MUHAMMAD FARIQUE AZIM SHAH B.

ABDUL RAHMAN M2-1-87, Blok 2, Pangsapuri Baiduri, Persiaran Institut, Seksyen 7, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No. Tel : 013-4035837

20 November 2010

NAMA BOS Nama Jawatan Nama Syarikat Tuan, Per: Notis Berhenti Kerja Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Farique Azim Shah B. Abdul Rahman (No. Pekerja: ****), ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 22hb November 2010. 2. Saya berbuat demikian adalah kerana saya telah mendapat tawaran untuk menyambung semula pelajaran. Untuk makluman pihak Tuan, tarikh kemasukan dan pendaftaran saya ke pusat pengajian yang dtawarkan telah dijadualkan pada 29 November 2010. Oleh yang demikian, saya harus berhenti bekerja lebih awal bagi menguruskan beberapa perkara penting. 3. Saya ingin memohon seribu kemaafan kerana notis ini saya berikan dalam masa yang amat suntuk dan mungkin menyukarkan pihak Tuan dalam mencari pekerja yang baru bagi menggantikan tempat saya. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Tuan kerana telah memberikan peluang serta kepercayaan kepada saya untuk bekerja di syarikat ini. Saya telah menimba pelbagai pengalaman yang berharga sepanjang tempoh bekerja. 4. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai. Sekian, Terima Kasih. Yang Benar, . MUHAMMAD FARIQUE AZIM SHAH B. ABDUL RAHMAN (No. KP : ************ )