ISI KANDUNGAN Pengenalan Model ASSURE A ± Analyze Students (Analisis Pelajar) S ± Select Objective (Memilih Objektif) S ± Select Media

(Memilih kaedah, format media dan bahan) R ± Require Participant (Penglibatan Pelajar) E ± Evaluate (Menilai) 3 4 5 2 3 1

Aplikasi A ± Analyze Students (Analisis Pelajar) S ± Select Objective (Memilih Objektif) S ± Select Media (Memilih kaedah, format media dan bahan) R ± Require Participant (Penglibatan Pelajar) E ± Evaluate (Menilai) Kesimpulan Refleksi Bibliografi Lampiran 6 7 7 8 9 10 11

0

Pengenalan Bagi menjana pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah, penggunaan bahan media yang sesuai dan efektif adalah penting. Justeru, beberapa model telah di bentuk bagi memastikan media yang ingin diguanakan adalah sesuai dan membawa kesan yang mendalam pada diri pelajar. Menurut Dr Ismail Zain (2002:33) sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti. Tujuannya adalah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membantu guru dalam proses menyampaikan penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar. Pemilihan media berkaitan dengan reka bentuk pengajaran ini kerana menrut Noriati A Rashid (2009) reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Biasanya, reka bentuk pengajaran mempunyai ciri-ciri yang sama berdasarkan teori dan penyelidikan. Richey (1896) telah menggariskan elemen asas reka bentuk pengajaran iaitu menentukan keperluan pelajar, menetukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem. Harus diingatkan disini bahawa media yang hebat dengan teknologi yang tinggi tidak cukup untuk membatu seorang pelajar itu mendapat ilmu yang berkesan. Justeru

beberapa orang paka telah membina suatu model yang dapat membantu guru memilih media dan menggunakannya dengan baik dan teratur. Model yang menggariskan pemilihan bahan multimedia serta cara dan strategik penggunaanya yang dimaksudkan adalah model ASSURE.

1

1.0 Model ASSURE ASSURE merupakan akronim kepada model yang memperlihatkan panduan memilih dan perancangan strategik penggunaan media yang di pilih. Model ini dicipta oleh Heinich, Molenda dan Russel (1993). Model ini mengalami pembaharuan pada tahun 2002. Menurut Heinich (2002), model Assure ini menekankan pemilihan media dan langkahlangkah penggunaannya. Seperti yang telah di sebutkan ASSURE merupakan satu akronim kepada proses pemilihan media dan cara penggunaannya. A mewakili Analyze Leaner (Analisis Pelajar), S pula mewakili State Objective (menyatakan Objektif/hasil pembelajaran), S yang seterusnya pula mewakili Select methods, media and material (pilih kaedah, media dan bahan), U pula mewakili proses Utilize media and material (penggunaan media dan sumber, R- require leaner participant (libatkan pelajar dalam pembelajaran) dan E pula adalah untuk Evaluate and Revise (Nilai dan semak). 1.1 A ± Analisis Pelajar Menurut Heinich dan rakan-rakan (2002) penggunaan dan pemilihan bahan media haruslah sesuai dengan pelajar. Dalam proses analisis pelajar, apa yang ditekankan adalah perwatakan umum pelajar, pengetahuan sedia ada (Specific entry

competencies) dan gaya pembelajaran. Dalam menganalisis perwatakan pelajar, watak yang utama dikenalpasti adalah umur, tahap, sosio ekonomi, jantina dan budaya harus dianalisis dan dikenalpasti.sebagai contoh apabila menganalisis pelajar dari segi jantina, secara umumnya kanak-kanak perempuan akan menggemari warna yang lembut seperti pink dan kanak-kanak lelaku mungkin suka warna yang gelap seperti hitam, maka pemilihan bahan media pengajaran harus sesuai berdasarkan ciri ini. Ilmu yang diperoleh dimiliki oleh pelajar juga dikenal pasti supaya media dan arahan yang digunakan dapat diterima dengan mudah berdasarkan lavel minda mereka. Gaya pembelajaran adalah penting untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dalam menggunakan bahan media,
2

1.2 S ± State Objective (menyatakan objektif) Menurut Dr Ismail Zain (2002), objektif ialah penyataan yang spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Munurut Heinich dan rakan-rakan (2002) objektif penting kerana daripada objektif kita dapat memilih media serta menggunakan bahan yang betul. Pembentukan objektif harus bergantung kepada kumpulan sesaran, apakah yang hendak dicapai, bagaimanakah henhak dicapai. Objektif yang bagus selalunya menggunakan konsep ABCD dimana A mewakii audien. Siapakah audien kita?. B pula mewakili Behaviour iaitu perlakuan. Dalam objektif, perlakuan yang ditekankan adalah perlakuan baru yang hendak di capai. C pula mewakili Condition (syarat). Untuk mendapatkan kebolehan baru, audien terpaksa mengikuti syarat yang disertakan sekali di dalam objektif. Akhir sekali objektif yang bagus ialah degree pencapaian iaitu kayu ukur kejayaan dalam mencapai objektif. Darjah pencapaian ini harus dicapai oleh audien bagi membuktikan keberkesanan objektif. Contoh penulisan objektif adalah seperti berikut: Pelajar pemulihan (A-audien) boleh membunyikan suku kata (Behaviour) secara

bersuara (condition) dengan betul dan jelas tanpa mengeja (degree). 1.3 S- Select (Pemilihan Kaedah, format media dan bahan) Dalam proses pemilihan media, kaedah dan bahan harus dibuat secara sistematik dan terancang, seorang guru itu harus bijak memilih langkah. Sesetengah guru terpaksa memilih langkah yang pelbagai kerana gaya belajar muridnya yang pelbagai. Pemilihan seterusnya pula ialah pemilihan format media. Pemilihan format media

adalah pemilihan bahan secara fizikal. Contoh pemilihan format media adalah flip chart, audio, computer dan lain-lain. Memilih format media adalah susah kerana seorang guru itu seharusnya menimbangkan pelbagai aspek seperti kebesaran alat komputer, kemudahan teknologi yang disediakan, kepelbagaian audien dan objektif yang mempunyai aspek yang pelbagai. Bagi mendapatkan media yang bahan yang sesuai biasanya seorang guru itu terpaksa melakukan tiga perkara iaitu memilih bahan yang
3

sedia ada, mengubah suainya dan mereka bentuk satu bahan yang baru.guru juga digalakkan menggunakan bahan yang sedia ada sekiranya bahan itu sesuai dengan objektif yang dipilih. Menurut Dr Ismail Zain (2002) ketika proses pemilihan seorang guru harus tahu aras perbendaharaan atau ayat pelajar, bahan bacaan yang sesuai, kesesuaian ilustrasi kepada umur pelajar, kemahiran tertentu untuk memanipulasikan bahan, kesesuaian maklumat dengan penelitian pelajar dan aspek teknikal yang menggangu pelajar. 1.4 U-utilize (penggunaan media dan bahan) Dalam langkah ini, apa yang di pentingkan adalah bagaimanakah media dan bahan pengajaran digunakan Menurut Hainich (2002), dalam penggunaan media, seseorang itu harus pratonton bahan media, sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajar untuk mendapatkan manfaatdan menyediakan pengalman kepada pelajar. Antara soalan yang boleh digunakan bagi melicinkan langkah ini menurut Dr Ismail Zain (2002) iaialah, adakah bahan ini memerlukan perisian tertentu?, bagaimanakah kedududkan bilik darjah?, di manakah kedudukan anda?, bagaimanakah anda mengawal bilik darjah?, adkah cahaya sesuai?, adakah perisian memerlukan teknikal dan pekakas elektrik?, dan dimanakah tempat penggunaan media? 1.5 R ± Require Learner Participant (Memerlukan penyertaan pelajar) Menurut Hainich (2002) para pendidik menyatakan bahawa penglibatan yang aktif daripada pelajar akan memberikan kesan. Apa yang dititikberatkan dalam langkah ini adalah respon pelajar. Latihan latih tubi, latihan bertilis, permainan dan sebagainya boleh merangsang penglibatan pelajar. Pemilihan media yang sesuai sebenarnya dapat membantu pelajar menglibatkan diri secara langsung. Kejayaan dalam penglibatan pelajar akan menyebabkan mereka puas dan ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar. Aktiviti yang dirancang oleh guru harus bersesuaian dengan diri pelajar supaya mereka mempunyai minat untuk belajar dan mengekalkan penglibatan dalam pembelajaran.

4

1.6 E± Evaluate ( Nilai dan Semak Semula.) Penilaian boleh dibuat semasa dan selepas pembelajaran. Penilaian adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan penganalisisan pelajar, pencapaian objektif,

pemilihan media, tahap penglibatan pelajar dan proses yang sesuai.penilaian boleh dibuat secara lisan ataupun pemerhatian dan ia juga di jalankan secara formal atau tidak formal. Berikut merupakan beberapa soalan yang boleh digunakan dalam proses penilaian : a. Apakah perasaan anda? Seronok? Puas hati? b. Adakah objektif tercapai? c. Apakah kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? d. Apakah punca kekuatan? (Noriati A. Rashid et.al, 2009)

5

2.0 Penggunaan Media mengikut model ASSURE Seorang guru pemulihan harus memahami setiap langkah dalam model ASSURE supaya dapat memilih dan menggunakan media yang sesuai supaya pembelajaran yang berlaku adalah berkesan. Sebagai guru pelatih saya mengaplikasikan model ASSURE ini untuk mengajar anak murid saya membaca perkataan KV KV dalam subjek bahasa melayu. 2.1 A ± Analisis Pelajar. Dalam menganalisis pelajar, perkara yang di pentingkan adalah umur, tahap pengetahuan pelajar, dan tahap kemahiran pelajar. Bagi menggunakan model ASSURE ini, saya telah menganalisis pelajar pemulihan di sebuah sekolah yang terletak di pinggir Bandar Kuala Lumpur. Pelajar ini merupakan pelajar di dalam sebuah kelas pemulihan yang di beri nama Pemulihan Gemilang. Pelajar-pelajar kelas ini terdiri daripada pelajar tahap satu yang kebanyakannya berada pada tahun 2 dan tahun 3. Mereka mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran melukis dan mewarna, tetapi kebanyakan mereka terlalu gemar untuk menyanyi dan mendengar lagu. Tahap penguasaan setiap mata pelajaran mereka tidak selaras dengan umur mereka ini bermakna tahap peguasaan mereka dalam setiap subjek jauh tertinggal daripada rakan seusia mereka. Jumlah murid pemulihan di sekolah terbabit ialah seramai 10 orang. Setelah menjalankan ujian gaya pembelajaran yang berada di layar sawang http://www.businessballs.com/freepdfmaterials/vak_learning_styles_questionnaire.pdf (seperti yang lampiran 1) di dapati kebanyakkan mereka mempunyai gaya pembelajaran visual. 2.2 S ± Menyatakan Objektif. Objktif pengajaran saya adalah seperti berikut: Pada akhir pengajaran, apabila guru mengedarkan bahan relia KV KV kepada setiap kumpulan,setiap ahli kumpulan dapat mengeja dan menulis
6

perkataan

bahan relia tersebut dengan membatangkan dan menggabungkan suku kata KV KV dengan tepat, betul dan jelas serta menulisnya dengan betul hasil daripada pembelajaran melalui slaid yang disediakan Saya memilih objektif ini adalah kerana saya ingin memastikan media yang saya gunakan adalah tepat sehingga murid dapat mengeja dan menulis perkataan KVKV dengan sendiri tanpa bantuan seorang guru. 2.3 S ± Memilih Keadaan, Media dan Bahan Kaedah yang dipilih oleh guru pelatih adalah kaedah koperatif antara guru dan pelajar dan kaedah latih tubi serta kaedah pandang sebut yang menggunakan kaedah VAK (Visual, auditori dan kinestatik) dalam pengajaran membaca. Guru pelatih memilih kaedah ini keedah ini kerana setiap pelajar di kelas pemulihan sangat memerlukan guru dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perhatian dan kerjasama antara guru dan murid adalah penting supaya murid tidak tercicir di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan Kaedah VAK digunakan adalah untuk merangsang deria penglihatan dan pendegaran pelajar. Ini adalah sesuai kerana kebanyakkan gaya pembelajaran mereka adalah secara visual dan pengajaran mengeja memerlukan pelajar mendiskriminasi bunyi. Pembelajaran secara kinestatik di gunakan adalah supaya mereka dapat mengingat ejaan perkataan tersebut. Jadi media yang digunakan ialah slaid dan bahan relia (bahan 3D asli). Bahan relia dan internet digunakan untuk aktiviti pelajar. Slaid (lampiran 2) yang digunakan terdapat unsur still picture, audio dan video. Semuanya program ini digabung bagi membentuk satu slaid pengajaran menggunakan powerpoint. Selain itu, video yang dipilih adalah daripada laman sesawang you tube dan ada juga video yang dirakan sendiri oleh guru. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian visual pelajar. Setiap perkataan yang hendak di ajar ejannya pula dirakamkan suara supaya murid jelas.Still Picture yang digunakan adalah Still Picture karton yang dimuat turun daripada layar sesawang. Warna harmoni digunakan dalam penyediaan slaid bagi memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian tanpa rasa jemu.

7

Internet diperlukan kerana pengajaran saya memerlukan murid melayari laman sesawang http://www.uluskum.net/remedial untuk mengikuti pengajaran saya. (Rujuk Lampiran 3 bagi melihat Print Screen laman web tersebut) 2.3.6 U ± Mengguna media dan bahan Pada mulanya saya akan pratonton slaid yang bakal saya gunakan kepada pelajarpelajar dan diri saya. Hal ini bagi memastikan salid yang dibina tiada sebarang kecacatan yang membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dengan pelajar dan segala yang berada di dalam slaid itu adalah jelas dan bebas dari sebarang gangguan. Selain itu saya juga akan memastikan seluruh komputer di makmal komputer berada dalam keadaan baik begitu juga dengan LCD dan internet di sekolah terbabit. Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran, pada mulanya saya akan mengajar menggunakan slaid terlebih dahulu dengan cara memperdengarkan audio yang dimainkan di dalam slaid tersebut dan mengulanginya sambil diikuti oleh murid. Setelah murid menguasai kemahiran yang ingin diajar dalam slaid, guru akan meminta murid menghidupkan komputer kemudian guru akan mengarahkan murid untuk melayari laman web yang disebut sebentar tadi sebagai latihan. Selepas itu, guru

membahagikan murid dalam kumpulan kemudian guru mengedarkan bahan-bahan relia yang berpekataan KVKV pada setiap kempulan dan setiap kumpulan diminta

berbincang untuk mengeja danmenulis ejaan tersebut di atas kertas majung yang di sediakan (Rujuk Lampiran 4 untuk melihat carta alir pengajaran dan pembalajaraan) Dalam slot pertama, segala aktiviti dijalankan secara individu di makmal komputer manakala pada slot ke dua iaitu mengeja bahan relia, murid diminta kembali kedalam kelas untuk membentuk kumpulan. 2.3.7 R ± Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam aktiviti yang dirancang, penglibatan pelajar adalah secara individu dan berkumpulan. Bentuk respon yang di berikan oleh pelajar adalah dalam bentuk lisan dan tulisan. Penglibatan secara individu amat di pentingkan supaya ia dapat memberi
8

pengalaman sebenar kepada murid. Respon secara lisan di berikan oleh guru apabila guru mengajar menggunakan slaid ini kerada dalam penggunaan slaid tersebut ada beberapa soalan yang harus dijawab oleh murid secara lisan. Respon bentuk lisan digunakan apabila guru mengejar pelajar menggunakan kaedah pandang sebut dan kaedah abjad. Kaedah ini memerlukan pelajar memberi respon dalam bentuk lisan manakala, dalam slot berkumpulan pula murid harus memberi respon secara bertulis. Kedua-dua kaedah ini adalah mudah, cepat dan senang dijalankan oleh guru dan pelajar. Dalam proses pengajaran menggunakan slaid, murid diharapkan dapat mendengar audio pada slaid dan dapat mengulangnya. Sekirannya guru bertanya akan gambar pada slaid, murid diharapkan dapat memberi jawapan yang betul. Dalam penggunaan latihan di layar sawang internet, guru juga mengharapkan murid dapat menjawab semua perkataan dengan betul kerana ia menguji keberkesanan slaid 2.3.8 E ± Menilai (Evaluate and Revise) Dalam penilaian yang dijalankan slaid yang dibina adalah kurang menarik kerana saya tidak meletakkan animation pada setiap gambar di atas slaid. Pergerakkan gambar dapat membantu menarik perhatian murid secara menyeluruh. Selain itu rakaman suara juga adalah kurang jelas, justeru saya akan memastikan rakaman suara yang dibuat adalah lebih jelas dengan kekuatan yang lebih. Selain itu perkataan Kv Kv di dalam slaid perlu ditambah supaya murid mendapat lebih banyak kosa kata. Begitu juga dengan latihan di dalam slaid yang memerlukan respon secara lisan. Hal ini adalah bagi memastikan setiap pelajar berpeluang untuk memberi respon. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid harus bergerak daripada bilik komputer ke kelas pemuihan. Aktiviti ini memakan masa yang agak lama jadi saya bercadang untuk tidak melakukan aktiviti tersebut dalam pengajaran saya dan mungkin ianya boleh dijadikan sebagai aktiviti ulangkaji pada suatu hari.

9

Bahan relia 3D adalah susah dibawa kerana saiznya yang besar dan memerlukan jumlah yang banyak untuk diedarkan kepada setiap kumpulan jadi, saya bercadang untuk mengubah bahan 3D asli kepada bahan 2D dimana still picture digunakan. 3.0 Kesimpulan. Pengajaran yang baik seharunsnya memberi kesan yang mendalam kepada pelajarnya. Pengajaran yang baik juga seharusnya memastikan apa yang di pelajari diingati hingga ke akhir hayat. Salah satu faktor yang memastikan ianya berlaku adalah dengan memastikan keberkesanan dan kesesuaian media untuk pelajar hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai keunikan tersendiri dan meraka memiliki pelbagai kecerdasan. Salah satu model yang direka bagi memastikan hal ini berlaku adalah model ASSURE. Model ini melibatkan penentuan objektif dan lain-lain lagi. Apa yang penting dalam penggunaan model ini adalah seorang guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid, justeru, mereka yang mengaplikasikan model ini dapat mengenali dan memahami akan pelajar mereka. Setelah itu, seorang guru itu juga dapat mengubah suai corak pengajaran yang bersesuaian dengan diri mereka. Hal ini penting bagi seorang guru pemuliahn kerana di dalam kelas pemulihan murid telah di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cergas sederhana dan lemah. Pengagihan dibuat dengan menjalankan ujian diagnostik yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Moel ASSURE ini membantu guru membantu guru dalam semua hai termasuk dlam menganalisis singgalah penilaian. Setip guru harus mengetahui dan memahami langkah0langkah di dalam model ASSURE supaya pengajaran mereka sangat berkesa.

10

Refleksi. Penggunaan teknologi amat penting pada hari ini di dalam bidang pendidikan. Perkembangannya yang rancak mengharuskan guru memilih bahan yang susuai bagi membina media pengajaran yang berkesan. Tanpa media pengajaran yang baik, pengajaran guru di anggap gagal dan sia-sia. Justeru satu model di bina oleh pakar sebagai panduan kepada guru untuk memilih media pengajaran yang tepat. Sebenarnya terdapat beberapa model yang membolehkan seorang guru itu menggunakan atau memilih media yang tepat, tetapi salah satu model yang di titik beratkan di dalam pemilihan bahan media. Dalam tugasan ini, saya telah di beri tugasan untuk membayangkan satu situasi proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan saya menggunakan model ASSURE dalam proses memilih media pengajaran. Sebenarnya tugasan ini amat menarik kerana ia menguji kefahaman saya dalam mengaplikasikan model tersebut untuk digunakan pada hari kelak. Tugasan ini juga sebenarnya memberi peluang dan ruang kepada saya untuk meneroka pelbagai sumber yang boleh dijadikan media pengajaran yang berkesan. Melalui tugasan ini pembacaan saya trerhadap model ASSURE yang di pelopori oleh Heinich, Molenda dan Russel pada tahun 1993. Pembacaan yang luas terhadap model ini menyebabkan kefahaman saya meningkat dan saya yakin untuk mengaplikasikan model ini dengan sebaiknya. Selain itu, dalam penghasilan media yang baik, pengaplikasian pengetahuan dalam beberapa kemahiran adalah diperlukan. Contohnya kemahiran merakam menggunakan Audacity, kemahiran menggunakan movie maker dan kemahiran memuat turun . Tugasan ini juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menilai keberkesanan media pengajaran yang saya hasilkan. Penilaian amat penting supaya apabila saya di tugaskan untuk menghasilkan media saya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih lancar.

11

12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful