Guru-guru Pelatih, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah SM, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan

Datin Halimah 80350 Johor Darul Takzim _______________________________________________________________________ Pengarah PETRONAS Twin Towers Level 4 Suria KLCC 50088 Kuala Lumpur Tuan, Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Berkenaan perkara di atas, saya bagi pihak guru-guru pelatih KPLI ingin memaklumkan bahawa kumpulan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan salah satu tempat untuk dilawati adalah ‘Skybridge’. 2. Berikut adalah cadangan untuk lawatan tersebut: Tarikh Masa Bilangan peserta : 3 November 2009 : 12 tengahari hingga 4 petang : 28 orang termasuk seorang guru pengiring

8 OKTOBER 2009

3. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan di samping merasai pengalaman menarik yang mungkin akan dapat dikongsi bersama para pelajar suatu hari nanti. 4. Oleh itu, saya berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Yang benar, ………………….. ( ABDUL HALIM BIN ROSLAN ) Ketua Opsyen, KPLI SM Fizik, IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful