1.

0

PENGENALAN Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap

perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang diamalkan di negara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979), sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan : pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya. Sementara dari segi makna ujian pula Cronbach (1970) telah memberikan satu definisi ujian yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori. 2.0 DEFINISI 2.1 Kesahan

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996). Alat taksiran yang mengukur apa yang ia ukur adalah sah. Sesuatu alat pengukur tidak memiliki kesahan untuk “semua tujuan”. Sesuatu ujian mungkin sangat sah untuk sesuatu tujuan tertentu tetapi ia tidak mungkin sah dalam situasi lain. Oleh sebab sesuatu ujian yang tidak sah dianggap tidak berguna maka seseorang itu hendaklah membentangkan bukti yang boleh memberi keyakinan bahawa ujian yang digunakan mengukur tepat ciri-ciri ujian yang berkenaan direka bentuk untuk diukur.

2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian. 2. dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959). Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan. . kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda. atau sifat seseorang. Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996).3 Penilaian Menurut Stufflebeam (1971). kebolehpercayaan diertikan sebagai. pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. ketepatan. Menurut Mokhtar (1995).2. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara ’apa yang dihasilkan’ dengan ’apa yang dihasratkan’ dari sesuatu program pendidikan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal. sesuatu ciri. penilaian adalah proses mengenalpasti. Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971). memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

Penilaian kurikulum adalah merangkumi proses memberi pengetahuan. organisasi dan kaedah penyampaiannya. Contoh jika menggunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi gred.V (2009). hendaklah mengukur sikap.4 Penilaian Kurikulum Penilaian kurikulum adalah suatu proses mengumpul data untuk menilai seorang pelajar atau sesuatu kurikulum. susun atur. direka bentuk dan dilaksana menerbitkan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ujian sepatutnya mengukur apa yang patut diukur. Kesahan merujuk kepada tahap sesuatu ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya di ukur iaitu tahap dimana sesuatu ujian memenuhi objektif yang dihajati. Penilaian kurikulum memberi maksud sama ada kurikulum yang dibina. . i. di antaranya adalah: 1. Kesahan konstruk Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi ujiannya. ii. menjalankan ujian dan menilai hasil yang diperolehi oleh pelajar. Konsep kesahan pengukuran merujuk kepada tafsiran dan hasil daripada pengukuran. Kesahan serentak 4. A. Bagi kurikulum itu sendiri penilaian bermaksud menilai isi kandungan. Menurut Kelly.0 KESAHAN Thorndike (1991) konsep kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang hendak kita ukur dan tiada lain selain apa yang kita hendak ukur. Contohnya jika kita hendak mengukur sikap. Ciri-ciri kesahan dalam pengujian/penilaian boleh dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan pengujian/penilaian yang ingin dijalankan. Kesahan kandungan 2.2. 3. Penilaian kurikulum adalah proses dimana kita berusaha atau mencuba untuk mengukur nilai dan keberkesanan daripada sebahagian aktiviti pendidikan sama ada projek di peringkat nasional ataupun hanya aktiviti bersama murid di dalam bilik darjah. Kesahan ramalan 3.

Contohnya jika anda melakukan kesilapan di dalam satu ujian matapelajaran. jika seseorang guru membina dan menjalankan sesuatu ujian yang melibatkan aspek kerja sekolah dan hasil keputusan adalah sama dengan .merujuk kepada pencapaian seseorang calon didalam sesuatu ujian adalah samada setara dengan pencapaian di dalam ujian yang lain. Contohnya. Contoh jika ujian ejaan hendaklah mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar. Contohnya.iii. Kesahan kandungan Merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Kesahan semasa/serentak Bertujuan menetukan tahap seseorang murid. Kesahan berkaitan kriteria Perbezaan diantara kesahan semasa dan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian iaitu: Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrebt) atau setelah beberapa bulan berlalu (predictive) a. ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman tentang petikan.  Merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur  Merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan pengajaran yang ditentukan atau bidang pengajaran yang khusus  Digunakan dalam ujian pencapaian  Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu dalam mata pelajaran tertentu  Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili aspek penting pelajaran yang diajar  Bergantung kepada relevensi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui  Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran. Jadual Spesifikasi Ujian 2. anda juga dijangka akan melakukan kesilapan yang hampir sama di adalam ujian yang lain (yang sama) bermaksud anda akan mengulangi kesilapan yang sama di dalam ujian ulangan untuk matapelajaran yang sama. 1.

hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. dalam matapelajaran bahasa melayu. maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi. Contohnya. Contohnya. kemahiran atau kelayakkan yang diperlukan di dalam sesuatu bidang yang akan diterokai kelak. Untuk mendapatkan kesahan ramalan yang tinggi.  Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian  Membuat perbandingan antara maklumat yang dikumpul atau skor yang diperolehi daripada pelajar yang mengambil ujian tersebut  Dapat menetukan kebolehan calon unruk melaksanakan tugasan dalam sesuatu keadaan yang berbeza dengan efektif  Dapat meramal perubahan sikap seseorang calon pada masa akan datang. Kesahan ramalan Merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya. . item ujian hendaklah benar-benar menguji kebolehan yang relevan dengan kebolehan. Sekirannya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel di jalankan. b. Murid yang memperolehi markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi. satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik bedasarkan peraturanperaturan tatabahasa. seseorang pelajar matrikulasi yang mempunyai keputusan yang baik di dlam SPM/STPM akan dijangka memperolehi keputusan yang baik diperingkat peperiksaan Matrikulasi kelak.  Hubungkait diantara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan kriteria tertentu  Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.pencapaian di tunjukan maka dikatakan ujian tersebut mempunyai kesahan semasa yang tinggi.

guru. 4. Kesahan bergantung khusus kepada penggunaan yang spesifik.keadilan dan sifat. (bukan diukur) 2. dan sebagainya. ‘kurang sabar’. sederhana dan tinggi) 4. Contohnya. Pembina item inventori perlu terlebih dahulu memahami maksud ‘tidak sabar’.kebolehan dan kemahiran berfikir. Kesahan dinyatakan dalam darjah (iaitu. . kebolehan menaakul. Contohnya. Kesahan bergantung kepada banyak jenis bukti yang berbeza. Tujuan ujian adalah untuk mengukur tahap kebolehan ciri mental atau kognitif individu seperti kecerdasan. tahap rendah.  Ujian ditadbir kepada pelajar yang julat pencapaiannya luas  Keputusan ujian membezakan antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan yang rendah dan ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk. kebolehan mengulas. Nampak pada permukaan sahaja dan jika seseorang itu tidak terlatih dalam pembinaan dan perealisasian item. Kesahan muka Merujuk kepada ujian dilihat mengukur apa yang hendak diukur. alat yang dibina untuk mengukur konstruk ‘sabar’ sepatutnya mengukur konstruk ini dengan lebih baik.emosi.3.motivasi.’sabar’ dan juga ciri-ciri orang yang ‘tidak sabar’ dan ‘kurang sabar’. pentadbir sekolah untuk menggunakan ujian tersebut. Kesahan gagasan/konstruk Merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian.toleransi. kreativiti. 3. maka item dikatakan sah. Kesahan disimpulkan daripada bukti sedia ada. Pengertian kesahan pentafsiran (validity of interpretation) dan penggunaan hasil pengukuran dapat dijelaskan dengan lebih lanjut dengan beberapa ciri berikut: 1.  Meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian  Mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada kumpulan murid yang berskor rendah  Membantu meyakinkan penggunanya berpontensi contohnya. markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan.

Ketelitian dalam membina ujian . b. Kesahan adalah satu konsep yang bersepadu. Bukti yang diperlukan untuk memastikan rumusan yang diperbuat daripada hasil pengukuran itu adalah sah termasuklah: 1. Kesahan merujuk kepada rumusan yang dibuat dan BUKAN kepada alat itu. Fokus bukti berkaitan dengan isi kandungan untuk kesahan ialah tentang kerelevenan dan cukup tidaknya sampel tugasan yang terkandung dalam ujian. Bukti yang menunjukkan setakat mana skor ujian berkenaan dapat meramalkan prestasi dalam sesuatu Kriteria. 6. Faktor-faktor yang mempegaruhi kesahan.5. Bukti yang berkaitan dengan kriteria boleh dikumpulakan dengan menentukan koefesien kolerasi antara ujian dan kriteria yang diukur serentak dengan ujian. satu dimasa depan dan serentak dengan ujian Bukti yang menunjukan bahawa skor ujian dapat meramalkan prestasi dalam kriteria dimasa depan. Bukti berkaitan dengan kriteria 3. Bukti berkaitan dengan isi kandungan amat penting untuk menyokong tafsiran skor ujian percapaian. Ukuran kriteria boleh dilakukan dengan dua cara . Bukti berkaitan Kriteria. Bukti berkaitan dengan isi kandungan Bukti yang menunjukkan setakat mana isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel “representif” domain isi kandungan yang sepatutnya diukur. Jadual penentuan ujian yang disediakan untuk sesuatu ujian merupakan satu bukti berkaitan dengan isi kandungan untuk menyokong kesahan rumusan skor ujian. Bukti berkaitan dengan isi kandungan 2. 1. Bukti berkaitan dengan konstruk a.

Ia menekankan pengukuran yang jitu dan pengujian hipotesis berdasarkan kepada suatu sampel yang dikaji. Bukti berkaitan dengan konstruk ialah bukti yang menunjukkan setakat mana skor ujian itu dapat ditafsirkan sebagai ukuran bagi sesuatu trait psikologi. Ketelitian dalam pemarkahan 7. ciri. Keadaan dimana ujian itu ditakbir 6. 3.2. Tingkah laku calon semasa menjawab soalan c. Liputan isi kandungan 3. Bilangan soalan 5. Bukti berkaitan konstruk Glock &Ahmann (1981) mentakrifkan konstruk sebagai sesuatu sifat yang dianggap wujud untuk memberi penjelasan mengapa sesuatu aspek tingkah laku manusia berlaku. Dalam makna lain. dengan menggunakan statistik dalam analisis data. . Kesahan Dalam Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan kualitatif menyatakan tingkah laku yang diperhatikan dengan menggunakan angka-angka. Oleh yang demikian. Kejelasan soalan 4. pengukuran yang dibuat ke atas konsep-konsep tersebut dalam peringkat operational mesti dapat mewakili dengan tepat konsep-konsep yang di definisikan dalam peringkat konseptual. kualiti atau konstruk berkenaan.1. kesahan dalam penyelidikan kuantitatif bererti definisi konsep-konsep di dalam peringkat konseptual mestilah selaras dengan definisi konsep-konsep tersebut dalam peringkat operational.

Jika pengukuran pada kali yang kedua ( dan ketiga atau pada kali yang . Sejauh mana hipotesis yang dibuat berdasarkan teori-teori. Sejauh mana kajian menunjukkan bahawa rawatan yang dibuat dalam kajian benar-benar menyebabkan perubahan tingkah laku subjek kajian dan bukan disebabkan oleh faktorKesahan luaran faktor lain selain daripada rawatan tersebut.2 Kesahan dalam penyelidikan kualitatif Dalam penyelidikan kualitatif. Masalah yang sering timbul ialah mengenai kesahan luaran. 4.0 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan atau penilaian merujuk kepada keupayaan suatu kajian atau penilaian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi.Terdapat beberapa jenis kesahan dalam penyelidikan kuantitatif: Jenis Kesahan Kesahan Muka Kesahan Kriteria Kesahan bina Kesahan Kandungan Kesahan dalaman Definisi Sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur. bilangan subjek kajian yang digunakan biasanya kurang dan data-data kualitatif yang dikumpulkan melalui prosedur kajian seperti temubual. Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat meramal kriteria yang ingin diukur. dan pemerhatian haruslah mempunyai semua jenis kesahan di atas. Sejauh mana pengukuran dapat dibuat mewakili aspek kandungan yang diukur. 3. Sejauh mana hasil kajian dapat diaplikasikan kepada kumpulan-kumpulan lain dalam dunia sebenar.

seterusnya) dilakukan. Stufflebeam’s Model CIPP. menentukan. nilai yang diperoleh adalah serupa. mempertingkatkan kobolehpercyaan ini. Arahan-arahan yang jelas dan ringkas terhadap responden bagi memudahkan kefahaman mereka apabila soal-selidik atau temubual ditadbir. Isner’s Connoisseurship and Criticism Models. 4.1 Mempertingkatkan Kebolehpercayaan dalam Kajian/Penilaian Terdapat pelbagai model penilaian kurikulum untuk meniliai sesuatu kurukulum. Usaha dilakukan untuk mencegah dan mengelakkan kebimbangan responden dengan memberi jaminan keselamatan dan kerahsiaan ke atas maklumat yang diberi oleh mereka. Kesemua model ini mempunyai alat pengukuran tersendiri. illuminative Evaluation Model Action-Reaserch Model dan sebagainya. Sejauhmanakah kita dapat menjamin kesahan dan kebolehpercyaan dalam penilaian kurikulum ? Sekiranya kita dapat memilih . Perlu mengelakkan gangguan ke atas subjek semasa subjek diukur atau semasa subjek menjawab soalan yang dikemukakan dalam soal selidik. Antaranya adalah seperti berikut : Pernyataan butir-butir yang jelas dan tepat mengenai perkara yang hendak dinilai. menggunakan instrumen serta kaedah yang sesuai dengan jenis penilaian maka kesahan dan kebolehpercayaan dapat dipertingkatkan dalam sesuatu kajian atau penilaian. kebolehpercayaan dalam penilaian kurikulum yang berbentuk kualitatif dapat dipertingkatkan dengan mematuhi beberapa strategi sebagai usaha menjamin kebolehpercayaan dalam penilaian kurikulum itu sendiri. Antaranya adalah seperti Stake’s Congruence – Contigency Model. Selain daripada ini. Pengumpulan data dalam keadaan yang piawai (standard). maka kajian atau penilaian yang dibuat itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Butir –butir yang digunakan hendaklah sejenis. serupa dan terkawal. Kebolehpercayaan sesuatu alat ukur kebolehpercayaan • • • • • • sesuatu penilaian boleh dipertingkatkan bagi menjamin Terdapat beberapa cara untuk kurikulum. Strategi tersebut adalah seperti berikut : . Instrumen pengukuran yang betul akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu penilaian.

• Menggunakan pengkaji-pengkaji peserta. menggunakan beberapa pengkaji atau penilai yang berlainan. • Menggunakan alat pencatat sebagai bukti. kita boleh menggunakan kaedah uji dan uji kembali. masamasa yang berlainan. . pita video untuk mencatatkan hasil sesi temu bual / pemerhatian. Melakukan kajian di tempat-tempat yang berlainan. maka kebolehpercayaan adalah tinggi.2 Kebolehpercayaan Alat Pengukuran Kebolehpercayaan sesuatu alat pengukuran boleh ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan. Kita dapat menjamin bahawa penilaian yang kita lakukan adalah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.• Menggunakan kaedah tringulasi. Jika data-data tersebut sama. iaitu : a.. Indeks kebolehpercayaan boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set markah yang didapati hasil daripada gerak balas responden terhadap butir-butir dalam alat ukur. Ini melibatkan pengkaji-pengkaji yang terlatih untuk membuat pemerhatian dan laporan secara yang teliti dan sistematik. Ia digunakan sebagai bukti kebolehpercayaan kajian. Melakukan kajian pada masa-masa yang berlainan.. kaedah bentuk setara dan kaedah berbahagi dua. beberapa orang penemubual digunakan untuk menyoal soalan yang sama pada sela masa yang berlainan. c. 4. Melalui kaedah tringulasi data-data yang dipungut dengan menggunakan orang-orang yang berlainan. perakam kaset. • Menggunakan pemeriksaan rakan sebaya. seperti borang temubual. tempat-tempat yang berlainan. Dengan membandingkan data kajian yang dicatatkan oleh pengkaji dan pendapat rakan sebaya tentang responden. Sebagai contoh dalam sesi temu bual. Indeks kebolehpercyaan merupakan pekali yang menunjukkan ketekalan sesuatu alat ukur. Ini akan meningkatkan kebolehpercayaan penilaian atau kajian. Bagi mendapatkan dua set markah tersebut. b. pengkaji dapat memeriksa kebolehpercayaan data kajian yang dipungut.

Bagaimanapun. Oleh kerana alat ukur yang sama ditadbir sebanyak dua kali ke atas responden yang sama tetapi pada waktu yang berlainan. b. maka perubahan sistematik yang berlaku adalah disebabkan oleh kematangan responden dan alat ukur. kecergasan fizikal dan kestabilan emosi responden. kita perlu menghalang perubahan disebabkan sikap.a. Operasi atau pengurusan alat ukur pada kali pertama dan kali kedua dalam kaedah uji dan uji kembali mungkin menghasilkan faktor tidak sistematik yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan. Sekiranya pekali korelasi yang didapati positif teguh. Oleh itu. Untuk menjamin kebolehpercayaan penilaian . Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan. Kaedah Bentuk Setara Dua set markah yang boleh digunakan untuk mendapatkan indeks kebolehpercayaan boleh juga didapati dengan menggunakan kaedah bentuk setara. Markah-markah yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran kedua dikorelasikan. Kaedah uji dan uji kembali terdedah kepada perubahan disebabkan faktor sistematik dan faktor tidak sistematik. maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur tersebut adalah tinggi. minat. kita perlu mengadakan pengurusan alat ukur yang piawai. Responden semakin matang pada pengukuran kedua berbanding dengan pada pengukuran pertama. serupa dan terkawal bagi mencegah kesan faktor tidak sistematik. Kaedah Uji dan Uji Kembali Kaedah uji dan uji kembali merupakan kaedah bagi mendapatkan dua set markah dengan mentadbir alat ukur yang sama ke atas responden yang sama sebanyak dua kali. Kedua-dua . Kaedah bentuk setara menggunakan satu alat ukur yang dibina dan satu alat ukur yang piawai. faktor sistematik tidak mempengaruhi paras kebolehpercayaan sesuatu alat ukur.

kaedah berbahagi dua dapat mencegah berlakunya perubahan disebabkan ketiga-tiga sumber variasi iaitu individu. dari satu pengukuran ke suatu pengukuran. c. . Kaedah Berbahagi Dua Kaedah ini sering digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur kerana kaedah ini hanya memerlukan pentadbiran alat ukur sekali sahaja. Dengan menggunakan pentadbiran.alat ukur yang ditadbir ke atas responden yang sama dan pada masa yang sama. Pekali korelasi yang positif dan teguh menunjukkan indeks kebolehpercayaan yang tinggi bagi alat ukur yang dibina. Markah-markah yang didapati daripada pengukuran dengan menggunakan kedua-dua alat ukur tersebut dikorelasikan. variasai tugasan dari satu pengukuran ke satu pengukuran dan variasai persampelan gagasan yang berbeza antara satu pengukuran dengan pengukuran lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful