You are on page 1of 22

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE SET 3


2006

SAINS
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Bahagian A ada 30 soalan. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada Kertas Jawapan Bahagian A.
4. Cara menjawab Bahagian A adalah seperti di bawah ini.

Contoh soalan:

Antara berikut yang manakah benda hidup?


A Kerusi
B Kereta
C Ayam
D Bola

Jawapan yang betul bagi contoh soalan ialah Ayam dan hurufnya ialah C. Lihat
contoh pada Kertas Jawapan Bahagian A yang diberi. Ruangan bagi huruf C
telah dihitamkan.

5. Bagi satu soalan hitamkan satu ruangan sahaja.


6. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat
hingga habis. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
7. Bahagian B ada 5 soalan. Jawab semua soalan.
8. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang
berguna bagi menjawab soalan. Rajah tidak semestinya dilukis mengikut
skala, kecuali dinyatakan sebaliknya.
9. Jawab dengan menulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan.

Kertas ini mengandungi 16 halaman bercetak di Bahagian A dan 5 halaman bercetak di


Bahagian B

@ 2006 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak

1
Bahagian A

( 30 markah )

Jawab semua soalan

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan , iaitu A , B , C dan D.Pilih jawapan yang
betul.Kemudian, pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang
sama dengan pilihan jawpan yang telah kamu pilih itu.

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit.Sekiranya kamu tidak dapat
menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya

1 Maklumat menunjukkan cara haiwan memastikan kemandirian spesiesnya.

P - Menyusukan anak
Q - Menjaga anak yang baru lahir
R - Melahirkan anak
S - Menjaga telur

Antara berikut, yang manakah cara memastikan kemandirian spesies yang betul bagi
anjing dan kucing.

A P dan R sahaja
B R dan S sahaja
C P, Q dan R sahaja
D P, Q dan S sahaja.

2 Gambar di bawah menunjukkan dua jenis haiwan yang terdapat di satu kawasan hutan.

Apakah yang akan berlaku sekiranya haiwan di atas bertambah dengan banyaknya?

A Tumbuhan lebih subur


B Katak akan berkurangan
C Daun tumbuhan berkurangan
D Pembiakan tumbuhan bertambah

1
LTS SET 3 2006

3 Rajah menunjukkan satu penyiasatan kesuburan anak benih dalam pasu J, K, L, dan M.

J K L M

Susun mengikut urutan bermula dengan tumbuhan dalam pasu yang hidup lebih subur
selepas seminggu.

A J K L M
B K M L J
C L K M J
D J L M K

4 Gambar P, Q, R dan S menunjukkan empat jenis hidupan yang membentuk satu rantai
makanan.

S
R

Apakah yang akan berlaku jika Q bertambah dengan banyaknya?

P R S
A Berkurang Berkurang Berkurang
B Bertambah Bertambah Bertambah
C Bertambah Berkurang Berkurang
D Berkurang Bertambah Bertambah

3
LTS SET 3 2006

5 “ Kemusnahan tumbuh-tumbuhan melalui kegiatan membalak yang tidak dirancang


dengan baik dan tanpa kawalan boleh juga mengancam habitat semula jadi haiwan”

Berdasarkan pernyataan di atas, pilih langkah yang perlu diambil tindakan segera.

P . Menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Perhutanan.


Q Mengadakan kempen “Sayangi Haiwan dan Tumbuhan”.
R Mewujudkan Taman Rekreasi dengan lebih banyak.
S Mengawal aktiviti pemburuan dan pembalakan

Antara situasi di atas, yang manakah boleh menyumbang kepada pengawalan


kemusnahan hutan?

A Q sahaja.
B P dan Q sahaja.
C P, Q dan S sahaja.
D P, Q, R, dan S.

6 Gambar menunjukkan dua jenis haiwan yang tinggal di suatu habitat.

Antara berikut, manakah punca persaingan yang mungkin berlaku di antara kedua-
duanya ?

I udara
II makanan
III pasangan
IV tempat tinggal

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C II,III dan IV sahaja
D I,II,III dan IV sahaja

4
LTS SET 3 2006

7 Rajah menunjukkan satu penyiasatan.

X Y

Antara penyataan berikut yang manakah benar tentang ayunan bandul?

A Satu ayunan bandul yang lengkap dikira dari X ke Y


B Bilangan ayunan bandul dipengaruhi oleh panjang tali bandul.
C Ayunan bandul tidak boleh digunakan untuk menyukat masa.
D Ayunan bandul berubah-ubah mengikut jenis tali bandul,bukan ketebalan tali.

8
Sebiji belon yang dijemur di bawah sinaran matahari akan mudah meletup
berbanding sebiji belon yang di letak dalam bilik berhawa dingin.

Pernyataan di atas dapat membuktikan

A Udara panas di sekeliling belon menolak belon


B Udara di dalam belon mengembang
C Dinding belon menjadi nipis
D Berat belon bertambah

9 Seorang murid hendak menghasilkan 7 warna pelangi di dinding bilik sainsnya.


Antara kaedah berikut yang manakah tidak perlu dilakukan olehnya.

A Memastikan ada cahaya matahari.


B Meletakkan sebuah besen diluar bilik sains.
C Mengukur jarak di antara besen dengan dinding Bilik Sains.
D Dengan manggunakan cermin dalam besen air,memantulkan cahaya ke arah
dinding Bilik Sains.

5
LTS SET 3 2006

10 Gambarajah menunjukkan sebuah litar ringkas.

X Y

Seorang murid telah menguji 4 jenis bahan dengan menyambung X dan Y. mentol dalam litar
yang manakah akan menyala?

A B

Jalur aluminium Jalur reben

C D

Pembaris plastik Jalur getah

6
LTS SET 3 2006

11 Amirul telah menjalankan kajian untuk menguji jarak pergerakan empat buah kereta di
negeri X. Dia merekod jarak pergerakan kereta- kereta tersebut dalam masa 3 jam.
Jadual menunjukkan keputusan kajian Amirul.

Kereta Jarak ( km )

P 180

Q 210

R 240

S 120

Berpandukan jadual itu, yang manakah benar tentang kelajuan kereta – kereta tersebut ?
J - Kereta P bergerak selaju 70 km / j
K - Kereta R bergerak selaju 80 km / j
L - Kereta R bergerak paling laju
M - Kereta S bergerak paling laju

A J dan K sahaja
B J dan M sahaja
C K dan L sahaja
D L dan M sahaja

12 Maklumat di bawah menerangkan mengenai sifat fizikal bahan.

X - Keapungan
Y - Kegilapan
Z - Kebolehan menyerap air

Berdasarkan maklumat di atas, manakah benar tentang bahan X, Y dan Z?

X Y Z
A Cincin emas Getah Kapas
B Gabus Cincin emas Plastik
C Syiling Majalah Lampin
D Bola getah Perak Tisu

7
LTS SET 3 2006

13 Rajah menunjukkan satu penyiasatan ke atas empat buah kereta mainan yang sama
saiz.

Faktor geseran

P Q R S
Permukaan simen Permukaan papan Permukaan kaca Permukaan
permaidani

Antara berikut yang manakah menunjukkan kesan daya geseran ke atas empat buah
kereta mainan teresebut.

Jarak Jarak

A C

Jenis Jenis
P Q R S P Q R S
permukaan permukaan

Jarak

Jarak
B D

P Q R S P Q R S
Jenis Jenis
permukaan permukaan

8
LTS SET 3 2006

14 Pada suatu pagi , Amni memetik beberapa helai daun di halaman rumahnya . Beliau
suka melihat titisan air yang terdapat di permukaan daun-daun itu.

Titisan air

Antara proses berikut, yang manakah menyebabkan daun yang dipetik oleh Amni itu
terdapat titisan air?

A Kondensasi
B Pencairan
C Peleburan
D Pengewapan

15 Rajah menunjukkan sebatang paku yang diletak bersama dengan kalsium klorida
kontang dalam bekas bertutup selama seminggu.

Kalsium klorida kontang Paku besi

Paku didapati tidak berkarat. Pernyataan manakah yang benar?

I Radas itu disimpan dalam kotak


II Radas itu telah dididihkan terlebih dahulu
III Kalsium klorida kontang itu mengandungi minyak
IV Kalsium klorida kontang itu telah menyerap segala
kelembapan yang ada di radas itu

A III sahaja
B IV sahaja
C I dan III sahaja
D I dan IV sahaja

16 Fenomena ini berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
pada satu garis lurus

Apakah fenomena yang dinyatakan dalam penyataan di atas?

A Gerhana Matahari
B Gerhana Bulan
C Bulan Purnama
D Bulan Separa Purnama

9
LTS SET 3 2006

17 Rajah di bawah menunjukkan tiga kumpulan makanan yang dapat disimpan lama.

Lada putih Kacang hijau Susu tepung


Bunga cengkih Ikan bilis Biskut
Jintan manis Udang kering Tepung gandum

Apakah ciri-ciri sepunya ketiga-tiga kumpulan itu

A Makanan diawet dengan garam


B Bahan berasid seperti cuka digunakan
C Makanan di simpan di dalam peti sejuk
D Kandungan air dalam makanan amat rendah

18 Rajah di bawah menunjukkan urutan langkah-langkah dalam pengitaran semula kertas


di makmal. Proses apakah yang diwakili oleh M dan N

Cebisan kertas direndam

Gentian kertas di tapis

Gentian kertas dikeringkan

M N

A Gentian kertas digelek Gentian kertas dikisar


B Gentian kertas dikisar Gentian kertas digelek
C Cebisan kertas dikisar Gentian kertas digelek
D Cebisan kertas dikisar Cebisan kertas digelek

19 Maklumat menunjukkan situasi di bulan

10
LTS SET 3 2006

“ANGKASAWAN TERAPUNG-APUNG SEMASA


BERADA DI PERMUKAAN BULAN”

Antara berikut yang manakah menerangkan pernyataan di atas?

A Tiada tarikan graviti di Bulan


B Tarikan graviti di Bulan adalah kuat
C Tarikan graviti di Bulan adalah lemah
D Tarikan graviti di Bulan ada kalanya kuat dan
ada kalanya lemah.

20 Rajah menunjukkan keratan rentas gunung berapi.

Lohong

Kerak Bumi

Magma

Gunung berapi

Semasa berlakunya letusan gunung berapi, magma mengalir keluar melalui lohong.
Magma yang mengalir ke permukaan Bumi itu dikenali sebagai……..

A Kon
B Lava
C Geiser
D Air lohong

11
LTS SET 3 2006

21 Gambar di bawah menunjukkan sejenis buruj

Antara pernyataan di bawah yang manakah menerangkan tentang buruj di atas?

I Ia adalah buruj Belantik


II Ia petunjuk arah selatan
III Dapat dilihat sepanjang tahun
IV Dapat dilihat pada bulan Jun hingga Ogos

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

22 Di antara hasil ciptaan berikut, yang manakah direka oleh Karl Benz pada tahun 1886?

A C

B
D

12
LTS SET 3 2006

23 Gambar W, X, Y dan Z menunjukkan mesin ringkas

W X

Z
Y

Alat-alat manakah yang menggunakan prinsip roda dan gandar ?

A W dan Y sahaja
B X dan Y sahaja
C W, X dan Y sahaja
D W, X, Y dan Z

24 Gambar menunjukkan satu objek yang menggunakan prinsip gear.

Apakah yang dimaksudkan dengan gear ?

A Satu roda yang bergerigi


B Satu alatan yang tajam
C Bersatah condong
D Mempunyai roda

13
LTS SET 3 2006

25 Antara objek di bawah yang manakah paling stabil.

A C

B D

26 Alat di bawah adalah sejenis mesin ringkas.

Antara alatan di bawah yang manakah jenis mesin ringkas yang sama dengan
alat di atas.

I II

III IV

A I , II dan III sahaja


B I , II dan IV sahaja.
C II , III dan IV sahaja.
D I , II , III dan IV.

14
LTS SET 3 2006

27 Rajah menunjukkan satu bongkah kayu

Antara bongkah kayu di bawah yang manakah lebih stabil berbanding bongkah yang
ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.

I II

III

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I , II dan III

15
LTS SET 3 2006

28 Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis tumbuhan M, N dan O dan keperluan asas yang
dibekalkan.

Pokok M – air cukup, cahaya matahari cukup, udara cukup

Pokok N – air kurang, cahaya matahari kurang, udara cukup

Pokok O – air cukup, cahaya matahari cukup, udara cukup, baja cukup

Berdasarkan penyataan yang diberikan di atas, manakah carta palang yang betul bagi
menunjukkan kesuburan pokok-pokok tersebut?

Kesuburan Kesuburan

A C

Pokok
M N O Pokok M N O

Kesuburan

B D

Pokok
M N O M N O
Pokok

16
LTS SET 3 2006

29 Rajah menunjukkan dua objek yang dibuat daripada logam.

Berdasarkan rajah, mengapakah lebih mudah menggunakan sudu berbanding syiling


untuk membuka penutup tin ?

A Sudu mempunyai pemegang yang pendek.


B Sudu lebih kuat berbanding syiling
C Sudu menggunakan prinsip tuas
D Sudu memerlukan sedikit daya.

30 Rahman ingin membawa bata naik ke bahagian X.

Pilih mesin ringkas mana yang sesuai digunakan.

I Satah Condong
II Tuas
III Takal
IV Gear

A I dan III sahaja


B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV.

17
LTS SET 3 2006

Bahagian B

[ 20 markah ]
Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat
menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

Jawab semua soalan


Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.

1 Jadual menunjukkan bilangan burung pipit yang datang ke suatu kawasan sawah padi
pada waktu yang tertentu.

Waktu Bilangan burung pipit (ekor)


Pagi 30
Tengah hari 10
Petang 30

(a) Tuliskan satu pemerhatian bagi eksperimen di atas.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )
(b) Berikan inferens kamu tentang pemerhatian di (a).

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………..
(1 markah )

(c) Nyatakan dua pemboleh ubah yang perlu dicatatkan dalam eksperimen di atas.

i. Dimanipulasikan

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )
ii. Bergerakbalas.

……………………………………………………………………………………………………..
(1 markah )
(d) Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan jadual di atas ?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )

18
LTS SET 3 2006

2 Rajah menunjukkan hasil eksperimen ke atas beberapa pin besi dengan menggunakan
3 batang magnet bar yang sama saiz tetapi berbeza kekuatannya.

35
30
25
Bilangan 20
pin yang Magnet
ditarik 15
10
5
0
A B C
Magnet

(a) Nyatakan tujuan eksperimen ini dijalankan.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )

(b) Nyatakan satu inferens tentang perbezaan bilangan pin yang ditarik oleh
magnet A berbanding magnet C.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )

(c) Apakah kesimpulan yang dapat dilakukan berdasarkan eksperimen di atas?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )

19
LTS SET 3 2006

3 Jamal telah menguji setiap jenis cecair di bawah dengan kertas litmus merah dan biru.
Dia mendapati setiap cecair menunjukkan kesan yang berbeza terhadap kertas litmus.

Jenis cecair

Cecair M Cecair N Cecair O


Kertas litmus merah Biru Biru Merah
Kertas litmus biru Biru Merah Biru

(a) Apakah tujuan eksperimen di atas ?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )

(b) Berdasarkan jadual di atas apakah pembolehubah-pembolehubah yang boleh


dikenalpasti ?

i)Dimanipulasikan………………………………………………………………..………………...

ii) Bergerakbalas …………………………………………………………………………….


(1 markah )

(c) Apakah hubungan antara kedua-dua pembolehubah yang kamu nyatakan di (b) ?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )
(d) Ramalkan perubahan kertas litmus jika bahan berikut digunakan.

……………………………………………………………………………………………………….
(1 markah )

20
LTS SET 3 2006

4 Profesor Dr. Auni telah menjalankan satu kajian mengenai perolehan cahaya lima buah
planet pada waktu siang. Graf di bawah merupakan sebahagian daripada laporannya.

Perolehan cahaya

Utarid Bumi Musytari Uranus Pluto (Planet)

( a) Apakah pemerhatian yang boleh dibuat tentang perolehan cahaya oleh planet Utarid
berdasarkan graf laporan di atas?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 markah )
(b ) Berikan inferens berdasarkan jawapan kamu di ( a)?

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………….
(1 Markah)

(c) Nyatakan hubungan antara pembolehubah eksperimen di atas.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
(1 Markah)
(d) Apakah corak perubahan perolehan cahaya planet-planet?

………………………………………………………………………………………………………
(1 Markah)
(e) Ramalkan apa yang berlaku jika cahaya matahari tidak diperolehi oleh Bumi?

………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………….
(1 Markah)

21
LTS SET 3 2006

B
A

Satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengkaji tentang kestabilan dua jenis rumah A
dan B yang terletak di kawasan yang sering di landa angin ribut.

Hasil penyiasatan mendapati rumah B lebih stabil dan tahan lama berbanding rumah A.

(a) Nyatakan 2 inferens berdasarkan perbezaan pemerhatian kamu.

i.……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

ii……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………..

(2 Markah)

‘’ Rumah A didapati akan tahan lebih lama jika bilangan tiangnya ditambah’’

(b) Berdasarkan maklumat di atas, tuliskan satu hipotesis.

…………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………..
(1 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

22