) Ayat 5 : putus (kata sifat) -------. Sebagai contoh : Ayat 1 : kena (kata kerja) --------. penulis lebih banyak menggunakan imbuhan awalan dan apitan dalam penulisan artikelnya. Jumlah perkataan yang tidak boleh menerima apa-apa imbuhan tidak banyak. Ini membuktikan bahawa penulis telah mencapai 16 . pun. Golongan-golongan perkataan ini boleh berubah kerana bentuk dan tugasnya berubah. Saya mendapati hampir semua perkataan boleh menerima imbuhan bagi menerbitkan kata terbitan. unit yang terpenting ialah ayat. akan.. aktiviti. maka berlakulah perubahan makna. Apabila menambahkan imbuhan pada kata dasar.Dalam kata terbitan.-an. Contohnya. Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat dinamakan ayat tunggal atau selapis. Siti (dan lain-lain nama orang) dan sebagainya. kata adjektif dan kata tugas. penulis juga memasukkan imbuhan Yunani-Latin-Inggeris iaitu perkataan mekanisme dalam artikelnya. maka perkataan baharu yang dibentuk ialah kementerian yang membawa maksud yang berlainan. kata dasar menteri dalam Minda Pengarang apabila diberi imbuhan apitan ke-…. penulis turut menggunakan keempat-empat jenis yang utama iaitu kata nama.

Ini kerana bahasa mementingkan hukum-hukum tatabahasa yang betul. lingustik adalah kajian bahasa secara saintifik iaitu mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara empiris dan objektif tanpa dipengaruhi oleh agakan. sentimen. Secara ringkasnya. Ada empat jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan. seseorang itu boleh membuat apa sahaja ayat. Oleh itu. amat penting bagi semua pengguna menguasai tatabahasa sesuatu bahasa itu secara betul dan mendalam termasuk Bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. Ayat-ayat dasar inilah yang menjadi asas kepada pembentukan semua ayat yang terdapat dalam bahasa itu. ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pasif. Oleh itu. semua ayat tersebut sebenarnya dibina daripada sebilangan kecil ayatayat dasar. dan falsafah. penulisan artikel yang baik mestilah mengandungi unsur-unsur morfologi dan sintaksis yang betul untuk memudahkan pembaca memahaminya. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang morfologi dan sintaksis dapat membantu seseorang menggunakan sesuatu bahasa itu dengan bentuk yang betul. Dengan hanya menguasai empat pola ayat ini. Dalam Minda Pengarang.0 Kesimpulan Kesimpulannya. sekalipun ayat itu belum pernah didengarnya. Pola-pola tersebut adalah seperti berikut : Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama 5. 17 . ayat majmuk pancangan. terdapat empat pola ayat dasar yang dapat membentuk semua ayat dalam bahasa ini. ayat majmuk yang digunakan oleh penulis mempunyai aras yang tinggi dan memerlukan penelitian untuk memahaminya. ramalan. dalam sesuatu bahasa itu walaupun terdapat jumlah ayat yang tidak terkira banyaknya.Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

6. Guru dan bahasa Melayu. Rashid. Yap Kim Fatt. Rahman Ab. Abdullah Hassan. Ab. Abdul Hamid Mahmood. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn.Rahim Selamat. Tatabahasa bahasa melayu morfologi dan sintaksis. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn Bhd. 18 . (2003). Pengetahuan dan ketrampilan pengkhususan: Pengajian melayu 1.0 Rujukan Ab. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. (1997). (1993). Bhd.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa melayu. (1989). (2010). (1995). Pengajian melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan bahasa. Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelita bahasa melayu penggal 1. Abdul Aziz dan Arb’ie B. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Mengajar bahasa Malaysia jilid 1: Perkaedahan. (1989). Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Farid M. Bahasa Melayu kertas satu STPM. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 19 . Siti Hajar Hj. (1965). Abdullah Hassan. Penerbitan kata dalam bahasa malaysia. HBML2103 Morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Dr. Onn. Husin. Asraf. Tatabahasa pedagogi bahasa melayu. (1996).). Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Zulkifly Hamid. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin Kasim. Hashim Hj.Abdullah Hassan. (1997). Susur galur bahasa melayu. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajang: Masa Enterprise. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sujud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1985). Abdullah Hassan. Bhd. Dr. Omar. Kamarudin Hj. Sidang Pengarang. (1996). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Bahasa (Konsep. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. Mashudi Bahari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1980). fungsi dan penguasaannya oleh penutur). (1993). Asmah Hj. Azman Wan Chik (pnyt. Pelita bahasa melayu penggal 1-111. Tatabahasa dewan edisi baharu. (2000). Ali Mahmood. (1993).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful