KONFLIK ETNIK DAN RAS

Pendahuluan
Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia. Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik etnik dan ras akan berkesudahan?

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain. Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain. Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun, pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya.

ii) Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang mempunyai beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan: ras Peranchis dan ras Yahudi). Mendalami Konsep Rasisme . Namun begitu. agama dan sebagainya. Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja sesuai digunakan dalam konteks sains sosial. bahasa dan agama. berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana ianya mempunyai empat pengertian utama. 1998:215). iv) Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompokkelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah. konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul. adat resam. kepercayaan. Contohnya. bahasa. tiada sebarang persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan sosiologi dan kebelakangan ini pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian besar pakar sains sosial. dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik kadangkala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di Malaysia. Van den Berghe (1967). bahasa dan agama. ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana telah berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan campur. Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian. iii) Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis (species). Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan. Cina dan India yang sepatutnya dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan tertentu. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar perbezaan “phenotype” dan “genotype“. i. Walau bagaimanapun. Walau bagaimanapun. etnik Serb. di bekas negara Yugoslavia. (Misalan: ras manusia).Pada hakikatnya. Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis. i. Sebagai contoh. di mana kelompok-kelompok Melayu. Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya.

1998:220). peluang pendidikan dan pekerjaan. 1998:223). ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain – Teori Scapegoat (Dollard. dan dikaitkan dengan soal kecewaan atau authoritarian personality (penguasaan individu dominan ke atas yang lemah) (Macionis. perumahan dan pekerjaan. prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Sebagai contoh. Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kebiasaannya. Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan. Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Kedua. dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud. Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Kesan dari prasangka yang semakin menebal. agama. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu. Beberapa percubaan telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. kelompokkelompok tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Kes “pembersihan etnik” (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik. 1998:48). 1983:91). jantina atau kelas (Macionis. Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxis pula. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan . Walau bagaimanapun. 1939). Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras. 1998). rasisme lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan. sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. perhambaan dan imperialisme (Macionis. 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan.Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Walau bagaimanapun. kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan. lama-kelama ncian secara membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver. pekerjaan. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran.

Sehingga kini. kebebasan. 1998: 141). di Texas baru-baru ini. puak asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan. tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah dihapuskan. Pada hakikatnya. namun hubungan antara ras masih begitu rapuh. Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James Byrd Jr. . Ekoran daripada itu. masyarakat Amerika rata-rata masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum. seorang kaum kulit hitam telah diikat pada trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum kulit hitam (New Strait Times. namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan. Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh dua anggota polis kaum kulit putih.sebagai contoh kaum Negro. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler. 1998). Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum kulit hitam. peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. 1998). Walaupun perhambaan telah dihapuskan. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika Syarikat. Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena “Hate crime” iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta bendanya (Macionis. etnik dan kelas sosial. ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasankawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes. Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik. rusuhan kaum telah dilancarkan secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Seluruh bandaraya Los Angeles menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu. masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah pembentukan “American Creed” (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai kesamaan. Konflik Etnik Dan Ras Di Amerika Syarikat Di Amerika Syarikat. keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang bentuk diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk. James. demokrasi. 3 Mac. Namun. Kaum kulit putih diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Dalam kes tersebut. ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit hitam (Associated Press. tidak banyak yang berubah sejak itu. diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih berterusan di Amerika Syarikat. 11 Jun. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasankawasan mundur yang dikenali sebagai “ghettoes“. Hak kaum bukan kulit putih dalam soal pembahagian kawasan perumahan. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme (individualisme) dan kebebasan hak. Sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam pernah diperjuangkan oleh Dr.

sedangkan situasi di Asia Tenggara biasanya melibatkan isu perbezaan etnik dan kebudayaan. Dasar pemeritahan British .Di Amerika Syarikat. Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman sehinggakan mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik. media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam terhadap konflik ras dan etnik. agama. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun. ras atau pengenalan etnik. Britain atau Afrika Selatan dalam dua aspek yang berlainan. sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Di Malaysia Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. 1998:220). Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam. sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara. di mana perbicaraan ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis. Konflik Etnik Dan Ras Di Asia Tenggara Di Asia Tenggara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Masalah ras di Amerika Syarikat. Keputusan mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada kaum kulit hitam. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat. Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa. Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain. keharmoni dan kesejahteraan negara. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran. tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Banyak organisasi politik dan sosial di negare kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik. berasaskan kepada perbezaan fizikal. corak diskriminasi yang berlaku berbeza dari keadaan di Amerika Syarikat. perumahan dan pekerjaan. Britain dan Afrika Selatan kebanyakannya melibatkan hubungan kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam yang lebih. J. Simpson. Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O.

Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan. Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. tanah. Masalah kepincangan ekonomi . melalui dasar dan pentadbirannya pula.bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar antara kaum. Sebaliknya pula. Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab konflik ini. Malah apa yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka. maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. pelajaran. bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung. pentadbiran. Dasar kerajaan yang melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah ethik. terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai kumpulan ras. Di Indonesia Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada keamanannya. Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habishabisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British. ekonomi. orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Dasar kolonial mengenai imigrasi. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Maka timbulkan masalah konflik etnik yang serious di Indonesia. Cina dan India. Di samping itu. Oleh sebab itu.

Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam kepentingan. Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik. tetapi tidak akan berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya. Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan rakyat secara umunnya. Kemelut di negaranegara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah. Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik. Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri. tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam pembahagian enam . terdapat tiga jenis agama. Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil. struktur etnik dan prasangka. empat jenis bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara sempadan yang lain. Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati. Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara Balkan Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh menimbulkan masalah etnik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbezabeza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya. nilai dan penentangan dalam cita-cita. Boleh dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada keamanan sesebuah negara. Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh menyebabkan berlakunya konflik. Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu. curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik. ekonomi dan kebudayaan.di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan etnik.

1998:44) Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun 1980. Mereka wujud sebagai kaum majoriti di Serbia dan Montenegro. apabila wilayah Slovenia dan Croatia mengisytiharkan kemerdekaan. Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat dari pihak Serb kerana tidak mempunyai kaum minoriti Serb. Kaum Serb merupakan kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Montenegro. tindakan Slovenia dan Croatia segera mendapat reaksi dari kaum Serb di Serbia dengan penghantaran tentera bagi menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah tersebut. muncul pemimpin radikal Serbia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar Rom. Bosnia-Herzegovina. Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic cleansing). ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. dan kedua-dua Perang Dunia. wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi. kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah penubuhan republik Yugoslavia. 1993). cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer. Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kira tahap kepekaan di kalangan etniknya. kaum minoriti Albania di wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Croatia sebaliknya terpaksa mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi mereka dan juga tentera persekutuan Serbia. Croat dan Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Serb dan Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti (Fogelquist. Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan. Akhir sekali. Akibatnya. Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan. kaum Bosnia telah dibunuh. Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa Bosnia-Herzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April. ekonomi. diusir dari kampung halaman. Macedonia dan Serbia) (Macionis. Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum Muslim. Walau bagaimanapun. Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb. Agenda tersebut bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yang bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer. konflik Bosnia juga . Croatia. Selain daripada itu. dirompak. Selepas kejatuhan fahaman Sosialis. zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman. kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Slobodan Miloshevich yang melaung-laungkan agenda “nartional question“. Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991. tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di Croatia dan Bosnia. Walaupun mendapat pengikhtirafan antarabangsa. manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem tahanan.wilayah autonomi (Slovenia. wanita-wanita Bosnia dirogol. Selain dari tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia. 1993). 1992 selepas suatu pungutan suara. 1995).

Konflik Etnik Dan Ras Di Rwanda Konflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum majoriti Hutu. bentuk-bentuk diskriminasi yang tidak rasmi masih berlaku.memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi keamanan di Yugoslavia. Semasa zaman penjajahan Jerman dan Belgium. Di Afrika Selatan. India. kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik. Dalam Dasar Apartheid. Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU). diskriminasi adalah disokong oleh pihak pemerintah melalui undang-undangnya. . terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan dan perumahan. Pakistan dan lain-lain) tidak melebihi dari dua peratus dari jumlah penduduknya. Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negara Konflik Etnik Dan Ras Di Britain Di Britain juga tidak lepas dari masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di Britain (yang terdiri dari penduduk yang berasal dari Hindi Barat. Kaum Hutu nyata ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan sentiasa diketepikan oleh penjajah. ternyata berbelah bagi dan memihak kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia (Fogelquist. Ketidakadilan pembahagian sosio ekonomi yang dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hubungan antara kelompok etnik. memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum bukan kulit putih (Frederickson. kaum minoriti Tutsi telah diberikan peluang pendidikan dan diserapkan dalam pentadbiran. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu amalan hidup. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan undangundang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam. 1995). di mana diskriminasi dan prasangka diharamkan oleh pemerintah. Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat lain seperti Amerika Syarikat dan Britain. ekonomi. Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme. 1981). sosial dan kebudayaan. Walaupun diskriminasi ras diharamkan di sisi undang-undang. Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika Selatan Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun 1994 di Afrika Selatan.

Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum. perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. 1994).Pada tahun 1961. Seluruh negara Rwanda berada dalam kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu. maka masalah atau konflik akan bertambah hebat. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja. Pol Pot (Macionis. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini :1. Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis. Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik etnik dan ras. Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-China Konflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah disebabkan oleh perebutan kuasa. lebih daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer Rouge. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagaibagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan. di mana rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu. 1998: 223). 2. konflik etnik tercetus dan hampir sejuta rakyat tempatan terkorban (Neil Weiner. etnik dan kelas sosial. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok. 1997).000 orang (Pobzeb. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan ekonomi.Apabila kestabilan ekonomi tergugat. Akbibatnya. Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik dan ras. peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. telah meragut nyawa seramai 300. kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang tunggak kepimpinan negara Rwanda. faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan. . Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak kaum majoriti Hutu.

Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi. Andainya wujud hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik . kebudayaan. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka. agama. Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu. jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan masyarakat. 4. kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan. kedudukan dan sebagainya. Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional. Ini dapat dilihat dari perspektif “transcendentalisme” di mana sifat murni diri perlu wujud agar terhindar konflik etnik dan ras. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras. kekayaan . Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. 5.3. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya. Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras. 6. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang musnah. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras. Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan Ras Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.

Dari segi politik. Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Oleh itu. Kesimpulan Dalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik etnik dan ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik. Oleh itu. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan . Bagi ekonomi pula. perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan . Cuma ada negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. ekonomi dan sosial masyarakat. masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. bahasa.negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Perbezaan kebudayaan. agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik. Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. USA dan Asia Tenggara. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat. perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.

How the War Started. Sanusi Osman. Macionis.. G. Katz. Fogerquist. Fredrickson. Prentice-Hall: New Jersey. Konsep Asas Sosiologi. Riedlmayer. 1989. Race and Racism. Oliver C.P. A Brief History of Bosnia-Herzegonia. J. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku. 1993. 1976.J. 1983. J. Towards The Elimination Of Racism. C. 1983. DBP: Kuala Lumpur.. A.. 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia.membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Phyllis A. UCLA.. Wayne State University Press: Detroit. M. dalam Macionis. Race Relations : Elements And Social Dynamics. dalam Macionis. A. New York: Pergamon Press. 1976. Harvard University. Prentice-Hall: New Jersey. Ting Chew Peh. Konsep Asas Sosiologi. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. J. 1989.J. Van den Berghe. .. Prentice-Hall: New Jersey.. 1967. Frustration and Aggression... 1989.J. Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu . F.. dalam Ting. Society: The Basics. White Supremacy: A Comparative Study in American and South African History. Society: The Basics. RUJUKAN Dollard. T. DBP: Kuala Lumpur. 1995.. Society: The Basics.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful