You are on page 1of 9

Kesan Penipisan Lapisan Ozon.

•Pada dekad yang lalu dikatakan telah berlaku peningkatan 50% penyakit barah kulit serta fenomena
kejadian kulit yang cepat kedut dan kelihatan tua.
•Pancaran berlebihan sinaran ultra ungu boleh mempengaruhi proses fotosintesis terhadap
fitoplankton dan tumbuhan dalam ekosisitem laut dan daratan. Gangguan sedemikian boleh
mempengaruhi bekalan makanan dunia.
>Peningkatan suhu dunia berupaya mencairkan lapisan salji san litupan ais di kedua-dua kutub bumi.
Fenomena ini boleh meningkatkan paras air laut lalu menenggelamkan kebanyakan kawasan di
negara-negara kepulauan dan daratan yang rendah di negara-negara lain.
 suhu meningkat
2. kadar pancaran matahari bertambah
3. pancaran ultra unggu
4. hasil tanaman terjejas
5.penyakit – katarak, kulit
6. perubahan iklim dunia
7. hasil pertanian berkurangan
8. menjejaskan fotosentesis

2.. Faktor umum kejadian hujan asid/ jerebu/pulau haba/penipisan


ozon/kesan rumah hijau:
1.pembakaranterbuka
2. asap dari kereta
3. asap dari kilang
4. pembakaran bahan api fosil
5. kurang pokok (kecuali hujan asid)
 baja kimia
2. pembebasan CFC/ peti sejuk/ pendingin hawa
3. jet supersonik/ kapal terbang

3.langkah
1.tanam pokok
2. denda/ kuat kuasakan undang-undang
3. kempen alam sekitar
4. gunakan petrol tanpa plumbum
5. alat penapis asap kilang
6. incinerator
7. kongsi kereta
8.kurangkan penggunaan CFC.
9.GANTIKAN GAS BERASASKAN AIR.
Sebab-Sebab Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis / berlubang menyebabkan


sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.
Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa, penyembur aresol.
Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan
nitrogen oksida.
Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida.
ujian senjata nuklear.
Peperangan yang menggunakan bahan letupan + cth.
Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.
Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang
tinggi dalam udara.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon:

Bertambahnya sinaran ultra ungu ke perrnukaan bumi - meningkatkan suhu


bumi.
Penyakit spt katarak mata, kanser kulit.
Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan - karbon dioksida bertambah.
Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang
menyebabkan tumbuhan / binatang mati.
Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.
Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.
Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.
Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier - menyebabkan
peningkata.n aras laut, isi padu air laut bertambah, kawasan rendah
ditenggelarmi air / banjir + lokasi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PERUBAHAN IKLIM

menghapuskan penggunaan CFC dalam penyembur aresol dan alat pendingin


hawa untuk elakkan lapisan lapisan ozon yang menyebabkan kenaikan suhu
diganti dengan helium.
Menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk
elakkan Kesan Rumah Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu /hujan Asid.
Pertanian / Urbanisasi - dialankan secara terkawal spt plastik / tanaman
penutup bumi untuk elakkan peningkatan suhu /jerebu.
Pengangkutan - kenderaan yang mengeluarkan asap dan gas beracun yang
menyebabkan kesan Rumah hijau atau kenaikan suhu di atasi dengan:
menggunakan petrol tanpa plumbum / gas asli.
kurangkan penggunaan bahan api dan fosil.
kenderaan berkuasa elektrik untuk elakkan kesan rumah hijau.
Kurangkan pembalakan untuk elakkan suhu meningkat / angin kencang;
penghutanan semula kawasan pembalakan.
Hapuskan ujian / penggunaan senjata nuklear / kapal supersonik untuk
eIakkan penipisan lapisan ozon yang meningkatkan suhu.
Perlaksanaan undang-undang spt Mutu Kawalan Alam Sekitar,
Kesedaran kepada masyarakat spt pendidikan alam sekitar di sekolah.
Persidangan antarabangsa spt Persidangan Bumi Rio (untuk atasi Kesan Rumah
hijau dan Persidangan Viena (untuk atasi penipisan lapisan ozon).
Kurangkan penyelidikan di Antartika.
Konsep Penipisan lapisan Ozon. 

- Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen
yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan
daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam
ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima
sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang
pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon
semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang
atmosfera bumi.

Punca-punca 

1. Perindustrian- industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan halon seperti industri


pendingin hawa, industri keluaran foam, industri aerosol, industri kimia dan lain-lain. 

2. Ujian nuklear 

3. Penggunaan kenderaan bermotor 

4. Penyahutanan 

5. kebakaran hutan

kesan-kesan 

1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak mata,
kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas. 

2. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk - Cuaca panas melampau/kemarau


menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas
seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas. 

3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada
manusia dan boleh membawa maut. 

4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas. 

5. Risiko banjir laut dan penennggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi
petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.

4 CikguPA, on 14/08/2009 at 16:52


Langkah-langkah mengurangkan/mencegah 
1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. 
- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon. 
- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS 

2. Pengurusan strategik 
- Guna Tenaga alternatif 
- Mengurangkan ujian tenaga nuklear 
- Mengurangkan pembakaran terbuka 
- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik
kawalan biologi 
- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan 

3. Pendidikan 
-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar. 
-pendidikan melalui subjek di sekolah.

5 CikguPA, on 16/08/2009 at 03:36


Kepentingan Ozon 
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang
dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi
mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan
tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari. 

Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer
dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar
daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm.
Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan
ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.

6 CikguPA, on 16/08/2009 at 03:39


Kegunaan ozon 
Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara terkawal
dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk rawatan
kulit terbakar. 

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:- 

1. menyah-kuman sebelum dibotolkan (antiseptik), 


2. menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite, dan bahan
organik kompleks yang dikenali sebagai warna), 
3. membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu penapis
menghilangkan besi dan arsenik), 
4. mencuci, dan memutihkan kain (dipaten), 
5. membantu mewarnakan plastik, 
6. menentukan ketahanan getah.
7 CikguPA, on 27/08/2009 at 02:20
PENIPISAN LAPISAN OZON 

1. Akibat penipisan lapisan ozon 

(a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran
ultraungu yangmempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan: 

-Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom
mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur. 
Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan
mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah
ini lebih serius di negara-negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang
lebih peka atau sensitif kepada pancaran ini. 

-Penyakit mata 

Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan
menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih teruk di
negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai
pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran ini. 
- Sistem imunisasi 

Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi
menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang
ancaman penyakit seperti radang paru-paru. 

- Molekul asas kepada semua benda hidup 

Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih
belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia
boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul
asas kepada semua benda hidup. 
Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan
sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat. 

(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian. 

- Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja


mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses
fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari
Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat
protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu. 
- Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan. 
Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang
untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya
menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau
industri yang berasaskan kayu-kayuan. 

(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut. 

- Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
Yang demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada
perubahan pancaran matahari. 
- Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-
kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan
laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi
manusia. 

(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan
menyebabkan kenaikan suhu dunia. 

- Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah
celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja
mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan
pemanasan dan pengembangan isipadu air laut. 
- Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik
sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah
seperti Maldives, Bangladesh dan Amzon di Amerika. 

2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon. 

(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri. 

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan
CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon. 
- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import
untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan
seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera. 
- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat
pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat
Interlink Corporation di Malaysia. 
- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak
berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini. 
(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti
kloroflokarbon (CFC). 

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam
pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu
jalan yang terbaik. 
- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen
pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen
pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC
ini boleh diamalkan. 
- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida
asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC
dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin. 

(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa. 

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara
semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu. 
- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan
konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang
mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara
langsung dalam mengatasi masalah ini. 
- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan
termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan
dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta
penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65
negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai
ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari
1990. 

(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional. 

- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti. 
- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang
bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini. 
- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam
negara. 
(e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon. 

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon. 


- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak
merata tempat. 
- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan
pemulihan.

Replies 1 to 7 on 7 for "Penipisan/Hakisan Lapisan Ozon"

Reply

You might also like