Kajian Tindakan BAB 11 KAJIAN TINDAKAN Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan: • • • • • • • • • • • • • • •

141

Kajian Tindakan Dalam Perkembangan Profesional Guru sebagai penyelidik Latar belakang Sejarah Kajian Tindakan Konsep dan Definisi Kajian Tindakan Model Kajian Tindakan Asas teori Kajian Tindakan Prinsip pendekatan kajian tindakan Proses kajian tindakan Strategi dan teknik pengumpulan data Konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian Proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif Pengurusan data temu bual dan pemerhatian Analisis data temu bual dan pemerhatian Interpretasi data kualitatif Asas penulisan proposal dan laporan kajian tindakan

11.1

PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. 5. Menyenaraikan ciri-ciri guru yang professional Menghuraikan konsep guru sebagai penyelidik Menghuraikan latar sejarah kajian tindakan serta perkembangannya Menghuraikan konsep dan definisi kajian tindakan Menganalisis beberapa model kajian tindakan

ISI KANDUNGAN

Profesionalisme: Konsep dan Ciri Agak sukar kadang-kadang untuk memahami perbezaan di antara istilah-istilah seperti perkembangan profesionalisme, pendidikan professional berterusan, perkembangan staf, latihan dalam perkhidmatan, perkembangan sumber manusia dan latihan. Kesukaran ini sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan istilah-istilah tersebut secara bertukar ganti. Oleh itu, definisi yang dibentuk oleh Bredeson (2003) berdasarkan pengalaman peribadi,

Kajian Tindakan

142

penyelidikan dan literatur terkini mungkin dapat membantu dalam memahami makna perkembangan profesionalisme. Mengikut beliau, ‘Profesional development refers to learning opportunities that engage educators’ creative and reflective capacities in ways that strengthen their practice’ (ms. 34). Terdapat tiga konsep penting yang terkandung dalam definisi tersebut iaitu peluang pembelajaran, keterlibatan dalam kebolehan kreatif dan reflektif, dan peningkatan amalan.

Dalam konteks kerja guru, konsep perkembangan profesionalisme mengandaikan peningkatan keprofesionalan guru. Perkembangan profesionalisme adalah merupakan proses yang melibatkan guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang penting untuk amalan profesionalisme yang berkesan di setiap tahap perkembangan kerjayanya.

Perbincangan tentang mengajar sebagai satu profesion berfokus kepada setakatmanakah kerja-kerja mengajar patuh kepada kriteria yang biasanya digunakan dalam membezakan di antara bidang professional dan bukan professional. Carr & Kemmis (1985) menjelaskan biasanya terdapat beberapa kriteria utama yang sering dikaitkan dengan sesuatu profesion. Yang pertamanya berkaitan dengan metod dan prosedur yang digunakan oleh ahli-ahli profesion adalah berasaskan pengetahuan teoretikal dan penyelidikan. Profesion perubatan, undang-undang dan kejuruteraan misalnya, yang dianggap sebagai bidang professional adalah disebabkan prosedur dan metod pekerjaan mereka melibatkan teknik dan kemahiran yang disokong oleh ilmu dan pengetahuan yang dihasilkan secara sistematik. Keduanya, berkaitan dengan komitmen setiap ahlinya terhadap kesejahteraan pelanggan mereka. Berasaskan kepada kod etika yang dipersetujui oleh ahli-ahli profesion tersebut, kepentingan pelanggan diberi keutamaan. Ketiganya, untuk menjamin yang mereka boleh sentiasa bertindak untuk kepentingan pelanggan, ahli-ahli profesion mempunyai hak untuk membuat penilaian dan keputusan yang autonomous, bebas daripada kekangan dan kawalan luaran yang tidak professional. Autonomi professional ini biasanya beroperasi di peringkat individu dan kumpulan. Secara individu, seorang profesional membuat keputusan secara bebas tentang bentuk tindakan khusus yang boleh digunakan dalam sebarang situasi. Secara bersama, ahliahli professional mempunyai hak untuk menentukan apakah bentuk polisi, organisasi dan prosedur yang menjadi asas urustadbir profesion mereka secara keseluruhan.

Jelaslah bahawa keprofesionalan sesuatu bidang tugas itu mempunyai dua dimensi utama: peningkatan status dan peningkatan amalan. Peningkatan status melibatkan usaha sesuatu profesion untuk memenuhi kriteria yang mencirikan jenis profesion yang unggul/ideal atau, bagi profesion yang telah mantap, ia melibatkan usaha untuk mengekal dan meningkatkan kedudukan istimewanya. Dari segi dimensi meningkatkan amalan pula, melibatkan peningkatan berterusan pengetahuan dan kemahiran pengamal. Dalam pengertian ini, keprofesionalan boleh disamakan dengan perkembangan profesional.

Kajian Tindakan

143

Bahan-bahan literatur berkaitan dengan perkembangan profesional guru menunjukkan terdapat lima set proses utama yang dialami oleh seseorang individu guru dalam perkembangannya. Mengikut Sparks & Loucks Horsley (1989), jenis-jenis proses tersebut adalah seperti berikut:

• Pembelajaran kendiri - pembelajaran informal (secara individu atau berkumpulan dan penyertaan dalam persatuan profesional guru) • Perkembangan melalui pemerhatian dan maklumbalas - sama ada proses secara formal ataupun usaha sendiri • Penglibatan dalam proses perkembangan dan peningkatan - seperti perkembangan kurikulum, perkembangan projek • Kursus - mengikuti kursus-kursus pendek, seminar, bengkel, kursus-kursus di universiti • Penyelidikan di dalam sekolah dan antara sekolah Lomax P., (1999) pula mengemukakan konsep profesionalisme berasaskan penyelidikan bagi membangunkan komuniti kajian tindakan dan pembelajaran kendiri. Beliau berpendapat mengajar bukan pekerjaan yang homogeneous kerana terdapat banyak golongan lain yang terlibat sama dalam profesion pendidikan termasuk penyelidik pendidikan yang mungkin terdapat di sekolah, universiti dan lain-lain institusi. Disebabkan terdapatnya kepelbagaian dalam pendidikan, ini menyediakan asas kepada pembentukan dialektik yang menyediakan agenda dailog berterusan di kalangan pengamal untuk peningkatan amalan. Salah satu cara untuk mencapai peningkatan ini adalah melalui kajian tindakan dan pembelajaran kendiri yang merupakan aspek penting dalam profesionalisme berasaskan penyelidikan.

Guru sebagai penyelidik Apakah dia penyelidikan guru? Ia merupakan aspek yang luas dan penting dalam perkembangan bukan sahaja penyelidik guru tetapi juga rakan sekerja dengan siapa dapatan kajian dikongsi sama ada semasa menulis laporan kajian ataupun dalam konferen atau perjumpaan. Kesan positif menjalankan penyelidikan dalam bilik darjah adalah banyak, kerana tanpa kajian kita akan kehilangan sumber yang berharga dalam perkembangan sebagai guru dan juga pelajar kita. Guru memilih untuk menjalankan penyelidikan atas beberapa sebab. Pertama, guru bertindak sebagai penyelidik semasa guru membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi, inkuiri dan tindakan. Seterusnya guru bertindak sebagai perekabentuk kurikulum berasaskan dapatan kajian mereka. Guru berperanan sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian. Jelasnya ketiga-tiga peranan ini adalah penting dalam perkembangan guru sebagai penyelidik dan pengamal bilik darjah. Tanpa menjalankan kajian, mungkin guru boleh menghalang perkembangan mereka sendiri. Oleh itu melalui penyelidikan yang dijalankan guru boleh membuat keputusan yang termaklum bagi meningkatkan amalan mereka dengan mengetahui apakah perubahan yang perlu

Through the process and product of action research.. Dalam konteks yang sama. Menjalankan penyelidikan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan professional guru.Kajian Tindakan 144 dilakukan dalam pengajaran dan tahu bagaimanakah untuk menilai impak perubahan yang dilakukan. Donald Schon (1983) menyarankan perubahan amalan guru dari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional. adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik. Elliott (1993) pula menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seseorang guru. Bagi Elliott.. but they seldom leave a mark on their profession.. Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama guru. pelajar mereka dan dapatan kajian guru lain. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam konteks pendidikan. if any. “.The obscurity of the language and the high level of generality implied in much research has often resulted in teachers perceiving this work as being remote and divorced from their needs and situation. Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan. teachers will do both”. refleksif dan kritikal. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa ini mesti melibatkan proses penyelidikan di mana guru membuat refleksi tentang praktis mereka serta menggunakan hasil refleksi tersebut untuk membina semula secara sistematik praktis mereka. perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik. Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan praktis profesional. Menurut Wolfe (1989): “Teachers often leave a mark on their students. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasi pedagogi mereka. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan.teachers themselves have little regard for the findings of conventional educational research. it is contended. Proses ini akan menjadikan guru lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka supaya benar-benar dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. of the divorce (as they perceive it) between theory and practice. 4) Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan tradisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan pengajaran dan pembelajaran. They are especially critical.” (ms. Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkumi konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Manakala menurut Hitchcock dan Hughes (1989) pula. Ia menyediakan ruang bagi guru untuk belajar tentang diri mereka. Refleksi tersebut adalah bercorak peribadi. . practical value. seeing it as having limited. Carr (1989) pula berhujah bahawa kualiti pengajaran tidak boleh dipertingkatkan melainkan dengan mempertingkatkan keupayaan guru untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan mereka menerusi praktis amalan mereka. Guru sebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan.

menyelidik kesan-kesan aktiviti pengajaran-pembelajaran serta mengubahsuai perlakuan dengan sewajarnya. menyoal dan menyelidik peranan dan tugas mereka. Para pendidik bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini tetapi juga perlu dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi baru. guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesional guru mungkin berkembang dalam ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut: • • • • Profesional adalah dijangka melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif. 2000) . Dengan itu perlulah seseorang pendidik itu sentiasa merenung.Kajian Tindakan 145 Gagasan guru sebagai penyelidik ini perlu dikembangkan dengan penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan yang boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Oleh itu. kajian tindakan dan guru berkembang dalam aktiviti-aktiviti perkembangan kurikulum berasaskan sekolah dan perkembangan professional guru. Pendidik yang sedia membuat kritikan kendiri. Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan professional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dinamis. Budaya ini didapati telah dapat meningkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbang kepada kualiti pendidikan. para pendidik perlu sentiasa meneliti peranan mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Dalam era yang pantas berubah ini. Amalan pengajaran perlu dijadikan sebagai amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri. Profesional adalah dijangka mempertimbangkan pelbagai prespektif semasa membuat keputusan Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan Profesional adalah dipertanggungjawabkan menggunakan dan mengamal amalanamalan yang terbaik (Sagor. Dalam konteks guru dan kajian tindakan.

Kajian tindakan dalam bidang pendidikan juga memperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Ini menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama sahaja sepanjang masa. Terdapat pelbagai asas pemikiran yang menyumbang kepada pembentukan beberapa jenis kajian tindakan. Pada pertengahan . melalui kajian tindakan mereka akan dapat melihat bahawa kerja mengajar adalah bukan sesuatu yang rutin. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan perkataan ‘action research’ (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Bab ini akan cuba membentangkan latar sejarah perkembangan kajian tindakan dengan memaparkan tokoh-tokoh dan pemikirannya yang telah memberi sumbangan kepada kajian tindakan dalam pelbagai bidang disiplin terutama disiplin sains sosial. Oleh itu. Asas teori dan konseptual kajian tindakan dibincangkan untuk melihat apakah andaian dan rasional kajian tindakan dijalankan dan apakah kepentingannya kepada penyelidikan terutama kepada guru.Kajian Tindakan 146 Bagi guru yang professional. yang lebih melihat kajian tindakan sebagai kajian yang berorientasi kearah peningkatan amalan secara langsung. ms. their understanding of these practices. (1982) misalnya banyak membicarakan tentang latar belakang perkembangan kajian tindakan mengikut sudut-sudut pandangan tertentu. Tidak ada satu strategi yang sesuai digunakan untuk semua kelas. and the situations in which the practices are carried out. Penulispenulis seperti Adelman (1993) dan Kemmis. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. 162) Namun begitu. murid atau konteks. Smith (2001) telah membahagikan perkembangan kajian tindakan mengikut kem-kem tertentu. melalui kajian tindakan guru dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Carr dan Kemmis (1986) seperti berikut: ‘Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own practices. Sejarah kajian tindakan telah banyak dibincang dan didokumenkan dengan baik.’ (1986. terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang menjadi asas perkembangan kajian tindakan. Beliau merujuk kepada tradisi British yang khususnya berkait dengan pendidikan. asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (18801947) di Amerika Syarikat. Latar Sejarah dan Falsafah Sebagai satu pendekatan kajian.

“the systematic collection of information that is designed to bring about social change”. Ia adalah merupakan satu jenis kajian tindakan yang meneliti keadaan dan kesan pelbagai bentuk tindakan sosial. Richard G. yang merupakan kesan bahang Perang Dunia Ke 2 pada masa itu. . perancangan. Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika Syarikat. Kurt Lewin dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan yang menjelaskan kajian tindakan sebagai. falsafah. dan yang paling menonjol adalah buku hasil tulisan Burdette Ross Buckingham yang bertajuk “Research for Teachers”. action and the evaluation of the result of action” (Kemmis & McTaggert. 1926) Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif. each of which is composed of planning. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan kemanusiaan yang bergerak dalam abad ke 19 untuk menangani masalah sosial era tersebut melalui inkuiri sosial kualitatif. psikologi dan pendidikan. ahli-ahli sains sosial perlu melibatkan pengamal daripada dunia sosial sebenar dalam semua fasa inkuiri (McKernan 1991:10) Kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat dengan ramai peminat dan pengikutnya sejak awal abad ke 20 (Wallace. pengkonseptualan. Bagi beliau penyelidikan yang diperlukan untuk mengkaji amalan sosial adalah lebih sesuai dicirikan sebagai penyelidikan untuk pengurusan sosial atau perekayasaan sosial (social engineering). Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam tahun-tahun 1940an untuk menangani masalah berkait dengan hubungan antara kelompok. iii. “…. 1904). pengumpulan fakta. terutama kerja-kerja John Dewey yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagai logik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika. 1879). Boone. 1987). (Boone. Bagi Bogdan & Biklen (1992) kajian tindakan pada masa itu difahamkan sebagai.proceeding in a spiral of steps. Penyelidik yang banyak terlibat pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947). 223). perlaksanaan dan penilaian tindakan. Mengikut McKernan (1996). Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke 19 dan awal abad ke 20 di mana metod saintifik telah digunakan dalam pendidikan. sejak itu kajian tindakan telah dipengaruhi oleh ramuan sejarah dan falsafah seperti berikut: i. ii.Kajian Tindakan 147 tahun-tahun 1940an. prasangka kaum dan pembangunan semula sosial. 1990:8). Bukti nya adalah melalui penulisan buku tentang penggunaan metod saintifik dalam pendidikan oleh penulis-penulis seperti Alexander Bain (Bain. (Buckingham. Dan seterusnya Lewin menyarankan bahawa untuk memahami dan mengubah amalan-amalan sosial tertentu. Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis. (ms.

Kajian tindakan seterusnya berkembang mengikut aliran pemikiran yang berbeza. 1953. Stephen Corey (Corey. dan di Tavistock Institute. di United Kingdom. 148 Dalam tahun-tahun 1950an dan 60an. . menggalakkan stafnya berkolaborasi dengan guruguru dalam menjalankan penyelidikan. 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian tindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan sebab pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalan mereka. Di samping itu. v. Pada awal tahun 1950an. Di United Kingdom pula kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan-pembaharuan kurikulum serta perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott. 1990). 1991). Schon dengan konsep pengamal reflektif nya juga telah menggunakan pengalaman guru dan lain-lain pengamal sebagai sumber pengetahuan tentang pengajaran. Guru telah dilihat sebagai barisan hadapan dalam pengumpulan data yang bekerja secara saintifik dalam bilik darjah mereka. Corey yang pada masa itu menjadi pegawai eksekutif Horace MannLincoln Institute for School Experimentation. kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan industri. dan di Australia. Selaras dengan gerakan saintifik dalam pendidikan ini adalah gerakan progresif yang dipelopori oleh Dewey. kajian tindakan berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara kolaboratif (Kemmis. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikat yang melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui dan mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. termasuklah kumpulan kajian tindakan Amerika Syarikat yang asal-usul pemikiran mereka berasaskan gerakan pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-kerja Dewey. 1954) di Columbia Teachers College yang percaya bahawa guru akan mendapati dapatan kajian mereka adalah lebih berguna daripada yang dijalankan oleh orang luar. kajian tindakan telah dikembangkan dalam bidang pendidikan terutamanya oleh Corey (1949. yang berkembang di kalangan penyelidik di Massachusetts Institute of Technology di Amerika.Kajian Tindakan iv. Asas teoretikal kajian tindakan dalam pendidikan adalah banyak berkisar kepada kepentingan yang diberi oleh John Dewey kepada pengalaman manusia dalam penjanaan pengetahuan. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Kajian tindakan telah mendapat tempat yang baik di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali dalam konteks perkembangan profesional dan pembuatan keputusan berasaskan data. Idea pengamal pendidikan menjalankan penyelidikan di sekolah telah berjalan seawal akhir abad ke sembilan belas dan awal abad ke dua puluh bersama gerakan kajian saintifik dalam pendidikan.

Kerja-kerja Lawrence Stenhouse tersebut telah dikembangkan oleh beberapa penyelidik melalui projek-projek penyelidikan seperti Ford Teaching Project. 1947) . (2) taking actions. Kongres Dunia Pertama Kajian Tindakan telah diadakan di Australia. Begitu juga dengan matlamat kajian tindakan yang bagi sesetengah orang melihatnya sebagai meningkatkan amalan atau membina individu-individu. kerja-kerja penyelidikan Lawrence Stenhouse dalam tahun-tahun 60an dan 70an melalui Humanities Curriculum Projects serta bukunya yang berpengaruh bertajuk “An Introduction to Curriculum Research and Development” yang diterbitkan pada tahun 1975. Teaching and Action Research (NARTAR) yang banyak menyebarluaskan hasil-hasil kajian tindakan. Sesetengah kajian tindakan berasaskan kumpulan dan sesetengahnya berasaskan individu. and (3) fact-finding about the results of the action. peranan yang dimainkan oleh persatuan seperti Classroom Action Research Network (CARN) dan the National Association for Race Relations. Selain daripada itu. yang diarahkan oleh John Elliott dan Clem Adelman. oleh itu melalui penyelidikan kurikulum guru akan dapat meningkatkan kefahaman tentang kerja mereka dan seterusnya pengajaran mereka dapat dipertingkatkan. (Kurt Lewin. dan sesetengahnya pula dijalankan oleh agen perubahan daripada luar organisasi dengan kerjasama dengan orang dalam. sesetengahnya dijalankan oleh penyelidik dalam konteksnya sendiri. Biasanya debat berkaitan kajian tindakan berkisar di sekitar isu-isu ini.Kajian Tindakan 149 Gerakan penyelidik-guru merupakan titik penghijrahan yang kritikal dari pandangan konvensional dalam penyelidikan kurikulum kepada pandangan guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif. Definisi Kajian Tindakan Tidak dapat dinafikan bahawa memang banyak terdapat variasi dalam tradisi kajian tindakan seperti juga variasi di antara kajian tindakan dengan pendekatan penyelidikan konvensional. Walker (1985) dan Winter (1989). Di Britain. memaparkan tesis utama pemikiran beliau yang mengatakan bahawa pengajaran perlulah berlandaskan kepada penyelidikan dan penyelidikan dan perkembangan kurikulum adalah merupakan bidang tugas guru. kerja-kerja oleh Nixon (1981). Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan seperti berikut: Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance. sesetengahnya menekankan penyertaan dan sesetengahnya pula tidak. Carr dan Kemmis (1986). Pada tahun 1990. Hopkins (1985). manakala yang lain melihatnya sebagai mengubah amalan dan partisipan.

5) Bagi Rapoport (1970) pula. 1953) Dalam perkembangan kajian tindakan seterusnya. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai “a form of self-reflective problem solving. kolaborasi melalui penyertaan.Kajian Tindakan 150 Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide. dan bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan. yang biasa nya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan. “…concerned with the everyday practical problems experienced by teachers. “a form of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own social or educational practices. 499). pemerolehan pengetahuan. namun kebanyakannya bersetuju bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti. ‘action research aims to contribute both to the practical concerns of people in an immediate problematic situation and to the goals of social science by joint collaboration within a mutually acceptable ethical framework’ (ms. beberapa pandangan serta definisi yang lebih terkini telah dikemukakan. as well as their understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out’ (ms. Daripada definisi-definisi di atas terdapat empat tema asas yang timbul iaitu: • • • pengupayaan partisipan. rather than the ‘theoretical problems’ defined by pure researchers within a discipline of knowledge” Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan. and evaluate their decisions and actions. tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. correct. Manakala John Elliott pula mengatakan yang kajian tindakan. which enables practitioners to better understand and solve pressing problems in social settings” (ms. dan . Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik. oleh individu atau kumpulan.6) Kemmis dan McTaggart (1990) pula mengatakan kajian tindakan adalah. (Stephen Corey.

didapati beberapa model atau skema muncul yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis.Kajian Tindakan • perubahan sosial. Rajah 11. Model yang dikemukakan oleh Elliott seperti yang terdapat dalam Rajah 11. preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin (McNiff.2 dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang model atau skema yang dikemukakan beliau.1. Elliott pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berurutan yang dikemukakan oleh Kemmis. idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep asal Lewin.1 Model Kajian Tindakan Dalam perkembangan seterusnya. Pengaruhnya telah memberi kesan secara langsung ke atas polisi pendidikan di Australia dalam usaha menggalakkan guru menjadi penyelidik reflektif ke atas amalan mereka sendiri.3. Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan terutamanya dalam pendidikan adalah banyak. Beliau mengembangkan modelnya dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah ‘educational action research’. langkah-langkah di atas boleh dilihat melalui beberapa model yang telah dikemukakan seperti rajah 11. beliau telah memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Kemmis. Perancangan Mereflek Bertindak Memerhati Rajah 11. 2001). Dave Ebbutt Jack Whitehead dan lain-lain. Elliott dan Ebbutt dikatakan mengemukakan model yang lebih formal. Dalam buku beliau yang bertajuk “Action Research Planner’. . 151 Model Kajian Tindakan Untuk lebih jelas lagi. tetapi beliau telah mengembangkannya dengan membuat tambahan. John Elliott. Bagi Kemmis. Elliott telah mengembangkan lagi model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.

2 Model Kajian Tindakan Kemmis Mengenal pasti idea awal Reconnaissance: mencari fakta dan analisis Pelan Umum .Kajian Tindakan 152 Rajah 11.

Di UK misalnya. Amerika Syarikat dan Australia. terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh beberapa penyelidik kajian tindakan yang lain yang lebih terkemudian yang berkembang di UK.Kajian Tindakan 153 Langkah tindakan 1 Langkah tindakan 2 Laksana langkah tindakan 1 Semak semula idea umum Pelan diubah Langkah tindakan 1 Langkah tindakan 2 Langkah tindakan 3 Pantau pelaksanaan dan kesannya Laksana langkah seterusnya Langkah tindakan 3 Pantau pelaksanaan dan kesannya Reconnaissance: jelaskan sebarang kegagalan pelaksanaan dan Reconnaissance: jelaskan sebarang kegagalan pelaksanaan dan Rajah 11. .3 Model Kajian Tindakan Elliott Dalam perkembangan kajian tindakan selanjutnya. Bridget Somekh (1989) telah mengembangkan lagi langkah-langkah kajian tindakan ini dengan lebih terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 11.4.

Melaksanakan pelan tindakan 6. Cara nya adalah seperti berikut: . Menganalisis data/ Membentuk hipotesis 4.4 Model Somekh Di Australia juga. Merancang pelan Tindakan 5. Mengenalpasti masalah @ Focus yang diminati 8.Kajian Tindakan 154 Model Somekh .5 Model Stringer Jack Whitehead pula mengemukakan konsep ‘a living educational theory’ (McNiff. Untuk menjalankan kajian tindakan yang lebih bermakna. Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan 7. beliau telah mengubah proses gelungan tindakan-refleksi kepada pola-pola pernyataan yang bertindak sebagai formula umum untuk mengurus masalah pendidikan yang praktikal secara sistematik. Stringer (2004) telah mencadangkan prosedur dan proses kajian tindakan seperti berikut: Merekabentuk Mengambil Tindakan Mengumpul Data Menyampai Hasil Menganalisis Data Rajah 11. 2001). Menganalisis dan & menilai Rajah 11. Putaran seterusnya 3. (1989) 2. Mengumpul data 1.

tetapi mereka membuat bising yang banyak. Sebagai rekabentuk yang menggunakan prosedur yang sistematik. dan saya memperkenalkan lembaran kerja berstruktur yang membawa kepada relajar-pelajar saya bertanya dan menjawab soalan-soalan tanpa pengawasan saya) Saya menilai hasil tindakan saya. Saya mesti cari cara untuk menjadikan mereka lebih tidak bergantung kepada saya dalam perkembangan pendidikan dan pembelajaran mereka) (Terjemahan: McNiff. 2001.Kajian Tindakan i. Tinjauan (Reconnaissance) Membentuk dan menentukan fokus kajian Mengenalpasti objektif kajian Memilih metod kajian Mengatur akses kajian Membina instrumen kajian Mengumpul data Mengurus dan menyusun data Analisis data Perancangan Merancang tindakan berdasarkan tinjauan awal serta maklumat yang berkaitan Pelaksanaan Tindakan . pelajar saya nampaknya tidak mengambil peranan yang aktif dalam pengajaran saya sebagaimana yang saya kehendaki) Saya menggambarkan cara penyelesaian kepada masalah tersebut. (Saya mencuba verja kumpulan bermula pada pengajaran hari Selasa. • iii. iii. ms. pelajar-pelajar saya telah lebih melibatkan diri. jelaslah bahawa prosedur dan proses kajian tindakan adalah mengikut proses satu gelungan langkah-langkah. • • • • • • • • ii. 38) Berdasarkan beberapa model yang telah dibincangkan di atas. (Ya. Juga. Saya mengalami masalah apabila sesetengah nilai-nilai pendidikan yang saya pegang dinafikan dalam amalan. dijalankan oleh satu kumpulan yang berusaha bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan amalan dalam situasi kerja sendiri. 155 ii. (Contohnya. (Patutkah saya menyusun pengajaran saya supaya pelajar-pelajar boleh bertanya soalan? Patutkah saya mencuba kerja kumpulan atau latihan berstruktur?) Saya menjalankan cara penyelesaian yang digambarkan. mereka masih bergantung kepada saya dalam mengerjakan lembaran kerja) Saya membentuk semula masalah hasil daripada penilaian yang dibuat (Saya mesti cari cara untuk memujuk mereka terlibat dalam pengajaran tanpa membuat bising yang banyak. kajian tindakan boleh dijalankan dengan langkah-langkah berikut: i. v. iv.

meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada hal ini merupakan amalan pengajaran saya atau . • Menjalankan tindakan seperti yang telah dirancangkan Penilaian dan Refleksi Menilai tindakan untuk melihat kesan tindakan yang telah dijalankan 156 Ilustrasi Proses Kajian Tindakan Dalam bentuk dan proses yang paling ringkas..Kajian Tindakan • iv. di bawah ini dikemukakan ilustrasi sinopsis proses kajian tindakan: Sinopsis I Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam kelas/pelajaran (dengan membuat rakaman audio) Mengump ul data “Saya rasa seolah-olah saya agak cepat dalam teknik penyoalan saya dan tidak memberi murid masa yang cukup untuk membentuk jawapan kepada soalan saya”. Keputusan: Mengesahk an andaian “.

Kajian Tindakan hanya dipengeruhi oleh keadaan masa itu”.. 157 (membuat rakaman sekali lagi. Ini menjejaskan proses berfikir mereka…. Saya mengambil masa yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk melaksanakan rancangan ini.? Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah Lakukan pengajaran saya dan menentukan untuk memantau teknik penyoalan saya. Saya merasakan bahawa saya tidak memberi murid cukup masa berfikir selepas mengemukakan sesuatu soalan. disokong dengan Pencerapan oleh rakan dan berbual-bual dengan Murid selepas pelajaran) “…saya dapati memang benar bahawa saya meminta jawapan dengan cepat selepas mengemukakan soalan dan agak kerap juga saya menjawab sendiri soalan saya itu.” Tafsiran Membuat rujukan Saya merujuk kepada literatur yang membincangkan perkaitan antara tempoh yang berlalu selepas guru mengemukakan soalan dengan kualiti tindakbalas murid. Melaksanaka n dan memantau an Tindak .

(Disesuaikan daripada laporan seorang guru: Hopkins: 1993) Sinopsis II Guru A : “…saya menghadapi masalah dengan salah sebuah kelas yang saya ajar.Kajian Tindakan 158 Saya mendapat bukti bahawa respons murid bertambah baik – banyak jawapan aras tinggi.” Guru A & B : “. serta membuat rakaman (audio) pengajaran tersebut.. Guru A : Kami membentuk beberapa hipotesis. Saya mengubahsuai jenis soalan. Antaranya: • • Kandungan pelajaran yang saya gunakan tidak merangsang murid Murid tidak dapat mengaitkan isi pelajaran dengan keperluan atau minat mereka Guru A : Saya mencari idea dan berusaha menggunakan isi pelajaran yang ada kaitan dengan minat atau pengalaman murid. suasana kelas menjadi bertambah baik. . Dengan melibatkan mereka dalam proses penilaian pengajaran saya. Kemudiannya kami berdua sama-sama meneliti catatan saya dan rakaman pengajaran serta berbincang.. Kelas tersebut nampaknya tidak berminat terhadap pelajaran yang saya ajar….kami memutusakan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku di kelas tersebut ketika guru A mengajar…” Guru B : Saya mencerap beberapa pengajaran Guru A. Murid nampaknya bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya.

video klip pengajaran dan pembelajaran. persembahan kumpulan menggunakan slaid PowerPoint.Kajian Tindakan 159 khususnya saya perbanyakkan soalan terbuka serta soalan yang saya sendiri tidak tahu jawapannya. saya meminta Guru B memantau pengajaran saya selama satu minggu… Guru A : Kami menonton rakaman tersebut dan berbincang. Kami dapati rakaman video menunjukkan interaksi yang lebih kompoloeks berlaku iaitu: • • • • Penglibatan murid bertambah Murid lebih berminat Murid lebih kerap memberi cadangan Komunikasi lisan lebih natural Guru A : “….2 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN HASIL PEMBELAJARAN 1. TEKNOLOGI.saya telah diminta dan bersetuju untuk membuat pelaporan tentang apa yang telah saya buat kepada guru-guru lain…..” CADANGAN KAEDAH P&P. 3. dan laporan kajian tindakan. Guru A : Semasa saya mencuba perubahan-perubahan yang saya rancangkan itu. 4. 11. Menghuraikan prosedur dan proses kajian tindakan Mengenalpasti masalah kajian Merancang tindakan yang sesuai Menilai tindakan kajian yang dijalankan . DAN PENAKSIRAN Kuliah dan perbincangan. 2.

pemerhatian dan penilaian hasil tindakan. Rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. tindakan dan penilaian hasil tindakan. Sebagai pendekatan penyelidikan yang berfokus dan praktikal. tindakan. Kumpulan perlu membuat keputusan untuk bekerja bersama dan merancang strategi peningkatan terhadap keprihatinan yang telah dikenalpasti. prosedur dan proses kajian tindakan yang biasanya digunakan oleh guru. Bergantung kepada latar belakang penyelidik. prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses perancangan. Dalam prosedur kajian tindakan. kajian tindakan boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza. Mengikut McTaggart (1996) adalah bahaya kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagai satu prosedur yang mengikut gelung-gelung sahaja. Sama ada menggunakan salah satu pendekatan atau menggunakan kedua-duanya sekali dalam satu kajian. ahli-ahli kumpulan akan: . dan Refleksi akan dijelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. (Kemmis & McTaggert. Kajian tindakan bukan sahaja merupakan metod atau prosedur menjalankan kajian. Kumpulan kemudiannya dibentuk untuk menjelas dan mengkaji keprihatinan bersama yang telah dikenalpasti.Kajian Tindakan 160 ISI KANDUNGAN IDEA UTAMA Menjelaskan tentang prinsip pendekatan kajian tindakan. Kajian tindakan seperti yang dijelaskan pada awalnya oleh Lewin. 1988. tetapi yang lebih penting adalah merupakan komitmen untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah melalui amalan berdasarkan beberapa prinsip menjalankan inkuiri sosial. p.8-9). Memerhati dan Menilai. Proses kajian tindakan bermula dengan idea umum yang menekankan bahawa peningkatan atau perubahan dalam kerja dan amalan adalah diperlukan. Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan Pada umumnya prosedur dan proses kajian tindakan menggunakan kedua-dua pendekatan dan metod kuantitatif dan kualitatif. Langkah-langkah umum seperti Tinjauan Awal. Menjalankan Tindakan. Merancang Tindakan. bermula dengan langkahlangkah yang mengandungi perancangan.

proses selanjutnya akan berterusan melalui gelungan selanjutnya. menjalankan tindakan melaksanakan perancangan dalam situasi yang sistematik dan terkawal iii. ringkas. persoalan yang hendak dicari jawapannya. Dengan itu. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian. refleksi ke atas tindakan yang dijalankan melalui pemerhatian yang telah dibuat menjadi panduan dalam perbincangan kumpulan. 161 membentuk perancangan yang mempunyai langkah-langkah tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan amalan semasa. belum diselesaikan. Perancangan perlulah lebih fleksibel bagi membolehkan ubahsuaian ke atas kesan atau kekangan yang tidak diduga ii. (iv) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula dan proses kajian berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan penyelesaiannya Langkah 1: Tinjauan Awal (Reconnaisance) Mengenalpasti Masalah Kajian Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Walaupun bentuk kajian itu agak berbeza. (iii) pelaksanaan tindakan. p. kesukaran yang hendak dihapuskan. minat penyelidik. b.Kajian Tindakan i.16) Proses Kajian Tindakan Jelaslah bahawa terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama kepada penyiasatan penyelidik. jelas dan lengkap. Zuber-Skerritt.10-14. Pemerhatian yang terancang perlu dilakukan sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan iv. 1992. Adakah pengiraan menggunakan sampoa lebih cepat dan cekap daripada pengiraan menggunakan mesin kira ? (Penyelidikan Eksperimen) Adakah penerangan tentang sifat-sifat orang Melayu pada masa dahulu dalam buku penulisan Munshi Abdulah mencerminkan ciri-ciri orang Melayu ketika itu? (Analisis Kandungan) . (ii) merancang tindakan. sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan. namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama. Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i) mengenalpasti masalah. pp. tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian terperinci. (Kemmis & McTaggert. keadaan yang hendak dipertingkatkan. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah. sesuatu yang perlu diubah. Refleksi kumpulan boleh membawa kepada pembinaan makna situasi sosial dan menyediakan asas untuk perancangan tindakan selanjutnya. 1988. terdapat kesukaran. Contoh: a. prihatin.

Kajian Tindakan c. amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji? Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan? Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada? • Oleh itu. g. Mungkin juga diperingkat sekolah rendah atau menengah. Kini kita telah memasuki ke satu peringkat di mana tajuk yang kita minati itu diperkecilkan kepada soalan yang boleh dikaji apabila kita boleh olah semula (rephrase) soalan kepada pertalian di antara dua pembolehubah. f. e. Malahan ini juga boleh diperkecilkan lagi kepada Bahasa Inggeris komunikasi di Tingkatan 1. artifak. Tajuk ini amat luas. Ini juga masih boleh diperkecilkan lagi kalau kita hendak melihat penguasaan Bahasa Inggeris mereka sama ada dalam isu-isu semasa telah mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris yang ada sekarang di Tingkatan 1. Katakan kita memilih tajuk Bahasa Inggeris. Adakah terdapat perbezaan penggunaan Bahasa Inggeris bagi pelajar bandar dengan pelajar luar bandar? Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian. ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut: • • • • Apa yang kita hendak ketahui? Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut? Apakah (individu. Apakah perspektif ibubapa terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah? (Penyelidikan Tinjauan) Bagaimanakah pengetua sekolah boleh meningkatkan motivasi guru-guru yang mengajar matematik? (Penyelidikan Temubual) Memperkecilkan Topik Kajian Keadaan ini membantu kita untuk mendapatkan data yang bertepatan dengan kajian-kajian yang hendak dilakukan. Katakan kita berminat untuk mengkaji penggunaan Bahasa Inggeris di Tingkatan 1 sekolah menengah. misalnya. d. Kita harus memperkecilkan lagi kepada…mungkin penggunaan Bahasa Ingeris di peringkat sekolah. pada umumnya sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah: • • • Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal serta dapat merangsang minat pembaca Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan penyelidikan semasa . 162 Apakah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar luar bandar disetiap hujung minggu? (Kajian Ethnografi) Adakah perlakuan guru berbeza apabila mengajar di kelas yang berbeza tahap pencapaiannya? (Kajian Perbandingan Bersebab – causal comparative research) Bolehkah kita ramalkan pelajar yang manakah akan menghadapi masalah apabila mempelajari sains ? (Kajian Korelasi).

kajian tindakan ini adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah berikut: • • • • • • • • • Menulis pernyataan fokus kajian Definisikan pembolehubah yang berkaitan Bentuk soalan kajian Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan Bina garis masa (timeline) kajian Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. (ii) mengapa tindakan itu diambil dan (iii) senaraikan tindakan yang perlu diambil. Setelah mendapat fokus yang jelas tentang perkara yang hendak dikaji melalui sorotan literatur dan ‘reconnaissance’ serta penyataan tujuan.Kajian Tindakan 163 Langkah 2: Merancang Tindakan Merancang tindakan bertujuan untuk menangani aspek terperinci dan tidak melibatkan perubahan kepada keseluruhan perancangan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995) telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut: (i) tentukan matlamat cadangan tindakan. perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut: • Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. soalan dan hipotesis kajian maka perancangan selanjutnya perlu dibuat bagi menjalankan tindakan yang sesuai. bahan dan tanggung jawab dan tugas. dan nyatakan bentuknya seperti: aktiviti. Semasa merancang kajian tindakan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Kita harus membuat perancangan yang baru sekiranya perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. sekiranya masalah yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar’. Contohnya. sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut: Pelajar manakah yang tidak berminat? Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar? . Perancangan kajian tindakan merupakan pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerja-kerja kajian selanjutnya. Di peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang kajian tindakan.

Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang sesuai berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’. luar kelas. tenaga.Kajian Tindakan 164 Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza? Adakah pada masa-masa yang tertentu. Ada yang terlibat dalam melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang dibuat. Bahanbahan berkenaan boleh didapati daripada: • • bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah. bahan-bahan. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi pengajaran.tugas dan tanggungjawab: aktiviti-aktiviti. topik-topik tertentu atau matapelajaran tertentu sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat? Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar? Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. kemudahan. struktur organisasi. bagaimana aktiviti dijalankan. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk mengumpul data bergantung kepada keperluan kajian. Langkah 3: Menjalankan Tindakan Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. minit mesyuarat. dan masa. Kumpulan akan mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan. rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. rekod kedatangan pelajar. jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan. penilaian perubahan – formatif & sumatif. pelaksanaan program kokurikulum . skor ujian bulanan. kewangan. maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. • • Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah: . kelengkapan. falsafah dan konsep baru tentang perubahan. cara-cara pemantauan perubahan.

mempertimbangkan kesannya (termasuk kesan yang tidak dijangka dan kesan sampingan). misalnya temubual dengan pelajar foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji. 1996).. dan mula memikirkan implikasi nya untuk tindakan pada masa depan. atau bersama rakan pengkaji melalui perbincangan. ms. 1985. Loughran. guru perlu mengkaji dan meneliti data berkenaan dengan cermat. Oleh itu. pemantauan dengan pelajar-pelajar dan pemantauan bersama dengan kelompok-kelompok yang terlibat dalam kajian. peluang dan kekangan yang terdapat di situasi. interpretasi. 13). Sehubungan itu. 1985). Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis. Ini boleh dibuat melalui: o o temubual pelajar perbincangan dengan rakan Guru juga perlu membuat pemantauan kendiri tentang: o o o apa yang telah dilakukan halangan yang wujud masalah yang telah timbul . 1989. refleksi juga melibatkan dimensi emosi (Boud et al. Langer. cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri (Hanipah. Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh data yang diperolehi.. Aktiviti pemantauan boleh dijalankan dengan beberapa cara.Kajian Tindakan • • • • nota yang dibuat hasil dari temubual. pencapaian dan limitasi langkah tindakan pertama. Selain refleksi dikatakan sebagai satu proses atau aktiviti kognitif (Boud et al. menjelas dan membuat kesimpulan. menganalisis masalah. (dalam Nor Hasniza. Catatan buku diari dan nota-nota kerja Ujian bertulis dan soalselidik kepada pelajar Melakukan Refleksi 165 Langkah 4: Penilaian dan refleksi boleh dijalankan oleh pengkaji. Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Refleksi merupakan proses merenung. pemantauan dengan rakan sejawat. mencari alasan. Antaranya pemantauan kendiri. refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu situasi atau tindakan. sintesis. 2000). 2005. Guru perlu membuat analisis dengan menyemak data untuk mencari perkaraperkara yang tidak terduga. Dengan ertikata lain. Langkah memantau dan menilai juga melibatkan pengambilan keputusan tentang apa yang berlaku seperti melihat semula fokus kajian.

CADANGAN KAEDAH P&P. guru perlu membuat perancangan seterusnya berdasarkan penilaian gelung pertama. berorientasikan tindakan. Somekh. Ini boleh dibuat dengan: o o o menilai bahagian yang perlu diperbaiki mengenalpasti panduan yang telah diikuti atau lain-lain perkara untuk pusingan yang selanjutnya Gegelung Kedua Dalam gegelung kedua. proses dan prosedurnya juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan. Proses ini boleh merupakan membuat perubahan kepada perkara yang telah kita lakukan atau rancangkan. Ini dibuat dengan mewujudkan rancangan baru untuk menangani: o o o isu yang sama isu tambahan kesemua ini adalah hasil dari tindakan atau taksiran dalam gelung tindakan pertama Rumusan Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. PENAKSIRAN . Faedah yang utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini. Ebbutt. TEKNOLOGI. pemerhatian dan refleksi. Ciri-ciri utama kajian tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi. kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan.Kajian Tindakan o 166 ambil pandangan orang lain terhadap masalah yang dihadapi dan cara kita menangani masalah berkenaan Guru juga harus menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Stringer dan lain-lain. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang ingin dikaji. Elliott. tindakan. peningkatan pemahaman ke atas amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik kemudiannya seperti Kemmis.

sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap masalah yang dikaji. Set data pertama akan mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar. analisis dokumen dan penulisan diari. perlu ditentukan metod pengumpulan data yang sesuai. pelajar menganalisis video untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajaran guru dan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh pensyarah berasaskan video.3 PENGUMPULAN DATA HASIL PEMBELAJARAN 1. Pengumpulan Data Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. data yang dikumpul untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. menganalisis Laporan Kajian Tindakan. Di samping itu. Video Pengajaran dan Pembelajaran. menyediakan idea dan . Pertama. 11.Kajian Tindakan 167 Kuliah. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian 3. Menghuraikan proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif ISI KANDUNGAN IDEA UTAMA Menjelaskan tentang langkah-langkah pengumpulan data melalui beberapa teknik pengumpulan data seperti soal selidik. temubual. Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti. Prosedur analisis data kuantitatif juga akan dijelaskan dengan menerangkan alat-alat statistik terutama statistik deskriptif. Meneliti beberapa strategi dan teknik pengumpulan data 2. Dari segi pentaksiran. Bahagian ini akan memberikan penekanan kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan. Gunakan persembahan Powerpoint. pemerhatian. data yang dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Kedua. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif juga akan dijelaskan. Oleh itu.

mencadangkan perubahan-perubahan kepada amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut: • • • • • • • Apakah skop inkuiri yang boleh anda uruskan? Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil daripada kajian tindakan anda? Bagaimana? Bila? Dalam latar apakah anda akan mengumpul data? Siapakah yang terlibat? Apakah interaksi yang berlaku? Apakah bukti fizikal yang ada? Bagaimana anda merancang untuk mengurus pengumpulan data? Lebih spesifik lagi. soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu: Apakah sebenarnya yang dikumpulkan? • • • Apakah pelbagai sumber data yang ada yang membolehkan kita memahami dengan lebih baik tentang topik? Apakah data masa lalu yang boleh digunakan? Berapa banyak data yang diperlukan untuk kita dapat betul-betul belajar dan memahami tentang topik? Di manakah data akan dikumpul dan berapa lama diperlukan untuk mengumpulnya? • • • Adakah apa-apa limitasi untuk mengumpul data? Apakah sistem sokongan yang perlu disediakan bagi membolehkan pengumpulan data dijalankan? Adakah cara yang sesuai untuk pengumpulan data dalam aktiviti bilik darjah? Bilakah data akan dikumpul dan untuk berapa lama? • • • Adakah perancangan data berlaku dipelbagai poin dalam tempoh pengumpulan data? Adakah strategi yang digunakan memudahkan pemerhatian serta merekod data semasa pengajaran berjalan? Adakah masa sesuai dan mencukupi untuk mengumpul dan merekod data menggunakan strategi yang dipilih? Siapakah yang akan mengumpul data? • • Adakah data yang boleh dijana oleh pelajar? Adakah rakan sekerja yang boleh memerhati semasa pengajaran guru atau adakah pelatih guru boleh membantu dalam pengumpulan data? .Kajian Tindakan 168 pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk mengubah amalan anda.

tidak memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh dipercayai bagi membolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data tersebut akan digunakan.1. Oleh itu.Kajian Tindakan Bagaimanakah data akan dikumpul dan dipersembahkan? • • 169 Bagaimanakah data kualitatif dan kuantitatif akan dikumpul dan dipersembahkan? Apakah perancangan untuk menganalisis data? Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data yang efektif. Jenisjenis data yang dikumpul biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu data primer dan data sekunder ataupun bentuk-bentuk data yang dikumpul boleh berbentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Taksonomi Pengumpulan Data Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengutip data bagi mendapatkan maklumat. berguna. data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah dikendalikan. Perlu diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Pendekatan eklektik ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran pengkaji serta rakan penyelidik yang sesuai. Dengan ertikata lain. Ini sudah tentu berkait dengan saiz sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul. . Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta alat analisis data yang sesuai. Di antara pendekatan dan teknik yang biasa digunakan adalah seperti yang dikemukakan oleh Hopkins (1985) melalui taksonomi pengumpulan data penyelidikan bilik darjah seperti jadual 11. Data mestilah tepat.

diagnostik . superficial Memakan masa Tepat. mudah ditadbir.analisis perhubungan sosial . menyediakan data yang cukup Diari Pelajar Menyediakan perspektif pelajar Temubual Melibatkan pelbagai dan lapisan partisipan dan perbincangan perspektif Perakam Pita Visual dan Video komprehensif Soal selidik Terlalu spesifik.format yang boleh diterbit Bukti dokumentari Slaid Kajian Kes .menjelaskan insiden kritikal . berterusan.diagnostic .isu-isu spesifik . menyediakan panduan untuk tindakan Iluminatif Iluminatif. versatil. menggunakan pelbagai teknik Kegunaan . representatif.triangulasi .kajian kes . memakan masa Sukar diperolehi. menggalakkan perbincangan Tepat.impresi umum .maklumat dan maklumbalas spesifik . Subjektif Memakan masa Mahal. perlukan latihan Sukar ditranskripsi. masalah untuk dapat jawapan ‘betul’ Boleh mengancam pelajar yg ‘terasing’ Sukar diperolehi.maklumat spesifik yang terperinci . memakan masa.pandangan komprehensif tentang isu . personal Kelemahan Subjektif.menyediakan konteks dan maklumat . komparatif Sosiometri Mudah ditadbir.bukti terperinci .Kajian Tindakan 170 Teknik Nota Lapangan Rakaman Pita Audio Faedah Mudah. boleh mengganggu Memakan masa untuk dianalisis.diagnostik .bahan visual .

perkembangan perkara/peristiwa yang dilakukan oleh informan di tempat kajian mengumpul maklumat melalui pemerhatian. mengenalpasti dan menyediakan sempadan atau parameter kajian.informan yang akan diperhati atau ditemubual  peristiwa (events) . temubual. b.tempat di mana kajian dijalankan  individu/kumpulan (actors) . .perlu dinyatakan data atau jenis data yang akan dikumpul dan menyediakan rasional untuk pengumpulan data. Mungkin pengkaji boleh memberi pertimbangan kepada empat parameter yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1984):  latar (setting) .Kajian Tindakan 171 Jadual 11.1 Taksonomi Pengumpulan Data Langkah Pengumpulan Data Secara umumnya. pengumpulan data biasanya melibatkan langkah-langkah seperti berikut: a. dokumen dan bahan-bahan visual .perkara-perkara yang dilakukan oleh informan yang diperhati dan ditemubual  proses .

11. ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kajian yang bakal dibuat. Data parametrik atau data bukan parametrik boleh digunakan untuk sesuatu ujian tertentu sahaja dan . DAN PENAKSIRAN Kuliah. iaitu statistik yang menghuraikan ciri-ciri sampel.Kajian Tindakan 172 CADANGAN KAEDAH P&P. Menghuraikan konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian 2. pelajar. maklumat atau angka yang membolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi kajian). Tayangan video dan analisis kandungan menggunakan video (temu bual) dan persembahan PowerPoint. Pada umumnya. Oleh itu data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan. TEKNOLOGI. penyelidik harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menganalisis data sama ada dalam bentuk data kuantitatif atau data kualitatif. kajian tindakan akan mengintegrasikan kedua-dua bentuk data berkenaan untuk mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai dan sah pada kajian berkenaan sahaja. dan statistik inferen iaitu statistik yang membuat rujukan tentang populasi berdasarkan sampel. Penilaian hasil laporan pemerhatian dan temu bual. Data yang tidak tersusun tidak akan memberi apa-apa makna hanya setakat maklumat yang terpisah-pisah dari satu dengan yang lain. Oleh yang demikian penyelidik kajian tindakan haruslah dapat memahami konsep statistik dengan baik Statistik boleh dibahagikan kepada statistik huraian. Menghuraikan proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif ISI KANDUNGAN IDEA UTAMA Dalam kajian tindakan. Praktikal (Pemerhatian dan temubual). Data Penyelidikan Bhasah (2007) menjelaskan bahwa data merupakan fakta. Data mempengaruhi jenis statistik yang akan digunakan. Ia boleh didapati dari guru sekolah. maka modul ini akan memberi tumpuan kepada statistik huraian sahaja.4 PENGURUSAN DAN ANALISIS DATA HASIL PEMBELAJARAN 1. Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kebanyakannya menggunakan statistik huraian dalam menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian.

mudah dan murah. data memainkan peranan dalam menentukan jenis ujian statistik yang bakal digunakan untuk menjawab sesuatu soalan penyelidikan. data pangkatan dan data klasifikasi. Data juga boleh diklasifikasikan sebagai data metrik atau bukan metrik. Data bukan metrik pula seperti bangsa atau dalam bentuk kekerapan. Proses untuk mendapatkan data primari melibatkan: pertamanya ialah menentukan apakah masalah penyelidikan yang ingin dikaji diikuti pula dengan pembentukan soalan kajian supaya senang kita mengetahui apa sebenarnya yang hendak dikaji. Kemudian diikuti pula dengan pembentukan rekabentuk penyelidikan. pemungutan data. Sebagai contoh. Data boleh didapati daripada berbagai cara. Data ini boleh didapati dari Jabatan Statistik Negara. Seperti yang dinyatakan tadi. Jenis-jenis Data Penjenisan data adalah bergantung kepada bagaimana data berkenaan didapati. manakala data bukan metrik adalah data yang berkategori. Contoh data metrik: markah bagi sesuatu ujian bulanan calon. Data metrik adalah data yang unitnya adalah selanjar atau berterusan. jantina.Kajian Tindakan 173 begitu juga dengan data yang bukan parametrik. Manakala data bukan metrik kerap digunakan dalam ujian Khi kuasa dua. Data boleh diperoleh secara pemerhatian. Prosedur mendapatkan data primari adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. kawasan dan sebagainya. ANOVA dan Regresi. data parametrik boleh diugnakan dengan ujian ANOVA atau ujian-t dan data bukan parametrik boleh digunakan dengan ujian Khi kuasa dua. Pelajar harus dapat membezakan data metrik dari data bukan metrik. jenis peperiksaan. Laporan Rancangan Malaysia atau dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang setiap tahunnya menyediakan laporan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran mengikut tahun. Data sekunder pula merupakan data yang telah terkumpul untuk satu-satu tujuan. skor sesuatu pertandingan dan sebagainya. berat bahan. Data ini boleh didapati dengan cepat. temuduga dan secara soalselidik. ras. Jika data didapati secara pengukuran maka data itu dinamakan sebagai data pengukuran dan seterusnya data bilangan. . penyediaan data dan analisis dan akhir sekali penyediaan laporan dan pembentangannya di seminar atau di konferen yang berkaitan dengan hasil penyelidikan yang perlu dibentangkan. Data primari didapati hasil dari soal-jawab atau borang soalselidik yang diedarkan kepada partisipan untuk dijawab. Sebagai contoh: data metrik hanya boleh digunakan untuk pembolehubah bersandar dalam ujian-t. Kategori Data Data boleh dikategorikan kepada data primari dan data sekunder. Data yang digunakan akan menentukan jenis statistik yang boleh digunakan.

di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. jenis bangunan. Skala ordinal hanya menyusun mengikut hiraki. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula. Kedua-dua jenis pembolehubah yang dinyatakan ini boleh diukur menggunakan skala nominal. warna. perbezaannya hanya 10 poin. Tidak semua jenis data boleh digunakan dengan ujian-t. Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal. Contoh Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali. Pemberian nombor 1. Adalah penting bagi penyelidik mengetahui pengkelasan data yang mereka gunakan. kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu: (a) Jenis kuantitatif dan (b) Jenis kategori. Skala nominal boleh digunakan untuk pembolehubah seperti: bangsa. perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. nombor 2 kategori Cina. jenis perkerjaan dan sebagainya. Skala sela memberikan sela sama daripada titik origin yang arbitrari. Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. sela atau nisbah. 3 atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan pengklasan ras dalam analisis komputer. ANOVA. nombor 3 kategori India dan nombor 4 lain-lain ras. Sebagai contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori. Seandainya kita percaya . khi kuasa dua. Skala Ordinal Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang atau satu susunan yang melambangkan satu bentuk hiraki. agama. Susunan ini melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain. Ini tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan 2 pula lebih baik dari 3 dan seterusnya. regresi dan sebagainya. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130. Ia hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah. seperti contoh yang diberikan ialah ras.Kajian Tindakan Skala Pengukuran 174 Dalam pengukuran. 2. Contoh Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70. Skala Sela. Skala Nominal. Setiap data itu adalah sesuai digunakan dengan satu atau lebih jenis ujian statistik yang tertentu sahaja. Skala nominal digunakan untuk pengenalan atau membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur. ordinal. Nombor 1 kategori Melayu. terutamanya ciri-ciri pangkatan.

Ini bermakna lagi. Dalam kajian ini kita hendak tahu pelajar mana yang lebih dalam keadaan stres. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur. Bilangan pelajar lelaki seramai 98 orang itu juga dipanggil sebagai kekerapan pelajar lelaki dan begitu juga dengan bilangan pelajar perempuan itu sebagai . stres adalah bergantung kepada jantina. sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres. Seandainya melebihi 50 partisipan. Taburan Kekerapan Taburan kekerapan menggambarkan bilangan paratisipan bagi sesuatu skor. Skala Nisbah Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah. Lelaki dan perempuan ini dipanggil sebagai aras atau kategori bagi variabel jantina. Sebelum kita nak tahu sama ada pelajar lelaki atau prempuan yang lebih stres kita perlu tahu dahulu bilangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sampel kajian yang kita lakukan itu. Jantina yang mana ? Lelaki ? atau perempuan ? jadi jantina itulah dipanggil sebagai variabel tak bersandar (independent variable). Variabel stres dipanggil sebagai variabel bersandar. Daripada data yang dikumpulkan kita dapati. maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40. Sekarang kita nak tahu. Anda mungkin telah didedahkan dengan konsep variabel. Kaedah ini amat berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil tidak melebihi 50 partisipan. maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan. Kajian Tindakan berkenaan adalah untuk mengenalpasti stres dikalangan pelajar Tingkatan 4 Sekolah berkenaan. Sama ada pelajar perempuan atau pelajar lelaki. kedaan ini tidak wujud. Di sini. Dalam keadaan sebenarnya. bilangan pelajar lelaki adalah seramai 98 orang dan pelajar perempuan adalah seramai 146 orang.Kajian Tindakan 175 skor berkenaan adalah skala sela. Latarbelakang Kajian: Berikut diberikan satu contoh penyelidikan tindakan yang telah dijalankan oleh satu jawatan kuasa kajian Tindakan Sekolah Menengah Solok Pak Rimau (SMSPR). Melaka. SMSPR mengandungi 10 buah kelas Tingkatan 4 yang berjumlah 432 orang pelajar. Seramai 244 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian berkenaan. Jantina tidak bergantung kepada stres. Ini bermakna. kita perlu tahu bahawa variabel jantina adalah menjadi kajian kita. tetapi stres bergantung kepada jantina. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud. Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal. variabel stres adalah bersandar kepada jantina. kita mestilah mengandaikan juga perbezaan 10 poin mempunyai makna yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi. Dalam variabel jantina terdapat dua kategori: iaitu lelaki dan perempuan. ordinal dan sela serta mempunyai nilai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal. Variabel jantina dipanggil sebagai variabel tak bersandar. Stres terletak pada jantina: sama ada lelaki atau perempuan.

Peratusan menggambari perkadaran kandungan jantina dalam sampel berkenaan. jantina. Dalam sampel ini kita dapati pelajar lelaki adalah seramai 40. bilangan adek beradek dan sebagainya. Selalunya dalam laporan penyelidikan kita kerap menulis seperti: Sampel kajian terdiri dari 116 (47.(AERA). kemudian ia bertukar kepada responden kajian dan kini dipanggil sebagai partisipan kajian.8%. kerana ia bergantung kepada jumlah pelajar dalam satu-satu sampel yang kita ambil. Ini bermakna kita perlu nyatakan peratusan bagi pelajar lelaki dan perempuan. tempat bapa bekerja.2. Sekarang mari kita lihat maklumat tentang komposisi sampel yang kita pilih terdiri daripada 116 orang partisipan Melayu dan 128 partisipan Bukan Melayu.0 Jadual 11. mod ke sekolah. Dalam ilmu penyelidikan kita juga perlu menyatakan perkadaran bagi setiap kategori bagi setiap variabel. Begitu juga dengan penggunaan istilah negro kepada black dan kini dipanggil sebagai African-American. kita tidak tahu sama ada 98 iaitu satu angka yang besar atau kecil. unit kajian kita dipanggil sebagai subjek kajian.2 59. Pada peringkat awalnya. Partisipan bermakna unit dalam kajian kita. tetap bilangan 98 itu adalah satu angka yang besar sekiranya bilangan dalam sampel itu hanya mengandungi 110 orang. tempat tinggal pelajar.2 Kekerapan Jantina Dalam kajian kita juga perlu memberikan maklumat tentang beberapa ciri latar belakang kajian kita: seperti yang telah dinyatakan. Dalam kajian stres yang bakal kita lakukan mempunyai saiz sampel 244 partisipan. Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 98 146 244 Peratusan (%) 40.5%) partisipan . Ini adalah selaras dengan kehendak American Education Research Association. Bilangan 98 mungkin satu angka yang kecil sekiranya bilangan dalam sesuatu sampel itu adalah 1000 orang. Maklumat ini disebut juga sebagai maklumat demografi yang juga sekali gus merupakan variable tak bersandar yang boleh kita kaitkan atau hubungkan dengan variabel bersandar iaitu stres yang bakal kita kaji nanti. Kalau bilangan atau perkadaran 98 orang diberikan.2% daripada jumlah sampel dan perempuan adalah seramai 59.Kajian Tindakan 176 kekerapan pelajar perempuan dalam persampelan kita. Bilangan dalam sampel kerap disebut sebagai saiz sampel. Ini jelas ditunjukkan seperti dalam jadual 11.8 100. keturunan.

Ini akan memberi lebih maklumat kepada pembaca bahawa terdapat lebihan 5% perkadaran Bukan Melayu dalam sampel kajian berkenaan. bilangan adik beradik.4 Kekerapan 99 50 95 244 Peratusan (%) 40.0 Kekerapan Pekerjaan Keluarga Tahap Stres Stres Rendah Stress Sederhana Kekerapan 112 121 Peratusan (%) 45.3 Kekerapan Keturunan Begitu juga seterusnya. Pekerjaan Keluarga Kerajaan Swasta Bekerja Sendiri Jumlah Jadual 11.6 20.5 52.5%) partisipan Bukan Melayu. mod ke sekolah. tempat tinggal pelajar.9 100.5%) Keturunan Melayu Bukan Melayu Jumlah Kekerapan 116 128 244 Peratusan (%) 47.5%) yang lebih tinggi berbanding dengan peratusan Melayu (47. anda bolehlah menggunakan jadual berikut dalam menjelaskan latarbelakang bagi sampel kajian anda berdasarkan maklumat (variable) berikut seperti: pekerjaan bapa.9 49.6 .5 38.Kajian Tindakan 177 Melayu dan 128 (52. Kita juga boleh menulis seperti bilangan Bukan Melayu yang lebih ramai atau peratusan Bukan Melayu (52.5 100. keadaan keluarga dan tahap stres. anak ke berapa dalam keluarga.0 Jadual 11. Di sini tuliskan sekali peratusannya dalam kurungan.

Dalam penyelidikan kita di atas.5 100. Min bagi satu set skor X1. kita juga perlu mendapatkan statistik bagi menjelaskan ciri-ciri sampel berkenaan. sama ada min akan menjadi lebih tinggi atau lebih rendah. Maksud . Simbol x (x bar).……Xn ialah jumlah semua skor Xi dibahagikan dengan bilangan X x = ∑ Xi ______ n Nilai bagi setiap skor akan mempengaruhi min.0 178 Kekerapan Kategori Stres Selain mendapatkan maklumat tentang komposisi bagi sesuatu sampel. merumuskan data dan menghuraiakan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi. Kadang kala ianya disebut sebagai statistik bagi sampel berkenaan. Min pada asalnya disebut sebagai purata atau pukul rata. sisihan piawai dan varian bagi sampel berkenaan.Kajian Tindakan Stres Tinggi Jumlah Jadual 11.7. Satu skor tertinggi atau satu skor terendah dalam set data akan memberi kesan kepada min. Ini juga disebut sebagai ciriciri psikometrik bagi sampel berkenaan. Min Merupakan satu pengukuran tentang kedudukan.6 bagi setiap item seperti yang terdapat dalam Jadual 11. Stres tadi di ukur menggunakan skala 5 poin seperti dalam Jadual 11. Statistik Huraian Statistik huraian membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data. kita dikehendaki membuat kajian tentang stres yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4. X3. X2. julat.5 11 244 4. Statistik bagi sesuatu sampel merujuk kepada: min.

terdapat 3 cara yang boleh dilakukan untuk mengukur stres. Dengan kaedah ini. Lawrence (1982). Stress for success.6 Skala Stres Pelajar 179 Bil Pernyataan 1 2 2 2 2 2 2 Skala 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 1 2 3 4 5 Saya berasa sangat letih walaupun saya mempunyai masa tidur yang cukup Saya tidak puas hati dengan tugasan yang dilakukan Saya berasa sedih tanpa sebab Saya seorang pelupa Saya lekas marah dan menengking pada orang lain 1 1 1 1 1 Morse. jumlah skor akan dikategorikan kepada 3 kategori dengan skor-skor tertentu bagi setiap kategori stres: tinggi. sederhana dan rendah. R. Kaedah kedua ialah dengan menggunakan min bagi setiap variable stres. Satu daripadanya ialah dengan mencampurkan semua skor dari setiap item bagi konstruk stres.7 Item untuk mengukur Stres Pelajar Item untuk mengukur stres ini menggunakan 25 item yang dibina oleh Morse dan Furst (1982). Keadaan ini bergantung kepada bilangan item yang digunakan untuk menentukan stres.Kajian Tindakan Skala 1 2 3 4 5 SANGAT TIDAK KERAP BERLAKU KURANG KERAP BERLAKU KADANG-KADANG SAHAJA BERLAKU KERAP BERLAKU SANGAT KERAP BERLAKU Jadual 11. Donald and Furst. Van Nost Reinhold. Bagi setiap variabel stres telah diskalakan . Jadual 11. Dengan menggunakan instrumen yang ada. New York.

Mod Ialah skor yang mempunyai kekerapan yang tertinggi. Ia ditentukan dengan menyusun skor dari tertinggi ke skor terendah. Untuk populasi kita tidak perlu tolak dengan 1. Di sini bilangan item tidak memberi kesan kepada tahap stres. Sisihan Piawai Merupakan indeks serakan bagi sesuatu taburan skor. (Skor sisihan)2 = ( x .x )2 Kemudian dicampurkan semua unit (Xi) dalam sampel berkenaan dan dibahagikan dengan jumlah unit (N . Skor min bagi konstruk stres ini kan menentukan tahap stres bagi sampel berkenaan. (Skor sisihan)2 = Σ ( x . Skor sisihan = x .x Digandakan dua (untuk mengelakkan nilai negatif). Bila set skor itu ganjil. Seandainya set skor itu genap. median ialah skor di tengah-tengah set skor berkenaan. Mod ialah bilangan partisipan yang teramai sekali mendapat sesuatu skor berkenaan. Skor yang ekstrim (terlalu tinggi atau terlalu rendah) tidak akan mempengaruhi median berkenaan.x )2 N-1 . Ini boleh dipastikan melalui proses cerapan (pemerhatian data) sahaja. Titik pembahagi pada 50% di panggil median. Median Median pula merupakan satu titik di tengah-tengah yang membahagikan semua skor kepada dua bahagian.Kajian Tindakan 180 kepada 5 poin seperti di atas dan kita hitungkan jumlah skor bagi setiap variabel dan hitungkan minnya. Median ditentukan dengan skor di tengahtengah bagi set skor berkenaan. Untuk sampel kita selalunya tolakkan dengan 1. Min tadi akan menentukan tahap stres bagi setiap partisipan. Ia adalah perbezaan antara skor tertinggi dengan skor terendah bagi sesuatu taburan skor. mediannya ialah di tengahtengah antara dua skor tengah. Julat ialah perbezaan atau jarak antara dua skor yang ekstrim (paling tinggi dengan yang paling rendah) setelah data dalam set berkenaan disusun secara menaik atau menurun. Merupakan jarak bagi setiap skor (sisihan) daripada min (x) yang telah dipiawaikan (standardkan). Mod ialah satu jenis statistik yang kurang boleh dipercayai tetapi kerap digunakan sebagai anggaran awalan bagi kecondongan memusat. Iaitu setelah ditolak daripada min bagi setiap unit (Xi).1) (tujuannya ialah untuk mencari purata sisihan daripada min bagi setiap unit dalam sampel). Julat Satu pengukuran paling mudah dan paling kasar untuk mengukur serakan.

Satu indeks pengukuran tentang keberubahan dalam satu-satu set data.6 Pencongan .Kajian Tindakan 181 Akhirnya cari punca ganda dua (kerana pada awalnya kita telah menggandakan dua semua unit). Pencongan Merujuk kepada simetri bagi sesuatu taburan. ekor bagi taburan berkenaan akan menghala ke kiri – pencong negatif seperti dalam Rajah 11. maka ekor taburan berkenaan menghala ke kanan – pencong positif seperti dalam Rajah 11.2. Rajah 11. Seandainya ujian yang diberikan adalah terlalu sukar.3. Sesuatu taburan itu boleh menjadi pencong negatif atau pencong positif. Varian Varian ialah ganda dua sisihan piawai. Dalam sesuatu ujian yang senang ramai calon mendapat skor yang tinggi dan tidak ramai calon mendapat skor yang rendah. ramai calon mendapat skor rendah dan amat kurang calon mendapat skor tinggi.

sama ada lebih tajam.4 berikut: . 1999). Antara ciri-ciri keluk normal dapat dijelaskan dengan melihat Rajah 11.7 Pencongan Negatif Rajah 11. lebih rata atau menghampiri normal.Kajian Tindakan 182 Rajah 11. Taburan yang mendatar – disebut sebagai platikurtosis.8 Pencongan Positif Kurtosis Menjelaskan tentang puncak sesuatu keluk. Manakala nilai positif menunjukkan satu taburan yang lebih mendatar daripada normal (Allyn & Bacon. Taburan Normal Keluk normal merupakan sebuah keluk yang berbentuk seperti loceng yang tertungkup. Bagi keluk yang tajam dinamakan leptokurtosis dan bagi taburan yang normal dinamakan sebagai mesokurtik. Nilai negatif menunjukkan satu taburan yang lebih tajam daripada normal. Nilai kurtosis yang menghampiri 0 menunjukkan bentuk yang menghampiri normal.

Praktikal (Analisis Data Ujian dan Soal selidik). CADANGAN KAEDAH P&P. Ketiga-tiga pengukuran kecondongan memusat ini mempunyai nilai yang sama iaitu min.9 Keluk Normal Keluknya mempunyai 1 mod. Peratusan yang ditunjukkan dalam setiap kawasan menerangkan berapa banyak jumlah keluasan di bawah keluk berada dalam kawasan berkenaan. 11. Pelajar dikehendaki menghasilkan laporan analisis berdasarkan output SPSS. Dari segi taburan skor ujian pula. ANALISIS. Mengurus data temu bual dan pemerhatian 2. simetrik dan mesokurtik. Menginterpretasi data kualitatif ISI KANDUNGAN IDEA UTAMA . Menganalisis data temu bual dan pemerhatian 3.Kajian Tindakan 183 Rajah 11. ini bermakna peratusan itu menunjukkan perkadaran bagi semua skor adalah diantara nilai-nilai yang ditunjukkan pada garisan dasar keluk berkenaan. DAN PENAKSIRAN Kuliah. Perlu ada kemudahan komputer dan perisian SPSS. mod dan median adalah terletak pada satu titik yang sama. Contoh: Lebih kurang 68% dari kesemua skor adalah terletak pada 1 sisihan piawai di atas dan 1 sisihan piawai di bawah min. TEKNOLOGI. DAN INTERPRETASI DATA KUALITATIF HASIL PEMBELAJARAN 1. Tunjuk cara penggunaan SPSS.5 PENGURUSAN.

membuat kesimpulan Proses analisis data pada asasnya adalah merupakan proses yang berterusan dan non-linear. Oleh itu proses analisis data merupakan satu proses meringkas. tinjauan dan analisis dokumen yang lebih merupakan data kualitatif. menstruktur dan menginterpretasi data yang telah dikumpul. Memproses bukti – melibatkan proses mengedit. antara penaakulan induktif dan deduktif. merumus dan mempersembahkan data yang telah dikumpul dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. kreatif dan menarik. Ini diikuti dengan proses menginterpretasi yang melibatkan cubaan mencari makna dan implikasi daripada data yang telah dianalisis. Proses analisis data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut. persampelan: konseptual dan teoretikal Pemetaan data – menunjukkan kekerapan isu. Soalan-soalan tersebut adalah: Apakah cerita yang terkandung dan tersirat dalam data? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cerita secara signifikan? Faktor yang penting dalam analisis data kajian tindakan adalah ‘refleksiviti’ penyelidik iaitu kebolehan penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan apa yang masih diperlukan. Bagi Sagor (2000). Memberi makna kepada data melibatkan cantuman pelbagai data. Ia tidak berlaku dalam keadaan yang linear.Kajian Tindakan 184 Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Pada asasnya kita cuba untuk menjawab soalan kajian melalui data yang dikumpul dan dianalisis. ia adalah merupakan proses yang bercelaru. Proses Analisis Data Analisis data penyelidikan mengandungi empat langkah umum: 1. Ia merupakan prosedur analitik yang melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan tindakan manusia. kabur. Analisis data merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep abstrak. pola dan tema. pemerhatian. dan interpretasi tentang apa yang manusia kata dan apa yang penyelidik lihat dan baca. mengkod. tugas menganalisisnya adalah sama. tetapi sentiasa berlaku proses meneliti semula. Mengikut Strauss & Corbin (1997). Bab ini akan cuba menjelaskan prosedur dan proses mengurus. mendefinisi dan mengkategori semula bagi mendapatkan analisis dan interpretasi yang tepat dan bermakna. terdapat dua soalan utama yang penyelidik kajian tindakan boleh gunakan sebagai panduan. Sama ada data berbentuk numerik atau pun perkataan. 2. pengkelasan data mengikut kategori atau tema yang sesuai dan tepat. Kita cuba untuk melihat trend. 4. menganalisis dan menginterpretasi data yang dikumpul melalui temubual. Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. tema dan unit Menginterpretasi bukti – menginterpretasi data. 2001) Dengan ertikata lain. . antara deskripsi dan interpretasi (Merriam. memakan masa. membina model Mempersembah/melapor keputusan – melapor bukti. 3. analisis data adalah merupakan proses mengatur.

Apabila semua data telah dikumpul. Data dalam pita rakaman temubual perlu dijadikan transkrip . maka pengumpulan dan analisis data akan berterusan.Kajian Tindakan 185 Analisis data biasanya meneroka perhubungan antara kategori-kategori yang signifikan berkaitan dengan sesuatu perkara. Peringkat dalam Analisis Data Kualitatif Terdapat beberapa pendekatan atau tradisi teoretikal yang boleh dipilih dalam menganalisis data yang sesuai dengan tujuan dan persoalan kajian. Dapatan kajian boleh berbentuk pernyataan deskriptif yang tersusun. selagi ada pemerhatian yang boleh dibuat dan selagi ada dokumen yang boleh diperiksa. manusia atau peristiwa serta sifat-sifat dan nilai-nilai yang mencirikan mereka. nota kerja lapangan perlu ditaip. Data yang diperolehi daripada pelbagai sumber perlu dipindahkan ke dalam bentuk yang boleh dibaca untuk proses analisis dijalankan. Selagi ada orang yang boleh ditemubual. namun terdapat proses yang umum yang boleh dijadikan panduan untuk menganalisis data kualitatif. tematema atau kategori-kategori yang merentas data atau dalam bentuk model dan teori yang menerangkan data. Misalnya. bacaan dan mendengar data-data yang telah dikumpul Transkripsi bahan-bahan yang telah dirakam Menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan mengenalpasti data Melindungi data-data yang sensitif Pengkodan Pengenalpastian tema-tema Pengkodan semula Pembentukan kategori-kategori provisional/awalan Meneroka perhubungan di antara kategori Pembaikan tema dan kategori Pembentukan teori dan memasukkan pengetahuan yang ada Menulis laporan (Othman. ini akan diikuti biasanya dengan analisis yang intensif yang melibatkan dapatan tentatif di teliti semula. Biasanya. 2006) Pengumpulan dan analisis data merupakan proses yang berterusan dan boleh dipanjangkan dalam jangkamasa yang tidak ada noktahnya. Walaupun pelbagai cara boleh digunakan dalam menganalisis data kualitatif. diinterpretasi semula bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam. analisis data kualitatif melalui sebahagian besar ataupun kesemua peringkat-peringkat berikut:             Mengenali dan memahami data melalui semakan.

Tukarkan topik kepada kod-kod tertentu dan tuliskan kod kepada segmen yang sesuai dalam transkrip. yang terpendek atau yang teratas sekali. Melihat apa yang tersirat. Mungkin boleh dilukiskan garisan antara kategori-kategori untuk memperlihatkan hubungannya. Pada umumnya. Kurangkan jumlah kategori dengan mengelompokkan topik-topik yang berkaitan antara satu sama lain. Kelompokkan mengikut topik yang sama. vi. jika perlu. Tuliskan ideaidea yang timbul dari semasa ke semasa ii. Selepas selesai meneliti beberapa transkrip. Baca keseluruhannya dan cuba dapatkan makna di sebalik apa yang diperkatakan. ketawa atau gerak badan mungkin dapat memberikan makna yang lebih kepada apa yang diperkatakan. Baca semua transkrip dengan teliti. sediakan senarai semua topik-topik. Ia boleh menyebabkan penyelidik bias terhadap perkara-perkara yang dikira relevan dan menarik sahaja. Sekiranya diupah seseorang untuk mentranskripsikan data temubual. Tesch (1990) memberikan panduan umum tentang menganalisis data daripada transkrip temuduga seperti berikut: i. Transkripsi Proses mentranskripsi data temubual.mungkin yang paling menarik. vii. Tuliskan nya di ruangan margin kiri atau kanan iii. Ini semua perlu dimasukkan ke dalam transkrip. Kumpulkan data mengikut kategori-kategori dan jalankan analisis. iv. rakaman video atau nota lapangan misalnya tidak memadai dengan menuliskan ringkasan daripada rakaman temubual yang diadakan. Perkara-perkara yang berbentuk petunjuk-petunjuk bukan lisan yang mungkin memberi tanda-tanda seperti tekanan perasaan atau malu. Kerja-kerja mengurus dan menyusunatur data memerlukan prosedur dan proses yang sistematik dan praktikal supaya data mudah diakses semula untuk analisis selanjutnya. Cuba cara yang sama kepada data temubual selanjutnya untuk melihat kategori atau kod baru daripada data v.145) . Buat keputusan muktamad tentang abbreviasi untuk setiap kategori dan jadikan kod mengikut huruf-huruf tertentu. Dapatkan gambaran keseluruhan. adalah penting diberitahu tentang perlunya dimasukkan petunjuk-petunjuk bukan lisan ini. proses mengurus dan menganalisis data berbentuk kualitatif mengikut langkah-langkah seperti berikut: a.Kajian Tindakan 186 temubual. buat pengkodan semula keatas data yang sedia ada (ms. Pilih satu transkrip . atau yang unik dan yang selebihnya. 142 . Kemudian. Lihat topik yang mempunyai deskripsi yang jelas dan terbaik dan jadikannya kategorikategori. Bentukkan lajur untuk meletakkan topik yang utama. kembali kepada data selanjutnya.

kad fail atau perisian komputer (Merriam. Ini bertujuan untuk mempertajamkan pemahaman ke atas data dan membantu dalam persampelan teoretikal. Kemudiannya. Ia juga boleh mengelakkan daripada perasaan tertekan apabila terlalu banyak data yang perlu dianalisis sekiranya analisis dilakukan setelah semua data dikumpul Membaca transkrip temubual. data perlu dibahagi-bahagikan kepada unit-unit analisis yang bermakna. Proses ini terus dijalankan sehingga semua data telah disegmenkan dan pengkodan awalan telah lengkap. Mengikut Bryman (2001). Bryman (2001) mencadangkan beberapa pertimbangan dan langkah yang perlu diambil perhatian semasa proses pengkodan. b. maka ada kemungkinan penyelidik yang berlainan akan mendapat keputusan atau pengkodan yang berbeza terhadap data yang sama.Kajian Tindakan 187 Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Tesch di atas merupakan proses sistematik yang dijalankan oleh penyelidik dalam menganalisis data temubual. Yang pertama merupakan tahap pengkodan paling asas. penting atau yang signifikan • . Satu senarai mungkin merupakan maklumat spesifik yang menunjukkan pertentangan dengan tema-tema yang timbul. Apabila sesuatu segmen data yang bermakna dikesan. nota kerja lapangan. Juga menandakan kenyataankenyataan (quotes) yang menarik dan berguna yang boleh dimasukkan dalam naratif kemudiannya. kod-kod tersebut digunakan sekali lagi ke atas segmen data baru setiap kali segmen yang sesuai ditemui. Terdapat pelbagai cara yang berbeza. sesetengah penyelidik mungkin merasakan sangat berguna untuk mewarnakan kod-kod yang berbeza di atas transkrip. Sudah tentu terdapat variasi dalam proses tersebut. Misalnya. Manakala tahap ketiga pula cuba melihat perkaitan apa yang dikatakan oleh partisipan dengan tema-tema analitik yang lebih luas. Tema yang dibentuk lebih menggambarkan bahasa yang digunakan oleh partisipan. Coffey dan Atkinson menyatakan tiga tahap pengkodan yang boleh dilakukan. Misalnya. Semasa pengkodan. Kedua. 1988). perlulah disimpan senarai kod utama yang mengandungi semua kod yang telah dibentuk dan digunakan dalam kajian. merupakan tahap yang menekankan kesedaran tentang kandungan apa yang dicakapkan. Oleh kerana kajian kualitatif adalah lebih merupakan proses interpretatif. Pengkodan dan Membentuk Sistem Kategori Setelah transkrip dibaca dengan teliti. Strauss (1987) dalam pendekatan ‘grounded theory’ mempunyai jenis pengkodan yang berbeza jika dibandingkan dengan Coffey dan Atkinson (1996) yang merujuk kepada tahap-tahap pengkodan yang berbeza. tidak ada satu cara khusus yang betul untuk mengkod data. ianya akan dikodkan. Proses menyusunatur maklumat mungkin dijalankan dengan menggunakan fail. Secara umumnya. Setengah penyelidik pula mungkin membentuk senarai kategori-kategori yang menggambarkan tema-tema major dan tema-tema minor dalam data. Antara cadangan beliau adalah: • Membentuk kod seberapa segera yang boleh selepas sesuatu data dikumpul. dokumen awal yang diperolehi dan diakhirnya catatkan beberapa nota umum tentang perkara-perkara yang menarik.

Kajian Tindakan •

188

Membaca data sekali lagi dan buat nota tentang kenyataan-kenyataan yang signifikan. Buat sebanyak mana yang boleh. Mungkin boleh ditulis perkataan-perkataan yang digunakan oleh partisipan sendiri, atau nama/label yang dicipta oleh penyelidik sendiri ke atas kategori atau tema yang dibentuk dari data. Proses ini merupakan proses pengkodan iaitu menjana indeks istilah yang boleh membantu penyelidik menginterpret data Menyemak semula kod-kod yang dibentuk bagi menentukan kesesuaian dan kerelevanannya dengan data yang dikumpul dan mungkin juga dengan bahan-bahan literatur yang ada. Perlu dipertimbangkan idea-idea teoretikal umum berkaitan dengan kod dan data. Telitikan perhubungan antara konsep dan kategori yang dibentuk serta cuba kaitkan dengan literatur yang berkaitan. Bentuk hipotesis tentang perkaitan yang dibuat dan rujukkan semula kepada data untuk melihat sama ada ianya boleh disahkan. Perlu diingat bahawa sebarang item atau cebisan data boleh dan selalu dikodkan lebih daripada satu cara. Jangan bimbang tentang menjana terlalu banyak kod, terutama di peringkat awal proses pengkodan. Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk lebih bersikap seberapa inventif dan imaginatif yang mungkin. Soal kod yang terlalu banyak boleh diselesaikan kemudian. Proses pengkodan tidak boleh disamakan dengan analisis. Ianya merupakan sebahagian daripada analisis. Ia adalah mekanisme untuk berfikir tentang makna yang terdapat pada data dan untuk mengurangkan jumlah data yang dihadapi oleh penyelidik. (Huberman dan Miles, 1994, dalam Bryman, ms. 399). Proses menginterpretasi data masih perlu dilakukan.

Secara ringkas, langkah-langkah menganalisis data kualitatif adalah seperti berikut: Langkah 1 – Semak Sepintas Lalu Semak sepintas lalu tindakbalas atau respons. Ambil nota terhadap tema-tema, isu-isu dan faktor-faktor yang muncul yang anda dengar. Lihat pada item yang timbul berulang-ulang atau yang nampaknya penting. Langkah 2 – Bentuk tema/kategori Pilih 3 atau 4 tema/kategori yang sangat ketara dan bentuk satu matrik. Cuba bentuk satu visual untuk melakar bukti-bukti yang berkait dengan tema-tema utama. Letakkan tema/kategori bersama-sama dengan senarai subjek yang ditemubual. Setiap tema mungkin boleh diwarnakan mengikut kesesuaian. Langkah 3 – Baca, Semak dan Rekod Sekiranya perlu, bincang data dengan rakan sekerja. Baca data dan tandakan perkataan atau frasa utama yang berkait dengan setiap tema atau kategori yang telah dikenalpasti. Akhirnya rekod dapatan dalam kotak carta matrik yang telah dibentuk. Langkah 4 – Soalan (Apa yang telah saya jumpa?) 1. Rekod pemerhatian yang dibuat ke atas pola-pola yang telah muncul semasa melihat matrik yang dibentuk: sama ada pola konseptual atau pola sikap

Kajian Tindakan 2. Rekod pemerhatian selari dengan matrik yang dibentuk di bawah kertas carta. Contohnya: • Perkataan ‘cemerlang’ telah disebut berulang-ulang • Terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan setiap peringkat subjek

189

Langkah 5 – Simpulkan 1. 2. Apakah sesetengah kesimpulan yang boleh dibuat (secara tentatif)? Rekod kesimpulan anda sama ada di bawah matrik atau atas kertas yang berasingan

Langkah 6 – Soalan (langkah selanjutnya?) 1. Apakah kemungkinan langkah selanjutnya yang boleh diambil? • Tinjauan/temubual/pemerhatian lain • Semak semula soalan kajian • Bentuk perancangan mengajar/aktiviti Rekod perkara 1 sama ada di bawah matrik atau di atas kertas berasingan. Apakah maklumat yang saya masih perlukan? Tentang pelajar, tentang metod, tentang maklumat latar berkait topik kajian

2. 3.

Interpretasi Data Setelah data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang sesuai, data-data tersebut perlu diinterpret bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya. Interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Proses interpretasi ini melibatkan penyelidik mengambil risiko dan membuat tekaan/ramalan yang mungkin kadang-kadang terbabas daripada makna atau maksud asalnya. Namun begitu sebagai penyelidik kita perlu melakukannya bagi menunjukkan kesignifikanan serta kesan kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan untuk menjalankan interpretasi data, terutama data berbentuk kualitatif. Mills (2003) telah menjelaskannya seperti berikut: i. Melanjutkan analisis

Teknik yang cuba menimbulkan beberapa soalan tentang kajian. Soalan-soalan yang mungkin tidak ditanya dalam persoalan kajian awal, yang mungkin boleh menjadi asas dalam kajian tindakan seterusnya. ii. Kaitkan dapatan dengan pengalaman peribadi

Pengalaman yang dilalui oleh penyelidik menjalankan kajian tindakan dalam kelasnya dapat membantunya memberikan interpretasi ke atas data. Interpretasi yang berasaskan kepada pemahaman dan pengetahuan penyelidik tentang sekolah, bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian Tindakan iii. Dapatkan pandangan rakan kritikal

190

Kadang-kadang kita mungkin mengalami kesukaran untuk memfokuskan interpretasi yang ingin dilakukan atau kadang-kadang dalam membuat interpretasi kita terlepas pandang perkaraperkara tertentu yang mungkin penting, maka pandangan alternatif bolehlah didapati daripada rakan sekerja yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang mungkin berbeza. Rakan sekerja atau rakan kritikal ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja bersama dalam kajian, atau rakan sekerja atau mereka-mereka yang tidak pernah kita temui secara bersemuka tapi merupakan rakan yang kita sering berbual melalui internet. Juga mungkin kita boleh bertanyakan informan kajian seperti pelajar, ibubapa, guru-guru, pentadbir untuk mendapatkan pandangan mereka. iv. Meletakkan dapatan dalam konteks literatur

Membincangkan dapatan kajian dengan mengaitkannya dengan bahan-bahan literatur yang relevan dengan topik kajian. Ini merupakan satu cara yang berguna bagi melihat kaitan dapatan kajian dengan asas pengetahuan yang telah berkembang dalam topik kajian. Membuat perkaitan dengan literatur yang ada juga merupakan satu cara penyelidik berkongsi dengan rakan-rakan sekerja yang lain tentang fokus kajian serta dalam masa yang sama menghargai sumbangan penyelidik guru dalam pemahaman ke atas topik yang dikaji. v. Kaitkan dengan teori

Teori dalam definisinya yang mudah adalah “an analytical and interpretive framework that helps the researcher make sense of what is going on in the social setting being studied” (Mills, 1993, p.103). Dengan ertikata lain teori berfungsi dalam menyediakan cara untuk penyelidik mengaitkan kajiannya dengan isu-isu yang lebih luas. Teori juga membolehkan pengkaji mencari tahap abstraksi yang lebih tinggi, yang bergerak melampaui pernyataan deskriptif. Di samping itu, teori juga menyediakan rasional atau asas makna kepada kajian yang dilakukan. Maka adalah lebih bermakna sekiranya data yang dianalisis itu dapat diinterpretasikan dalam konteks teori yang berkaitan. Sebagai guru, kita sentiasa menggunakan dan dipengaruhi oleh teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Maka pengkaji bolehlah menggunakan teori-teori tersebut dalam membuat interpretasi ke atas data yang dikumpul. Kesimpulannya, interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Akhirnya kita membina model data kajian dengan cuba mendapatkan gambaran yang lebih luas dengan menggabungkan pelbagai indikator dan tema yang dapat melihat pertalian antara tema dengan lebih jelas.

Penggunaan Komputer Dalam Analisis Data Kualitatif Terdapat beberapa pakej perisian komputer yang digunakan untuk mengurus dan menganalisis data kualitatif. Biasanya perisian komputer ini akan membantu penyelidik dalam mengenalpasti

au/software. Proses pengkodan pula boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut tahap analisis yang perlu dilakukan. WinMax. petunjuk tentang konteks. fotograf.de/atlastineu. Ethnograph. membentuk sistem klasifikasi.sagepub. pakej-pakej perisian ini juga boleh menghasilkan laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelidik. Pakej data analisis kualitatif yang popular adalah seperti NUD*IST. Semua data perlu diberikan tarikh perolehan. Ini akan memberi peluang untuk mencuba tutorial dan mengenali pakej tersebut. meletakkan label-label kategori kepada segmen dan menyusunatur semua segmen teks yang berkait dengan kategori-kategori spesifik. nota lapangan. kedua-dua cara tersebut boleh digabungkan untuk memudahkan analisis dijalankan.atlasti. Biasa nya terdapat dua cara yang dilakukan iaitu cara potong dan tampal dan cara pengkodan warna.Kajian Tindakan 191 segmen teks. kedua-duanya memerlukan organisasi data yang kemas dan sistematik. Namun begitu.com. dan bagi AtlasTi adalah www. www. Laman web bagi NVivo dan NUD*IST adalah www. . Diberikan juga laman web untuk Sage Publication di mana pakejpakej tersebut boleh dibeli. TEKNOLOGI.uk. Di samping itu. makmal komputer. dokumen serta lain-lain bahan sumber perlu diberi kod pengenalan yang memudahkannya diperolehi atau diakses semula. sama ada keseluruhan set data dalam satu-satu kod ataupun mengeluarkan se bahagian daripada dokumen. Ianya banyak membantu dalam menyimpan dan mengkod data. Soal menguruskan proses analisis data ini adalah penting diberi perhatian supaya penyelidik tidak lemas dalam lambakan data yang banyak. Sama ada analisis data dijalankan serentak dengan pengumpulan data atau analisis data dijalankan selepas semua data yang relevan telah dikumpulkan. serta punca sumber (yang biasanya dirahsiakan) dengan menggunakan nama atau label samaran. enumerasi.qsr. Tunjuk cara penggunaan NVivo. NVivo. DAN PENAKSIRAN Kuliah. Pakej-pakej ini berbeza dari segi keupayaan dalam ‘theoretical modelling’ tetapi semua mempunyai keupayaan meneroka dan memaparkan perhubungan antara kod. adalah baik sekiranya dapat melawat ke laman web ketiga-tiga pakej yang dinyatakan di atas dan boleh dimuat turun versi demonstrasi secara percuma. video. Transkrip temubual. AtlasTi. CADANGAN KAEDAH P&P. Rumusan Analisis data sama ada data kuantitatif atau data kualitatif adalah merupakan proses yang kompleks dan memerlukan masa yang banyak.co. Satu senarai data yang lengkap kemudiannya boleh disediakan dan digunakan sebagai rujukan sepanjang proses analisis. Praktikal (Analisis Data Temu bual) menggunakan persembahan Powerpoint. Dalam banyak hal. Pelajar perlu menghasilkan laporan analisis berdasarkan output NVivo. mencari perhubungan dan menghasilkan grafik.

Apa yang dimasukkan dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan audien yang disasarkan. Tumpuan diberikan kepada bentuk penulisan laporan mengikut format yang sesuai. pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. audien yang disasarkan. Kepelbagaian ini banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik. Menyatakan langkah-langkah yang perlu diperhatikan dalam menulis laporan 3.6 PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 192 HASIL PEMBELAJARAN 1. Di samping itu. Menerangkan asas penulisan laporan kajian tindakan 2. Menyatakan langkah-langkah menulis proposal kajian tindakan yang sesuai ISI KANDUNGAN IDEA UTAMA Membincangkan tentang langkah-langkah serta pertimbangan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai. Langkah-langkah menyediakan proposal kajian tindakan juga dijelaskan dalam modul ini. Bab ini juga akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam laporan kajian tindakan. Lomas dan Whitehead (1996). gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian tindakan. Pengenalan Terdapat pelbagai cara. penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian yang jelas dan tepat. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan. panduan menilai laporan kajian tindakan berdasarkan kriteria penilaian yang sesuai dijelaskan bagi meneliti kualiti laporan kajian tindakan. Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan perhatian kepada: • • • Ketua jabatan – fokus kepada hasil organisasi Rakan sekerja – fokus kepada proses pengajaran dan pengurusan pembelajaran Rakan sekerja akademik – fokus kepada sumbangan yang dibuat terhadap pengetahuan baru .Kajian Tindakan 11. Persediaan Untuk Menulis Mengikut McNiff.

pertamanya. Dalam hubungan ini. terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan penekanan kepada menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. perkara-perkara berikut perlu diberi pehatian: • • • • • Kejelasan – menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba hendak disampaikan. . Terdapat beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian berkaitan dengan proses menulis laporan. dipilih dan diadun dalam bentuk naratif yang koheren. Menulis dapat membantu pengkaji lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. dalam kerja-kerja menulis kajian.Kajian Tindakan 193 Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik. keduanya berkaitan dengan jumlah data kualitatif yang banyak yang perlu di susunatur. Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas kepentingan dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. serta membuat refleksi terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian. pengumpulan dan analisis data adalah berterusan dan serentak. dalam kajian berbentuk kualitatif misalnya. Proses menulis memerlukan pengkaji menjelaskan makna-makna tertentu. ketiganya. berkaitan dengan tidak adanya satu format yang piawai dalam melaporkan data kualitatif. iaitu sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang lebih luas Pencapaian – menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah mencapai sesuatu. Di samping itu laporan dapat menyediakan rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan personal. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca hasil kajian kita. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain. bergantung kepada pendekatan kajian yang digunakan. Secara lebih khusus lagi. menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang diperhati. Menurut Mills lagi. dan ini memerlukan pengkaji memilih perkataan-perkataan dengan teliti. Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka. Menurut Walcott (1990). oleh itu tidak ada satu masa yang jelas bila pengumpulan dan analisis data perlu berhenti dan penulisan boleh dimulakan. Validasi – menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan Empowermen – membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya pengkaji mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada Generatif – penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk. partisipan dan institusi.

menentukan audien memilih fokus merangka susun atur laporan Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan. . Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan memerlukan pendekatan laporan yang berbeza. masalah-masalah serta pembelajaran yang dilalui. Ini perlu kerana kelompok dan jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan. McNiff. biasanya melibatkan penulisan secara kolaboratif. Selain daripada itu.Kajian Tindakan 194 Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan. Selalunya proses menulis menyediakan ruang kepada pengkaji kajian tindakan membuat refleksi ke atas fokus utama projek. andaian-andaian yang mendasari kajian. Jawapan kepada soalan itu akan dapat membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan. menulis dapatan kajian secara kolaboratif dapat membantu dalam perkembangan profesional ahli-ahli pasukan. penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan yang akan dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan? Penulisan dan Susunatur Kandungan Laporan Kajian Tindakan Dalam konteks kajian tindakan partisipatori. kita boleh bertanya apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. terutama ahli-ahli yang kurang pengalaman dengan memberi mereka peluang membina kemahiran dan keyakinan menulis. Oleh itu. perlu ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. agensi yang memberi geran. terdapat beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu. pengamal. penentuan audien sepatutnya dapat membantu penyelidik mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan. Di samping itu juga dapat mempertajam dan memperjelaskan pemikiran dan pemahaman terhadap kajian yang dibuat. tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan idea penting dalam laporan. masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat kajian. Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam. Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang disasarkan laporan. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah: i. apa yang perlu ditekankan. Seterusnya. Mengikut Kemmis dan Wilkinson (1998). ii. penulisan kolaboratif membantu dalam perkembangan visi bersama antara kolaborator. pembuat dasar. kajian tindakan partisipatori adalah merupakan aktiviti sosial. Oleh itu menulis dapatan kajian untuk dikongsi bersama dengan audien yang lebih luas adalah merupakan sebahagian daripada komitmen sosial penyelidik yang terlibat. terutama bagi projek yang melibatkan ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. iii.

Biasanya laporan bertulis mengandungi langkah-langkah berikut: Langkah 1: Fokus kajian anda Langkah 2: Membentuk soalan Langkah 3: Sorotan literatur Langkah 4: Pengumpulan Data Langkah 5: Menganalisis dan menginterpret data Langkah 6: Merancang Tindakan Langkah 7: Menjalankan Tindakan Langkah 8: Memantau dan Menilai Tindakan Di bahagian akhir laporan. Yang jelasnya. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat berkaitan dengan metodologi kajian. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji. Daripada rangka susun atur tersebut. Kandungan laporan kajian kes misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji menjalankan kajian. rakan atau pun partisipan kajian untuk mendapatkan komen. cara dan prosedur kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. langkahlangkah di atas merupakan satu kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam . bagaimana data dikumpul dan dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat melalui kerja-kerja mengedit oleh pengkaji. tujuan kajian serta soalan kajian. kesannya kepada amalan pengajaran. tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan. Draf pertama laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja. kerangka teoretikal kajian. Menulis draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan tenaga. boleh dimulakan menulis draf pertama laporan.Kajian Tindakan 195 Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. pernyataan masalah. dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah dijalankan. Bahagian permasalahan kajian termasuk rujukan kepada literatur. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang maklumat tersebut sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang yang dikaji. Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih. akan dapat diperbaiki lagi draf laporan. Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap pengajaran. Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang mudah diurus. dan apakah yang telah pelajari daripada kajian.

tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam penulisan kajian tindakan. dan Laporan Kajian Tindakan. DAN PENAKSIRAN Kuliah. Menghasilkan sebuah proposal kajian tindakan 3. misalnya tentang tujuan kajian serta kepentingan kajian dijalankan. Rumusan Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke atas tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Cadangan kajian biasanya menjadi panduan dan memandu perkembangan dan perlaksanaan penyelidikan. Bagi pihak yang menilai cdangan kajian. kepada pengetua. Selain daripada dapat lebih mendalami apa yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan. cadangan disediakan untuk mendapatkan sokongan kewangan dan sumber-sumber lain bagi membiayai perlaksanaan kajian. 11. TEKNOLOGI. ianya dapat memberikan . Di samping itu. CADANGAN KAEDAH P&P. Namun. Menghuraikan langkah-langkah dalam menulis proposal kajian tindakan 2. ianya juga dapat meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar. masalah dan fikiran tentang fokus kajian serta prosedur dan proses yang sesuai untuk melaksanakannya. menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain. Penaksiran dan penilaian Laporan Kajian oleh pelajar.Kajian Tindakan 196 menulis laporan kajian tindakan. Cadangan disediakan untuk penyelidik mengemukakan pandangan. Contoh-contoh laporan kajian tindakan terdapat dalam Bahagian 6. dengan cuba menulis apa yang telah dikaji. Dengan ertikata lain. Di peringkat yang lebih makro lagi.7 PENULISAN PROPOSAL HASIL PEMBELAJARAN 1. Menganalisis Laporan Kajian Tindakan menggunakan persembahan Powerpoint. Menyatakan kriteria proposal kajian tindakan baik ISI KANDUNGAN IDEA UTAMA Kualiti sesuatu penyelidikan banyak bergantung kepada kualiti perancangan kajian yang disediakan oleh penyelidik. cadangan juga disediakan bagi tujuan untuk menjelaskan kepada pihak-pihak tertentu.

pelajar yang terlibat. 5. soalselidik. pita video. rubrik dan lain-lain). 6. Kandungan dan organisasi cadangan kajian Secara umumnya dipersetujui. kandungan dan organisasi cadangan kajian mengandungi babbab seperti berikut: Bab 1: Pengenalan Pengenalan Keperluan menjalankan kajian Pernyataan masalah Tujuan (atau tujuan-tujuan) kajian Soalan (atau Soalan-soalan) Kajian Hipotesis (sekiranya sesuai) Hipotesis Null . 4. 3. refleksi. Terangkan apakah yang anda harap boleh diperolehi daripada setiap sumber data yang anda kenalpasti. gred. Tulis satu paragraf yang menyatakan tentang isu atau masalah dalam istilah-istilah yang spesifik mungkin. dan komuniti sekolah keseluruhannya? Mengapakah isu tesebut penting? Apakah soalan (atau soalan-soalan) yang perlu dijawab untuk memahami masalah atau isu tersebut? Buat sedikit sorotan literatur.Kajian Tindakan 197 penilaian tentang pengetahuan dan kemahiran pengkaji untuk melaksanakan kajian dengan berkesan. bilik darjah dan lain-lain). Apakah yang anda lihat sebagai tindakan dalam kajian tindakan anda? Apakah yang anda lihat sebagai kekangan dan halangan dalam menjalankan projek? Bagaimanakah anda rasa dan fikir tentang proses kajian tindakan sebagai alat untuk membentuk perubahan yang bermakna? 2. pita audio dan lain-lain). pemerhatian. 7. Mulakan dengan menjelaskan isu atau masalah yang anda minat untuk mengkaji. reflek tentang kemungkinan yang anda akan menjalankan projek kajian tindakan tersebut. Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan 1. Bagaimanakah anda akan mengurus pengumpulan dan analisis data? Berapa kerapkah anda akan mengumpul data? Bagaimanakah anda akan menyusun atur data? Apakah yang anda patut lakukan dengan data mentah yang dikumpul untuk memahami maknanya? Apakah yang anda akan lakukan dengan dapatan kajian? Akhirnya. Di manakah boleh diperolehi kajian-kajian lepas yang telah dijalankan tentang isu yang hendak dikaji? Apakah yang anda perlu baca sebelum memulakan kajian? (Namakan sekurang-kurangnya tiga sumber spesifik yang dikenalpasti) Apakah instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data yang boleh membantu dalam menjawab soalan atau isu? (ujian. Apakah data sebenar yang anda ingin kumpul? (kerja pelajar. Bagaimana isu-isu tersebut berkait dengan anda dan kerja anda? Bagaimana isu atau masalah tersebut memberi kesan kepada latar kajian (sekolah.

sekiranya tidak begitu panjang) Latar belakang Sejarah Latar belakang teoretikal Kajian berkaitan (disusun mengikut topik) Rumusan Bab 3: Metodologi Pengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian. Tajuk kajian Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kemahiran Menghurai Fakta Sejarah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima 2. …. sekiranya tidak begitu panjang) Rekabentuk kajian Partisipan Instrumen Prosedur pengumpulan data Prosedur analisis data Contoh Cadangan Kajian Tindakan 1. 3. 2.Kajian Tindakan Hipotesis Kajian Definisi Istilah Kesignifikanan Kajian Rumusan Bab 2: Kajian Literatur 198 Pengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian. Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji Kertaskerja ini di kemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri Tanjong.. . Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah: 1.

Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta. kemahiran menghurai fakta merupakan satu aspek yang penting. Menggunakan Peta konsep dalam pengajaran sejarah supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan berkesan b. Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan Sejarah yang lain. Unutk mencapai matalamt ini. Pernyataan Masalah Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di peringkat Menengah Rendah. Menggalakkan pelajar membaca merujuk dan membincang e. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada peringkat menengah rendah merupakan asas yang menghubungkaitkannya dengan perkembangan Sejarah yang lain. Peta Konsep ini akan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan fakta seterusnya. Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran d. Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang untuk diingati. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik c. Oleh kitu melalui Peta Konsep kaedah ini dapat dipraktikkan dengan berkesan. Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaiakan dengan berkesan dan menyeronokkan . Setiap satu aspek atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. 5. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara. disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.Kajian Tindakan 3. tiadanya satu cara untuk pelajar mengingati fakta dan mengembangkan fakta itu dengan idea lain yang berkaitan. Pertama. 4. Merujuk kepada format menjawab soalan Sejarah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia huraian fakta dan tema penting dalam memantapkan jawapan calon. Latar Belakang Kajian 199 Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajara teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. para pelajar akan dibimbing untuk menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun hanya berdasarkan satu idea asas. Objektif Kajian a. Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada kesukaran pelajar mengingati fakta dan menghuraikan fakta atau idea asas. Kedua. Tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Ujian pra dan ujian pos: Analisis markah pencapaian pelajar Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa pengajaran 6. Berdasarkan perbandingan yang dibuat. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik “Struktur Pentabiran Kerajaan Persekutuan Malaysia”.2 Sasaran Kajian Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian in adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji. seramai 40 orang. Instrumen Kajian Dalam kajian aakan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu: a. akan diketahui sama ada berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam pengajaran Sejarah. dan sebuah kelas murid tingkatan 5. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka.1 Metodologi Kajian Reka Bentuk Kajian 200 Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 Pengenalpastian Isu dan Masalah Langkah 2 Perancangan Tindakan Langkah 3 Pelaksanaan Tindakan Langkah 4 Pemerhatian dan Menganalisis Data Langkah 5 Refleksi dan Penilaian 6.Kajian Tindakan 6. b.3 7. bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan. b. Kesignifikanan Kajian . guru-guru yang mengajar Sejarah tingkatan 5 (2 orang). Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. mengemukakan fakta dan pendapat.Pemerhatian akan dilakukan oleh guru-guru Sejarah terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. menjawab soalan objektif dan latihan menulis esei. Pemerhatian . 6. 6.4 Metod Analisis a.

Kajian Tindakan 201 Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM Seri Tanjong. dan juga guru-guru Sejarah 8. Anggaran Perbelanjaan Pecahan Kepala 21000 Perjalanan 27000 Bahan dan alatan bantuan mengajar Percetakan soal selidik/ujian Percetakan modul/bahan pengajaran Percetakan laporan kajian (5 jilid) 29000 Perbelanjaan mesyuarat Bengkel penulisan laporan Jumlah RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX RM XXXX Jumlah RM XXXX 9. guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf. Jadual Kerja Perkara Mesyuarat Jawatankuasa Penulisan kertas cadangan Mesyuarat perancangan Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos Pelaksanaan ujian pra Memproses data ujian pra Tarikh XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX .

dalam Denzin & Lincoln.. Utusan Publications & Distributors Sd.). Knowledge and Action Research. & Frey. (Eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials.W. J. A (2002). Kuala Lumpur.). S. DAN PENAKSIRAN Kuliah. dan pemerhatian Pelaksanaan ujian pos Refleksi dan Penilaian Penulisan laporan kajian Pemurnian laporan XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX XXXX 202 CADANGAN KAEDAH P&P.. (1986).. Buckingham: Open University Press. Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. 3rd Ed. L. (2003). New York: RoutledgeFalmer. (2003) Research Design: Qualitative. L. J.Kajian Tindakan Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian Analisis data ujian pra. London:Falmer Press Cohen. (6th ed. Research methods in education (5th ed. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. R. Creswell. K. S.. Action Research for Educational Change. Bhasah Abu Bakar (2007). Boston:Allyn & Bacon Carr. 2nd Ed. TEKNOLOGI. An Introduction to Theory and Methods. & Biklen. L. (2003). Thousand Oaks: Sage . Menganalisis Proposal Kajian Tindakan menggunakan persembahan Powerpoint.).. & Morrison. & Kemmis. Thousand Oaks:Sage Elliot. Bogdan. Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd Ed. Becoming Critical: Education. Fontana. Jacobs. (1991). W.C dan Razavieh. Manion. (1998) Qualitative Research for Education. Pentaksiran dan penilaian Proposal Kajian Tindakan pelajar.H. Introduction to research in education. A. RUJUKAN Ary.Belmont: California.K.C. Contoh Proposal Kajian Tindakan.Wadsworth/Thompson Learning.. The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text. Bhd. D.. J.

2nd Ed. S. Ethnographer’s Toolkit. G. & McTaggart. 3rd ed. (1988).J..:Sage Mills. Essential Ethnographic Methods. J. Australia: Deakin University Press. E.B. (2003). Upper Saddle River NJ: Merrill. (1999). (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd ed. M. & Huberman. Schensul. Action research: A guide for the teacher researcher. (2004) Action Research in Education.Kajian Tindakan 203 Kemmis.L. R.D. M. CA.E.M. & LeCompte. The action research planner.. Miles. New Jersey: Pearson Prentice Hall . New York:Altamira Press Stringer.. A. Victoria. S.. Schensul.) Thousand Oaks.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful