1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah

1I1

1I1 - MENJELASKAN TAUHID RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH Rujuk : A. B. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan. Cetakan Keenam 1998. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal. Cetakan Pertama 1998.

PENGENALAN 1. Mempelajari Tauhid Rubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah merupakan tunjang untuk

mengenali Allah SWT, di samping, mengimani kalimah tauhid yang agung. Sebenarnya, secara tidak sedar setiap orang muslim sentiasa menyebut, melihat dan memikirkan tentang kejadian dan kebesaran Allah SWT di sekelilingnya. Oleh yang demikian, dengan menjuruskan pengajian terhadap konsep ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenali ketuhanan yang tidak terhenti pada melafazkan dan menyakini kalimah tauhid itu sahaja. MAKNA KALIMAH TAUHID 2. Kalimah tauhid ‘La ilaha illallah’ bermaksud tiada Tuhan selain Allah.

Sungguhpun ringkas, kalimah ini mempunyai pengertian yang luas dan mendalam bagi kehidupan seorang muslim. Kalimah ini sebenarnya bererti ‘aku mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripadaNya sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.’ TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN TAUHID AL-ULUHIYYAH 3. Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beriktiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa,

Pencipta, Pemelihara dan Tuan bagi sekelian alam manakala Tauhid al-Uluhiyyah pula bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan. TAUHID AR-RUBUBIYYAH

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

1

1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah

1I1

4.

Antara pengertian kalimah Rabb ialah as-Sayyid (Tuan), al-Malik (Yang

Memiliki sesuatu), Pencipta sesuatu, Penguasa terhadap sesuatu, Pendidik serta Pengasuh makhlukNya, Penjaga maslahat makhlukNya serta Penguatkuasa perintahNya terhadap makhlukNya.Oleh itu, Tauhid al-Rububiyyah ialah iktiqad atau keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat yang sempurna. Segala sesuatu yang ada di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT. Dialah Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam). Dialah yang berkuasa, menjadi, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. 5. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, maka

tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, maka tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’ (berkuasa) untuk memberikan manfaat atau mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Al-An’am: 17) 6. Dengan itu, semua makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan

pertolonganNya serta berharap kepadaNya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan pinjaman. Oleh itu jika manusia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifat itu hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah. 7. Begitu juga dengan kecerdikan, kebijaksanaan dan kepandaian yang dimiliki

manusia, semuanya datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia sebenarnya bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah. 8. Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makhluk.

Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak nafasnya datang daripada Allah.
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

2

1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah

1I1

9.

Dengan keyakinan itu, maka timbullah kesan tauhid dalam diri seorang muslim.

Dia hanya takut kepada Allah dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah. 10. Kesan keyakinan sedemikian terbukti dalam kehidupan Rasulullah dan

sahabatnya. Sebelum keluar berhijrah ke Madiah, Rasulullah SAW memerintahkan Saidina Ali RA tidur di atas katilnya sedangkan ketikaitu musuh Islam sedang mengintip untuk membunuh Rasulullah. Bagaimanapun, Saidina Ali sanggup mengikut perintah Rasulullah SAW kerana yakin dengan kehendak dan kekuasaan Allah. 11. Keyakinan yang sama juga pernah dapat kita lihat pada Khalid al-Walid RA. Beliau pernah mendapat luka yang banyak kerana berperang di jalan Allah. Namun keyakinannya dengan kekuasaan Allah menyebabkan dia meneruskan pertempuran melawan musuh. 12. Saidina Bilal bin Rabah RA pula sanggup diheret di padang pasir, dijemur di

bawah matahari yang terik serta diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Bagaimanapun dia tetap mempertahankan keimanannya. 13. Kini ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka yakin kepada yang

lain daripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya. Oleh itu menjadi kewajipan bagi pendakwah-pendakwah Islam untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan tersebut. MAKHLUK BERSIFAT FAKIR 14. Manusia sebenarnya bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa

memerlukan pertolongan Allah. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan. Semuanya bersifat fakir kerana mereka adalah makhluk dan berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Firman Allah SWT di dalam Hadith Qudsi yang bermaksud: "Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepada-nya. Oleh itu
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

3

Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Semuanya menunjukkan bahawa Rabb kita adalah Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 4 . iaitu Allah." (Fathir: 15) Fakir adalah sifat setiap makhluk ciptaan Allah manakala kaya adalah sifat alKhaliq (Pencipta). kamu semua lapar kecuali mereka yang aku berikan makan. Orang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaanNya. Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu wujud. 18. Tidak ada orang yang berakal waras menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai manusia. Oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku. Jika alam boleh berkata-kata. Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa. maka sudah pasti ada yang menulisnya. Hai manusia. dia akan menyatakan bahawa dirinya ialah makhluk ciptaan Allah. Jika mahu dibuat analogi kita lihat pada tulisan di papan hitam. Begitulah hebatnya ilmu Allah. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta." 15. Sebaliknya Allah Maha Kaya. Hai manusia.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1 mintalah hidayah daripada-Ku. Sebenarnya terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Susunan alam yang mengkagumkan. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. 17. kamulah yang berkehendak kepada Allah. dan Allah. Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu. DALIL-DALIL TAUHID AR-RUBUBIYYAH 16. Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah.

" (Az-Zukhruf: 87) "Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1 FITRAH MENGAKUI RUBUBIYYAH ALLAH 19. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima akal. (An-Naml: 14) Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 5 . Firman Allah SWT yang bermaksud: "Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah. TAUHID AR-RUBUBIYYAH DI DALAM JIWA MANUSIA 21. Tidak sukar untuk membuktikan hakikat Rububiyyah Allah SWT. Al-Quran mengingatkan bahawa fitrah atau jiwa manusia memang telah memiliki perasaan mahu mengakui Allah sebagai Rabb al-’Alamin. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah yang bersifat Maha Pencipta. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah." (Az-Zukhruf: 9) 20. jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Meskipun seseorang itu kafir. Fitrah setiap insan menjadi buktinya. Pencipta langit dan bumi?" (Ibrahim: 10) "Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya".

sebenarnya didorong oleh perasaan sombong. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar. Telatah manusia. Sesungguhnya permasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah. apabila berada pada saat-saat genting. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan rasul iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyah. fitrah manusia memiliki perasaan mendalam yang mengakui kewujudan al-Khaliq. Jika fitrah manusia bersih daripada rasa sombong. Tauhid al-Uluhiyah bermaksud mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya. TAUHID AL-ULUHIYAH 26." (Al-Anbiya’: 25) Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 6 . tidak akan terfikir dan terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah sahaja. Ketika itu segenap perasaan dan fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata. maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. 24. maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan sebarang pilihan.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1 22. maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku. Lidahnya akan menyebut Allah dan meminta pertolongan daripadaNya. degil. Keengganan dan keingkaran sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan Allah sebagai al-Khaliq (Yang Maha Pencipta). degil (‘inad) dan keras hati. 23. Firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut: "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu. melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasa-nya tiada tuhan melainkan Aku. terang dan nyata. Benarlah Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung. Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai. Hakikatnya." (Luqman: 32) 25. jelas. keras hati dan selaput- selaput yang menutupinya.

sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya. hendaklah kamu menyembah Allah (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia. lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku. berpaut pada ketentuan Allah. meminta atau berharap serta berserah hanya kepada Allah. manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah. sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia terlalu fakir di hadapan Allah.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1 "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut. berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Allah. perkataan dan sebagainya) menurut cara yang diredhai Allah. Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendahrendahnya kepadaNya." (Al-Mu’minun: 23) "Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku. sembahlah Allah. Seseorang hamba disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah." (An-Nahl: 36) "Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya. Pengertian ‘Ubudiyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah mendalam." (Al-A’raf: 65) CETUSAN RASA CINTA KEPADA ALLAH 27. mendekati Allah dengan cara sentiasa mengingatiNya. manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 7 . bertawakkal kepada Allah. melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak. ‘UBUDIYAH SEMAKIN BERTAMBAH 28.

1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah

1I1

29.

Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah serta rasa

rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah bertambah teguh apabila semakin mantap makrifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, asma Allah al-husna (sifat-sifat Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah. 30. Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyah terhadap Allah

maka semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyah kepada yang lain daripada Allah. Dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan. 31. Allah telah menggambarkan di dalam al-Quran keadaan para rasulNya yang

mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyah pada peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyah Rasulullah SAW pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berdakwah dan semasa baginda mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan." (An-Najm: 10) "Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembahNya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya." (Al-Jin: 19) "Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa." (Al-Isra’: 1) TAUHID AL-RUBUBIYAH MENGHUBUNGKAN TAUHID AL-ULUHIYAH 32. Seperti yang telah dinyatakan, Tauhid al-Rububiyah ialah mengakui keesaan

Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagiNya di dalam Rububiyah.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

8

1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah

1I1

33.

Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari

segi Rububiyah dengan segala pengertiannya, akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja yang layak disembah, makanala selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun. 34. Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al-Rububiyah. Apabila mereka menerima Tauhid al-Rububiyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apa pun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia." (Al-A’raf: 191) "Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?" (An-Nahl: 17) "Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah." (Al-Hajj: 73) 35. Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu

hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika seekor lalat mengambil atau merampas sesuatu, mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ternyata yang meminta bersifat lemah dan yang dipinta juga bersifat lemah. Oleh itu akal yang sejahtera tidak akan menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-Khaliq Yang Esa. Selain daripadaNya adalah lemah dan daif belaka.
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

9

1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah

1I1

36.

Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orang musyrikin bahawa apa

yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memiliki sebutir atom pun sama ada di bumi mahupun di langit. Malah sembahan mereka sama sekali tidak menyamai Allah walaupun sebesar zarah sama ada di bumi mahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhan palsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedari hakikat ini, maka mereka akan rasa kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepada Allah semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak memiliki satu saham pun dalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya." (Saba’: 22) 37. Al-Quran menceritakan bahawa orang-orang musyrikin sebenarnya mengiktiraf

sebahagian daripada Rububiyah Allah seperti Allah adalah Pemilik langit serta bumi dan Pengurus kejadian-kejadian di langit serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, maka mereka sepatutnya beriman dan menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak ingat?Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak bertakwa?Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang di tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu? Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta." (Al-Mu’minun: 84-90)

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

10

Seluruh kandungan al-Quran berlegar mengenai tauhid. sifat Allah. Seluruh ajaran Islam adalah berasaskan tauhid. Al-Quran membincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbiya’ Allah (nabi- nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah. Daripada tauhid terpancar segala sistem. Semua ini untuk mengajak mereka menegakkan Tauhid al-Uluhiyah dan Tauhid al-Rububiyah. Sesungguhnya di sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan sistem sejagat ini pasti ada Penciptanya Yang Maha Besar dan Maha Berkuasa. manusia. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya. atom. Penemuan-penemuan dan rekaanrekaan baru itu menguatkan lagi ajaran aqidah tauhid dan meneguhkan lagi keimanan orang-orang mukmin.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1 SAINS DAN AQIDAH TAUHID 38. 40. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka yang mentaati Allah. 42. Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. hukum dan peraturan. menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu yang telah menderhakai Allah. Penemuan-penemuan dalam bidang sains dan teknologi mengenai alam buana. Hasil-hasil kajian itu menunjukkan kebesaran dan keluasan kudrat serta ilmu Allah. KEDUDUKAN TAUHID DALAM ISLAM 39. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 11 . 41. Rasul dan syariatNya. tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidang industri telah berjaya menyingkap keindahan dan ketelitian ciptaan Allah. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi perkhabaran tentang Allah. perintah. kejadian Allah. PENUTUP 43. perbuatan Allah dan pentadbiran Allah.

memahir. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 12 .1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1 untuk menambah. menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mukmin.

4. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 13 . Muhammad Abu Zahrah. 1985. Setiap rasul adalah nabi kerana mereka dilantik dari kalangan para nabi. 3.MENERANGKAN KONSEP NUBUWWAH Rujuk: A. Mempercayai Nabi dan Rasul adalah salah satu daripada rukun Iman yang wajib diimani oleh setiap muslim yang mukallaf. 1989. Nabi ialah manusia lelaki dari pilihan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak diperintahkan supaya disampaikan kepada orang lain. Akidah Islam (Menurut al-Quran al-Karim). Manusia dan Islam. C. PENGERTIAN NABI DAN RASUL 2. Wajib diiktikadkan dengan sepenuh yakin bahawa Allah telah memilih dan melantik beberapa orang hambaNya yang lelaki menjadi pesuruh untuk menyampaikan syariatNya kepada sekelian umat manusia. IKTIKAD 5. B. tetapi tidak semua nabi itu rasul. Dato’ Harun Din. Andai kata gugur keimanan terhadap rukun ini maka ia boleh menjadi kufur dan batal keimanan seseorang itu. Rasul ialah manusia lelaki dari pilihan Allah yang diberikan syariat kepadanya dan diperintah supaya disampaikan kepada umatnya.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2 1I2 . Pengetahuan Agama Islam ATM. Edisi Pengukuhan. PENGENALAN 1. Prof.

c. Sifat harus bagi Rasul ada satu sahaja iaitu bersifat dengan kelakuan manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat mereka disisi Allah dan masyarakat seperti makan minum berkahwin dan sebagainya. Sifat wajib bagi rasul: a. Perlu juga diketahui bahawa para Rasul itu maksum ertinya mereka tidak terlibat dengan perkara-perkara dosa. Menunjukkan manusia kepada agama yang benar dan diakui Allah. Antara tugas-tugas rasul ialah: Menyeru manusia supaya menyembah Allah dan patuh kepada arahanNya. Siddiq ertinya benar. Baladah ertinya bodoh. c. c. Amanah ertinya kepercayaan. d. 9. b. a. a. Fatonah ertinya bijaksana. 8. Menyeru manusia supaya berakhlak mulia. Menyampaikan segala perintah Allah kepada manusia. b. b. d. Khianat ertinya belok. Kitman ertinya menyembunyikan. d.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2 TUGAS-TUGAS RASUL 6. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 14 . Tabligh ertinya menyampaikan. SIFAT-SIFAT RASUL 7. Sifat mustahil bagi Rasul: Kazib ertinya dusta.

v. x. i. e. b. g. s. m. w. u. d. f. c. r. k. o. n. p. Nabi Adam Nabi Idris Nabi Nuh Nabi Hud Nabi Soleh Nabi Ibrahim Nabi Luth Nabi Ismail Nabi Ishak Nabi Yaakob Nabi Yusof Nabi Ayob Nabi Shuaib Nabi Harun Nabi Musa Nabi Ilyasak Nabi Zulkifli Nabi Daud Nabi Sulaiman Nabi Ilyas Nabi Yunus Nabi Zakaria Nabi Yahya Nabi Isa Nabi Muhammad SAW Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 15 . h.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2 RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI 10. j. q. y. l. Rasul-rasul yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam yang mukallaf secara terperinci hanya 25 orang Rasul: a. t.

000 orang. 12. 14. Allah Taala telah menyokong mereka dengan berbagai mukjizat supaya manusia membenarkan seruan masing-masing. 13. Sebab itu seseorang Rasul Allah adalah nabi. Para Rasul telah menjalankan tugas mereka untuk memperkenalkan Allah Yang Maha Esa Yang Penuh Berkuasa di atas semua makhlukNya dan mereka telah menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah yang wajib dipatuhi dan segala larangan mesti dijauhi dan wajiblah dipercayai bahawa mereka semua telah menyampaikan seruan Allah dengan penuh kejujuran. Di dalam agama Nasrani Paulus. 15. Marcos. Tetapi seorang nabi belum tentu menjadi Rasul. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 16 . Rasul-rasul Allah yang disebut dalam al-Quran seramia 25 orang. Mukjizat itu ialah perkara luar biasa yang menakjubkan akal fikiran manusia.s. Mathew. kerana ia terjadi di luar kekuasaan manusia tanpa mengikut undang-undang logikal dan undang-undang ilmu. Sedangkan jumlah nabi yang disebut dalam satu riwayat marduyah berjumlah 124.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2 HIKMAT PERUTUSAN RASUL 11. Nabi yang disuruh Allah menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut Rasul Allah. Tetapi dalam agama Islam mereka ini bukan Rasul sebab Rasul Tuhan ialah nabi Isa a. Orang yang menerima wahyu daripada Allah disebut nabi. mereka yang Maka tiap-tiap orang muslim percaya bahawa Allah Taala telah mengutus Rasul-rasul dari kalangan manusia untuk memberi perkhabaran baik terhadap melakukan kebaikan dan ancaman buruk terhadap mereka yang melakukan kejahatan. Kepercayaan kepada rasul-rasul adalah salah satu rukun iman dalam Islam. dan John serta lain-lain disebut juga Rasul.

Di antara lainnya memperkenalkan Allah Yang Maha Esa dan menggariskan cara-cara hidup yang baik demi merialisasikan keamanan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ayat di atas menjelaskan bahawa tiap-tiap satu umat itu telah diutuskan seorang Rasul untuk memberi bimbingan supaya mereka itu menentukan garis-garis yang telah ditetapkan. Undang-undang Allah bagi manusia memerlukan pengutusan Rasul kepada tiap-tiap umat di kalangan mereka sendiri untuk memandu mereka itu ke arah jalan yang benar. HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN RASUL-RASUL 18. Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab (agama) dan hikmat. (AliImran:79) Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 17 . Maka jangankah manusia melampaui batas hingga membesarkan mereka dengan taraf Tuhan atau anak-anakNya kerana mereka sebenarnya golongan manusia yang juga dipilih oleh Allah Taala. Di samping itu ada nabi-nabi yang tidak diceritakan dalam alQuran seperti mana yang diterangkan dahulu. serta pangkat nabi kemudian ia mengatakan kepada orang ramai: hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahKu dengan meninggalkan penyembahan Allah. (An-Nahl: 36) 17. Al-Quran ada menyatakan nama 25 Rasul pilihan yang telah diutuskan kepada umat manusia. Hubungan seorang muslim dengan Rasul-rasul Allah hendaklah berdasarkan tabait mereka itu yang selaras pula dengan tugas mereka.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2 SETIAP UMAT ADA MEMPUNYAI RASUL 16. Allah mengutuskan Rasul untuk manusia demi kepentingan mereka itu sendiri supaya terselamat dari gejala-gejala buruk dan kesenangan yang paling tinggi di akahirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah mengutus dari kalangan taip-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkandia menyeru mereka): hendakklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taaghut”.

PENUTUP 21. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 18 . Hanya hati nurani yang suci bersih sahaja yang boleh mendokong rukun ini hingga ke akhir hayat. (Al-Kahfi:110) 20. Ayat ini dengan tegas menentang sebarang pengabdian sesama manusia.1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2 19. mendidik dan mampu mentarbiyah jiwa mukmin supaya patuh kepada setiap ajaran para nabi dan rasul. Natijahnya satu umat yang bermutu dapat dihasilkan dari acuan sebenar berlandaskan kepada ajaran yang benar. Sebaliknya jangan pula memandang Rasul-rasul itu sebagai manusia biasa malah hendaklah kita memuliakan mereka sebab tugas mereka menyampaikan seruan suci daripada Allah Taala. (Al-Imran:144) Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu diwahyukan kepadaku bahawa tuhan kamu hanyalah tuhan yang satu. Keimanan yang teguh kepada nabi dan rasul akan membentuk. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh)”. Sebab tiap-tiap perkara yang terkeluar daripada Rasul bererti terkeluar daripada suruhan Allah dan Allah sahaja yang kita beriman kepadaNya. Menurut kenyataan ayat-ayat di atas ternyatalah hubungan atau pertalian kaum muslimin dan Rasul-rasul ialah pertalian menerima penyampaian dan ketaatan.

PENGENALAN 1. Dalam ilmu Tauhid qiamat diertikan dengan kebangkitan semula di alam baru setelah hancurnya alam semesta ini. Kebangkitan tersebut adalah bertujuan untuk dikira segala amalan manusia di dunia ini dengan perkiraan yang sangat adil dari Allah. Edisi Pengukuhan. Perniagaan Jahabesra. Kepercayaan berkaitan dengan perkara sam’iyyah merangkumi perkara-perkara seperti berikut: HARI QIAMAT 2. 19 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . yang buruk akan menerima sebesar-besar azab manakala golongan yang baik pula akan menerima nikmat kebahagian yang kekal abadi. 1989. D. Akidah Islam Menurut (Menurut Al-Quran Al-Karim). 1977. Pengetahuan Agama Islam ATM. Dahri. Singapura. Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Mazhab Salaf As-Soleh. C. Husein Muhammad Al-Jasr Al-Tarabulsi. Benteng Akidah Islam. Perkataan qiamat adalah diambil dari bahasa Arab iaitu al-Qiamah yang bererti berdiri atau berbangkit.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 1I3 – MEMPELAJARI PERKARA SAM’IYYAT Rujuk: A. Di hari itu manusia akan dipisahkan kepada dua golongan. Rasul B. 2001. B. Harun Din. Pustaka Nasional PTE LTD. Dato’ Dr. Perkara sam’iyyat ialah perkara yang berlaku di luar batas akal fikiran manusia yang wajib diimani sepenuhnya oleh umat Islam. DBP. 1989. Ust Manusia dan Islam. Prof. Muhammad Abu Zahrah. Kor Agama ATM. E.

ALAM BERZAKH 5. Kehidupan manusia di alam ini akan kekal sehingga hari kebangkitan. sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan dari hadapan mereka ada alam berzakh (ada dinding) sampai mereka dibangkitkan”.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT 3. Alam yang memisahkan manusia di alam kubur. Kematian adalah titik yang memisahkah seseorang manusia dengan alam dunia dan permulaan hidup di akhirat. pembalasan syurga dan neraka terhadap iman dan amalan yang telah dilakukan oleh manusia semasa hidupnya di dunia. pengadilan di Padang Mahsyar. mizan serta sirat al-mustaqim. Mempercayai akan berlakunya qiamat adalah merupakan salah satu dari rukun iman yang termasuk di dalam mempercayai hari akhirat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Quran yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat…. penyoalan di alam kubur. malaikatNya dan rasulNya serta percaya pula dengan adanya kebangkitan di Hari Akhirat. Kehidupan mereka di alam ini secara ruh. (Al-Mukminum: 100) 6. Mereka juga akan menghadapi soalan Munkar dan Nakir dan mereka juga akan menerima keazaban dan kebahagian kubur. Dari maksud hadith pula dijelaskan bahawa erti iman itu ialah mempercayai Allah. Termasuk juga dalam pengertian hari akhirat ialah mempercayai kehidupan di alam barzakh. Bagi mereka yang baik 20 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .” (Al-Baqarah:62) 4. Di alam ini mereka akan mengalami pengadilan peringkat pertama. syafaat nabi.

Dikatakan kepadanya itulah syurga yang telah 21 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Sebagaimana yang telah dijelaskan. sekarang telah digantikan oleh Allah di dalam syurga”. nahi mungkar dan ihsannya berada dekat kakinya. silaturahim. Keadaan mereka ini telah dijelaskan oleh hadis daripada Abi Hatim bahawa apabila simati itu seorang yang beriman. lalu dari kuburnya itu dibukakan sebuah pintu dan dari pintu itu ia dapat melihat syurga. Kuburnya disinari seakan-akan matahari terbit di dalamnya. lain-lain kebajikan yang merupakan sedekah. Sembahyang berdiri dekat kepalanya. Mereka yang mati itu akan ditanya mengenai kepercayaannya terhadap Nabi Muhamad SAW. maka datanglah dua malaikat menyuruh ia duduk. Mereka berkata kepadanya “Apa kata engkau mengenai lelaki ini iaitu Muhamad s. Setiap manusia yang mati.a. amal makruf. zakat di kirinya.w” maka katanya “Aku bersaksi sesungguhnya ia adalah hamba Allah dan rasulNya” Maka kedua-dua malaikat itu berkata: “Lihatlah kepada tempat kediaman engkau di dalam neraka. SIKSAAN DAN KEBAHAGIAN KUBUR 8. puasa di kanannya. Dengan itu ia akan mendapat kebahagian di dalam kubur. bahawa selepas seseorang manusia itu memasuki alam kubur ia akan di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir tentang amal dan imannya. Bagi seorang beriman ia akan menjawab soalan itu dengan tepat dan jujur.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 amalannya semasa di dunia akan mendapat balasan yang baik dan bagi mereka yang kurang baik perbuatannya semasa di dunia akan menerima azab. setelah diletakkan di dalam kubur dan ditinggalkan oleh orang-orang yang menghantarnya kira-kira masih terdengar bunyi terompah mereka. Mengikut keterangan dari hadis mengatakan. SOALAN MUNKAR DAN NAKIR 7. maka semua amal ibadat dan kebajikannya akan datang kepadanya menemani dan menghiburkannya di alam kuburnya. Sesudah kedua malaikat bertanya kepadanya dan ia menjawab dengan benar. dengan apa cara sekali pun kematiannya akan menghadapi soalan Munkar dan Nakir.

Bumi. Itulah siksaan bagi orang yang berzina dan makan riba. Kemudian besi itu dicabut dan dimasukkan lagi. Kebahagiaan bagi mereka yang beriman dan siksaan bagi mereka yang kafir dan munafik. penuh dengan kebahagian dan keazaban. Sejak itu bumi menjadi sunyi sepi tanpa kedengaran sebarang suara. Sebaliknya bagi orang kafir. 9.” Orang kafir dan munafik itu dipukul dengan pemukul besi sehingga teriakan mereka didengar oleh semua makhluk melainkan jin dan manusia. 22 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . bulan dan bintang turut hancur semuanya dan diganti dengan alam baru. Sebagaimana yang telah dijelaskan. begitulah keadaannya berulang-ulang sehingga hari qiamat. 11. mereka akan menerima keazaban dan siksaan. Demikian keadaan kehidupan manusia di alam barzakh. terdapat pula mereka yang disiksa di dalam lubang yang panas dan sungai darah. Mereka akan dipukul dengan pemukul besi sebagaimana yang telah dijelaskan oleh hadis riwayat daripada Bukhari dan Muslim bahawa akan ditanya: “Apakah yang kamu ketahui tentang Muhamad?” Orang kafir dan munafik itu menjawab: “Aku tidak kenal dia dan aku hanya mengatakan akan apa yang dikatakan orang ramai. Selain daripada itu. Itulah siksaan bagi orang yang berdusta. Mereka sentiasa berada di tempat siksaan tersebut hingga hari qiamat. matahari. manusia dan malaikat mati serentak kecuali Malaikat Israfil. Ada pula yang disiksa dengan dimasukkan besi panas ke mulut hingga tembus ke tengkuk. Ruhnya itu terbang melayang-layang di atas dahan-dahan kayu syurga dengan riang gembira sampai hari qiamat.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 disediakan untukmu. KEBANGKITAN SEMULA 13. 12. 10. setelah sangkakala pertama dibunyikan maka terjadilah qiamat besar. di mana semua jin.

maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya menuju kepada Tuhan mereka. Kemudian barulah diikuti oleh orang-orang lain.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 14. maka Allah pun memerintah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala kedua. Kata Aisyah: Wahai Rasulullah. Ianya sangat luas dan mendatar. lelaki dan perempuan sekeliannya melihat satu sama lain? Jawab Rasulullah: Wahai Aisyah. malaikat. Tiupan kedua ini adalah untuk membangkitkan semula semua manusia. Setelah beberapa lama alam ini sunyi sepi.” Allah berfirman lagi dalam Surah Yasin ayat 51 yang bermaksud: “Dan ditiuplah sangkakala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 23 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . jin dan iblis untuk menerima hukuman Allah. Mahsyar ialah tempat manusia berhimpun setelah dibangkitkan dari kubur.” (Riwayat Muslim daripada Aisyah) MAHSYAR 16. Orang yang mula-mula dibangkitkan dari kuburnya ialah Nabi Muhamad SAW. bertelanjang dan tidak berkhatan. tidak berbukit dan berlurah. Semua manusia yang dibangkitkan pada hari itu dalam keadaan tidak berpakaian kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah. Masing-masing berduyun-duyun menuju hala yang tidak diketahui. keadaan lebih dasyat daripada melihat satu sama lain.” 15. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dihimpunkan manusia di hari qiamat berkaki ayam. Firman Allah dalam surah Azzumar ayat 68 bermaksud: “Kemudian ditiup pula sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka itu berdiri menanti hukuman Allah.

” Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Berpeluh manusia pada hari qiamat sehingga mengalir peluh mereka di atas tanah tujuh puluh hasta dan melimpah sampai ke telinga mereka. maka tidak kami tinggalkan barang seorang pun dari mereka”. tiada padanya sebarang tanda bagi seseorang. Seluruh manusia yang dibangkitkan itu dalam keadaan bertelanjang kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Hampirlah mereka itu dicairkan oleh matahari dan berpeluhan menurut kadar amal mereka masing-masing. sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis yang lalu. sebagaimana gambaran yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa: “Apabila datang hari qiamat didekatkan matahari kepada manusia sehingga beberapa hasta. Semuanya terpaku kebingungan. sebahagiannya sampai ke bahu dan sebahagian lagi sampai tenggelam dalam peluh. Semua manusia akan dibangkitkan di Mahsyar. Dalam suasana perhimpunan yang dahsyat itu manusia penuh sesak sehingga tidak ada setapak pun tanah yang kosong.” (Riwayat al-Bukhari daripada Abi Hurairah) 24 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . 18. Berhimpunnya manusia di sana adalah untuk menunggu perhitungan amalan dari Tuhan. kemudian suasana yang tersangat panas mula dirasai.” (Riwayat Muslim daripada Sahal bin Saad) 17. 19. Maksud firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 47: “Dan kami kumpulkan mereka. seperti sekeping roti yang bersih. kerana pada ketika itu matahari didekatkan pada mereka dalam jarak beberapa hasta sahaja.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 “Dihimpunkan manusia pada hari qiamat di atas tanah yang putih melepak. Diantara mereka berpeluh sampai ke buku lali.

W yang bermaksud: 25 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Syurga adalah merupakan tempat kenikmatan dan kebahagiaan yang disediakan bagi orang-orang soleh. PEMBALASAN 22. (Hadis riwayat Abu Ya’la dengan sanad-sanad yang sahih dari Ibnu Hibban dan Abu Hurairah. Firman Allah dalam surah an-Naba’ ayat 40 bermaksud: “Kami memperingatkan kepadamu akan siksaan yang sudah dekat. Sabda Rasulullah S. Tetapi tidak ada seorang pun yang dapat mengatakan apa-apa terhadap keadaan tersebut.A. Lamanya manusia dalam keadaan demikian ialah 25 ribu tahun. Syurga dalam bahasa Arab ialah ‘Jannah’ yang bererti kebun.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 20.Di hari itu setiap manusia akan melihat sendiri akibat perbuatannya”. Sabda Rasulullah SAW: “Dihari itu berdiri manusia untuk Tuhan seluruh alam lamanya setengah hari dari sehari yang lamanya 50 ribu tahun.) 21. tetapi diringankan bagi orang-orang yang beriman seperti lamanya matahari mulai tenggelam sampai tenggelam sama sekali”. Dari keterangan hadith yang telah disebutkan dapatlah digambarkan bahawa manusia di hari itu akan berada dalam keadaan sulit dan letih lesu. Keadaan mereka penuh sengsara. Bagi orang-orang yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan syurga sebaliknya bagi yang melakukan keburukan akan dibalas dengan neraka. Apabila manusia dibangkitkan di Padang Masyar. SYURGA 23. Dan dihari itu orang kafir akan merintih: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah sahaja”. Dalam istilah ilmu Tauhid ialah tempat manusia yang mendapat anugerah dari Tuhan atas bakti serta kebaikan yang telah dilakukan oleh mereka ketika di dunia. mereka akan dihimpun untuk diberi pembalasan mengikut amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia.

Dalam istilah ilmu Tauhid ialah tempat menerima azab sensara dari Tuhan. 26 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia” (Hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah) NERAKA 24. Neraka dalam bahasa Arab ialah ‘an-Nar’.a. zakat dan sebagainya. Keingkaran ini kadang-kadang dilakukan secara lahir atau terangterangan dan kadang-kadang secara tersembunyi. Keingkaran secara lahir ialah meninggalkan suruhan-suruhan yang wajib seperti meninggalkan sembahyang. sombong. Dosa bermakna ganjaran keburukan yang akan diterima oleh orang-orang yang engkar perintah Allah. Tempat menerima balasan azab dan siksaan dari Tuhan yang akan diberikan kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang engkar kepada perintah Allah. 26. ia dibakar menerusi sepasang selipar yang menyebabkan menggelegak otaknya” (Hadis riwayat Muslim) DOSA DAN PAHALA 25. puasa. Keingkaran tersembunyi pula ialah keingkaran yang dilakukan oleh hati dengan melakukan sifat-sifat hasad dengki.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 “Di dalamnya (syurga) terdapat perkara-perkara dan benda-benda yang tidak pernah dilihat oleh mata. riak dan sebagainya.w yang bermaksud: “Sesungguhnya seringan-ringan azab penduduk neraka ialah Abu Talib. 27. Manakala pahala pula merupakan imbuhan atau ganjaran yang baik akibat dari melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan ia merupakan ganjaran Allah terhadap orang-orang yang taat mengerjakan perintahNya. Bagi mereka yang berdosa mereka akan menerima azab dan siksaan yang pedih dari Allah di dalam neraka dan bagi mereka yang banyak melakukan amal baik dan pahala mereka akan beroleh nikmat di syurga. Sabda Rasulullah s. Azab yang mereka terima adalah lebih pedih dan lebih dahsyat daripada apa yang dirasai di dunia.

BUKU AMALAN 31. katanya: “Disampaikan kepada kami bahawa titian itu panjangnya 15000 tahun perjalanan padanya 5. Ianya pula sangat halus dan amat tajam serta amat licin sekali”.000 tempat yang mendatar. Tujuan ditimbang dengan amal mereka adalah untuk menampakkan kepada manusia kadar tiap-tiap amalan secara terperinci dan adil. Ianya merupakan jambatan yang merintangi permukaan neraka menuju ke syurga. ianya merupakan pemberitahuan Allah kepada hambaNya tentang amal mereka dan apa yang harus diterima oleh mereka tentang hasil amal tersebut. MIZAN 30. Allah juga telah berfirman dalam surah al-Buruj ayat 7-11 yang bermaksud: 27 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar amal tersebut. Panjangnya titian tersebut ialah 15. Ialah perhitungan dari amal-amal perbuatan yang akan dibalas dengan kebaikan atas perbuatan yang baik dan akan dibalas kejahatan atas perbuatan jahat.000 tahun perjalanan sebagai mana yang disebutkan oleh hadith oleh al-Fudhail bin ‘Iyad.000 menurun dan 5. Kita wajib percaya bahawa ada titian yang bernama as-Sirat.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 TITIAN (AS-SIRAT) 28.000 pendakian dan 5. Untuk melaksanakan timbangan ini Tuhan telah mendirikan sebuah neraca penimbang yang dipanggil Mizan. Setelah selesai urusan perkiraan barulah dilakukan timbangan terhadap segala amalan manusia. Setiap hamba memiliki buku masing-masing yang tercatat di dalamnya amalan baik atau buruk samada yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Selain dari itu. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8. HISAB 29.

28 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Dan dia akan kembali kepada ahlinya dalam keadaan gembira. KESIMPULAN 33. 32. Dan adapun orang yang diberikan kitabnya di bahagian belakangnya. maka dia akan diseru dengan buruk”. Maka amalan-amalan tersebut dicatatkan di dalam kitab masing-masing oleh Malaikat Raqib dan Atid dan kemudiannya dibawa mengadap Allah SWT. beriman kepada perkara-perkara syami’yyat ini memerlukan tahap keimanan yang kukuh kerana ia membicarakan tentang perkara yang di luar batas pemikiran manusia untuk mengkajinya dan di luar kemampuan manusia untuk membuktikannya secara zahiriyah. maka dia akan dihisab dengan perhitungan yang mudah.1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3 “Adapun orang yang diberikan kitab dengan tangan kanannya. Sebagai kesimpulannya.

PENGENALAN 1. maka dinding dan atap menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya. Sebelum diperbincangkan lebih lanjut lagi mengenai bab bersuci ini terlebih dahulu dimulakan dengan menerangkan tentang pembahagian air yang boleh dan yang tidak boleh dibuat bersuci begitu juga air yang harus diminum dan sebaliknya. Cetakan Keenam 1998. Air Embun. 29 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Air Sungai. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 1I4 . d. Pengetahuan Agama Islam ATM. Bersuci merupakan suatu tugas yang sangat mustahak dalam kehidupan seseorang Islam kerana itulah punca segala amalan ibadat. Sabda Rasullah S. b. Sebagaimana diketahui bahawa punca-punca air itu ada tujuh. Air Hujan. Air Laut.W maksudnya: “Sembahyang iatu tiang agama. MENGENAL JENIS AIR 2. tempat ia mengerjakan ibadat dan sebagainya maka sembahyang tidak dikira sah.MELAKSANAKAN TOHARAH Rujuk: A. Apabila tiang sudah rosak. e. Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat sembahyang tetapi belum bersuci sama ada dari segi tubuh badan. a. pakaian. c. Cetakan Pertama 1998. Edisi Pemantapan. Apabila sembahyang yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian dari Allah. B.A. Air Perigi. sesiapa mendirikannya bererti ia mendirikan agama dan sesiapa yang meruntuhkannya bererti ia meruntuhkan agama”.

mandi hadas. 3. Sekiranya air tersebut kurang dari dua kolah dimasukkan sesuatu sama ada berubah atau tidak. Air terbahagi kepada 4 bahagian: a. Iaitu air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada untuk beristinjak.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 f. berwuduk. susu atau lainnya atau bercampur dengan bendabenda najis. maka air itu masih lagi dianggap mutlak. Apabila air tulin yang lebih dari dua kolah (10 tin minyak tanah) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubahkan nama air itu. Air Beku/Salji. kopi. g. rasa atau warnanya. membasuh najis dan sebagainya. Iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas yang kecil (berwuduk) atau hadas besar (mandu wajib) dalam erti kata bahawa air telah dibasuhkan kepada anggota wajib. maka air itu tidak boleh lagi dibuat bersuci seperti memasukkan kopi tetapi hanya boleh diminum sahaja. maka air itu dikira sebagai air yang musta’mal iaitu tidak boleh dibuat bersuci tetapi hanya boleh dibuat minum atau makan sahaja atau boleh membasuh benda-benda yang bukan najis. Air Mutlak ialah air yang benarbenar tulin yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi. sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua kolah. Air Mata Air. begitu juga sekiranya air basuh wajib menitik ke dalam air yang tidak sampai dua kolah. Air Yang Suci Tetapi Tidak Menyucikan (Musta’mal). maka air tersebut tidak lagi boleh dibuat bersuci apabila nama air itu telah berubah. Air Yang Suci Dan Menyucikan (Mutlak). air teh umpamanya. 30 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . b. tetapi sekiranya berubah samada bau.

Najis secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada 3 bahagian : a. MENGENAL NAJIS 5. Walau bagaimanapun. Najis Mukhaffafah (Ringan).1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 c. maka ia tidak mengandungi sebarang kekotoran najis”. di negara kita. d. Air Yang Mengandungi Najis. Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak sebegitu tinggi. maka air ini tidak boleh dibuat bersuci ataupun diminum. 31 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Air Yang Makruh Digunakan (Air Musyammas). Hadis tersebut menerangkan supaya kalau sekiranya najis termasuk ke dalamnya dan air itu tidak berubah maka itu masih lagi dianggap suci dan menyucikan. Sebenarnya fahaman seumpamanya ini adalah keterlaluan. Maka kebiasaan seumpama ini sewajarnya ditinggalkan oleh masyarakat Islam. Cara membasuhnya. 4. Pembahagian Najis dan Cara Menyucikannya. bau atau warnanya. Iaitu kencing kanak-kanak lelaki yang yang masih belum berumur 2 tahun yang tidak makan kecuali susu ibunya sahaja. Iaitu air yang mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas. Iaitu air yang kurang dari dua kolah dimasuki najis sama ada air itu berubah ataupun tidak. Dengan hadis ini mereka fahamkan boleh mencelupkan kaki ke dalam kolah. Begitu juga sekiranya air yang lebih dari dua kolah dimasuki najis dan air itu berubah rasa. Suatu kesilapan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita orang Melayu khasnya yang menganggap bahawa tiap-tiap air yang lebih daripada dua kolah tidak mengandungi najis berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: “Apabila air sampai dua kolah. memadailah dengan memercikkan sahaja air ke atas najis tersebut.

T. Rasanya. Mazi (air keluar dari kemaluan lelaki semasa naik syahwat) Cecair yang memabukkan. c. Nanah. Bangkai. Najis Mughallazah ialah babi. Darah yang terdapat di dalam daging yang dianggap najis ialah darah yang mengalir. Muntah. kencing.W. anjing dan keturunan keduanya termasuk tahi. Najis Mutawassitah (Pertengahan). Umpama darah binatang yang disembelih iaitu darah yang masih berada di atas daging tidak mengalir tidak dikira najis.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 b. maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah S. dengan air Cara menyucinya : Najis Mutawassitah hendaklah dicuci yang mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti (1) (2) (3) Ainnya/zatnya/warnanya. kecuali sekadar kuasanya. Air Kencing. Baunya. berikut : Ketiga-tiga hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh masih lagi tidak hilang. sekiranya tidak mengalir darah itu tidak dikira sebagai najis. Susu binatang yang tidak halal dimakan dan juga mani binatang. Najis Mughallazah (Berat). tidak memberati seseorang. Najis Mutawassitah ialah seperti berikut : Wadi (air yang keluar dari kemaluan kerana berkerja berat). daging dan kulit dalam erti segala 32 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) Darah.

ISTINJAK 6. Menggunakan batu untuk beristinjak diwajibkan mengikut syarat-syarat seperti berikut: a. Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu atau sebagainya sangat jarang digunakan kerana memandangkan air di Malaysia adalah banyak. Apabila seseorang terkena tahi atau tersentuh dengan kulit binatang tersebut maka hendaklah ia membasuhnya sebanyak 7 kali. Salah satu daripada tujuh itu hendaklah dicampurkan dengan tanah dan hendaklah dihilangkan tiga perkara sebagaimana yang telah diterangkan dahulu iaitu zatnya. Menyentuh kulit anjing yang kering dan tangan yang menyentuh pun kering maka tidaklah dikira najis tetapi sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah maka dikira najis. Walau bagaimanapun. Beristinjak hukumnya wajib sama ada dengan air atau dengan batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih afdhal (Baik). Najis masing belum kering.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 perkara yang ada hubungannya dengan kedua binatang tersebut maka dikira sebagai najis mughallazah. Kulit babi yang disentuh sama ada yang kering ataupun basah dikira sebagai najis. Erti Istinjak ialah menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar. Tidak ada benda-benda asing yang melekat tempat buang air. baunya. 7. 33 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Beristinjak dengan batu. kadang kala terpaksa digunakan untuk beristinjak. Cara Menyucinya. b. Najis itu tidak beralih daripada tempat asal. c. dan rasanya.

Di antara perkara sunat beristinjak seperti berikut: Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada tiga. Keluar mani secara sengaja ataupun tidak. a. lima. b. Adapun perkara-perkara yang mewajibkan mandi bagi kaum perempuan sahaja ialah : a. 9. b. 10. Bersetubuh. maka disunatkan membaca: Maksudnya: “Ya Allah. Sunat beristinjak . tujuh Disunatkan juga supaya menggunakan tangan kiri. bersihkan hati ku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran” PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI 11. rasa dan warnanya. Beristinjak dengan air serupalah dengan batu tadi kali dan seterusnya.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 8. Dengan hal ini memang menjadi masalah untuk mengetahuinya. Beristinjak dengan batu hendaklah wajib dengan cara tiga kali sapu walaupun dengan menggunakan satu batu tetapi tiga penjuru. iaitu hendaklah dibersihkan sehingga hilang tiga perkara iaitu bau. Haidh. 34 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Mati. c. Perkara-perkara yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan ialah : a. Sebaik-baik sahaja selesai daripada beristinjak. Jadi untuk mempastikan ialah dengan rasa sahaja. apabila merasai kesat bermakna najis yang terdapat di dubur (kemaluan belakang) itu telah bersih. Beristinjak dengan air. Sekiranya masing belum bersih wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih.

“ Sahaja aku mengangkat hadas junub haidh/nifaskerana Allah taala”. b. Nifas. Atau boleh juga diniatkan sebagai.A.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 b. 35 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Membaca Basmalah. c. b.W yang bermaksud : “Apabila bertemu dua khitan maka sesungguhnya wajib mandi”. Sunat semasa mandi adalah seperti berikut : a. Sunat Semasa Mandi. Membasuh Seluruh Anggota Yang Zahir. telinga yang di sebelah luar. Niat. rambut yang terikat hendaklah dihuraikan. kulit. Berwuduk terlebih dahulu. sabda Nabi S. Bersetubuh maksudnya ialah apabila bertemu dua khitan iaitu dengan memasukan hasyafah. bulu-bulu yang terdapat pada anggota. Wiladah (bersalin). 12. MANDI WAJIB 13. Mengangkat hadas besar seperti junub. 14. Wajib meratakan air keseluruh anggota seperti rambut. kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar. Rukun mandi ada dua perkara : a. haidh atau nifas Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas yang besar kerana Allah Taala”.

Meninggalkan (tidak) menyelati janggut yang tebal. Makruh Semasa Mandi. Menyelati rambut dengan anak jari.A.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 c. Menggosok badan. h. Membaca doa yang disunatkan sesudah daripada wuduk. dilakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. kamudian beliau mencurah air dan membasuh kemaluannya dengan tangan kirinya seterusnya mengambil wuduk. Cara-cara Mandi Yang Baik. g. sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud: 36 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . 17. Muwalat (berturut). Meninggalkan (tidak) berkumur dan hisap air ke hidung. d. Kamudian baginda mengambil air menjiruskan di kepala serta menyelat-nyelati pangkal rambut setelah air telah meresap keseluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak tiga kali kamudian meratakan air ke seluruh badannya. sebagaimana sebuah Hadith yang telah diriwayatkan oleh Aisah R. d. Menggunakan air yang berlebihan dari keperluan. Mendahulukan bahagian kanan daripada yang kiri. e. c. Mengadap ke arah kiblat. yang bermaksud : Bahawa ketika Nabi SAW mandi junub baginda memulakan membasuh tangan. Perempuan yang mandi haid sunat mengunakan sedikit kasturi atau benda yang lain yang agak wangi sedikit untuk membasuhi dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangi-wangian itu di atas kapas dan memasukkannya kedalam faraj (kemaluan). Makruh semasa mandi adalah seperti berikut : a. f. Segala amalan ibadat yang baik hendaklah 16. 15. b. Mendahulukan yang kiri dari yang kanan.

Sekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis terlebih dahulu. TAYAMMUM 18. Niat seperti berikut : 37 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Fardhu Tayammum adalah seperti berikut: a. cukup untuk minum sahaja. Peringatan: a. ia tidak Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya. c. Ta’rif Tayammum. 19. berbalut atau simen sebab patah. Fardhu Tayammum. c. Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali. b. seperti sakit kuat tidak boleh kena air atau lainnya. Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan sembahyang. Masuk waktu sembahyang. tawaf atau menyentuh al-Quran. Syarat Tayammum adalah seperti berikut: a. e. Tayammum hanya diharuskan apabila ketiadaan air atau tidak boleh mengunakan air sebab uzur. atau ada air yang sedikit hanya Uzur mengunakan air pada anggota-anggota wuduk seperti tangannya Tanah yang suci dan berdebu. 20. Tayammum tidak seperti wuduk. b. Kerana uzur. Syarat Tayammum.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 “ Ambillah sedikit daripada kasturi kamudian bersihkan dengannya”. Tayammun adalah mengantikan air sembahyang atau wuduk dan juga mandi junub untuk mengharuskan sembahyang. d. boleh dilakukan melainkan setelah masuk waktu sembahyang.

e. Manakala dua tangan daripada Sunat melebihkan sapuan. d. c. 38 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Menyapu muka bermula dari bahagian atas. Sunat-sunat Tayammum. Membaca Basmalah walapun orang yang junub. Mengadap Kiblat. b. Tertib. Sunat-sunat Tayammum adalah seperti berikut : a. Dikira sah apabila tangan sampai kepada muka. Menyapu kedua tangan hingga ke siku. Tidak memadai dengan mengakat hadas kerana tayammum itu tiada (1) mengangkat hadas dan tidak memadai niat fardhu tayammum kerana tayammum itu . c. d.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala”. b. e. anak jari. Iaitu didahulukan dengan menyapu muka kamudian dua tangan muka dengan debu yang bersih. 21. sekalipun hadas besar. Menipiskan tanah dari dua tapak tangan.(thoharah dharurah (tertentu (2) Wajib disertakan dengan niat ketika mula menyapu tanah pada muka kerana ia permulaan rukun dan wajib mengekalkan niat hingga sampai satu suku daripada muka. Memindahkan tanah (debu) kepada anggota yang hendak disapu iaitu Menyapu sekalian (yang zahir) muka dengan tanah.

Murtad. 39 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . c. Mendapati air sebelum sembahyang atau menduga ada air di suatu tempat Sembuh penyakit yang dikhuatiri (memudharatkan) jika terkena air. perkara ini menjadi suatu tuntutan Fardhu Ain bagi setiap muslim mukallaf mempelajarinya hingga ke liang lahad. PENUTUP 23. Malah. Perkara-perkara yang membatalkan tayammum adalah seperti berikut : a.1E1 Melaksanakan Toharah 1I4 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 22. Bagi menyempunakan ibadah seseorang muslim mestilah memahami dan Semua perkara yang membatalkan wuduk. yang dekat (tidak berjauhan). d. mengaplikasi secara betul dan mendalam perihal bersuci kerana ia akan menentukan ibadah itu sempurna atau sebaliknya. b.

DBP. PENGENALAN 1. mereka (musuh Islam) menjadikan seruan azan itu sebagai ejekan dan permainan. 40 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I5 1I5 .” (Surah al Maidah: 58) 3. yang demikian itu mereka adalah dari kaum yang tidak berakal. Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1. Pengetahuan Agama Islam ATM. Ianya memberi maksud kepada orang ramai tentang masuk waktu sembahyang dan tuntutan menunaikannya. 2. Sunat melakukannya sebelum mengerjakan sembahyang fardhu yang lima sesudah masuk waktunya. Azan adalah salah satu dari syiar Islam. maka hendaklah bersegera pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan sembahyang jumaat) dan tinggalkan berjual beli (pada ketika itu). 1997. Azan dan iqamah merupakan sunat muakkad dan dilakukan bagi melengkapkan kesempurnaan dalam ibadat sembahyang.MELAFAZKAN AZAN DAN IQAMAH Rujuk: A. Wahbah al-Zuhaili.” (Surah Jumaah: 9) Firman Allah Taala lagi yang bermaksud: “Dan apabila diseru azan untuk bersembahyang. B. Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat yang perlu dilakukan sebelum sembahyang. untuk memberitahu waktu sembahyang telah masuk. samada ketika sembahyang seorang diri atau berjamaah lebih-lebih lagi di masjid atau di surau khususnya pada hari Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman apabila diseru/azan untuk bersembahyang pada hari Jumaat. Cetakan 1998. Edisi Pemantapan. Ia juga merupakan penghulu dari segala amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah Taala. Sembahyang itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan.

Suci dari hadas dan najis. Orang yang nyaring suaranya. Elok suara. Mumaiyiz. Tarji’/mengulang kalimah syahadah sebelum melafazkannya dengan KELEBIHAN AZAN Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . merdu dan sedap didengar. f. h. Masuk waktu kecuali subuh. f. c. b. b. k. e. d. SUNAT-SUNAT AZAN 6. Meletakkan kedua jari pada kedua tekinga.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I5 PENGERTIAN AZAN 4. Berdoa antara azan dan iqamah. Sunat berdoa (Doa azan). i. Sunat-sunat azan adalah seperti berikut: a. e. Syarat-syarat azan adalah seperti berikut: a. g. Mengucap selawat selepas azan. Azan dari sudut bahasa bermakna memberitahu manakala dari segi syarak bermakna memberitahu waktu sembahyang telah masuk dengan lafaz yang tertentu. Selepas lafaz “Haiya ‘ala falah” sunat ditambah “As solatu khairum c. Di tempat yang tinggi. meninggikan suara azan. Mengadap arah qiblat. SYARAT AZAN 5. Berdiri. kuat. Hendaklah tertib antara keduanya (Mualat). l. 41 minan naum” (2 Kali) bagi azan subuh. j. Lafaz azan dalam bahasa arab. d. berturut-turut (mualat kalimah keduanya) dengan Hendaklah Islam.

kerana orang percaya dengan waktu yang diberitahu oleh bilal. semakin bertambah rahmat dan pahala yang diperolihi. semakin lantang suaranya. didirikan sembahyang. 11. Orang yang menjadi bilal. Untuk orang yang dirasuk hantu atau jin. IQAMAH 10. Selain sunat azan semasa masuk waktu sembahyang. Ketika anak baru lahir. 8. kerana semua makhluk yang mendengar azan samada manusia. semakin lama menjadi bilal semakin banyak pahalanya. Dari segi syarak ialah memberi ingatan kepada yang hadir supaya mendirikan sembahyang dengan lafaz yang tertentu. b. sunat juga azan pada waktu-waktu yang tertentu: a. Mengikut keterangan hadis. jin. binatang dan tumbuhan berdoa dan beristighfar memohon ampun untuknya dan ianya menjadi saksi di akhirat kelak. C. iaitu sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqamahkan pada telinga kiri. Menurut jumhur iqamah adalah sunat muakkad bagi sembahyang fardhu samada bagi lelaki atau perempuan. HUKUM IQAMAH 42 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . semakin didengar oleh orang yang jauh. Oleh itu bilal hendaklah bersuara kuat dan merdu disamping berlaku adil dan amanah kepada orang ramai. bilal akan mendapat pahala sama seperti orang yang mengerjakan sembahyang yang sama dengannya. FAEDAH DAN WAKTU AZAN YANG LAIN 9. Iqamah dari sudut bahasa bermakna peringatan yang tertentu yang kerananya Ketika hujan lebat/ribut.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I5 7.

Sunat dilafazkan di tempat lain daripada tempat azan. c. d. Hukum melafazkan iqamah adalah seperti berikut: a. Suara yang rendah. f. PENUTUP 13. Adalah diharapkan amalan azan dan iqamah ini dilakukan mengikut keperluan dan tatacara yang telah ditentukan oleh syarak. Walaupun azan dan iqamah merupakan sunat muakkad sahaja. e. b. Afdal dilafazkan oleh orang yang melaungkan azan. Dalam keadaan berdiri. 43 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Sunat dipercepatkan iqamah. Sunat jamaah bangun setelah selesai iqamah. namun ianya merupakan pelengkap kepada kesempurnaan sembahyang yang didirikan.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I5 12.

Ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Cetakan Keenam 1998.W. Hakikat . Solat juga menyatakan taat dan kehendak kepada Allah melalui perkataan dan perbuatan. 2. MUQADDIMAH 1.T.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 1I6 .Ialah berhadap hati kepada Allah secara yang mendatangkan takut kepadaNya serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan. Bagaimana Memiliki Khusyuk Dalam Solat. Manakala dari segi istilah pula ialah : a. Pengentahuan Agama Islam ATM. b. Perniagaan Jahabersa 1998. Solat juga merupakan tiang agama dan sebagai pendinding (yakni dapat mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran) bagi seseorang yang menunaikan solatnya secara sempurna. Syeikh Mustafa Mansur. Edisi Pemantapan. kebesaraNya dan kesempurnaan kekuasaanNya. di dalam peristiwa Mi’raj. Solat merupakan suatu ibadah yang diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW ketika bertemu dengan Allah S. 44 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Sesungguhnya Allah mewajibkan solat ke atas hambaNya untuk Allah mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai kewajipan dan supaya mereka bergantung kepada solat itu bagi meringankan apa-apa kesusahan dan bencan hidup yang mereka tempuhi. B. Feqah . Maka solat juga merupakan pujian yang patut dilaksanakan oleh makhluk kepada Allah. yang disertakan niat dengan beberapabeberapa syarat yang ditentukan.MENUNAIKAN SOLAT Rujuk : A. TA’RIF SOLAT DAN SIFAT-SIFATNYA 3. malah ianya merupakan kepala bagi Ibadah. Pengertian solat pada bahasa ialah: doa.

maka cita-cita itu perlu dilahirkan dalam bentuk perlaksanaan melalui lidah dan anggota-anggotanya. berdoa atau memuji. bererti saling mempunyai peranan yang tersendiri. c. KONSEP SOLAT DAN PENGHAYATANNYA 5. 4. Takbir. roh solat itu ialah berhadap hati kepada Allah SWT dengan khusyu’. tanpa boleh dipisah- pisahkan. Tujuannya untuk menyatakan khusyuk kepada Allah dan menghadap dengan sepenuh hati kepada Allah. berdoa atau memuji. 45 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . maka dibuktikan melalui: (1) (2) Berdiri menghadap qiblat dengan muka dan badan. yang Perbuatan solat menghendaki satu ikatan kukuh antara badan. kasih dan takwa kepada Allah adalah urusan yang tersembunyi yang perlu dibuktikan dengan kenyataan. dengan segala khusyu’ di hadapanNya dan berikhlas untukNya serta wujud hati dalam keadaan berzikir. fikiran dan hati.Roh solat ialah berhadap kepada Allah SWT dengan sepenuh jiwa. Mengadap Kiblat.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 c. Membaca “ Allahu Akbar ” dengan lisan. Salam dilakukan sebagai memaklumkan bahawa kita telah selesai dari upucara munajat dan kembali kepada masyarakat. Takbir dilakukan sebagai memaklumkan bahawa kita telah meninggalkan masyarakat buat sementara waktu untuk memasuki ke dalam upacara munajat kepada Allah serta mengingatkan diri kita bahawa kita telah meninggalkan segala perbuatan yang bertentangan. samaada dalam berzikir. ikhlas wujud hati. Sifat-sifat Solat. b. Makrifah . Tabiat manusia lazimnya apabila tersenarai di dalam jiwanya sesuatu perkara yang dicita-citakan. Salam. Di antara sifat-sifat solat adalah seperti berikut: a. Apa yang dikehendaki dengan peribadi ialah karektor diri kita dengan tanggapan hidup kita sendiri. Kerana ta’zim. Ringkasnya.

Peranan ‘Aqal Fikiran. sujudlah kamu. c. Di antara syaratnya adalah seperti berikut : a. dan anggota semata-mata kerana Allah. patuh. b. iaitu orangorang yang khusyu’ di dalam solatnya”. sedang kamu solat dalam keadaan mabuk. rukuklah kamu. Dalam erti kata bahawa seorang itu apabila cukup syaratnya akan disiksa dengan api neraka jahanam sekiranya tidak mengerjakan ibadat sembahyang ini. Khusyu’ bererti tunduk. 46 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 a. memberi perhatian dan memahami sepertimana Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 43 : Ertinya : “ Hai orang-orang yang beriman. Peranan Hati. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 – 2 : Ertinya : “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan”. Baligh. Ialah berfikir. manakala ikhlas pula bererti membulatkan ta’at semata-mata untuk Tuhan yang hak sahaja. rukuk dan sujud. sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan. Peranan Tubuh Badan. merendah diri serta bertenang hati. seperti firman Allah dalam Surah Al-Haj ayat 77. Syarat wajib sembahyang maksudnya apabila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang akan disebutkan nanti wajiblah mereka itu mendirikan sembahyang. Iaitu berdiri. b. SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH SOLAT 6. Islam. janganlah kamu solat. Ialah khusyu’ kehalusan hati dan rasa lazat dalam mendirikan solat. Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman. supaya kamu mendapat kemenangan”.

Maksud tempat ialah tempat berdiri dua kaki. tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut. Tetapi kalau digerakkan kepada tiga kali berturut-turut maka batal sembahyang. Syarat sah sembahyang maksudnya hendaklah ada syarat-syarat yang akan diterangkan barulah sembahyang itu sah. Dalam erti kata sekiranya salah satu di antara syarat ini tiada maka sembahyang itu tidak sah. Suci daripada najis baik dari segi pakaian mahupun anggota badan dan juga tempat.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 c. c. sekiranya orang yang uzur sakit yang tidak terdaya melakukan demikian. Menutup aurat adalah wajib sama ada sembahyang di tempat yang sunyi atau di tempat-tempat ramai. aurat lelaki ialah dari lutut hingga pusat manakala aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Syarat sah sembahyang ada 5 perkara diantaranya : a. maka diberi kelonggaran ke atasnya menghadap ke arah yang ia boleh tetapi hendaklah mengulangi sembahyang tersebut apabila ia terlah sembuh dari penyakitnya. Mengetahui masuknya waktu dengan yakin dan dzan tetapi sekiranya seseorang itu sembahyang tanpa meyakini masuknya waktu masa sembahyangnya tidak sah walapun tepat pada waktunya.” 7. Mengadap qiblat yang dimaksudkan ialah dengan dada sahaja oleh itu berpaling muka semasa sembahyang tidak membatalkan sembahyang cuma makruh sahaja. Sabda Rasulullah SAW: Ertinya : “Suruhlah kanak-kanak mengerjakan sembahyang apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak bersembahyang). d. Mengadap Qiblat – (Semasa mengerjakan sembahyang) – bagi orang yang boleh melakukannya. tempat sujud. 47 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Berakal. b. Tetapi kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah disuruh mengerjakan sembahyang dan setelah berumur sepuluh tahun bolehlah di pukul sekiranya masih belum bersembahyang.

Pra syarat khusyu’ adalah merupakan kehalusan hati dan rasa lazat dalam mendirikan solat. Hendaklah selalu ingat kriteria tersebut yang diumpamakan sebagai bahagian ibrah dan Allah-lah sebagai puncak keteladanan yang mempunyai 48 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . b. Yang demikian ini menjadi perasan kita menyedari akan segala kelemahan kita. menyedari bahawa Allah itu mengawasi hatinya dan mengentahui segala rahsia. Suci daripada hadas.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 e. Sebelum mengucapkan takbiratul ihram. dari yang dilafazkan lisan. kita bersimpuh di bawah kehibatan kekuasaanNya. kefakiran kita yang berada di bawah naungan keagunganNya. ingatannya segala isi hati tertuju pada Allah SWT dan pada waktu penghayatan total terhadap apa yang dibaca serta didengar dari kalamNya. Berdasarkan kriteria pemahaman tersebut. diharapkan bagi setiap yang melakukan solat hatinya turut hadir dan mengerakkan segala perasaannya. Maka kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengosongkan isi hati dari segala kesibukan sebagaimana layaknya mengadap Allah di dalam solat dengan hati dan akal fikiran. Perbahasan yang patut mendapat penekanan khusus yang dapat memberi kebahagiaan dalam kehidupan hati di dalam solat : a. lisannya mengatakan kalimah “Allahu Akbar” sedangkan hatinya berbuat tidak kerana Allah. sejak mulai takbir atau tasbih atau pujian ataupun doa dan juga apa-apa yang menyertai rukuk dan sujud. c. Ertinya ia telah pun berwuduk dan juga telah mandi hadas. Sesungguhnya yang terpenting adalah kuatnya motivasi hati kita yang mendorong pada “kehidupan pada solat” yang merupakan kehendak kita untuk mengaggungkan Allah dengan penuh perasaan. maka tidaklah sah seseorang itu memulakan solatnya dengan doa-doa palsu. Kesimpulan apabila terdapat lima-lima syarat yang telah disebutkan tadi maka sembahyang itu dikira sah. PRA SYARAT KHUSYU’ SOLAT 8.

alat penglihatan atau yang lain di pertengahan solat. kecuali sepersepuluh 49 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . d. Haruslah mengetahui bahawa syaitan itu selalu berusaha untuk mempengaruhinya agar di dalam solatnya tidak khusyu’. Surah An-Nisa 43. Solat. tasbih. Berusaha mencegah beralihnya perhatian. Dari Ammar bin Yasin r. berkata : “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya seseorang itu boleh jadi tertolak pahala solatnya serta sesuatu yang seharusnya ia dapatkan. dan doa di celah-celah solat.a. Oleh kerana itu. harus dalam keadaan sihat akal dan penuh perasaan. Hakikat yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman. janganlah kamu mendekati solat sedang kamu dalam keadaan mabuk.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 sifat Maha Tinggi. Demikianlah juga jangan solat di dalam keadaan menahan kencing dan buang air besar. f. dengan memilih tempat yang tenang dan kita membatasi arah pandangan iaitu dengan menjadikan solatnya dekat dinding atau penghalang lain. Oleh kerana itu menjadi keharusan bagi yang melakukan solat agar selalu berjaga-jaga mengamankan solatnya berserta segala kebaikan yang terkandung di dalamnya. serta yang menjadi bacaan di dalam zikir. agar jangan sampai syaitan itu menembus dan mengikis kebaikankebaikan tersebut walau sebahagian kecil sekalipun. pendengaran. e. takbir. g. sehingga kamu mengerti tentang apa yang kamu katakan”. dan memejamkan penglihatan serta memfokuskan pandangan ke tempat sujud. paling utama yang harus dilakukan oleh setiap yang solat adalah bersimpuh di bawah naungan kebesaran Allah dengan menyingkirkan kepentingan lain selain kepentingan Allah. Berusaha untuk memahami dan menekuni kandungan makna yang dibaca atau yang di dengar dari kalam Allah.

Harus mampu melampaui kepentingan akhirat dari kepentingan dunianya. (5) Aurat lelaki antara pusat dan lutut. sepertiganya. Dengan demikain solat akan menjadi jalan menuju kebahagian akhirat jika itu benar-benar dilakukannya dengan khusyu’ disertai kehadiran hati. b. (2) (3) Hendaklah pehanya direnggangkan dari perut ketika sujud. 50 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . (4) Apabila berlaku dalam sembahyang seperti imam terlupa. (Dari Daud. Boleh menyaringkan bacaanya di waktu-waktu yang dibolehkan. dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya. Solat lelaki : (1) Hendaklah merenggangkan kedua tangannya daripada lambung ketiaknya ketika takbir.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 dari solatnya. sepertujuhnya. Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud : Khusyu’ hati seseorang lelaki itu (termasuk wanita) nescaya diikutu pula khusyu’ anggotanya “. setengahnya”. h. maka akan menghasilkan buah untuk kepentingan kita di Akhirat. Solat perempuan : (1) Hendaklah merapatkan kedua tangannya daripada lambung ketiaknya ketika takbir. maka makmum lelaki boleh mengatakan “ Subhanallah”. Perbezaan solat lelaki dan wanita adalah seperti berikut: a. seperempatnya. seperenamnya. seperlimanya. Nasa’I dan Ibnu Hibban). sepersembilannyan. PERBEZAAN SOLAT LELAKI DAN WANITA 9. seperlapannya.

Selawat keatas nabi dalam tahiyat akhir. Tidak boleh menyaringkan bacaanya. Membaca Fatihah. a. Niat dalam hati. k. Rukun Qauli. Berdiri betul. Takbirratul Ihram. e. f. 11. Sujud. g. Tertib. Rukun solat ialah tiga belas perkara: a. i. Tertakluk kepada sifat sama’ ia mengandungi lima rukun yang terbit dari lidah iaitu .1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 (2) (3) (4) Hendaklah pehanya dirapatkan ke perut ketika sujud. l. Memberi salam yang pertama. Membaca tahiyat akhir. 51 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . (5) Aurat perempuan keseluruhan badan kecuali muka dan dua pergelangan tapak tangan. h. j. RUKUN SOLAT 10. Takbiratul Ihram. c. b. Apabila berlaku dalam sembahyang seperti imam terlupa. m. Ruku’. Iktidal. maka makmum perempuan hanya boleh menepuk tangan kiri sahaja. Duduk membaca tahiyat akhir. d. Duduk antara dua sujud.

Tertakluk kepada sifat ilmu. Salam. d. Tahiyat Akhir. e.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 b. Maksud batal ialah sembahyang yang sedang dilakukannya itu sudah dikira putus/berhenti dan ia wajib mengulangi semula sembahyang tersebut. ianya tertib dari hati Qasad. Perkara yang membatalkan sembahyang ada sebelas perkara. zikir atau doa baik satu ) ertinya huruf sekalipun yang boleh memberi makna. a. Berkata-kata dengan sengaja lain dari al Quran. Duduk Tahiyat Akhir. f. Rukun Qalbi. Berdiri dengan betul. Ia mengandungi enam rukun yang terbit dari anggota iaitu. e. Selawat. a. Seperti ( “peliharalah” ataupun perkataan yang tidak mendatangkan sebarang makna. Rukun Fe’li. d. Takrid dan takyin. c. 12. Sujud. Oleh itu perkara- perkara yang tidak termasuk dalam sebelas perkara ini tidak membatalkan sembahyang. Tertib. a. Niat. 13. b. c. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 14. b. Duduk antara dua sujud. Iktidal. Al-Fatihah. 52 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Rukuk.

k. Kalau songkok dijatuhi najis maka bolehlah ditanggalkan songkok tersebut. e. Jika disentuh maka batal sembahyangnya. h.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 b. d. f. Mengubah niat. umpamanya keluar sesuatu daripada kemaluan seperti kencing ataupun mani dan sebagainya. Kedatangan hadas kecil/besar. Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangannya. c. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan samada pada badan atau pakaian. g. PERINGATAN 53 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . tetapi sekiranya ditutup dengan segera maka tidaklah membatalkan sembahyang. Makan walaupun sedikit seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali ia terlupa. Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) banyak perbuatan yang tidak di suruh melakukannya didalam melakukan sembahyang. Ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf begitu Murtad iaitu keluar daripada agama Islam. Terbuka aurat walaupun dengan tidak sengaja seperti ditiup angin. juga menangis. Sekiranya jatuh pada pakaiannya najis yang kering dan boleh dibuang semasa itu juga maka tidaklah batas sembahyang. j. Minum seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya. umpamanya ia sembahyang zohor kemudian ditukar niatnya kepada sembahyang sunat zohor maka batal sembahyangnya. i. Membelakangkan qiblat dengan dadanya.

Makruh sembahyang sekiranya makanan sudah terhidang. Sunat Ab’ad. b. Ketika rukuk. Sunat Haiah.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 a. d. PERKARA-PERKARA SUNAT DAN MAKRUH DALAM SEMBAHYANG 15. tetapi sekiranya bergerak/melangkah tiga kali berturut-turut dikira batal. f. b. e. Sunat dalam sembahyang terbahagi kepada dua: a. 54 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . 16. c. Makruh sembahyang dengan menahan buang air kecil/besar/angin. Medahului imam atau terkemudian daripada imam dengan dua rukun fi’li tanpa uzur boleh membatalkan sembahyang. Mendongak muka ke atas hukumnya makruh. Ketika I’tidal. Mengangkat tangan: (1) (2) (3) (4) Ketika takbiratul ihram. Melangakah dua langkah berturut-turut tidak membatalkan sembahyang. Sunat Haiah mengandungi 14 perkara : a. Menambah rukun seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka batal sembahyangnya. Ketika bangun dari rakaat kedua. Sunat haiah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya kalau sunat ab’ad ditinggalkan maka dikenakan sujud sahwi.

l. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan Membaca doa iftitah. a. Tahiyat awal. h. Membaca amin selepas fatihah. e. Berpaling ke kanan dan ke kiri. Meletakkan tangan di atas peha dan melepaskan jari ketika duduk Duduk iftirasy. Duduk tahiyat. Membaca Fatihah dan surah pada tempat-tempat yang ditentukan. m. Sunat ab’ad atau sunat yang dikuatkan yang andainya terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi. c. 55 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 b. Berdiri semasa qunut. Sunat Ab’ad ada 7 perkara. Menguap tidak berbatas didalam sembahyang. Salam yang kedua. Selawat dalam tahiyat awal. Membaca takbir pada setiap perpindahan rukun. d. Duduk tawaruk. 17. Membaca tasbih ketika rukuk. Doa qunut Selawat dalam doa qunut. f. i. tahiyat awal dan tahiyat akhir serta duduk istirahah. Selawat ke atas keluarga nabi dalam tahiyat akhir. Membaca ta’awuz. f. j. b. g. k. Membaca surah selepas fatihah pada dua rakaat yang pertama. MAKRUH DI DALAM SEMBAHYANG 18. b. Membaca tasbih ketika sujud. g. c. d. antara dua sujud. n. e. memegangnya dan meletakkannya dibawah dada atau di pusat. Makruh melakukan perkara-perkara berikut semasa sembahyang: a.

56 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Makmum membaca doa dengan suara yang nyaring di belakang imam Sembahyang di atas tempat yang terlukis diatasnya atau mengadap Sembahyang diatas ka’bah kerana melanggar adab. Makruh bersamaan dengan imam pada semua perbuatan (serentak). dua. j. o. d. Menyaringkan bacaan pada tempat yang perlu di perlahankan. Berdiri sebelah kaki tanpa uzur. h. m. f. Sembahyang mendongak ke langit. Tidak membaca surah selepas fatihah pada rakaat yang pertama dan ke Melanjutkan duduk istirahah lebih lama dari duduk antara dua sujud. lukisan yang bergambar. menyalahi ikutan.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I6 c. g. n. meninggikan kepala dari tulang belakang. Meludah ke sebelah kanan. k. Merendahkan kepala dari tulang belakang ketika rukuk atau Mengerjakan sembahyang sambil menahan air besar/air kecil. Berdiri sendirian diluar saf atau membiarkan saf di hadapan kosong. l. e. i.

Hadis dan Ijma’. 2001. Jamaah merupakan perhubungan yang terhasil daripada solat antara imam dan makmum. Antaranya ialah pelaksanaan solat lima waktu siang dan malam. Penyatuan antara mukmin dengan yang lain diibaratkan ikatan batu bata yang utuh tidak boleh dipisahkan dengan sewenang-wenangnya. mempereratkan kasih sayang dan persefahaman sesama muslim. Solat berjamaah telah disyari’atkan di dalam al-Quran.MENGAPLIKASI KONSEP SOLAT JAMAAH Rujuk: A. 57 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . solat Juma’at seminggu sekali. C. 1998. maka hendak segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersama-samamu”. Ikatan hati terjalin secara batin apabila lafaz-lafaz ilahi diucapkan di lidah dan diserapkan ke sanubari tanpa disedari oleh sesiapa pun. Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu. Pengetahuan Agama Islam ATM. B. Mohd Uzair Taufik. Cetakan Keenam 1998. Sembahyang jemaah adalah satu ibadat yang sangat dituntut di dalam Islam kerana ia menunjukkan kesatuan hati orang-orang mukmin. PENSYARI’ATAN SOLAT BERJAMAAH. Pensyari’atan melalui al-Quran adalah sepertimana firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 102 :- َ ْ ِ ْ َ َ َ ‫وإ ِذا كـن ْت فِيـهـم فـأ َقَمـت ل َهـم الصـل َ ةَ فَل ْتـقـم‬ ْ ُ َ ُ ُ َ ْ ّ َ َ َ ْ ُ ِ ٌ َ ِ ‫طـآئـفـة من ْهـم معـك‬ : ‫النسـاء‬ 102 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang) lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka. Kor Agama ATM. Jahabesra. Bengkel Penghayatan Imam & Bilal. DEFINISI JAMAAH 2. 3. solat dua hari raya untuk penduduk setiap negeri dan pertemuan umum setahun sekali iaitu wukuf di Padang Arafah yang bertujuan berkomunikasi. Islam telah mensyari’atkan beberapa upacara dan perhimpunan antara umat Islam untuk menunaikan ibadah di dalam masa-masa yang tertentu. Edisi Pemantapan. PENDAHULUAN 1.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 1I7 .

Sekiranya berjamaah itu bukan satu perintah atau tuntutan. oleh itu di dalam keadaan aman perintah berjamaah adalah lebih dituntut.” 6. 5. ‫إلـــــــــــى ذكــــــــــــرالله وذروا البــــــــــــيع‬ 9 : ‫لجمعـة‬ 58 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . nescaya Allah SWT akan memberikan kemudahan pada masa ketakutan malah tidak harus meninggalkan kewajipan solat kerana ketakutan. bermukim yang sihat dan tiada keuzuran. Pensyari’atan melalui ijma’ pula ialah terdapat ijma’ (kesepakatan) para sahabat tentang pensyari’atan berjamaah selepas berlakunya hijrah. Wajib atas tiap-tiap seoramg muslim lelaki yang baligh. Pensyari’atan melalui Sunnah adalah sepertima sabda Rasulullah SAW:ْ ِ ٍ َ ‫صـل َ ة ُ ال ْجمـاعـةِ أ َفـضل من صـل َ ةِ ال ْفـذ ّ ب ِسـب ْع وَعشـرِي ْن د َرجـة‬ َ َ ً َ َ َ َ َ ْ ِ ُ َ ْ َ “Solat berjamaah adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian sebanyak 27 darjat. Firman Allah SWT: ‫يـآأيها الذين آمنـوا إذا نـودي للصـلة من يـوم الجمعــة‬ ‫ـ‬ ‫فـاسـعوا‬ . merdeka. Fardhu Ain iaitu pada solat Jumaat. Secara umumnya terdapat beberapa hukum solat berjamaah iaitu: a. Melalui ayat di atas. “Orang-orang yang terdahulu berdukacita selama tiga hari jika mereka terlepas takbir yang pertama dan dukanya berpanjangan sehingga tujuh hari sekiranya terluput solat berjamaah.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 4. Dinyatakan di dalam Kitab Ihya (Imam Ghazali) daripada Abi Sulaiman ad-Darani katanya: “Jangan ada salah seorang daripada kamu yang sengaja meluputkan solat berjamaah kecuali dengan dosa yang boleh menyebabkan ianya berdosa.” HUKUM SOLAT BERJAMAAH 7. Allah SWT telah memerintahkan supaya berjamaah walaupun ketika dalam ketakutan sewaktu berjihad.” Katanya. berakal.

Sabda Nabi SAW: ‫مـا من ثلثـة في قـريـة ول بدو ل تـقـام فيهـم الجمـاعـــة‬ ‫إل اسـتحوذ‬ ‫الشـيطـان عليـك بالجمـاعــة فـإنمــا يـأكــل الــذئب مـن‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫الغنم القـاصية‬ “Tiada dari tiga orang dalam satu kampung atau dalam satu desa yang tidak mendirikan solat berjamaah melainkan syaitan mempermainkan mereka. d. 59 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Antara hikmah solat berjamaah adalah: a. Mewujudkan rasa kemesraan dan saling berkenalan serta bekerjasama antara umat Islam. Fardhu Kifayah iaitu pada solat fardhu lima waktu bagi lelaki muslim dalam sesebuah kampung atau desa. c. HIKMAT SOLAT BERJAMAAH 8. Sunat iaitu pada solat yang disunatkan berjamaah padanya seperti solat eid (hari raya). apabila diseru solat pada hari Jumaat. Hendaklahkamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang terpisah”. Menanamkan asas kecintaan dan kasih sayang di dalam hati sesama umat Islam. b. maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah perniagaan (jual-beli)” b. solat gerhana matahari atau bulan. solat tarawikh dan sebagainya. Makruh iaitu solat tunai mengikut orang solat qadha atau sebaliknya.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 “Wahai orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya dapat melakukan takbiratul-ihram bersama imam adalah satu fadhilat berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Anas RA yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi: ‫من صلى لله أربعـين يومـا يدرك التكبيرة الولى كتب لـ ـه‬ ‫ـ‬ ‫براءتـان: براءة من النـار‬ ‫وبراءة من النفـاق‬ “Seseiapa yang solat kerana Allah selama empat puluh hari secara berjemaah dengan mendapat takbiratul-ihram yang pertama. harta dan kemuliaan atau kaya dan miskin. Mewujudkan rasa persahabatan dan orang jahil boleh mempelajari daripada orang alim. ditulis baginya dua kelepasan. d. Mengikat anggota masyarakat dengan ikatan yang kuat kerana Allah dimana imam. e. Mengikut Mazhab Syafe’i.” 60 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . pekerjaan. bilangan minimum untuk berjamaah ialah dua orang iaitu imam dan seorang makmum walaupun dengan seorang kanak-kanak kecuali pada solat Jumaat. kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada nifaq. Persahabatan wujud dengan berlakunya kekerapan pertemuan di kalangan jiran tetangga pada waktu-waktu solat. pangkat. matlamat dan jalan mereka adalah satu.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 c. MENDAPAT PAHALA BERJAMAAH 10. BILANGAN MINIMUM JAMAAH 9. Melatih supaya berdisiplin dan cintakan ketaatan pada perkara-perkara yang baik dan makruf. f. Pahala yang paling sempurna diperolehi oleh orang yang dapat solat bersama imam dari awal hingga akhirnya. Menimbulkan perasaan persaudaraan dan persamaan taraf serta saling bersatu hati semasa senang dan susah tanpa ada perbezaan darjat.

Sabda Nabi SAW: 61 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Makmum mengikut imam dengan mentakkhirkan segala takbirnya dari segala takbir imam dan mentakhirkan melakukan perbuatan daripada perbuatan imam. rukuklah kamu dan apabila ia sujud maka sujudlah kamu” 12. Jika imam tidak berniat menjadi imam. Sabda Nabi SAW: ‫إنما جعــل المــام ليــؤتم بــه فــإذا ركــع فـاركعــوا وإذا‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫سـجد فـاسـجدوا‬ “Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti. Hal ini tidak berlaku pada solat Jumaat kerana fadhilat jamaah solat Jumaat tidak dapat diperolehi kecuali dengan mendapat satu rakaat yang lengkap bersama imam. Takbiratul-ihram makmum setelah selesai takbiratul-ihram imam. Syarat-syarat berjamaah di dalam sembahyang adalah seperti berikut: a. Takbiratul-ihram bersama imam bermakna makmum melakukan takbiratul- ihram setelah imam sempurna melakukan takbiratul-ihram. Menurut pendapat yang sahih Mazhab Syafe’i. Adapun imam tidak disyaratkan berniat menjadi imam kecuali pada solat Jumaat. dia tidak mendapat fadhilat jamaah.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 11. fadhilat jamaah dapat diperolehi selama imam belum memberi salam meskipun tidak sempat duduk bersamanya seperti imam menamatkan salamnya sebelumnya sebaik sahaja makmum selesai bertakbiratul-ihram. Hendaklah makmum berniat mengikut (menjadi makmum) kerana mengikut itu satu amalan. Berniat mengikut imam. b. Walau bagaimanapun imam disunatkan berniat menjadi imam untuk mandapat fadhilat jamaah. maka apabila ia rukuk. sekalipun imam memulakan salam sebelum takbir makmum kerana ia telah mendapat satu rukun bersama imam tetapi fadhilatnya tidaklah sama dengan fadhilat orang yang dapat bersama dengan imam dari awal. SYARAT-SYARAT BERJAMAAH 13.

” ‫إنمـ ـا المـ ـام ليـؤتـ ـم بـ ـه فـ ـإذا كـ ـبر فكـ ـبروا ول‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫تكـبروا حتى يكـبر وإذا ركـع فـاركعـوا ول تركعـــوا‬ ‫ح ـتى يركـ ـع وإذا سـ ـجد فـاسـ ـجدوا ول تسـ ـجدوا‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫حتى يسـجد‬ “Sesungguhnya imam itu untuk diikuti. bangun daripadanya dan sujud.” Nabi SAW telah menyatakan bahawa sesiapa yang mendahului imam pada rukuknya dan sujudnya maka akan dijadikan kapalanya kepala keldai (himar) pada hari kiamat kelak. bahawa ia akan diubah kepalanya menjadi kepala keldai. Oleh yang demikian sesiapa yang menyalahi peraturanperaturan tersebut seseungguhnya telah berdosa tetapi solat tetap sah tidak batal. 62 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . ‫امـا يخشـى احدكم إذا رفـع رأسـه قبـل المـــام‬ ‫أن يحـول الله رأسـه رأس حـمـار‬ “Tiadalah ditakuti seorang kamu.” Hadis ini menerangkan bahawa makmum tidak boleh takbir melainkan setelah sempurna takbir imamnya.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 ‫إنمـا جعـل المـام ليـؤتـم بــه فــإذا كــبر فكــبروا‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫وإذا سـجد فـاسـجدوا‬ “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti. dan apabila ia sujud maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu sujud sebelum ia sujud. Demikian juga dalam rukuk. maka apabila ia takbir hendaklah kamu takbir dan janganlah kamu takbir sebelum ia takbir. iaitu apabila ia mengangkat kepalanya mendahului imam. dan apabila ia rukuk maka hendaklah kamu rukuk dan janganlah kamu rukuk sebelum ia rukuk. maka apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir dan apabila ia rukuk maka hendaklah ia rukuk.

Tidak terdahulu makmum daripada perbuatan imam dengan dua rukun perbuatan (fi’li). Imam bukan seorang yang kafir. Makmum dan imam berhimpun pada satu tempat.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 c. Mengetahui pergerakan imamnya dengan melihatnya atau mendengarnya atau melihat perpindahan makmum yang di hadapannya atau mendengar suara muballigh. h. Jika beberapa orang makmum kanak-kanak. Jika makmum seorang lelaki berdiri ia di kanan imam dan jika datang seorang lagi hendaklah ia berdiri di kiri imam. saf mereka ialah di belakang makmum lelaki dan di hadapan makmum perempuan. Jika solat dalam sebuah masjid hendaklah antara makmum dengan imam tidak dinding yang menghalangi makmum sampai kepada imam. solatnya adalah sah selama kekufurannya tidak terbukti kerana telah menjadi anggapan 63 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Apabila seseorang yang solat meragui imamnya tentang keislamannya. Tidak sah solat berimamkan seorang kafir. Makmum dua orang lelaki atau lebih atau makmum seorang perempuan atau lebih hendaklah berdiri di belakang imam lelaki. Tidak terkehadapan tempat makmum dari tempat imam iaitu tumit makmum tidak lebih kehadapan dari tumit imam. Kemudian hendaklah imam itu maju kehadapan atau makmum undur kebelakang dan mengundur ke belakang adalah lebih afdal. Tidak terkemudian makmum daripada imam dengan dua rukun perbuatan tanpa keuzuran. f. d. e. Jika solat di luar masjid hendaklah antara makmum dengan imam atau antara makmum dengan makmum yang terakhir tidak lebih daripada tiga ratus hasta dan tidak ada dinding yang menghalangi. g.

orang yang solat Zuhur mengikut orang yang solat Asar dan sebaliknya. Sekiranya nyata selepas solat bahawa imam itu adalah seorang yang kafir maka wajiblah makmum mengulangi solatnya. Imam bukan seorang yang ‘ummi yakni cedera bacaannya. perempuan dan khunsa. begitu juga orang yang solat subuh mengikut orang yang solat Maghrib.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 bahawa orang yang solat itu adalah Islam lebih-lebih lagi ia menjadi imam. Orang yang solat tunai sah mengikut orang yang solat qadha’ dan sebaliknya. Imam hendaklah seorang yang baligh dan berakal yakni tidak gila atau mabuk. Makmum khunsa tidak boleh berimamkan khunsa atau perempuan. Makmum lelaki tidak boleh berimamkam khunsa atau perempuan. Seorang yang qari (bagus bacaan al-fatihahnya tidak boleh berimam kepada seorang yang ummi (yang cacat bacaan al-fatihahnya). Dalam hal ini tidak mengapa mengikut imam dalam bacaan qunut dan duduk tahiyyat akhir dalam solat maghrib. Seorang yang ummi boleh berimam kepada orang yang ummi jika huruf yang cacat pada bacaan mereka serupa. Jika cara solat mereka berbeza seperti solat fardhu di belakang orang yang solat gerhana atau solat jenazah maka ikutan kedua-duanya tidak sah disebabkan kelainan perbuatan antara kedua-dua solat itu. Martabat imam tidak kurang daripada makmum seperti perempuan atau khunsa. 14. Makmum boleh mufaraqah daripada imam apabila imam sibuk membaca qunut atau dudu demi menjaga susunan-susunan solat. Makmum perempuan boleh berimam kepada lelaki. 64 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . l. Bersamaan solat imam dan makmum. j. pada ketika itu jadilah makmum orang yang masbuq. i. k. Jika kecacatan bacaan itu berbeza maka tidak boleh yang seorang mengikut kepada yang lain.

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 15. BERNIAT MUFARAQAH DARIPADA IMAM 16. Termasuk dalam keuzuran ialah seperti pemanjangan solat oleh imam atau meninggalkan sunat seperti tasyahhud awal atau qunut. Termasuk keuzuran juga ialah seperti sakit atau bimbang dikuasai rasa mengantuk atau sesuatu yang membatalkan solat atau takut kehilangan atau kerosakan hartanya atau takut kehilangan teman musafirnya atau seorang yang keluar dari saf kemudian didapatinya tidak ada orang yang bersamanya dalam saf baru. Harus solat subuh di belakang orang yang solat zuhur. Makmum juga boleh mufaraqah kerana hendak membaca qunut. jika mahu makmum boleh mufaraqah dan memberi salam atau menunggu imam untuk melakukan salam bersamanya. Dalam hal demikian makmum boleh bermufaraqah untuk melakukan sunat-sunat tersebut. Jika seseorang telah melakukan takbiratul-ihram sebagai makmum kemudian ia berniat mufaraqah daripada imam dan menyempurnakan solatnya bersendirian. Apabila imam bangun pada rakaat ketiga. 17. Demikian juga dalam solat yang hendak diulangi oleh seorang secara berjamaah dan solat yang dijama’ taqdim maka tidak sah berniat mufaraqah dalam solat-solat itu. maka perbuatan itu harus menurut golongan Syafe’i samada dengan keuzuran atau tanpa keuzuran tetapi ia makruh kerana terpisah daripada jamaah yang dituntut (sunat muakkad). 65 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Menunggu imam adalah lebih afdal. Walau bagaimanapun hal ini terdapat pengecualian di mana tidak sah berniat mufaraqah dalam rakaat pertama solat Jumaat. Jika makmum sempat melakukan qunut pada rakaat kedua maka hendaklah ia berqunut jika tidak sempat hendaklah tinggalkan.

66 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 ... kerana serigala akan makan kambing yang bersendirian. Lantaran ia amat ditekankan dalam aspek ibadah dan ganjarannya sangat besar ibaratkan maksud Hadith Nabi SAW: “Wajib ke atas kamu berjamaah.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I7 PENUTUP 18. kawan-kawan atau masyarakat... mikmin dan muhsin... maka hendaklah merealisasikan konsep berjemaah dalam apa jua aktiviti hariannya. Setiap insan yang mengaku dirinya muslim. samada dengan ahli keluarga.”.

Syarat-syarat sah Jumaat adalah seperti berikut : a. MUQADDIMAH 1. SYARAT WAJIB JUMAAT 2. Cetakan keempat Oktober 1996. Pengentahuan Agama Islam ATM. e. muslim. Edisi Pemantapan. Mastautin (Bagi yang bermukim tinggal di suatu tempat lebih dari tiga hari perjalanan dengan niat bermastautin). 67 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Dikerjakan dengan berjamaah. f. Hendaklah didirikan sembahyang Jumaat di dalam waktu zohor. merdeka. Lelaki (Perempuan dan khunsa tidak wajib). c. Baligh. Bilangan ahli jamaah seramai 40 orang lelaki yang bermastautin. b. SYARAT SAH JUMAAT 3. berakal. b. Islam. Berakal. Merdeka (Hamba tidak wajib sembahyang Jumaat). Cetakan Keenam 1998. Panduan Fardhu ’Ain. Sihat (Orang sakit dimaafkan). g. Syarat-syarat wajib Jumaat tujuh perkara : a. baligh dan bermukim kecuali orang yang uzur serta orang yang dalam musafir. hukumnya ialah fardhu ain bagi tiap-tiap lelaki yang mukallaf. Al Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus.MENGAPLIKASI SOLAT JUMAAT Rujuk : A. B. d.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8 1I8 . c. Sembahyang Jumaat ialah sembahyang beramai-ramai di masjid sebagai ganti sembahyang zohor.

Di dalam bangunan yang tertentu (Masjid). Didahulukan dengan dua khutbah sebelum mendirikan sembahyang. d. b. e. Perkara-perkara sunat berhubung dengan khutbah. Tidak ada dua Jumaat di tempat itu. Khutbah hendaklah dibaca dengan betul. berselawat atau membaca al-Quran. d. Perkara-perkara sunat berhubung denga khutbah ialah : a.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8 d. Perkara-perkara sunat berhubung dengan khutbah. Khutbah dibaca oleh khatib di atas mimbar di sebelah kanan mihrab Semasa khatib hendak naik hendaklah memberi salam kepada orang Memberi salam di atas mimbar dan duduk menunggu bilal azan. c. Memotong kuku. e. Sunat sembahyang tahaiyatul masjid dan berniat iktikaf. Memegang tongkat dengan tangan kiri. f. jelas. yang hampir dengan mimbar. menggunting rambut dan mencukur janggut. g. Berpakaian elok. e. SUNAT-SUNAT JUMAAT 4. Pergi awal ke masjid. tersebut ialah : a. c. f. 68 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . b. Perkara-perkara sunat pada hari Jumaat. Memakai bau-bauan yang harum. kemas dan bersih. 5. 6. Diantara perkara-perkara sunat Perkara-perkara sunat pada hari Jumaat. Berzikir. b. sederhana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek serta tidak menyinggung hati atau perasaan orang yang hadir. difahami. Mandi sunat Jumaat. Diantara perkara-perkara sunat berkaitan dengan jumaat diantaranya : a. fasih dan mudah dan tinggi.

Berkhutbah dalam keadaan berdiri. Khatib hendaklah mentertibkan tiga rukun bermula dari memuji Allah. Manakala rukun lain tidak perlu tertib. g. b. Hujan. UZUR (HALANGAN) JUMAAT 7. 69 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Diantara hikmat Jumaat ialah: a. ditinggalkan oleh kawan-kawan. f. c. Jamaah hendaklah mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib Khatib hendaklah mengakhiri khutbah yang pertama dengan sekeliling. Lapar ataupun dahaga. Dapat mendengar nasihat dan pengajaran yang disampaikan di dalam khutbah. beristighfar untuk dirinya dan jamaah. j. Sebaik sahaja selesai khutbah yang kedua. dengan teliti serta diam. g. Takut kepada piutang kalau-kalau diminta di tengah jalan sedangkan ia Takut kepada orang zalim. Keuzuran yang diharuskan meninggalkan solat Jumaat adalah seperti berikut : a. Dapat mengeratkan tali persaudaraan Islam dalam sesebuah masyarakat. selawat dan berwasiat. b. e. h. tidak mendongak atau memandang Jangan memuji secara berlebihan semasa berdoa untuk ‘ulil amri’. Terlampau sejuk. Terpaksa buang air. i. k.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8 f. d. khatib hendaklah turun dari mimbar serentak dengan bilal beriqamah. HIKMAT JUMAAT 8. Siap sedia untuk bermusafir takut kalau-kalau terlewat atau benar-benar tidak mampu.

dimana semua orang yang hadir hanya mengikut seorang imam sahaja. PENUTUP 9. Barang siapa yang meninggalkannya tanpa uzur maka ia dikira berdosa kecuali dengan keuzuran syarak tidak lebih dari tiga kali sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Abi Al-Ja’di katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan sengaja meringanringankannya maka Allah menutup hatinya dari menerima petunjuk”. Solat Jumaat wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat- syaratnya. Melambangkan kesatuan Islam.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8 c. d. (Riwayat Abu Daud) 70 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Meninggikan syiar Islam di mana umat Islam berkumpul seminggu sekali untuk beribadah kepada Allah.

Jama’ taqdim ialah menghimpukan dua solat dan menunaikannya pada waktu solat yang pertama seperti menghimpunkan solat zuhur dengan ‘asar pada waktu zuhur atau solat maghrib dengan ‘isyak pada waktu maghrib. maghrib pada waktu ‘isyak atau sebaliknya. harus bagi sesiapa sahaja untuk mengaplikasikan konsep sembahyang ini yang dikenali sebagai sembahyang jamak dan qasar. Solat jama’ terbahagi kepada dua iaitu jama’ taqdim dan jama’ ta’khir. 4. PENDAHULUAN 1. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal. B. 71 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Cetakan Keenam 1998. Kor Agama Angkatan Tentera.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9 1I9 . Jama’ ta’khir pula ialah menghimpunkan dua solat dan menunaikannya pada waktu yang kedua seperti menghimpunkan solat zuhur dengan ‘asar dan menunaikannya pada waktu ‘asar atau solat maghrib dengan ‘syak pada waktu ‘isyak. Hukum solat jama’ adalah harus bagi orang-orang yang dalam perjalanan (musafir) mengikut perjalanan yang diharuskan qasar. BAHAGIAN SOLAT JAMA’. Solat jama’ ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu misalnya menghimpunkan solat zuhur kepada asar atau sebaliknya. PENGERTIAN JAMA’ 2. Allah SWT telah menganugerahkan kepada orang-orang Islam dalam pelaksanaan sembahyang fardhu dalam beberapa keadaan tertentu. 1998. HUKUM SOLAT JAMA’ 3. Pengetahuan Agama Islam ATM. Edisi Pemantapan.MELAKSANAKAN SOLAT JAMA’ DAN QASAR Rujuk: A. Oleh yang demikian.

Jama’ Taqdim: (1) Hendaklah dimulai solat yang empunya waktu. JENIS-JENIS SEMBAHYANG JAMA’ 6. (3) Mualat iaitu berturut-turut di antara solat yang pertama dan Niat jama’ pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul- ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi yang kedua. (2) salam.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9 SOLAT YANG BOLEH DIJAMA’. Begitu juga solat maghrib tidak boleh dijama’ dengan solat asar atau sebaliknya. ertinya lakukan zuhur dari ‘asar dan maghrib dari ‘isyak. 72 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . maka hendaklah ia solat pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi dengan pekerjaan-pekerjaan lain yang memakan masa dua rakaat. Jenis-jenis sembahyang jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak ta’khir : a. Tidak boleh diselangi di antara keduanya oleh pekerjaan atau perbuatan lain. 5. maka jama’nya tidak batal. (4) Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua tetapi tidak disyaratkan sehingga selesai solat yang kedua. Solat subuh tidak boleh dijama’ dengan mana-mana solat fardhu. Sekiranya diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk. Solat yang boleh dijama’ ialah solat zuhur dengan ‘asar atau sebaliknya dan solat maghrib dengan ‘isyak atau sebaliknya.

Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat. demikian juga pada solat Maghrib dan ‘Isyak. 8. Jama’Ta’khir: Solat jama’ ta’khir ini tidak disyaratkan tertib (yang mana dahulu dan yang mana kemudian). (2) c. zuhur dan ‘asar. Oleh itu apabila tiba waktu untuk melakukan solat jama’ ta’khir. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: (1) Niat untuk menta’khir solat yang pertama pada waktu yang kedua dalam waktu yang pertama seperti niat menta’khirkan solat Zuhur ke waktu ‘Asar dalam waktu Zuhur. Harus mengqasarkan solat bagi seseorang yang dalam perjalanan melebihi dua marhalah (60 batu). Hukum Solat Qasar. Solat itu dikerjakan secara berjamaah. Ia hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu).1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9 b. Solat Jama’ Kerana Hujan. maka boleh didahulukan solat Zuhur atau Asar. Rumahnya jauh daripada masjid. Hujan itu hendaklah ada pada permulaan takbiratul-ihram solat pertama dan terus hujan pada penghabisan solat yang pertama dan masih hujan permulaan solat yang kedua. Selain daripada musafir solat jama’ boleh dilakukan kerana hujan dengan syarat seperti berikut:(1) (2) (3) (4) Hujan yang menyebabkan susah berjalan ke masjid. 73 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Solat jama’ kerana hujan tidaklah diharuskan melainkan solat jama’ taqdim sahaja. Solat qasar ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Bagi orang yang solat berseorangan atau berjemaah di rumah tidak diharuskan solat jama’. PENGERTIAN QASAR 7. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat ‘isyak.

Perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasar apabila diqadha di dalam musafir. 11. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu maka tidak boleh qasar. d. Mengqasarkan solat fardhu tanpa jama’. ‘asar atau ‘isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Walau bagaimanapun ia boleh melakukan salah satu daripada berikut: a. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur. c. e. HAL-HAL YANG BERKAITAN DENGAN JAMA’ DAN QASAR 10. Menjama’kan dua solat fardhu dengan qasar. c. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat. Menjama’kan dua solat fardhu tanpa qasar. Syarat-syarat Qasar: a. f. b. Tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam. Seseorang yang bermusafir melebihi dua marhalah harus bagi melakukan solat jama’ dan qasar sekali. g. 74 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . b. Berkekalan perjalanannya hingga sempurna solat. h. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul-ihram. senang atau susah asalkan dalam musafir yang melebihi dua marhalah. Sebab itu tidak boleh melakukan qasar solat qadha dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan tempat kediamannya.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9 9. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar. Solat jama’ dan qasar adalah satu keringanan yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir.

Orang yang bermusafir kerana sesuatu maksiat maka ia tidak diharuskan solat jama’ dan qasar. maka putuslah safarnya. Apabila seseorang yang musafir itu berniat untuk berhenti di suatu tempat selama tiga hari. 17. Jika ia berhenti di situ selama 3 hari. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Musafir yang kurang daripada dua marhalah (60 batu) afdal mengerjakan solat sebagaimana biasa. tetapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari. Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam (sempurna). 14.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9 12. 15. maka selesailah masa keharusan untuk melakukan solat jama’ dan qasar yakni tidak boleh melakukan jama’ dan qasar lagi. Seorang yang musafir melebihi dua marhalah afdal mengerjakan solat secara jama’ dan qasar. Permulaan musafir dikira setelah keluar kawasan samada melalui sungai. 75 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti di suatu tempat selama 4 hari atau lebih. Apabila sampai di tempat permulaan ia bertolak tadi. 18. 13. kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. maka bolehlah ia solat jama’ atau qasar. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir. parit. 16. maka diharuskan jama’ atau qasar sehingga 18 hari.

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9 PENUTUP 19. Adalah tidak menjadi kesalahan atau dikira berdosa jika sesorang itu tidak melakukan sembahyang jamak dan sembahyang qasar. andai kata ia telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak seperti di atas. Pun begitu. menjadi suatu kelebihan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa menyahut ’rukhsah’ atau keringanan yang merupakan satu kurniaan khusus daripada Azza Wa Jalla. 76 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Hanya orang-orang yang mengetahui akan kelebihannya sahaja akan menyahut seruan ilahi.

MELAKSANAKAN SOLAT JENAZAH 77 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10 1I10 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10 78 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10 79 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10 80 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal. Solat-solat sunat itu boleh diamalkan mengikut waktu-waktu tertentu atau pun diamalkan bila-bila masa. Solat sunat yang disunatkan berjamaah. (1) Sunat Muakkad. Solat Sunat Witir. Perkara sunat adalah merupakan peluang meraih ganjaran bagi meningkatkan berbagai-bagai jenis solat sunat yang mana baginda sendiri ketakwaan seseorang kepada Allah SWT. Solat sunat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu solat sunat yang disunatkan berjemaah dan solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah umpamanya: a.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 1I11 . mengerjakannya secara berjamaah diantaranya ialah: b. Cetakan Pertama 1998. Ialah sunat yang tidak dituntut Sunat Ghairul Muakkad. Solat Sunat Istisqa’. (a) (b) (c) (2) Ialah sunat yang dituntut mengerjakannya secara berjamaah diantaranya ialah: Solat Sunat Dua Hari Raya. Solat Sunat Taubat. Solat Sunat Dua Gerhana.MELAKSANAKAN SOLAT-SOLAT SUNAT Rujuk : A. Solat sunat yang tidak di sunatkan berjamaah. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mengerjakan mengamalkannya. MENERANGKAN BAHAGIAN SOLAT SUNAT 2. 81 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Muqaddimah 1. (a) (b) (c) Solat Sunat Tahajjud.

(a) (b) (c) Ialah sunat yang dituntut mengerjakannya tidak secara berjamaah diantaranya ialah: 2 rakaat sebelum Solat Subuh. Solat Terawih. Solat Hajat. Solat ini hukumnya sunat Muakkad. Ialah sunat yang tidak dituntut. 2 rakaat sebelum dan selepas Solat Zuhur. boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjamaah. 2 rakaat selepas Solat Maghrib dan Isya’. Amalan Umar al Khattab ini disepakati oleh Ijma’. Kemudian yang terakhir satu 82 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . 2 rakaat selepas Solat Isya’. Solat Witir. (a) Zuhur. (2) Sunat Ghairul Muakkad. Solat ini dilakukan sesudah solat Isyak hingga waktu fajar. kemudian berdoa memohon sesuatu yang menjadi hajatnya. Solat sunat hajat dikerjakan dua rakaat. dan biasanya solat witir itu dirangkaikan dengan solat Terawih. (b) (c) (d) mengerjakannya tidak secara berjamaah diantaranya ialah: 2 rakaat ditambah sebelum dan selepas Solat 4 rakaat sebelum Solat Asar. Jenis-jenis solat sunat diantaranya ialah: a.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 (1) Sunat Muakkad. JENIS-JENIS SOLAT SUNAT 3. Bilangan rakaat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat. Waktunya sesudah solat Isyak sampai terbit fajar. lima. c. Solat Terawih ialah solat malam yang dikerjakan pada bulan Ramadhan. sembilan dan sebelas rakaat. Kalau solat witir itu banyak boleh dikerjakan dua rakaat satu salam. 2 rakaat sebelum Solat Jumaat. Umar bin al-Khattab mengerjakannya sebanyak 20 rakaat. Bilangan rakaatnya satu atau tiga. Solat Hajat ialah sembahyang yang dikerjakan kerana mempunyai hajat agar diperkenankan hajatnya oleh Tuhan. b. tujuh.

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 rakaat dengan satu salam. dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam. ketika sangat memerlukan air kerana tidak ada hujan atau keputusan air. d. waktu melakukan solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali seperti biasa atau sampai terbenam. e. Pada bulan Ramadhan selepas 15 haribulan. Solat Dua Hari Raya. MENERANGKAN KAIFIAT PERLAKSANAAN 4. f. Solat ini banyak cara mengerjakannya. kalau gerhana bulan kita lakukan solat khusus dan kalau gerhana matahari kita lakukan solat kusus.W sebagaimana dinyatakan oleh Aisyah r. Jumlah sebelas rakaat itu telah cukup dan inilah yang dikerjakan oleh Rasulullah S.A. Solat hari raya ada dua iaitu Hari Raya Fitrah pada 1 Syawal dan Hari Raya Adha pada 10 Zulhijjah. disunatkan membaca qunut. Kedua-dua solat ini hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan. sesudah I’tidal pada rakaat terakhir.a yang ertinya: “Tidaklah pernah Nabi SAW melebihi solat malam (witir) melebihi dari sebelas rakaat”. sebanyak-banyak 12 rakaat. mukim atau musafir. Solat Istisqa’ adalah solat sunat untuk memohon hujan dan disunatkan bagi orang-orang yang bermukim atau musafir. Solat Gerhana. Waktu solat ini dimulai dari terbit matahari sampai gelincir matahari. Pada dasarnya solat Hajat itu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua rakaat. Ramadhan pada rakaat yang terakhir solat witir. Solat Istisqa’. sedangkan solat gerhana bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali atau sampai bulan nampak penuh. Solat Khusufain ialah solat dua gerhana iaitu solat kerana gerhana bulan atau gerhana matahari. Solat Hajat. ayat-ayatnya terserah kepada yang mengerjakannya dan 83 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Kedua solat ini hukumnya sunat muakkad.

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah

1I11

tunaikan dua rakaat sehingga 12 rakaat jumlahnya, samalah seperti sembahyangsembahyang yang lain. Lafaz niatnya ialah: Ertinya : “Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allat Taala”. Setelah selesai solat hajat duduklah dengan khusyu’ sambil membaca istighfar 100 kali iaitu: Ertinya : “Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar”. Setelah selesai membaca istighfar bacalah selawat ke atas nabi s.a.w 100 kali iaitu:

Ertinya: “Ya Allah berilah kesempurnaan atas junjungan kami nabi Muhammad SAW kesejahteraan yang diredhai dan redhailah daripada sahabatsahabat sekalian”. Sesudah itu bacalah doa berikut:

Ertinya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah, Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘arasy yang mulia. Segala piji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Wahai Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan segala yang meneguhkan keampunan Mu dan mendapat keuntungan dari segala kebajikan dan selamat daripada segala dosa. Janganlah engkau biarkan dosa pada diriku dan tiada engkau ampuni dan jangan biarkan kesusahan yang tiada jalan keluarnya dan sesuatu hajat yang engkau redhai melainkan engkau makbulkannya wahai Tuhan Yang Maha Pengasih”.

84

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

‫‪1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah‬‬

‫11‪1I‬‬

‫.5‬

‫.‪Solat Terawih‬‬

‫‪Cara mengerjakan Solat Terawih ialah tiap-tiap dua‬‬

‫‪rakaat diakhiri dengan satu salam. Setelah selesai solat itu hendaklah diteruskan‬‬ ‫.‪dengan solat Witir‬‬ ‫: ‪Lafaz niatnya‬‬ ‫‪Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat terawih dua rakaat (makmum/imam) kerana‬‬ ‫.‪Allat Taala‬‬

‫:‪Setelah selesai solat Isyak Bilal membaca‬‬

‫صلة التراويح جامعة رحمكم الله الصلة ل اله ال الله وحده‬ ‫لشريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شىء‬ ‫قدير،‬
‫.………‪Bilal‬‬

‫اللهم صل على سيدنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ومولنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا‬ ‫ومولنا محمد‬
‫………‪Selepas rakaat pertama dan kedua , bilal membaca‬‬

‫فضل من الله ونعمة ومغفرة ورحمة، ل اله ال الله‬ ‫وحده ل شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت‬ ‫وهوعلى كل شىء قدير،‬
‫.………‪Bilal‬‬

‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا‬ ‫وذخرنا ومولنا محمد‬
‫..........‪Selepas rakaat ketiga dan keempat, bilal membaca‬‬

‫س ـبحان المل ـك المعب ـود س ـبحان المل ـك الموج ـود س ـبحان‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫الملك الحي الذى ل ينام ول يموت ول يف ـوت اب ـدا ، س ـبوح‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫قدوس ربنا ورب الملئكة والروح ،سبحان اللــه والحمــدلله‬
‫58‬
‫1 ‪Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap‬‬

‫‪1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah‬‬

‫11‪1I‬‬

‫ول اله ال الله والله اكبر، ول حول ول ق ـوة ال ب ـالله العل ـى‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫العظيم.‬
‫………‪Bilal‬‬

‫اللهم صل على سيدنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ومولنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ونبين نا وحبيبن نا وش نفيعنا وذخرن نا‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ومولنا محمد‬
‫:‪Imam berdoa‬‬

‫…‪Selepas rakaat kelima dan keenam, bilal membaca‬‬

‫فضل من الله ونعمة ومغفرة ورحمة، ل اله ال الله وحده ل‬ ‫شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميـت وهـوعلى كـل‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬ ‫شىء قدير،‬
‫………‪Bilal‬‬

‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولنا‬ ‫محمد‬
‫...‪Selepas rakaat ketujuh dan kelapan, bilal membaca‬‬

‫سبحان الملك المعبود سبحان الملك الموجود سبحان الملك الحي‬ ‫الذى ل ينام ول يموت ول يفوت ابدا ، سبوح قدوس ربنا ورب‬ ‫الملئكة والروح ،سبحان الله والحمدلله ول اله ال الله والله اكبر،‬ ‫ول حول ول قوة ال بالله العلى العظيم.‬
‫)‪Bilal…. (Bacaan selawat ini dibaca juga sebelum solat witir‬‬

‫اللهم صل على سيدنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ومولنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا‬ ‫ومولنا محمد‬
‫:‪Imam berdoa‬‬

‫68‬

‫1 ‪Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap‬‬

7. Dua rakaat pada hari raya Aidil Fitri/Aidil Adha dengan berjamaah. b. Cara mengerjakannya: Dilakukan samada di Masjid atau di padang dan diperbanyakkan takbir. Solat dua Hari Raya. Cara mengerjakan solat sunat witir dua rakaat: Lafaz niatnya : Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala”. a. Lafaz niat Aidil Adha : ‫أصلى سنة عيد الضحى ركعتين مأموما ل تعالى‬ 87 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Rakaat pertama tujuh kali takbir dan rakaat kedua lima kali takbir. Diantara satu takbir dengan takbir yang lain hendaklah membaca tasbih berikut : ‫سبحان ال والحمد ل ولاله ال ال و ال اكبر‬ c.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 Kemudian bilal membaca sebelum sembahyang witir malam 16 haribulan tambah bacaan) ‫(وقنتوا‬bila masuk ‫أوتروا ومجدوا وعظموا / شهركم شهر الصيام رحمكم‬ ‫الله ، الصلة ل اله ال الله وحده ل شريك له، له الملك‬ ،‫وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شىء قدير‬ Bilal baca sama seperti yang di atas sebanyak tiga kali (3x) ‫اللهم صل على سيدنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ومولنا محمد‬ ‫ومولنا محمد‬ ‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا‬ 6. Solat Witir. Setelah selesai solat witir boleh dibaca sebarang doa. Cara mengerjakan sunat witir satu rakaat : Lafaz niatnya : “ Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala”.

Lafaz Niatnya: Ertinya: “Sahaja Aku sembahyang sunat Istisqa’ dua rakaat (makmum/imam) kerana Allah Taala”. Solat Istisqa’. (2) Menambah doa Istisqa’ (mohon turun hujan) pada khutbah Jumaat. (1) Cara melaksanakannya ada tiga cara iaitu: Berdoa sahaja di mana-mana tempat dan waktu dengan suara yang nyaring atau perlahan. Cara melaksanakan solat ini ada tiga cara iaitu: (1) Tiga hari sebelum melakukan solat Istisqa’ imam atau ulama’ serta penduduk kampung hendaklah berpuasa tiga hari dan menasihati mereka supaya beramal baik. semua penduduk/kaum termasuklah binatang ternakan mereka dikehendaki berkumpul di kawasan tanah lapang. seperti bersedekah. (3) Solat dua rakaat yang disertai dengan dua khutbah dan itulah yang sebaik-baiknya. mengusahakan pendamaian dengan orang yang dianggap lawan dan menghindarkan kezaliman. (2) Pada hari keempatnya. Sebaiknya dengan pakaian yang sederhana tanpa memakai bauan 88 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . bertaubat dari segala dosa.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 “Sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala” Lafaz niat solat Aidil Fitri: ‫صلى سنة عيد الضحى ركعتين مأموما ل تعالى‬ “Sahaja aku sembahyang sunat hari raya Adha dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala” d.

(3) Setelah salam.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 dan perhiasan. Pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah yang kedua dimulai dengan membaca istighfar 7 kali. (4) Pada khutbah yang kedua ketika berdoa hendaknya khatib berpaling ke kiblat ertinya membelakangi makmum dan bersama-sama semuanya berdoa terus. e. Lafaz istighfar dan doa istisqa’ ialah: Doa Istisqa’ yang sering dibaca dalam solat istisqa’ baik dalam khutbah mahupun di luar khutbah ialah : 89 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Manakala khatib berdoa dengan suara nyaring makmumnya pula dianjurkan mengikuti dengan doa suara yang nyaring pula. Isi khutbah menganjurkan supaya beristighfar dan merendahkan diri kepada Allah serta berkeyakinan. bahawa Allah akan mengabulkan doa mereka. (5) Ketika berpaling ke kiblat khatib hendaklah merubah selendangnya yang kanan ke kiri dan yang atas ke bawah. Ketika berdoa khatib hendaklah berdoa yang lemah lembut menurut tekanan irama memohon. (3) Ketika berdoa hendaknya mengangkat semua tangan lebih tinggi hingga terbuka antara lengan dan badannya. Duduklah dengan khusyu’ serta banyakkanlah istighfar memohon keampunan dari Allah. (1) (2) Khatib disunatkan memakai selendang. Khatib hendaklah membaca dua khutbah. Khutbah Istisqa’. Cara melaksanakannya berbeza sedikit dengan khutbah lainnya.

boleh dilakukan secara bersendirian tetapi lebih utama secara berjamaah. Kemudian terus sujud sebagaimana biasa. (2) Solat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Cara mengerjakannya: (1) Solat dua rakaat sebagaimana solat biasa. kemudian terus rukuk sekali lagi dan I’tidal. (a) Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti rakaat pertama. Lafaz niat Gerhana Bulan: Ertinya: “Sahaja aku sembahyang gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala”.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 Ertinya : “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami dan janganlah engkau jadikan orang-orang yang putus asa”. (b) Bacaan al-fatihah dan surah dalam solat gerhana bulan dinyaringkan. Solat Gerhana. 90 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal bacalah surah Al-Fatihah lagi. f. sedangkan dalam gerhana matahari tidak dinyaringkan. Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali membaca Al-Fatihah dan dan 4 kali sujud. Pada tiap-tiap rakaat disunatkan membaca surahsurah panjang. (c) Solat gerhana boleh dikerjakan seperti solat biasa iaitu dua rakaat dengan dua ruku’ maka sah solatnya.

(Aghiyar Dunia) kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah SWT. c. f. Melahirkan kecekalan hati dalam menghadapi pancaroba dunia. Di antara hikmat dan kelebihan solat-solat sunat adalah: a. Menimbulkan muraqabah. Setiap orang Islam digalakkan melaksanakan sembahyang-sembahyang sunat Diangkat oleh Allah kedudukan yang terpuji. Ganjaran pahalanya adalah lebih baik dari dunia dan isinya. d. 91 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Murah rezeki zahir dan batin. muhasabah dan mua’qabah dalam jiwa.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11 Lafaz niat gerhana Matahari : Ertinya: “Sahaja aku sembahyang gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala”. Sembahyang ini bukan rekaan semata-mata tetapi semuanya berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan hingga ke hari ini. MENERANGKAN HIKMAT DAN KELEBIHAN 8. Diampuni dosa dan dirahmati oleh Allah dalam kehidupan. PENUTUP 9. e. b.

iaitu di antara dada dan perut. (2) (3) Semasa rukuk.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I12 1I12 . maka dia wajib sembahyang dengan duduk. Kewajipan mengerjakan sembahyang fardhu tidak luput walaupun seseorang itu sakit atau uzur. PENDAHULUAN 1. Mohd Uzair Taufik. Sembahyang secara berbaring mengiring mengadap kiblat 92 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . 2001. badan dibongkokkan sedikit. dia wajib menyempurnakan sembahyangnya dengan berbaring mengiring mengadap kiblat. Semasa sujud. Sembahyang secara duduk iftirasyi (seperti duduk antara dua sujud) (1) Kedudukan tangan semasa takbiratul ihram. waris-waris. Perniagaan Jahabesra. b. Jika tidak berdaya bersembahyang dengan berdiri. suami atau isteri atau anak-anak dan sesiapa jua boleh menolong orang yang sakit atau uzur itu untuk mengambil wudhuk terlebih dahulu setelah itu tentukan pesakit atau orang yang uzur itu mengadap kiblat mengikut keadaan dan kemampuannya seperti berikut: a. Tiap-tiap seorang Islam wajib mengerjakan fardhu yang lima waktu dalam apa keadaan jua pun. 2. Selalunya. dikecuali jika dia hilang akal atau gila.MENGAPLIKASI SOLAT DALAM KEUZURAN Rujuk: A. lakukan seperti sujud biasa. Kiranya tidak berdaya dengan duduk. Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu. Jika tidak berdaya juga maka dengan berbaring terlentang dan mukanya mengadap kiblat. membaca doa Iftitah/Fatihah/Surah adalah sama dengan sembahyang yang sempurna.

(4) Sujud memadai dengan menggerakkan kepala lebih rendah daripada kedudukan rukuk. maka memadai bersembahyang dengan isyarat kepala dan mata. Tidak dapat mengerjakan sembahyang dengan berbaring (1) Apabila tidak dapat mengerjakan sembahyang secara berbaring (mungkin kerana cedera dan terpaksa duduk dalam kedudukan yang tertentu atau seumpamanya). c.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I12 (1) Kedua tangan diletakkan diantara dada dan perut ketika berbaring mengiring (iaitu tangan kanan memegang tangan kiri) (2) Rukuk memadai dengan menggerakkan kepala ke bawah sedikit (seperti mengangguk). (2) Sekiranya tidak mampu menggerakan kepala. (2) Kedua tangan diletakan diantara dada dan perut ketika berbaring mengiring (iaitu tangan kanan memegang tangan kiri). (3) Rukuk memadai dengan menggerakkan kepala kebawah sedikit (seperti mengangguk). memadailah dengan isyarat mata. Sembahyang secara berbaring terlentang mengadap kiblat (1) Tinggikan kepala dengan bantal atau seumpamanya agar mukanya seolah-olah mengadap kiblat. d. (3) Sujud memadai dengan menggerakkan kepala lebih rendah daripada kedudukan rukuk. 93 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

barang siapa yang mendirikan sembahyang ia menegakkan agama. KESIMPULAN 3. Oleh kerana sembahyang fardhu lima waktu itu merupakan tiang agama maka kewajiban mengerjakannya tidak terbatas untuk dikerjakan oleh manusia yang dianugerahkan kesihatan sahaja.1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I12 (3) Sekiranya tidak dapat juga dengan isyarat. barang siapa meninggalkan sembahyang ia meruntuhkan agama”. sebaliknya Allah Taala telah menggariskan tatacara untuk hamba-hambaNya yang sedang mengalami kesakitan untuk menjalankan kewajiban tersebut sebagaimana yang telah diterangkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sembahyang itu tiang agama. maka memadai dikerjakan sembahyang di dalam hati. 94 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

MENGHAFAZ WIRID DAN DOA PILIHAN 95 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13 1I13 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13 96 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13 97 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13 98 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13 99 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13 100 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. 3. Zakaria Mustafa. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. B. merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Edisi Pemantapan . Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang 101 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . seseorang yang bernama insan tidak dipanggil sempurna. 4. Pengetahuan Agama Islam ATM. Sebaliknya. 1999. ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk. lantaran keistimewaan yang telah diberikan Allah kepada manusia sangat berbeza jika dibandingkan dengan makhluk-maklukNya yang lain. 1998. Akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. jika aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman palsu. nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya. PENDAHULUAN 1. khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang palsu. akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. PENGERTIAN AKHLAK 2. Akhlak merupakan suatu perkara yang amat penting bagi memimpin seseorang mencapai keredhaan ilahi. Dengan perkataan lain. Tanpa akhlak. Kor Agama Angktan Tentera. Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat.MENGAPLIKASI AKHLAK ISLAMIAH :Rujuk A. Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 1I14 .

Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. adil. al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para Rasul untuk 102 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. 7. bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Masyarakat kacau bilau. Oleh kerana itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia” (Riwayat alBaihaqi) 6. 5.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk. luhur dan mulia. Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Quran sebagai sumber pengetahuan mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Sebaliknya. tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur. Justeru itu. akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia. al-Quran diturunkan. 8. Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman. akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini. Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia sepanjang sejarah. dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa. akan porak peranda dan kacau bilau. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia.

kepada Rasul-Nya. nilai-nilai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang kehidupan itu. kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu. Terdapat aqidah orang-orang beriman. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan. Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai kehidupan ini. Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jawapan kepada persoalan tersebut. untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmuNya. neraka dan adanya makhluk-makhluk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. aqidah orang-orang kafir. maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan. 103 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-orang munafiqin. yakin bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. 10. 11. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matlamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. kepada keagungan Allah yang mencipta dan memiliki alam ini. seperti malaikat. Mereka yakin kepada hari akhirat. AQIDAH MENCORAKKAN AKHLAK 9. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib. syurga. Allah SWT bebas mengikut kehendakNya. Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Quran sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah SWT.

Seorang mukmin berjiwa bebas. ganjaran 104 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya. Seorang mukmin berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah SWT. yang bermaksud: 'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah. Wawasannya. Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripadaNya. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa "Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah SWT". Tentunya. tidak mempeluangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah SWT. tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah SWT. 15. Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan Raja Rum. tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas. dan setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. 13. Kebebasan seorang mukmin sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. 16. daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”. Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. tetapi juga di akhirat. 14. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah SWT menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya. Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah SWT. Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah SWT. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 12. tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Manusia beriman yang sebenarnya. Allah SWT bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma.

18. Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 di akhirat adalah lebih baik daripada di dunia. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran "kehidupan ini cuma di dunia". mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat.T.T. untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat. ]a hendak menonjolkan diri supaya lebih daripada kamu. mereka tidak dibangkitkan kembali.T berfirman yang bermaksud: "Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya. Kerana percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati. Hubungan manusia dengan Allah SWT dan kelakuannya terhadap Allah SWT ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia. seperti kata mereka yang bermaksud: 105 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .W. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. sepertimana yang ditetapkan di dalam alOuran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah SWT Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah S. Kekufuran juga berlaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Dia akan turunkan malaikat Kita tidak mendengar dari bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia). Allah S. Manusia dilahirkan dan kemudian mati. Jika Allah hendak turunkan utusan. memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhlas untuk Allah SWT dan tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah SWT adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. Al-Quran memaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. ini tidak lain daripada manusia seperti kamu.W. Begitu juga akhlak terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim. Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang kafir. (al-Mu'minun: 24) 20. 19. Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini. 17. Kerana itu.W. Ia membentuk akhlak terhadap Allah SWT dan akhlak terhadap sesama manusia. justeru terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia.

1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 "Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi. (al-Baqarah: 34) 22. Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S. orang ini. Allah S. (al-Mu'minun: 33) 21. ltulah sahaja kehidupan mereka. kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orangorang kafir. mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk di atas dunia ini. Kekufuran juga berlaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu. Mereka tidak mempunyai matlamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Selain daripada itu. tiada matlamat yang jauh yang hendak dituju. Daripada tiada kita ada dan hidup. sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru. berfirman yang bermaksud: "Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan dan idunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum. Mereka pun sujud. hanyalah seorang manusia seperti kamu. Maksudnya: "Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia.T. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang kamu minum '.T. yang tidak percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa.' (Muhammad: 12) 23. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan.W.W. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang bermaksud: "Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudlah kepada Adam. 106 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Pandangan dan cara hidup mereka ini. sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam. Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang "pepat di luar rencung di dalam. apabila berjanji tidak dikotakan apabila diberi amanah ia khianat. Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi SAW dan sering mempertikaikan ajaran itu.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta. Untuk menyembunyikan kekufuran. memutar belitkan kebenaran. tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi SAW yang diutus oleh Allah SWT tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda.' "telunjuk lurus kelingking berkait. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam diri Rasuluilah SAW yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Mereka mengaku beriman. Kerana itu. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman”. Aishah RA berkata: 'Adapun akhlak baginda ialah al-Quran'. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. memungkiri janji dan mengkhianati amanah.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap permusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman. al-Quran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. Nilai-nilai asas ini. Rasuluilah s.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 24. (Riwayat Bukhari dan Muslim) NILAI-NILAI MUTLAK DAN RELATIF 26. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. (al-Baqarah : 8) 25 Aqidah munafiqin.w. tidak bersifat relatif atau nisbi. mereka berdusta. melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakili akhlak yang buruk. Apa yang diperakukan oleh al-Quran 107 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak.

maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Kerana itu. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan perlindungan perundangan. berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada akal dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. haram dan makruh. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini. Homoseksual dan Lesbian. Mereka melakukan 108 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . 29. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama” (al-Bayyinah: 5) 30. Nilai-nilai akhlak Islam. maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Firaun. Mereka takbur.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 dan al-Sunnah sebagai baik. Apa yang dianggap tidak baik. Apa yang baik adalah halal dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah SWT adalah manusia yang tidak berakhlak dan berlaku biadab terhadap Allah SWT Abu Lahab. kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. dahulu dianggap haram dan tidak baik. Hukum-hukum itu ialah wajib. Perkara halal dan yang haram diterangkan dengan jelas. yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan. 27. bongkak dan sombong. tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Rasuluilah SAW adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah SWT lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah SWT. 28. sunat. Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah SWT. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya. menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini.

dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). (alAhzaab. Kamu melihat mereka ruku' dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) 109 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung". Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. 32. Rasulullah SAW seorang mukmin yang terulung. bukan sahaja untuk difahami. bertawakal serta bersyukur kepadaNya.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 kemungkaran. kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah SAW. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah SWT. ialah Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir. 21) 33. MODEL AKHLAK AL-QURAN 31. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhluk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat. Rasulullah SAW dan para sahabat yang bedman dengannya.w. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah SWT. adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik". Al-Quran menggambarkan pengabdian mereka kepada Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud: " Nabi Muhammad s.a. (al-Qalam: 4) Juga firman-Nya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya. Akhlak Rasuluilah SAW adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah SWT untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. tetapi untuk dilaksanakan. adalah para hamba Allah SWT yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah SWT takut dan mengharap kepadaNya.

36 kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnya kepada Allah SWT. (Ibrahim: 7) Rasuluilah s. menjawab. Kesyukuran itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 35. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah SWT dan .T.kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah SWT. yang bermaksud: "Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.W.W. kemuncak daripada tujuan beribadah. seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Rasuluilah s.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya: “Mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah. Rasulullah SAW paling banyak beribadah dan paling bertaqwa.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya.a. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh .w. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud". Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. pada hal Allah S. jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras". Allah S. (al-Fath: 29) 34. berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia.W. tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S. berzikir.37 Beribadah dalam pengertian bersolat.a. semata-mata .W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah SW. mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah SWT. berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya. jika kamu bersyukur. nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya. Allah SWT menekankan 110 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .w.T.

Rasulullah SAW mendengar perbualan mereka lantas berkata.a. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur. Seorang berkata. Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya. diperbaiki dan diperkukuhkan. al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah SW menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. "Kamukah yang berkata demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. 39.w.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakanNya dalam :al-Quran yang bermaksud "Mereka ditimpakan kehinaan di mana-mana sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia". Al-Quran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Quran ke dalam realiti kehidupan. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. secara terperinci. aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita". AKHLAK TERHADAP SESAMA ISLAM 41. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan. 40. (ali'lmraan: 112) 38. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 111 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Pada suatu ketika Rasulullah s. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan. demikian. ia bersembahyang sepanjang malam. Justeru itu. menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman.

Beriman kepada Allah dan RasulNya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud: ”Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya”." 112 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. (RiwayatAhmad) 44. maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'. 10) 42. (RiwayatAhmad) 43. Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mukmin sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasulullah dalam sunnahnya.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. yang dijelmakan dalam senyuman. bersabda yang bermaksud: ”'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya” (Riwayat Ahmad. kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat Islam adalah komponen yang membentuk iman. Rasuluilah SAW. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Dalam hubungan ini. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis.. At-Tirmizi dan AIHakim) 45. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah. adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit. (al-Hujuraat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas. membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'.

Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman. Rasuluilah s.w. secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis. bersabda yang bermaksud: (Riwayat Muslim) Seterusnya. Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mukmin hendaklah disembunyikan.T berfirman yang bermaksud: "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi"..a. Ahmad dan Abu Daud) 113 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . hubungan dan pertemuan. 148) 49. ia hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai.w.W. Rasulullah s.. Allah S. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Walau bagaimanapun. Allah S. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan.T. 48. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam 47.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat".W. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. At- lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan '. Rasulullah s.Sebarkantah salam di kalangan kamu".a..1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 (Riwayat Tirmizi) 46. Allah S. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. (Riwayat Muslim. (alNisaa'.a.W. Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman.

50 menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah SWT setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. (Riwayat Bukhari dan Ahmad) 52.a. Rasulullah s. (Riwayat Muslim) 51.a. suka melaknat. Sabdanya "untukku dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka” (Riwayat Bukhari) 114 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . bersabda yang bermaksud: "Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud: ”Agama itu ialah nasihat". suka mengeluarkan kata buruk dan kesat". Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya” (RiwayatAtTirmizi) 53.w. bersabda :yang bermaksud "Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya". Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. suka mencela dan mengkritik. mengerdik dan melaknat. suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasuluilah s.Ada yang berkata "untuk siapa ya Rasulullah.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka .w. Mengenai budaya suka mengecam.

bersedia menerima kebenaran. Memang jelas bahawa akhlak memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang manusia. cinta kepada kebenaran. Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia..1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 AL-QURAN SUMBER AKHLAK MULIA 54. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu. sabar. 58. berjiwa mulia. Al-Quran melarang manusia minum arak. bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah. Penampilan akhlak mulia dalam al-Quran. memakan riba.T. Jelaslah bahawa al-Quran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji. masyarakat dan negara. menegakkan kebenaran dan kebaikan. satu-satu kaum menghina kaum yang lain. tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran menentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. PENUTUP 59. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu. Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir.W. Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim. 56. Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S. bertaqwa kepadaNya. berjihad. Dengan kayakinan yang penuh bahawa pangkal 115 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini. 55. fitnah dan berbunuhan. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram. tekun. tidak bersifat teoritikal semata-mata. Al-Quran melarang pencerobohan. mempunyai sangkaan baik terhadapNya. 57.

asalkan saja kita sanggup bekerja keras dan serius dalam pelaksanaan. 116 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14 atau tunjang kepada permasalahan atau kemelut moral masa kini adalah berada pada kekontangan nilai dalam pegangan akidah. Maka itu kita juga yakin bahawa apabila kita dapat menyelesaikan masalah tersebut persoalan yang muncul ekoran daripada itu akan juga dapat diselesaikan secara muktamad.

2. Pengetahuan Islam ATM. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang bertaubat dan mereka yang suci”. Hendaklah dikembalikan atau m.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 1I15.MENGAPLIKASIKAN SIFAT MAHMUDAH DAN MAZMUMAH Rujuk: A.Ertinya meninggalkan maksiat yang dikerjakan dengan ikhtiar. 116 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Sifat Mahmudah bermaksud sifat terpuji yang dituntut di dalam Islam manakala sifat mazmumah pula ialah sifat-sifat tercela yang dibenci oleh Islam. Edisi Pemantapan PENGENALAN 1. Setiap orang Islam yang mukallaf mesti memiliki sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. (1) berikut.enggantikan atau Orang-orang yang bertaubat hendaklah memenuhi syarat-syarat membayar harganya atau minta halal dari tuan atau warisnya jika kesalahan berhubung dengan harta memohon kemaafan dari orang yang dizalimi jika berhubung dengan perbuatan atau perkataan. Berazam tidak akan melakukan maksiat itu lagi. kerana membesarkan Allah swt. (a) (b) (c) (d) Meninggalkan maksiat dengan ikhtiar Menyesal dengan maksiat yang dikerjakan. Dengan menggarap kedua-dua sifat tersebut maka akan tergolong di dalam golongan orang-orang bertaqwa. Antara sifat-sifat yang dipuji oleh syarak bagi seseorang itu ialah: a. At-Taubah .

Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud: ”Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.Ertinya bersih atau suci hati daripada berkehendakan yang lebih daripada kadar hajad daripada dunia yang halal dan tidak bergantung kepada mahluk serta berharap kepadanya. Mendapat taufiq Mendapat Hidayah Mendapat Ilmu. (2) Di antara faedah Khaufh ialah: (a) (b) (c) (d) c.” (1) Cara untuk menimbulkan rasa takut itu ialah dengan membanyakan bacaan hadith yang berhubung dengan dosa dan balasannya serta cerita-cerita yang berkaitan dengan akibat yang diterima oleh mereka yang melakukan maksiat. Al-Khaufh . tetapi amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.Ertinya takutkan Allah. Diterima ibadatnya disisi Allah SWT. Maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 150 yang bermaksud: (3) Di antara kelebihan taubat ialah: (a) (b) b.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 (2) Memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya sama ada di hadapan manusia atau bersendirian. iaitu takut kepada kemurkaanya dengan”Maka jangan kamu takut kepada mereka melainkan hendaklah kamu takut kepadaKu.” 117 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Mendapat Keredhaan. Al-Zuhd . hati sentiasa mengingati bahawa harta yang ada adalah milik Allah dan dibelanjakan harta itu sebagai wakil sahaja. Mendapat taufik untuk mengerjakan ketaatan.

iaitu tidak segera berputus asa. Dikasihi Allah. iaitu tidak malas menunaikannya kerana tabiat diri selalu merasa malas dan berat untuk mengerjakan amal ibadat.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 (1) Kerajinan orang zahid berusaha bukan untuk dinikmati oleh dirinya sendiri. sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”. diri mesti dipaksa untuk melawan segala rintangan dengan perasaan penuh sabar dan teguh hati. b. Tidak tamak kepada harta dunia. maka ketika itu hendaklah ditahan ajakan itu dengan penuh kesabaran. d. (b) Sabar daripada maksiat.Ertinya kuat menahan diri atau tahan menghadapi sesuatu hal yang menyusahkan. oleh itu. Al Sabr . Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah ayat 153 yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman. (c) Sabar di atas bala’. kerajinan dalam zuhud ialah untuk memenuhi keperluan asas dan tuntutan amal soleh yang tujuannya mendekatkan diri kepada Allah swt. malah hendaklah bertenang dan berlapang dada dan tidak pula mengadu kesana sini. iaitu menghalang diri dari melakukan maksiat dan menceburkan diri kedalam laranganlarangan Allah. (2) Di antara faedah zuhud ialah: a. (1) Sabar terbahagi kepada tiga bahagian. c. 118 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . kerana nafsu kerap mengajak seseorang untuk melakukan dosa-dosa dan mengangan-angankan maksiat. Dikasihi manusia. mohonlah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. iaitu: (a) Sabar mengerjakan taat.

1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah

1I15

(2)

Sabar mempunyai faedah yang banyak, diantaranya: (a) (b) Menguatkan keimanan seseorang kepada Tuhan. Memperoleh keuntungan yang banyak.

e.

Al Syukr - Ertinya mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri

seseorang baik yang lahir mahupun yang batin semuanya dari Allah, ia merasa gembira dengan nikmat itu serta tanggungjawab kepada Allah sebagai tanda terima kasih keatas segala matlamat-matlamatnya. Firman Allah dalam surah al Nahl ayat 114 yang bermaksud: ”Syukurilah nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh beribadah kepadaNya”. (1) Cara bersyukur: (a) Allah. (b) (c) Syukur dengan lidah iaitu dengan sentiasa mengucap Syukur dengan amal perbuatan iaitu dengan jalan Alhamdulillah. menempatkan nikmat itu pada tempat yang diredhai Allah. f. Al Ikhlas - Ertinya: Mengerjakan amal ibadat dengan ketaatan serta Syukur dalam hati iaitu merasa dalam hati bahawa nikmat yang dirasainya itu adalah semata-mata dengan kurnia

semua perbuatan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain. Firman Allah didalam surah al Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: ”Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dalam keadaan, mengikhlaskan agama kepadanya dan berkeadaan lurus serta mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, yang demikian itu adalah agama yang betul”. (1) Ikhlas perlu diterapkan pada setiap segi dan medan kehidupan, baik yang berkaitan dengan masalah ibadat ataupun yang berhubung dengan

119
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah

1I15

masalah muamalat, kerana pada prinsipnya hidup mati seseorang muslim selalu diarahkan kepada mendapatkan keredhaan Allah. (2) Ikhlas menjadikan seseorang itu mendapat pahala yang berlipat ganda dan tidak dapat dipengaruhi oleh syaitan, kerana amalan yang ikhlas sahaja yang terselamat dari pengaruhnya. g. Al-Tawakkal - Ertinya menyerahkan diri kepada Allah dalam

melaksanakan asesuatu rencana, bersandar kepada kekuatannya dalam melakukan sesuatu pekerjaan, berserah diri dibawah perlindunganNya pada waktu menghadapi bencana. Firman Allah di dalam surah Ibrahim ayat 11 yang bermaksud: ”Dan kepada Allahlah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman”. (1) Bertawakkal tidak semestinya sepi dari sebab keduniaan atau berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali, tetapi berlaku atau berhasilnya sesuatu urusan itu mestilah bergantung sepenuhnya kepada Allah swt. Orang yang bertawakkal mendapat jaminan perlindungan dan pertolongan Allah dan tawakkal juga membuahkan sikap keberanian yang menghasilkan kemenangan. h. Al Mahabbah - Ertinya kasihkan Allah dengan sentiasa cenderung

hati kepada berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: ”Dan orang-orang yang beriman itu berlebih kasih kepada Allah”. (1) Di antara bukti kasihkan Allah itu dengan kesediaan bahkan pengorbanan. Orang yang kasihkan Allah siap sedia melakukan sesuatu untuk menghayati kasihNya, yang paling asas ialah mematuhi perintahperintahNya dan menjauhi laranganNya, menyintai apa yang dicintaiNya dan benci apa yang dibenciNya. Kesemuanya itu 120
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah

1I15

disalurkan dengan jalan mengikuti Petunjuk yang digariskan oleh pesuruhNya. i. Al Ridha bi al Qadha’ wa al Qadar - Ertinya lapang hati atau merasa

senang menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah samada yang berupa nikmat atau misibah. Sabda rasulullah saw yang bermaksud: ”Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum mereka diuji. Barangsiapa redha menerima ujian itu, Allah redha kepadanya dan sesiapa yang marah maka Allah pun marah kepadanya”. (Riwayat atTirmizi) (1) Kedudukan redha dipandang lebih tinggi dari sabar kerana sabar pada umumnya dapat dilakukan oleh seseorang asalkan ia tabah menerima musibah, sedangkan redha ialah senang dan tenang menerimanya, ia lebih susah dan sulit untuk dicapai berbanding dengan sabar. Redha dengan qadha’ dan qadar mendapat keredhaan Allah. j. Zikru al Maut - Ertinya ingat kepada kematian. Firman Allah dalam

surah al-Jumaah ayat 8 yang bermaksud: “Katakanlah bahawa: Wahai kematian yang engkau lari daripadanya itu pasti akan menemui kamu”. (1) Orang yang tidak lalai hatinya daripada mengingati kematian dipandang sebagai orang yang bijaksana kerana kematian adalah kenyataan yang tidak dapat dielakan oleh setiap manusia. (2) Mengingati kematian mendorong persiapan bekal sebanyak yang mungkin untuk menghadapi alam baqa’ dengan bekerja keras memperbanyakan amal soleh setiap masa. Sebaliknya orang yang kurang mingingati kepada kematian akan bersikap sebaliknya. Mengingatkan kematian memendekan angan-angan terhadap dunia dan benci kepada apa yang tidak berguna kepada akhirat. 121
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1

sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampai batas” (a) Tujuan makan pada syara’ ialah kerana hidup iaitu makan sekadar untuk membolehkan beribadat kepada Allah. tidak berguna kepada dunia dan akhiratnya. maka banyak minum membawa kapada berat tubuh badan.Ertinya gemar dan tamak kepada makan. Di antara sifat-sifat dicela oleh syara’ iaitu: a. maka sentiasalah perut dipenuhi dengan makanan dan minuman. Firaman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 114 yang bermaksud: ”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka melainkan bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: ”Makanlah dan minumlah kamu tetapi jangan kamu melampaui batas. apabila banyak tidur kuranglah ibadat. Di antara keburukan banyak makan itu ialah berkehendakan banyak minum kerana kepanasan jentera yang bekerja keras menghadamkan makanan. Syarhu al Kalam . Syarhu al Ta’am . b. sedangkan iman seseorang mukmin itu bertambah disebabkan bertambah taat dan berkurangan kerana kurang ibadat.Ertinya suka dan gemar kepada banyak bercakap yang sia-sia. iaitu sentiasa ingat dan mereka-reka apa yang hendak dimakan sedap hari ini atau esok. kerana kurang ibadat dikhuatiri kurang pula imannya. 122 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 SIFAT-SIFAT TERCELA 3. berat tubuh badanmembawa kepada banyak tidur. (2) Orang yang kurang kurang ibadat tidak akan mendapat kemuliaan disisi Allah.

Kerana Rasulullah SAW memarahi orang yang melakukan maksiat. Marah kepada apa yang disuruh marah oleh Allah merupakan sifat yang dipuji dan kemarahan pada perkara yang tidak sebenar boleh menimbulkan sifat takabbur dan hasad.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 (1) Banyak perkataan itu jalannya ke neraka. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 134 yang bermaksud: ”Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. kerana orang yang banyak bercakap banyak salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya banyak pula dosanya maka nerakalah yang lebih utama baginya. iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada diwaktu lapang atau kesempitan dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orangorang yang berbuat kebaikan”.Ertinya marah. kerana ianya akan mengubah masyarakat kearah yang lebih baik seperti yang dikehendaki Islam.Ertinya dengki iaitu sukakan nikmat yang ada pada orang lain hilang atau suka diturunkan bala’ keatas seseorang atau merasa sempit dada apabila orang lain beroleh nikmat atau merasa lapang dada apabila seseorang itu ditimpa bala’. itu juga membawa kepada melakukan kezaliman. Orang yang mempunyai 123 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: ”Apakah mereka dengkikan manusia lantaran kurniaan yang Allah telah berikan kepada mereka”. Al-Ghadhab . iaitu bersifat pemarah dengan perkara yang tidak sebenar. d. c. Al-Hasad . (1) Hasad merupakan satu sifat yang sangat besar kebinasaannya kerana hasad itu menghilang dan menggugurkan pahala seluruh ibadat. (2) Sebaliknya banyak perkataan kerana mamberi nasihat atau mengajak manusia kepada kebaikan atau mendamaikan orang yang berkelahi tidak dicela oleh syarak.

f.Ertinya kikir atau kedekut. kerana dia tidak mendapat kebajikan daripada hartanya dan bahayanya ialah harta yang sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan umum ditahan untuk kepentingan sendiri. riak.Ertinya kasihkan dunia. hairankan diri sendiri dan lain-lain. Maksud firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 93 yang bermaksud: ”Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin kepada ketinggian dan kemegahan dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa”. iaitu merasa sayang untuk menggunakan nikmat tuhan kepada apa yang disuruhNya.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 sifat hasad akan diturunkan bala’ ke atasnya di dunia ini dengan sempit dada dan perasaan dukacita. (1) Sifat ini menyebabkan seseorang itu mudah dihinggapi oleh sifat-sifat takbur. g. Hubbu al-Dunia . iaitu tidak dicela. Hubbu al-Jah . Kemasyuran kerana mengembangkan agama dan menaburkan ilmu pengetahuan tanpa diusahakan dan dipaksa-paksa mencarinya. iaitu menyintainya dengan cara yang melampaui batas sehingga melalaikan ibadat serta berzikir kepada Allah swt. sebenranya apa yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan dileher mereka di hari kiamat kelak”. e. Al-Bukhl .Ertinya kasihkan kemegahan dalam dunia dan berkehendakan kepadanya serta suka kepada kemasyuran. Firman Allah dalam surah Ali Imran dalam ayat 180 yang bermaksud: ”Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka bahawa kebakhilannya itu adalah baik bagi mereka. serta menginsafi kemasyuran itu semata-mata anugerah Allah. (1) Penyakit bakhil merugikan diri sendiri. Firman Allah dalam surah al Isra’ ayat 18 yang bermaksud: 124 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

(2) Dunia yang dikeji ialah dunia yang apapun yang hanya dapat dirasakan kemanfaatannya ketika hanya berada di dunia sahaja. iaitu memandang diri banyak ibadat atau banyak harta serta membesarkan diri dan ia lupa keadaannya itu adalah nikmat dari Allah swt. (1) Dunia ialah segala yang terdapat di atas muka bumi dari berbagai benda. tidak menghasilkan sesuatu yang dapat dinikmati di akhirat malah menambahkan lagi beban di akhirat dan tanggungan waktu hisab. tentulah aku takut kalau kamu ditimpa oleh dosa yang lebih besar. iaitu merasa diri mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain dan melihat orang lain dengan mata kerendahan. kerana ia boleh membawa kepada kufur dan dilaknat oleh Allah seperti iblis.Ertinya hairankan diri. (1) Al Kibr sifat khas bagi Allah swt. 125 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . dan Kami tetapkan baginya neraka Jahannam.Ertinya bongkak atau sombong. ujub”. Dia sahajalah yang layak bersifat dengannya. iaitu ujub. dan akan memasukinya dengan keadaan tercela dan terusir”. Sifat al Kibr sangat besar bahayanya. Firman Allah dalam surah al A’raf ayat 146 yang bermaksud: ”Akan Aku pesongkan dari tanda-tanda kebesaranKu orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar”. Al Kibr . i. Al Ujub .1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 ”Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia) maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. kerana Dialah yang menjadikan alam dan memberikan segala nikmat kepada seseorang. h. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: ”Sekiranya kamu tidak pernah berdosa. Dunia yang dipuji ialah dunia yang berupa apapun yang dapat menjadi teman setelah berada di akhirat dan dapat dirasakan hasilnya setelah meninggal dunia. ia terbahagi kepada dunia yang dipuji dan yang dicela.

kerana ia menjadikan seseorang itu tidak lagi berusaha untuk memperbaiki agamanya dan menambahkan lagi ilmunya.Ertinya menunjuk-nunjuk dengan ibadat. Bagi mencapai kesejahteraan kehidupan dalam bermasyarakat maka adalah wajib bagi setiap umat Islam mengenali dan mempelajari serta mengamalkan sifat mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah dengan berpegang kepada nilai-nilai positif dan meninggalkan nilai-nilai nagetif akan mendorong umat mencapai redha Ilahi. namun demikian meninggalkan ketaatan kerana takutkan riya’ tidak dibenarkan sama sekali. iaitu beramal dengan ikhlas sematamata. kerana itu sifat ini sangat ditakuti oleh Rasulullah SAW. beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan serta dipandang mulia oleh manusia. j. iaitu menyengutukan Tuhan dalam ibadat. iaitu orangorang yang lalai dari sembahyang lagi menunjuk”. Firman Allah dalam surah al Maa’un ayat 4 – 6 yang bermaksud: ”Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang. (1) Riya’ dalam Islam dipandang sebagai syirik kecil. apa yang diperlukan ialah bersungguh-sungguh beramal dengan memelihar diri dari sifat riya’ ini. lebih-lebih lagi ia membawa kepada sifat takabbur.1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15 (Hadith Bukhari) (1) riwayat al Sifat ujub ini amat merbahaya. Al Riya’ . PENUTUP 4. Riya’ merupakan satu sifat yang senang berlaku tanpa disedari dania sangat disukai oleh nafsu. iaitu mengerjakan ibadat kerana yang lain daripada Allah. 126 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .

1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 1I16 . 1998. B. 1996. JAKIM. CARA-CARA MEMBACA HURUF HIJAIYAH MENGIKUT EJAAN YANG BETUL ‫ز‬ ‫رأ‬ ‫ذال‬ ‫ر‬ ‫ذ‬ ‫دال‬ ‫د‬ ‫خأ‬ ‫خ‬ ‫حأ‬ ‫ح‬ ‫جيم‬ ‫ج‬ ‫ث‬ ‫ثأ‬ ‫تأ‬ ‫شين‬ ‫ت‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫س ش‬ ‫الف‬ ‫زاي‬ ‫بأ‬ ‫سين‬ ‫ل‬ ‫ك‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫غ‬ ‫ع‬ ‫ظ‬ ‫ه‬ ‫ط‬ ‫و‬ ‫ص ض‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫صاد‬ ‫قاف كاف‬ ‫فأ‬ ‫غين‬ ‫عين‬ ‫ظأ‬ ‫واو هأ‬ ‫ضا د طأ‬ ‫لم ميم نون‬ 127 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Kaedah Tajwid Rasm Uthmani dalam al-Quran. PENDAHULUAN 1.MENJELASKAN ASAS ILMU AL QURAN Rujuk: A. Kor Agama ATM. Ilmu Tajwid merupakan panduan dalam pembacaan al-Quran agar sebutan dan bacaan menepati kaedah dan ilmunya. Bacaan yang sempurna akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan kesalahan pada bacaannya akan mengakibatkan perubahan makna dan menyebabkan seseorang itu berdosa jika kekal dalam kesalahannya. Bengkel Penghayatan Islam & Bilal.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Siapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang atau fasih adalah ia memperolehi 20 kebajikan pahala dengan setiap huruf yang dibacanya. kita dapati mempelajari Ilmu Tajwid amat penting kerana setiap hari kita membaca ayat-ayat suci Al 128 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Berpandukan kepada hadith di atas. dan siapa membaca al-Quran dengan sebutan bukan bahasa Arab adalah ia memperolehi 10 kebajikan pahala dengan setiap huruf yang dibacanya”. Disegi bahasa b.1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 ‫ي‬ ‫ي‬ ‫يي‬ ‫لم الننننننننف‬ ‫نننننزة‬ ‫همن‬ ‫يأ‬ PENGERTIAN 2. 4. Memperelokkan. HUKUM MEMPELAJARI TAJWID 3. Suatu ilmu yang Disegi istilah - membicarakan tentang cara membaca Al Quran menurut hukum yang tertentu dengan pengucapan huruf menurut hak yang asli atau sebutan huruf yang diucapkan pada makhrajnya yang betul kadar panjang pendek bacaan. Pengertian Ilmu Tajwid adalah seperti berikut: a. dengung dan sebagainya.

e. Bacaan Al. adalah tidak sah jika tidak dibaca secara bertajwid. maka dua huruf 129 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 ‫ا‬ . Idgham Maal-Ghunnah. Idgham Bila-Ghunnah. b. Bagaimana ia diturunkan. begitulah ia disampaikan”. ) Apabila Nun Mati atau Tanwin (huruf yang berbaris dua) bertemu dengan salah satu huruf-huruf Hija-Iyah maka ia terbahagi kepada 5 bahagian dan dikenali juga dengan hukum 5 iaitu : a. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid menjadi Fardu Kifayah kepada bagi umat Islam seluruhnya dan hukum menggunakannya menjadi Fardu Ain bagi setiap orang Islam tidak kira lelaki atau perempuan yang baligh. Izhar Halqi: (1) Huruf-huruf Izhar ada enam iaitu: ‫)ا َغح‬ ٍ ْ (2) ‫ن‬ ‫ا/ء ، غ ، ح ، خ ، ع ، ه‬ (‫خعه‬ ُ َ َ Cara-cara membaca Izhar . 7. 5.1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 Quran sama ada di dalam sembahyang ataupun untuk mengajar anak-anak di samping untuk menambahkan pahala. Izhar Halqi.Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf yang enam (Izhar). HUKUM NUN MATI ( ‫ ) ن‬DAN TANWIN ( ً ْ 6. d. c. Ikhfa’. Mengikut kata Imam Al Shamsi Bin Al Jazari: “Al Quran wajib dibaca secara bertajwid.Fatihah yang menjadi salah satu rukun sembahyang itu. Iqlab. Sesiapa membaca AlQuran tanpa tajwid hukumnya berdosa kerana Al Quran itu diturunkan beserta tajwid. Huraian satu persatu: a.

1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 yang bertemu itu hendaklah dinyatakan/disebut dengan terang sebutannya tanpa dengung.Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham MaalGhunnah maka hendaklah dibaca dengan cara memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua seakan-akan terjadi satu huruf 130 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Idgham Maal-Ghunnah (1) Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ada empat iaitu : ‫ن . ن ن ن ن ن‬ (2) Cara-cara membaca Idgham Maal Ghunnah . Contohnya: ‫وينءَون‬ َ ْ َ َ ‫ا‬ ‫ومتنع الى حين من ءامن‬ َ َ َ َ ٍ ِ َ ِ ٌ َ َ َ (‫)ء‬ ‫من هاد ينهون‬ ِ َ ْ َ َ ٍ َ ‫عل ْم ٍ هدى‬ ِ ً ُ (‫)ه‬ ‫ينحتون‬ َ ُ ِ َ ‫فَمن حج‬ ّ َ َ ‫عَزيز حكيم‬ ٌ ِ َ ٌ ِ (‫)ح‬ b.

1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 yang bertashdid serta lidah terangkat menyebut keduanya. Idgham Bila-Ghunnah : (1) ‫ا ُمة ي َدْعون‬ ٌ ّ َ ُ (‫)ي‬ ‫ا ِسرافا وب ِدارا‬ ً َ َ ً َ ْ (‫)و‬ ً ‫كاِتنبا مؤجل‬ ّ َ ُ ً َ ‫ا‬ ُ ‫قوما ن ّك َثوآ‬ ً ْ َ (‫)ن‬ Huruf-huruf Idgham Bila-Ghunnah ada dua iaitu : ( ‫)ل ، ر‬ (2) Cara-cara membaca Idgham Bila Ghunnah . Bacaannya tidak didengungkan. Contohnya: 131 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham Bila Ghunnah hendaklah dibaca dengan cara memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua seakan-akan terjadi satu huruf yang bertashdid serta lidah terangkat menyebut keduanya. Contohnya: َ ُ‫من ي َشآء‬ َ ‫من واق‬ ِ ٍ َ (‫)م‬ ~ ‫عن مواضعه‬ َ ِ ِ ِ َ َ ‫من ننصرين‬ ِ َ ِ ِ ّ c. Bacaannya hendaklah didengungkan.

1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 ‫ي ُب َين ل ّنا‬ َ ّ ~‫من رب ّه‬ ِ ّ ِ ‫حرث ل ّك ُم‬ ٌ ْ َ ْ (‫)ل‬ ‫غفورا رحيما‬ ً ِ ّ ً ُ َ (‫)ر‬ d.diikhfa’kan (disembunyikan) secara sederhana dan dibaca dengan dengung ‫ا‬ Contoh : 132 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Ikhfa’ (1) iaitu : Huruf-huruf Ikhfa’ adalah yang paling banyak iaitu 15 huruf ‫س ، ت ، ج ، ز ، ص ، د ، ك ، ف ، ث‬ ، ‫ق ،ض ، ط ، ظ ، ش ، ذ‬ dan jika dihimpunkan kedalam satu rangkaikata untuk menyenangkan kita mengingatinya iaitu : َ ٍ ( ّ‫) ست ُجز صدّك فث ِق ضطَظ شذ‬ َ ْ َ َ َ َ ْ َ (2) Cara-cara membaca Ikhfa’: Ikhfa’ ertinya menyembunyikan. Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Ikhfa’ yang 15 maka Nun Mati atau Tanwin tersebut hendaklah .

Contoh: ‫م‬ ‫من بعدها‬ َ ِْ َ ِ ‫سميعابصيرا‬ ً ِ َ ً َِ ‫م‬ ‫ينب ُت ل َك ُم‬ َ ُ ْ ‫م‬ (‫)ب‬ ‫م‬ ‫صم ب ُك ْم‬ ٌ ّ ُ 133 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 . Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab ( ‫ب‬ ) maka hendaklah Nun Mati itu atau Tanwin ditukarkan bunyinya kepada huruf Mim ( ‫ ) م‬yang ringan dan bacaannya hendaklah didengungkan.1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 ‫كنت ُم‬ ْ ُ َ ‫وأنجي ْن ا‬ َ َ َ (‫ينصرك ُم )ص‬ ْ ُ ُ َ e.) ب‬ Iqlab ertinya “menukarkan” iaitu menukarkan bunyi huruf yang lain. Iqlab (1) (2) ُ َ ْ َ َ ‫ولن ت َفعلوا‬ َ ‫من جآءَك‬ َ َ ‫ا‬ ‫من صل ْصنل‬ ِ ٍ َ َ ‫جننت ت َجرى‬ ٍ ّ َ ِ ْ (‫)ت‬ ٌ ِ َ ٌ َ َ ‫فصب ْر جميل‬ (‫)ج‬ ‫عمل ً صال ِحا‬ ً َ َ َ Huruf Iqlab ada satu sahaja iaitu Ba’ ( ‫.

ث.ج. غ.ت. خ.ه‬ ( ‫)ي.ف. ح. maka seseorang itu dapat membaca al-Quran dengan baik sepertimana yang dianjurkan oleh 134 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .ك. ر‬ IKHFA’ (.ق. ‫س.ن‬ IDGHAM BILA-GHUNNAH IQLAB ‫) ل‬ (‫)ب‬ ( ‫.ص.د.م.ز. ع.ش.ز‬ PENUTUP 8.ظ.ض‬ ‫)ط.و. Apabila dapat menguasai ilmu tajwid yang asas (5 hukum).1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 Carta Tajwid TANWIN ATAU NUN MATI (‫/ ن‬ ْ ) IZHAR IDGHAM MAAL-GHUNNAH (‫)ا/ء .

ilmu tajwid yang asas ini masih perlu ditambah dalam mempelajari bab-bab tajwid yang lebij mendalam. 135 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 .1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16 Rasulullah SAW. Namun begitu.

1E4 Mengaplikasi al-Quran 1I17 dan 1I18 1I17 DAN 1I18 – MENGAPLIKASI BACAAN DAN MENGHAFAZ SURAH AL-FATIHAH 136 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap12 .

1E4 Mengaplikasi al-Quran 1I17 dan 1I18 SURAH AL-MASAD SURAH AL-IKHLAS 137 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap12 .

1E4 Mengaplikasi al-Quran 1I17 dan 1I18 SURAH AL AL-FALAQ SURAH AN-NAS 138 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap12 .