INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSIEN ONN

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 
SUMBANGAN TAMADUN CHINA

NAMA :NURUL SYAHIDAH BT SUBRI NO.K/P :910619-14-6648 OPSYEN :PENDIDIKAN PRASEKOLAH NAMA PENSYARAH :DR.MOHD HAIRUDIN BIN AMIN

PENGENALAN
Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cina juga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat -sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubaha n- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang.Tamadun Cina telah melahirkan

perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tida k kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan,kesenian serta sains dan teknologi

Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membol ehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai. maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman -zaman dalam sejarah Cina.BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang -kurangnya seawal kurun ke-14SM dan pci-kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3. Namun begitu. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. . Maka itu kesus asteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina.Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad -fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan.000 tahun. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari se gi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan. 1644 -1911). boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non -phonetic). 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing.

Ini dapat dilihat khususnya dalam tiga jenis genre. dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana . Shujing (Klasik Sejarah). dan bagi wenzhang (eight-legged essay). Prosa Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. menunjukkan sifat puisi bercampur prosa.KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK Puisi Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh). la dipercayai disusun pada lebih kurang ma sa Konfusius (551SM479SM). terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh taria n. nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke -11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. .Pada keseluruhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Bentuk/^. la digunakan dalam pertemuan rasmi. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose). Rima akhir diutamakan untuk menc apai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar. Genre lain dalam kumpulan ini termasuk pianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syarat -syarat tertentu khasnya mengenai kecant ikan retorik dikenakan. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian.sarjana Cina. genre representatif bagi dinasti Han (206SM -220) misalnya. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan). rapsodi (rhapsody). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil. Sesetengah puisi. yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. prosa berima (rhyme prose).

Terdapat juga prosa vernakular. prosa Cina seperti puisi purba. kha snya sarjana Konfusian. menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Drama Drama Cina berkembang agak lewat. dan kawasan utar a China. prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol. tidak ditegaskan dalam tradisi Cina . Bagi seorang sarjana tradisional. sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. dan dielakkan dalam penulisan sastera sehin gga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen. di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka. Prosa klasik. Sebagai contoh. Bahasa percakapan. sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. adalah dominan dalam sastera Cina klasik. juga mempunyai rungsi sosial dan politik. yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan).Prosa jenis ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. atau haihuawen. drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing. bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju. la menggunakan bahasa kla sik. khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model.Berlainan dengan prosa di Barat. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya -karya drama. Pada dinasti Yuan (1279 -1368). Prosa klasik berdasarkan standard karya pakar zaman purba. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan -hanan kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bagaimanapun. walaupun lebih mendekati kegunaan biasa. atau dikenali guwen. Dengan ini zaju bukan sahaja member hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga .

dan percakapan sia -sia. Contoh terbaik ialah Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara). drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Walau bagaimanapun. kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Ternyata. Secara keseluruhannya. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil. selanjutnya mencapai tahap kematangan dan kegemilangan Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan naratif yang panjang. Fiksyen Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradi sional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (keseti aan). Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. xiao (penghormatan terhadap ibu bapa). prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama Cina tradisional.Seperti yang dibincangkan di atas. Roman sejarah . pada zaman awal dinasti Song (960 -1279) perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud. Karya lain seperti drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran at au berwaspada terhadap perbuatan perbuatan jahat. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Konsep tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan). menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan.mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa -apa kesalahan. Sesebuah drama Cina yang tipika l akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya. yang jahat akan menerima hukuman. sebuah roman berdasarkan cerita yang telah lama tersebar di kalangan rakyat mengenai perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun ke -2.

dan menyokong perubahan misalnya. labu dan buluh.memetik dan menggesek. Beberapa fiksyen mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah). walaupun buku ini juga mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan keruntuhan moral. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup. Mengenai asal-usul muzik Cina. kulit. perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM. karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). kayu. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana.seperti Sanguo yanyi mengandungi maklumat -maklumat dan bahan-bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina. sutera. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari as pek bahawa kebanyakannya memberi wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang Cina KESENIAN CINA Muzik Klasik Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. la merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta bermakluma t tentang kehidupan dan adat resam orang Cina. Terdapat fiksyen mengenai keghaiban seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum). Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam . yang melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. tanah liat. Namun begitu. Alat -alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. batu. genderang. Pada dasarnya bahan -bahan ini termasuk logam. dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah. Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia . bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song.

muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Hanya man usia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam legenda. Dalam sistem pendidikan lama. Kaligrafi Berbanding dengan bentuk kesenian y ang lain. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku -buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke -2SM dan Shi jing. Muzik. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. kegembiraan. Sifat yang suka berpura -pura dan menipu tidak mungkin dapat berterusan. kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. iaitu kesedihan. Kaligrafi juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. kemarahan. melalui pemaparan enam jenis emosi. Pada pendapat beliau. ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting. salinan spesimen kaligrafi . Berbanding dengan seni lukisan. mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Tokohtokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta.sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Konfusius memberi pendapat yang sama. mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar. kepuasan. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. contoh kaligrafi lebih tersebar meluas.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan . xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan -akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis. tulisannya lebih berbentuk segi empat. berus. termasuklah pertama. Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Kertas yang diguna iala h sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat. kuil-kuil. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. kedua. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku u ntuk ditiru oleh para pelajar. gerbang kehormat. kertas.Dari segi teknik al. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa. stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas. dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Kaligrafi menggunakan bahan -bahan antaranya dakwat. dan keempat. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan den gan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke -stroke tertentu. rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. ketiga. Inskripsi dijumpai di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok. dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak. tiang bangunan dan di rumah-rumah. papan tanda. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321 -379). Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini. lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani. dan kadang-kadang sutera. Berus diperbuat daripada bulu kambing. kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis -garis ini. caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselera k tetapi pada hal adalah teratur.

mereka perlu membuat lukisan . pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya. Apabila melukis landskap. bahkan ia boleh disamakan dengan gerak -geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran. lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving). kaligrafi dan lukisan'. dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasi lkan satu kesempurnaan seimbang. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi. setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. poise sejenak. xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah s atu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional. tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung.semua jenis seni Cina. Qi Baishi. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian . sungai. lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. dengan impuls. batu. In i adalah sangat berbeza daripada garis huruf yang terdapat dalam bahan cetakan. gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir -butir). lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama. burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling pent ing (essence) objek-objek mi mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037 -1101) pada zaman dinasti Song. tidak mentoleransikan sifat ketetapan. iaitu alam semula jadi. kaligrafi. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat. Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu. Seni Lukis Dalam tradisi Cina. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi. momentum. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. tidak melukis udang. serangga. jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar -benar wujud.Berdasarkan cara penyampaian.

Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya. seni lukisan bukan dihas ilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. dan itik mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami -isten. tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap menyeluruh.Dalam lukisan Cin a. kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Jadi satu tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi bahasa menik mati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para pegawal kerajaan. Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam alam semesta. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura.Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan. kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Dalam konteks ini. Buluh menandakan semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi tidak boleh dipatah. Simbol paling popular yang diambil dan dunia tumbuh -tumbuhan ialah orkid. Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. kekerasan. sudut gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina.landskap yang digemari mereka sebagai landskap. dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya. Bagi orang Cina. Berbanding tema dalam lukisan Barat. burung jenjang bersimbolik hidup panjang. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom. Subjek seperti peperangan. Lukisan yang hanya mementingkan b entuk juga tidak ada tempat kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak. kematian. simbol Konfusian bagi kesucian da n kehalusan budi pekerti. Lukisan mengenai tumbuh tumbuhan dan binatang -binatang juga digeman. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album. bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. kawasan bandar. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Bunga plum pada musim sejuk yang berbunga juga dalam cuaca saiji melambangkan semangat atau kehalusan .

Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy). Hasil lukisan di peringkat awal misalnya. Sifat simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personaliti. Dalam lukisan. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial seseorang. kebanyakan peluki s Cina memberi fokus kepada menyatakan kesedaran dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan objek sebenar atau menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek bertiga dimensi. harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. terutamanya lukisan landskap. iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kub ur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan . juga mempunyai fungsi sosial dan moral. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Oleh itu. Ini merupakan aspek Konfusian lukisan Cma. Seni Pembinaan Dalam aspek seni bina. Lokasi dan susunan yan g mempunyai fengshui yang buruk. Pelukis juga suka melukis objek kecil dalam alam sekitar seperti buluh. Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa -peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. bunga. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat b ertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca. burung.Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak alam semula jadi dan hidup bertepatan serta secara harmoni dengannya. Sejak dari awal lagi. orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya. tumbuhan. penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman manusia terhadap alam semula jadi. Bukan semua lukisan Cina berkecenderungan Daois. dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Kita dapat menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. ikan dan sebagainya.kualiti yang tidak akan tunduk dilihat dari segi politik.

Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna. tembok lebih tingg i dan meliputi kawasan lebih luas.Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame).taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian. atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian. kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Bumbu ng biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing. dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu] \iznfengshui. bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. . Tembok kota kebiasaannya m engagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih.Bumbung binaan Cina adalah menonjol. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.Dalam seni bina Cina. adalah ciri lain binaan Cina. misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua. atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. istana dan rumah-rumah kediaman.Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Taman. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Ciri lain termasuklah pagoda. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit. Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil -kuil. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang. Di peringkat kampung dan desa.

Pertama. unsur -unsur budaya . Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin diperkembangkan pada kurun ke -6. seni lakuer. Sebaliknya. Keempat. dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan. Bagaimanapun. Kesenian Cina juga menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta. Sastera Cina menegaskan ciri zhonghe. Ketiga. keguna an bahasa Cina telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina berterusan tanpa gangguan. sent logam. iaitu harmoni antara emosi dengan rasional. perabot dan tekstil.melanjutkan lagi pnnsip bina an dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. seni ukir. seni Cina banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Kesenian China yang lain Hasil area di negara China biasanya tidak dipe rbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan istiadat.Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar. kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi sastera. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang berse suaian dengan landskap. Dan kehma. pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan. lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Kedua. Dilihat dari segi pembinaan.Secara umumnya. haru s mempunyai tujuan dan menyempurnakan seseorang individu dan segi moral dan etika. sifat harmoni diutamakan . agama atau pengkebumian. Selain itu. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar. selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. unsur luar seperti kedatangan Buddhisme menggalakkan interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada sastera Cina. Hasil area yang teragung merupakan patung dewa -dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu. Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol. dan kesenian dalam tamadun Cina. falsafah Konfusius tidak memberi pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina.

mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. dan selanjutnya telah menghala ng segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi. Teknologi yang lain misalnya. teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron). tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2. pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China. budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Ilmu mengenai sutera . evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden. orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang.pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap dalam bidang seni. budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar.1292. Bidang Astronomi Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke -11 sehingga ke-3SM). Namun begitu. negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke -20 yang kemudiannya. pembuatan kertas dan loyang. Di peringkat awal permulaannya. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Bagaimanapun.000 tahun.sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275.Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Sistem kalendar Cina juga . kompas. berikutan perkembangan sejarah. wujud pertemuan sekali. Kesannya. dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Sains dan Teknologi China Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi. pengeluaran porselin. Bagaimanapun. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna.

Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Misalnya. Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. maju dan tepat berbanding dengan sistem lain dunia ini.Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa).adalah salah satu sistem yang paling awal. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Bidang Perubatan Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan mi merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke -2 dalam karya ahli matematik Xu Yue. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru -paru mudah menjadi marah. sist em pecahan dan sistem perpuluhan. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati. . limpa. jantung. paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi. kesakitan berlaku. paru -paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Mengikut legend a. Bidang Matematik Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Mengikut teori ini. Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. ia bermula sejak masa Fu Xi 2953SM dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong 2698SM dan Huang Di 2598SM. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb. besi (untuk anemia).Bahan yang digunakan sebagai ubat -ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba). binatang dan sumber galian. Bidang Optik .000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan. Berdasarkan teori jing dan luo. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira -kira 2. Herba mahuang telah digunakan sekurang -kurangnya sepanjang 4. Kegunaan ubat -ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Apabilaywg atau luo tersekat. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning). Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475 -221SM). merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuh kan sesuatu penyakit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi (menentukan penggunaan ubat -ubatan) bersifat kompleks. Dalam rawatan moxibustion.500SM atau lebih awal dan adalah benar -benar sifat Cina dari sudut perubatan. Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan sains perubatan Cina. daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518 -1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kin i. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1.organ dalaman. dan kapur barus (champor).000 jenis. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran da rah atau qi dapat dibetulkan. akupuntur melibatkan perbuatan m emasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril. darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Antara buku bercet ak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke -7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang dig unakan masa sekarang.Dalam bidang optik. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang C ina . Seawal lebih kurang tahun 200SM. astronomi.Mengenai teknik membuat kertas. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira -kira tahun 200SM. orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan. dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke -6. pertanian. Dari China. saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin . ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh -tumbuhan pada tahun 105. yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas. sedangkan di Eropah ha nya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira -kira pada kurun ke Empat Penciptaan Agung Antara pencapaian teknologi Cina purba. Teknologi China Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira -kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi. bahan letupan dan kompas. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira -kira kurun ke-13.hole camera). dan begitu juga pelbagai imej yang diha silkan oleh kanta cekung (concavelens).Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang -binatang dari segi perekonomian. cara membuat kalendar dan penulisan. Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah.Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 -906). pencetakan. mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness).

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli -ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6. Pada tahun 1045. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di du nia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke -15. Semasa dinasti Han (206SM . ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dik uasai. orang Cina telah menghasilkan kompas. Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah. dan menjelang kurun ke -8 dan ke-9. . yang pada mulanya untuk digunakan di kapal. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618 -906). Berdasarkan ilmu pengetahuan ini. Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Menjelang kurun ke-7. orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api.220SM) sifat-sifat magnetsudah diketahui di negara China.Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism).dalam teknik percetakan blok (block-printing).

pencapaian -pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepad a tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan. orang Cina te lah mempelopori penciptaan kertas. walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan teknologi moden. . ini membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada perkembangan tamadun dunia.Di bidang sains dan teknologi. Seperti komponen budaya Cina yang lain. percetakan.Dengan pencapaian -pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.KESIMPULAN Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat bernilai. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun. perubahan dan penyesuaian menurut zaman. sains dan teknologi dalam tamadu n Cina. kandungan kesusasteraan klasik dan kesenian Cina adalah sangat kaya dan menarik. kesenian. bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.

com/2008/04/tamadun -cina-kesusasteraankesenian.htm  http://www.blogspot.RUJUKAN  http://076115tamadun.blogspot.com/2009/05/sumbangan -tamadun-islam.com/doc/2525638/tamadun  Tamadun Islam dan Asia.com/sumbangan_tamadun.2006 .scribd.html  http://it411x34.Nadiah Bt Abdul Rahman.tripod.html  http://www.The McGraw -Hill Companies.slideshare.net/filaifa/tamadun -china  http://titas-haba.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful