PANDANGAN GURU MATEMATIK TINGKATAN 1 TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MODUL BERASASKAN PEMBUKTIAN

MOHD HAPIZ BIN MOHAMAD@ALIAS

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

11 November 2010 MOHD HAPIZ BIN MOHAMAD@ALIAS D20061025986

DECLARATION

I hereby declare that the writing in this thesis is my own except for quotations and summaries of other author‟s work which have been duly acknowledged.

11 November 2010 MOHD HAPIZ BIN MOHAMAD@ALIAS D20061025986

minat terhadap kajian ini serta maklum balas daripada beliau yang meyakinkan amat membantu saya dalam menyempurnakan tesis ini. saya tidak mampu untuk menyiapkan tesis ini. pandangan dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh penyelia saya ini banyak membantu kepada kejayaan tesis ini. bantuan dan keperihatinan yang beliau sumbangkan sepanjang menyempurnakan tesis ini. Akhir kata. Sekian. bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat danlimpah kurnia-Nya saya telah berjaya menyiapkan tesis ini. Alhamdulillah. senang dihubungi serta cepat dalam tindakan semasa sesi penyeliaan sepanjang pengajian ini. Semangat kesabaran. Ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada kedua-dua orang responden yang telah sudi untuk ditemu bual serta memberi pandangan dan saranan serta kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi temu bual yang diadakan itu. yang tidak dapat saya sebutkan di sini. . terima kasih. ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua. tidak mampu bagi saya untuk menyempurnakan tesis ini. Bimbingan. Tanpa kerjasama serta idea-idea bernas yang telah disumbangkan itu.PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. dorongan. pembacaan yang teliti. kerana tanpa kalian semua. Saya amat menghargai kesabaran beliau yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada encik Halim bin Amat@Kamaruddin atas segala nasihat.

di sekolah sekitar Daerah Machang. Kelantan. Sampel kajian ini terdiri daripada dua orang guru yang mengajar subjek Matematik Tingkatan 1. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji sejauh manakah penggunaan kaedah pembuktian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kedua-dua responden ini akan ditemu bual untuk tujuan pengumpulan data.ABSTRAK Kajian ini adalah satu penyelidikan tentang pandangan guru Matematik Tingkatan 1 berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian serta sejauh manakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian ini di sekolah menengah. .

Kelantan. To get the data for this research. all both respondents went through an interview session . This research aimed to identify and study how far this method had been applied in teaching and learning process in secondary school. The sample of this research constitutes two Mathematics Form 1‟s teachers from around Daerah Machang.ABSTRACT This study is one research about the responds from the Mathematics Form 1‟s teachers related to teaching and learning process using a module of proving and how far the readiness of the teacher to use this module in teaching and learning process.

SINGKATAN PERKATAAN P&P UPSI EPRD JPN KPM - Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia .

6 1.5 PENGENALAN Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Soalan Kajian Definisi Istilah 1.7 Kepentingan Kajian Batasan Kajian 1 2 3 5 5 5 6 6 7 7 8 8 . Pengajaran dan Pembelajaran 4. Matematik 3. Pembuktian 1. Pandangan 2.4 1.1 1. Modul 5.3 1.KANDUNGAN Muka Surat PENGAKUAN DECLARATION PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SINGKATAN PERKATAAAN i ii iii iv v vi BAB 1 1.2 1.

2 2.2 3.3 Kesediaan Guru Matematik Tingkatan 1 Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Modu Berasaskan Pembuktian. Kesimpulan BAB 3 3.5 3.BAB 2 2.1 4. 4. 9 11 13 16 Kepentingan Penerapan Elemen Pembuktian.2.1 Analisis Masalah Pelajar 4.3 3.6 METODOLOGI Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Instrumen Kajian Prosedur Kajian Analisis Data 18 19 19 20 21 23 BAB 4 4.4 KAJIAN KEPUSTAKAAN Pengenalan .2.2 Analisis Masalah Masa Pengajaran 4.2 DAPATAN KAJIAN Pengenalan Pandangan Guru Matematik TIngkatan 1 Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran MenggunakanModul Berasaskan Pembuktian 26 4.5 Kesimpulan 31 33 27 29 25 .1 2.4 3.1 3.3 2. Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Pembuktian.

1 5.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 5.3.2 5.3 KESIMPULAN DAN CADANGAN Pengenalan Kesimpulan Cadangan Kepada Pihak Berwajib 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 35 36 38 39 39 40 40 LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D RUJUKAN Soalan Kajian Temu bual Responden 1 Temu bual Responden 2 Pengkodan 42 43 50 56 59 .2 Fakulti Pendidikan 5.3.3 Lembaga Peperiksaan Malaysia 5.3.BAB 5 5.

Selain itu.BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Bab ini menerangkan tentang latar belakang kajian yang hendak dilakukan. terdapat juga beberapa definisi istilah yang turut dihuraikan untuk pengetahuan umum. . objektif kajian dan persoalan kajian diterangkan dalam bab ini. Beberapa pernyataan masalah.iaitu kajian tentang pandangan guru Matematik Tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian.

Mereka datang dengan teori yang tidak formal yang datang daripada pengalaman harian mereka. Pelajar mengunakan pengatahuan sedia ada untuk memahami konsep-konsep baru.. Memahami sesuatu konsep adalah penting dalam proses pengajaran dan pengajaran.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Pengetahuan sedia ada adalah penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar datang ke sekolah bukan dalam keadaan “blank state” (Resnick. Pengetahuan sedia ada yang pelajar ada sangat mempengaruhi apa yang akan pelajar itu perolehi nanti. Ini mungkin ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru itu sendiri. Proses pembelajaran adalah berbentuk pasif di mana guru menyampaikan pengetahuan dan pelajar menerima serta . Walaubagaimanapun. Dengan ini. pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut tidaklah begitu menggalakkan. Pembelajaran Matematik KBSM dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengetahuan. Teori ini berkembang dengan aktif dari hari ke sehari tetapi selalunya tidak sempurna. Konsep yang sebelumnya sangat penting untuk memahami konsep yang baru.1983). keterampilan dan minat pelajar terhadap Matematik. ia akan menganggu para pelajar itu untuk memahami konsep yang baru. Jika adanya miskonsepsi dalam diri pelajar.1. mereka akan berupaya menggunakan Matematik secara berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka. Mata pelajaran Matematik telah dijadikan mata pelajaran teras di semua peringkat persekolahan.

Oleh yang demikian. maka satu kajian dijalankan bagi mendapatkan pandangan guru Matematik tingkatan 1 mengenai pangajaran dan pembelajaran menggukan modul berasaskan pembuktian.3 PENYATAAN MASALAH Kebanyakkan guru tidak menggunakan kaedah pembuktian dalam memperkenalkan rumus-rumus yang terdapat dalam sukatan pelajaran Matematik. Sebagai salah satu langkah yang berkesan bagi membasmi masalah ini. matlamat kementerian untuk membina pelajar yang cemerlang dari segi daya berfikir tidak tercapai. Kebanyakkan guru menggunakan teknik hafal dan memberikan contoh penyelesaian masalah menggunakan rumus kepada pelajar.berusaha mengingati teori-teori dan langkah-langkah serta prosedur penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut. . ramai pelajar hanya bergantung kepada daya ingatan mereka seperti menghafal rumus untuk menyelesaikan sesuatu penyataan masalah dalam peperiksaan. 1. pelajar hanya mengahafal dan tidak tahu bagaimana rumus itu dterbitkan dan bagaimana sesuatu rumus itu benar tanpa dibuktkan terlebih dahulu oleh guru. Semoga hasil kajian ini dapat mengembangkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar khususnya dalam subjek Matematik agar matlamat pendidikan negara tercapai bersesuaian denganapa yang dinyatakan di dalam Rukun Negara. Oleh yang demikian. Hasilnya.

Oleh yang demikian. Kaedah ini dapat mencegah perasaan takut dan bosan belajar ilmu Matematik berbanding dengan teknik hafalan yang membuat pelajar cepat merasa bosan.Selain itu. Aspek kefahaman pelajar juga penting. Tapi bagaimana pula semasa pengajaran dan pembelajaran? Semasa P&P. Kebanyakkan guru hanya mementingkan pengajaran sahaja. teknk hafalan juga memberikan banyak masalah kepada pelajar dari segi menjawab sesuatu pernyataan masalah. pelajar sudah pasti buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian jika pelajar itu hanya bergantung kepada rumus yang dihafal. Pembuktian dapat mengubah perasaan bosan pelajar kepada kepuasan belajar di samping dapat mempelajari bagaimana sesuatu teori . namun bagaimana jika sesuatu masalah dibentuk kepada bentuk yang lain. Perasaan ingin tahu ini akan membuat pelajar lebih tertarik dan berusaha mempelajari dan memahami supaya persoalan yang terlintas dalam fikiran dapat dijawab. corak pembelajaran penting bagi memastikan minat pelajar untuk mempelajari dan memahami ditingkatkan. Menggunakan rumus hanyalah salah satu jalan singkat. Perasaan ingin tahu pelajar dapat dikeluarkan dengan corak pelajaran yang berlainan. Oleh yang demikian. manakala pembelajaran hanya diambil ketika peperiksaan iaitu bergantung kepada skor pelajar tersebut. Pembuktian merupakan salah satu kaedah yang berkesan yang menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan pelajar ketika mempelajari Matematik. pemahaman pelajar penting bagi memastikan pelajar itu benar-benar faham tentang apa yang diajar. pembuktian penting bagi memperkembangkan pemikiran pelajar untuk membentuk rumus dan mencari penyelesaian masalah.

pandangan bermaksud pendapat terhadap sesuatu perkara atau cara mempersembahkan kandungan sesuatu maklumat dalam pelbagai kedudukan dan bentuk. terdapat dua soalan yang ingin dibincangkan iaitu: 1.4 SOALAN KAJIAN Dalam kajian in.dan rumus diterbitkan dan dibuktikan. Dalam . konsepsi atan pendapat mengenai sesuatu perkara yang ingin dibincangkan atau yang terlintas di fikiran. terdapat beberapa istilah yang ingin di bincangkan juga iaitu: 1. 1. Dalam kamus dewan edisi keempat pula pandangan didefnisikan sebagai fahaman atau. Pandangan Mengikut kamus pelajar. Apakah pandangan guru Matematik tingkatan 1 berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian? 2.5 DEFINISI ISTILAH Dalam kajian ini. Sejauhmanakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian? 1. Pembelajaran seperti ini akan menarik minat pelajar dan seterusnya menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik.

3. dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas. Mengikut Robert M. corak struktur. Manakala pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. kajian mengenai nombor dan gambar rajah. 2. istilah pandangan bermaksud pendapat atau idea guru Matematik Tingakatan 1 berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian. tidak termasuk perubahan yang . Gagne (1970) dalam The Condition of Learning. membimbing.kajian ini. untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. perubahan dan ruang. atau dalam erti kata lain. pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan. Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan. menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar.

disebabkan proses pertumbuhan”. pelajaran atau latihan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. pengkaji perlu menyiapkan satu modul yang mengandungi pembuktian rumus-rumus dan teori Matematik tingkatan satu untuk diberikan kepada guru Matematik tingkatan 1 supaya mereka dapat memberikan pandangan mereka berkenaan dengan persoalan kajian. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers. Modul Modul dalam kamus dewan edisi keempat bermaksud kursus . 4. Dalam kajian ini dsertakan dengan modul pembuktian yang mengandungi pembuktian rumusrumus dan teori Matematik tingkatan 1. Dalam kajian ini. atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. . pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru. Pembuktian Dalam kamus dewan edisi keempat. 5. pembuktian bermaksud perihal membuktikan sesuatu atau menyatakan kebenaran sesuatu dengan bukti.

Namun begitu. kajian ini dilakukan di sebuah sekolah .1. membina pengetahuan Matematik dan menghayati pengetahuan Matematik. kajian ini penting dalam memperbaiki pendekatan dan strategi yang digunakan oleh guru-guru sekarang. Juteru.7 BATASAN KAJIAN Batasan kajian ini dijalankan kepada guru-guru Matematik yang mengajar di tingkatan 1. menerusi kajian ini juga guru-guru dapat memperbaiki pendekatan dan strategi yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru diterima hampir sepenuhnya. Selain itu. Oleh yang demikian. matlamat ini adalah diperlukan untuk jangka masa panjang dan bukanlah jangka masa pendek. Oleh yang demikian. Di samping itu. 1. Kebanyakkan guru-guru Matematik yang mengajar di sekolah yang sama akan menggunakan pendekatan yang hamper sama selain berbincang berkenaan pendekatan lain yang boleh digunakan. menguasai kebolehan penyelesaian masalah matematik. kajian ini diharap menjadi sumber dalam memperkenalkan pembuktian sebagai salah satu cara yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. hasil kajian in dapat memberi panduan kepada guru matematik dalam pengajaran mereka.6 KEPENTINGAN KAJIAN Peranan guru Matematik adalah untuk membantu pelajar dan menguasai konsep dan kemahiran Matematik. kajian ini dapat meperluaskan dan memperkembangan lagi penyelidikan dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang Matematik. Menerusi skop penyeldikan.

.di kawasan luar bandar serta dibataskan kepada 2 orang guru yang mengajar di sekolah tersebut. Skop kajian ini berkenaan dengan soalan kajian iaitu pandangan guru Matematik tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian dan sejauhmanakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian. Kajian ini menganggap data yang diambil oleh guru-guru tersebut mewakili seluruh guru yang mengajar Matematik tingkatan 1 tidak kira mengajar di sekolah bandar atau pun luar bandar.

BAB 2 KAJIAN KEPUSTAKAAN 2. Pelbagai pandangan wujud tentang penerapan elemen pembuktian dalan P&P Matematik dari perspektif guru. Bab ini turut membincangkan cara-cara pembuktian rumus dan teorem serta pandangan guru terhadap pengajaran pembuktian. Kajian kepustakaan merupakan kajian yang diambil dari beberapa kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji atau penyelidik yang mempunyai pola yang sama dan bersesuaian dengan tajuk kajian ini iaitu mengkaji pandangan guru Matematik tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian.Kajian yang diajalankan oleh Knuth (2002) mengelaskan .1 PENGENALAN Bab ini merupakan himpunan maklumat-maklumat kajian yang terdahulu seperti tesis dan jurnal.

Kajian yang dijalankan oleh Cusi dan Malara (2007) menunjukkan bahawa graduan daripada bidang selain Matematik dan Fizik lebih cenderung menyelesaikan masalah dengan menggunakan nombor. Kebanyakan graduan Matematik dan Fizik pula lebih gemar menggunakan pendekatan algebra.Takrifan pertama ialah pembuktian merupakan sesuatu yang formal di mana istilah dan kaedah yang digunakan adalah sesuatu yang spesifik yang telah ditetapkan. 2007). dimana sesuatu langkah kerja itu dikira sebagai pembuktian apabila sesuatu perkara dapat dibuktikan tanpa mengambil kira prosedur pembuktian tersebut. .2 KEPENTINGAN PENERAPAN ELEMEN PEMBUKTIAN Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemahaman tentang pembuktian sesuatu teori antaranya dari segi tahap kogntif pelajar dan cabang pendidikan pelajar (Miyakawa & Herbst.Takrifan ketiga pula menganggap pembuktian sebagai hujah yang menyediakan alasan untuk membuktikan sesuatu tindakan dalam Matematik atau sebagai contoh untuk menyokong sesuatu dakwaan.Takrifan kedua pula menyatakan pembuktian sesuatu yang kurang formal.Mereka menggunakan nombor sebagai contoh kerana kerana mereka ingin menunjukkan kesahihan jawapan tersebut atau apabila mereka tidak mampu untuk memanipulasikan ungkapan Matematik. 2.pandangan guru mengenai takrifan pembuktian kepada tiga maksud utama.

Selain itu. ramai guru tidak menunjukkan langkah-langkah yang lengkap unutk membuktikan ataupun menyangkal sesuatu penyataan yang diberikan kepada pelajar (Barkai. ahap pembuktian pelajar masih lemah dan pelajar kebiasaannya menggunakan kaedah empirikal dan analitikal dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pembuktian dalam Matematik. guru seharusnya mengelakkan pembuktian jika pembuktian . Garnier dan Moreira (1999). Proses pembuktan yang tipikal di dalam kelas Matematik telah mengabakan fasa yang terpentng dalam proses pembuktian dimana proses pembuktian dirancang dan dikawal oleh guru manakala tugas pelajar hanyalah untuk meneka arah tuju pemikiran seseorang guru. guru harus bermula dengan mengetahui sejauh mana pemahaman seseorang pelajar terhadap sesuatu perkara. Penerangan yang jelas tentang perkara yang ingin dicapai amat penting bagi memastikan pelajar jelas dengan apa yang ingin dibuktikan. pengajaran jenis ni dikenali sebagai stain pengajaran fragend-entwickelnd (pengembangan-persoalan). Menurut Heinze (2004). Menurut Tossavainen (2003). dalam kajian mereka menyatakan miskonsepsi boleh timbul dengan mudah sekiranya mengajar perkara yang berasaskan pembuktian.Oleh sebab itu.Akibatnya pelajar tidak diberikan peluang yang sebenar untuk menyelesaikan masalah pembuktian itu dengan sendiri.Walaupun penerapan elemen pembuktian dalam P&P Matematik adalah penting. Heinze (2004) mendapati masalah kepada pengajaran jenis ini adalah waktu yang diberikan kepada pelajar untuk ke fasa memahami dan meneroka sesuatu pembuktian tidak mencukupi. Tambahan pula. kajian menunjukkan tahap pemahaman pelajar dan guru terhadap pembuktian sesuatu rumus masih berada di tahap yang tdak memberansangkan.2002).

menyebabkan kekeliruan timbul dalam diri pelajar. Ding and Jones (2007) dalam kajian mereka menyarankan aplikasi teori Van Heile semasa mengajar Matematik berasaskan pembuktian. Teori Van Heile mempunyai lima fasa iaitu fasa informasi, orientasi berbantu, penerangan, orientasi bebas dan integrasi. Di sebalik kekangan pemahaman mengenai pembuktian sesuatu rumus, kebanyakkan pelajar bersetuju bahawa pembuktian membantu mereka dalam memahami perhubungan dalam Matematik (Nordstrom,2002). Ditambah pula jika para guru memberikan tindak balas positif terhadap proses pembuktian yang dijalankan di dalam kelas (Nyaumwe & Buzuzi, 2007).

2.3 PANDANGAN GURU TERHADAP PENGAJARAN PEMBUKTIAN Para guru menyatakan kebolehpercayaan nilai-nilai utilitarian dari bukti-bukti yang boleh mengesahkan hasil Matematik dan boleh membantu melatih para pelajar untuk membuat keputusan menggunakan akal.Sikap para guru tehadap pembuktian Matematik adalah amat penting untuk meletakkan kepercayaan mereka terhadap nilai utilitari terhadap pembuktian. Menurut Nyamwe & Buzuzi (2007), perubahan terhadap pemahaman para guru terhadap pengetahuan Matematik secara semulajadi adalah amat penting untuk menarik minat para pelajaruntuk membuktikan kebolehkepercayaan keputusan

Matematik.

Pengajaran secara pembuktian akan tercapai jika guru memberikan penerangan yang jelas tentang apa yang ingin dicapai. Selain itu, guru juga harus mempelbagaikan kaedah dalam menyelesaikan sesuatu masalah bagi memberikan pelajar idea bagaimana untuk menyelesaikannya. Menurut Gardiner dan Moreira (1999), penerangan yang terang tentang perkara yang ingin dicapai amat penting bagi memastikan pelajar jelas dengan apa yang ingin dibuktikan.

Pengajaran berasaskan pembuktian bukan perkara yang mudah. Dalam kajian yang djalankan oleh Gardiner dan Moreira (1999), turut mengatakan bukan mudah untuk mengajarperkara berasaskan pembuktian tanpa menimbulkan ‘misconsepcion’. Walaupun begitu, beberapa buah negara seperti France, Hungary dan Netherlands telah membuktikan bahawa dengan memberikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, ianya akan memberikan pelajar idea untuk menyelesaikannya. Selain itu, guru harus bermula dengan mengetahui sejauh mana pemahaman seseorang pelajar terhadap sesuatu perkara sebenarnya.

Sikap guru yang berminat dalam menerangkan sejarah pembuktian rumus dapat menarik minat dan meningkatkan ingatan pelajar. Sebagai contoh guru menerangkan terlebih dahulu dalam sejarah penemuan rumus teoren Pythagoras di mana, rumus ini telah dijuampai oleh ahli Matematik Negara China sejak 600 tahun sebelum masihi lagi. Kaedah yang digunakan pada masa itu ialah berdasarkan pengiraan luas segiempat iaitu dinamakan sebagai “Chinese Proof Circular Path of Heaven”.Berdasarkan kajian yang

dijalan oleh Tennant (tahun tidak dinyatakan), pengajaran sejarah dalam pembuktan mengukuhkan ingatan pelajar terhadap rumus tersebut juga lebih lama dan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik mereka.Penggunaan sejarah dalam bilik darjah Matematik lebih membantu pelajar dalam memahami konsep yang diajar.

Kajian ini mendapati guru-guru lebih suka member penerangan kepada pelajar tentang cara pembuktian ini. Para guru kurang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk member pandangan dan menyatakan kefahaman mereka. Pelajar hanya menurut segala arahan guru dalam proses pembuktian teorem ini. Secara kesimpulannya, guru di Hong Kong lebih menggunakan pendekatan secara visual dalam pembuktian.

Berdasarkan Huang (2005), analisis data menunjukkan para guru di Shanghai lebih menumpukan pada pendekatan pembuktian Matematik. Para guru do Shanghai menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan para pelajar, menjana kefahaman dan akhir sekali berusaha mencari penyelesaian. Para guru lebih suka menggunakan soalan jenis terbuka untuk mencungkil idea-idea pelajar terhadap konsep Matematik sehingga pelajar tersebut dapat memberikan jawapan yang tepat.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang tidak bersetuju dalam mengajar pembuktian rumus Matematik. Menurut Knuth (tahun tdak dinyatakan) pelaksanaan “pembuktian untuk semua” adalah agak sukar untuk dilaksanakan kerana

Jika dibandingkan dengan teknik menghafal yang diamalkan sejak dahulu. akan tetapi. ianya hanya memberi ruang kepada pelajar untuk memiliki kecerdasan yang tinggi sahaja untuk berjaya. banyak pelajar yang aktif dapat dilahirkan. Suasana kelas yang ceria dan seronok dapat diwujudkan walaupun sesi pengajaran subjek yang digeruni oleh majoroti pelajar. Kebanyakkan guru berpendapat pengajaran pembuktian hanyalah sekadar sesuatu untuk dipelajari secara pedagogi dan bukanlah salah satu komunikasi dalam pengajaran Matematik.4 KESIMPULAN Secara keseluruhannya. 2. Melalui kaedah memperkenalkan rumus baru kepada pelajar melalui pembuktian. Mereka akan menggunakan sepenuh tumpuan otaknya untuk menyelesaikan pembuktian yang diberikan oleh guru. Matematik atau Matematik Tambahan sedang dijalankan. Oleh yang demikian. proses P&P bagi subjek Matematik menggunakan kaedah pembuktian dapat meningkatkan kefahaman pelajar serta menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik dan seronok dengan penemuan-penemuan baru oleh pelajar. Dengan cara itu. mereka diberi peluang untuk mendapatkan atau menerbitkan sendiri rumus berkenaan.pengajaran pembuktian hanya sesuai kepada golongan pelajar yang tertentu sahaja. satu kajian berkaitan P&P . dapat dirumuskan disini bahawa. jika dirujuk kepada kajiankajian lepas. Pelajar tidak lagi dibebankan dengan rumus yang perlu dihafal. tahap pemahaman pelajar berkatan sesuatu rumus lebih meningkat dan mereka lebih bermotivasi untuk mendalami ilmu Matematik.

menggunakan kaedah pembuktian bagi sebjek Matematik tingkatan 1 akan dijalankan dengan mendapatkan pandangan guru yang berpengalaman serta kesediaan guru berkenaan dalam menjalankan proses P&P berasaskan pembuktian. .

penerangan tentang instrument yang digunakan.1 PENGENALAN Bab ini menceritakan tentang proses dan juga kaedah yang akan digunakan dalam kajian akan dijalankan. . Bab ini juga menceritakan tentang reka bentuk kajian yang dijalankan. maklumat tentang populasi dan kaedah pemilihan sampel.BAB 3 METHODOLOGI 3. prosedur dan proses yang akan dijalankan serta huraian tentang bagaimana analisis data akan dilakukan dan rasional di sebalik kaedah analisis data yang dipilih.

3. Pengkaji menemubual guru-guru tersebut pada waktu yang berlainan menggunakan soalan yang berbaza dan pada masa yang sama. Kajian ini dijalankan supaya dapat mengetahui pandangan guru Matematik tingkatan 1 terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian.3 POPULASI KAJIAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di kawasan luar bandar yang berada dalam daerah yang sama. Oleh itu.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kualitatif. pengkaji memilih 2 orang guru Matematik tingkatan 1 untuk ditemu bual bagi mendapatkan data berkaitan tajuk kajian. Seramai 2 orang guru Matematik tingkatan 1 yang akan ditemu bual oleh pengkaji dari Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan. Sekolah yang dipilih oleh pengkaji ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan yang terletak di pekan Temangan. 3. Kajian ini melibatkan pemerhatian dan temubual dalam mengumpulkan data. . Kaedah temu bual digunakan untuk mengesahkan dapatan daripada kaedah pertama. pengkaji merakam menggunakan perakam dan seterusnya ditraskripsikan ke dalam bentuk dialog untuk dianalisis.

pita rakaman dan pengkaji sendiri. Walaubagaimanapun.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah pengkaji sendiri. Soalan temu bual ini akan disediakan sebelum proses temu bual diadakan. Perancangan pemilihan instrument kajian yang baik menjamin kualiti sesuatu penyelidikan. soalan susulan akan diajukan sekiranya jawapan yang diberikan responden tidak menepati apa yang ditanya oleh pengkaji. . Modul ini dihasilkan dahulu sebelum diberikan kepada guru-guru tersebut serta mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing. Guru-guru atau responden akan diberikan masa seminggu bagi meneliti huraian modul tersebut berkenaan pembuktian mengikut sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1. Modul berasaskan pembuktian dihasilkan dan disusun mengikut tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1. Ini untuk memudahkan pengkaji mengumpulkan maklumat dengan lebih tepat dan jitu. kajian ini dijalankan dengan menggunakan modul berasaskan pembuktian. Selepas tempoh tersebut. pengkaji akan membuat temujanji dengan responden berkaitan dengan masa dan tempat proses temu bual yang akan diadakan. soalantemubual.3. Oleh yang demikian. Soalan ini meliputi apa yang akan dikaji oleh pengkaji serta tidak menimbulkan kekeliruan serta sensitiviti kepada responden.

Seterusnya.Pita rakaman juga salah satu instrumen penting bagi mendengar kembali rakaman yang dirakam menerusi telefon bimbit. 3. Akhir sekali. Kemudian. pengkaji akan menganalis data yang diperoleh menerusi temu bual ini dan menyediakan laporan lengkap mengenai kajian. Ringkasan tersebut akan digunakan sebagai bahan rujukan dalam membina reka bentuk kajian. Rakaman ini akan didengarkan dan ditranskrip ke dalam bentuk tulisan dialog bagi memudahkan data di analisis. pengkaji akan membuat ringkasan berkaitan dengan artikel tersebut. Pengkaji akan membuat temu janji dengan responden berkaitan masa. jurnal kajian lepas berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji oleh pengkaji. pengkaji juga merakam proses temu bual itu menerusi pita rakaman. Seterusnya pengkaji akan memulakan hubungan yang baik serta mengajukan soalan berkaitan dengan kajian. Pengkaji merupakan instrumen yang paling penting kerana pengkaji sendiri terlibat dalam proses temu bual ini. pengkaji menyiapkan modul pembuktian mengenai tajuk-tajuk yang ada dalam sukatan pelajaran Matematik tingkatan 1.5 PROSEDUR KAJIAN Prosedur kajian dimulakan oleh pengkaji dengan mencari artikel. Selain mendengar jawapan yang diberikan oleh responden. tarikh dan tempat temu bual akan diadakan. proses kajian serta jenis kajian yang akan djalankan. .

dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). pengkaji membuat surat permohonan melalui Ketua Jabatan Matematik Fakulti Sains Dan Teknolog iuntuk dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Selepas mendapat kelulusan dari sekolah. Pihak kementerian mengeluarkan surat kelulusan untuk menjalankan kajian tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Surat serta boring permohonan menjalankan kajian dari pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama dengan satu salinan cadangan penyelidikan telah dihantar ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) di Kementerian Pelajaran di Putrajaya. Setelah mendapat kelulusan daripada kementerian. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD). pengkaji akan menelefon pihak sekolah terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran dan menjelaskan tujuan kajian. responden yang akan terlibat se rta. Setelah mendapat surat kebenaran daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). pengkaji perlu memint a kebenaran daripada pihak Kementerian Pelajaran untuk menjalankan kajian di sekolah yang dipilih. pengkaji perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian di sekolah. tarikh kajian dan lain-lain. modul yang disediakan juga akan diberikan kepada responden dan . dan seterusnya berjumpa dengan guru tersebut. pengkaji akan berjumpa dengan Guru Kanan Sains dan Matematik bagi mendapatkan nama guru untuk dijadikan responden. Untuk memastikan kajian ini dapat dijalankan di sekolah yang dipilih.Selepas modul disediakan. jumlahnya. Pada masa yang sama.

pengkaji akan menulis perbualan yang dijalankan dalam bentuk dialog.tempoh masa untuk meniliti modul tersebut diberikan sebelum proses temu bual dilakukan. Data yang diperoleh akan dibandingkan dan dianalisis . Selain itu. Bagi responden yang terpilih untuk ditemu bual oleh pengkaji juga.6 ANALISIS DATA Pendekatan statistik tidak dijalankan semasa proses menganalisis data dilakukan disebabkan kajian ini merupakan kajian kualitatif. Penyelidik perlu membuat temu bual responden bagi mendapatkan data dan seterunya membuat analisis ke atas datadata yang diperoleh. 3. identiti dan nama responden temu bual tidak akan dinyatakan dalam tulisan ilmiah pengkaji. pengkaji perlu memberi jaminan kepada setiap responden bahawa segala maklumat yang berkaitan dengan responden akan dirahsiakan dan ianya dianggap sulit oleh pengkaji. sebagai pengkaji yang bertanggungjawab terhadap kajian ini. Dialog ini adalah untuk memudahkan pengkaji memberi fokus kepada tajuk dan soalan yang diajukan. Setelah data diperolehi.

Akhir sekali. pengkaji akan membuat rumusan dan ulasan berkenaan dengan kajian tersebut. .mengikut soalan temu bual tersebut.

Pengkaji hanya mengambil bahagian-bahagian yang penting sahaja bergantung kepada kesesuaiannya dengan persoalan kajian. .1 PENGENALAN Bab ini menghuraikan secara terperinci hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis data yang telah dibuat berdasarkan hasil daripada temubual terhadap dua orang guru Matematik Tingkatan 1 di dua buah sekolah yang sama.BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4. Pengkaji tidak mengambil kesemua isi kandungan transkrip sebagai rumusan kerana tidak kesemua isi kandungan skrip adalah penting. Temubual yang dibuat secara lisan di antara pengkaji dan responden direkodkan kemudiannya ditranskrpsikan dan seterusnya dianalisis. Segala hasil dapatan kajian dianalisis secara teliti untuk menjawab kesemua persoalan kajian.

4. penyataan mereka merujuk kepada masalah-masalah yang sedia ada dan juga akan timbul sekiranya modul ini digunakan . Tambahan lagi. Responden kedua memberikan pandangan ” Saya tengok sepintas lalu. saya sendiri pun tak faham nombor-nombor ini” [S1K1R1J1]. Cuma yang bahagian hadapan.2 PANDANGAN GURU MATEMATIK TINGKATAN 1 TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN MODUL BERASASKAN PEMBUKTIAN Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu mengenai pandangan guru Matematik Tingkatan 1 Terhadap pengajaran dan Pembelajaran Ynag Menggunakan Modul Berasaskan Pembuktian. Namun begitu. antara dua kemungkinan iaitu sama ada berminat atau tidak. kedua-dua responden menyatakan bahawa mereka hanya boleh menggunakan separuh daripada keseluruhan isi kandungan modul pembuktian ini. ternyata mereka berminat dengan modul pembutian. Responden pertama memberikan pandangan “Keseluruhannya „OK‟. ada tajuk yang „OK‟. Berdasarkan pandangan yang diberikan oleh kedua-dua responden tersebut. macam „pattern‟ ini” [S1K1R2J1].

1 Analisis Masalah Pelajar Masalah pelajar telah menjadi salah satu faktor penyumbang terbesar bagi halangan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. banyak kaedah pengajaran yang baru diperkenalkan bagi membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dengan berkesan. Antara masalah yang timbul yang sering diperkatakan oleh guru adalah masalah pelajar dan masalah masa pengajaran. Masalah pelajar seperti sikap pelajar itu sendiri contohnya malas dan kurang tumpuan menyebabkan kesukaran penerimaan ilmu pengetahuan. Setiap pelajar mempunyai minat yang berbeza. Guru memainkan peranan penting dalam memupuk kembali minat pelajar untuk belajar Matematik dengan berkesan. guru banyak menggunakan strategi pengajaran berasaskan „Taksonomi Bloom‟ iaitu dari aras rendah . tidak semua pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru diperkenalkan. Namun begitu.dalam pengajaran dan pembelajaran.2. Pelajar yang kurang minat untuk belajar selalunya tidak memberi tumpuan dan seterusnya membuat pelajar manjadi malas. 4. Oleh yang demikian. Ini menjadi aspek penting mengapa sikap pelajar menjadi penyumbang terbesar kepada masalah pelajar. peranan guru amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mengubah corak dan kaedah pengajaran demi menarik minat pelajar dan seterusnya membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan sempurna. Kebiasaannya. Oleh itu.

tak bagi tumpuan. ini untuk kelas pandai.kepada aras tinggi. banyak yang main-main. ”Masalah? Masalah banyak P&P. ramai guru yang menggunakan teknik pemahaman konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Teknik hafalan ini akan mengundang padah kepada pelajar jika pemahaman berkenaan formula tidak difahami dengan betul. sikap menjadi penyumbang terbesar kepada masalah pelajar. dari topik senang kepada topik susah. Oleh yang demikian. Namun begitu. Mungkin kerana pemahaman konsep memerlukan penerangan yang jelas dan pelajar dapat memahami . Sikap pelajar yang main-main. Oleh yang demikian. kurang tumpuan. bagaimana pula pelajar ingin memahami topik pada bahagian belakang yang berada di aras tinggi. Jika pelajar tidak dapat memahami topik-topik awalan. tak siap kerja rumah”. Ada juga yang menggunakan teknik hafal di mana pelajar hanya menghafal rumus dan mengaplikasikan rumus mengikut pemahaman yang diajar oleh guru. pemahaman konsep merupakan salah satu faktor yang banyak dipersoalkan. Ada yang menggunakan teknik pemahaman konsep kerana pemahaman konsep yang akan menentukan bahawa pelajar dapat menerbitkan dan membuktikan rumus. Hal ini disokong oleh responden yang pertama yang menyatakan. [S1K2R1J1] Selain itu. malas buat latihan. Ini yang akan menyebabkan pelajar merasakan Matematik ini susah dan mengurangkan minat pelajar untuk mempelajari Matematik seterusnya membuat pelajar kurang memberi tumpuan serta malas untuk pelajar. Topik yang berada di aras rendah sebenarnya berhubung kait dengan topik yang berada di aras tinggi. dalam Matematik topik-topik tersebut sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Oleh yang demikian.dengan jelas. tak nak faham konsep” [S1K2R2J1 Pandangan responden pertama dan kedua menyatakan sikap pelajar yang menyumbang kepada masalah kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. tak semua yang dapat memahami dengan jelas kerana banyak pelajar silap faham tentang apa yang diterangkan oleh guru. Pemahaman pelajar berkaitan konsep atau teori yang diterangkan oleh guru berbeza mengikut perspektif pemahaman pelajar. jangka masa untuk . malah hampir semua subjek pembelajaran yang mengalaminya. banyak pelajar yang tidak mahu memahami konsep kerana beranggapan pemahaman konsep ini memeningkan kepala walaupun konsep itu senang difahami. Selain itu. Ini dapat dibuktikan dengan pandangan responden yang kedua yang menyatakan. 4. “mungkin sikap diorang tak boleh terima konsep.2 Analisis Masalah Masa Pengajaran Masalah masa pengajaran sudah lama dah di alami oleh setiap guru di semua sekolah.2. Namun begitu. Bagi subjek Matematik. Mungkin perspektif sedia ada dalam diri mereka beranggapan konsep itu susah menyebabkan mereka bersikap tidak mahu belajar dan memahami konsep. Bukan sahaja guru subjek Matematik yang mengalami masalah ini. sikap pelajar harus dibentuk supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.

Ini akan mengganggu perjalanan masa bagi subjek lain.menghabiskan sesuatu topik agak lama bergantung kepada cara dan pendekatan serta teknik yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. [S1K3R1J1] Bagi responden kedua pula berpendapat masa yang diperlukan untuk pelajar memahami sesuatu konsep atau teori menggunakan kaedah pembuktian agak lama. Jika kaedah pembuktian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. satu topik akan memakan masa bermingguminggu untuk diajar dan difahami serta ini akan menyebabkan tertangguhnya topik-topik yang berikutnya. Jadi. penerangan dan pendedahan pembuktian tidak akan dapat diterima seratus peratus oleh pelajar dan hanya segelintir sahaja yang dapat menguasai dengan baik. latihan pengukuhan belum dijalankan lagi. penerangan dan huraian yang disertakan dengan contoh memang memakan masa. Tambahan pula. Ini didedahkan oleh responden kedua yang menyatakan pandangan ” Mungkin memerlukan masa yang lamalah untuk budak-budak ni faham” [S1K3R2J1] . Tambahan pula. Jadi peruntukan masa setahun untuk menghabiskan semua silibus adalah tidak cukup. akan mengambil masa yang lama sedikitlah”. penerangan pembuktian sesuatu konsep dan teori akan mengambil masa agak lama. Responden pertama menyatakan pengambilan masa agak lama untuk menghabiskan semua silibus jika kaedah pembuktian ini digunakan. ”Jangka masa untuk menghabiskan semua silibus. Apabila difikirkan balik.

kita guna juga. Ini dinyatakan dalam penyataan berikut. Modul ini merupakan panduan kepada guru untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam menerangkan konsep dan teori serta konsep kepada pelajar melalui pembuktian. Macam di akhir. Melalui kaedah ini. Melalui pembuktian ini. Mengetahui asal usul rumus tersebut membolehkan pelajar faham dan dapat menggunakannya. ” Pembuktian. masalah perjalanan masa serta pengurusan masa menjadi halangan untuk kaedah pembuktian ini digunakan. kita guna juga yang mudah-mudah seperti sudut” [S2K4R1J1] . guru dapat menerangkan bagaimana sesuatu formula dapat diterbitkan dan dibuktikan seterusnya dibandingkan dengan konsep dan teori sedia ada. macam di tajuk akhir. Responden menyatakan pernah manggunakan kaedah pembuktian untuk tajuktajuk yang mudah seperti sudut.3 KESEDIAAN GURU MATEMATIK TINGKATAN 1 MENJALANKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN MODUL BERASASKAN PEMBUKTIAN Modul pembuktian adalah hasil gabungan beberapa pembuktian teori dan konsep yang ada dalam hampir keseluruhan topik-topik silibus Matematik Tingkatan 1. ada. pelajar dapat mengetahui bagaimana menerbitkan rumus dan kesahihan rumus atau formula tersebut. 4.Oleh yang demikian.

budak akan berminat”. Latar belakang seperti kedudukan tempat pelajar itu sendiri yang berada menunjukkan kaedah pembuktian hanya boleh dilakukan dalam kelas-kelas tertentu sahaja. Manakala pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lemah hanya menggunakan . Kenyataan ini disokong oleh responden kedua. tidak mustahil jika semua topic boleh diajar dengan menggunakan kaedah pembuktian. Namun begitu. responden pertama pernah menggunakan kaedah pembuktian dan secara tidak langsung ini akan memberikan satu pengalaman kepadanya untuk mengaplikasikan kaedah pembuktian dalam topik-topik lain dengan bantuan modul pembuktian tersebut. „pattern‟ nombor. iaitu.. Ini bermaksud. Setengah ada yang sesuai. ia bermaksud guru bersedia menggunakan kaedah pembuktian dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi untuk kelas tertentu. Ini bermaksud kaedah pembuktian boleh digunakan dalam kelas hadapan atau kelas yang rata-rata mempunyai IQ yang tinggi. Selain itu juga.. Latar belakang pelajar juga menjadi sebab mengapa pembuktian kaedah pembuktian susah diigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran...Menurut kenyataannya. penyataannya juga merujuk kepada setengah daripada pembuktian yang ada di dalam modul terbabit boleh diguna semasa pengajaran dan pembelajaran untuk topik-topik tertentu. [S2K4R2J1] Ini menunjukkan bahawa pembuktian boleh dilakukan untuk topik-topik tertentu sahaja. Selain itu. topik-topik yang senang seperti sudut senang dibuktikan. ”Ni tak ada masalah kalau ni memang. benda baru macam ini.memang... Pelajar senang memahami jika guru menggunakan kaedah pembuktian dalam pengajaran dan pembelajaran.macam „number pattern‟ ni.

pelajar yang lemah kita tak tunjuk. Penyataan ini disokong oleh pandangan responden kedua iaitu. bukan kaedah pembuktian. Walaupun kaedah. bukan 100% lah” [SK4R2J2] 4.kaedah biasa. iaitu. kedua-dua responden menyatakan berminat menggunakan kaedah pembuktian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. [S2K4R1J2] Kenyataan berikut menerangkan bahawa kaedah pembuktian boleh dilakukan untuk pelajar-pelajar terpilih yang mempunyai latar belakang pengajian yang baik serta pemilihan topik-topik tertentu dalam silibus pengajaran Matematik Tingkatan 1. hanya sebahagian sahaja yang boleh menggunakan kaedah pembuktian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pengalaman salah seorang responden yang pernah menggunakan kaedah pembuktian dapat membandingkan dan membezakan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakkan guru. ” setengah-setengah topik tu kita boleh ambillah. „background‟ pelajar kita. Kita pilih topik-topik yang sesuai dan pelajar sesuai dengan apa yang dia senang”. teknik dan strategi seperti . Daripada keseluruhan topik dalam silibus Matematik Tingkatan 1. namun dengan beberapa syarat tertentu seperti pemilihan topik dan latar belakang pelajar.4 KESIMPULAN Secara keseluruhannya daripada analisis ini. Hal ini disokong oleh penyataan responden kedua. ”Kita tengok atas topik yang kita ajarlah. Tambahan lagi.

Sebagai pembimbing yang paling dekat. Kemahiran berfikir sepatutnya diasah dari Tingkatan 1 dengan menggunakan kaedah pembuktian untuk membuka mata pelajar berkaitan topik Matematik. Ini akan menjadi ingatan jangka masa panjang dan dapat digunakan untuk topik-topik Matematik yang lebih susah seperti topik yang ada dalam Matematik Tambahan. Gaya berfikir lebih mendalam merupakan salah satu latihan berkesan kepada pelajar supaya pelajar dapat mengasah kemahiran berfikir di samping dapat menimba pengalaman pembuktian. pelajar dapat membandingkan dan menerbitkan rumus-rumus lain yang berkaitan mengikut konsep dan teori sedia ada. . Selain mengetahui asal rumus diterbitkan. Ini akan memberi gambaran kepada pelajar bagaimana membuktikan sesuatu formula. teori dan konsep. “EASYMATH‟.dan pendekatan lain digunakan secara meluas.„JIGSAW PUZZLE‟. guru seharusnya mencuba kaedah pembuktian dan membantu pembelajaran pelajar bagi menghasilkan pelajar yang diinginkan dalam malamat pendidikan negara. sesuai dengan apa yang di usulkan dalam rukun negara. namun pembuktian juga salah satu kaedah yang dapat membentuk pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan sedalam-dalamnya.

Dalam bab ini juga diterangkan tentang cadangan kepada pihak berwajib untuk mengetengahkan kaedah pembuktian ini sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.1 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan tentang kesimpulan dan gambaran keseluruhan berkaitan dengan kajian yang dijalankan ke atas dua orang guru yang terpilih di sekolah Daerah Machang. .BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5. Harapan penyelidik agar kaedah ini dapat diguna pakai di sekolah-sekolah bagi membantu para guru mempelbagaikan kaedah mengajar mereka agar menjadi lebih baik dan lebih efektif serta menarik.

guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang. teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. teknik penyelesaian mudah. teknik mengkaji. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. pemerhatian dan percubaan. Dari segi penggunaan teknik pula. menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman. terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.2 KESIMPULAN Sememangnya dasar pendidikan telah berubah dari semasa ke semasa demi memenuhi dasar pendidikan negara. Perubahan yang ketara ini haruslah diubah dari segi cara dan kaedah pengajaran dan pengajaran agar proses pendidikan itu menjadi lebih kreatif dan bermutu bagi pencapaian matlamat yang sejajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran.5. . Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.

Satu teorem boleh juga dirujuk sebagai lema. terutamanya jika ia hendak digunakan sebagai batu loncatan dalam pembuktian teorem yang lain. sikap pelajar itu sendiri yang membuatkan masalah lain timbul. namun dua masalah ini yang menjadi faktor utama dan sering dipertikaikan. Walaupun banyak masalah lain yang timbul. Dalam matematik. lakaran. tanpa sebarang pengecualian. Sikap pelajar memainkan . satu bukti mesti menunjukkan yang satu pernyataan itu benar dalam semua kes. Dari segi masalah pelajar. Misalnya. dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi. bukti ialah demonstrasi yang meyakinkan untuk membuktikan kebenaran beberapa pernyataan bermatematik. Idea yang abstrak. bercerita. Namun begitu. Apabila satu teorem telah dibuktikan . kaedah pembuktian ini mempunya banyak kebaikan jika digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual. tetapi dengan taakulan deduktif. mengemukakan metafora dan sebagainya. Bukti tidak akan diperolehi dengan taakulan induktif atau hujah empirikal. Pernyataan yang telah dibuktikan sering dipanggil teorem . konsepkonsep yang baru dan susah. ia boleh digunakan sebagai asas untuk membuktikan pernyataanpernyataan yang lain. terdapat beberapa masalah akan timbul iaitu dari segi masa pengajaran dan masalah pelajar. Proposisi yang tidak dibuktikan tetapi dipercayai benar. Oleh yang demikian. ilustrasi dan lain-lain.guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. dikenali sebagai konjektur. lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contohcontoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Ini bermaksud.

kekangan masa pengajaran salah satu faktor yang menghalang kaedah ini digunakan. Pengajaran Matematik berlandaskan kaedah pembuktian juga dapat dijalankan dengan sempurna. Oleh itu. kaedah pembuktian berlandaskan modul berasaskan pembuktian digunakan untuk pelajar Tingkatan 1 dapat memberikan pelajar gambaran dan pengalaman serta pengetahuan yang akan digunakan untuk masa seterusnya. tumpuan pelajar dan rajin berusaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Tambahan pula. Namun begitu. . Oleh itu. penggunaan masa yang terhad dapat diselaraskan dengan pengurusan guru mengikut selang masa yang telah dibuat dalam rancangan mengajar. kaedah ini patut digunakan bagi membentuk insan yang cemerlang sesuai dengan matlamat pendidikan negara dan rukun negara. masalah lain seperti minat untuk belajar.peranan penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Dengan adanya sikap yang baik. guru memainkan peranan penting dalam membentuk sikap pelajar yang berakhlak. kaedah ini memerlukan penerangan dan daya berfikir yang tinggi untuk membentuk pelajar yang cemerlang. Penyelarasan masa penting bagi mengelakkan gangguan aktiviti pembelajaran subjek lain. semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tambahan pula. Oleh yang demikian.

. pihak sekolah.3 CADANGAN KEPADA PIHAK BERWAJIB Dalam mencapai matlamat kajian ini. adalah dicadangkan agar pihak kementerian menyusun dan menyediakan kandungan kurikulum di bawah bidangkuasa Bahagian Pembangunan Kurikulum.5. Pihak Kementerian dapat menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelarasan isi kandungan kurikulum juga amat penting bagi menyediakan rancangan mengajar agar masalah pengurusan masa pengajaran dapat dielakkan di samping membantu guru mengajar berlandaskan kaedah yang telah disediakan. Fakulti Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi. 5.3. guru-guru dan masyarakat sekeliling. Lembaga Peperiksaan Malaysia. terdapat beberapa cadangan yang ingin disampaikan oleh penyelidik kepada pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Antara pihak yang terlibat adalah Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum. Oleh yang demikian.1 Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian membangunkan Pelajaran sebuah Malaysia ialah sebuah kementerian yang berkualiti bertujuan dunia untuk bagi sistem pendidikan yang bertaraf memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

cara penyampaian. Menerusi bidang kuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia.3. Lembaga Peperiksaan Malaysia bekuasa menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Oleh yang demikian. Perubahan yang dilakukan dari semasa ke semasa sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan yang ada dalam kaedah pembuktian ini.2 Fakulti Pendidikan Menerusi Fakulti Pendidikan. 5. cadangan ini juga dapat membantu bagi menilai kebolehan pelajar serta membantu mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan insan yang beriman. penerangan dan pengajaran dapat diperbaiki mengikut kesesuaian dan keadaan sekarang ini.3. berilmu. berakhlak mulia. cadangan penyelidik adalah menyediakan soalan berkonsepkan pembuktian bagi membina kemahiran berfikir pelajar. Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan berpusat secara serentak yang berlandaskan kurikulum kebangsaan. berketerampilan dan sejahtera. Selain itu. Di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.5. Ini sebagai salah satu cara untuk melatih bakal pendidik menggunakan kaedah pembuktian dengan sempurna. penyelidik memperkenalkan agar kaedah pembuktian dijadikan sebagai salah satu kaedah yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. .3 Lembaga Peperiksaan Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab mengendalikan ujian awam kebangsaan di Malaysia.

5. Disamping itu juga. cadangan lanjutan adalah membuat satu ujian bertulis ke atas beberapa orang pelajar selepas kaedah ini digunakan dalam satu masa pengajaran. Oleh itu. . data yang diperolehi adalah hasil pandangan guru tersebut sebagai responden berdasarkan pengalaman mengajar dan penelitian mereka terhadap modul pembuktian yang telah disediakan. Cadangan berikutnya adalah temubual ke atas beberapa orang pelajar yang terpilih melakukan ujian tersebut. Ujian tersebut adalah berkaitan dengan isi kandungan yang diajar menggunakan kaedah pembuktian. penilaian dapat dilakukan untuk menambahbaikkan kaedah pembuktian ini. ujian ini juga meliputi pelajar dari kelas berlainan berdasarkan IQ yang berbeza. Ujian ini adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah pembuktian di samping melatih para guru menggunakan kaedah tersebut. Menerusi temubual yang dilakukan. penilaian senang dilakukan dengan melakukan perbandingan antara pelajar yang berada di kelas berlainan. Ini memastikan keberkesanan penggunaan modul pembuktian ini dengan menganalisis hasil temubual pelajar terbabit. Walaubagaimanapun. Tindakan ini dapat membantu guru menilai tahap keberkesanan penggunaan kaedah pembuktian berbanding kaedah sedia ada.4 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian penyelidikan ini hanya menggunakan sampel guru Matematik TIngkatan 1 di sebuah sekolah di daerah Machang. Oleh itu.

Pandangan mereka mengenai penggunaan kaedah pembuktian berdasarkan modul pembuktian penting untuk membandingkan keberkesanan kaedah pembuktian ini dengan kaedah sedia ada. hasil kajian akan menjadi lebih lengkap dan tersusun. .Selepas temubual ke atas pelajar dilakukan. Dengan ini. temubual ke atas guru yang menggunakan kaedah ini dilakukan.

Adakah cikgu bersedia dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian? .Lampiran A Soalan Kajian 1. Berapa lamakah cikgu telah mengajar subjek Matematik bagi Tingkatan Satu? 2. Apakah pandangan cikgu berkaitan modul pembuktian yang telah disediakan? 4. Apakah pandangan cikgu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian? 5. Apakah pendekatan yang digunakan oleh cikgu dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran? 3.

menengah rendah. Responden : Di UiTM. Pertama sekali. MOHAMAD@ALIAS. KPLD.. Saya ini da 11 tahun pengalaman mengajar „start‟. Pengkaji : Responden : errr... saya MOHD HAPIZ B..KPLD setahun. Selepas itu cikgu? . Kuala Berang Ulu Terengganu.. Dulu saya Diploma bukan Matematik. bolehkah cikgu ceritakan sedikit tentang latar belakang pengajian dan kerjaya cikgu secara ringkas? Responden : Latar belakang pengajian.Lampiran B Temubual bersama Responden 1 Pengkaji : Assalamualaikum Cikgu. Diploma Bisness Study. Bahagian Matematik la tu . untuk matematik hanya setahun je la. Pengkaji : Responden : Pengkaji : Bermula dari sekolah mana dulu cikgu? Saya bermula di SMK Matang. 1 hingga 3.Diploma Pengkaji : Di mana cikgu? Pangajian cikgu. pelajar dari UPSI ingin menjalankan kajian yang bertajuk “Pandangan Guru Matematik Tingkatan 1 Berkenaan Dengan P&P Menggunakan Modul Berasaskan Pembuktian”. Ermmm.. dulu.

Pengkaji : proses P&P? Responden : Selepas itu berpindah ke SMK Temangan Jan 1998 hingga Apakah pendekatan yang digunakan oleh cikgundalam menjalani Pendekatan? Ada penerangan. Boleh lah.. makna paham atau tak paham... budak faham. selepas tu. Cuma yang bahagian hadapan. apakah pandangan cikgu tentang modul yang telah disediakan? Responden : Pandangan saya? Setengah tu agak bolehlah. Errmmm.tajuk akhir. ini pun tak sempat nak „study‟ pasal nombor-nombor ini.boleh buat. keempat mungkkin tak bolehlah. tapi banyak-banyak yang tak faham. Pengkaji : Secara keseluruhannya cikgu? Responden : Keseluruhannya ‘OK’. Pengkaji : Apakah pandangan cikgu tentang P&P Matematik menggunakan modul berasaskan pembuktian? Responden : Ini? Ia sesuai untuk kelas yang agak baik. Nampak agak susah sedikitlah.pelajar buatlah latihan macam . kelas yang ketiga. Pengkaji : Berkenaan dengan modul.. Kalau pecahan tu. Agak-agak tingkatan 1 sekolah ini. perbincangan. . Integer pun nampaknya. Kaitannya saya nampaklah sedikit. ok. tunjuk cara. Pecahan ini pun ok lah saya nampak.. mungkin kelas yang pertama dan kedua itu ok.Responden : sekarang. susah jugalah nk faham tu.. nombor „pattern‟ ini. saya sendiri pun tak faham nombor-nombor ini[S1K1R1J1].. ok.

Lebih kepada „Vocabulary‟. Pada bulan Januari. lebih kepada inggeris.. Pengkaji : Sepanjang 11 tahun cikgu mengajar. Selepas itu. kita nak buktikan tapi budak dah „boring‟. Responden : Tak ada.. dia nak „straight‟ pada yang kita nak cari. jika modul ini digunakan dalam P&P. agak-agak 50% kot. Pengkaji : Ermmm.. pernahkah cikgu menggunakan teknik pembuktian dalam P&P? . akan mengambil masa yang lama sedikitlah[S1K3R1J1]. kita terangkan dulu. perapa peratus penerimaan yang dapat diterima oleh murid? Responden : Berapa peratus? Setengah-setengah tajuk nampak ok. budak-budak susah nak faham. kalau tidak boleh. Pengkaji : Pendapat cikgu.Pengkaji : Jika modul ini digunakan dalam P&P. kalau saya. tunjuk selalu. jangka masa yang digunakan untuk menghabiskan senua silibus Matematik Tingkatan 1? Responden : Jangka masa untuk menghabiskan semua silibus.Apa yang diketahui oleh saya daripada guru-guru lain.. tengok latihan pula. Pengkaji : Untuk memahami sesuatu topik cikgu? Responden : Untuk memahami sesuatu topik. Matematik dan Sains pada bulan Januari tidak ada. baru kita „start‟ latihan. sebulan kita menghabiskan semua silibus Matematik Tingkatan 1. Ermmm. kita panggil dia buat di papan hitam. kita tunjuklah. saya nak fahamkan topik. Pembuktian ini. ikut pendapat saya.. tersekat-sekat.

pembuktian ada. Pengkaji : Adakah cikgu bersedia menjalankan P&P menggunakan modul berasaskan pembuktian? Responden : Kita tengok atas topik yang kita ajarlah. Kenapa 180 darjah. kita boleh tunjuk.. „Standard‟ yang macam mana cikgu? Ya lah. Kita pilih topik-topik yang sesuai dan pelajar sesuai dengan apa yang dia senang[S2K4R1J2]. Mudah-mudah macam sudut yang macam ini. macam bahagi-bahagi. kita guna juga. kenapa sudut ini garis lurus. pelajar yang lemah kita tak tunjuk. yang asaslah. Adakah cikgu mengajar mengikut „Taksonomi Bloom‟? Ya. Macam sudut lah.. Bagaimana dengan kelas yang pandai dengan kelas yang kurang . Yang susah kita tak tunjuklah setakat ini. kta ajar semua yang mudah-mudah. budak-budak boleh fahamlah apa yang kita nak tunjuk. Kita ikut dari yang mudah ke yang susah. ada. lebih pada sudut. kita boleh tunjuk. Kelas yang pandai cikgu? Kelas yang padai tu. Pengkaji : Responden : Pengkaji : pandai? Responden : Pengkaji : Responden : Pengkaji : Responden : Ya. kita tunjuklah yang bukti yang mudah itu. kita x ajar lah macam ini. Macam di akhir. Kita ikut silibus lah. ‘background’ pelajar kita.Responden : Pembuktian. kita guna juga yang mudah-mudah seperti sudut[S2K4R1J1]. memang kita ajar ikut „standard‟lah. kita guna juda yang itu. macam di tajuk akhir.

ada yang pandai subjek ini. bukan semua. sebab budak-budak jadi „boring‟. Oh. malas buat latihan. ini untuk kelas pandai. kita tunjuk Pengkaji : Mengenai ketika P&P. ada yang pandai subjek itu. Biasanya kelas pandai ada cemerlang dengan sederhana berbanding dengan kelas lain.. Tapi tak guna semua juga. tak ada bahagi kumpulan. daya tarikan pada pelajar. Responden : Erm. tapi bilik ini kadang-kadang power tak jadi. memang dulu gunalah. cikgu mengajar dengan sama taraf atau level. dia tak faham. Sama level. kurang tumpuan. Cara latihan. tak bagi tumpuan. kebanyakkannya mempunyai pemikiran yang berbeza. Ada sesetengah.Kelas pandai. Pengkaji : Bagaimana cikgu menarik minat pelajar mempelajari matematik? Responden : menarik minat? Kalau dulu kita guna LCD. kita akan lebihkan yang ini. Sikap pelajar yang main-main. kalau tunjuk sedikit-sedikit tak apa. Macam mula-mula kita tunjuk biar dia nampak. banyak yang main-main. Setakat ini.Pengkaji : Kalau mengikut kelas yang pandai cikgu. bahasa cepat. tunjuk „animation‟. sama level. kebanyakkannya apa masalah yang akan timbul ketika pengajaran? Responden : Masalah? Masalah banyak P&P. guna TV kadangkadang.. tak siap kerja rumah[S1K2R1J1]. . Ya. ada sebilangan kecil. Pengkaji : Responden : hadapan dia. saya ajar ikut samalah.

. mengikut aras.Pengkaji : Kalau gunakan modul ini. kita ada dua. ada „long‟ ke. ambil masa untuk bahagi. Responden : Tak sama tapi tengok topik yang saya kata tadi. macam topik mudah-mudah. Responden : Untuk Tingkatan 1 kita ajar. itu „OK‟. Macam . cikgu pun tak tahu macam mana nak bagitahu. Kita tengok topiklah. dalam kelas satu.dalam kelas tu tak banyaklah. Pengkaji : Ini akan mengambil masa yang lama.kerana nak tahu dia boleh atau tak. Budak-budak boleh nampaklah 180 darjah adalah jumlah sudut dalam segitiga. rendah kepada tinggi. Responden : Ya. „OK‟ juga kalau tunjuk kenapa ia „equal‟. tengok topik seperti sudut.Cuma bahagian hadapan ni. ambil masalah. ada ni. adakah cikgu bagi latihan yang banyak Responden : Kalau latihan. budak-budak kena fikir. ada yang kata murid tak paham apa yang ada dalam modul ini. Pengkaji : atau sedikit? Kalau cikgu bagi latihan. Kalau latihan di rumah tu banyaklah sedikit. jadi mungkin mengurangkan lagi minat murid-murid untuk mempelajari matematik.. apakah rumusan atau ulasan berkaitan teknik mengajar Tingkatan 1 dengan betul? Reasonden : Teknik mengajar dengan betul? Macam mana nak gunakan teknik yang betul. Pengkaji : Berkaitan dengan P&P. Pengkaji : Untuk Tingkatan 1. macam pecahan ini. ikut peringkatperingkat. „OK‟ topik itu.

Kalau yang susah memeningkan pelajar. Pengkaji : Responden : Pengkaji : banyak cikgu.dalam kelas kita bagi sedikit. Kalau tengok. kita nak tengok dia boleh atau tak. cikgu. kita akan buat ulangkaji sebelum peperiksaan. Betul. Pengkaji : Responden : Pengkaji : Responden : Ulangkaji cikgu? Ulangkaji? Ulangkaji biasanya kita buat sendiri. Jadi. yang itu tak tunjuklah. kira buat yang itulah. saya sendiri pun x faham. topik-topik tertentu. Pengkaji : Resonden : Kalau habis silibus? Kalau habis silibus. Itulah soalan yang terakhir saya. setiap sub-topik dia ada latihan. Macam sesuatu topik habis. Responden : Sama-sama. macam yang bahagian hadapan.. kalau tak boleh kita terangkan terus. cikgu bersetuju untuk topik-topik tertentulah? Ya. Kita akan buatlah. Macam itu kita buat soalan tiap-tiap topik. cikgu ada buat ulang balik? Oh. Terima kasih banyakAdakah cikgu akan bersetuju jika modul ini digunakan dalam . Pengkaji : P&P? Responden : Bersetuju untuk yang mana sesuai.

Lampiran C Temubual bersama Responden 2 Pengkaji: Selamat pagi cikgu. saya tak ada sambung belajar. Pengkaji : 23 tahun? Responden : Ya. Saya MOHD HAPIZ.saya „graduate‟ tahun 86 di UPM Diploma Sains dan Matematik dengan pendidikan. 23 tahun mengajar. Pengkaji : Sekolah yang pertama cikgu? Responden : Sekolah yang pertama di Pahang. Ini sekolah yang ke-6. Pengkaji : Sekolah Sains? . Kira selepas itu. bolehkah cikgu ceritakan secara ringkas berkenaan dengan latar belakang cikgu? Responden : Oh.. Sekarang saya dah 23 tahun mengajar. Soalan saya yang pertama cikgu. pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dari UPSI ingin menjalankan kajian yang bertajuk pandangan guru Matematik tingkatan 1 berkenaan dengan pengajaran dan pembalajaran menggunakan modul berasaskan pembuktian. Raub. Pengkaji : Lagi? Responden : Yang ke-2 Sekolah Menengah Sains Machang.

nombor ini. Tapi macam ini. Cara saya mengajar? Pendekatan yang cikgu gunakan. Saya mengajar di sekolah harian biasa. sekolah sains. selain daripada latihan? Tak adalah.Saya di sini baru sahaja. Saya banyak gunakan latihan dalam Responden : Hafal? Saya tak gunakan. Pendekatan saya gunakan latihan. asrama penuh. „solution‟ macam ini budak .Responden : Ya. Pengkaji : Apakah pandangan cikgu berkenaan modul yang telah disediakan? Responden : Saya tengok sepintas lalu. semua jenis sekolah saya pernah mengajar. Sejak tengok dari sekolah rendah tak ada teknik hafal. Pengkaji : Apakah pendekatan yang digunakan oleh cikgundalam menjalani proses P&P? Responden : Pengkaji : Responden : Pengkaji : Responden : Pengkaji : Responden : matematik. Banyakkan latihan. baru pindah. Pendekatan. Latih tubi? Ya. latih tubi. ada tajuk yang ‘OK’. Sekarang tak ada benda nak dihafal. Pengkaji : Macam Hafal. Lagi. macam ‘pattern’ ini[S1K1R2J1]. baru tahun ini mengajar.

kelas hadapan itu bolehlah. „basic‟ asas pun tak boleh lagi. konsep memang tak boleh gunalah. ... Pengkaji : „Basic‟ asas? Responden : Ya. Ada yang menarik macam „pattern ini. peringkat Tingkatan 1 ni kita tak mengajar macam itulah.. ada menarik minat pelajar. memang tak dinafikan ada yang boleh. Konsep macam ini terlampau tinggi bagi diorang dan saya rasa sesetengah memang nak „explain application‟ ini saya rasa tidak perlu sangatlah. 8 + 3 pun tak boleh lagi. Jadi tak boleh guna semualah. untuk „Form 1‟. Pengkaji : Apakah pandangan cikgu tentang P&P Matematik menggunakan modul berasaskan pembuktian? Responden : Menggunakan modul ini. Budak-budak sekarang kita kena terima hakikat ada yang tak boleh membaca. saya rasa agak sukarlah cikgu kena „explain‟. „Basic‟ asas seperti campur. ada yang terlampau yang tak boleh guna untuk tahap diorang.ada yang sesuai. Tapi kalau kita nak „explain‟ memang tak akan habis. ini terlampau tinggi. Pengkaji : Memerlukan masa yang lama. ada yang tak boleh guna. Bagi Tingkatan 1. Kalau sekolah ini. penggunaan simbol ini kita tak gunalah.. untuk kelas atas. Memang bagus modul ini. Untuk panduan guru. Untuk kelas belakang tu. kalau ada pun sedikit-sedikit.tak akan faham. Untuk sekolah elit seperti asrama penuh tak tahulah. pelajar tak dapat faham.

.. Hampir keseluruhan.. itu akan mengambil masa yang lama. Tapi hampir keseluruhan. Setakat konsep dan aplikasi. semua ke ni? Pengkaji : Responden : Pengkaji : Tak semua cikgu. Untuk menghabiskan semua silibus. kena banyak contoh. Tak semuakan.Responden : Erm. tak semuakan tajuk „Form 1‟. Responden : Jangka masa untuk semua silibus? Dalam ini bukan semua silibus.. Mungkin memerlukan masa yang lamalah untuk budak-budak ni faham[S1K3R2J1]. Erm. Responden : Teknik pembuktian? Pengkaji : Untuk membuktikan teori-teori.. Pengkaji : Sepanjang pengalaman cikgu mengajar. masalah yang melibatkan. Masalah masa yang terlibat. memang tak perlulah. Kalau macam ini. pernahkah cikgu menggunakan teknik pembuktian dalam P&P? Responden : Teknik? Pengkaji : Teknik pembuktian. kita boleh guna. Pengkaji : Responden : Pengkaji : Jika menggunakan modul ini. . Responden : Erm.

Tapi tengok keadaanlah.. Jadi kalau kelas yang atas. Pengkaji : apakah ulasan berkaitan teknik mengajar Tingkatan 1 dengan betul? Responden : cara? Pengkaji : Ya. Kalau kelas belakang lagilah tak tahulah. Semua bagus. ada saya guna. mungkin sikap diorang tak boleh terima konsep.. kelas A pun saya rasa bolehlah dalam 60%. lebih pada ulangkaji . Pengkaji : Kelas? Responden : Ya. „direct‟ je la.Responden : Tak pernahlah gunakan. macam kelas yang saya mengajar sekarang. Responden : kalau ikutkan. macam formula-formula macam ini. perapa peratus penerimaan yang dapat diterima oleh murid? Responden : Bergantung kepada kelas. tak boleh nak bukti-bukti. tak nak faham konsep[S1K2R2J1]. Jika kelas yang pandai. Teknik atau cara. Pengkaji : Jika modul ini digunakan dalam P&P. lagi senang beritahu terus. tapi dari segi masalah. Tapi kalau kelas belakang.. contohnya kelas A. Macam kelas belakang. tak boleh terima. Hehehehe. Pengkaji : Pernahkah cikgu aplikasikan Taksonomi Bloom dalam P&P? Responden : Ada juga. macam kelas atas. silibus Tingkatan 1 memang senang sebab kebanyakkannya balik pada „basic‟ balik. Ada sesetengah.

Terima Kasih cikgu. cikgu. bukan 100% lah[S2K4R2J2]. Nak eja balik. Pengkaji : Akhir sekali cikgu. berkenaan dengan pendapat cikgu. kena terangkan balik.. Pengkaji : Adakah cikgu bersedia menjalankan P&P menggunakan modul berasaskan pembuktian? Responden : Ni tak ada masalah kalau ni memang.. memang diorang da ada pendedahan di sekolah rendah. Adakah cikgu akan bersetuju jika modul ini digunakan dalam P&P? Responden : Nak kata. bahagian ini tak sesuailah. „reflect‟ balik...rasanya. benda baru macam ini.macam ‘number pattern’ ni. Setengah ada yang sesuai. simbol. konsep. Macam tadilah. yang itulah saya buat. Kalau ditengokkan balik diorang belajar. diorang belajar dah. Kita tengoklah. Pengkaji : Itulah soalan terakhir saya.. nak tulis balik nombor.. pengukuhan balik macam mana nak bahagi. contohnya „whole number‟.. saya rasa Responden : Sama-sama.. kena terangkan konsep balik. Kalau kelas yang belakang. ‘pattern’ nombor.setengah-setengah topik tu kita boleh ambillah.memang. macammana nak buat. ... tengok kalau kelas yang atas „OK‟. Macam dalam tajuk „fraction‟. budak akan berminat[S2K4R2J1]. Kebanyakkan bab awal ni. macam kita buat pengukuhan balik.

banyak yang main-main.jawapan S1 :Apakah pandangan guru Matematik tingkatan 1 berkaitan dengan pengajaran pembuktian? dan pembelajaran menggunakan modul berasaskan K1 : ANALISIS MINAT RESPONDEN R1J1 :”Keseluruhannya „OK‟. tak siap kerja rumah” . kurang tumpuan.Lampiran D Pengkodan S . ada tajuk yang „OK‟. saya sendiri pun tak faham nombor-nombor ini” R2J2 :” Saya tengok sepintas lalu. Sikap pelajar yang main-main.soalan kajian K . malas buat latihan. Cuma yang bahagian hadapan. ini untuk kelas pandai. tak bagi tumpuan. macam „pattern‟ ini” K2 : ANALISIS MASALAH PELAJAR R1J1 :”Masalah? Masalah banyak P&P.responden J .kategori R .

Macam di akhir.macam „number pattern‟ ni. tak nak faham konsep” K3 : ANALISIS MASALAH MASA PENGAJARAN R1J1 :”Jangka masa untuk menghabiskan semua silibus.. Kita pilih topik-topik yang sesuai dan pelajar sesuai dengan apa yang dia senang” . Setengah ada yang sesuai. akan mengambil masa yang lama sedikitlah” R2J1 :” Mungkin memerlukan masa yang lamalah untuk budak-budak ni faham” S2 : Sejauhmanakah kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul berasaskan pembuktian? K4 : ANALISI KESEDIAAN GURU R1J1 :” Pembuktian. budak akan berminat” R1J2 :”Kita tengok atas topik yang kita ajarlah. pelajar yang lemah kita tak tunjuk. kita guna juga. benda baru macam ini..R2J1 : “mungkin sikap diorang tak boleh terima konsep.. kita guna juga yang mudah-mudah seperti sudut” R2J1 :”Ni tak ada masalah kalau ni memang. „background‟ pelajar kita. „pattern‟ nombor. macam di tajuk akhir.. ada.memang...

bukan 100% lah” .R2J2 :” setengah-setengah topik tu kita boleh ambillah.

A. Falsafah Matematik. Rashid (1989). 169. Cusi.mc.pdf Evans. R. 2009 daripada www.pdf Ding. 2009 daripada http://ermeweb. R. 178. New York: CBS College Publishing. (t. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Forringer. 17-22. G. R. Association of Teachers of Mathematics: Mathematics Teaching. (2000).). How to Decide? Students’ Ways of Determining the Vadility of Mathematical Statement. (1990).6-7.A. Cambell. Geoff faux (2002). The Case of Elementary School Teacher. Barkai. G.t.). & Jones.J. Diperoleh pada Mac 12.. C. & Brueckner. (A+B+C) ³ . O (2007).). 2009 daripada http://ermeweb.free. Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. K. Diperoleh pada Februari 22. . Proof : A Bit of Gemetry. (1999). L. Elementary social studies teaching for today and tomorrow. M. Mathematics Teaching.RUJUKAN Abdul latif samian (1997). Proofs Problems In Elementary Number Theory : Analysis Of Trainee Teachers’.pdf.t. Using The Van Hiele Theory To Analyse The Teaching Of Geometrical Proof At Grade 8 In Shanghai. (t. Diperoleh pada Mac 11.S. T.imof Maag. O & Zaslavsky. 1-3. The conditions of learning and theory of Instruction (4th ed. Buchbinder.didactique.S. (2007). Proof Matters.fr/CERME5b/WG4. C.Diperoleh pada Februari 20. Abdul Rahim Abd. (1985).M. Group Dynamics in Learning to Prove Theorems. & Malara.free. & Moreira. Diperoleh Mac 26. J. 2009 daripada http://ermeweb.free. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mathematics Teacher Journel.fr/CERME5b/WG4. (2000).pdf.fr/prevue/PME26/RRBarkai. & Wimbish. Gagne.pdf. N.M. Massachussets: Allyn and Bacon.fr/CERME5b/WG4. Miller. M. Gardiner. 93 (1).edu/campus/users/travis/maa/proceedings/spring2000/georgea-milleretal. Proving or Refuting Arithmetic claims. 2009 daripada Http://www.

Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Teachers Conception of Proof In the Secondary school Mathematics.edu.edu/roger. R. (2004).de/ebook/e/gdm/1999/knipping_99.sub.de/proceedings/PME29RRPapers?PME29Vol3Huang.de/proceedings/PME28/RR219_Heinze. 2009 daripada www.csuci. Shah Alam: Mc Graw Hill. 1998.t). Pedagogi asas pendidikan. Penyelidikan pendidikan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.math. Diperoleh pada Februari 22. Proof and Proving Process : Teaching Geometry In France and Germany.ca/hommepage/discussion_paper?proof.(t. Kamus Besar Dewan Bahasa Melayu Utusan (1995). The Proving Process In Mathematics classroom – Method And Results Of A Video Study. Bhd.G. Diperoleh pada Februari 23. Undergraduate Students’ DifficultiesWith Mathematical Proof and Proof Teaching. The History and Concept Mathematical Proof.t.pdf History of Math Number.tr/YermePappers/Meltem Sari. (2007). 2009 daripada http://faculty. Pembangunan Modul Interaktif Matematik Bagi Tajuk Bulatan Tingkatan Dua. Knipping. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.pdf Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Heinze. EJ (2002). 2009 daripada http://webdoc.) Diperoleh pada Mac. S.emis.edu/~sk/eolss. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.pdf Knuth. (1999). Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Diperoleh pada Mac 12.gwdg. Diperoleh pada Februari 27. Diperoleh pada Mac 24.ionsmste. Verification of proof: Justification of Pythagoras’ Theorem in Chinese Mathematics Classrooms. Meltem Sarl (t.wustl. 2009 daripada http://www. (2005).Hadanie faranadyia Husin (2008). 2009 daripada http://yes4. C.pdf Krantz.emis.ktu. Diperoleh pada Februari 2. 2009 daripada http://www.roybal/teaching/fall07/math331/project1/P1-545.pdf Huang.pdf Lim Chong Hin (2007). Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors Sdn. 2009 daripada http://www. Kementerian Pendidikan Malaysia. A. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.pdf .

T.html Miyakawa. 2009 daripada http://www. 2009 daripada http://www.Miyakawa.de/PME28/RR/RR108_Miyakawa.allacademic.pdf . Diperoleh pada Mac 3. T. & Herbst. Reflective Symmetry In Contruction and Proving. Geometry Teachers’ Perspective On Convincing And Proving When Installing Theorem In Class. Dieroleh pada Mac 26. P. (2007).emis. (2004).commeta/p_mla_apa_research_citation/1/8/8/8/1/p18881 8_indext.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful