ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 2.0 3.0 4.0

PENDAHULUAN DEFINISI ISTILAH SEJARAH ORIENTALIS GERAKAN ORIENTALIS DI TIMUR : SATU GERAKAN TERANCANG

1 2 4

5

5.0

FAKTOR ORIENTALISME MEMPELAJARI HAL KETIMURAN 15 18 20 21

6.0 7.0

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRIN ORIENTALIS KESIMPULAN

RUJUKAN

2

1.0

Pendahuluan

Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar dan media massa selalu sahaja mengejutkan umat dengan berbagai bentuk tulisan dan pola pemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang membelakangkan nilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu Islam. Persepsi Islam di kalangan segolongan cendikiawan bukan merupakan asas untuk menilai sesuatu; samada perkara atau gejala. Jika uniform anak-anak sekolah dibincangkan, maka yang menjadi asas penilaian adalah aspek ekonomi dan psikologinya sahaja. Kalau soal pembangunan yang dibincangkan maka yang dilihat adalah aspek teknologi dan pragmatiknya sahaja, tanpa melihat sudut agamanya. Islam bagi sesetengah pihak bagaikan bayang yang tidak punya kenyataan. Ia bukan suatu perspektif yang patut disorot. Mengapakah pertimbangan Islam selalu dilupakan atau disingkirkan oleh elit muslim berkenaan. Sudah tentu persoalan ini perlu dicarikan jawabannya oleh mereka yang prihatin. Permasalahan inilah barangkali yang disebabkan oleh agen-agen imprealis dari segolongan orientalis, journalis, akademis, zionis, pendakyah kristian dan koncokonconya. Oleh itu wajarlah disorot peranan golongan di atas secara terpeinci agar dapat dicari jalan yang sesuai untuk mengatasinya. Dalam kesempatan yang terhad ini penulis hanya menyorot peranan orientalis dan gerakan kristianisasi secara khusus untuk memenuhi hasrat penganjur simposium. Selaras dengan tujuan itu kertas ini akan membincangkan pengertian orientalisme, peranan orientalis, motivasi penyimpangan mereka, kesan gerakan orientalis dan kristianisasi terhadap umat Islam dan akhirnya langkah-langkah menghadapi gejala serta masalah yang dihasilkan oleh gerakan tersebut.

3

2.0

Definisi Istilah

2.1

Orientalis dan orientalisme

Asal kata orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut al-istisyraq, ertinya mengarah ke Timur dan memakai pakaian masyarakatnya. Dalam bahasa Latin, orient bermaksud mempelajari dan mencari sesuatu dan dalam bahasa Inggeris, orient merujuk kepada Asia Timur. Pelbagai definisi dan konsep diberikan terhadap perkataan “orient” , ” orientalis” dan “orientalisme”, tetapi yang terkini selalu mempunyai banyak makna. Ketika Timur ditemui oleh Sarjana Perancis dan British pada akhir abad ke-8, istilah “orient” menurut Elzain (2008) digunakan untuk merujuk kepada India, Japan, China, Egypt, Mesopotamia dan Tanah Suci. Dalam pemikiran popular orang-orang Eropah, “orient” itu adalah satu tanah yang ajaib dan makhluk-makhluk eksotik, dihuni oleh orang-orang kejam dan primitive. Gambaran ini untuk sebahagian besar, diberi oleh masyarakat Eropah yang hidup pada kurun yang panjang iaitu zaman pertengahan yang mana pemikiran mereka pada waktu itu dipengaruhi oleh ketidakmampuan mereka untuk berfikir secara mendalam dan tidakterdedah kepada dunia luar. Pengertian yang diberi sebelum ini walaubagaimanapun menurut Elzain, adalah berubah di dalam fikiran orang Eropah, perkataan tersebut merujuk kepada dunia mereka (orang Eropah) yang mereka temui dalam mencetuskan konflik oleh pencerobohan Muslim Sepanyol dan Sicily dan kemudian empayar Uthmaniyyah di Balkan dan Asia Minor. Namun walaubagaimanapun, pengetahuan awal orang Eropah berkaitan perkataan orient ini menurut MacKenzie (1995) adalah diambil daripada pengetahuan klasik, agama dan sumber-sumber al-kitab, mitologi dan cerita-cerita pengembara.

4

Orientalis menurut ‘Abdul Mun’im (2008) ialah kumpulan sarjana-sarjana Barat, Yahudi, Kristian, Atheis dan lain-lain, yang mendalami bahasa-bahasa Timur (bahasa Arab, Parsi, Ibrani, Suryani dan lain-lain), terutama mendalami bahasa Arab secara mendalam. Kajian ini mereka gunakan untuk memasukkan idea-idea dan fahaman yang batil ke dalam ajaran Islam agar aqidah, ajaran dan Da’wah Islam merosot, berkurang pengaruhnya terhadap masyarakat, tidak berbekas dalam kehidupan, tidak mampu mengangkat darjat kemanusiaan, tidak berperanan lagi untuk melepaskan manusia dari perhambaan pada makhluk, dan tujuan Islam tidak kunjung tercapai dalam mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju kepada cahaya. Hendro Orasetyo (1994), mengatakan orientalisme sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya. Adnan M.Wizan (2003) pula mengatakan orientalisme atau kajian ketimuran, secara terminologi, biasanya sepadan dengan paradigma berfikir, atau lebih tepatnya, pengkajian terhadap peradaban masyarakat Timur secara umum, dan peradaban Islam dan masyarakat Arab secara khusus. Orientalisme menurut ‘Abdul Mun’im (2008) lagi ialah satu gerakan yang timbul di zaman moden, secara zahirnya bersifat ilmiah iaitu yang meneliti dan menperdalami masalah ketimuran. tetapi, disebalik penelitian tersebut mereka berusaha memalingkan masyarakat Timur dari kebudayaan Timurnya, berpindah mengikut keinginan aliran kebudayaan Barat yang sesat dan menyesatkan. Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang perkataan orientalis dan orientalisme, namun kita tahu bahawa yang dimaksudkan dengan orientalis itu ialah orang-orang Barat atau Eropah yang mengkaji tentang dunia Timur dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Orientalisme pula lebih kepada gerakan yang mendalami dan mendekati dunia Timur. 2.2 Dunia Timur

5

Dunia Timur adalah dunia yang meliputi benua Asia. Negara-negara Arab, Israel dan Turki dikategorikan sebagai Negara Timur Tengah atau kadangkala Timur Dekat. Sementara itu Negara-negara Asia di sebelah Timur India disebut sebagai Timur jauh.

Kesimpulannya, gerakan orientalis di Timur bermaksud, sebuah usaha mendalami dunia Islam di Timur dengan tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang ingin dicapai. 3.0 Sejarah Orientalis

Kemunculan awal orientalis agak sukar dikenalpasti . Sebahagian sejarahwan berkecenderungan bahawa orientalisme bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Spanyol). Manakala sebahagian yang lainnya mengatakan ketika terjadinya Perang Salib. Menurut Turner (1994), minat awal terhadap Timur ini adalah kerana kaitan keagamaan. pada awal abad ke-14 M, Badan Gereja Vienna telah menubuhkan sejumlah kerusi university untuk mempromosi pemahaman tentang bahsa-bahasa dan budaya Timur . Perdagangan, keagamaan, persaingan ketenteraan merupakan pendorong utama dalam minat awal terhadap Timur. Usaha ini pada mulanya hanyalah bertujuan untuk akademik dan dengan demikian hanya terbatas pada bahasa dan budaya, tetapi pada akhir abad ke-15, Vasco da Gama telah menjumpai laluan dari Capetown menuju ke Asia dan ini secara tidak langsung telah meluaskan pengetahuan rakyat Eropah tentang dunia luar iaitu Timur. Elzain (2008) menyatakan, pada abad ke-18 dan ke-19, kajian-kajian secara mendalam tentang Timur dan penduduknya telah diterbitkan di Eropah. Ekoran itu, Negara-negara Barat yang lain seperti Britain, Perancis, dan Jerman telah sama-sama terlibat dalam institusionalisasi dan pembangunan berkaiatn dunia Timur. tentang pengetahuan ketimuran dengan mewujudkan Pusat kajian masyarakat dan akademik yang khusus dalam kajian

6

Gerakan orientalis boleh dikatakan pada mulanya dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian, tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran Imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.

4.0

Gerakan Orientalis di Timur : satu gerakan terancang

Sorotan sejarah dan catatan telah banyak membuktikan, orientalis sememangnya mempunyai niat dan rancangan yang tersembunyi terhadap dunia Islam, khusunya dunia Timur. Sejak awal lagi kita dapat melihat mereka ini bersepakat dalam melopori kajian berkaitan Timur dan telah banyak pusat-pusat kajian khusus berkaitan Timur ditubuhkan di serata tempat. Melalui bahagian ini nanti, kita akan lihat satu persatu perancangan yang dilakukan oleh para orientalis dalam usaha mereka menguasai Timur. 4.1 Agama / Kristianisasi

Keagamaan menjadi sebab utama dan terawal bagi para orientalis dalam usaha mereka mempelajari tentang Dunia Timur. Permusuhan Eropah terhadap Islam telah lama bermula iaitu sejak kedatangan Islam lagi. Islam yang pada suatu ketika membangun atas aqidah yang satu itu telah memberikan satu tanggapan yang baik di mata dunia pada ketika itu sehingga menimbulkan kebencian dan hasad dengki di kalangan orang-orang Eropah. Kedatangan Islam juga dikatakan menggugat agama mereka pada masa tersebut iaitu, agama Kristian. Bertitik-tolak daripada itu, perseteruan pun mulai bergelojak dan mereka tidak pernah menang. Nama-nama tokoh Eropah yang terang-terangan mengungkapkan keinginan untuk melawan Islam adalah seperti Louis Mansinion, Job, Leo III, Johannes, Abdul Maish al-Kindi, Petrus Venerabili dan lain-lain. Perancangan mubaligh-mubaligh Kristian di Barat telah dibuat. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat suatu kesefahaman mutlak di kalangan mubaligh Kristian kurun ke-13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam. Seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas mereka. Persefahaman yang telah

7

diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak, itu merupakan faktor penting dalam perkembangan orientalisme, pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya orientalisme. (Hamdi Zaqzuq, 1983 : 27) Satu lagi bukti melalui tulisan Hamdi (1983), tentang kajian ketimuran yang bercambah di Eropah pada abad-abad pertengahan adalah didorong oleh pertentangan agama dan suasana Perang Salib. Pengaruh dan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmi pembentukan kerusi pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England iaitu pada 9 Mei 1636 M oleh pengasasnya. Antara intipati yang terkandung dalam nota tersebut ialah mengenai kesedaran mereka terhadap usaha yang dilakukan selama ini bukan bertujuan untuk mendekati kesusasteraan yang baik mahupun objektif akademik yang lain, bahkan untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dari seruan kepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan. Rojer Bacon (1214-1294 M), antara orientalis yang begitu mementingkan ajaran ketimuran ini untuk tujuan pengkristianan dan beliau menganggap hanya melalui gerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengan tujuan ini, maka harus dipenuhi syarat berikut iaitu memahami bahasa-bahasa penting, mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbezaan antara satu sama lain serta mengkaji hujah-hujah lawan agar dapat ditumpaskan. Selain itu, kekalahan dalam Perang Salib telah membuatkan orang Eropah berdendam terhadap kaum Muslim. Sejarah menyaksikan peperangan yang begitu lama terjadi iaitu dari 1095 M hingga 1291 M. 4.2 Aspek Ekonomi

Kolonialisme dan tindakan menguasai negeri dan bangsa lain telah dilakukan oleh beberapa bangsa Barat, kemudian mereka digantikan oleh bangsa-bangsa barat yang lain.

8

Mereka mencari daerah jajahan dan pasaran bagi barang-barang hasil industrinya, di samping ingin mencari kehormatan dan kejayaan untuk mengibarkan bendera kebangsaan yang sangat dibanggakannya itu di negeri bangsa-bangsa lain. Alam melayu khususnya di kawasan nusantara dan Asia Tenggara tidak terlepas dari cengkaman syaitan al-akbar ini. Gerakan ini akan menyerang dengan pelbagai cara dan taktik yang boleh mencengkam kalbu seseorang dan menariknya terus masuk ke dalam agama yang tidak mendapat redha dari Allah. Dari aspek ekonomi, mereka boleh menyebarkan ideologi mereka menggunakan kuasa ekonomi. Taktik-taktik tersusun para mubaligh Kristian ini berjaya meracuni orang-orang Islam dengan pelbagai cara, bermula dengan pembinaan sekolah-sekolah, klinik-klinik, pusat-pusat kebajikan di gereja yang kononnya semua ini dibuat sematamata untuk membantu fakir miskin. Berjuta-juta ringgit telah mereka belanjakan untuk mencapai hasrat mereka menyesatkan orang-orang Islam yang miskin di kawasan luar bandar. Mereka menggunakan kuasa ekonomi untuk ‘membeli’ harga nilai Islam yang ada pada setiap individu yang hidup susah dengan menghulurkan bantuan supaya ideologi mereka diterima oleh semua orang. Faktor daripada sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi yang banyak di Timur juga menjadi sasaran golongan ini. Menguasai Timur bermakna memonopoli kekuatan ekonomi dunia. Selain itu, mereka mahu memecah-belahkan kekuatan ekonomi yang dibina oleh saudagar-saudagar Islam, khasnya dari Tanah Arab. Hal ini jika diteliti negara-negara Islam adalah negara yang kaya kerana terdapatnya bahan mentah yang banyak, contohnya Iraq pengeluar minyak terbesar dunia yang mana telah cuba ditakluki dengan pelbagai propaganda. Kegiatan orientalis ini adanya kerjasama mereka dengan golongan yang digelar missionary dalam menjayakan agenda mereka. Di samping menyebarkan agama mereka, mereka juga mengambil manfaat ekonomi untuk kepentingan mereka dan negara mereka sendiri. Insitusi agama, politik dan ekonomi di Barat kini memainkan peranan yang sama dengan peranan raja-raja Eropah masa lampau dengan membiayai kerja orientalis. Mereka mengajukan biasiswa dan bantuan serta hadiah yang banyak kepada golongan

9

orientalis bagi membantu kegiatan mereka untuk memusnahkan Islam di muka bumi ini. Yayasan Ford umpamanya menganugerahkan bantuan besar kepada Richard Mitchell untuk menyiapkan tesis Ph.D nya mengenai Ikhwan Al-Muslimin. Sejarah orientalisme menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungkait yang rapat dengan ‘needs and goals’ golongan Kolonialisme dan juga rencana missionary Kristian. Ianya berlanjutan sehingga ke hari ini dan sekarang ini menjadi sebahagian strategi ‘geo political’ kebanyakan kerajaan Barat dan perkhidmatan perisikan mereka untuk mengkaji dan menyusun strategi bagi menghadapi Islam. 4.3 Aspek Politik

Dorongan ini menonjol pada masa sekarang sesudah negeri-negeri Islam dan negerinegeri Timur umumnya mencapai kemerdekaannya. Pada masa sekarang, setelah berkembang blok timur dan blok barat, maka masing-masing dari mereka berusaha mempengaruhi akan masyarakat di mana mereka ditempatkan untuk keuntungan politik dari negaranya. Islam bagi Barat adalah peradaban di masa lalu yang telah tersebar dan menguasai peradaban dunia dengan begitu cepat. Barat yang baru bangkit dari kegelapan melihat Islam sebagai ancaman langsung yang besar bagi kekuatan politik dan agama mereka. Sebab itu harus di selesaikan segera. Barat sedar bahwa Islam bukan hanya memiliki istina-istana megah, bangunan-bangunan monumental, tapi Islam juga adalah ilmu pengetahuan, politik, ekonomi dan peradaban. Mereka pun segera merebut khazanah ini untuk kepentingan mereka, sekaligus untuk menakluki Islam. Kemudian motif politik ini menjadi motif bisnes atau perdagangan yang kemudian menjadi kolonialisme. 4.4 Aspek Keilmuan

Islam hari ini secara terancang diserang dari segala sudut sama ada secara fizikal ataupun minda. Musuh yang cuba mencari jalan untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah berputus asa dan luntur semangatnya. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah serta

10

bersiap sedia melaksanakan propaganda agar segala arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan oleh penganutnya sendiri. Ini yang sedang dan telah dilakukan oleh golongan bijak pandai dan strategis bukan Islam terutamanya golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam agar mereka berasa sangsi, ragu-ragu dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan. Keadaan ini adalah kesinambungan dan bukti bahawa sejak dahulu lagi para orientalis sentiasa komited menyerang agama Islam melalui tulisan dan perbincangan akademik sama ada di dalam dan luar pusat pengajian tinggi yang boleh didapati di dalam banyak medium seperti tesis, buku, jurnal, majalah dan tulisan di atas talian internet. Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuklah mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran serta terjemahannya; periwayatan hadis, sunnah dan sirah Rasulullah; mempersenda tradisi penulisan buku-buku ilmiah karangan ulama muktabar; ketidak relevanan kaedah-kaedah fiqh dan sebagainya. Melalui kajian, pemerhatian dan penyelidikan mereka yang cukup sistematik membolehkan mereka menguasai hampir setiap disiplin penting dalam induk pengajian ilmu-ilmu Islam. Ini akan memudahkan lagi usaha mereka menyerang dan meracuni pemikiran umat Islam hari ini dalam segala aspek. Melalui metodologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik juga, mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku di dalam penulisan karya agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya terutamanya melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan mereka dari dalam dan luar negara. Menurut Dr. Atikullah Abdullah dalam makalah yang bertajuk ‘Orientalis Timbulkan Was-Was Terhadap Islam’ bahawa perkataan orientalis mempunyai banyak makna. Menurut sarjana besar seperti Edward W. Said dalam magnum opusnya

11

‘Orientalisme’ di mana orientalis merujuk kepada sesiapa sahaja khususnya orang Barat yang mengajar, menulis atau mengkaji tentang hal ehwal timur. Dalam pengertian khusus, orientalisme lebih merujuk kepada gerakan pengkajian hal ehwal Islam dan masyarakat Muslim oleh orang Barat sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau untuk tujuan keagamaan dan politik. Terdapat pelbagai tujuan dan misi gerakan orientalis ini yang antaranya meliputi aspek keagamaan, akademik, perniagaan, ekonomi dan politik. Manakala menurut Mahmud Hamdi Zaqzuq pula, orientalis adalah mereka yang mengkaji Islam atas nama akademik tetapi terselit niat jahat untuk memasukkan jarum mereka bagi mengelirukan masyarakat Islam tentang agama mereka dan golongan ini kebanyakannya terdiri daripada kakitangan gereja. Terdapat orientalis yang hanya mencari upah membuat kajian untuk kepentingan negara mereka sama ada dari segi ekonomi, penjajahan politik dan sebagainya. Keadaan ini banyak berlaku ketika zaman penjajahan ketika emperialisme British, Belanda dan sebagainya. Golongan ketiga ialah orientalis yang mengkaji Islam secara objektif dan mereka berpegang kepada prinsip akademik yang hanya berminat mencari fakta kebenaran seperti Edward William Lane yang menghasilkan kamus Arabic-English Lexicon. Beliau diiktiraf sebagai sangat berautoriti dalam nahu Arab dan dirujuk oleh pakar nahu Arab sendiri. Di samping itu, orientalis A.J. Wensink menghasilkan Mu’jam al-Hadith alNabawiyy iaitu sebuah karya lengkap dan sangat bermanfaat untuk pengkaji dan pencari asal-usul sesuatu hadis. Namun begitu, sebahagian besar mereka dilihat aktif memainkan peranan meracuni pemikiran umat Islam agar tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam, walaupun tidak meninggalkannya terus. Manakala menurut Mazlan Zainal (2003), pelbagai keraguan dan syak wasangka ditimbulkan khususnya tentang asas dan sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan asSunnah. Seorang orientalis bernama Joseph Schacht berpendapat bahawa sunnah tidak semestinya dikaitkan dengan Rasulullah S.A.W. malah ia dimaksudkan juga tradisi dan pembawaan hidup masyarakat. Beliau bersama-sama para orientalis lain seperti A. Guillaume, Ignaz Goldziher dan S. Mackensen Ruth mempertikaikan autoriti hadis dan menganggapnya sebagai rekaan sahaja.

12

Selanjutnya menurut Joseph Schacht, hadis berkenaan dengan undang-undang adalah direka dan hanya dianggap sahih mulai pertengahan abad kedua hijrah dan ke atas sahaja. Tambahan pula, Ignaz Goldziher yang dianggap sebagai seorang tokoh orientalis yang paling terkemuka dalam bidang hadis serta paling berbahaya telah menyatakan pandangannya bahawa sebahagian besar hadis adalah lahir daripada perkembangan semasa dalam agama Islam, sama ada dari segi agama, sejarah dan sosial pada abad pertama dan kedua hijrah. Menurutnya, ini bererti kebanyakan hadis bukannya sahih datang daripada Rasulullah S.A.W., sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam pada zaman kecemerlangannya. Oleh itu, hadis pada pandangannya tidak boleh dijadikan sebagai sumber asas dalam agama Islam tetapi hanya sebagai bahan penting kepada keteranganketerangan sejarah perkembangan pelbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian di bawah pengaruh bukan Islam. Kefahaman yang salah dan mengelirukan ini turut mempengaruhi umat Islam sehingga muncul beberapa gerakan dan kumpulan anti-hadis yang menjadi keresahan di dalam masyarakat. Oleh yang demikian, melihat kepada peranan aktif yang dimainkan oleh golongan orientalis yang sangat bahaya kepada masyarakat dan negara serta usaha mereka yang tidak pernah terhenti meracuni pemikiran umat Islam selama ini mewajarkan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga menyekat dan memantau gerakan ini daripada terus merebak terutamanya dalam bidang penulisan, penerbitan serta dialog di laman internet di negara kita. Umat Islam sendiri perlu bijak memilih antara yang baik dan buruk serta harus melaksanakan self-sensorship agar tidak terpedaya atau terperangkap di dalam sangkar intelektual ciptaan orientalis.
Jenis kumpulan Orientalis:

1.

Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis

kumpulan orientalis ini banyak mereka cipta kisah bohong dan fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.

13

2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut ekonomi dan politik serta penjajahan baru. 3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka. 4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan profesional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesahihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain. 5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan profesional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana sesetengahnya membawa mereka kepada Islam. Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan pelbagai aspek ketimuran yang islami. Perkara yang dijadikan objek studi ini mencakupi peradaban agama seni sastera bahasa dan kebudayaan. Gelombang pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan mengungkapkan kemunduran bentuk pemikiran dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dengan Barat. Sejarah kemunculan awal orientalisme sukar dikenalpasti secara tepat. Sebahagian sejarawan cenderung bahawa Orientalisme bermula dari zaman daulah islamiah di Andalusia . Sebahagian lain mengatakan bahawa organisasi ini bermula ketika terjadinya Perang Salib. Kemunculan Orientalisme Ketuhanan telah muncul secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan Konsili Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan materi bahasa Arab ke pelbagai universiti di Eropah. Orientalisme muncul di Eropah pada penghujung abad ke 18 M. Pertama kali muncul di Inggeris tahun 1779 M; di Perancis tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838. Gerbert de Oraliac seorang pendeta Venezia pergi ke Andalusia. Di sana beliau belajar daripada seorang profesor. Setelah sekembalinya beliau terpilih sebagai pendeta agung dengan gelaran

14

Silvester II . Dengan demikian ia adalah paus pertama dari Perancis. Tahun 1130 M ketua uskup Toledo menerjemahkan beberapa buku ilmiah Arab. Kemudian jejak ini diikuti oleh Gerard de Cremona dari Italia. Ia pergi ke Toledo dan menerjemahkan buku tidak kurang daripada 87 judul di bidang falsafah kedoktoran astronomi dan geologi. Di Perancis muncul Pierre le Venerable seorang pendeta Venezia dan ketua biarawan Cluny. Beliau membentuk kelompok penerjemah untuk mendapatkan pengetahuan objektif tentang Islam. Beliau sendiri adalah orang pertama yang menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Latin. Penerjemahan ke dalam bahasa Inggeris pula dilakukan pertama kalinya oleh Robert of Ketton. Juan de Sevilla Yahudi yang masuk Kristian ini muncul pada pertengahan abad ke-12 dan menaruh perhatian pada bidang astronomi. Ia telah menyadur empat buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma’syur al-Balkhi yang tugas penerjemahannya dibantu oleh Adelard. Roger Bacon dari Inggeris menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan meraih gelaran doktor di bidang teologi. Ia menerjemahkan buku berbahasa Arab Mir’at al-Kimia tahun 1251 M. Orientalis-orientalis Objektif Hardrian Roland adalah profesor bahasa-bahasa Timur di universiti Utrecht Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dua jilid dalam bahasa Latin. Tetapi gereja-gereja Eropah memasukkan buku tersebut sebagai buku terlarang sedangkan sebenarnya tulisan-tulisannya mempunyai objektif. Johann J. Reiske seorang orientalis Jerman pertama yang wajar diingati telah dituduh zindik kerana sikapnya yang positif terhadap Islam. Beliau sangat berjasa dalam mengembangkan dan menampilkan Arabic Studies di Jerman. Silvestre de Sacy seorang orientalis yang mendalami sastera dan tatabahasa menghindarkan diri untuk terlibat dalam pengkajian Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berhubungan dengan beliau adalah Syeikh Rifa’ah Thanthawi. Thomas Arnold dari Inggeris menulis buku yang berjudul ‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab. Gustac le Bon dikenal sebagai orientalis dan falsafah materialis. Ia tidak pernah percaya kepada agama. Pada

15

umumnya kajian dan buku-bukunya menyoroti peradaban Islam. Kajian-kajiannyalah yang menyebabkan orang-orang Barat tidak mempedulikan dan tidak menghargainya. Z. Honke ialah penulis yang karyanya dinilai objektif kerana menampilkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’ adalah di antara bukunya yang termasyhur. Orientalis fanatic Ignaz Goldziher ialah orientalis berdarah Yahudi, penulis buku ‘Sejarah Aliran-Aliran Tafsir dalam Islam’ ialah tokoh Islamic Studies di Eropah. Ketokohan dan sekaligus kefanatikannya tidak dapat diingkari. J. Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang anggota dewan redaksi majalah ‘Islamic Studies’. S.M. Zwemer orientalis Kristian adalah penulis majalah ‘Islamic Memasung Akidah’ yang terbit pada tahun 1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan pada muktamar Kristenisasi II tahun 1911 M di Lucknow India. G. Von Grunebaum Yahudi berbangsa Jerman yang belajar di universitiuniversiti di Amerika. Beliau menulis ‘Upacara-Upacara Agama Muhammad’ yang terbit pada tahun 1951 M dan beberapa ilmu tentang sejarah kebudayaan Islam yang diterbitkan tahun 1854 M. A.J. Wensinck adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Akidah Islam’ yang terbit pada tahun 1932 mengandungi banyak kecaman terhadap Islam. K. Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Dakwah dan Menara Azan’ yang terbit tahun 1956 M. L. Massignon berbangsa Perancis pernah menjadi penasihat pada Department Koloni Perancis Urusan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj Shufi yang Shahid dalam Islam’ terbit tahun 1922 M. D.B. Mac Donald berbangsa Amerika adalah seorang orientalis yang terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam Fikih dan Teori Undang-Undang Negara’ terbit pada tahun 1930 M dan ‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam’ terbit tahun 1908 M. D.S. Margoliouth orientalis Inggeris yang sangat fanatik ini pernah melahirkan Thaha Husain dan Ahmad Amin dari sekolah beliau. Buku-bukunya antara lain ialah ‘Perkembangan Baru dalam Islam’ terbit tahun 1943 M, ‘Muhammad Menjelang

16

Kelahiran Islam’ terbit tahun1905 M, ‘Universiti Islam’ terbit tahun 1912 M. A.J. Arberry juga orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya yang terkenal antara lain ialah ‘Islam Dewasa Ini’ terbit 1943 M dan ‘Tashawwuf’ terbit 1950 M. Baron Carra de Vaux orientalis Perancis yang sangat fanatik memusuhi Islam dan termasuk dalam tokoh penting dewan redaksi Ensiklopedia Islam. H.A.R. Gibb orientalis Inggeris yang menulis buku ‘Mohammedanizm’ terbit tahun 1947 M dan ‘Aliran-Aliran Modern dalam Islam’ terbit 1947 M. R.A. Nicholson orientalis Inggeris yang menolak Islam menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah ‘Shufi-Shufi Islam’ tahun 1910 dan ‘Sejarah Kesusasteraan Arab’ tahun 1930 M. Henry Lammens orientalis fanatik menulis buku ‘Al-Islam dan Tha’if’. Ia juga termasuk dewan redaksi Ensiklopedia Islam. J. Schacht penulis buku ‘Ushul Fikih Islam’ terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Blachere pernah bekerja di Jabatan Luar Negeri Prancis sebagai staf ahli untuk urusan Arab dan umat Islam. Alfred Guillaume orientalis Inggris yang sangat fanatik memusuhi Islam ialah penulis buku ‘Al-Islam’. 5.0 Faktor Orientalisme Mempelajari Hal Ketimuran

Dr. Mustofa as-Siba’iy menerangkan hal-hal yang mendorong kaum orientalis barat untuk menyelidiki dan mempelajari tentang ketimuran sebagai berikut : 5.1 Dorongan Keagamaan

Untuk menyelidiki benar tidaknya dorongan keagamaan, menjadi salah satu dorongan yang mendorong para ahli ketimuran menyelidiki dan meneliti tentang hal timur, dapat diteliti siapa saja dan dari golongan mana yang menjadi orang pertama yang memulai mempelajari hal timur. Yang dimaksud, yaitu hal keislaman, hal keadaan kaum muslimin, peradaban, kehidupan dan penghidupannya. Mereka itu adalah dari Vatikan, tegasnya dari pendeta-pendeta Roma Katolik. Para Paus, Uskup dan pendeta Katolik yang memulai mengatur dan mengembangkan orientalisme. Dan dengan pengaruh mereka, lalu raja-raja dan penguasa-penguasa Eropa tertarik pada orientalisme.

17

Di bawah ini beberapa nama kaum orientalis yang terkemuka dari generasi pertama, yang terdiri dari kaum agama Katolik umumnya: a.Jerbert de Oraliat (938-1003). Seorang pendeta Katolik yang pergi ke Andalusia dan belajar perguruan tinggi Islam di Cordoba. Sehingga ia dikenal seorang yang pandai dalam bahasa Arab, ilmu pasti dan ilmu falak. b.Dicull (1125), Ia seorang pendeta dari Irlandia berkunjung ke Mesir menyelidiki tentang Piramid dan Keadaan keislaman di Mesir. c.Pierre Le Venerable (1094-1156), seorang pendeta dari Perancis, ia ke Andalusia menambahkan ilmunya, kemudian dia menulis buku-buku untuk menentang orang Islam dan Yahudi. d.Daniel of Mortey, mulanya ia belajar di Oxford dan Paris, ia tidak merasa puas dengan Universitas-Universitas Barat, lalu berangkat ke Andalusia lalu berkembang di sana. Pendek kata, oleh dorongan keagamaan, maka kaum orientalis yang terdahulu telah memanfaatkan hasil penelitiannya tentang agama Islam dan yang berhubungan dengan agama Islam, secara positif dan negatif. Dan banyak melontarkan hasil penelitian yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya dan membawa pengaruh yang jelek. 5.2 Dorongan Penjajahan

Ketika berakhirnya Perang Salib, dengan kekalahan kaum Salib, pada saat itu merupakan perang agama dan pada hakekatnya perang penjajahan, orang-orang Barat tidak mudah putus asa untuk kembali menduduki negeri-negeri Arab dan orang Islam. Sewaktu kekuatan militer dan politik sudah berada dalam tangan mereka, lalu di antara yang mendorong orientalisme itu ialah untuk melemahkan perlawanan jiwa dan cita-cita dari kaum muslimin. Dengan penelitian hal ketimuran yang di dorong oleh dorongan penjajahan, kita melihat bagaimana mereka menyampaikan konsep politik penjajahan kepada pemerintah yang menjajah negeri-negeri timur umumnya dan negeri-negeri Islam.

18

5.3

Dorongan Perniagaan dan Ekonomi

Dorongan ini nyata sekali bagi negeri-negeri industri yang memerlukan pasaran untuk melemparkan hasil industrinya. Mereka harus meneliti kesukaan negeri-negeri yang jadi sasarannya. Kaum orientalis yang terdorong penelitiannya tentang Timur oleh dorongan ekonomi dan perniagaan, harus bekerja keras, agar tidak ketinggalan. Mereka harus menempuh cara-cara baru yang menguntungkan kedua pihak atau segala pihak, dengan memberikan pinjaman, persahabatan dan sebagainya demi kepentingan ekonomi dan perniagaan.

5.4

Dorongan Politik

Dorongan ini menonjol pada masa sekarang sesudah negeri-negeri Islam dan negerinegeri Timur umumnya mencapai kemerdekaannya. Pada masa sekarang, setelah berkembang blok timur dan blok barat, maka masing-masing dari mereka berusaha mempengaruhi akan masyarakat di mana mereka ditempatkan untuk keuntungan politik dari negaranya. Kaum orientalis yang ahli tentang ketimuran itu dengan mudah memasukkan jarumnya ke negeri-negeri timur. Demikian hebat pengaruh Barat tanpa disadari menusuk ke dalam jantung kebudayaan Indonesia, karena halusnya politik kebudayaan Barat yang diatur oleh para ahli dalam kebudayaan Barat. Dengan dorongan politik itu, dapat dihembuskan semangat perpecahan di antara sesama bangsa yang satu agama dan di antara bangsa yang berlainan 5.5 Dorongan Ilmiah agama.

Dr. Mustafa as-Siba’iy menerangkan lebih lanjut, bahwa golongan yang didorong oleh dorongan ilmiah, sangat sedikit yang salah pemahamannya tentang Islam dan peninggalan Islam. Karena mereka tidak sengaja untuk menyelewengkan agama Islam dan

19

memasukkan yang bukan-bukan ke dalam Islam.Orientalisme memang bukan kajian objektif dan tidak memihak Islam mahupun kebudayaannya, yang diupayakan secara mendalam bukanlah untuk mendapatkan hasil penelitian yang baik dan original, melainkan hanya rencana jahat yang terancang untuk menghasut para pemuda kita agar memberontak terhadap agama mereka, dan mencemuh semua warisan sejarah Islam dan kebudayaannya sebagai warisan yang tidak berguna. Sasaran yang hendak dicapainya adalah mencipta kekeliruan sebanyak-banyaknya di kalangan pemuda-pemuda yang belum matang dan mudah ditipu itu dengan cara menanamkan benih keraguan, sinisisme dan skeptisisme. Para orientalis juga mendorong setiap orang munafik, setiap kelompok yang tampak di permukaan untuk menanamkan perpecahan dan persengketaan di kalangan para pemimpin muslimin.Kita benar-benar yakin bahwa orientalisme dan modernisasi tidak boleh dipisahkan satu sama lain. Dilihat dari sudut pandang ideologi, tidak ada perbezaan sama sekali di antara keduanya. 6.0 Pemikiran dan Doktrin-doktrin Orientalis:

Pertama : Motivasi Orientalisme 6.1 Motivasi Agama Motivasi inilah yang melatar belakangi pertumbuhan orientalisme yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain :
a. Menumbuhkan keraguan di atas kerasulan Muhammad S.A.W. dan menganggap

hadis Nabi sebagai perbuatan umat Islam selama tiga abad pertama.
b. Menumbuhkan keraguan terhadap kebenaran Al-Qur'an dan memutarbelitkannya. c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai adaptasi daripada

hukum Romawi.
d. Menghapuskan

bahasa Arab dan menjauhkannya daripada ilmu pengetahuan

yang semakin berkembang. e. Mengembalikan Islam kepada sumber Yahudi dan Nashrani.
f. Mengkristiankan umat Islam.

20

6.2

Motivasi Ekonomi dan Penjajahan

Lembaga-lembaga kewangan, perusahaan-perusahaan terbesar dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan biaya yang banyak untuk para peneliti dalam rangka mengenal lebih jauh tentang keadaan negara-negara Islam melalui laporan lengkap mereka. Penelitian tersebut sangat digalakkan terutama pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M. 6.3 Motivasi politik a. Melemahkan semangat Ukhuwah Islamiyah dan memecahbelahkan umat untuk dikuasai. b. Menghidupkan bahasa Arab ‘Amiyyah (pasaran) dan mengkaji adat istiadat yang berlaku. c. Para pegawai di negara-negara diarahkan untuk mempelajari bahasa asing agar memahami seni dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai. 6.4 Motivasi keilmuan a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan penelitian dan analisisnya semata-mata untuk pengetahuan. Sebahagian mereka ada yang sampai kepada pengaruh Islam dan bahkan ada yang masuk Islam, seperti Thomas Arnold yang telah mempunyai pengaruh dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’ dan Dinet yang telah masuk Islam dan tinggal di Aljazair. Beliau menulis buku ‘Sinar Khusus Cahaya Islam’. Beliau meninggal di Perancis dan di kebumikan di Aljazair.

21

7.0

Kesimpulan

Dari keterangan di atas, dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya seorang Orientalis Barat mengadakan penelitian dan mempelajari tentang ketimuran, khususnya dalam agama Islam mempunyai tujuan yang positif dan negatif. Antara yang positif iaitu adanya ilmu pengetahuan dari orang Barat yang disalurkan kepada negeri-negeri Islam dan negerinegeri Timur. Tujuan negatifnya pula iaitu mereka mempunyai rencana jahat yang terorganisasi, sehingga terjadi perpecahan dan persengketaan antara sesama agama Islam. Hal-hal yang menjadi dorongan para orientalis iaitu antara lain keagamaan, ekonomi, penjajahan, politik, keilmuan dan sebagainya.

22

Rujukan: http://www.scribd.com/doc/14071560/Gerakan-Oriental-is-Me-Dan-HubungannyaDengan-Kristianisasi-Di-Dunia-Islam ( 4 Febuari 2010 ) http://www.pmram.org/index.php? option=com_content&view=article&id=422:hubungan-orientalis-dankristianisasi&catid=7:ilmiah&Itemid=69 ( 5 febuari 2010 ) http://samuderabiroo.blogspot.com/2008/12/ancaman-orientalis.html ( 11 Febuari 2010 ) http://b3dun.multiply.com/journal/item/6 ( 14 Febuari 2010 ) Elzain Elgamri. 2008. Islam in the British broadsheets : the impact of orientalism on representations of Islam in the British Press. United Kingdom. ITHACA Press. Hamdi Zaqzuq. 1983. Al-Isytiraq wa Al-Khalifah Al-Fikriah Li Al-Sira? Al-Hadhan?. Qatar. Pimpinan Mahkamah Syariah. Hendro Orasetyo. 1994. Pembenaran Orientalism? : Kemungkinan dan batas-batasnya. Indonesia. Mizan Press. MacKenzie J. 1995. Orientalism : History, Theory and the Arts. Manchester. Manchester University Press. Turner B. 1994. Orientalism, postmodernism and globalism. London. Routledge.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful