You are on page 1of 15

Nama : ___________________________________________

Tahun : ________________
SULIT 015/1
015/1
Matematik
Kertas 1
“LTS 2”
2005
1 jam

JABATAN PELAJARAN PERAK

“LEARNING TO SCORE 2005”

MATEMATIK
Kertas 1 - Set Satu

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

4. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

6. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukiskan mengikut skala kecuali dinyatakan.

7. Anda boleh membuat kerja mengira di tempat kosong di dalam kertas soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak


[ Lihat sebelah
SULIT
SULIT 2 015/1

Jawab semua soalan

1 5 046 x 69 Anggaran jawapan terhampir ialah

A 3 500

B 35 000

C 350 000

D 3 500 000

2
2 2 x 50 =
5

A 120

B 100

C 70

D 20

3 2 500 000 + 0·32 juta =

A 2 500 032

B 2 503 200

C 2 532 000

D 2 820 000

4 (856 + 584) ÷ (52 − 37) =

A 1425

B 960

C 96

D 85
5 Rajah 1 ialah garis nombor.

1 X 1·5 Y
RAJAH 1
Beza di antara nilai X dan Y ialah.

A 0·5

B 0·75

C 1·05

D 1·23

2
6 Hasil tambah dan 2·85, dalam nombor perpuluhan ialah
5

A 6·85

B 3·25

C 2·89

D 2·45

7 4 400 ÷ 16 − 78 =

A 197

B 207

C 217

D 353
8 Rajah 2 menunjukkan satu rangkai kata.

MUSNAHKAN NYAMUK AEDES

RAJAH 2

Berapa peratuskah huruf A dan N daripada semua huruf dalam rangkai kata itu?

A 15

B 20

C 28

D 35

9 Antara pecahan berikut, yang mempunyai nilai terbesar ialah

4
A
5

5
B
6

5
C
7

7
D
9

10 Hasil darab 129·856 x 1000, kepada ribu yang terdekat ialah

A 129 000

B 129 860

C 129 900

D 130 000
11 8·35 ditambah sebanyak 750 m menjadi

A 15·85 ℓ

B 9·1 ℓ

C 7·6 ℓ

D 0·85 ℓ

12 Antara berikut, yang manakah betul pertukaran unitnya?

A 75 cm = 7500 mm

B 750 m = 7500 cm

C 750 m = 7·5 km

D 75 cm = 0·75 m

1 1
13 3 jam − 2 jam =
4 2
Antara berikut yang manakah betul menunjukkan hasil operasi di atas ?

A 25 minit

B 35 minit

C 45 minit

D 55 minit

14 Berat sebuah bakul berisi mangga ialah 2·5 kg. Jika berat bakul ialah 250 g.
berapakah berat dalam kg, mangga itu?

A 2·75

B 2·35

C 2·25

D 1·25

15 5·274 =

A 5 + 2·0 + 0·7 + 0·004

B 5 + 0·2 + 0·07 + 0·04

C 5 + 0·02 + 0·7 + 0·004

D 5 + 0·2 + 0·07 + 0·004


16 Rajah 3 menunjukkan bentangan sebuah pepejal yang terdiri daripada 4 buah
segitiga sama kaki dan sebuah segi empat sama.

RAJAH 3

Pepejal tersebut ialah

A Piramid bertapak segi empat tepat

B Piramid bertapak segi empat sama

C Kuboid

D Kubus

17 Samad membeli 2 kotak limau yang mengandungi 20 biji setiap kotak.


1 2
daripada limau itu diberikan kepada adiknya, manakala daripada bakinya diberi
4 5
kepada abangnya. Berapakah baki limau yang ada pada Samad ?

A 28

B 22

C 18

D 12

18 Dalam satu perbarisan terdapat 12 baris. Setiap baris terdiri daripada 15 orang
murid. 7 orang murid dari setiap baris diberi 5 biji bola manakala bakinya diberi 3 biji
bola untuk membuat persembahan.
Berapakah biji bola yang diperlukan untuk persembahan tersebut ?

A 900

B 708

C 420

D 288
19 Di awal Tahun Lima berat Ramlan ialah 30 kg. Dia ingin menambah 20% berat
badannya semasa di akhir Tahun Lima. Setelah ditimbang di akhir tahun, beratnya
ialah 40 kg. Antara berikut yang manakah benar?

A Berat Ramlan kurang 4 kg

B Berat Ramlan lebih 4 kg

C Berat Ramlan kurang 6 kg

D Berat Ramlan lebih 6 kg

20 Petikan di bawah merupakan satu perbualan di antara Pak Mat dengan Amin.

Pak Mat : “Harga sebuah basikal ini ialah RM360. Berapa


wang yang kamu ada?”
Amin : ”Saya ada 6 keping RM50 sahaja.
Pak Mat : ”Harga basikal ini boleh diberi diskaun sebanyak
25%”.

Berdasarkan perbualan di atas, berapakah lebihan wang Amin jika dia membeli
basikal itu?

A RM60

B RM50

C RM30

D RM20

3
21 Rani menganggarkan berat 3 kotak yang sama adalah 2 kg. Apabila ditimbang,
4
berat sebenar adalah 140g kurang daripada berat yang dianggarkan. Berapakah
berat sebenar, dalam g, setiap kotak itu?

A 870

B 800

C 750

D 700
22 Panjang sebatang penyedut minuman ialah 18 cm. Hitungkan jumlah panjang,
dalam m, bagi 55 batang penyedut minuman yang sama.

A 990

B 99

C 9·9

D 0·99

23 Rajah 4 menunjukkan jalan yang menghubungkan rumah Ramlah, sekolah dan


pejabat pos. Ramlah pergi ke sekolah untuk latihan sukan.Setelah habis latihan
sukan dia terus ke pejabat pos.
Pejabat
Pos

Rumah
Ramlah 950 m
• 1.6 km

Sekolah
RAJAH 4
Hitungkan jumlah jarak pergi dan balik , dalam km, yang dilaluinya.

A 2·55
B 4·15
C 5·1
D 9·66

24 Jadual 1 menunjukkan waktu perkhidmatan di Klinik Ah San.

8.00 pagi – 8.30 pagi Kaunseling remaja


8.30 pagi – 12.30 pagi Rawatan
12.30 pagi – 2.15 petang Rehat
2.15 petang – 5.00 petang Rawatan
5.00 petang – 6.30 petang Kaunseling Keluarga
JADUAL 1
Berapakah tempoh masa klinik itu untuk rawatan pesakit dalam masa
sehari?

A 2 jam 15 minit

B 2 jam 45 minit

C 6 jam 45 minit

D 10 jam 30 minit
25 Syafiq membeli 25 keping kad gambar dengan jumlah harga RM35. Jika dia menjual
semua kad itu dengan harga RM2.90 sekeping, berapakah jumlah keuntungannya?

A RM72.50

B RM37.50

C RM35.70

D RM35

26 Bacaan jam digital pada Rajah 5 menunjukkan waktu Wafa memulakan kerjanya di
pejabat pada setiap hari. Perjalanan dari rumah ke pejabatnya ialah 40 minit.

0800

RAJAH 5

Jika dia tiba di rumah selepas waktu bekerja pada pukul 6.00 petang, kirakan tempoh
masa Wafa berada di pejabat pada setiap hari.

A 9 jam 20 minit

B 9 jam 40 minit

C 10 jam

D 10 jam 40 minit

27 Jadual 2 menunjukkan isipadu cecair dalam tiga jenis bekas.

Botol Isipadu
P 4
Q 5 55 m
R 500 m

JADUAL 2
Sebanyak 250 m dari setiap botol telah dikeluarkan. Hitungkan jumlah isipadu,
dalam , semua botol.

A 8·8

B 8·805

C 9·305

D 9·555
28 Umur Syafiqa ialah 10 tahun 9 bulan semasa umur bapanya 35 tahun 2 bulan.
Jika umur ibu Syafiqa semasa melahirkannya 21 tahun 3 bulan, hitungkan beza
umur bapa dan ibu Syafiqa?

A 3 tahun 2 bulan

B 3 tahun

C 2 tahun 5 bulan

D 2 tahun 3 bulan

29 Jadual 3 menunjukkan data tidak lengkap tentang isipadu hujan yang dicatat
selama lima hari.
Hari Isipadu hujan ( m
)
Isnin 240
Selasa
Rabu 80
Khamis 10
Jumaat

JADUAL 3
Jika purata hujan yang turun bagi lima hari itu ialah 150 m , antara berikut
manakah bacaan isipadu hujan yang betul dicatat pada hari Selasa dan Jumaat?

A 300 m dan 450 m

B 300 m dan 220 m

C 300 m dan 75 m

D 200 m dan 220 m

30 Jadual 4 merupakan rekod yang dicatat oleh Cikgu Kamil bagi satu tugasan yang
telah dijalankan oleh empat orang pelajarnya.

Pelajar Bilangan soalan dijawab Bilangan betul


Akif 60 27
Nazif 50 30
Mahir 60 30
Adli 40 28

JADUAL 4
Jika Cikgu Kamil ingin memilih dua orang pelajarnya yang mendapat markah
tertinggi, murid yang terpilih ialah

A Akif dan Mahir

B Nazif dan Mahir

C Akif dan Adli

D Nazif dan Adli


31 Rajah 6 adalah sebuah segiempat sama PQRS yang dibahagikan kepada beberapa
bahagian.

P Q
K K
= =
L

M
= N =
N
S R

RAJAH 6

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

A 2 keping K sama dengan 2 keping M

1
B L dan M sama dengan PQRS
2

C 1 keping K sama dengan L

D 6 keping N sama dengan PQRS

32 Dalam Rajah 7, STUV adalah sebuah segiempat sama yang dibahagikan kepada
beberapa bahagian yang sama besar.

S T
= =

= =

= =
V 12cm U

RAJAH 7

Kirakan luas, dalam cm², kawasan yang berlorek.

A 96

B 72

C 48

D 24
33 Piktograf dalam Rajah 8 menunjukkan bilangan anak pokok pisang yang dibeli
oleh Zarif dalam tempoh 4 bulan.

Januari P P P P P P
Februari P P P P
Mac P P
April P P P P

P mewakili 30 anak pokok pisang

RAJAH 8

Jika Zarif ingin menanam sebanyak 500 anak pokok pisang dalam tempoh empat
bulan, antara pernyataan berikut yang manakah benar?

A Anak pisang yang dibeli tidak mencukupi sebanyak 20 pokok.

B Anak pisang yang dibeli pada bulan Januarai ialah 150 pokok.

C Purata anak pisang yang dibeli dalam sebulan ialah 125 pokok.

D Anak pisang yang dibeli lebih sebanyak 20 pokok.

34 Rajah 9 menunjukkan sebuah kuboid.

16 cm

15 cm
20 cm
RAJAH 9

Antara berikut, pepejal manakah yang tidak boleh dimuatkan dengan tepat
ke dalam kuboid di atas?

A C
2 cm 4 cm

3 cm
2 cm 2 cm
4 cm

B D 4 cm
4 cm

5 cm 1 cm
5 cm 5cm
35 Rajah 10 ialah carta palang yang menunjukkan bilangan murid Tahun 6 yang
mendapat gred tertentu semasa ujian pertengahan tahun di sebuah sekolah.

A
B
Gred

C
D
Bilangan murid

RAJAH 10
Jika jumlah semua murid Tahun 6 di sekolah tersebut ialah 60 orang, kirakan
bilangan murid yang mendapat gred A.

A 3

B 12

C 15

D 30

36 Rajah 11 menunjukkan dua buah kotak yang mengandungi guli kaca yang sama
saiz.

21 cm

R
80 biji 5 cm
guli
4 cm 4 cm
RAJAH 11
4 cm 4 cm

Anggaran bilangan guli yang terdapat dalam kotak R ialah

A 320

B 340

C 360

D 400
37 Sekeping kertas berbentuk segiempat tepat dipotong kepada 12 bahagian yang
1
sama besar. Afnan mewarna daripada potongan itu, manakala Fazli mewarna
3
3
daripada potongan yang belum diwarna.
4
Antara berikut, kawasan berlorek yang manakah menunjukkan bahagian kertas
yang telah diwarnakan oleh Afnan dan Fazli?

A C

B D

38 Rajah 12 menunjukkan harga bagi empat jenis barang. Arif ada RM3 manakala
Hakim ada RM2. Mereka ingin membeli beberapa barangan seperti dalam rajah 12
untuk dibawa semasa aktiviti perkhemahan pengakap sekolahnya.

 RM1.80  RM2.90
RAJAH
 60 sen  80 sen

RAJAH 12

Antara berikut, yang manakah paling sesuai dan mampu dibeli oleh mereka?

  
A C

B
   D
  
39 Jadual 5 menunjukkan bil tidak lengkap barang-barang yang dibeli oleh Encik Kamal.
Encik Kamal membayar dengan sekeping wang RM50 dan menerima wang baki
sebanyak RM14.50

Kuantiti Barang Harga Seunit Jumlah


5kg Tepung RM7.50
2kg Biskut Manis RM2.50
5 kg Beras Wangi
JUMLAH

JADUAL 5
Kirakan harga sekilogram beras wangi yang dibeli oleh Encik Kamal.

A RM5.10

B RM5.50

C RM10.00

D RM25.50

40 Jadual 6 menunjukkan harga empat jenis buku kerja yang dibeli oleh anak
Puan Mas menggunakan wang simpanan mereka.

Buku Intan ( Tahun 4 ) Rosnah ( Tahun 6)


Sains RM3.50 RM10.40
Matematik RM4.20 RM4.60
BM Penulisan RM6.60 RM6.60
BM Pemahaman RM4.00 RM4.10

JADUAL 6

Jika Puan Mas berjanji hendak membiayai 50% harga buku yang berharga
melebihi RM5.00, berapakah jumlah wang yang akan Intan dan Rosnah bayar ?

A RM 15.00

B RM 17.20

C RM 22.00

D RM 32.20

KERTAS SOALAN TAMAT