Konfusianisme Ia diasaskan oleh Kung-Fu-Tze yang dilahirkan pada tahun 551 S.M.

di Tsou dan berasal dari keturunan bangsawan. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Sewaktu berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid cara berkelakuan baik. Beliau dan muridmuridnya sering mengembara dari wilayah ke satu wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang mahukan pengikut-pengikutnya menjadi ³rounded man´ yang boleh digunakan oleh negara dan masyarakat. Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan. Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi. Junzi merupakan seseorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren. Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang Junzi ialah: 1. tidak merasa resah, pilu atau takut 2. bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat 3. membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat Manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Kung Fu Tze mahu menginterprestasikan khazanah warisan silam kepada anakanak muridnya, dengan sebab itu beliau berkata sesungguhnya beliau hanyalah seorang transmitter dan bukannya originator. Kung Fu Tze merupakan pengasas kepada aliran Konfusianisme atau Ju Chia adalah merupakan satu aliran pemikiran falsafah atau agama. Schwartz (1971) menyatakan bahawa Konfusianisme mempunyai kedudukan yang unik dalam sejarah China. Doktrinnya dianggap sebagai official philosophy di negara China. Banyak pandangan sarjana tentang Konfusianisme sama ada ianya merupakan sebagai satu agama atau aliran pemikiran falsafah atau etika. Osman Bakar (1997) menyimpulkan, konfusianisme boleh dianggap sebagai satu agama, kerana agama adalah juga falsafah seperti yang dirujuk kepada pemikiran Falsafah al-Farabi, alKindi dan lain-lain. Bagaimanapun, Yves Regun (2000) berpendapat bahawa Konfusianisme hanyalah satu falsafah tentang kehidupan yang berpaksikan kepada konsep ren. Konfusius menurutnya tidak mendirikan satu agama. Didsbury (1994) pula melihat falsafah Konfusianisme tidak berminat dalam soal metafizik, pemikir mereka seperti Konfisius, Mencius (371 S.M-289 S.M) dan lain-lain lebih berminat membincangkan soal sosial, politik dan pendidikan. Mereka lebih peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal berhubung dengan penyusunan masyarakat berdasarkan kepada prinsip moral yang sesuai.

kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan menjauhkan diri dari perbincangan mengenai kehidupan selepas mati tetapi lebih banyak menumpukan kepada dunia. amat sukar mengkaji pandangan Konfusianisme dalam masalah metafizik. Konfusius mengingatkan ³do not to do others what you do not wish yourself ´. the father father and the son son ³. The Great Learning dan lain-lain. Konfusianisme memfokuskan kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Muzik. the minister minister. Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing . Dengan itu. Konfisius menjawab ³jika kita tidak tahu tentang kehidupan. ritual. Prof. Asas negara. Kata Konfusius. Y. Dalam menjalankan hubungan dengan orang lain. Konfusius mengajarkan supaya seseorang itu menggunakan ukuran diri sendiri sebelum membuat kebaikan atau kejahatan kepada orang lain. and desiring to develop himself. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme dengan agama lain. Bagi Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan sekarang. Konfusius juga berpegang kepada konsep ming atau takdir. dia akan bebas dari kebimbangan dan duka nastapa. Mengikut Konfusius segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming) atau kedudukan masingmasing. sustains others. Mengikut Schwartz (1985). kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu. King (1997) berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik.Dengan sebab itu. keluarga dan moral. jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada ruh?´. desiring to sustain himself. dan dia akan memperolehi kegembiraan. Apabila ditanya tentang kematian oleh muridnya. masyarakat dan individu yang betul adalah ³let ruler to be ruler.Penekananya yang utama adalah konsep terhadap keluarga. Adat. social propriety dan solidariti. Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara pemerintah dengan rakyat. ³the superior man is always happy. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao . Seseorang yang mengetahui ming. Manusia yang mempunyai ren atau kasih sayang ialah ³one who. ayah dengan anak. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. Ketuhanan dan kehidupan selepas mati. the small man sad´ Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya seperti kitab Madah. bermakna dia mengetahui pekara-pekara yang tidak tidak dapat dielakkan di dunia ini. Beliau mahu satu masyarakat yang dipimpin atau diatur dengan baik. Begitu juga beliau pernah berkata ³kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia. Justeru itu. sahabat . abang dengan adik. perlakuan-perlakuan yang baik. bagaimana pula kita tahu tentang kematian´. perayaan dan etika. sosial. develop others´. kitab Analect banyak mengandungi oder sosio-politik yang normatif.

dengan sahabat dan suami dengan isteri. jikalau tidak boleh menyempurnakan kelakuan sendiri. maka dia tidak akan menghadapi sebarang masalah ke atas pemerintahannya. Peranan Jun Zi ialah mempelajari ilmu. meringankan hukuman dan memperkasa system pendidikan (Ubaidullah Mohd Nasir. maka rakyat akan menurut arahannya tanpa paksaan. mematuhi prinsip social dan undang-undang negara. Peranan Shi (bakal Jun Zi) adalah pembantu kepada Jun Zi dan penglibatan dalam pelajaran serta kerja-kerja lain. Hubungan raja dengan rakyat. Beliau turut menekankan sifat jujur dalam pembelajaran. tidak sombong . 2000). Orang budiman (Jun Zi) menurut Kung Fu Tze adalah mereka yang hidup aman damai. seterusnya negara dan dunia. pendidikan akhlak. ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus berkewajiban terhadap orang tua. banyak melihat. Bagi Konfusianisme. ³tugas kamu adalah untuk metnadbir. bukannya untuk membunuh´ (Lun Yu). Konfusianisme mengemukakan konsep pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan. ³jikalau kelakuan seseorang itu adil dan jujur. 2000). Kung Fu Tze melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk cendikiawan dan Jun Zi. Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah. Kata Konfusius: ³jikalau kelakuan pemerintah itu mulia. Dalam persoalan pemerintahan negara. hubungan saudara tua dengan saudara muda. Kesemua konsep etika yang dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Pem erintah yang memerintah melalui contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat (Ross. banyak bertanya dan banyak mengenali. 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. memperbaiki diri dan mentadbir manusia. itu adalah ilmu pengetahuan´ (Ubaidullah Mohd Nasir. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pendoman. manakala yang muda harus tunduk dan hormat. nilai hubungan antara anak dengan bapa. mengawal keinginan nafsu. Bagi Konfusius. Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami. jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun mengarahkan rakyatnya membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan menurutnya´ (Lun Yu). Menurut Konfusius. kepimpinan teladan. beliau berkata dalam Lun Yu ³ketahui katakan ketahui. dari keluarga akan berkembang menjadi masyarakat. Konfusius menekankan pemerintahan berdasarkan zhen ming (nama yang betul). tidak ketahui katakan tidak ketahui. ialah rakyat mesti bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Dalam proses pembelajaran ada empat ciri utama yang ditekankan oleh Kung Fu Tze iaitu banyak mendengar. bagaimana hendak membetulkan kelakuan rakyat´ (Lun Yu). Kung Fu Tze juga mengigatkan pemerintah supaya berhati-hati memilih pegawainya iaitu dengan tidak mengambil mereka yang hanya pandai bermain lidah dan berpewatakan memikat dan mengampu. iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu.

dan tidak menghina orang. Orang yang hina. sombong dan menghina orang hidup mereka tidak akan senang (Lun Yu). .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful