Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Sejarah Seni Berpandukan Multimedia Interaktif

Oleh MAZIAH MAT ZAIN RUZAIHA ABDUL AZIZ SALSABILA TANG BINTI ABDULLAH

Abstrak Komputer boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Seni Visual disamping membuat komposisi, persembahan, pengwujudan idea dan pengumpulan maklumat. Perasaan was-was terhadap pengajaran berbantukan komputer perlu disingkirkan kerana komputer tetap akan menjadi sebahagian daripada masa depan kita semua. Inovasi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan adanya kemahiran dalam penggunaan ICT. Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran pendidikan seni visual berasaskan multimedia interlatif. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif yang interaktif dan pencapaian pelajar diberi ganjaran dengan kata-kata motivasi. Pencapaian pelajar dapat dikesan oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai pemahaman dalam sejarah seni.

1.

Pengenalan Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual kurikulum bersepadu sekolah

menengah, terbahagi kepada dua bidang utama iaitu penghasilan seni visual dan sejarah

1

dan apresiasi seni visual. Selain daripada mempelajari kemahiran yang dapat membantu dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian dan kerjaya pelajar, pengetahuan sejarah seni telah dimasukkan sebagai kertas satu dalam kertas peperiksaan yang berbentuk teori. Kertas ini wajib diambil oleh semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Sejarah seni merupakan displin ilmu yang memusatkan pengajian tentang peranan para artis dan sumbangan yang dimainkan oleh tokoh terhadap perkembangan seni itu sendiri serta pengaruhnya terhadap peradaban budaya bangsa. Sejarah seni merakamkan perkembangan seni dari zaman ke zaman. Di dalamnya merangkumi period, stail, ikonografi, peristiwa, tokoh atau biografi. Menurut Earl W. Linderman dalam bukunya ‘Teaching Secondary School Art’, sejarah seni merupakan pengkajian tentang bagaimana manusia sebagai seorang seniman mentafsir dan melahirkan budayanya dalam bentuk grafik. Feldman (1976) ada mengatakan, menerusi pelajaran sejarah seni boleh meningkatkan lagi kesedaran kanak-kanak terhadap berlakunya pembaharuan-

pembaharuan nilai manusia dari semasa ke semasa. Walaupun Malaysia tidak mempunyai susur galur sejarah seni tradisi ataupun seni lukis keagamaan seperti kuil-kuil Angkor Wat di Kampuchea ataupun Borobudor di Jawa, namun terdapat beberapa bentuk seni tradisional yang mempengaruhi seni kontemporari Malaysia (Warton, 1971) yang dapat menjadi landasan kepada perkembangan seni moden. Daripada maklumat yang wujud, seni moden di Malaysia bermula pada tahun sekitar 1920-an. Pameran seni lukis terawal yang tercatat di Singapura oleh Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Seni di Tanah Melayu ketika itu hanyalah lebih tertumpu kepada bentuk kraftangan ataupun produk untuk kegunaan

2

Bagaimana hendak menaikkan prestasi keputusan mata pelajaran seni visual dari segi kuantiti dan kualiti? Melalui pemerhatian harian.harian seperti ukiran (rekabentuk ukiran kayu pada sampan-sampan). 3 . menghargai sumbangan dan mempelajari semangat pandai tukang dalam menghasilkan kraf. tembikar (labu sayong). didapati kebanyakkan pelajar lebih gemar melakukan aktiviti kemahiran (menghasilkan sesuatu produk) daripada mempelajari teori sejarah. Kenalpasti permasalahan Munurut J. Kurang minat dalam sejarah seni kerana ia merupakan fakta yang perlu diingati. sejarah seni di Malaysia merangkumi falsafah pembuat kraf dan bukan hanya daripada sudut grafik atau dua dimensi semata-mata. F Adams (1964). tenunan dan tekat yang digunakan oleh orang Melayu. 2. Melaka). Peratus lulus kadang-kadang tidak sampai tiga puluh peratus (maklumat didapati daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3. antara sebab-sebab yang diberi secara temubual adalah seperti: 1. markah yang diperolehi oleh pelajar dalam kertas satu amat membimbangkan. anyaman (tikar mengkuang). Oleh yang demikian. Berdasarkan ujian-ujian bulanan mahupun peperikasaan tahunan. Namun kesemua teori yang perlu dipelajari merupakan satu masalah besar bagi guru seni yang mengajar. Bilangan pelajar yang dapat skor ‘A’ pula boleh dikira dengan jari. Ilmu pengetahuan sejarah seni amat penting untuk mendidik pelajar membangunkan kesedaran dan persepsi artistik dalam seni. serta memajukan tahap ketrampilan seni (art skills) yang konsisten dalam media seni yang tertentu. 4 dan 5 Sekolah Menengah Sungai Rambai. masalah terbesar bagi para remaja yang bersekolah ialah mengenai hal-hal berkaitan dengan persekolahan mereka.

melalui sejarah seni dapat memufuk sifat pelajar yang berkesedaran dan meninggikan sensitiviti terhadap nilai keindahan alam. tokoh-tokoh. Mengetahui dan mendalami subjek seni dapat menjadi asas kepada sesi kritikan. Pemahaman sejarah seni juga dapat meningkatkan lagi kebolehan pelajar membuat keputusan estetika yang dihadapi dalam kehidupan harian . 5. B. mengamati. Ia penting kerana pemahaman tentang sejarah seni dapat memperkayakan lagi visi artistik seseoarang yang menghargai karya seni. 3.2. Sikap pelajar yang menganggap sejarah seni dalam soalan kertas satu tidak perlu diperi perhatian yang lebih kerana ia diuji dalam bentuk objektif. Nama-nama tokoh sejarah seni khasnya tokoh barat sukar diingati kerana kebanyakannya dalam bahasa Inggeris yang begitu janggal dan asing bagi mereka. D walaupun tidak tahu jawapan sebenar. teknik-teknik. mencatat maklumat penting merupakan aktiviti yang membosankan bagi mereka. ini menyukarkan mereka memahami dan menghayati setiap era yang dipelajari. gaya setiap pelukis. 4. 3. Dalam mempelajari sejarah seni. Pelajar masih berpeluang meneka atau ‘tikam’ A. Ini amat susah difahami dan merupakan satu perkara yang membebankan mental. Terlalu banyak aliran seni. nama bahan dan alat yang perlu diketahui dan diingati. 6. Mengapa perlu mempelajari sejarah seni? Secara dasarnya terdapat beberapa sebab sejarah seni sebagai sebahagian sukatan pendidikan seni visual di sekolah. kemahiran mendengar. C. Karya seni yang dihasilkan oleh seniman membawa maksud dan mesej 4 . Pelajar tidak terbiasa dengan laras bahasa seni tampak.

pakaian. Mereka dilebal ‘lembab’ oleh rakan sebaya mahupun sesetengah guru yang kurang arif dalam bidang seni. Peringkat ini jika tidak dididik dengan perancangan yang teliti. Kebanyakkan pelajar beranggapan bahawa matapelajaran Pendidikan Seni Visual tidak penting dan hanya pelajar yang lemah dalam bidang sains sahaja yang perlu mempelajarinya. 4. Ahli-ahli seni terkenal. kepada satu zaman dewasa yang mampu diri. taman. bangunan dan sebagainya. sebahagian remaja beranggapan seni bukanlah lagi menjadi sebahagian hidup mereka. Menurut Karl Menningar ‘Diagnostic name calling’ amatlah merosakkan. dalam mendisplinkan pelajar elakkan daripada menggunakan dan memberi lebal yang mengkritik anak remaja. Tidak suka dilebal. mereka dikatakan akan hilang minat terhadap matapelajaran seni. nyanyian. Victor Lowenfeld dan Herbert Read telah mengemukakan skima perkembangan kanak-kanak dalam pengutaraan seni tampak. Kanak-kanak yang berumur antara 14 – 17 tahun dikatakan dalam garis Awal Remaja / Krisis remaja. dan merasakan seni itu tidak perlu lagi untuk gambaran perasaan mereka. melalui sejarah seni pelajar dapat dididik untuk menghargai dan memahami proses artistik dan kreativiti setiap seniman.’ The 5 . Menurut beliau lagi. Menurut Muus (1982) dari segi sosiologi remaja merupakan satu zaman peralihan dari zaman kanak-kanak yang tidak bebas. kerana telah ada tersedia di sekeliling seperti tarian. Menganalisa klien Peringkat remaja dianggap sebagai sangat kritikal dalam peringkat perkembangan individu kerana melibatkan perubahan-perubahan yang radikal dari segi fizikal dan psikalogi. Namun.yang mempengaruhi masyarakat kini.

Salah satu daripada gangguan emosi yang dihadapi oleh remaja ialah perasaan rendah diri keterlaluan yang lazimnya disebut inferiority complex. Jikalau guru memberi ‘label’ bodoh kepada mereka. Sensitif. Ini menyebabkan kegagalan ujian bulanan. IQ rendah. Kecerdasan berkait rapat dengan ingatan. kebolehan menyesuaikan diri kepada persekitaran. Tiada siapa yang boleh lari daripada ketidaksempurnaan. Remaja menjadi sensitif dan cuba pula mengelakkan dan menyepikan diri daripada aktiviti kerja yang diberi oleh guru. Pelajar yang mengambil matapelajaran seni visual sebagai kertas peperiksaan merasa diri mereka tidak sepandai pelajar yang dalam kelas beraliran sains dan teknolagi. Menurut Binet. mereka tidak perlu merasa dukacita. kecerdasan merupakan pemikiran. penggal dan peperiksaan utama. Dalam bilik darjah. remaja sensitif kepada kekurangan dirinya. Mereka kurang senang dengan individu yang memperkecilkan kebolehan mereka. perasaan redah diri mengganggu mereka mempelajari seni dengan baik. mereka akan berasa bodoh dan seterusnya hilang minat pada apa yang dipelajarinya. remaja yang kurang cerdas atau yang tidak berupaya menggunakan kecerdasan mereka sepenuhnya kerana beberapa faktor tertentu. Kadangkala pelajar tersebut sengaja merendah-rendahkan matlamat prestasinya dalam pembelajaran kerana jikalau sebenarnya mereka gagal. turut 6 . kerana mereka berasa tidak sempurna. Rendah diri yang keterlaluan.word cancer is said to have killed some patients long before the maglinancy did them yang bermasej menyatakan anak remaja yang digelar ‘nakal’ tentu akan nakal akhirnya. Namun. Terman pula menganggap kecerdasan adalah keupayaan individu berfikir secara abstrak iaitu kebolehan mengenalpasti masalah serta membuat ramalan dan memikirkan sebab akibat sesuatu.

Menurut Sigmund Freud kebanyakan masalah remaja berpunca daripada ketidakstabilan struktur personaliti. Kebosanan yang dinyatakan oleh pelajar amat berkait rapat dengan sifat mereka yang ingin memperontak pada peringkat ini. serba-serbi kekurangan dan tidak bermotivasi untuk memperoleh kejayaan dalam matapelajaran dan kehidupan kelak. Pelajar remaja yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah sering merasai dirinya tidak sempurna. Mereka tidak minat pada sesuatu yang statik tanpa memberi kebebasan bergerak. Pelajar menjadi malas untuk belajar adalah kerana mereka tidak mempunyai kesedaran yang cukup. tetapi sebenarnya sikap mereka yang malas belajar telah mengakibatkan mereka mengalami kegagalan.merasai diri mereka dikategorikan sebagai pelajar lembab atau ber-IQ rendah. Kebanyakan pelajar bukan bodoh dan lembab dalam mengingat sejarah seni. Pelajar remaja biasanya mempunyai ego yang amat tinggi. Pelajar yang tidak minat dalam sejarah seni. tidak mempunyai cita-cita. Tidak jelas matlamat. Adakah ia berkaitan dengan cita-cita? Adakah ia berguna dalam kehidupan? Mereka menolaknya kerana merasa ia membuang masa dan tenaga mereka untuk perkara yang sia-sia. Mereka tidak mengerti tentang peri pentingnya akademik. Ingatan yang rendah turut menghilangkan minat diri dalam mempelajari sejarah seni. mereka tidak jelas apa matlamat mempelajari subjek ini. Cepat rasa bosan. Malas belajar. berfikiran pendek sehingga mereka tidak 7 . Mereka suka berlagak seperti orang dewasa padahal mereka tidak dapat membezakan kepentingan pendidikan pada masa depan. ‘Bosan’ merupakan satu alasan bagi mereka mengelakkan diri daripada mempelajari sejarah seni. Matlamat adalah tujuan atau sesuatu yang hendak dicapai. Ketidak-matangan.

Tidak minat membaca. Membaca merupakan asas terpenting untuk berjaya. Masalah yang dihadapi sekarang ialah kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk membaca. lebih-lebih lagi membaca buku-buku pelajaran.memikirkan masa hadapan yang begitu mencabar. Sebaliknya apa yang mereka fikirkan adalah kesenangan dan keseronokan dalam waktu yang terdekat sahaja. 8 . Sering terjadi pelajar-pelajar akan mudah berasa mengantuk dan bosan apabila membaca fakta.

Claude Courbet (1900) pernah berkata. ‘Perkembangan manusia semakin pesat dan akan meninggalkan kita jauh ke belakang sehinggakan tidak terdaya mengekorinya. pengdemokrasian pendidikan. ledakan teknologi maklumat. ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Pandangan tersebut kini telah menjadi kenyataan apabila teknologi informasi yang berteraskan elektronik canggih telah ditemukan dan perkembangannya begitu cepat.5. 9 . Matnor Daim (1997) dalam persidangan konvensyen ‘Discovery Malaysia’ menegaskan bahawa pembelajaran di abad 21 adalah lebih bergantung kepada teknologi maklumat khususnya perkomputeran. Pendidikan Sejarah Seni berpandukan komputer Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi. Perkembangan ini juga tidak terlepas daripada dalam bidang seni visual.’ Pandangan beliau meramalkan tentang kemajuan manusia yang begitu pesat menyebabkan manusia boleh tercicir oleh penciptaan dan penemuan yang kian bertambah setiap hari. persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Bapa pelukis realisme moden Eropah.

Ini dapat disokong oleh pendapat Dick (1996). 10 . grafik dan lain-lain. pengetahuan dan sikap. Tepat dan berjangka panjang. Ini telah memberi ruang yang luas kepada seni moden untuk menerokanya sehingga lahirlah banyak karya eksperimentasi dan inovatif. Dick dan Reiser (1989) menyatakan bahan pengajaran yang berkesan ialah bahan yang membolehkan pelajar memperolehi kemahiran-kemahiran khusus. Pengajaran yang direka bersistematik dan dapat memberi kesan terhadap perkembangan seseorang individu.. Bahan pengajaran yang berkesan yang dimaksudkan itu ialah bahan yang disukai oleh pelajar. • Reka bentuk mestilah diatur dan dilaksanakan menurut pendekatan bersistem. arca. Begitu juga dalam merancang mengajar sejarah seni. Tujuan rekabentuk pengajaran ialah untuk melaksanakan dan menyokong pembelajaran pelajar berindividu (Gagne et al. 1992) perancangan dan rekabentuk pengajaran dalam pembinaan perisian multimedia interaktif mempunyai ciri-ciri berikut. • • • Dapat membantu pembelajaran individu. Komputer dengan kecanggihannya telah berjaya pula merentasi pelbagai disiplin dalam seni tampak seperti catan. satu bentuk rekabentuk pengajaran yang bersistematik diperlukan untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan.Menurut Dywer (1971) komputer adalah alat yang boleh membantu pengajaran yang lebih berkesan. guru disyorkan menggunakan komputer sebagai alat untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan lebih efektif. Untuk merancang pengajaran dengan baik.

.K Bina Strategi Pengajara n Penilaian Formatif Perlakuan Ciri-ciri Kemasukan Penilaian Sumatif Komponen Reka bentuk Pengajaran Dick & Carey (Dick. Model ISD (Instructional system development) diperkenalkan oleh Dick and Carey (1990). penyelesaian masalah dan permainan seringkali digunakan dalam pengajaran berbentuk komputer. 1996) Alessi dan Trollip (1985) membina model untuk membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputer interaktif.• Pengajaraan yang direka bentuk berlandaskan kepada pengetahuan bagaimana seseorang individu itu belajar Gagne menyatakan bahawa strategi pengajaran seperti tutorial. Semak Pengajaran Analisis Pengajaran Membina Pemilihan Bahan Pengajaran Menentu Matlamat Pengajaran Menulis Objektif Perlakuan Bina U. Model ini dibentuk dengan teliti dan paling popular untuk membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputer multimedia.R. Ia berdasarkan kepada pembentukan 11 . Tumpuan model ini adalah berdasarkan kepada psikologi perlakuan dan penumpuan kepada objektif perlakuan . latih tubi. simulasi. menganalis tugas dan aktiviti P&P pada tahap tertentu pada tahap pelajar.

Tahap analisis Tahap rekabentuk Pembinaan atau pengembangan Pelaksanaan Penilaian 6. Rancangan pelaksanaan tugas / kerja Prosedur dalam penerbitan perisian multimedia interaktif ialah: 1. Menjana idea umum 5. Membina pengaturcaraan – periasian Authorware 9. 5. Merekabentuk pengajaran 6. 4 & 5 12 . Antara langkah-langkahnya ialah. Menghasilkan papan cerita 8. Mempelajari isi kandungan 4. Menyediakan ujian rintis Model Seel dan Glasgow telah memetapkan lima tahap untuk mereka bentuk koswer multimedia antaranya ialah. Mengumpul sumber material 3.berorientasikan penyampaian pembelajaran berkomputer. Taksiran keperluan • Sasaran pelajar tingkatan 3. 4. 2. Membina carta alir koswer pengajaran 7. 1. Menyediakan bahan sokongan 10. 3. 1. Menentukan dan keperluan dan matlamat 2.

2. seterusnya meningkatkan minat untuk belajar sejarah seni.• Pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Pembentukan konsep dan penyediaan skrip • • • • Paradigma komunikasi Mereka bentuk antara muka Menentukan kandungan Menyediakan skrip 3. Pertimbangan khas 13 . Mengumpul bahan • • • • • Menyediakan teks Mendapat bahan grafik Menyediakan bunyi Menyediakan gambar Mengintegrasikan media 4. Pemurniaan dan produk akhir • • • Menguji perisian Buat pengubahsuaian kepada kandungan dan interaksi di mana perlu Pengeluaran produk 6. Interaksi media dan pengarangan • • • Sediakan rekabentuk interaksi Rangkakan logik yang boleh dijalankan model untuk digunakan semula Proses pengarangan 5.

video. Multimedia membolehkan kita menikmati penggunaan grafik.• • Mengaplikasikan kreativiti dalam perisian Pertimbangan undang-undang 7. Interaktif menawarkan aneka pilihan dan sinario. Miskipun ada beberapa institusi pendidikan yang dapat dihitung dengan jari tangan mencuba menerapkan inovasi teknologi dalam kegiatan pembelajaran. interaktif. Multimedia adalah media massa berdasarkan komputer. Media didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima filem. Kaedah penyelesaian Multimedia interatif – Penggunaan teknologi di bidang pendidikan yang dapat menggabungkan unsur pendidikan. Multimedia sebagai media-plus tak disebut media tapi imedia. Namun kerana keterbatasan dana. gambar foto dan sebagainya (Heinich et al. independen. keserbanekaan media adalah 14 . dan pemikir-pemikir kreatif menyebabkan ia sukar dilaksanakan dengan sepenuhnya. kreativiti dan hiburan masih belum berkembang secara optimal. sumber daya manusia. Ini dapat disokong oleh Johnston (1990) yang mengatakan bahawa multimedia merupakan elemen yang sangat sesuai dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual kerana keseluruhan media terangkum dalam perisian multimedia. video atau animasi. muzik. infrastruktur. juga aneka varian kombinasinya. 1996). audio.. Multimedia interaktif sebagai media baru yang merujuk kepada daya jangkauan tanpa batasan. integratif. pada program atau presentasi yang sama. Ibarat bangunan. Huruf “i” bererti intellegent. inovasi. radio.

simbol. seperti dalam multimedia interaktif. satu konsep yang lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran tradisi telah membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dinamakan pembelajaran terbuka. Penilaian ini dapat dijalankan oleh pelajar pada bila-bila masa dan juga di luar bilik darjah. ii. Menurut Fisher (1994) melalui multimedia interaktif. penghuni mampu menatanya. Batu-bata itu baru jadi bangunan. Menggunakan perisian seperti ‘Java Script’ serta ‘Authoware’ untuk menyediakan penilaian-penilaian formatif di mana pelajar mendapat maklum balas serta merta tentang kemajuannya dan maklumat ini disimpan dalam pengkalan data.batu-bata yang berserakan. adalah reaksi spontan pengguna dalam mengumpul informasi. Persembahan grafik dengan menggunakan ‘drawing tools’ untuk melukis Menggunakan perisian ‘Authorware’ untuk simulasi aktiviti dan menjalankan aktiviti tutorial. Perisian multimedia yang dihasilkan mengoptimumkan mod penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: a) Mod Sokongan i. Beberapa tutorial telah disediakan dengan menggunakan ‘Authorware’ untuk membolehkan pelajar menguasai konsep sama ada secara individu atau kumpulan 2 hingga 3 orang. b) Mod Tutorial i. iv. Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan. atau gambar-gambar yang muncul dalam komputer. Penataan itu. 15 . iii.

Gambar disertai bunyi yang menarik dengan pelbagai gerakan grafik yang lucu membuat pelajar merasa seperti bermain ‘game’ walaupun sebenarnya mereka sedang belajar. Cara belajar yang lebih efektif. animasi. Guru berkomunikasi dengan pelajarnya dengan memaksukkan maklumat seperti cadangan. c) Mod Perhubungan i. iii. Pelajar dapat mengulangi tutorial mengikut keperluan. 8. kemampuan dan kadar sendiri. arahan tugasan untuk tindakan pelajar selanjutnya ke dalam laman web di pantau Mesej Guru. Penilaian formatif untuk menguji sejauh manakah kemajuan serta kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar.ii. ii. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. 16 . Tutorial yang disediakan adalah multimedia grafik. iv. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan. Respon bagi setiap jawapan telah diberikan dan ia adalah berbentuk interaktif. Kenapa memilih multimedia sebagai inovasi? 1. bunyi dan berbentuk interaktif yang menarik.

Perkataan seperti “Don’t give up. 5. bukan setakat memberitahu palajar tentang kesilapan dan dipersilakan mencuba lagi. 4. you’re clever”. 3. Guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan bantuan bahan-bahan mentah dan bahanbahan media. try again”. atau cakera padat / CD-ROM yang mudah dibawa ke mana-mana. Objektif pengajaran dan pembelajaran : 17 . cakera liut. 9.2. Motivasi seseorang pelajar akan meningkat apabila perangka multimedia berkomuter memuji : “You right. Rancangan pengajaran Matapelajaran : Pendidikan seni visual Tingkatan 4 Bidang : Penghasilan seni visual Unit pembelajaran : Catan Moden Barat Tajuk : Pelukis-pelukis aliran impresionis dan post-impresionis (multimedia interaktif) Masa : 160 minit Objektif modul : Berbantu kepada multimedia interatif untuk pemahaman sejarah seni. Kreativiti pelajar dapat ditingkatkan kerana kemudahan yang disediakan oleh sesuatu perisian membolehkan pelajar mengeksploitasi pelbagai teknik dan tools yang sedia ada. Perisian multimedia boleh disimpan dalam bentuk disket. Tenaga mengajar yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mereka bentuk perancangan yang baik untuk menyampaikan maklumat P&P. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi diri pada pelajar.

kecerdasan Pelbagai. Pemulaan sesi pengajaran dengan set induksi yang berkaitan dengan tajuk. Internet Prosedur : 1. Buku Rujukan Pendidikan Seni. 18 . 6. Mengaplikasikan elemen-elemen di dalam Asas Senireka dalam proses penghasilan hasil kerja. Keperluan : Bahan Alat Rujukan : Kertas Lukisan. Perisian Autowere. Arahan menjawab dan mencatat maklumat berbantukan multimedia interaktif yang disediakan. Buku Catatan : Set komputer. Meningkatkan lagi kemahiran mengguna tools di komputer dalam program photoshop. 3. Konstruktivisme dan ICT. 3.Di akhir pembelajaran ini murid dapat: Nyatakan ciri-ciri aliran Impresionis dan Post-impresionis 1. Adobe Photoshop 6. 2. 5. Belajar Cara Belajar. Menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan Apresiasi Seni dan Refleksi. Buku Sumber PSV KBSM. 2. Senaraikan sekurang-kurangnya 2 orang artis mengikut aliran secara tulisan. Menyenaraikan contoh-contoh hasil karya artis. Penentuan aras pembelajaran dalam P&P yang berlangsung. Perancangan dari guru bagi merancang strategi pengajaran melalui penerapan KBKK. 4.0 : HSP.

KBKK . . Belajar cara belajar -mencatat nota efektif Konstraktivisme secara Aktiviti 2 Membimbing murid membaca dan mencatat isi penting yang terdapat pada skrip. Motivasi diberi sekiranya jawapan betul. Aras 1. Aktiviti 3 Murid menjawab soalan yang disediakan.Membuat keputusan . Memahami dan menggunakan komputer dengan langkah-langkah yang ditentukan.Konstruktivisme 19 . Proses pengajaran adalah seperti berikut: Minggu petama : Aktiviti 1-3 Minggu kedua : Aktiviti 4-6 BUTIRAN KEGIATAN Aktiviti 1 Guru memulakan set induksi dengan menunjukkan contohcontoh catan artis terkenal melalui internet.Mengumpul maklumat . Guru menerangkan langkah-langkah dan tingkahlaku yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum penggunaan komputer dimulakan.visual ruang Mengulangkaji / mengingat ICT kembali pengetahuan sedia ada. Aras 2. Aras 3 Mengintepritasi maklumat. Murid digalakkan mencuba sekali lagi sehingga berjaya. Mewujudkan minat pembelajaran berdasarkan motivasi yang diberi.Mengkonsepsikan . Mengumpul maklumat yang dipaparkan oleh multimedia interaktif tentang : -Aliran -Ciri-ciri -Artis -Hasil karya Menyatakan elemen-elemen unsur seni dalam hasil kerja yang dihasilkan oleh artis.7.Mencatat nota . Mengetahui langkahlangkah membuka program dengan baik. HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN GENERIK / NILAI KBKK Memupuk dan membina Menghubung kait minat dalam bidang sejarah Kecerdasan pelbagai seni.Belajar cara belajar .

penggunaan photoshop. Aras 4 Mengetahui kaedah penggunaan perisian photoshop dalam menghasilkan karya catan. Mempermudahkan rupa yang kompleks dan membuat hubung kait antara karya artis dan peniruan hasil kerja murid tentang komposisi dan unsur-unsur serta prinsipprinsip seni reka. Mewujudkan menyedari sejarah seni .Demonstrasi . Aktiviti 4 Guru menunjukkan cara melukis melalui program Adobe Photoshop 6.Konstruktivisme .Applikasi KBKK . minat dan Belajar cara belajar kepentingan . Murid memilih salah seorang tokoh artis yang dipelajari dan karya yang dihasilkan untuk aktiviti selanjutnya.Mendengar maklumat yang disampaikan . Mencetak hasilkerja Mengetahui fungsi sejarah Kecerdasan pelbagsi .Visual ruangI ICT Applikasi 20 .- Konsep pengetahuan sedia ada + maklumat yang dikumpul = membina pengetahuan sendiri. Memberi pandangan tentang karya seni artis dengan menggunakan bahasa seni tampak. Menganalisa penggunaan KBKK motif dan unsur-unsuar seni .Penerokaan . Aras 5 Melukis lakaran dengan merekacipta rupa yang mudah dengan menggunakan tools yang ada pada photoshop ICT . Soal jawab Apresiasi dan refleksi Murid menjelaskan apa yang telah dipelajari dalam sesi pengajaran ini.Menghubungkait .0 Aktiviti 5 Murid melukis contoh catan aritis dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.Menganalisa mereka dalam seni catan yang dipiliih.Pengetahuan sendiri Aktiviti 6 Aras 6 Murid mewarna hasilkerja Mengetahui operasi yang dilakarkan.

AKTIVITI PENGAYAAN 21 .sekiranya dibenarkan seni dalam menghasilkan Apreasiasi dan refleksi catan berpandukan Murid menayangkan multimedia interaktif hasilkerja mereka menggunakan projektor dan LCD Menyatakan pandangan diri terhadap hasil kerja rakan dengan bahasa seni tampak serta membuat refleksi ke atas penggunaan multi media interaktif.

Kesimpulan Menurut Heinich (1970). Sejaumana canggih ICT. sentiasa bersedia bukan sahaja secara hanson tetapi juga secara minds-on. bagi kita warga pendidik.Aktiviti pengayaan disediakan agar pelajar dapat membuat hubungkait antara pelukis terkenal dan catan mereka yang telah dipermudahkan dan dipersembahkan dalam bentuk lain. Kemudahan makmal komputer merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memberi peluang kepada semua anak-anak didik mempelajari ICT 22 . pelajar dapat mempelajari sejarah seni dengan lebih menyeronokan. Maka di sini adalah amat penting agar semua yang terlibat dengan profesionalisme pendidikan celik komputer.10. Ini dapat menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran seni visual. pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah interaksi pelajar dan bahan adalah lebih berkesan dan sistematik. Bukti kenyataan ini diperjelaskan oleh Romiszowski (1988) yang menyatakan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekira pelajar menerima maklumbalas yang segera apabila memberi respon kepada sesuatu soalan. Menurut Finegan (1991). perubahan paradigma dalam teknologi pengajaran dan amalan pendidikan akan membuahkan keberkesanan kepada sistem pendidikan. Dalam multimedia interaktif yang disediakan. ia akan berakhir di bilik darjah juga. kerana pengajaran dan pembelajaran merupakan bentuk komunikasi dua hala.

England: Wayland (Publishers) Limited. Seminar Pendidikan Seni Visual 2001. Pergunakanlah ia secara bijak dan semaksima yang mungkin dalam melaksanakan inovasi teknologi. Pelajar Cermelang. Sulaiman Masri. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Pendidikan Seni dan Muzik. Kuala Lumpur: Pustaka Segar.dan meningkatkan lagi prestasi akedemik. Fauziah Abd. Perak. Pengajaran Multimedia dan Grafik Komputer: Satu Pengenalan Dalam Kurikulum Baru Seni Visual KBSM dan STPM. Dr. Ghazali. Artikel Dewan Budaya bulan Ogos. Pelukis Terkenal. UPSI. Hassan Mohd. Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan P&P Menuju Alaf Baru. (di terjemah oleh Juliana Zulkifli) 23 . Komputer dan Seni Lukis. Kuala Lumpur. Bhd. Fakulti Sains Sosial dan Kesenian. (2000). Perak. (1996). Prosiding Konvension Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Balai Seni Lukis Negara. Bibliografi -------. Ghazali. Jillian Powell. (1993). UPSI. Ralip. (2003). Hassan Mohd. Permasalahan Remaja Dan Kaedah Mengatasinya. Arus. (1995). Baharuddin Mohd.

Seminar Pendidikan Seni Visual 2001. Selangor: Pelangi Sdn. Pendidikan Seni Fokus SPM. Menuju Teknologi Interaktif Yang Lebih Efektif. Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Bhd. Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. (1999). Walter Dick. Bhd.Kamaruddin Hj. Majzub. Mohamad Daud Hamzah. Pulau Pinang: USM (di sunting oleh Abdul Rahim Mohd Saad) Zakaria Ali. Reiser. (1994). UPSI. (1996). Perak.Asselt Bram. Rohaty Mohd. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. Pedagogi Pendidikan Sejarah Seni. Bhd. Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Mazlan Bin Mohamad. V. Sarena Abdullah. (1998). Multimedia Bagi Rakyat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Robert A. (1989). Husin. L Murbandono Hs. Artikel daripada internet. 24 . Selangor: Fajar Bakti Sdn. (2002) Modul Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2002. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. (1997). Bhd. (1994). Memahami Jiwa Dan Minda Remaja. Artikel daripada imternet. Kathleen Chee. Merancang Pengajaran Yang Efektif. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful