REFLEKSI Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajalagejala sosial dan masalah yang timbul

dikalangan masyarakat kita dari segi punca atau faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus berlaku. Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul bangsa dan tidak ada semangat patriotisme dalam diri mereka. Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara langsung. Memang tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka. Namun persoalannya seberapa banyakkah peratusan keberkesanannya itu. Berdasarkan isu-isu yang telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan bahawa tahap keberkesanan untuk menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling adalah rendah. Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah ini.Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab merekasebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran hidup.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran sivik dan kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful