BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pendidikan Islam Sekolah Rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah :

i. ii. iii.

Pendidikan asas tilawah al-Quran Pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardhu ‘Ain Pemupukan amalan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam

iv.

Penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat

bidang

ini

hendaklah

disampaikan

dengan

berkesan.

Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk muridmurid agar mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.
1

rohani. iaitu merangkumi pengajaran pelbagai mata pelajaran yang bersangkut paut dengan ilmu-ilmu yang lazim dipanggil ilmu pengetahuan agama seperti fekah. sosial. budaya. Manakala yang kedua pula. bertanggungjawab. Pertama. Pendidikan Islam adalah satu usaha memimpin atau membimbing kepada kehidupan muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah sehingga membentuk keperibadian yang sejati. Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu. Pendidikan Islam yang bersifat umum dan meliputi segala aspek pendidikan iaitu jasmani. berketerampilan. Salleh (1984:59). Pendidikan Islam dalam pengertian terhad. Selain itu. beradab. berakhlak mulia. ia merangkumi seluruh kehidupan manusia daripada buaian hingga liang lahad. dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. beramal soleh.Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu. sains dan lain-lain. politik. beriman. . faraid dan lain-lain terutamanya yang bersangkut paut dengan perkara-perkara yang bersifat fardhu ain dan fardhu kifayah. tauhid. amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu. Pendeknya. beriman. berketerampilan. menurut Ahmad Haji Mohd. ekonomi. beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara. Menurut Hasan Langgulung (1995 : 125) Pendidikan Islam merupakan dua istilah yang berbeza yang seringkali dicampuradukkan penggunaannya.

Solat yang difardhukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam. dalam surah an-Nisa’ ayat 103 : 3 . Dari segi syarak. Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Perkataanperkataan di dalam solat dikenali sebagai rukun qauli.w. Ibadat solat terangkum di dalam bahagian amalan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang diletakkan dalam bab khas iaitu Bab Asas Ulum Syariah.t.Manakala pendidikan pula ialah proses membentuk keperibadian manusia. solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam solat dikenali sebagai rukun fi‘li dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbi. Oleh itu. Solat telah disyariatkan pada malam Israk setahun sebelum Hijrah. Fiman Allah s. Ia juga merupakan satu daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh. Salah satu komponen pembelajaran Pendidikan Islam adalah mempelajari ibadat solat. Pendidikan agama dapat membantu murid-murid ataupun masyarakat dalam proses membentuk kehidupan yang sempurna di samping dapat meningkatkan pengetahuan agama dengan lebih mendalam untuk diaplikasi dalam kehidupan. melahirkan manusia yang dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan Pencipta alam dan alam itu sendiri. murid-murid tidak rugi menguasai kesemua mata pelajaran tersebut kerana bukan hanya belajar di sekolah tetapi hingga ke peringkat tinggi sekali pun masih diperlukan.

$Y?qè%öq¨B ÇÊÉÌÈ maksudnya : “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). solat juga dapat melahirkan perasaan seorang hamba bahawa diri mereka sentiasa diperhatikan oleh Allah. Selain itu.t di dalam surah al-Ankabut ayat 45 : ã@ø?$# !$tB zÓÇrré& y7øŒs9Î) ŒÆÏB É=»tGÅ3ø9$# ÉOÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# ( ŒcÎ) no4qn=¢Á9$# 4ŒsS÷Zs? ÇÆtã Ïä!$t±ósxÿø9$# ̌s3ZßJø9$#ur 3 ãŒø.Ï%s!ur «!$# çŒt9ò2r& 3 ª!$#ur ÞOn=÷ètŒ $tB tbqãèoYóÁs? ÇÍÎÈ maksudnya : “Bacakanlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari kitab Quran ini dan dirikanlah solat.sŒÎ*sù ÞOçFøŒŒÒs% #YŒqãèè%ur no4qn=¢Á9$# 4Œn?tãur (#rãŒà2øŒ$$sù öNà6Î/qãZã_ 4 ©!$## $VJ»uŒÏ% #sŒÎ*sù öNçGYtRù'yJôÛ$# (#qßJŒÏ%r'sù no4qn=¢Á9$# 4 ¨bÎ) no4qn=¢Á9$# ôMtR%x. maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman.w. solat dapat melahirkan seseorang yang berakhlak mulia sebagaimana firman Allah s. Oleh itu. Œn?t㠌úüÏZÏB÷sßJø9$# $Y7»tFÏ. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan . yang tertentu waktunya”.

mungkar. Dalam aspek penilaian. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. ruj : Kp5206/8/70 Jld. PAFA dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Perlaksanaan penilaian PAFA ini berdasarkan peraturan berikut : i. PAFA ialah : “Beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu ’Ain. dan calon diberitahu lebih awal. dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PAFA mula dilaksanakan pada Sesi 1994/1995. yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid benar-benar mengetahui. 4/1994.13/(14) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H). ii. sedangkan mengingati Allah lebih besar. yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Ujian Amali Solat Fardhu dinilai ketika murid-murid di Tahun 5 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 2 bagi sekolah menengah. Penilaian Menengah Rendah (PMR). murid dinilai dari segi kefahaman yang betul tentang perlakuan serta pengamalan solat dan boleh mengamalkannya sekira-kira ‘sah’ pada tahap yang paling asas dan minimum. Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syarak”. Melihat kepada kepentingan solat. maka aspek amali solat terdapat di dalam Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) yang wajib dilaksanakan di sekolahsekolah. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan”. dan tidak ada 5 . Soalan penilaian telah ditetapkan.

Calon adalah diakui lulus PAFA apabila berjaya memahami dan mengamalkan semua soalan yang ditetapkan. iv. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali. Walau bagaimanapun. vi. dan bimbingan yang secukupnya untuk memperbetul dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan. dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan. sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan betul dan sempurna.kerahsiaan.2 Latar Belakang Kajian . peluang. Kementerian Pelajaran akan melaporkan pernyataan “LULUS atau “GAGAL” : PERKARA ASAS FARDHU ’AIN” dalam keputusan dan sijil peperiksaan. Murid diberikan masa. v. iii. pernyataan tersebut tidak mengubah atau memberikan kesan terhadap status quo dalam sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang diambil oleh murid. Tempoh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan. 1.

Persepsi murid dibahagikan kepada 6 aspek utama iaitu minat. perbezaanperbezaan tersebut tidak signifikan. Hafidzah bte Md Shah (2004) pula berpendapat faktor diri.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri bagi zon Pudu. Kajian Zaib bin Ngah (2002) merumuskan bahawa persepsi murid ada kaitan terhadap pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA. faktor masyarakat persekitaran. Sekiranya rangsangan negatif yang diterima. tahap pencapaian Pendidikan Islam dalam PMR. penghayatan. faktor keluarga. namun secara statistik. pelaksanaan dan juga motivasi. kefahaman. maka kemungkinan besar murid tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya bacaan amali solat yang terkandung dalam ujian PAFA apatah lagi untuk melaksanakannya dengan baik. pengamalan. Walaupun terdapat perbezaan min di antara pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan itu. Kebolehan menguasai bacaan amali solat memerlukan dorongan daripada faktor-faktor tersebut. Umumnya dapatan kajian mendapati persepsi murid terhadap pelaksanaan PAFA di sekolah adalah positif. 7 . tahap pencapaian al-Quran dan tahap pencapaian jawi tidak memberi kesan kepada persepsi murid terhadap pelaksanaan PAFA di sekolah. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa jantina. aliran sekolah. faktor rakan dan faktor sekolah memberi kesan kepada pelaksanaan ujian bacaan amali murid-murid. Kuala Lumpur dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan ujian bacaan amali solat.

Ia memerlukan usaha . jelaslah bahawa pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah. Sekiranya murid menekankan aspek pengamalan solat dalam kehidupan seharian. Hasil kajian beliau. lokasi tempat tinggal dan aliran sekolah ada kaitan dengan perbezaan tahap kefahaman perkara asas fardhu ‘ain yang merangkumi aspek akidah. kemungkinan besar tahap penguasaan bacaan amali juga akan bertambah baik. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman perkara asas fardhu ‘ain dan amalannya di kalangan murid berdasarkan faktor jantina. Hasil kajian beliau juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman perkara asas fardhu ‘ain dengan amalannya di kalangan murid. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam akhlak murid berdasarkan jantina dan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM. tahap amalan solat dan tahap akhlak murid sebenarnya saling berhubung kait antara satu sama lain. Berdasarkan kajian-kajian ini. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud hubungan di antara amalan solat dengan akhlak murid-murid. lokasi tempat tinggal dan jenis aliran sekolah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak bagi membantu murid-murid menghadapi ujian amali PAFA seterusnya mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka. didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian dalam Pendidikan Islam untuk SPM.Shairozi bin Hashim (2006) berpendapat faktor jantina. ibadah dan akhlak serta amalannya di kalangan murid. Menurut Siti Rokiah Binti Abdul Ghani (2007).

Sekiranya murid-murid mengamalkan solat fardhu lima kali sehari secara berterusan. Masalah ini menjadi lebih ketara ketika dijalankan ujian bacaan dalam amali solat fardhu. Abd.semua pihak bagi mewujudkan penambahbaikan strategi untuk murid dan guru. Halim (2000) mendapati bahawa. Guru terpaksa mencari 9 . 1. Sekiranya masalah ini masih berlarutan. Manakala dapatan kajian yang dilakukan oleh Rasid et al. sewajarnya mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan hafazan bacaan amali solat. Sekurang-kurangnya mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk melancarkan hafazan bacaan solat mereka sebagai persediaan. misalnya mengambil kedatangan murid ke surau dan guru sentiasa memerhati amalan murid. Antara sebab berlaku hal ini kerana tajuktajuk yang perlu dipelajari dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 agak banyak untuk dipelajari.3 Pernyataan Masalah Terdapat murid Islam Tahun 5 mengambil masa terlalu lama untuk membuat persediaan setiap kali mereka diuji dalam PAFA terutama ketika ujian amali solat. tahap penghayatan solat bagi murid aliran agama adalah amat memuaskan (100.0 %). Kebiasaannya guru Pendidikan Islam akan melaksanakan ujian PAFA di luar waktu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. (1999) mendapati hanya 52. Pelbagai langkah dan kaedah telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini.7 peratus pelajar di Institusi Pengajian Tinggi mendirikan solat dengan lengkap lima waktu sehari semalam. Kajian Mohd.0 %) berbanding murid bukan aliran agama (75. dikhuatiri pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 5 akan terganggu.

Begitu juga murid yang belum menyelesaikan ujian PAFA akan sentiasa diminta untuk menghadiri masa pengujian luar waktu pembelajaran sedangkan mereka juga terbeban dengan aktiviti lain persekolahan termasuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran lain. Bebanan ini terjadi kerana muridmurid Tahun 6 akan berhadapan dengan dua peperiksaan besar iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi yang bersekolah rendah agama di sebelah petang. Kesemua faktor yang dinyatakan di atas menyebabkan pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA murid kurang keberkesanannya dalam memupuk penguasaan murid . Tambahan pula. penangguhan ujian PAFA Tahun 5 ke Tahun 6 turut menjadi beban kepada murid-murid tersebut ketika mereka Tahun 6.waktu alternatif lain yang difikirkan sesuai untuk aktiviti pengujian tersebut sedangkan mereka terpaksa juga memikirkan bagaimana untuk menghabiskan topik dalam sukatan Pendidikan Islam Tahun 5. Keadaan ini akan membuatkan tumpuan terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) terganggu serta boleh mengakibatkan mereka akan memperolehi keputusan yang rendah. sekiranya ujian PAFA bagi Tahun 5 tidak dapat diselesaikan ketika murid-murid masih di Tahun 5. ujian PAFA tersebut akan ditangguhkan ke Tahun 6. Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru Pendidikan Islam Tahun 6 akan terbeban kerana terpaksa menguji kod Ujian PAFA Tahun 5 yang belum diselesaikan serta Ujian PAFA Tahun 6 yang perlu dijalankan. Selain itu.

mengenal pasti sikap murid terhadap pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi : i. Justeru itu. 1. mengenal pasti amalan guru dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA. kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA dan seterusnya mengesan masalah yang dihadapi. ii. iii. mengesan masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA. 1.5 Persoalan Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan berikut : 11 .terhadap amali solat.

penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru Pendidikan Islam. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ? 1. Dapatan ini memberi gambaran bagaimana murid dan beberapa faktor yang lain memberi kesan kepada pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA. Selain itu. kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru besar. Kajian ini juga diharap dapat membantu guru Pendidikan Islam merancang aktiviti yang sesuai bagi menangani murid yang bemasalah dalam penilaian PAFA serta mengurangkan masalah-masalah yang sering timbul dalam . Apakah amalan guru dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ? ii.6 Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar tentang peratus murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri yang bermasalah dalam menguasai bacaan amali solat Ujian Perkara Asas Fardhu Ain.i. Bagaimanakah sikap murid terhadap pendidikan ibadah solat dalam program PAFA ? iii. penolong kanan Tadbir dan Kurikulum (TK). Diharapkan pengetahuan ini akan dapat membantu tindakan susulan yang perlu dilakukan dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA murid. Sejauh manakah pencapaian murid dalam perlaksanaan komponen pendidikan ibadah solat melalui program penilaian PAFA ? iv.

1. Kajian-kajian lanjutan boleh diteruskan dengan menggunakan informasi yang terdapat dalam kajian ini. Sekolah ini dipilih kerana lokasinya 13 . merancang program lanjutan dan strategi untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA. Kuala Lumpur.kalangan murid. Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kadar murid yang dapat menguasai bacaan amali solat PAFA. sikap murid dan masalah yang mempengaruhi pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA oleh murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.7 Batasan Kajian Kajian ini terhad bagi mengenal pasti amalan guru. Bahagian Pendidikan Islam dan Kementerian Pelajaran Malaysia juga dapat menggunakan kajian ini sebagai platfom untuk merangka. Manakala ibu bapa dan penjaga murid dapat menggunakan pengetahuan yang didapati hasil dari kajian ini untuk membimbing dan membantu murid dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan memberikan maklumat kepada penyelidik-penyelidik yang berminat dengan isu ini.

walaupun isu tahap penguasaan bacaan amali solat PAFA merupakan kes kecil di sekolah ini serta tidak menjadi masalah besar.8. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada masalah pelaksanaan ujian bacaan amali solat PAFA yang mungkin berlaku pada lain-lain sekolah di Kuala Lumpur malah di sekolah-sekolah dalam Malaysia juga atau dalam erti kata yang lain ianya tidak boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama berlaku di semua sekolah di Malaysia. ia tetap menjadi minat pengkaji untuk mengenal pasti perkara yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan murid. perbuatan yang biasa dilakukan atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan (Kamus Dewan Edisi Empat).yang berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur. Amalan guru merujuk kepada kebiasaan perbuatan guru dalam melaksanakan sesuatu . Selain itu.1 Amalan Guru Amalan ialah perihal perbuatan yang baik atau buruk.8 Definisi Operasional Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi menerangkan dengan lebih terperinci maksud dan kehendak penyelidik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. 1. 1.

Dalam konteks kajian ini. Tahap penguasaan murid ini akan diukur dengan menggunakan instrumen soal selidik yang disediakan oleh pengkaji. penguasaan yang dikehendaki ialah daripada sudut kemampuan murid menghafaz bacaan ayat-ayat amali solat dalam ujian PAFA.8. 15 . bacaan yang dihafaz oleh murid adalah maklumat yang terdapat di dalam buku ujian PAFA Sekolah Rendah. 1. 1.8.4 Bacaan Bacaan pula dapat didefinisikan sebagai cara untuk mendapatkan maklumat dari bahan bertulis.8. pandangan atau keyakinan yang berdasarkan sesuatu pendapat.3 Penguasaan Penguasaan ialah perihal seseorang yang menjadi mahir serta mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara.aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau luar kelas. 1. Sikap murid ialah perbuatan atau pendapat murid yang mungkin ditunjukkan melalui perkataan atau dilahirkan melalui perbuatan terhadap sesuatu perkara. Dalam konteks kajian ini.2 Sikap Murid Sikap ialah perihal perbuatan.

8. yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.8. amali solat adalah perkara yang diuji dalam ujian PAFA Sekolah Rendah. .1. Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) ialah : “Beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu ’Ain. yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid benar-benar mengetahui. 1.5 Amali Solat Amali Solat pula dapat didefinisikan sebagai berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam sembahyang orang Islam.6 Ujian Perkara Asas Fardhu ‘Ain (PAFA) Ujian PAFA dapat didefinisikan sebagai Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah. memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Dalam konteks kajian ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful